Anda di halaman 1dari 41

1

Jawapan

BAB 1
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 D
11 C
16 C
21 B
26 C

2
7
12
17
22
27

C
B
D
B
D
A

3
8
13
18
23
28

D
D
C
D
C
B

4
9
14
19
24
29

A
B
C
C
C
C

5
10
15
20
25
30

C
B
D
D
C
D

SOALAN STRUKTUR
1 salima
2 Ibadah
3 roh, jasmani
4 Akidah/tauhid
5 (a) Penempatan manusia di sesuatu tempat.
(b) Peningkatan kualiti kehidupan.
(c) Sistem organisasi dan institusi sosial yang
tersusun.
(d) Sistem bahasa dan sistem tulisan yang
hidup.
(e) Sistem undang-undang dan moral yang
berwibawa.
6 (a) Atid
(d) Nakir
(b) Ridhuan
(e) Isral
(c) Izrail
7 (a) Ibadah
(c) Munakahat
(b) Muamalat
(d) Jinayat
8 umum
9 (a) Zihar
(d) Fasakh
(b) Taklik
(e) Talak
(c) Khuluk
10 sunnah alam
11 wahyu
12 ujian
13 khalifah
14 (a) Mencipta manusia

(b) Menetapkan peraturan dan perundangan


(c) Memberikan kebebasan memilih
15 teori ilmu
16 akal
17 subjek, objek
18 aksiologi
19 wahyu/nakal
20 (a) Sifat dasar sesuatu pengetahuan
(b) Keesahan sesuatu pengetahuan
21 (a) Makruh
(d) Wajib
(b) Harus
(e) Haram
(c) Sunat
SOALAN ESEI
Soalan 1
Istilah tamadun merupakan istilah terkini yang
digunakan bagi menggambarkan budaya dan
peradaban kehidupan manusia.
Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan tamadun
bermaksud kebudayaan, kemajuan, peradaban.
Istilah tamadun sering kali digunakan dalam
menggambarkan kemajuan yang dicapai oleh
manusia dalam kehidupan mereka, khususnya
dari sudut kebendaan dan perkembangan
pemikiran yang tinggi.
Dari sudut bahasa, istilah tamadun berasal dari
bahasa Arab dan kata dasarnya adalah din yang
bermaksud agama, atau gambaran kehidupan
beragama. Dari perkataan din maka lahirlah
perkataan maddana, merujuk kepada pembukaan
bandar serta perlakuan sopan dan halus.
Pada kurun ke-19, istilah civilization mula
digunakan di Eropah bagi merujuk kepada
maksud ketamadunan dan peradaban hidup
manusia. Civilization berasal daripada perkataan
civitas, perkataan dalam bahasa Latin yang
memberikan maksud bandar atau kota.

Pengajian Islam 2E

Manakala pada abad ke20, istilah madaniyyat


dan tamadun mula diperkenal dan digunakan
secara meluas. Farid Wajdi dan Muhammad
Abduh mula memperkenalkan serta mengguna
kan istilah Madaniyyat bagi menggambarkan
maksud ketamadunan.
Jurji Zidan pula memperkenalkan istilah
tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun alIslami (Sejarah Tamadun Islam). Istilah tamadun
seterusnya diguna pakai sehingga sekarang.
Soalan 2
Ibadah ialah perkara asas dalam kehidupan
seorang Muslim. Setiap aktiviti dalam
kehidupannya boleh dijadikan sebagai
ibadah. Malah, penciptaan manusia dan
penghantarannya ke bumi atas tujuan beribadah
kepada Allah.
Dari sudut bahasa, perkataan ibadah
merupakan perkataan bahasa Arab yang berasal
dari kata dasar abada, abdun. ibadatan.
Perkataan tersebut merujuk kepada maksud
merendahkan diri, tunduk, taat dan patuh.
Dari sudut istilah syarak, perkataan ibadah
menerangkan situasi ketaatan dan penyerahan
diri yang disertai dengan perasaan kecintaan,
kepatuhan dan ketakutan kepada Allah sematamata demi mendapat keredaan-Nya.
Ibadah terbahagi kepada dua kategori, iaitu
ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah umum
merupakan ibadah yang tidak ditentukan sifat,
syarat dan peraturannya secara khusus oleh
al-Quran ataupun Sunnah. Manakala ibadah
khusus pula, merupakan ibadah yang telah
ditentukan syarat serta peraturannya oleh alQuran atau al-Sunnah. Antara contoh ibadah
khusus adalah solat, puasa, zakat dan sebagainya.
Solat, misalnya, mempunyai rukun dan syaratnya
yang tertentu.
Setiap tindakan atau aktiviti hanya diterima
sebagai ibadah sekiranya memenuhi beberapa
syarat, iaitu beriman kepada Allah, ikhlas dan
Ittiba (mencontohi Rasulullah SAW.)
Tanpa syarat-syarat tersebut, tidak ada
satu pun tindakan dan perlakuan manusia
dapat dikategorikan sebagai ibadah. Tanpa
ibadah, maka makin jauh seseorang individu
dari mencapai tujuan penciptaannya dan
juga matlamat akhir kehidupannya, iaitu
mendapatkan keredaan Allah.

Soalan 3
Perpisahan dan perceraian adalah suatu perkara
halal yang amat dibenci Allah. Ia bukanlah hak
mutlak suami. Isteri juga diberikan hak untuk
memohon perpisahan. Justeru, perpisahan dan
perceraian dalam Islam dibahagikan kepada:
Talak: perceraian yang dijatuhkan oleh suami.
Talak terbahagi kepada talak satu dan dua yang
boleh dirujuk semula melalui kata-kata ataupun
perbuatan, dan talak tiga yang hanya boleh
dirujuk melalui perkahwinan semula setelah si
isteri dinikahi oleh lelaki lain terlebih dahulu.
Khuluk: dikenali juga dengan tebus talak, di
mana bayaran dikemukan sebagai balasan untuk
perceraian. Bagi khuluk, tidak boleh rujuk
semula kecuali nikah semula.
Fasakh: talak yang dijatuhkan oleh hakim
berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak isteri.
Taklik: Perceraian akan berlaku berdasarkan
syarat yang telah dipersetujui.
Zihar: Suami menyamakan sebahagian daripada
zikal isteri dengan perempuan yang haram
dinikahinya. Bagi zihar, isteri haram disetubuhi
sebelum dibayar kafarah atau hendaklah
diceraikan.
Dari segi hukum, talak dikategorikan kepada
beberapa bahagian, iaitu;
Talak Sunni
Talak Bidi
Rujuk atau kembali bersatu sebagai suami
isteri adalah dibenarkan. Hukum rujuk boleh
dibahagikan kepada:
Talak satu atau dua sudah disetubuhi boleh
rujuk
Talak tiga tidak boleh rujuk
Talak belum disetubuhi tidak boleh rujuk
Khuluk tidak boleh rujuk
Fasakh tidak boleh rujuk
Edah ialah tempoh isteri yang telah diceraikan
sama ada hendak rujuk atau hendak bernikah lain.
Edah boleh diterangkan seperti berikut:
Perempuan dicerai sudah pernah disetubuhi
(3kali suci) tidak mengandung.
Perempuan dicerai sedang mengandung (hingga
bersalin).
Perempuan dicerai putus haid, sudah tua
(3bulan sahaja).
Perempuan kematian suami (4 bulan 10 hari).
Perempuan dicerai belum pernah disetubuhi
(tiada edah).

Jawapan

Soalan 4
Kamus Dewan mendenisikan hak sebagai
kebenaran, kuasa atas sesuatu atau kuasa
melakukan sesuatu, dan milik serta kepunyaan.
Hak Allah dalam konteks ini bermaksud milik
Allah yang mesti dikembalikan oleh manusia.
Antara hak dan milik Allah yang mesti
ditunaikan oleh manusia adalah mengenal
Pencipta, mengetahui dan mengamalkan
peraturan serta perundangan Allah,
menggunakan kuasa memilih yang diberikan
oleh Allah untuk memilih kebaikan,
melaksanakan ibadah dan sentiasa mengingati
diri tentang pembalasan serta akibat yang akan
ditanggung di akhirat kelak sebagai balasan
tindakan pilihannya semasa hidup di dunia.
Manusia perlu mengiktiraf Allah sebagai
Pencipta manusia dan alam sekitarnya, bersamasama dengan peraturan dan perundangannya
sekali.
Allah menetapkan peraturan dan perundanganNya bagi setiap makhluk-Nya, termasuklah
manusia dan alam sekitarnya.
Allah telah menciptakan manusia dengan
sempurna dan diiktiraf sebagai sebaik-baik
kejadian. Allah telah memberikan akal
kepada manusia untuk berkir dan membuat
pertimbangan antara baik dan buruk.
Manusia tidak diberikan kebebasan mutlak.
Kebebasan dalam Islam adalah yang tidak
dikuasai oleh tuntutan nafsu.
Soalan 5
Manusia dan alam diciptakan oleh Allah. Wujud
kesalingan serta kebergantungan antara manusia
dan alam.
Alam ini dan segala ciptaan yang ada di
dalamnya diciptakan oleh Allah SWT demi
kepentingan manusia. Dan tugas utamanya
adalah memanfaatkannya dan merenungkan
asal-usulnya sehingga dengan cara itu ia dapat
menemukan Khaliqnya.
Alam yang diciptakan oleh Allah ini, selain
berperanan sebagai tempat kediaman manusia,
turut berperanan memberikan kehidupan
kepada manusia.
Manusia amat bergantung kepada alam
kehidupannya. Manusia dan alam tidak dapat
dipisahkan. Manusia sedar tentang manfaat yang
boleh didapati daripada alam.

Manusia perlu berusaha memelihara dan


memulihara alam kerana manusia amat
berpotensi melakukan kerosakan di muka bumi.
manusia.
Manusia dan alam ialah makhluk ciptaan
Allah, namun manusia diberikan taraf lebih
tinggi berbanding dengan makhluk yang lain
lantaran kelebihan akal dan tanggungjawab
kekhalifahannya.

BAB 2
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 D

2 B
7 A

3 D
8 C

4 C
9 B

5 C
10 A

SOALAN STRUKTUR
1 (a) Wujud penempatan masyarakat
(b) Wujud peningkatan kualiti kehidupan
(c) Wujud sistem organisasi dan institusi sosial
yang baik dan sistematik
(d) Wujud bahasa serumpun dengan sistem
tulisan tersendiri
(e) Wujud sistem undang-undang dan sistem
moral berwibawa
2 Kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi,
sekolah, observatori, perpustakaan, naungan
kepada saintis, mengendalikan kajian-kajian
teknologi dan saintik.
3 al-Madinah al-Fadilah, al-Siyasah alMadaniyyah, Kitab al-Jam.
4 pembuatan kertas, kemunculan elemen MingTang dalam kimia Islam.
5 (a) Tamadun Greek
(b) Tamadun India
(c) Tamadun Parsi
(d) Tamadun China
6 (a) kesejagatan
(b) keterbukaan
(c) kewujudan sepanjang zaman
(d) toleransi terhadap agama serta budaya lain
(e) kesatuan dalam kepelbagaian
7 ilmu pengetahuan, tinggalan artifak, tamadun
lain yang terhampir
8 civilization
9 keilmuan, kekuasaan
10 Ibn Battutah
11 Ibn al-Haytham
12 Arab

Pengajian Islam 2E

SOALAN ESEI
Soalan 1
Memang wujud interaksi antara Tamadun Islam
dengan Tamadun Barat.
Interaksi menjadi hebat apabila kegemilangan
Tamadun Islam di Andalus menarik minat
orang-orang Barat.
Universiti Cordova di Andalus telah menarik
minat pelajar di Barat untuk belajar di Andalus.
Kesediaan orang Barat untuk menguasai bahasa
Arab yang menjadi bahasa pengantar dunia
Islam ketika itu memudahkan lagi proses
interaksi antara dua tamadun ini.
Malah bahasa Arab pernah diberikan
kedudukan yang sama tarafnya dengan bahasa
Latin yang menjadi bahasa rasmi di Barat.
Bahasa Arab juga menjadi bahasa pengantar
pengajian ilmu perubatan.
Interaksi antara Tamadun Islam dengan
Tamadun Barat juga berlaku apabila wujudnya
Universiti Naples.
Hal ini kerana universiti ini ditubuhkan untuk
mengembangkan lagi sains Muslim ke Eropah.
Interaksi antara kedua tamadun juga berlaku
apabila karya Ibn Sina, iaitu al-Qanun alTib dijadikan sebagai sebahagian daripada
sukatan pelajaran ilmu perubatan di Universiti
Montpellier yang terletak di Peranchis Selatan.
Soalan 2
Konsep dan perspektif tamadun Islam adalah
berbeza dengan Tamadun Barat.
Hal ini kerana, Tamadun Islam menekankan
kesepaduan ilmu dan kerohanian, manakala
Tamadun Barat menekankan kepada
pengkhususan ilmu dan menganggap segala
fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal
kiran manusia tanpa pertolongan daripada
tuhan.
Konsep kesepaduan ilmu dalam Tamadun Islam
terserlah apabila kebanyakan daripada golongan
sarjana Muslim yang terlibat memajukan
Tamadun Islam ialah golongan yang menjadikan
pengajian agama sebagai ilmu asas. Hanya
selepas itu barulah mereka mempelajari ilmu
sains. Oleh itu, mereka menguasai kedua-dua
bentuk ilmu.
Ibn Sina misalnya telah dapat menghafal alQuran sejak berusia 10 tahun, mula menjadi
doktor yang berkaliber semasa berusia 16 tahun

dan pada usia 18 tahun pula, beliau sudah


menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan
yang wujud pada masa itu.
Konsep kerohanian dalam tamadun Islam pula
memberi maksud bahawa tamadun tersebut
sentiasa mempunyai hubungan yang rapat
dengan konsep-konsep dasar dalam Islam dan
sentiasa berharmoni dengan prinsip-prinsip
agama.
Antara konsep dasar dalam Islam adalah tauhid
yang boleh difahami dalam dua maksud.
Pertama ialah ia berkait dengan pandangan
Islam terhadap kosmos. Segala yang terdapat
di dalam kosmos sama ada manusia, haiwan,
tumbuhan dan juga planet adalah ciptaan Allah.
Manakala yang kedua pula ialah segala sesuatu
yang diciptakan oleh Allah adalah dengan
perancangan tertentu yang hanya diketahui
olehNya.
Kesemua ini menjadi bukti bahawa tamadun
Islam tidak memisahkan antara ilmu wahyu
dengan ilmu intelek.
Malah, ilmu wahyulah yang telah meletakkan
kajian-kajian dalam konteks intelek ke tahap
yang sewajarnya dengan sifat manusia itu
sendiri.
Sementara itu, konsep pengkhususan ilmu
yang ditekankan dalam Tamadun Barat pula
dilakukan kerana golongan yang terlibat dalam
Tamadun Barat berpendapat bahawa bidang
ilmu terlalu luas dan mustahil bagi seseorang itu
boleh mengetahui semua bidang ilmu.
Oleh itu, Tamadun Barat menjadi begitu
menjurus. Ini adalah hasil dari kaedah
turunisme yang disarankan oleh Descartes dan
Bacon.
Kaedah ini menghendaki berlakunya pemisahan
antara satu persoalan yang ingin ditangani
dengan persoalan lain, dan masalah yang
diselesaikan itu hanyalah masalah pokok
semata-mata.
Ini membawa kepada tanggapan bahawa
Tamadun Barat itu bebas nilai, neutral dan
objektif.
Ekoran daripada kaedah ini juga, maka
wujudlah golongan intelek dalam Tamadun
Barat yang hanya mahir dalam bidang
pengkhususan semata-mata. Golongan ini juga
tidak ingin mengambil tahu bidang ilmu yang
lain.

Jawapan

Selain itu, tamadun Barat juga berpegang kepada


konsep bahawa segala fenomena alam dapat
dijelaskan melalui akal kiran manusia tanpa
pertolongan daripada tuhan.
Soalan 3
Tamadun Islam menjadi gemilang dengan
bantuan beberapa faktor.
Pertembungan antara Tamadun Islam dengan
tamadun purba di Timur Tengah adalah salah
satu daripada faktor tersebut.
Pertembungan ini berlaku di Mesir, apabila
kawasan tersebut sudah pun menyerap
Tamadun Yunani yang tiba di sana melalui
peluasan jajahan oleh Alexander the Great, dan
kemudiannya bertembung dengan Tamadun
Islam yang mula masuk ke sana setelah
Iskandariah ditakluki oleh tentera Islam.
Selain itu, polisi sains negara juga turut
membantu menambahkan kegemilangan
Tamadun Islam.
Polisi ini antara lainnya melibatkan kegiatan
penterjemahan karya saintik dari tamadun
lain ke dalam bahawa Arab. Penterjemahan
ini memudahkan masyarakat Islam untuk
memahami dan mengkaji tamadun lain dan
kemudian menjadikannya sebagai asas dan
panduan dalam memperkembangkan tamadun
mereka pula.
Polisi sains negara juga melibatkan penubuhan
akademi, sekolah, observatori dan perpustakaan.
Akademi seperti Bayt al-Hikmah dan Dar alHikmah, masjid yang berfungsi sebagai sekolah,
madrasah dan universiti seperti al-Azhar,
Zaytuniyyah dan Qarawiyyin, perpustakaan
seperti Khizanat al-Hikmah serta observatori
yang muncul di dunia Islam telah menyediakan
ruang yang sangat luas kepada kegemilangan
Tamadun Islam.
Kegemilangan Tamadun Islam turut dipacu
oleh naungan yang diberikan kepada saintis,
termasuk gaji, pencen, tempat tinggal di istana
khalifah dan sebagainya.
Kajian-kajian teknologi dan saintik yang
dilakukan oleh saintis dalam Tamadun Islam
juga dikenal pasti sebagai fakta yang membawa
kepada kegemilangan Tamadun Islam.
Soalan 4
Evolusi sains memberikan sumbangan
bermakna kepada tamadun manusia.

Evolusi sains bermula dengan penterjemahan


karya saintik dari tamadun lain seperti Greek,
India dan juga Parsi.
Sains terus berevolusi apabila mula timbul
penyelidikan dan inovasi.
Contohnya, cerapan-cerapan dalam bidang
astronomi bagi menghasilkan penciptaan yang
berterusan.
Sains terus berkembang apabila saintis mula
menghasilkan karya-karya asli mereka. Contoh
karya asli yang dihasilkan ialah al-Jabr wa alMuqabalah oleh al-Khwarizmi.
Ketika sains berada pada peringkat
penterjemahan, ia telah berjaya meletakkan
bahasa Arab sebagai bahasa ilmu. Hal ini kerana
penterjemahan dilakukan dari bahasa asing ke
dalam bahasa Arab.
Ketika sains berevolusi hingga ke tahap
penyelidikan dan inovasi, sumbangannya
kepada tamadun manusia antara lainnya ialah
dari segi pengenalan sistem angka dan angka
sifar seperti yang dilakukan oleh al-Khwarizmi.
Apabila sains berevolusi hingga ke tahap
penghasilan karya asli pula, ia juga turut
menyumbang kepada tamadun manusia apabila
karya asli yang dihasilkan itu boleh digunakan
sebagai penyelesaian kepada masalah praktikal
yang dihadapi oleh umat Islam dalam kehidupan
seharian mereka seperti harta pusaka dan jual
beli.
Soalan 5
Bidang perubatan mencapai kemajuan yang
besar dalam Tamadun Islam.
Kemajuannya boleh dilihat dari segi penghasilan
karya yang kemudiannya dijadikan rujukan
di Eropah, dan juga menerusi kewujudan
kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Karya agung dalam bidang perubatan yang
dihasilkan oleh tamadun Islam ialah al-Qanun
al-tib yang ditulis oleh Ibn Sina, al-Hawi yang
dihasilkan oleh al-Razi dan al-Tasrif yang ditulis
oleh al-Zahrawi.
Al-Qanun al-tib ialah sebuah karya perubatan
yang hebat dan merupakan hasil gabungan
pengalaman perubatan Yunani dan Arab, selain
cerapan yang dilakukan oleh Ibn Sina sendiri.
Kemajuan dari segi kemudahan pula ialah
pembinaan hospital, klinik swasta, kedaikedai ubat dan sekolah-sekolah farmasi di

Pengajian Islam 2E

seluruh kerajaan Islam. Malah, pada zaman


pemerintahan khalifah Harun al-Rashid sahaja,
terdapat 35 buah hospital dibina di seluruh
negara.
Kemajuan kepada bidang farmakologi. AlZahrawi misalnya telah mencipta alat pemuntah,
ubat yang digunakan sebagai alat pencegah
kehamilan, memperkenalkan penggunaan
ubatan berbentuk cecair dan membuat pil
daripada sedikit dadah bagi tujuan pengubatan
pelbagai penyakit.
Pengenalan beberapa alat yang digunakan dalam
pembedahan juga adalah satu kemajuan besar
Tamadun Islam dalam bidang perubatan. Antara
alat tersebut adalah picagari pembedahan,
bebenang pembedahan yang diperbuat daripada
tali perut, sutera, rambut dawai emas ataupun
perak dan pelbagai jenis pisau seperti scalpel,
gunting, forcep dan gergaji.
Tamadun Islam juga telah berjaya menghasilkan
tokoh terkemuka dalam bidang perubatan
dengan munculnya Ibn Sina, al-Razi, alZahrawi, Sinan bin Thabit, Ali bin al-Abbas
al-Majusi, Ibn al-Jazzar al-Qayraqani al-Tunisi,
Amar bin Ali al-Mawsali, Ibn Wad al-Andalusi,
Ibn Tufayl dan Ibn al-Nas.

BAB 3
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 D

2 D
7 D

3 D
8 A

4 B
9 C

5 D
10 A

SOALAN STRUKTUR
1 tauhid
2 agama, etika, estetika, intelek, sosial, diri
sendiri
3 seni bina dan reka bentuk bangunan, kaligra,
kesusasteraan dan persuratan/seni suara
4 Abd al-Malik bin Marwan, Byzantine,
dekorasi, ukiran dan tulisan ku
5 banyak kisah, dikarang, disalin, kumpulankumpulan nasihat
6 batu jongkong, tanah liat
7 (a) Masjid Sehzade
(b) Masjid Suleymaniye
(c) Masjid Selimiye
8 geometri
9 nama buku dan kitab, hiasan lain

10 syair, puisi, prosa, pidato, risalah, qasidah,


maqamat
SOALAN ESEI
Soalan 1
Konsep tauhid ialah prinsip kesenian Islam.
Ia memberi maksud bahawa kesenian Islam
berpaksikan agama dan bertujuan memper
tingkatkan agama. Ia juga menunjukkan bahawa
kesenian Islam bersumberkan wahyu al-Quran.
Kewujudan konsep tauhid dalam kesenian Islam
memberi gambaran bahawa Islam ialah pencetus
idea dan kreativiti dalam melahirkan karya seni.
Islam juga ialah paksi yang nyata dalam setiap
proses kreativiti dan imaginasi seni.
Seniman-seniman Islam berjaya membuktikan
perletakan konsep tauhid sebagai paksi kepada
kesenian Islam apabila mereka melahirkan
karya seni yang tertakluk kepada peraturan
keagamaan.
Malahan, pada masa yang sama juga, mereka
memastikan kehidupan mereka patuh dan
tunduk kepada peraturan syariat agama.
Apabila tauhid dijadikan asas dalam kesenian
seni Islam, dengan demikian seni haruslah
menjurus kepada pengabdian kepada Allah SWT.
Seni haruslah dilahirkan untuk memaksimumkan
kesedaran tentang keesaan Allah SWT.
Justeru, keseniaan Islam harus tunduk
kepada kebenaran untuk mencari keredaan
Allah SWT.
Soalan 2
Kesenian Islam mempunyai beberapa prinsipnya
yang tersendiri. Antaranya adalah prinsip
mementingkan persoalan kebenaran.
Misalnya, seni khat ialah seni tulisan yang mulia
dalam Islam. Satu contoh yang ingin dipaparkan
di sini ialah mesej yang hendak disampaikan
menerusi seni khat, iaitu makna surah al-Ikhlas.
Surah ini ditulis dengan menggunakan tulisan
Arab. Penulisannya pula mematuhi kaedah dan
adab seni khat. Namun, makna yang diberi
telah menyeleweng dengan menyebut cacian
terhadap Tuhan atau penghinaan kepada Nabi
Muhammad SAW. Dalam hal ini, kebenaran
makna sudah diabaikan.
Keindahan bentuk tulisan itu penting, tetapi
kebenaran makna juga perlu diberi kepentingan
yang sama. Hal ini kerana, kesenian Islam
ditegakkan atas prinsip mementingkan

Jawapan

persoalan kebenaran.
Kesenian Islam juga dihasilkan atas prinsip
melibatkan hubungan kerohanian antara
seniman dengan karya-karya seni. Hal ini
kerana seni Islam berteraskan konsep tauhid
serta pengabdian diri kepada Allah SWT.
Prinsip yang sama juga menjelaskan bahawa
seni mempunyai unsur rohani. Setiap manusia
juga sebenarnya memiliki unsur rohani. Unsur
rohani ini meliputi agama, etika, estetika,
intelek, sosial dan diri sendiri. Aspek estetika
inilah yang akan mewujudkan kesenian.
Kesenian Islam juga ditegakkan atas prinsip
melibatkan hubungan antara manusia dengan
tuhan, alam sekitar, sesama manusia dan juga
makhluk lain.
Prinsip kesenian Islam juga adalah bersumberkan
wahyu. Ini bermakna kesenian Islam bersumber
kan al-Quran. Ini sekali gus menjelaskan bahawa
Islam ialah pencetus idea dan kreativiti.
Soalan 3
Kaligra dan seni bina adalah antara bidang
kesenian Islam.
Kaligra Islam dianggap sebagai bentuk
geometri bagi unsur kerohanian.
Istilah kaligra meliputi semua jenis tulisan.
Namun, selama ini ia digunakan untuk merujuk
kepada tulisan Latin. Walau bagaimanapun,
hanya khat dan tulisan Cina sahaja sebenarnya
yang diiktiraf sebagai tulisan kaligra.
Seni khat mempunyai kaitan yang sangat
rapat dengan jiwa Islam, memandangkan
penulisannya menggunakan huruf-huruf alQuran.
Seni khat mengandungi lapan model, iaitu khat
ku, khat thuluth, khat nasakh, khat farisi, khat
riqah, khat diwani, khat diwani jali dan khat
rayhani.
Sementara itu seni bina Islam pula merupakan
satu daripada kebudayaan Islam itu sendiri.
Ia merupakan hasil usaha masyarakat Muslim
untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani
mereka.
Contoh yang wajar dilihat ialah seni bina
masjid. Dari segi jasmani, masjid khususnya
pada zaman Rasulullah SAW menjadi pusat
pentadbiran, tempat kegiatan kemasyarakatan,
tempat bermesyuarat, tempat Baginda
menerima perwakilan asing dan tempat Baginda

merancang strategi peperangan. Dari segi rohani


pula, masjid ini berperanan sebagai pusat ibadat
umat Islam. Ia turut berfungsi sebagai tempat
kegiatan agama dijalankan seperti pengajaran
agama kepada saudara-saudara baharu,
peningkatan tahap pemahaman terhadap Islam
dan beberapa aktiviti kursus jangka pendek.
Soalan 4
Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid
Selimiye masing-masing mempunyai keunikan
binaannya yang tersendiri.
Keunikan Masjid Sehzade terserlah menerusi
reka bentuk skala monumen yang berasaskan
ruang yang luas dan pelbagai saiz kubah dan
separa kubah.
Selain itu, masjid ini juga unik kerana ia
mempunyai halaman yang cukup luas, dihiasi
dengan sardirvan (tempat wuduk) di tengahtengahnya.
Keunikan Masjid Suleymaniye pula terserlah
menerusi konsep kubah utama yang diapit
dengan dua separa kubah; setiap separa kubah
pula digabungkan dengan dua exedra.
Kulliye ini pula mempunyai sebuah universiti,
di samping 18 bangunan lain yang dibangunkan
berdasarkan perancangan bandar yang tersusun.
Kawasan arkednya yang beranjung dihiasi
dengan sardirvan dibahagian tengahnya.
Keunikan Masjid Selimiye pula tergambar
menerusi pelbagai sudut. Keistimewaan masjid
ini ialah bahagian utamanya berbentuk segi
lapan, ketinggian empat menaranya, iaitu
setinggi 70.9 meter di samping ukuran garis
pusat kubah utamanya.
Soalan 5
Seni suara salah satu dari bidang kesenian
Islam.
Seni suara yang melibatkan bidang muzik
dan seni lagu turut menerima tempias ekoran
kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Marhaban dan qasidah adalah sejenis lagu
Arab. Namun, ia telah disesuaikan agar selari
dengan cita rasa masyarakat Melayu.
Ia biasanya membawa mesej mengenai ajaran
Islam serta turut memuatkan puji pujian
kepada Nabi Muhammad SAW.
Nasyid juga boleh dimasukkan ke dalam
kategori seni suara. Ia merupakan sejenis lagu

Pengajian Islam 2E

tanpa iringan muzik. Namun, perkembangan


mutakhir dalam industri hiburan khususnya
di Malaysia menunjukkan bahawa nasyid
juga sudah mula diiringi dengan muzik.
Nazam dan ghazal juga merupakan antara
perkara yang boleh disenaraikan di bawah
seni suara. Nazam asalnya adalah zikir-zikir
yang telah dimelayukan. Ia sangat popular
di Terengganu. Kandungannya berkisar
tentang cerita nabi dan para sahabat baginda.
Manakala ghazal pula asalnya adalah puisi
Arab yang membawa tema percintaan. Ia
cukup terkenal di Johor.

BAB 4
SOALAN OBJEKTIF
1 A
2 A
3 C
6 A
7 B
8 D
11 D

4 B
9 A

5 D
10 D

SOALAN STRUKTUR
1 Berbincang dalam segala perkara, saling
menasihati, saling bermaafan, mengeratkan
hubungan dengan keluarga pasangan,
menghormati ahli keluarga pasangan, solat
secara berjemaah
2 (Mana-mana empat daripada yang berikut)
(a) Memberi nama yang baik
(b) Melakukan akikah
(c) Mengajar anak membaca al-Quran
(d) Memberikan pendidikan yang sempurna
(e) Memberi nafkah daripada sumber yang
halal
(f) Memberi kasih sayang
(g) Berlaku adil
(h) Mendidik anak agar tidak mensyirikkan
Allah
(i) Mengasuh anak agar berbuat baik kepada
kedua ibu bapa
(j) Melatih anak mendirikan solat
(k) Mendidik anak bersikap sederhana
3 tujuh (ke-7)
4 Masyarakat
5 Menyeru ke arah kebaikan, mencegah
kemungkaran, mengamalkan ajaran agama,
menuntut ilmu, membantu golongan yang
tidak berkemampuan, mengusahakan apa-apa
pekerjaan yang halal untuk menyara keluarga
6 bangsa, bahasa, kebudayaan, agama
7 umat Islam yang terbaik

8 umat yang menyuruh manusia lainmelakukan


perkara kebaikan, umat yang mencegah
manusia lain daripada melakukan kemung
karan, umat yang beriman kepada Allah
9 tidak menyekutukan Allah, tidak mensyirikkan
Allah dengan makhluk lain
10 tidak melampau, tidak keterlaluan
SOALAN ESEI
Soalan 1
Memberi nama yang baik kepada anak mereka.
Nama-nama yang elok diberikan ialah namanama nabi dan nama-nama malaikat. Namanama yang paling disukai Allah SWT adalah
seperti Abdullah dan Abdul Rahman. Memberi
nama anak pada hari ketujuh selepas kelahiran
Melakukan akikah untuk anak tersebut. Akikah
untuk anak lelaki disempurnakan dengan
menyembelih dua ekor kambing. Akikah
untuk anak perempuan disempurnakan
dengan menyembelih seekor kambing. Akikah
dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran.
Mengajar al-Quran kepada anak, meliputi
pengajaran tajwid, hukum-hakam dan tafsiran
yang terkandung dalam al-Quran.
Memberi pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak, seperti mendidik anak agar tidak
mensyirikkan Allah, mengasuh anak berbuat
baik kepada kedua ibu bapa, melatih anak
mendirikan solat dan mendidik anak bersikap
sederhana.
Memberi nafkah kepada anak-anak. Nafkah
hendaklah diperoleh daripada sumber yang
halal.
Memberi kasih sayang kepada anak-anak.
Berlaku adil terhadap anak-anak. Ibu bapa
tidak boleh membeza-bezakan antara anak
lelaki dengan anak perempuan, anak yang
cacat dengan anak yang sempurna, anak
kandung dengan anak tiri dan antara anak
yang cantik dengan anak yang hodoh.
Soalan 2
Keluarga nuklear ialah keluarga yang
mempunyai ahli yang terdiri daripada suami,
isteri dan anak-anak.
Keluarga luas ialah satu institusi yang meliputi
keluarga nuklear, malahan lebih besar daripada
itu. Keluarga ini mempunyai ahli yang terdiri
daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga

Jawapan

lain seperti datuk, nenek, cucu, menantu, ibu


saudara, sepupu dan saudara-mara yang lain.
Keluarga luas adalah sebuah keluarga besar
yang ahlinya lebih ramai berbanding keluarga
nuklear. Malahan, keluarga luas boleh terdiri
daripada tiga generasi atau lebih.
Soalan 3
Ummah pertengahan dan ummah terbaik
dikaitkan dengan umat Islam.
Ummah pertengahan ialah umat yang adil dan
umat pilihan yang sentiasa memiliki aspek
kesederhanaan. Mereka tidak melampaui dan
tidak keterlaluan dalam segala hal. Mereka
hidup berlandaskan kesederhanaan, melakukan
amalan secara sederhana dan tidak berlebihlebihan. Mereka cuba memenuhi keperluan
untuk kehidupan di dunia dan di akhirat
Ummah terbaik pula memberi maksud bahawa
mereka mempunyai kelebihan berbanding umat
yang lain. Mereka menyuruh umat manusia lain
melakukan perkara-perkara kebaikan, mengajak
manusia lain menganut Islam, tidak jemu
berdakwah dan menyebarkan perkara-perkara
kebaikan. Mereka sendiri juga turut melakukan
perkara-perkara kebaikan, di samping mencegah
umat manusia lain daripada melakukan perkaraperkara kemungkaran.
Ummah terbaik juga ialah umat manusia
yang beriman kepada Allah SWT. Mereka
mentauhidkan Allah SWT dalam erti kata
tidak menyekutukan Allah SWT dan tidak
mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk
lain, menunaikan kewajipan sebagai umat Islam
seperti yang terkandung dalam Rukun Iman
danRukun Islam, mengamalkan akhlak yang
mulia.
Soalan 4
Masyarakat majmuk di Madinah ialah
masyarakat majmuk yang awal pernah wujud
dalam Tamadun Islam.
Mereka terdiri daripada masyarakat Islam
(puak Arab) dan masyarakat bukan Islam (puak
Yahudi).
Puak Arab terdiri daripada dua kabilah utama,
iaitu Aus dan Khazraj. Mereka sebenarnya
adalah bersaudara. Kedatangan mereka ke
Madinah berlaku ekoran dari peristiwa sayl
al-aram (banjir yang besar). Ketika mereka tiba

di Madinah, mereka mendapati kota itu sudah


dihuni oleh puak Yahudi.
Puak Yahudi pula terdiri daripada tiga kelompok
utama. iaitu Yahudi Bani Qaynuqa, Yahudi
Bani al-Nadir dan Yahudi Bani Qurayzah.
Kelompok lain yahudi ialah Bani Ikrimah,
Bani Muhammar, Bani Saidah, Bani Jusham,
Bani Murad, Bani Auf, Bani al-Najjar dan Bani
Thalabah.
Puak Yahudi berbeza dengan puak Arab, namun
mereka tinggal secara bersama. Sesetengah
sumber mengatakan bahawa puak Yahudi Bani
Qurayzah dan Yahudi Bani al-Nadir tinggal
di samping puak Arab Aus di dataran tinggi.
Manakala, puak Yahudi Bani Qaynuqa pula
tinggal di samping puak Arab Khazraj di dataran
rendah.
Mereka mengamalkan ajaran agama yang
berbeza. Puak Arab kebanyakannya menganut
Islam. Manakala puak Yahudi pula dengan
agama Yahudi.
Soalan 5
Konsep keluarga dan masyarakat adalah
berbeza.
Sebagai sebuah keluarga, lazimnya mereka akan
tinggal bersama dalam sebuah rumah, ataupun
tinggal dalam rumah yang berbeza tetapi
berdekatan. Ada juga yang tinggal berjauhan,
tetapi mereka saling berhubung antara satu
sama lain. Mereka juga mempunyai ikatan dan
hubungan yang rapat antara satu sama lain.
Keluarga juga boleh disifatkan sebagai satu
kelompok khusus. Ia mengandungi ahli-ahli
yang mempunyai hubungan darah antara
sesama mereka.
Setiap ahli keluarga pula mempunyai hak dan
tanggungjawab ke atas ahli yang lain. Keluarga
juga dikaitkan dengan hubungan perkahwinan.
Ada sesetengah keluarga hanya terdiri daripada
keluarga nuklear. Manakala sesetengah yang lain
pula disifatkan sebagai keluarga luas.
Keluarga nuklear ialah keluarga yang
mempunyai ahli yang terdiri daripada suami,
isteri dan anak-anak.
Manakala keluarga luas pula merupakan
satu institusi yang meliputi keluarga nuklear,
malahan lebih besar daripada itu. Ini bermakna
ia merupakan keluarga yang mempunyai
ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan
ahli keluarga lain seperti datuk, nenek, cucu,

10

Pengajian Islam 2E

menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara-mara


yang lain.
Manakala masyarakat pula ialah kelompok
manusia yang terdapat dalam sesebuah negara.
Dalam konteks masyarakat Islam, maka
kelompok ini ialah manusia yang tentunya
beragama Islam dan mempraktikkan ajaran
Islam.
Ini bermakna, mereka melaksanakan konsep
asas Islam, iaitu amar makruf nahi mungkar.
Dengan kata lain, mereka mengajak umat
melakukan perkara kebaikan dan mencegah
mereka daripada melakukan perkara-perkara
kemungkaran.
Masyarakat Islam ini tinggal dalam sebuah
negara bersama-sama dengan masyarakat lain.
Namun, pelaksanaan kehidupan mereka adalah
berlandaskan nilai-nilai Islam.

BAB 5
SOALAN OBJEKTIF
1 A
6 B
11 B

2 D
7 D
12 C

3 D
8 C
13 B

4 C
9 D

5 A
10 C

SOALAN STRUKTUR
1 pendidikan seumur hidup, pembangunan
seluruh potensi manusia secara bersepadu
2 fardu ain, fardu kifayah
3 menyebarkan ilmu pengetahuan,
menggalakkan perbincangan ilmiah
4 rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam
5 tempat kanak-kanak belajar, membaca,
menulis, asas-asas ilmu bahasa
6 tempat beribadat, tempat belajar, Basrah/
Kufah/Masjid Amr di Mesir/Masjid al-Haram
7 halaqah
8 menghafal fakta
9 (a) Memberi sokongan moral dan material
kepada anggotanya yang terlibat dalam
dunia pendidikan, khususnya pelajar
(b) Memastikan tiada keciciran berlaku di
kalangan anggotanya
10 Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin, Fakulti
Sains Kemanusiaan
11 memenuhi kehendak pelbagai mazhab yang
wujud dalam masyarakat pada masa itu
12 Institusi al-Mustansiriyyah

SOALAN ESEI
Soalan 1
Konsep pendidikan Islam diasaskan kepada
aspek teras dalam Islam dan juga hubungannya
dengan realiti kehidupan.
Aspek teras Islam menekankan fahaman akidah
kepada Allah SWT, fahaman syariat dan didikan
akhlak.
Manakala aspek hubungan ilmu teras Islam
dengan realiti kehidupan pula memberi pelbagai
cara dan kaedah berkaitan hubungan dengan
pergolakan kehidupan manusia.
Konsep ini memerlukan pembahagian ilmu
dengan penamaan sebagai fardu ain dan fardu
kifayah.
Pembahagian ini juga menyifatkan seseorang
itu perlu memahami dengan mendalam
tentang aspek teras secara pasti dan berupaya
merealisasikan pemahamannya dalam aktiviti
kehidupan seharian seperti ekonomi, perubatan
dan politik.
Soalan 2
Proses pengajaran dan pembelajaran
sememangnya memerlukan adab tertentu yang
sepatutnya dipatuhi oleh individu yang terlibat
dalam proses itu.
Apabila seseorang individu itu menuntut ilmu
atau memberi ilmu, dia tidak hanya berurusan
dengan dirinya sahaja, tetapi turut berurusan
dengan gurunya, dan juga muridnya.
Antara adab yang perlu diperhatikan adalah
menghormati pihak lain. Murid hendaklah
menghormati dan memuliakan gurunya
kerana guru tersebut telah memberinya ilmu
pengetahuan. Malah, keberkatan ilmu yang
diperoleh tertakluk kepada penghormatan
murid kepada gurunya.
Guru juga hendaklah menghormati muridnya.
Walaupun muridnya itu masih di peringkat
kanak-kanak, mereka tetap perlu dihormati.
Guru juga perlu menghormati ibu bapa
muridnya. Begitu juga dengan ibu bapa, mereka
hendaklah menghormati guru anaknya. Ini
kerana guru itu telah mencurahkan ilmu kepada
anak mereka.
Menjalin hubungan baik. Murid perlu menjalin
hubungan baik dengan ibu bapa dan guru.
Begitu juga guru perlu menjalin hubungan baik

Jawapan

dengan murid dan ibu bapa. Manakala ibu bapa


juga perlu menjalin hubungan baik dengan
anaknya dan guru kepada anaknya. Hubungan
baik ini penting supaya wujud sangka baik
antara ketiga-tiga pihak.
Mempunyai rasa belas kasihan. Guru hendaklah
mempunyai rasa belas kasihan kepada
muridnya. Perasaan ini secara tidak langsung
akan mendorong guru untuk memperlakukan
muridnya seperti mereka memperlakukan
anaknya sendiri.
Bertanya dengan hormat. Sebarang pertanyaan
yang ingin dikemukakan hendaklah diajukan
dengan hormat. Murid tidak sewajarnya
bertanya sesuatu soalan semata-mata ingin
menguji pengetahuan gurunya. Bagi pihak guru
pula, setiap persoalan yang dikemukakan oleh
murid perlu dijawab dengan baik.
Soalan 3
Dalam sejarah Islam, institusi pendidikan
dan pengajian telah wujud sejak zaman awal
Islam lagi. Pada masa itu, Rasulullah SAW
telah menjadikan rumah al-Arqam bin Abi alArqam sebagai pusat pendidikan dan pengajian
terulung. Baginda sendiri turut bertindak
sebagai guru dengan mengumpulkan pengikutpengikutnya dan mengajar mereka mengenai
ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada
Baginda.
Perkembangan institusi pendidikan dan
pengajian pada zaman-zaman berikutnya
menyaksikan kewujudan institusi yang
dicatatkan oleh sumber sejarah Islam sebagai
institusi pendidikan dan pengajian dalam
Islam. Antaranya, kuttab, masjid dan institusi
pengajian tinggi.
Kuttab ialah tempat kanak-kanak belajar. Ia
menyediakan pelajaran asas kepada kanakkanak seperti mengajar menulis, membaca
dan asas-asas ilmu bahasa sahaja. Kuttab
menyediakan muridnya untuk menghadapi
pelajaran di masjid dalam bentuk halaqah dan
pelajaran di sekolah-sekolah.
Masjid juga turut dijadikan sebagai tempat
pengajian. Ia menjadi tempat tumpuan untuk
mempelajari al-Quran dan juga al-Hadis,
di samping mempelajari ilmu fekah. Antara
masjid yang dijadikan sebagai tempat pengajian
adalah seperti masjid di Basrah, Kufah, Masjid

11

Amr di Mesir, Masjid al-Haram dan lain-lain.


Pembelajaran di masjid dijalankan dalam sistem
halaqah.
Institusi pengajian tinggi juga turut wujud
dalam sejarah Islam. Pada masa itu, institusi
pengajian tinggi meliputi masjid, institusi
al-Nizamiyah dan institusi al-Mustansiriyah.
Walaupun masjid turut berfungsi sebagai
institusi pengajian tinggi, ia tidak melibatkan
semua masjid. Antara masjid yang terlibat adalah
masjid-masjid besar.
Institusi al-Nizamiyyah dan institusi alMustansiriyah pula adalah dua institusi yang
dibina khusus untuk dijadikan sebagai institusi
pendidikan dan pengajian tinggi.
Nama institusi al-Nizamiyyah diambil daripada
nama pengasasnya, iaitu Nizam al-Muluk.
Institusi ini menyediakan tiga fakulti utama,
iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan
Fakulti Sains Kemanusiaan. Antara pensyarah
yang pernah berkhidmat di institusi ini adalah
Abu Ishak al-Shirazi, Imam Abu Hamid alGhazali dan Baha al-Din bin Shaddad, iaitu
profesor dalam bidang Sejarah.
Institusi al-Mustansiriyyah pula dibina pada
tahun 625H, ditubuhkan oleh Khalifah alMustansir bin al-Zahir. Beliau ialah khalifah
kerajaan Abbasiyyah yang ke-36. Institusi
ini ditubuhkan kerana wujudnya masyarakat
berbilang mazhab di Baghdad pada masa itu.
Antara tokoh yang pernah berkhidmat di
institusi ini adalah Muhyi al-Din Abu Abd Allah
bin Fadlan al-Baghdadi, Rashid al-Din Umar
bin Muhammad al-Farghani, Muhyi al-Din
Yusuf bin al-Faraj Abd al-Rahman al-Jawzi,
Siraj al-Din bin al-Sharmashahi al-Maliki dan
Muhammad bin Yaqub al-Dayanah.
Soalan 4
Memang tidak dapat dinakan bahawa
keluarga, masyarakat, ilmuwan/ulama dan juga
pemerintah sama-sama bertanggungjawab
dalam menjayakan sektor pendidikan.
Bagi keluarga, mereka seharusnya memberikan
didikan awal kepada anak-anak bagi tujuan
mendedahkan anak-anak tersebut kepada dunia
pendidikan. Keluarga juga hendaklah mengajar
asas-asas ilmu seperti asas-asas membaca,
menulis dan mengira kepada anak-anak. Ini
bermakna, sesebuah keluarga tidak boleh

12

Pengajian Islam 2E

bergantung sepenuhnya kepada guru untuk


menjamin kejayaan anak-anak mereka dalam
pendidikan.
Bagi masyarakat pula, mereka juga mempunyai
tanggungjawab terhadap pendidikan anggota
masyarakatnya. Dalam hal ini, peranan yang
boleh dimainkan oleh masyarakat adalah
dengan memberi sokongan moral dan material
kepada anggotanya yang terlibat dalam dunia
pendidikan, khususnya pelajar.
Tanggungjawab ilmuwan/ulama juga sangat
diperlukan demi memastikan kejayaan sektor
pendidikan. Hal ini kerana, mereka dikenal
pasti sebagai golongan yang mempunyai ilmu.
Oleh itu, mereka hendaklah menyebarkan
ilmu pengetahuan yang mereka ada untuk
pembangunan anggota masyarakatnya.
Golongan pemerintah juga mempunyai
tanggungjawabnya yang tersendiri dalam
menjayakan sektor pendidikan. Pemerintah
sewajarnya menyediakan peluang pendidikan
kepada penduduknya dari tahap yang paling
rendah hingga ke tahap yang paling tinggi. Ini
termasuk menubuhkan lebih banyak institusi
pengajian tinggi (IPT) bagi menjamin tempat
yang mencukupi kepada lepasan-lepasan
sekolah yang mendapat kelulusan cemerlang.
Soalan 5
Malaysia adalah sebuah negara yang tidak
meminggirkan pendidikan agama. Ini terbukti
menerusi usaha kerajaan menyediakan
pendidikan Islam sejak peringkat sekolah
rendah, menengah hinggalah ke peringkat
pengajian tinggi.
Pada peringkat sekolah rendah, kerajaan
melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang telah memberi ruang perubahan
yang banyak kepada Pendidikan Islam, khasnya
perubahan dari segi tujuan isi kurikulum dan
juga pertambahan masa pembelajarannya dari
120 minit seminggu kepada 180 minit seminggu.
Pendidikan Islam menerusi pelaksanaan KBSR
bertujuan untuk membolehkan murid-murid
membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul serta
boleh menghafal dan memahami erti surahsurah yang mudah, meyakinkan murid-murid
terhadap kewujudan Allah SWT dan sifat-sifat
serta kekuasaan Allah SWT dan mencintai-Nya,
menanamkan rasa cinta murid-murid terhadap

Rasulullah SAW dan mencontohi hidup dan


sifat-sifat Baginda dan membiasakan muridmurid melakukan ibadat solat dan melakukan
amalan yang berasaskan agama Islam dan
berperibadi Muslim dan Mukmin.
Pada peringkat sekolah menengah pula, mata
pelajaran Pendidikan Islam mula diajar secara
formal di sekolah menengah pada tahun 1962.
Kurikulum Pendidikan Islam pada tahap ini
dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat
untuk memberi pengetahuan mengenai agama
Islam kepada pelajar.
Akta Pelajaran 1961, Seksyen 36(1) telah
menentukan bahawa pendidikan agama Islam
hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam
sekiranya terdapat 15 orang ataupun lebih di
sesebuah sekolah. Oleh sebab mutu pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam di sekolah
kurang berkesan dan lebih tertumpu kepada
teori berbanding amali, ini menyebabkan
Kementerian Pendidikan Malaysia memper
kenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang menekankan aspek
pembelajaran dan penghayatan amalan
Islam, di samping kefahaman ajaran Islam
keseluruhannya.
Pada peringkat pengajian tinggi pula,
Pendidikan Islam di dapati ditawarkan oleh
beberapa IPTA tertentu sahaja, seperti Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej
Universiti Islam Malaysia (KUIM). Beberapa
buah IPT swasta juga turut menawarkan
Pendidikan Islam. Antaranya adalah Kolej
Universiti Islam Selangor (KUIS) yang dulunya
dikenali sebagai Kolej Islam Selangor Darul
Ehsan (KISDAR). Secara keseluruhannya,
Pendidikan Islam yang ditawarkan di IPT masih
dianggap sebagai satu mata pelajaran sematamata dan terpisah dengan ilmu sains dan
kemasyarakatan.
Bagi universiti yang menawarkan pengkhususan
Pengajian Islam pada peringkat Ijazah Sarjana
Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah sahaja
seperti di UM, UKM dan UIAM, terdapat
usaha-usaha memperluas skop kursus kepada
kaitannya dengan ilmu kemasyarakatan dan
keperluannya kepada masyarakat.

Jawapan

Dari segi kurikulum, kita dapati kurikulum


Pendidikan Islam masa kini masih lagi memberi
penumpuan kepada penyampaian ilmu sematamata dan kurang memfokuskan pembinaan
potensi insan untuk mengamalkan dan
menghayatinya dalam kehidupan seharian.

BAB 6
SOALAN OBJEKTIF
1 C
6 C
11 C

2 A
7 D
12 D

3 C
8 B

4 B
9 C

5 D
10 D

SOALAN STRUKTUR
1 kesamarataan
2 kebebasan menyuarakan pandangan,
kebebasan untuk berbeza pendapat
3 al-khilafah, imamah
4 imarah
5 syura, hisbah
6 (a) Uthman bin Aan
(b) Ali bin Abi Talib
(c) Talhah bin Ubaydillah
(d) Al-Zubayr bin al-Awwam
(e) Abd al-Ramhan bin Awf
(f ) Saad bin Abi Waqqas (mana-mana empat)
7 Meninjau pendapat orang lain tentang perkaraperkara yang berkaitan dengan kepentingan
bersama.
8 Khalifah Umar bin al-Khattabtugasnya
membuat pengawasan di pasar dengan
meninjau keadaan tempat tersebut
Khalifah Ali bin Abi Talibtugasnya untuk
mengawasi di samping memberi bimbingan
di pasar di kota Kufah serta mengingatkan
penjual agar mematuhi sukatan dan
timbangan
Khalifah al-Walidtugasnya membuat
rondaan di pasar-pasar (mana-mana satu)
9 (a) Kota Baghdad
(b) Kota Kufah
10 (a) Penyelia pasar
(b) Petugas di pasar
(c) Penguat kuasa
SOALAN ESEI
Soalan 1
Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah SAW
dan khulafa al-Rasyidin adalah didasarkan

13

kepada prinsip keadilan, kesamarataan,


kebebasan dan ketelusan.
Prinsip keadilan telah dilaksanakan oleh
Rasulullah SAW. Misalnya, Baginda
mengarahkan pencuri Muslim supaya dipotong
tangan. Hukuman ini dirasakan berat oleh para
sahabat. Namun, Rasulullah SAW bersabda
bahawa: Kalau Fatimah sekalipun yang
mencuri, tangannya akan dipotong. Satu lagi
kisah yang menunjukkan Baginda melaksanakan
prinsip keadilan dalam pemerintahan dan
kepimpinan ialah apabila seorang wanita
daripada suku Makhzum ditangkap kerana
mencuri dan dibawa ke hadapan Baginda.
Sahabat Baginda meminta supaya wanita
itu dibebaskan kerana kedudukannya yang
terhormat dalam masyarakat. Namun,
Rasulullah SAW mengarahkan supaya dipotong
juga tangannya kerana hukuman itu tidak
mengira pangkat dan kedudukan seseorang.
Pada masa pemerintahan khulafa al-Rasyidin
pula, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. telah
meneruskan tradisi yang menjadi amalan
Rasulullah SAW untuk menegakkan keadilan. Ini
boleh dilihat menerusi tindakan beliau terhadap
permintaan suku-suku Arab yang berkumpul
berhampiran Madinah dan beberapa suku
lain yang meminta agar mereka semua diberi
pengecualian daripada membayar zakat kepada
Madinah. Jika tidak diberi pengecualian tersebut,
mereka tidak akan tunduk kepada kekuasaan
Madinah. Abu Bakar al-Siddiq r.a. yang pada
waktu itu baru sahaja memegang tampuk
pemerintahan sebagai khalifah, dinasihati oleh
sesetengah sahabat agar memenuhi tuntutan
pihak terbabit. Namun demi keadilan, yang
dilihat sebagai salah satu tanggungjawab paling
utama bagi seorang khalifah, maka Abu Bakar
al-Siddiq r.a. telah menolak permintaan tersebut
dengan tegas. Tambahan pula zakat adalah
satu kewajipan bagi orang Islam. Jika orang
Islam lain perlu membayarnya dan masih terus
membayarnya, kenapa pula suku Arab tersebut
perlu diberi pengecualian.
Prinsip kesamarataan yang telah dilaksanakan
oleh Rasulullah SAW pada zamannya pula boleh
dilihat menerusi kesediaan Baginda melantik
Zaid bin Harithah sebagai Naib (Timbalan).
Inilah bukti kukuh tentang pelaksanaan
prinsip kesamarataan dalam pemerintahan

14

Pengajian Islam 2E

dan kepemimpinan. Zaid adalah mawla (bekas


hamba) Baginda.
Sepertimana Rasulullah SAW, Khulafa alRasyidin juga didapati mengamalkan prinsip
yang sama. Tindakan Khalifah Umar bin
al-Khattab r.a. yang tidak memilih bulu dalam
menghukum orang yang melakukan kesalahan
boleh menjelaskan perkara ini.
Prinsip berikutnya ialah kebebasan. Rasulullah
SAW pernah mengaplikasikan kebebasan dalam
menyuarakan pandangan. Ini boleh dilihat
menerusi sistem syura yang membuka ruang
yang luas kepada sahabat untuk menyatakan
pandangan mereka dengan bebas. Pandangan
yang mendapat sokongan majoriti akan diterima
sebagai satu keputusan.
Khulafa al-Rasyidin juga mengamalkan prinsip
yang sama. Misalnya, pada zaman pemerintahan
khalifah Umar bin al-Khattab r.a., beliau telah
memberi kebebasan kepada penduduk Syria
dengan mengekalkan sistem cukai pada zaman
Byzantium yang dikenakan kepada penduduk
bukan Islam yang tinggal di Syria (yang sudah
ditakluki oleh Islam pada waktu itu).
Satu lagi prinsip yang menjadi amalan
Rasulullah SAW dan khulafa al-Rasyidin
dalam pemerintahan dan kepemimpinan ialah
ketelusan. Ini terbukti menerusi pengagihan
tugas untuk mentadbir negara.
Khulafa al-Rasyidin juga didapati mengamalkan
prinsip yang sama. Apa yang dilakukan pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar bin alKhattab r.a. menerusi al-diwan adalah satu bukti
bahawa wujud ketelusan dalam pemerintahan
dan kepemimpinan beliau.
Soalan 2
Khilafah dan imarah sangat berbeza. Namun,
khalifah dan imamah tidak banyak bezanya.
Malah khalifah boleh diertikan sebagai imamah.
Ia bermaksud kepimpinan menyeluruh dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan
keagamaan dan keduniaan.
Perbezaannya terletak kepada gelaran bagi
orang yang menjalankan fungsi khilafah dan
fungsi imamah. Orang yang bertanggungjawab
menjalankan fungsi khilafah dinamakan
sebagai khalifah. Manakala orang yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi imamah
disebut sebagai al-imam.

Kesemua mereka ialah pengganti Rasulullah


SAW. Antara individu yang pernah
memegang jawatan ini adalah Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq r.a, Khalifah Umar bin
al-Khattab r.a, Khalifah Uthman bin Aan
r.a, Khalifah Ali bin Abi Talib k.w, Khalifah
Muawiyah bin Abi Sufyan, Khalifah Abu
Jafar al-Mansur dan Khalifah Harun alRashid.
Imarah pula merujuk kepada kerajaan kecil
yang diperintah oleh seorang pemimpin.
Contohnya, imarah Uthman yang diketuai
oleh Uthman Gazi. Ia muncul pada abad
ke-14 Masihi ekoran daripada suasana
kekacauan yang menimpa Anatolia selepas
kejatuhan puak Saljuk. Ia terletak di barat
laut Anatolia.
Soalan 3
Syura dan hisbah adalah dua institusi yang
berbeza.
Syura berasal daripada perkataan Arab yang
memberi maksud meminta pendapat dan
bersefahaman dalam perundingan. Syura yang
dikaitkan dengan pentadbiran Islam membawa
maksud meminjam pendapat orang lain
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
kepentingan bersama.
Dalam pentadbiran Islam, syura telah pun
diamalkan sejak zaman pemerintahan
Rasulullah SAW dan diteruskan pada zaman
Khulafa al-Rashidin. Pada zaman pemerintahan
Abu Bakar al-Siddiq r.a, syura dijalankan secara
terbuka. Ini bermakna, tiada satu badan atau
majlis khas yang ditubuhkan untuk melakukan
syura.
Sementara itu, hisbah pula merujuk kepada
satu bentuk jentera pengawasan. Ia merupakan
institusi khusus yang bertanggungjawab untuk
menggalakkan manusia supaya melakukan
kebaikan, dan pada masa yang sama turut
menghindari kejahatan. Individu yang
bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas
pengawasan ini digelar sebagai al-muhtasib,
iaitu pelaksana atau penguat kuasa.
Soalan 4
Amalan syura adalah berbeza dengan
demokrasi.
Syura lebih kepada meminta pandangan
daripada orang lain tentang perkara-perkara

Jawapan

yang ada kaitan dengan kepentingan bersama.


Syura dilaksanakan dalam pentadbiran Islam.
Syura mempunyai anggota yang terdiri
daripada orang-orang yang rapat dengan Nabi
Muhammad SAW. Ini bermakna pandangan
yang diperoleh menerusi syura dalam
pentadbiran Islam ialah pandangan yang
dikemukakan oleh orang yang mempunyai
kefahaman yang mendalam tentang Islam itu
sendiri.
Demokrasi juga ada unsur syura apabila
dipandang dari sudut mendapatkan pandangan
dari pihak lain.
Demokrasi tidak dilaksanakan dalam
pentadbiran Islam.
Pandangan yang diperoleh menerusi proses
demokrasi boleh datang daripada sesiapa sahaja.
Soalan 5
al-Muhtasib mempunyai tugasnya yang
tersendiri.
Antara tugasnya adalah menyelia dan mengawas
perniagaan di pasar, mengawasi dan menyelia
kedudukan timbangan serta sukatan dalam urus
niaga, memberi bimbingan kepada peniaga di
pasar, mengingatkan penjual agar mematuhi
sukatan dan timbangan
Individu yang pernah diberi tugas sebagai
al-muhtasib ialah Said bin al-As bin Umaiyah,
khalifah Umar bin al-Khattab, khalifah Ali bin
Abi Talib, khalifah al-Walid bin Abd al-Malik,
Abu Zakariya Yahya bin Abd Allah, Asim bin
Sulayman al-Awal

BAB 7
SOALAN OBJEKTIF
1 D
6 D
11 C

2 A
7 D
12 D

3 C
8 D

4 B
9 B

5 A
10 D

SOALAN STRUKTUR
1 rohani
2 maslahat
3 al-Quran, Hadis Qudsi dan al-Sunnah
4 kalam
5 mukjizat
6 Hadis
7 Sunnah

15

8 qatii
9 nas, syarie, illat
10 keadilan, kezaliman
11 (a) Allah tidak membebankan manusia lebih
daripada kemampuannya.
(b) Allah sentiasa meringankan tanggungan
manusia.
(c) Segala perbuatan yang bukan ibadat asal
hukumnya adalah harus atau mubah,
melainkan sekiranya terdapat larangan
syarak.
(d) Perundangan Islam berdiri di atas dasar
pengimbangan di antara kepentingan
individu dan masyarakat.
(e) Perundangan Islam menggabungkan
prinsip pembalasan dan penakutan dalam
undang-undang jinayahnya. Pembalasan
dilihat daripada aspek pencerobohan hak
dan penakutan dari aspek mengelakkan
orang lain daripada melakukan kesalahan
yang serupa.
12 (a) Hakim
(b) Hukuman
(c) Al-Mahkum bih (undang-undang)
(d) Al-Mahkum h (pertikaian atau
persengketaan)
(e) Al-Mahkum lah (pihak yang menang)
(f ) Al-Mahkum lah Al-Mahkum alaih (pihak
yang kalah)
(g) Kaiyyah al-Qadha (Proses kehakiman)
13 (a) Masalah asal yang ada hukumnya melalui
nas (al-asal)
(b) hukum yang ditetapkan oleh nas
(al-hukum)
(c) sebab yang sama (illat)
(d) masalah baharu yang belum ada nas
(al-far)
SOALAN ESEI
Soalan 1
Hukum-hakam dalam syariat Islam
memperlihatkan objektif menjaga dan
memelihara kepentingan manusia sama
ada dengan menghasilkan kebaikan atau
mengelakkan mudarat daripada mereka amat
jelas sekali.
Dalam kewajipan amali melaksanakan ibadat
terkandung konsep manusiawi yang terangkum
dalam hukum rukhsah dan azimah. Jamak dan
qasar dalam sembahyang fardu diharuskan

16

Pengajian Islam 2E

apabila seseorang berdepan dengan kesukaran


menunaikannya secara sempurna seperti
dalam musar, berbuka puasa dan membayar
fidyah bagi yang tidak mampu berpuasa juga
diharuskan.
Semua ini bertujuan mengelakkan kesulitan
menimpa manusia dalam melaksanakan
perintah dan larangan dalam perundangan
Islam.
Kesamarataan dalam kewajipan ibadat juga satu
paparan unsur manusiawi yang amat tinggi
nilainya.
Ulama qh menetapkan tidak perlu
membebaskan hamba yang diperlukan dalam
urusan asasi kehidupan untuk menunaikan
kafarah, malah orang itu boleh terus
menunaikan kafarah dalam bentuk berpuasa
dua bulan berturut-turut. Ini melambangkan
elemen manusiawi yang tinggi dalam hukumhakam syariat Islam tanpa menyukarkan atau
menyempitkan kehidupan manusia.
Aspek manusiawi yang bertujuan kebaikan bagi
manusia unsur manusiawi juga dapat dilihat
dalam bidang muamalat dan munakahat.
Konsep manusiawi dalam objektif undangundang jenayah Islam dapat dilihat dengan
jelas dari segi perlaksanaannya. Kadang-kadang
objektif ini disebut secara nyata seperti mana
yang disebut dalam ayat yang mewajibkan qisas
iaitu untuk memelihara keamanan masyarakat
dan kadang-kadang tidak disebut.
Unsur manusiawi ini lebih jelas dilihat melalui
beberapa tindakan oleh pemerintah Islam yang
melaksanakan sepenuhnya syariat Islam.
Konsep manusiawi juga terdapat dalam semua
larangan dalam perundangan Islam.
Semua larangan itu adalah dikenakan pada
perkara-perkara yang pasti mendatangkan
mudarat kepada manusia.
Soalan 2
Qiyas merupakan salah satu elemen penting
di dalam ijtihad. Dari qiyas, ilmu qh yang
sederhana menjadi sangat komprehensif. Melalui
qiyas, dapat diketahui titik persamaan hukum
antara satu perkara dengan perkara lain.
Dari segi bahasa, qiyas bermaksud ukuran,
mengetahui ukuran sesuatu, membanding atau
menyamakan sesuatu dengan yang lain atau
diistilahkan juga sebagai analogi.

Dari segi istilah, terminologi qiyas mempunyai


beberapa definisi yang dikemukakan para ulama
usul qh, sekalipun istilahnya berbeza tetapi
mengandungi maksud yang sama.
Secara lebih mudah, Qiyas ialah menetapkan
hukum sesuatu masalah baharu yang tiada nas
jelas daripada suatu masalah yang telah ada nas
syarie kerana persamaan kedua-duanya dari segi
illat.
Para ulama usul qh bersepakat menyatakan
bahawa proses penetapan hukum melalui
kaedah qiyas bukanlah menetapkan hukum
dari awal, sebaliknya hanya menyingkap dan
menjelaskan hukum yang ada pada sesuatu
masalah yang belum jelas hukumnya.
Penyingkapan dan penjelasan ini dilakukan
melalui perbahasan mendalam dan teliti
terhadap illat dari suatu masalah yang sedang
dihadapi. Apabila illatnya sama dengan illat
hukum yang disebutkan dalam nas, maka
hukum terhadap masalah yang dihadapi itu
diambil daripada hukum yang telah ditentukan
nas tersebut.
Soalan 3
Dari segi makna, al-Sunnah atau al-hadis
terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Sunnah
Qauliyyah (sunnah perkataan), Sunnah Filiyyah
(sunnah perbuatan) dan Sunnah Takririyyah
(sunnah persetujuan).
Sunnah Qauliyyah (sunnah bentuk perkataan)
ialah segala perkataan atau ucapan Nabi
Muhammad SAW yang ada hubungannya
dengan pembinaan hukum Islam.
Sunnah Filiyyah (sunnah perbuatan) merujuk
kepada segala perbuatan Nabi Muhammad SAW
yang diberitakan oleh para sahabatnya sama
ada mengenai persoalan ibadat atau kehidupan
seharian Baginda. Misalnya sunnah atau
hadis yang membicarakan tentang bagaimana
Rasulullah SAW melaksanakan ibadat
sembahyang, puasa, haji, makan, minum dan
sebagainya.
Sunnah Takririyah (sunnah persetujuan) pula
merujuk kepada persetujuan atau ketetapan
Baginda SAW dalam bentuk lisan atau diam
terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh
para sahabat di hadapannya, tanpa melarang,
memprotes atau menghalang terhadap apa yang
dilakukan atau yang diperkatakan oleh sahabat

Jawapan

di hadapan Baginda SAW.


Dari segi periwayatannya, al-Sunnah
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
Mutawatir dan Ahad, (khabar mutawatir dan
khabar ahad).
Sunnah Mutawatirah atau khabar mutawatir
ialah setiap yang diriwayatkan dari Rasulullah
SAW oleh suatu kelompok atau generasi
(tabaqat) manusia yang ramai yang menurut
kebiasaan tidak mungkin kelompok yang ramai
tersebut bersepakat melakukan dusta, kerana
ramai dan kejujuran mereka.
Para ahli hadis bersepakat bahawa hadis
mutawatir atau khabar mutawatir mendatangkan
keyakinan dan wajib beramal dengan hukumnya.
Kedudukannya adalah sama dengan al-Quran.
Sunnah Ahad atau khabar ahad ialah khabar
yang tidak mencapai darjat mutawatir. Perkataan
ahad adalah bentuk plural (mufrad) dari kata
wahid yang bermaksud satu.
Dari segi sandaran, al-Sunnah dibahagikan
kepada tiga jenis berdasarkan golongan mana
sesebuah hadis itu disandarkan. Tiga jenis yang
dimaksudkan itu ialah marfu, mawquf dan
maqtu.
Soalan 4
Hak serta kepentingan perlu dipertahankan
sama ada pada peringkat individu dan masyarakat.
Hak serta kepentingan individu perlu
diselaraskan dengan hak serta kepentingan
masyarakat. Percanggahan hak serta
kepentingan antara individu dengan masyarakat
perlu diselesaikan.
Institusi kehakiman berperanan menyelesaikan
perbalahan dan memutuskan pertikaian yang
berlaku di kalangan individu dan masyarakat.
Tanpa institusi kehakiman, kezaliman akan
berterusan.
Sistem kehakiman dalam perundangan Islam
telah dibincangkan secara panjang lebar oleh
para ulama di dalam suatu bidang yang dikenali
sebagai al-Qadha.
Jawatan kehakiman merupakan satu jawatan
yang mulia, penting dan kritikal. Ia hendaklah
diberikan kepada orang yang benar-benar layak
melaksanakannya. Ia bukan satu jawatan yang
biasa dipohon, sebaliknya merupakan satu
jawatan yang dipilih dan dilantik oleh ketua
negara.
Kehakiman berlangsung sama ada secara

17

rasmi dalam sebuah mahkamah atau di dalam


sesebuah majlis apabila berlaku pertikaian
tentang sesuatu.
Kehakiman tidak dapat ditegakkan dan tidak
mencapai matlamat jika tidak memenuhi
rukun yang merupakan sebahagian daripada
kehakiman itu sendiri.
Secara umum, bidang kuasa seseorang hakim
yang dilantik meliputi 10 perkara penting
Bagi membuktikan keadilan, proses kehakiman
mengguna pakai beberapa bentuk pembuktian
yang dibincangkan secara terperinci dalam
undang-undang keterangan yang melibatkan
beberapa bentuk kesaksian seperti syahadah,
sumpah, qarinah dan sebagainya.
Soalan 5
Istilah mazhab dari sudut bahasa bererti jalan
atau the way of . Mazhab secara mudah boleh
diertikan sebagai tempat pergi.
Dalam pengertian umum, mazhab bermakna
pendapat, fatwa, cara pengambilan hukum dan
yang seumpamanya. Bermazhab pula bermakna
mengikut al-Quran dan sunnah berdasarkan
kefahaman seorang ulama muktabar.
Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya
digunakan untuk menggambarkan perbezaan
aliran pandangan daripada dua aspek, iaitu
akidah dan qh.
Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut
dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak,
hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara
mazhab akidah dalam Islam adalah Mazhab
Syiah, Mazhab Khawarij, Mazhab Muktazilah
dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini
mempunyai mazhab-mazhab qhnya yang
tersendiri.
Mazhab qh pula merujuk kepada persoalan
yang berkaitan dengan soal hukum-hakam,
halalharam dan sebagainya. Antara mazhab
qh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah adalah
Mazhab Hana, Mazhab Maliki, Mazhab alSyae dan Mazhab Hanbali.
Secara umum, perbezaan antara mazhab berlaku
atas faktor kemanusiaan (perbezaan dalam
memahami dan mentafsirkan nas) dan faktor
sejarah (periwayatan hadis yang tidak sampai
kepada mujtahid).
Setiap imam mazhab berpegang kepada al-Quran

18

Pengajian Islam 2E

dan al-Sunnah dalam aliran pemikiran yang


mereka bawa. Mereka juga tidak mengeluarkan
apa-apa pendapat melainkan merujuk kepada
kepada dua sumber mulia tersebut.
Hanya apabila timbul sesuatu persoalan yang
tidak dibahaskan secara terperinci oleh keduadua sumber tersebut, mereka mengeluarkan
pendapat berdasarkan kaedah Qiyas, Ijmak
dan sebagainya. Semua kaedah ini dirumuskan
berdasarkan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah
juga.

BAB 8
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 A

2 A
7 C

3 C
8 D

4 B
9 A

5 C
10 C

SOALAN STRUKTUR
1 iqtisad, qasad, sasaran, membazir
2 individualistik, individualistik, kemahuan,
kemampuan
3 diperdagangkan, salam, salam, dicapai
4 mekanisme, positif, kapasiti, makro
5 muhtasib, positif, konstruktif, perancang
6 pulangan, pekerja, pulangan,penjimatan
7 salam, salam, wujud, diserahkan
8 perkhidmatan, keuntungan, riba, konvensional
9 jaminan, dilangsaikan, diserahkan, bersyarat
10 perkhidmatan, dilantik, pencatat, saksi/bukti
SOALAN ESEI
Soalan 1
Antara prinsip umum ekonomi Islam ialah
takaful, berkait dengan keadilan dan kebajikan
sosial dan tadamun jaminan keselamatan dan
kesejahteraan sosial.
Tiada unsur ghash, tidak wujud unsur penipuan
atau kekaburan yang boleh mengelirukan para
pengguna.
Menjamin kedaulatan negara, negara tidak boleh
dipercaturkan kerana kepentingan ekonomi.
Menekan kepenggunaan yang berhemah,
pengguna perlu bijak dalam berbelanja dan
merancang sosial ekonomi.
Objektif (iqtisad) dalam perancangan dan
pengurusan, menepati sasaran ekonomi sebenar,
bukan meneka kepentingan segelintir.
Martabat agama dipelihara, agama tidak boleh

dipermainkan dalam menjana ekonomi negara.


Menjaga keseimbangan dalam semua sektor
untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat.
Menekankan kemahiran pekerja dan
penggunaan teknologi yang cekap untuk
produktiviti dan mengelak pembaziran.
Menekankan manfaat produk mengikut
pentakrifan Islam yang jelas. Tidak semua
produk barangan dan perkhidmatan dianggap
manfaat pada sisi Islam walaupun ia bermanfaat
pada pandangan umum.
Mewajibkan konsep produk yang boleh dicapai
atau dihasilkan. Produk dalam ekonomi
Islam sama dalam bentuk perkhidmatan atau
barangan perlu dikenal pasti dapat dicapai
dalam jangka masa tertentu dan dalam
keupayaan mendapatkannya. Sebarang bentuk
produk yang tidak anggap dicapai dalam Islam
tidak boleh diperdagangkan dalam Islam.
Menekankan keutamaan ibadat yang tidak boleh
diketepikan dalam kegiatan sosio dan makro
ekonomi. Semua perkara yang di luar batas
ritual atau ibadah sebenar juga dianggap sebagai
ibadah umum apabila dilakukan dengan jujur
dan menepati syariat Islam.
Menekankan imarah, kemakmuran, dan
peningkatan taraf hidup mengikut keperluan
masa dan tempat.
Akhlak yang mencakupi tindak-tanduk kiran,
peri laku dan perkataan perlu dikembangkan
dalam kegiatan ekonomi Islam untuk
menambahkan keceriaan dan mengurangkan
tekanan hidup.
Prioriti atau keutamaan menjadi prinsip umum
penting ekonomi Islam.
Soalan 2
Dalam ekonomi Islam, masyarakat dianggap
menjadi mekanisme penting. Setiap anggota
masyarakat dengan pelbagai latar belakang
dan kedudukan tahap sosial dianggap perlu
memberikan sumbangan positif mengikut
kapasiti yang berbeza.
Setiap anggota masyarakat dianggap sebagai
salah satu bahagian mekanisme ekonomi
makro Islam. Oleh itu, Nabi Muhammad
SAW menggesa setiap umatnya bekerja, tidak
berpeluk tubuh walaupun dengan mencari kayu
api dan menjualnya.
Sektor korporat atau ahli perniagaan juga

Jawapan

menjadi sebahagian penting mekanisme


ekonomi Islam. Oleh itu, Islam sejak awal lagi
mengaitkan perniagaan yang jujur dengan
syufaat yang besar sehingga menyamai orang
yang mati syahid.
Buruh tidak dipandang rendah oleh Islam.
Sebaliknya, Islam menekankan kebajikan
diberikan terhadap buruh supaya kitaran
ekonomi berjalan lancar.
Kerajaan juga merupakan bahagian penting
mekanisme ekonomi Islam. Dalam ekonomi
Islam, kerajaan berperanan bertindak sebagai
muhtasib atau pemerhati dan pemberi respons
positik dan konstruktif terhadap semua sektor
ekonomi.
Perbankan boleh dilihat sebagai mekanisme
ekonomi makro Islam. Ia tidak boleh dilihat
terpisah daripada memberi sumbangan positif
terhadap ekonomi negara. Ia perantaraan yang
penting pengaliran atau perpindahan wang
pantas dalam pelbagai sektor ekonomi.
Sistem ekonomi juga merupakan mekanisme
yang tidak nampak terhadap ekonomi Islam.
Sistem ekonomi Islam bersifat tersendiri dan
berbeza dengan kapitalisme dan sosialisme. Ia
tidak terlalu berpihak kepada golongan kapitalis
atau pemodal dan tidak menindas rakyat.
Gaya hidup juga merupakan mekanisme
ekonomi Islam yang tidak nampak. Gaya hidup
yang terlalu bermewah boleh menjadikan
negara bankrap negara kerana apabila rakyat
lebih suka memberi barangan import ia boleh
membocorkan kantung ekonomi negara.
Soalan 3
Pengurusan kewangan Islam perlu mengelak
daripada inflasi dan deflasi dengan melakukan
beberapa langkah penting. Antara langkah
ialah menjadikan sektor pertanian sebagai
pengimbang nilai mata wang. Ini dapat
dijayakan apabila sektor pertanian dalam negara
menjadi kukuh, dapat memenuhi keperluan
pemakanan rakyat di samping mengimportnya.
Mengawal sektor spekulasi supaya tidak
menjejaskan ekonomi dan seterusnya
menyebabkan ekonomi buih berlaku.
Seandainya pengawalan ini, tidak dilakukan
inflasi akan berlaku, dengan kata lain kuasa
membeli barang dan perkhidmatan meningkat
disebabkan setiap mekanisme ekonomi lebih
suka mengadakan spekulasi daripada melalukan

19

pelaburan ekonomi sebenar.


Kegiatan ekonomi sebenar, iaitu bukan
spekulasi perlu ditekankan agar produk sebenar
ekonomi wujud. Ekonomi atas angin tidak
wajar wujud dalam ekonomi Islam kerana ia
akan memperkayakan orang yang kaya dan
melipatgandakan kemiskinan orang miskin.
Tidak menggantungkan wang kepada nilai
mata wang tertentu seperti mata wang AS. dan
EURO. Sebaliknya, mata wang ekonomi Islam
disandarkan pada nilai mata wang tersendiri,
iaitu dinar dan dirham
Bersikap berhati-hati memperdagangkan
mata wang di pasaran di dunia supaya ia tidak
sengaja dispekulasikan oleh pemodal asing
dengan menginasikannya secara mendadak
untuk suatu ketika kemudian dijatuhkan secara
mendadak. Ia boleh mengejutkan kewangan
negara.
Menyimpan rizab kewangan asing di samping
mengurangkan simpanan mata wang tempatan,
ringgit di luar rantau ekonomi Islam. Ia boleh
mengelakkan simpanan tersebut daripada
dibekukan melalui percaturan ekonomi dan
politik antarabangsa.
Soalan 4
Pengangguran tidak wujud dalam ekonomi
Islam kerana semua sektor melakukan tuntutan
individu dan sosialnya. Islam menyarankan
penghapusan pengangguran melalui beberapa
tindakan penting
Pertama, meningkatkan taraf dan kualiti
pengurusan melalui teknologi dan kemahiran
pengurusan.
Penjenamaan semua produk perkhidmatan
dan barangan. Suatu produk perkhidmatan
dan barangan akan dianggap sebagai hasil
profesional apabila mempunyai piawaian atau
sistem pengurusan tertentu supaya ia memberi
kepuasan kepada pelanggan.
Pihak swasta perlu mempunyai kesedaran
untuk membantu kerajaan dalam menyediakan
peluang pekerjaan. Dalam Islam ia dianggap
satu kewajipan sosial.
Semua sektor ekonomi digerakkan sepenuhnya
secara esyen supaya peluang pekerjaan wujud.
Penggunaan alat robotik atau sebarang bentuk
teknologi tidak boleh dijadikan alasan untuk
menurunkan penggunaan tenaga manusia.
Mengawal sistem ekonomi yang tempang

20

Pengajian Islam 2E

yang berpusat pada penghasilan pulangan


semata-mata. Tren ekonomi semasa terlalu
menekankan penghasilan pulangan sematamata dan ini boleh mengetepikan pengambilan
pekerja lantaran mengutamakan pulangan dan
penjimatan kos menyara pekerja.
Kos sara hidup dan bayaran perkhidmatan
terhadap segala bentuk kemudahan dan
infrastruktur perlu dipantau oleh kerajaan
supaya ia tidak dieksploitasi secara berlebihan
oleh pihak tertentu.
Institusi sosial seperti pengangkutan, kesihatan
dan pendidikan perlu dipantau dan dikawal
agar tidak mengambil untung yang berlebihan
sehingga menjejaskan kualiti kehidupan rakyat
khususnya siswa dan siswi yang menganggur.
Semua aspek modal insan perlu ditanam dalam
diri pelajar.
Soalan 5
Institusi pembangunan ekonomi Islam perlu
dipelbagaikan fungsi dan peranannya supaya
mencakupi semua aspek pembangunan ekonomi
dan memberikan pulangan yang menarik.
Peranan institusi pembangunan ekonomi Islam
wajar mencakupi pelbagai aspek. Antara aspek
ini ialah penyelidikan dan pembangunan seperti
yang dilakukan oleh MARDI, FAMA dan lainlain.
Bertindak sebagai dana kebajikan sosial seperti
yang dipertanggungjawabkan kepada baitul mal.
Mengembangkan sosioekonomi Islam seperti
yang diamanatkan kepada YAPEIM.
Membekalkan kemudahan pinjaman dan
pembiayaan secara Islam seperti yang dilakukan
oleh Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank
Muamalah.
Membuat pelaburan di dalam negara atau di
negara Islam untuk membentuk ekonomi Islam.
Bertindak sebagai penabungan untuk
melengkapkan Rukun Islam terutama ibadat haji
seperti yang dilakukan Tabung Haji.
Melabur dalam sektor pendidikan Islam
sama ada pada peringkat prasekolah atau
persekolahan sebagai menyahut usaha kerajaan
mempertingkatkan modal insan rakyat.
Bertindak mengawal hartanah umat Islam
supaya tidak disalahgunakan.
Menjanakan harta wakaf dalam negara supaya
lebih produktif kepada umat Islam.
Menyediakan pelbagai latihan dan kemahiran

kepada generasi muda Islam.


Soalan 6
Riba dan caj perkhidmatan berkait dengan
pengambilan keuntungan hadapan terhadap
semua produk perbankan sama ada pinjaman,
pembiayaan atau gadaian.
Apa yang membezakan kedua-duanya ialah
pertama, akad dan persetujuan, kedua, ketelusan
dan ketiga, bebanan pembayaran balik.
Tiada akad dan persetujuan kedua-dua belah
pihak boleh dikaitkan riba nasai. Tiada
ketelusan dalam dokumen juga boleh dikaitkan
dengan riba nasai. Bebanan pembayaran balik
melebih harga barang pembiayaan pada masa
hadapan boleh dianggap riba fadl (lebihan).
Jumlah pembayaran balik terkumpul atau
kumulatif pada ansuran yang terakhir yang
melebihi jumlah pinjaman termasuk susut nilai
mata wang di samping caj perkhidmatan juga
dianggap sebagai riba fadl.
Sebaliknya, apabila akad dan persetujuan keduadua pihak di samping ketelusan dokumen riba
nasai tidak wujud dalam transaksi tersebut.
Begitu juga apabila bebanan pembayaran balik
tidak melebihi pinjaman yang terkumpul atau
kumulatif pada ansuran yang terakhir termasuk
susut nilai mata wang sepanjang tempoh
ansuran dan caj perkhidmatan yang berpatutan,
riba tidak wujud.
Apa yang wujud ialah bayaran perkhidmatan.
Perbincangan ini berasaskan kaedah pembayaran
balik pinjaman mata wang dalam bentuk emas
atau perak yang tidak susut nilai.
Kedua ia disandarkan kepada perintah Allah
Taala yang memerintah dua orang atau pihak
yang melakukan gadaian atau penjualan supaya
dilantik penulis atau pencatat butiran perjanjian
sebagai saksi.
Jual salam, iaitu dengan penyerahan produk
akan datang merupakan sandaran penting
kepada beberapa transaksi perbankan Islam
semasa seperti pembiayaan rumah dan kereta.
Soalan 7
Tiga perkara yang boleh dikaitkan dengan riba
dalam Islam apabila tidak memenuhi syarat
transaksi yang tertentu iaitu emas, perak (emas
dan perak) dan makanan yang mengenyangkan.
Mata wang kertas dan syiling semasa dikiaskan
kepada emas dan perak kerana wang pada

Jawapan

masa dahulu terdiri daripada emas dan perak.


Pertukaran antara ketiga-tiga barang tersebut
boleh menyebabkan riba berlaku apabila
salah satu melebihi yang lain tetapi ini hanya
melibatkan pertukaran barang jenis yang sama
seperti antara emas dengan emas, perak dengan
perak dan beras dengan beras.
Caj perkhidmatan tidak dimasukkan dalam
pengiraan bayaran balik kumulatif tersebut. Ia
perlu dikira secara berasingan sebagai urusan
peminjaman dan sebagainya.
Apabila salah satu daripada dua barang
pertukaran yang tidak sejenis seperti dalam
sistem barter ditukarkan melebihi yang lain dari
sudut kuantiti, sukatan dan sebagainya, ia tidak
dinamakan riba.
Soalan 8
Pembiayaan secara Islam semasa tidak boleh
dikaitkan dengan salah satu atau dua jenis riba,
nasai dan fadl disebabkan ia melalui proses akad
jual beli dan persetujuan antara kedua-dua belah
pihak.
Pelanggan diberitahu dan diarah supaya meneliti
semua dokumen serta diarah menandatangani
setiap helai dokumen yang dibacanya sebagai
tanda faham tentang perincian dan persetujuan
terhadap butiran tersebut.
Akad jual beli tersebut dilihat pada harga
akan datang produk bagi aset yang tidak
susut nilai seperti rumah dan tanah. Bagi aset
yang susut nilai seperti kereta dan motosikal,
harga hadapan dilihat pada kos kerugian yang
ditanggung oleh pihak bank yang melakukan
pembiayaan.
Kos kerugian ini hasil daripada susut nilai
yang disebabkan peminjam telah mengguna
kenderaan tersebut. Sebaliknya, apabila
ketelusan tidak wujud dalam dokumen dan akad
serta persetujuan tidak dilakukan, transaksi
tersebut melibatkan riba nasai yang bertujuan
memudaratkan pelanggan.
Bagi aset yang tidak susut nilai apabila bebanan
bayaran balik kumulatif melebihi harga pasaran
hadapan termasuk susut nilai mata wang dan caj
perkhidmatan, ia dinamakan riba fadl.
Bagi aset susut nilai, apabila bayaran balik
kumulatif melebihi kerugian susut nilai aset
tersebut yang ditanggung oleh pihak bank,
melebihi susut nilai mata wang yang dipinjam
dan melebihi bayaran khidmat yang berpatutan,

21

ia juga dinamakan riba fadl.


Soalan 9
Antara kriteria penentuan terhadap produk
perbankan Islam adalah ia ditakrifkan sebagai
manfaat di sisi Islam seperti pembiayaan
pembelian rumah, kenderaan dan sebagainya.
Produk perbankan Islam tersebut memenuhi
tuntutan takaful atau tanggungjawab sosial
seperti melindungi keluarga Islam daripada
kesempitan daripada insiden kemalangan.
Ia memberikan tadhamun sosial, iaitu jaminan
keselamatan sosial. Umpamanya pembiayaan
untuk membeli senjata bagi membunuh
seseorang diharamkan kerana ia memporakperanda masyarakat.
Unsur ghash yang bertujuan mengaut
keuntungan mutlak tanpa mengambil kira
kebajikan pelanggan.
Produk perbankan tersebut boleh dicapai
seperti pembiayaan rumah yang dipastikan
pembinaannya. Rumah yang belum dipastikan
pembinaan seperti tiada tapak pembinaan
yang jelas tidak boleh ditransaksikan kerana ia
mengandungi gharar atau ghash.
Bagi produk pelaburan, ia perlu dilaburkan pada
perkara yang dibenarkan oleh Islam.
Bagi produk pelaburan ia perlu menekan
mudharabah, iaitu keuntungan dan kerugian
dinikmati dan ditanggung bersama mengikut
saham pelaburan dan persetujuan kedua-dua
belah pihak.
Soalan 10
Gadaian dalam Islam disyaratkan bahawa
pemegang gadaian tidak mengguna pakai
barang yang digadaikan sama tujuan kegunaan
peribadi atau bukan peribadi.
Sebaliknya, barang gadaian itu perlu dianggap
sebagai amanah untuk dijaga dan diserah
apabila tiba masanya. Ia disimpan dan dijaga
sebagai jaminan pembayaran balik oleh si
peminjam.
Apabila semua bayaran balik dilangsaikan
dalam tempoh yang ditetapkan, barang gadaian
tersebut perlu diserahkan kepada peminjam
tanpa bersyarat. Apabila bayaran balik tidak
dapat dilakukan dalam tempoh yang dijanjikan
dalam akad si pemberi hutang berhak
menjualnya dan mengambil bahagian wang yang
dipinjamkan sahaja

22

Pengajian Islam 2E

Manakala bakinya sekiranya ada diserahkan


kembali kepada peminjam. Dalam konteks
semasa, caj perkhidmatan terhadap gadaian
tersebut dikenakan sesuai dengan ayat alQuran memerintah dua orang atau pihak yang
melakukan gadaian atau penjualan supaya
dilantik penulis atau pencatat butiran perjanjian
sebagai saksi. Kerja mencatat dan menyimpan
catatan melibatkan kos pengurusan.

BAB 9
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 B

2 C
7 B

3 D
8 C

4 C
9 A

5 B
10 B

SOALAN STRUKTUR
1 tindak-tanduk, baik, universal, berbeza
2 perilaku, berbeza, kiran, kerohanian
3 nilai-nilai, ilmuwan, penulisan, diwarisi
4 al-Quran, Hadis, biogra, biogra
5 benteng, kekuatan, terbatas, salah faham
6 jati diri, lalang, kapal layar, membezakan
7 wangian, mengimpal, wangian, mengimpal
8 mengorek, mati kelemasan, kasta,
kemusnahan
9 tarbiah, talim, tadib, tarbiah
10 kain putih, mengislamkannya,
mengkristiankannya, meyahudikannya
SOALAN ESEI
Soalan 1
Moral dan akhlak diasaskan pada paradigma
nilai yang berbeza walaupun mempunyai satu
persamaan pentingnya, iaitu keuniversalannya.
Dari sudut denisi, moral merupakan satu
himpunan tindak-tanduk individu yang
ditakrifkan oleh masyarakat sebagai baik dan
memberikan kesejahteraan kepada masyarakat.
Ia merupakan satu himpunan nilai yang
universal tetapi keuniversalannya mungkin
dilihat berbeza-beza oleh dua masyarakat yang
berbeza dari segi latar kebudayaan seperti antara
masyarakat Islam dengan bukan Islam.
Denisi moral terbatas pada persoalan perilaku
dan berbeza dengan denisi akhlak yang
diketengahkan oleh Islam.
Akhlak lebih menyeluruh kerana ia
mencakupi aspek-aspek perilaku, kiran dan

kerohanian manusia. Dari sudut sumber,


moral bersumberkan nilai-nilai universal yang
diketengahkan kepada masyarakat oleh para
ilmuwan melalui pelbagai penulisan, dialog dan
pandangan mereka. Ia juga boleh diwarisi secara
turun-temurun dan mungkin juga mengalami
perubahan dengan perubahan masa, cita rasa
dan daya kir.
Sumber akhlak adalah konsisten kerana ia
berlandaskan al-Quran, hadis dan biogra Nabi
Muhammad SAW dan perkataan Baginda.
Sumbernya juga mencakupi biogra para
sahabat yang dianggap mulia oleh Baginda dan
penulisan para ulama Islam yang muktabar.
Sungguhpun mempunyai pelbagai sumber,
hakikatnya pelbagai sumber ini hanya saling
melengkapi untuk memberikan satu gambaran
jelas tentang kesatuan dan keharmonian denisi
akhlak di sisi Islam.
Soalan 2
Antara faktor yang membawa kepada
keruntuhan moral ialah kurang penghayatan
agama dalam kalangan golongan remaja dan
dewasa Melayu pada masa ini.
Suasana kehidupan moden dalam rumah dan
persekitaran menyisihkan penghayatan agama
secara berterusan. Akibatnya, perilaku yang
tidak terkawal dan terkeluar dari landasan Islam
berlaku dengan mudah.
Faktor kedua ialah kurangnya sifat malu dan
hormat yang melambangkan nilai ketimuran
atau Islam yang penting dan menjadi benteng
terhadap segala penyakit sosial. Kehidupan
moden telah menghakis atau mengesampingkan
kedua-dua sifat tersebut lantaran individu sama
ada remaja atau dewasa tidak diasuh dari kecil
pada sifat malu dan hormat kepada golongan
yang lebih tua.
Ketiga ialah keperibadian yang lemah.
Keperibadian dan ketahanan diri yang lemah
juga menjadi faktor penyumbang kepada wabak
gejala sosial. Golongan remaja atau dewasa
Islam yang terlibat dengan gejala sosial tidak
mempunyai jati diri atau keperibadian yang
kuat.
Soalan 3
Tarbiah adalah membela, menjaga dan mengawasi
kanak-kanak sampai dewasa.
Talim atau tadris adalah memberi pendidikan.

Jawapan

Tadib adalah mendidik dengan hukuman dan


ganjaran. Tadib merupakan tindakan susulan
atau lanjutan yang penting kepada tarbiah.
Ketiga-tiga elemen ini diberikan penekanannya
oleh Islam dalam sektor pendidikan.
Ibu bapa perlu menjalankan hubungan erat dan
positif dengan pihak sekolah untuk mengetahui
perkembangan pendidikan dan perilaku anakanak mereka serta memberikan respons positif
kepada pihak sekolah.
Soalan 4
Pengaruh kebudayaan kuning atau Barat begitu
serius terhadap akhlak atau moral umat Islam
lantaran kebudayaan yang diimport itu hanya
merupakan satu himpunan pengaruh negatif,
manakala yang positifnya tidak ditiru.
Budaya kuning yang tidak sihat dan menentang
peradaban Timur atau Islam sebenarnya tidak
mencerminkan kemajuan dan kejayaan Barat.
Sebaliknya, ia mencerminkan keruntuhan
kehidupan sosial Barat.
Umat Islam didedahkan dengan nilai-nilai
negatif ini seperti pergaulan tanpa batasan,
pakaian menjolok mata dan sebagainya. Nilainilai ini menyumbang kepada merebaknya
gejala sosial seperti hubungan dan pergaulan
bebas sehingga melanggar batas agama, tidak
menghormati orang tua dan sebagainya.
Gaya hidup dan penampilan diri Barat yang
tidak secocok dengan nilai ketimuran menjadi
contoh ikutan remaja dan dewasa sehingga jati
diri mereka tercabar.
Soalan 5
Dalam Islam terdapat beberapa perintah dan
saranan yang dapat diketengahkan untuk individu
sebagai mekanisme untuk mengawal dan mem
bendung gejala keruntuhan moral. Antaranya
adalah:
Mengawal interaksi antara lelaki dengan
perempuan bukan mahram. Interaksi antara
lelaki dengan perempuan berbeza mengikut
usia dan suasana. Islam mengehadkan interaksi
yang membawa ke arah perlakuan sumbang
antara kedua-dua gender tersebut. Perbuatan
berdua-duaan antara dua gender bukan mahram
menjadi satu larangan dalam Islam kerana
ia dianggap satu langkah menuju ke arah
perzinaan.

23

Seterusnya individu itu sama ada dengan


kapasiti ibu bapa atau anak-anak perlu
mengawal interaksi dalam kalangan mereka di
bawah satu bumbung supaya tidak terjadinya
sumbang mahram. Ini dapat dilakukan dengan
beberapa saranan Islam. Antara saranan tersebut
adalah pengasingan tempat tidur anak-anak
lelaki dan perempuan, antara ibu bapa dengan
anak-anak ketika anak-anak tersebut mencapai
10 tahun.
Individu itu perlu mengawal penampilan ketika
berhadapan dengan bukan mahram. Lelaki dan
perempuan diperintahkan menutup aurat ketika
berada di luar rumah atau ketika berhadapan
dengan gender yang bukan sejenis dan bukan
mahram mereka.
Soalan 6
Rasulullah SAW mengarahkan supaya hubungan
atau interaksi ibu bapa dengan anak-anak perlu
dilihat pada empat tahap yang berbeza.
Tahap pertama ketika usia kanak-kanak yang
perlu dimanjakan sebelum usia 7 tahun.
Tahap kedua ketika kanak-kanak menjangkau
usia 7 tahun hingga baligh (sebelum remaja)
sekitar 9 tahun bagi anak perempuan dan 15
tahun bagi anak lelaki.
Tahap ketiga ialah ketika usia remaja hingga
dewasa atau sebelum berkahwin. Ibu bapa perlu
bertindak sebagai kawan atau sahabat kepada
anak-anak mereka pada tahap ini.
Tahap keempat ialah ketika anak-anak mereka
menjadi dewasa berkahwin dan berpisah
daripada ibu bapa. Hubungan ibu bapa pada
tahap ini melepasi tahap menghukum anakanak yang melakukan kesalahan.
Soalan 7
Pendidikan dalam Islam perlu mencakupi tiga
aspek, iaitu pertama peningkatan daya kir,
kedua peningkatan daya usaha dan kreativiti
dan ketiga pembinaan sahsiah atau peribadi.
Peningkatan daya kir diperlukan untuk proses
pembelajaran yang berterusan oleh para pelajar
yang mempunyai keupayaan untuk meneruskan
pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
Peningkatan daya usaha dan kreativiti
diperlukan oleh para pelajar yang tidak
berupaya melanjutkan pelajaran pada peringkat
yang lebih tinggi.

24

Pengajian Islam 2E

Pembinaan sahsiah atau peribadi diperlukan


oleh para pelajar sepanjang kehidupan mereka.
Pendidikan yang tidak seimbang antara ketigatiga komponen tersebut mencipta keruntuhan
moral dan permasalahan sosial.
Soalan 8
Pembinaan sahsiah, peribadi atau akhlak
merupakan persoalan asasi dalam konsep
pendidikan yang diperkenalkan oleh Rasulullah
SAW.
Pendidikan tanpa moral dan akhlak dianggap
sebagai tidak berjaya untuk membentuk
manusia yang sempurna kerana manusia terdiri
daripada dua aspek, iaitu aspek malaikat dan
aspek haiwan.
Aspek haiwan memerlukan kepandaian,
kebolehan, pengalaman dan seumpamanya
untuk kelangsungan kehidupan.
Aspek malaikat memerlukan penghayatan moral
dan akhlak untuk mengawal tindak-tanduk
luaran, iaitu perbuatan dan tindak-tanduk
dalaman, iaitu perasaan terhadap sesuatu benda,
perkara, manusia lain dan Pencipta.
Moral dan akhlak bukan sahaja dijadikan
sebagai satu maklumat atau subjek pendidikan
untuk dipelajari dan difahami, tetapi ia perlu
dihayati atau dijiwai.
Institusi pendidikan perlu berperanan sebagai
kilang memproses manusia yang sempurna.
Soalan 9
Antara peranan yang boleh perlu dilakukan oleh
kerajaan dalam membendung gejala keruntuhan
moral adalah menyediakan pendidikan yang
lengkap dan sempurna.
Pihak kerajaan telah menyediakan prasarana
pendidikan yang lengkap dan sempurna sesuai
dengan keperluan semasa.
Pihak kerajaan bertanggungjawab memantau
dan mengambil tindakan terhadap institusi
pendidikan prauniversiti dan universiti sebagai
pusat pendidikan dan penerapan nilai moral dan
akhlak.
Pihak kerajaan perlu menyediakan pasaran kerja
selepas pendidikan tinggi.
Kerajaan bertanggungjawab dalam menstabilkan
dan menyamaratakan pencapaian ekonomi.
Kerajaan perlu mengurangkan jurang perkauman
dan perbezaan etnik. Jurang perkauman dan
perbezaan etnik boleh membawa kepada gejala

sosial dan permasalahan kaum yang berpunca


daripada perbezaan yang ketara jurang
perkauman dan etnik.
Kerajaan turut berkewajipan dalam memastikan
institusi sosial berjalan lancar.

BAB 10
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 C

2 B
7 C

3 B
8 A

4 B
9 C

5 A
10 D

SOALAN STRUKTUR
1 pengabdian, perilaku, zikal, kerohanian
2 jamai, terfokus, pembangunan, kekampungan
3 pembangunan, diterjemah, falsafah,
modenisme
4 madani, madani, akidah, akhlak
5 hadhari, modenisasi, jati diri
kebergantungannya
6 al-Quran, Hadis, ijtihad, ijmak ulama
7 insani, kerohanian, insani, berterusan
8 akhlak, roh, kerohanian, akidah
9 manuskrip, penterjemahan, nafas, keislaman
10 larangan, ekosistem, ekosistem, madani
SOALAN ESEI
Soalan 1
Antara faktor pembangunan itu adalah:
Keperluan kehidupan jamai atau kolektif.
Kehidupan manusia bersifat jamai atau
kolektif di sesuatu kawasan. Dengan kehidupan
terfokus di satu tempat, daerah atau kawasan,
pembangunan wujud untuk memenuhi
keperluan-keperluan asas.
Keperluan lokasi untuk segala aktiviti jamai.
Segala aktiviti jamai seperti pentadbiran,
pendidikan dan ekonomi memerlukan ruang
tempat atau lokasi untuk beroperasi.
Pertambahan populasi penduduk dan
kekurangan sumber untuk kelangsungan
hidup. Pertambahan populasi penduduk negara
dan dunia menyebabkan kekurangan sumber
makanan dan beberapa keperluan lain.
Interaksi ketamadunan yang berbeza.
Interaksi kebudayaan dan ketamadunan yang
berbeza mencetuskan idea pembangunan dan

Jawapan

merealisasikannya. Interaksi Tamadun Islam dan


tamadun kiran Greek membawa pembangunan
dalam sejarah Islam selepas kebanyakan sumber
ilmu pengetahuan Greek diterjemah, dikaji dan
dikembangkan mengikut falsafah dan prinsip
Islam.
Soalan 2
Antara tiga skop pembangunan dalam Islam
adalah:
Pembangunan madani atau zikal. Ia perlu
dilandaskan prinsip kerohanian. Batas
pembangunan madani terletak pada keperluan
atau kehendak manusia selagi keperluan tersebut
diletakkan dalam acuan keislaman. Acuan
keislaman mencakupi tiga aspek penting, iaitu
akidah, syariat dan akhlak, manakala tuntutan
manusia terbahagi kepada dua, iaitu kerohanian
dan material. Kerohanian yang sempurna
menjadi nadi penting terhadap penghayatan
dan kepatuhan terhadap acuan pembangunan
Islamik tersebut. Oleh itu, semua aspek
pembangunan madani perlu diterapkan dengan
nilai kerohanian.
Pembangunan insani atau manusia sebagai aset
tersendiri. Pembangunan manusia sebagai aset
tersendiri sangat diberikan penekanan yang
mendalam oleh Islam kerana Islam melihat
manusia sebagai satu makhluk istimewa
atau khalifah yang mempunyai kehidupan
bertamadun.
Pembangunan hadhari atau ketamadunan.
Pembangunan hadhari atau ketamadunan
merupakan keperluan semasa dunia Islam
dewasa ini yang bergantung kepada tamadun
dan modenisasi Barat. Ia dapat membina
jati diri dunia Islam dan mengurangkan
kebergantungannya kepada Barat yang
menguasai sains dan teknologi.
Soalan 3
Terdapat perbezaan dan persamaan antara
modenisasi dan pembangunan hadhari.
Persamaannya ialah dari sudut wujudnya
pembangunan zikal dalam kedua-dua
pembangunan tersebut. Perbezaannya begitu
ketara kerana modenisasi hanya menekankan
pembangunan zikal atau menjadikannya
sebagai agenda utama.

25

Pembangunan hadhari menggabungkan dua


aspek penting pembangunan zikal berserta
pembangunan kerohanian. Modenisasi
diperkenalkan Barat bersama dengan
perkembangan kapitalisme yang menjadi nadi
utama modenisasi.
Pembangunan hadhari bersifat menyeluruh. Ia
melibatkan reformasi keseluruhannya terhadap
kebudayaan atau ketamadunan sesebuah bangsa.
Ia dilakukan dengan menyandarkannya pada
nilai-nilai yang mendasari kebudayaan tersebut.
Kedua-dua pembangunan tamadun ini
disandarkan pada nilai yang berbeza, iaitu
kerohanian Islam dan modenisasi zikal yang
mutlak.
Soalan 4
Pembangunan madani mempunyai kriteria
tertentu. Antara kriterianya adalah:
Pembangunan madani atau zikal perlu
berteraskan prioriti yang digariskan Islam.
Prioriti pertama adalah memelihara dharuriat
atau keperluan yang kritikal dan perlu
diutamakan.
Prioriti kedua ialah hawaij atau keperluan untuk
kelangsungan hidup.
Prioriti ketiga ialah tahsiniat atau keperluan
kepada kemudahan-kemudahan dan sebagainya.
Pembangunan madani tidak statik tetapi perlu
bersifat dinamik untuk memenuhi keperluan
dan kemudahan manusia dalam aspek-aspek
seperti komunikasi, telekomunikasi dan
sebagainya.
Kriteria kedua ialah pembangunan madani yang
diasaskan pada kesaksamaan dalam pengagihan
nikmat pembangunan. Ia tidak boleh dikuasai
oleh golongan kapitalis dan juga sosialis yang
kedua-duanya meletakkan orang awam sebagai
mangsa produk dan juga mangsa guna tenaga
yang tidak terbatas.
Kriteria ketiga ialah pembangunan yang mesra
sumber alam. Pembangunan mesra alam
mencakupi aspek-aspek seperti penggunaan
sumber yang terancang dan optimum,
penghasilan produk sampingan yang daripada
lebihan sumber yang telah digunakan,
mengelakkan penghasilan produk yang
berlebihan atau membazir, mewujudkan sistem
kitaran yang efektif supaya bahan buangan boleh
digunakan semula.

26

Pengajian Islam 2E

Kriteria keempat ialah pembangunan yang


mesra alam. Pembangunan yang mesra alam
melibatkan penjagaan ekosistem, pemilihan
lokasi yang sesuai, penggunaan metode
pembuangan yang sesuai dan sebagainya.
Soalan 5
Pembangunan insani mempunyai kriteria tertentu.
Antara kriterianya adalah:
Menyasarkan semua anggota masyarakat tanpa
mengetepikan atau mengutamakan mana-mana
pihak.
Kriteria kedua ialah pembangunan kerohanian
merupakan teras pembangunan insani yang
berterusan dan ia perlu diutamakan.
Kriteria ketiga ialah pembangunan atau
pembentukan keterampilan, sahsiah dan
karisma supaya menjadi insan yang cekal, tabah,
aktif, proaktif dan sebagainya. Ia juga menjadi
satu tuntutan penting dalam Islam.
Kriteria keempat ialah pembangunan
mentali atau kebudayaan perlu berlandaskan
kebudayaan atau thaqafah Islam. Nilai
kehidupan bertamadun bagi individu dan
masyarakat Islam boleh didapati dalam sumber
tamadun ilmu Islam.
Kriteria kelima ialah pembangunan cara
kehidupan yang sihat perlu mematuhi garis
panduan syariat dan tidak melewati batas-batas
larangan seperti yang dibahaskan oleh ulama
kah bagi individu dan masyarakat Islam.
Kriteria keenam ialah pembangunan ilmu
pengetahuan atau daya intelek yang diletakkan
dalam paradigma keislaman.
Kriteria ketujuh ialah pembangunan kreativiti,
kemahiran dan keusahawanan juga menjadi
tuntutan penting selepas pembangunan ilmu
pengetahuan dan kerohanian.
Soalan 6
Pembangunan hadhari atau ketamadunan seperti
yang berlaku pada zaman pembinaan Tamadun
Islam dan Barat melibatkan dua aspek yang besar.
Aspek pertama ialah pembangunan ilmu
pengetahuan termasuk sains dan teknologi
dalam acuan kebudayaan tersendiri, iaitu
kebudayaan Islam atau Timur.
Aspek kedua ialah pembangunan kebudayaan
tersendiri. Kebudayaan merupakan teras atau
prinsip pembangunan ilmu pengetahuan dan
seterusnya pembangunan madani atau zikal.

Kedua-dua aspek pembangunan itu


memerlukan kekuatan dalaman diri sebagai
pemangkin untuk melonjak ke hadapan dalam
satu hadharah atau ketamadunan yang baharu.
Soalan 7
Antara ciri landskap pembangunan madani
adalah:
Masjid sebagai pusat aktiviti sosial Islam.
Pusat rekreasi seperti kolam renang diasaskan
pada ciri-ciri keislaman, iaitu yang dapat
mengelak daripada berlaku kemungkaran atau
jenayah sosial. Pusat hiburan alternatif Islam
perlu diwujudkan untuk generasi muda Islam.
Kebersihan saluran air, udara dan persekitaran.
Tidak wujud kegiatan memaparkan gambar atau
slogan yang bercanggah dengan Islam.
Wujud kemudahan asas jalan raya yang
menghubungkan antara pusat badar,
pentadbiran dan sebagainya yang sempurna
untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi
yang cepat.
Sistem pengangkutan awam yang cekap dan
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang
boleh mencemarkan udara dengan pengeluaran
gas karbon oksida dari pelbagai kenderaan.
Soalan 8
Antara langkah yang berkesan untuk mengawal
impak negatif pembangunan madani adalah:
Penggunaan teknologi, peralatan, metode
atau sebagainya yang tidak mesra alam adalah
kontradik dengan Islam.
Islam menggariskan musim larangan tertentu
bagi mengurangkan impak negatif terhadap
alam sekitar serta menjaga ekosistem.
Umpamanya dalam musim haji, jemaah haji
dilarang memburu binatang buas untuk menjaga
ekosistem.
Islam menyarankan supaya permukaan bumi
dan dasar laut tidak dimusnahkan oleh manusia.
Dalam Islam, bukit-bukau bertindak sebagai
pasak bumi dan ia tidak wajar dimusnahkan
sesuka hati untuk tujuan pembangunan.
Wujudkan sistem pelupusan dan kitaran yang
cekap seperti sistem pelupusan sampah dan
buangan yang tidak merbahaya dan sistematik
dan sistem kitaran produk sampingan untuk
dihasilkan pelbagai produk langsung untuk
kepenggunaan.

Jawapan

Tempat perusahaan, perkilangan, penternakan


dan sebagainya perlu diasingkan dari kawasan
perumahan supaya suasana kehidupan sihat
dapat diwujudkan.
Konsep satu bandar, kampung atau
kawasan yang diasaskan pada industri perlu
direalisasikan tertentu supaya tidak wujud
kesesakan dalam sesuatu kawasan atau
perbandaran.
Soalan 9
Jawapan bebas selagi menggambarkan mesej
pengajaran yang wujud dalam teks, sebagai contoh:
Modenisasi boleh disesuaikan dengan roh
keislaman apabila semua sektor modenisasi
diterapkan dengan nilai-nilai keislaman.
Semasa proses modenisasi berjalan, tidak wujud
aspek penindasan terhadap rakyat jelata yang
menjadi sasaran modenisasi.
Nilai-nilai kebajikan sosial perlu diutamakan
oleh pelaksana modenisasi.
Modenisasi tidak menimbulkan pembaziran
tenaga, kewangan dan sumber alam.
Tenaga, kewangan dan sumber alam perlu
digunakan secara cekap supaya mendapat
pulangan yang baik.
Modenisasi tidak boleh menyebabkan remaja
atau umat Islam menjadi leka atau cuai terhadap
tanggung jawab.
Modenisasi tidak boleh melanggar batasan
aqidah, syariat dan akhlak Islam.

BAB 11
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 D

2 A
7 A

3 A
8 A

4 A
9 A

5 C
10 A

SOALAN STRUKTUR
1 sains, manusia, sistem alam, mukjizat
2 teknologi, teknologi, mukjizat, kincir air
3 ICT, maklumat, ibadah, silah
4 tauhid, mengkaji, keupayaan, Pencipta
5 teologi, evolusi, ketuhanan, empirikal
6 empirikal, al-Kindi, al-Zalzalah, Daud a.s.
7 potensi, tafakkur, aql, tadabbur
8 ukhrawi, pembangunan, peka, duniawi
9 memertabatkan, ketauhidan, syariat,
retrospektif

27

SOALAN ESEI
Soalan 1
Denisi sains, teknologi dan ICT menurut
perspektif Islam.
Sains mempunyai persamaan dengan
pentakrifan ayat Allah atau tanda-tanda
kebesaran Allah. Tanda-tanda kebesaran Allah
berkait dengan penciptaan manusia, alam
sekitar, cakerawala dan pelbagai makhluk lain
yang sama ada dijelaskan secara langsung atau
tak langsung dalam al-Quran.
Sains juga boleh dikaitkan dengan pentakrifan
sunnah Allah Taala, iaitu satu sistem kejadian
makhluk yang Dia tetapkan.
Teknologi dalam Islam boleh dikaitkan dengan
pengetahuan tinggi manusia untuk mencipta
pelbagai kemudahan untuk kehidupan dunia.
Beberapa teknologi dalam sejarah kegemilangan
Islam dilahirkan ilmuwan Islam seperti
teknologi kincir air dan teknologi pembuatan
jam.
ICT yang berkait dengan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam Islam berkait dengan
penyimpanan dan pengurusan maklumat dalam
pelbagai peralatan atau perantaraan kerana ia
menjadi tuntutan penting bagi umat Islam.
Komunikasi juga berkait dengan penekanan
Islam tentang kepentingan dan keperluan silah
atau komunikasi antara manusia.
Soalan 2
Antara rahsia dengan formula kemajuan Barat
dalam sains, teknologi dan ICT adalah:
Pembentukan sentimen keagamaan dan ideologi.
Sentimen keagamaan dan ideologi dalam sejarah
membentuk peradaban Islam dan Barat.
Susun atur masyarakat sebagai satu organisasi
yang besar untuk pembangunan sains, teknologi
dan ICT.
Anggota masyarakat perlu diklasikasikan dan
dibangunkan mengikut kebolehan, kemampuan
dan kreativiti seperti yang dilakukan dalam
negara maju.
Daya inisiatif dan kreativiti yang perlu
dibangunkan bukan sahaja melalui institusi
pendidikan tetapi pada peringkat sosial amnya.
Insentif dan sistem ganjaran sebagai insentif
untuk maju ke hadapan.
Kewujudan sistem tanda aras, benchmark dan
keberterusannya.

28

Pengajian Islam 2E

Perancangan dan perlaksanaan nasional yang


berbentuk tahunan dan sebagainya dalam
meningkatkan kemajuan sains, teknologi dan
ICT dan perlaksanaan nasionalnya.
Ilmu pengetahuan sudah pasti merupakan satu
prasyarat yang penting dalam semua lapangan
termasuk sains, teknologi dan ICT.
Soalan 3
Pembangunan ilmu pengetahuan merupakan
prasyarat penting tentang sains, teknologi dan
ICT selain resipi lain yang disentuh sebelum ini.
Ilmu dalam Islam bertolak daripada kesedaran
tauhid atau akidah seperti yang dijelaskan dalam
al-Quran.
Sumber akidah dalam Islam ialah al-Quran dan
hadis. Sama ada ilmu duniawi, keduniaan atau
ukhrawi, keakhiratan berlandaskan tauhid.
Sama ada ilmu duniawi, keduniaan atau
ukhrawi, keakhiratan berlandaskan tauhid.
Soalan 4
Ilmu ukhrawi dalam Islam bertindak sebagai
nadi pembangunan sains, teknologi dan ICT
seperti mana yang terbukti dalam tamadun ilmu
Islam dahulu kala.
Akidah Islam mewajibkan setiap umatnya
memerhati, mengkaji, merenung fenomena
alam, kejadian manusia, penurunan hujan,
tumbuhan, cakerawala dan sebagainya mengikut
keupayaan intelek individu Muslim untuk
mengetahui keesaan dan kekuasaan Pencipta.
Dalam syariat terdapat elemen-elemen
permasalahan yang kritikal seperti kemahiran
matematik dalam penentuan dan pembahagian
pusaka. Terdapat tuntutan terhadap kemahiran
falak dalam penentuan masa atau hari beribadat
seperti sembahyang lima waktu dan penentuan
hari raya. Terdapat tuntutan kemahiran dan
teknologi pengangkutan dalam ibadat haji
kerana setiap Muslim yang berupaya di pelosok
dunia diperintahkan sekali seumur hidup untuk
menunaikan haji.
Dalam akhlak terdapat desakan kemahiran
untuk berkir secara rasional untuk
menyelesaikan persoalan-persoalan sosial
seperti penyelesaian isu kejiranan, permasalahan
sosial dan sebagainya.
Dalam Islam, terdapat pelbagai kesenian yang
berkait langsung dan tidak langsung dengan

ilmu ukhrawi seperti kesenian bacaan al-Quran,


penulisan khat, pertahankan negara dan pem
binaan bangunan.
Soalan 5
Ilmu duniawi dalam Islam merupakan
serpihan daripada ilmu ukhrawi kerana ia
tidak boleh dibina pada prinsip keduniaan atau
materialisme yang kosong daripada tuntutan
ketuhanan.
Ilmu duniawi dilihat oleh Islam sebagai
memenuhi tuntutan rubbiah dan uluhiah
Pencipta. Rububiah berkait dengan pengakuan
atau penyaksian hamba bahawa Allah Taala itu
hanya sanya Pencipta alam ini atau alam-alam
lain yang wujud yang di luar persepsi manusia
tetapi dijelaskan dalam al-Quran.
Uluhiah berkait dengan penggunaan ilmu
duniawi tersebut sebagai jambatan untuk
mencapai kehidupan abadi di akhirat.
Usaha keislaman tidak wajar terbatas pada
memberikan konsep ketuhanan pada kegiatan
keilmuan tersebut. Sebaliknya, ia perlu
bersifat menyeluruh sehingga ia tidak boleh
memberikan ruang untuk tohmahan bahawa
Islam sekadar agama tempelan kepada kegiatan
disiplin semasa.
Aspek warisan khazanah ilmu Islam.
Cendekiawan atau saintis Islam perlu
memartabatkan dan memberi satu
kesinambungan yang berterusan terhadap
sejarah sains dan teknologi Islam zaman
kegemilangan Islam.
Pandangan retrospektif atau nostalgia berkenaan
kemajuan umat Islam tidak wajar diretorikakan
secara berlebihan untuk menjustifikasikan
perkembangan kegiatan sains dan teknologi
semasa.
Soalan 6
Aspek-aspek pembangunan sains, teknologi
dan ICT yang pro-Islam adalah yang dapat
membangunkan agama, umat, negara dan
ekonomi Islam. Ia boleh dilihat dari beberapa
aspek:
Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam
sektor pendidikan.
Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam
sektor perhubungan awam dan pentadbiran
negara untuk tujuan kecekapan dalam
pengurusan dan pentadbiran.

Jawapan

Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam


sektor komunikasi dan telekomunikasi kerana
komunukasi dan telekomunikasi merupakan
sifat atau kriteria setiap individu Islam.
Pembangunan sains, teknologi dan ICT
dalam kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perdagangan, perikanan dan perkilangan.
Pembangunan sains, teknologi dan ICT dalam
hiburan alternatif Islam.
Soalan 7
Aspek pembangunan yang anti-Islam atau
menyalahi kebenaran Islam ialah:
Yang merosakkan trah manusia, keharmonian
alam sekitar dan imej agama Islam. Islam
menghormati trah manusia dan menghalang
percubaan untuk mengubahnya supaya sama
atau hampir sama dengan haiwan. Contoh,
konsep ibu tumpang, pengklonan manusia dan
bayi tabung uji.
Berkenaan keharmonian alam sekitar,
ekosistem tidak boleh dijadikan mangsa ujian
pembangunan sains dan teknologi seperti
pembangunan dan percubaan senjata nuklear.
Berkenaan ICT atau teknologi komunikasi
dan maklumat. Ia diibaratkan dalam Islam
sebagai senjata yang boleh digunakan untuk
kebaikan seperti mempertahankan negara dan
marwah atau keburukan seperti peperangan dan
penyebaran tnah.
Pembangunan memerlukan kepada peraturan,
pemantauan dan penguatkuasaan.
Soalan 8
Teologi bukan sesuatu yang asing dalam sains
dan teknologi Barat yang menjadi inspirasi
negara-negara dunia. Ia telah diterokai dengan
meluas dalam kalangan saintis Barat lantaran
kegagalan darwinisme dan teori evolusi untuk
bertahan.
Kajian empirikal atau eksperimen di makmal
begitu susah untuk mengiakan teori kejadian
manusia daripada beruk dan ketiadaan
sistematik kejadian alam yang dikaitkan dengan
kuasa ghaib.
Perkembangan teologi sains dan teknologi
Barat semasa atau pascamodenisme juga boleh
dihubung kait secara rasional dengan usaha
ulama Islam terdahulu.
Penulisan serta wacana ilmuwan Barat yang
menolak darwinisme dan evolusi bersesuaian

29

dengan akidah Islam yang mengaitkan Allah


Taala sebagai Pencipta.
Secara relatifnya, ilmuwan Islam lebih dahulu
daripada teologi Barat menyedarkan para saintis
yang ateis dengan pelbagai wacana dan tulisan
mereka.
Sungguhpun penulisan, kajian dan wacana
ilmuwan Islam tersebut tidak terkedepan dalam
perbincangan sains dan teknologi berbanding
dengan Barat.
Soalan 9
Terdapat beberapa kriteria untuk pembentukan
falsafah tersebut untuk menjelaskan bahawa ia
diasaskan pada hubungannya dengan ilmu ukhrawi.
Kriteria pertama ialah falsafah tersebut
diasaskan pada tauhid atau teologi seperti yang
dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, kegiatan sains,
teknologi dan ICT tidak boleh bertolak daripada
kosong, sifar atau desakan selain teologi seperti
materialisme.
Kriteria kedua, dasar dan objektif yang
terkandung dalam falsafah sains, teknologi dan
ICT tidak melewati larangan Allah Taala seperti
dalam ayat (6:44), (39:72), (68:44) dan (107:6).
Ia bercanggah dengan akidah atau teologi Islam.
Kriteria ketiga, dalam pembinaan falsafah
sains, teknologi dan ICT Islam, input daripada
tamadun bukan Islam seperti Tamadun Barat
yang melambangkan kemajuan sebenar perlu
diterap dalam falsafah Islam tersebut. Islam tidak
menolak secara total apa yang berada di luar
Islam seperti dalam ayat (2:41, 89, 91, 97 & 110),
(3:3, 50 & 81), (10:37), (46:12) dan lain-lain.
Soalan 10
Antara etika dalam kajian makmal atau empirikal
tentang sains, teknologi dan ICT adalah:
Rahmah terhadap alam sekitar dan haiwan yang
menjadi bahan kajian. Agama Islam sebagai
agama rahmah untuk sekalian alam termasuk
haiwan.
Eksperimen terhadap haiwan tidak boleh
keluar daripada sistem alam atau sunnah Allah
Taala diperintah di dalam ayat-Nya (3:83) dan
(4:117119). Semua makhluk di dunia dan di
langit atau alam semester beragama Islam atau
mematuhi sunnah-Nya.
Ketika berurusan dengan manusia sebagai
bahan eksperimen, persoalan yang sama perlu

30

Pengajian Islam 2E

diajukan tetapi manusia telah dimuliakan di


sisi Islam lebih daripada haiwan. Oleh itu,
eksperimen terhadap manusia tidak boleh
disasarkan pada objektif eksperimen terhadap
haiwan.
Eksperimen yang dilakukan bertujuan untuk
kelangsungan manusia, bukan sahaja dilakukan
untuk tujuan ilmu atau saintifik semata. Sebagai
contoh, eksperimen dilakukan terhadap yis untuk
mencipta daging bagi mengatasi permintaan
daging atau protein yang sentiasa meningkat
dengan pertambahan penduduk dunia.

BAB 12
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 A

2 C
7 D

3 A
8 B

4 C
9 D

5 B
10 C

SOALAN STRUKTUR
1 Kedua, kapitalisme, gergasi, produk,
kemerdekaan
2 Gorbachov, perestroika, kapitalisme
3 Tembok
4 Bangsa-bangsa Bersatu, memaksimumkan,
membangun, masuk
5 TIMES, NEWSWEEK, ASIAWEEK, elektronik
6 Order Baru, Barat, AS, Britain
7 globalisasi, Timur, Barat, kepenggunaan
8 Order Baru Dunia, dingin, Order Baru Dunia,
Rusia
9 globalisasi, kapitalis, pekerja, kos
10 barangan, perkhidmatan, barangan,
perkhidmatan
11 Tenggara, Thailand, Indonesia, 1970
SOALAN ESEI
Soalan 1
Antara sektor ekonomi Islam yang boleh
diaplikasikan untuk membendung kesan negatif
globalisasi adalah:
Menggalakkan pertumbuhan sebenar dalam
ekonomi negara Islam. Pertumbuhan ekonomi
sebenar boleh dikaitkan dengan dua produk,
iaitu barangan dan perkhidmatan.
Mengaktifkan dan memproduktif sektor
makanan. Penghasilan makanan, terutama

makanan asasi merupakan perkara mutlak dan


diperlukan oleh negara maju, membangun dan
miskin.
Mempelbagaikan sektor ekonomi. Sektor
ekonomi dalam negara perlu dipelbagaikan
selaras dengan era ICT. Cita rasa dan keperluan
pengguna sentiasa berubah disebabkan
perubahan era.
Meningkatkan penjenamaan. Penjenamaan
dari sudut pembungkusan dan promosi produk
merupakan aspek penting dan diberikan
perhatian serius oleh syarikat-syarikat besar
negara maju.
Meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan.
Kualiti barang atau perkhidmatan perlu diberi
kan perhatian yang serius supaya setanding
dengan produk luar negara.
Meneroka sektor ekonomi atau produk yang
baru dan perlu. Negara Islam perlu meneroka
produk baru seperti keperluan harian pengguna
umpamanya ubat gigi, mandian dan sebagainya
untuk keperluan tempatan.
Soalan 2
Antara kesan positif adalah:
Mencipta daya saing pada negara-negara Islam.
Dunia Islam akan melihat jauh ke hadapan
dengan berusaha membina kekuatan ekonomi
khususnya dalam bidang perindustrian
dan ICT.
Memberikan peluang kepada pemasaran global
untuk produk yang dikeluarkan oleh negara
Islam seperti produk makanan halal.
Persaingan menyebabkan harga produk menjadi
murah dan mudah diperoleh pengguna.
Menyatukan dunia Islam supaya bekerjasama
pada peringkat global seperti dengan melalui
penggunaan mata wang dinar sebagai ganti mata
wang AS.
Antara kesan negatif:
Negara Islam dan membangun terpaksa
menghadapi lambakan produk negara maju
berbanding dengan produk tempat yang kurang
kompetitif.
Jurang dagangan akan dirasai oleh negara yang
sedang membangun seperti dengan mengimport
produk yang lebih mahal daripada harga produk
yang dieksport ke negara maju.
Nilai mata wang negara sedang membangun
sentiasa kecil berbanding dengan nilai mata

Jawapan

wang negara maju kesan lebihan dagangan yang


tidak memihak negara sedang membangun.
Pendapatan per kapita negara Islam yang sedang
membangun mungkin bertambah tetapi taraf
hidup mungkin meningkat akibat kecairan
pendapatan negara ke luar negara berlaku dan
meningkat. Keadaan sebaliknya berlaku pada
negara maju yang menguasai arus globalisasi.
Soalan 3
Media massa seperti media cetak TIMES,
NEWSWEEK dan ASIAWEEK dan media
elektronik seperti BBC dan CNN berperanan
menyebarluaskan mesej globalisasi.
Media masa antarabangsa tersebut
dikuasai Barat, sungguhpun ia mempunyai
korespondennya di merata-rata tempat dunia
termasuk dunia Islam ia tidak mendukung
mesej tempatan. Ini disebabkan dana dan
pembiayaannya adalah dari Barat.
Antara fungsinya adalah mempelopori maklumat
atau berita terkini untuk disebarkan bagi tujuan
komersil, penguasaan politik, penguasaan
ekonomi dan sebagainya.
Fungsinya yang kedua adalah menggambarkan
keupayaan, keharmonian dan kemakmuran
sesuatu ekonomi dan sistem pemerintahan dan
juga memburukkannya.
Fungsinya yang ketiga ialah membekalkan
sumber berita kepada negara yang melanggan
maklumatnya. Ini disebabkan liputan media
massa Barat tersebut luas sehingga di medan
perang seperti di Iraq.
Soalan 4
Globalisasi menyebabkan jurang kebudayaan
antara Timur dengan Barat semakin sempit
disebabkan pengaruh media massa, lem,
hiburan Barat dan sebagainya yang dominan
menguasai kepenggunaan di seluruh dunia.
Globalisasi meninggalkan kesan positif dan
negatif dalam beberapa aspek-aspek kehidupan.
Pertama, nilai kebebasan individu. Globalisasi
memberikan anjakan terhadap nilai kebebasan
individu.
Kedua, nilai pemikiran atau persepsi dalam
aspek penilaian baik atau buruk berubah
semenjak era globalisasi melanda. Ukuran
kebenaran bukan lagi berpandu kepada tradisi
tetapi kepada nilai kebenaran global seperti hakhak asasi yang ditakrifkan Barat.

31

Ketiga, nilai kehidupan sosial berubah dalam


era globalisasi. Nilai kehidupan sosial tidak
diasaskan pada konsep kekitaan tetapi lebih
tertumpu kepada individualistik disebabkan
desakan sosioekonomi dan taraf kehidupan di
kota.
Keempat, nilai hiburan seperti nyanyian
dan perfileman berubah dari ketimuran
yang mengutamakan sopan santun dalam
penampilan, percakapan dan pergaulan kepada
kebaratan.
Keenam, nilai pendidikan turut berubah dalam
arus globalisasi. Penekanan pendidikan negara
berubah disebabkan tekanan globalisasi.
Ketujuh, nilai kekeluargaan juga berubah
disebabkan arus globalisasi yang memaparkan
kebebasan dan keindividualan seperti melalui
lem-lem Barat yang lebih daripada nilai
kekitaan dan kesetiaan.
Soalan 5
Globalisasi berkait dengan penjajahan ekonomi
dan politik. Ia menunjukkan usaha Barat yang
berterusan bermula pada akhir abad ke-19 dan
diperhebat selepas Perang Dunia Kedua.
Melalui dasar kapitalisme, syarikat-syarikat
gergasi dunia menghasilkan produk dan
menjualnya di seluruh dunia.
Penjajahan Barat memudahkan komunikasi
antarabangsa dan pengangkutan udara.
Barat menjadi semakin kuat selepas Soviet
Union runtuh bersama pemerintahan Presiden
Gorbachov yang mengamalkan dasar terbuka
atau perestroyka.
Istilah globalisasi baru muncul, iaitu selapas
perang dingin berakhir antara Rusia dan
Eropah. Di sebalik globalisasi, terdapat pelbagai
organisasi termasuk PBB yang membantu Barat
untuk menguasai politik dan ekonomi dunia
secara berterusan.
PBB menyokong perubahan institusi
antarabangsa termasuk Majlis Keselamatannya
sendiri supaya lebih bersikap terbuka.
Hubungan globalisasi dengan penguasaan Barat
terhadap ekonomi dan politik dunia akan lebih
terserlah apabila melihat kepada kemunculan
Order Baru Dunia.
Soalan 6
Globalisasi mempunyai hubungan tidak langsung
dengan konglomerat dunia yang dikuasai Barat

32

Pengajian Islam 2E

dalam pelbagai bentuk jenama produk makanan,


minuman, pakaian dan lain-lain.
Semenjak kelahiran istilah globalisasi, manifestasi
penguasaan Barat terhadap ekonomi global
termasuk dunia Islam jelas dari sudut pasaran
modal, perdagangan dua hala dan perluasan
empayar dagangan dalam bentuk francais.
Penguasaan ekonomi tempatan oleh Barat jelas
boleh dilihat dalam bentuk institusi perbankan
seperti Citibank, Southern Bank dan Hongkong
Bank.
Dalam bentuk francais makanan globalisasi
boleh dikaitkan dengan cawangan-cawangan
makanan segera yang wujud merata tempat di
Malaysia seperti KFC, Mc Donald, A&W dan
sebagainya.
Dalam bentuk perluasan perindustrian Barat,
globalisasi boleh dikaitkan dengan sistem
pengangkutan seperti kapal terbang dan kapal.
Dalam bentuk produk kosmetik, kasut dan
pakaian, barang-barang jenama Eropah boleh
didapati di mana-mana tempat.
Dalam bentuk pasaraya, globalisasi boleh
dikaitkan dengan kehadiran pasar raya
Carrfoure, Giant, Tesco dan sebagainya.
Soalan 7
Terdapat dua perantaraan penting yang
menyebabkan penyebaran gejala sosial hasil
perkembangan globalisasi atau dunia tanpa
sempadan:
Globalisasi mengundang permasalahan
sosial disebabkan kerakusan oleh pihak yang
mengeksploitasi permasalahan sosial dan juga
individu yang terbabit dalam masalah tersebut.
Melalui perantaraan ICT, laman sesawang lucah
diwujudkan untuk merosakkan minda dan
akhlak golongan remaja dan dewasa.
Kegiatan jenayah seperti pedophile yang berlaku
di Barat dapat dilakukan oleh pihak yang
songsang kirannya.
Kegiatan judi online juga menjadi cabaran
penting untuk pihak kerajaan dan masyarakat
bagi mencegah kegiatan judi daripada menular.
Melalui mobiliti orang perorangan, penagihan
dadah dan jenayah pengedarannya tidak mudah
dibendung.
Kegiatan pelacuran antarabangsa. Pemindahan
mudah manusia dari suatu negara ke negara lain
menyukarkan kegiatan jenayah antarabangsa
untuk dicegah.

Soalan 8
Antara langkah yang boleh diambil untuk
memperkemaskan institusi sosial adalah:
Meningkatkan kefahaman dan kemahiran
keibubapaan sesuai dengan arus globalisasi.
Meningkatkan peribadi, keterampilan dan daya
komunikasi setiap anggota masyarakat supaya
lebih berkeyakinan dan memilih jalan hidup
yang lurus.
Mempelbagaikan dan mengaktifkan aktiviti
sosial dan kebajikan.
Mewujudkan hubungan erat antara ahli keluarga
dan anggota masyarakat.
Menyediakan khidmat nasihat atau kaunseling
untuk individu yang bermasalah.
Setiap anggota masyarakat yang berkebolehan
perlu menjanakan sosioekonomi supaya dapat
membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan
kadar pengangguran dan meningkatkan
ekonomi negara.
Mengadakan atau menganjurkan sesuatu
motivasi, bengkel dan seminar untuk keperluan
akademik dan pekerjaan setiap anggota
masyarakat.
Menjalinkan hubungan dengan pelbagai badan
NGO supaya lebih peka dengan perkembangan
dan keperluan semasa.
Mengadakan kerjasama dengan pihak polis dan
JAKIM untuk membendung jenayah dan gejala
sosial.
Soalan 9
Tiada catatan yang jelas tentang bermulanya
agenda globalisasi.
Barat cuba menguasai ekonomi dan politik
dunia sekian lama tetapi hanya berjaya selepas
kuasa sosialis terbesar, iaitu Rusia dijatuhkan
dan Eropah bertukar menjadi kapitalis dan
menganuti demokrasi sepenuhnya selepas
peristiwa Tembok Berlin diruntuhkan.
Gerakan kapitalisme Eropah bermula pada abad
ke-16 dengan perluasan kuasa Barat di dunia,
iaitu pada 1519 hingga 1521.
Dunia cuba ditakrifkan di bawah pentakrifan
sempadan masa dan geografi Eropah.
Terdapat perluasan perniagaan dan pelaburan
dunia pada akhir abad ke-19. Ia tergendala
disebabkan Perang Dunia Pertama dan
dasar pintu tertutup terhadap perdagangan
bebas. Dunia Kedua menyebabkan perluasan
kapitalisme.

Jawapan

Keruntuhan Soviet Union semasa pemerintahan


Presiden Gorbachov yang mengamalkan dasar
terbuka atau perestroyka membuka pintu
kepada reformasi ekonomi yang dikuasai oleh
kapitalisme Barat.
Keruntuhan Tembok Berlin yang memisahkan
Jerman Barat yang menganuti kapitalisme dan
demokrasi dan Jerman Timur yang menganuti
sosialisme dan komunisme menyatukan Eropah
keseluruhannya di bawah satu kapitalisme.
Soalan 10
Antara badan dunia yang telah mempermudah
globalisasi adalah:
Organisasi Perdagangan Dunia atau World Trade
Organisation (WTO). Ia ditubuhkan pada tahun
1995 untuk memantau dasar dan peraturan
perdagangan antarabangsa dan dianggotai oleh
123 buah negara di dunia.
Tabung Wang Antarabangsa atau International
Monetary Fund (IMF), ia ditubuhkan pada
tahun 1946 kesan daripada Perang Dunia Kedua.
Ia dianggotai oleh 182 buah negara.
Bank Dunia. Ia menyediakan pinjaman
kepada negara-negara miskin untuk projek
pembangunan. Ia menyediakan pinjaman
untuk projek pelaburan seperti bekalan air
dan pembetungan, pengurusan sumber alam,
pendidikan dan kesihatan.

BAB 13
SOALAN OBJEKTIF
1 B
6 C

2 A
7 A

3 B
8 A

4 C
9 A

5 A
10 B

SOALAN STRUKTUR
1 Umawi, Abbasi, memeluk, adat resam
2 munak, perdebatan, Abbasi, Abu Bakr
3 orientalis, Zionis, Zionis, orientalis
4 sosiologi, kebudayaan, Perancis, British
5 orientalis, dogmatisme, ideologi, al-din
6 orientalis, Samawi, adadptasi,
Muhammadanisme
7 ummi, wahyu, ditnah, mencipta
8 Quaisy, ummiyin, tulisan, tulisan
9 mashaf, pelepah tamar, menyusun, Jibril
10 perundangan, syariat, akidah, akhlak

33

SOALAN ESEI
Soalan 1
Antara faktor dalaman negara Islam yang
menyebabkan salah faham terhadap agama
Islam perpecahan ummah pada peringkat nasional
adalah:
Persempadanan wilayah Islam yang semakin
luas menyebabkan kefahaman tentang Islam
secara menyeluruh tidak dapat disampaikan
sedangkan ramai yang memeluk agama Islam.
Perselisihan faham dan perpecahan umat Islam,
ia menyuburkan salah faham terhadap Islam.
Elemen subversif dalam negara atau kerajaan
Islam terdiri daripada golongan munak,
sebahagian orang yang baru memeluk agama
Islam dan bukan Islam yang terdiri daripada
Yahudi, Kristian dan Majusi.
Kurang ilmu pengetahuan agama Islam
menyebabkan atau menyemai salah faham
tentang Islam sedang dalam masa yang sama
wujud pengaruh kebudayaan bukan Islam
menguasai arus perdana.
Perkembangan ajaran sesat atau salah
menyebabkan salah faham berlaku terhadap
Islam dan ia menyuburkan elemen-elemen
syirik seperti mandi bulan Safar untuk
menghindarkan bala, kepercayaan terhadap
kekeramatan kubur para wali dan sebagainya.
Soalan 2
Antara pengaruh-pengaruh asing yang
menyumbang ke arah salah faham terhadap agama
Islam adalah:
Serangan pemikiran oleh orientalis Barat dan
dalam sesetengah sumber Islam dinyatakan
serangan pemikiran juga dilakukan oleh
intelektual Zionis. Serangan pemikiran oleh
orientalis Barat yang prejudis cukup berkesan
untuk mencetuskan salah faham terhadap
agama Islam.
Pengaruh kebudayaan asing. Islam muncul di
tengah-tengah tiga kebudayaan Sasaniah atau
Parsi di Timur dan kebudayaan atau agama
Kristian dan Yahudi. Kebudayaan Sasaniah lebih
mempengaruhi aspek kesenian dan hiburan,
manakala kebudayaan atau agama Kristian
dan Yahudi lebih mempengaruhi aspek-aspek
agama.
Penjajahan Barat dan dasar pecah perintah
memberi kesan tidak langsung kepada

34

Pengajian Islam 2E

percambahan ajaran sesat. Dasar pecah perintah


menyebabkan dunia Islam tidak bersatu dan
tidak wujud satu konsensus untuk menangani
permasalahan umat Islam termasuk ajaran sesat.
Penjajahan dan modenisme yang diperkenalkan
oleh penjajah Barat terhadap dunia Islam
khususnya dalam arena pendidikan menyebabkan
skop pendidikan Islam diletakkan dalam
konteks tradisional.
Soalan 3
Gambaran salah yang stereotaip yang selalu
diulang-ulangkan oleh penulis Barat tentang Islam
ialah:
Sebahagian orientalis Barat khusus pada awal
era moden dan sebelumnya melihat agama
sebagai satu dogmatisme yang menekankan
aspek ritual semata-mata.
Sebahagian orientalis Barat menganggap
agama Islam bukan agama Samawi tetapi
menganggapnya sebagai adaptasi kepada agama
Kristian. Mereka mendakwa Nabi Muhammad
SAW mempelajari selok-belok agama Kristian
dan seterusnya mencipta agama tersendiri yang
bersifat ketimuran.
Sebahagian orientalis Barat meletakkan alQuran sebagai wahyu dalam keraguan dengan
alasan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah
ummi, tidak boleh membaca dan menulis
atau secara mutlak tidak mempunyai ilmu
pengetahuan.
Rasulullah SAW selalu digambarkan oleh
orientalis Barat suka mengamalkan poligami
yang luar biasa. Hakikatnya, poligami tersebut
dibenarkan oleh Allah Taala untuk tujuan
penyebaran dan perpaduan umat Islam yang
terdiri pelbagai kabilah atau etnik.
Orientalis Barat yang prejudis juga cenderung
untuk menggambarkan bahawa Rasulullah
SAW gila seks. Hakikatnya, Baginda merupakan
individu yang stabil, banyak menumpukan
pada urusan negara dan agama dan ketika
berada di rumah baginda menjadi suami yang
bertanggungjawab.
Wanita dalam kajian sosiologi dan kebudayaan
Barat digambarkan sebagai hamba seks atau
digunakan untuk memuaskan hawa nafsu
golongan lelaki. Antara alasan yang digunakan
adalah mereka dipaksa menutup aurat dan tidak
boleh bergaul bebas serta tidak dibenarkan

menjalankan aktiviti kehidupan harian demi


untuk memenuhi tuntutan seks suami atau
tuannya semata-mata.
Soalan 4
Antara gambaran salah tentang Islam yang biasa
dimainkan oleh media massa Barat, terutama yang
berbentuk antarabangsa adalah:
Fundamentalisme. Istilah fundamentalisme
digunakan dengan ajaran Islam untuk
menggambarkan bahawa agama Islam satu
agama yang taksub dan tidak secucuk dengan
era moden semasa kerana tidak unsur toleransi
pada fundamentalisme.
Ekstremisme pula digunakan untuk
menggambarkan bahawa wujud golongan
ekstremis atau melampau seperti golongan
wahabi dalam masyarakat Islam yang boleh
mengancam kesejahteraan hubungan antara
manusia dari pelbagai latar belakang agama.
Terorisme dipercayai mula digunakan apabila
wujud elemen ganas dalam Islam yang bersifat
individu dan menggunakan kekuatan senjata
seperti bom untuk membunuh mangsa.
Islam merupakan agama yang harmonis.
Buktinya banyak peperangan yang antara Islam
dengan Barat berlaku di bumi Islam yang serba
kekurangan dari segi persenjataan dan kekuatan
ekonomi.
Soalan 5
Cara memberikan respons terhadap salah tanggapan
semasa terhadap Islam dalam keupayaan individu
adalah:
Meningkatkan jati diri dicapai dengan menjejaki
jejak langkah role model Islam seperti imam alSyafie dan al-Ghazali.
Meningkatkan ketakwaan dan kecekalan rohani
kerana ia merupakan sumber kekuatan umat
Islam.
Mencontohi individu atau bangsa yang berjaya.
Mempunyai aura, karisma atau kewibawaan.
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
semasa.
Menguasai semua kepakaran sains, teknologi
dan ICT sebagai senjata moden umat Islam.
Menghayati isi kandungan al-Quran dan Hadis.
Soalan 6
Apa yang wajar dilakukan oleh pihak berwajib
atau kerajaan dalam memulihkan imej Islam

Jawapan

yang dicemari oleh fahaman salah terhadap Islam


adalah:
Meningkatkan keupayaan ekonomi negara.
Dunia Islam perlu membina keupayaan
ekonomi tanpa bergantung kepada bantuan dan
pertolongan Barat.
Pihak berwajib perlu mewujud dan memper
kukuh kemajuan sains, teknologi dan ICT untuk
bersaing di peringkat global dan seterusnya
dapat menghakis imej kemundurannya.
Masyarakat atau rakyat negara Islam perlu
diubah supaya bersikap dinamik dan proaktif,
tanpa berpeluk tubuh atau berpuas hati dengan
mentaliti subsidi kerajaan.
Meningkatkan kerjasama sesama negara Islam
dalam pelbagai urusan seperti perdagangan,
kebudayaan, sukan dan pendidikan adalah
penting untuk memberikan gambaran positifnya
kepada dunia.
Menjalinkan hubungan antarabangsa dengan
baik dan berkesan. Dunia Islam perlu menerajui
hubungan tersebut bukan sahaja bersikap
terbuka tetapi juga perlu responsif, proaktif dan
berwibawa.
Soalan 7
Rasulullah SAW selalu digambarkan oleh
orientalis Barat suka mengamalkan poligami
yang luar biasa. Hakikatnya, poligami tersebut
dibenarkan oleh Allah Taala untuk tujuan
penyebaran dan perpaduan umat Islam yang
terdiri pelbagai kabilah atau etnik.
Orientalis Barat yang prejudis juga terdapat
kecenderungan mereka untuk menggambarkan
bahawa Rasulullah SAW gila seks. Hakikatnya,
Baginda merupakan individu yang stabil, banyak
menumpukan pada urusan negara dan agama
dan ketika berada di rumah Baginda menjadi
suami yang bertanggungjawab.
Rasulullah SAW digambarkan sebagai
pengganas. Hakikatnya, Baginda tidak
menganjurkan fundemantalisme, terorisme dan
ekstrimisme. Sebaliknya, ia tuduhan disalah
tafsirkan daripada ajaran Islam. Fundemantal
dalam Islam disalahtafsirkan dengan
fundemantalisme, pertahanan disalahtafsirkan
dengan terrorisme, manakala kepatuhan
terhadap ajaran Islam disalahtafsirkan
ekstrimisme.

35

Soalan 8
Keganasan tidak wujud dalam Islam kerana
Islam agama rahmat, universal dan penyelamat
kepada semua. Yang wujudnya ialah peperangan
untuk mempertahankan negara Islam seperti
yang berlaku dalam sejarah Islam.
Memang bangsa Arab atau Islam pada ketika itu
suka kepada peperangan tetapi untuk membela
keadilan dan menjaga keamanan. Perlu difahami
bahawa sudah wujud peperangan sebelum
kedatangan Islam lagi umpamanya antara dua
kuasa besar Parsi dan Rom.
Peperangan tidak wujud antara negara Habshah
yang ketika mempunyai agama rasminya, iaitu
Kristian dengan umat Islam kerana Habshah
tidak mengancam umat Islam.
Dalam peperangan Islam, sudah wujud
peraturan atau panduan selaras dengan
Perjanjian Geneva pada era moden ini.
Peraturan tersebut menetapkan bahawa
golongan wanita, kanak-kanak, orang tua, orang
tidak berupaya dan orang tidak bersenjata
tidak boleh dibunuh dalam peperangan yang
dilakukan. Juga peraturan itu menetapkan
bahawa harta benda, alam sekitar, rumah ibadat
dan sebagainya tidak boleh dimusnahkan.

BAB 14
SOALAN OBJEKTIF
1 C
6 C

2 B
7 A

3 D
8 B

4 A
9 D

5 C
10 C

SOALAN STRUKTUR
1 Perpaduan Ummah, al-Quran, hadis,
perpaduan ummah
2 masyarakat, individualistik, kehausan,
mengorek
3 universal, siasah, munakahah, muamalah
4 furuk, hukum, furuk, budaya
5 perbezaan, perbezaan, furuk, usul
6 subversif, munak, mengadu domba,
memecahkan
7 pengkhianatan, Monghol, Abbasi, Monghol
8 Free thinking, Free thinking, tradisi, berbeza
9 al-Jazeera, CNN, BBC, langganan
10 berpusat, diterjemahkan, barangan, braindrain

36

Pengajian Islam 2E

SOALAN ESEI
Soalan 1
Jawapan tidak dinyatakan dalam teks tetapi
mekanisme atau cara untuk mencapai perpaduan
boleh difahami menerusi subteks tentang prinsip
perpaduan, menerusi subteks tentang skop
perpaduan ummah dan menerusi perbezaan
pendapat dan perpaduan ummah.
Soalan 2
Antara faktor yang menyebabkan perpecahan
ummah adalah:
Perebutan kuasa seperti dalam sejarah Islam.
Perebutan kuasa antara keturunan Sayidina
Ali bin Abi Talib dan Khalifah Muawiah
bin Abi Suan menyebabkan umat berpecah
kepada dua kumpulan besar, iaitu Sunni dan
Syiah.
Elemen subversif dalam negara atau kerajaan
Islam seperti golongan munafik yang suka
mengadu domba berjaya memecahkan
perpaduan umat Islam pada zaman
pemerintahan Khalifah Uthman bin Aan
dan seterusnya pada zaman Khalifah Ali bin
Abi Talib.
Faktor hasad dengki seperti dalam sejarah
kerajaan kecil Andalus Islam menyebabkan
permusuhan berlaku antara beberapa raja atau
sultan Islam di Andalus.
Penganiayaan atau penindasan oleh golongan
berkuasa terhadap golongan lemah atau tidak
berupaya menyebabkan retaknya perpaduan
ummah.
Fitnah dan pengkhianatan menyebabkan
perpaduan ummah retak. Dalam al-Quran,
Allah SWT menyifatkan bahawa tnah adalah
parah daripada pembunuhan.
Perbezaan latar belakang pendidikan dalam
kalangan cendekiawan Islam semasa dan tiada
tolak ansur atau sikap saling memahami juga
menyebabkan umat Islam tidak bersatu hati.
Soalan 3
Untuk merealisasikan perpaduan pada peringkat
nasional:
Perbezaan politik seperti antara PAS dengan
UMNO tidak wajar dijadikan asas untuk
perselisihan faham dan perpecahan ummah.
Dialog dan seminar yang mempunyai
kepentingan bersama seperti persoalan global

umpamanya perang saudara di Iraq dan


persoalan setempat umpamanya kemiskinan
rakyat boleh dijadikan titik mula perpaduan
ummah.
Jurang ekonomi antara kelompok masyarakat
Islam dalam negara perlu diperkecil.
Pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang
menjadi landasan interaksi dan perpaduan
ummah perlu diseimbangkan antara negeri atau
kawasan mengikut kepentingan-kepentingan
tertentu.
Sistem maklumat atau ICT yang menjadi
penyambung kepada perpaduan ummah perlu
diwujudkan.
Konsep perpaduan dalam Islam seperti
hubungan silaturahim, kejiranan dan sebagainya
perlu dihayati sepenuhnya.
Pendidikan penting dalam perpaduan ummah
di peringkat nasional agar tidak wujud anasiranasir subversif dalam masyarakat Islam.
Generasi muda perlu diasuh dan dididik tentang
keperluan perpaduan ummah pada peringkat
nasional.
Soalan 4
Antara langkah yang perlu diambil untuk
menjayakan perpaduan ummah pada peringkat
global adalah:
Dengan wujudkan media masa Islam yang
global di samping al-Jazeerah yang sedia ada
supaya gambaran seimbang khususnya tentang
Islam dan dunia Islam dapat diketengahkan.
Kegiatan keilmuan Islam perlu berpusat
dan dibiayai oleh suatu perbadanan Islam
antarabangsa, manakala hasil keintelektualan
tersebut diterjemahkan kepada perlaksanaan,
barangan dan perkhidmatan.
Kukuhkan persatuan dunia Islam pada peringkat
global.
Persoalan dunia Islam seperti politik dan
ekonomi tidak wajar ditentukan oleh kuasa
lain kerana ia menyebabkan dunia Islam tidak
berwibawa.
Kerjasama dunia Islam melalui OIC tidak wajar
bersifat forum yang hanya mencambahkan idea
tidak ia tidak dicuba dilaksanakan secara serius.
Kerjasama ekonomi yang merupakan nadi
pembangunan insan dan negara perlu
diperkukuhkan antara negara Islam.
Pertahanan negara atau dunia Islam perlu

Jawapan

dipertingkatkan.
Pertikaian antara negara anggota Islam perlu
ditangani oleh umat Islam sendiri bukan
ditentukan oleh kuasa asing.
Sebarang bentuk bencana dalam sesebuah
negara Islam seperti Tsunami di Acheh pada 26
Disember 2004 dan gempa bumi di Afghanistan
pada tahun 2005 perlu diberi reaksi pantas oleh
negara Islam yang lain.
Soalan 5
Terdapat beberapa ayat al-Quran yang boleh dikait
kan secara langsung dalam konteks perpaduan
ummah. Nasional. Antara ayat tersebut adalah:
Ayat (3:103) yang bermaksud Dan
berpeganglah dengan tali (agama) Allah
semuanya dan kamu berpecah belah).
Ayat (3:105) yang bermaksud Dan jangan kamu
jadi seperti mereka yang berpecah dan berselisih
faham selepas didatangi dengan keterangan (alQuran).
Ayat (3:112) yang bermaksud Mereka ditimpa
kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali
(mereka berpegang) dengan tali (agama) Allah
dan tali (perjanjian) manusia.
Ayat (8:46) yang bermaksud Dan taatlah
pada Allah dan Rasul-Nya serta jangan kamu
berpecah belah maka kamu gagal (jika berpecah
belah) dan hilanglah kehebatan kamu.
Ayat (42:13) yang bermaksud Dia
mensyariatkan kepada kamu agama seperti yang
Dia wasiatkannya kepada Nabi Nuh as.
Ayat (61:4) yang bermaksud Sesungguhnya
Allah mengasihi mereka yang berjuang di
jalan-Nya berada dalam satu barisan seolaholah mereka merupakan sebuah bangunan yang
teguh.
Kesimpulan daripada ayat-ayat itu ialah
kewajipan untuk mewujudkan perpaduan
ummah oleh semua peringkat masyarakat
dengan keupayaan gerak kerja yang berbeza.
Kedua, perpaduan ummah perlu diasaskan pada
agama Allah tidak pada perkara lain. Ketiga,
kesan negatif hasil perpecahan ialah kehinaan.
Keempat, rujukan utama ketika timbul
perbalahan ialah kembali kepada Allah dan
Rasul-Nya.
Soalan 6
Terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad SAW
yang boleh dibahaskan dalam konteks perpaduan

37

ummah. Antara hadis tersebut adalah:


Bandingan masyarakat Islam adalah seperti satu
jasad manusia. Apabila salah satu jasadnya sakit
seluruh anggota berjaga dan merasainya.
Hadis kedua ialah yang bermaksud Tidak
beriman seseorang itu sehingga ia suka pada
saudara seagamanya seperti apa jua kebaikan
yang wujud pada dirinya.
Rasullah SAW dalam sebuah hadis
membandingkan sebuah masyarakat yang hidup
secara individualistik atau tidak bersatu seperti
situasi cemas anak kapal yang kehausan air.
Terdapat banyak hadis lain tentang
persaudaraan dalam agama Islam, hubungan
silaturahim dan sebagainya.
Kesimpulan penting hadis-hadis berkenaan
ialah perpaduan ummah boleh dicapai
sepenuhnya apabila konsep persaudaraan dalam
Islam dapat difahami dan dihayati oleh semua
lapis masyarakat Islam.
Soalan 7
Terdapat dua skop perpaduan ummah, iaitu:
Persoalan usul atau principal dan persoalan
furuk atau cabang. Skop perpaduan ummah
yang usul bersifat universal, tiada siapa dan
negara Islam boleh menakannya seperti
kewajiban menunaikan sembahyang dan
mengerjakan haji.
Contoh, tidak boleh wujud mana-mana individu
atau suatu ciri perpaduan ummah. Begitu juga
dengan kewajipan atau perintah agama lain.
Persoalan usul dalam perpaduan ummah
melibatkan perundangan asas dalam Islam yang
terdiri daripada siasah, munakahat, muamalah
dan jinayah.
Skop furuk atau cabang ialah perkara yang tidak
diputuskan oleh agama Islam. Ia mempunyai
hikmat tersendiri atau rahmat di sebalik
perbezaan pandangan.
Skop perpaduan ummah yang furuk bersifat
kawasan, rantau dan sebagainya yang ditentukan
oleh pihak yang berwajib.
Soalan 8
Rujukan, sandaran atau prinsip perpaduan
ummah telah wujud dalam agama Islam.
Pertama al-Quran dan al-Sunnah sebagai
prinsip utama yang tidak boleh ditolakansurkan.
Perpaduan yang menyimpang daripada

38

Pengajian Islam 2E

landasan al-Quran dan hadis tidak dinamakan


perpaduan ummah. Apabila perselisihan faham
dan perbezaan pendapatan berlaku dalam
kalangan umat Islam, temput rujukan untuk
menyelesaikan permasalahan tersebut ialah alQuran dan al-Sunnah.
Ijmak ulama sebagai prinsip kedua selepas
al-Quran perkara yang berbeza secara mutlak
dengan al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya,
ia mengandungi rohnya atau menjelaskannya
secara terperinci. Ijmak ulama bukan digunakan
sebagai prinsip kedua untuk menghurai makna
tersirat dalam al-Quran dan hadis.
Qias dianggap sebagai prinsip ketiga apabila
menyentuh isu yang tidak wujud dalam
al-Quran dan al-Sunnah. Qias bermaksud
membandingkan hukum dalam konteks ilmu
kah dan segala tindakan dalam konteks
perpaduan ummah dengan apa yang terdapat
dalam al-Quran, hadis dan ijmak ulama.
Prinsip keempat, iaitu ijtihad. Ia berasal
daripada istilah kah dan dalam aplikasi
terhadap perpaduan ummah, ia boleh
disamakan dengan usaha yang bersungguhsungguh oleh semua pihak untuk mewujudkan
perpaduan ummah.
Soalan 9
Antara kesan negatif pada peringkat nasional dan
global akibat perpecahan ummah adalah:
Umat Islam dipandang rendah oleh masyarakat
lain.
Kedudukan politik dan ekonomi dalam negara
mungkin berpindah tangan daripada orang
Islam kepada bukan Islam.
Dalam konteks dakwah Islamiah, agama Islam
tidak menjadi tarikan kepada bukan Islam
kerana mereka menilai keadaan umat Islam
sendiri.
Negara mungkin dijajah oleh kuasa asing.
Umat Islam mungkin dipermainkan di
persada antarabangsa oleh bukan Islam kerana
mereka tidak dilihat seperti dahulu lagi dengan
kehebatan dan kekuatannya.
Negara dan dunia Islam akan tersisih daripada
arus pembangunan.
Usaha menangani gejala sosial dalam kalangan
umat Islam mungkin tidak berjaya disebabkan
faktor perpecahan ummah.
Usaha mencegah jenayah yang menimpa umat
Islam tidak tercapai kerana masing-masing

dengan keadaan masing-masing.


Serangan pemikiran bukan Islam mudah
menguasai umat Islam lantaran mereka tidak
sepakat dalam pelbagai isu yang penting.
Soalan 10
Berikan ulasan anda/pendapat anda tentang
pergolakan politik dan negara Islam semasa dalam
konteks perpaduan ummah.

BAB 15
SOALAN OBJEKTIF
1 C
6 B

2 B
7 A

3 B
8 D

4 C
9 A

5 A
10 C

SOALAN STRUKTUR
1 dialog, anarki, pertembungan
2 fahaman, wadah, peperangan, ketenteraan
3 kuasa besar, ketenteraan, berbeza,
pencerobohan
4 sawami, bia, peradaban
5 Yahudi, Kristian, Confucious, Hindu, cult
6 kebebasan, Madinah, Aus, Kazraj
7 kitab, Taurat, Zabur, Injil
8 Islam, Islam, keganasan, Islam
9 pertembungan, geo-politik, geo-sosial, Greek
10 syamil, falsafah, teori, risalah
SOALAN ESEI
Soalan 1
Pertembungan peradaban tidak realistik,
tidak mungkin berlaku dalam era semasa dan
apa yang berlaku ialah pencerobohan atau
peperangan yang tidak seimbang.
Pertembungan peradaban sebenarnya hampir
tidak wujud. Ia merupakan istilah yang samar
dan mungkin diada-adakan untuk tujuan
manipulasi dan seterusnya eksploitasi terhadap
peradaban yang lemah.
Pertembungan peradaban hanya berlaku antara
dua kuasa yang mempunyai kekuatan ketenteraan
yang sama dan mempunyai latar peradaban,
kebudayaan atau keagamaan yang berbeza.
Jika kekuatan ketenteraan tidak seimbang antara
dua peradaban yang tidak seimbang, maka
istilah pencerobohan lebih sesuai dikaitkan
dengannya seperti penjajahan Barat ke atas

Jawapan

dunia Islam pada abad ke-17, 18 dan 19.


Sejarah peperangan dunia Islam dan Barat yang
disifatkan mempunyai latar kebudayaan atau
peradaban yang berbeza bukan diasaskan pada
kekuatan ketenteraan yang sama atau seimbang.
Dalam tulisan-tulisan sejarah Islam dan Barat
sebelum istilah pertembungan peradaban
dilontarkan tidak wujud perkataan istilah
pertembungan tersebut. Apa yang wujud
ialah peperangan, penaklukan, penindasan
dan sebagainya antara dua kuasa yang tidak
seimbang dari sudut ketenteraan.
Pertembungan peradaban juga menunjukkan
bahawa kedua-dua peradaban yang bertembung
tersebut mempunyai sempadan kebudayaan
jelas dari sudut geo-politik dan geo-sosial. Di
samping itu, ia bermaksud bahawa peradaban
tersebut diasaskan pada satu tamadun yang
tinggi seperti Tamadun Greek dan Islam.
Dalam konteks semasa, ketika mana jurang
nilai kemanusiaan sejagat seperti antara Islam
dan Barat semakin sempit pertembungan
peradaban sukar digambarkan. Realiti yang
berlaku semasa ialah bukannya pertembungan
tetapi peperangan ekonomi dan politik secara
langsung, bukan peperangan peradaban.
Soalan 2
Istilah pertembungan peradaban disandarkan pada
fakta-fakta yang tidak tepat atau disalahtafsirkan.
Antara fakta yang tidak tepat atau disalahtafsirkan
adalah:
Bersandarkan prasangka buruk terhadap
perkembangan sejarah interaksi peradaban
lampau, terutama sekali antara Islam dengan
Barat. Sejarah peperangan Islam dan Barat
disalahtafsirkan sebagai Islam sebagai satu satu
agama agresif atau suka kepada peperangan.
Bersifat ramalan yang tidak ketentuan lantaran.
Hal ini kerana, ekoran ancaman yang mungkin
dicetuskan oleh Republik Soviet Rusia sudah
berakhir, ia melihat kebarangkalian secara
berlebihan kuasa baru selain Barat mungkin
berkembang dan mengancam Barat.
Pembentukan istilah itu boleh dikaitkan
dengan Order Baru Dunia yang dicetuskan oleh
sebilangan pemimpin Barat untuk mencoraki
dunia dan menguasainya dari sudut politik dan
ekonomi.
Digunakan oleh Barat untuk menutup

39

kelemahannya dalam mengekang konik Israel


Palestin yang asasnya berpunca dari Barat
sendiri yang membenarkan Israel diisytiharkan
negara di bumi Palestin.
Soalan 3
Maksud pertembungan peradaban ialah sikap
agresif antara dua peradaban berbeza terhadap
satu sama lain dengan kekuatan yang sama.
Maksud dialog peradaban ialah hubungan
harmonis dan konstruktif antara dua peradaban
berbeza.
Pertembungan peradaban digunakan untuk
menggambarkan secara salah dan eksploitasi
terhadap senario politik semasa yang berpihak
kepada Barat selepas era Perang Dingin antara
Barat dengan Rusia.
Terdapat beberapa perbezaan antara dialog
dengan pertembungan peradaban. Pertama,
dialog peradaban diasaskan pada nilai-nilai
interaksi positif, tanpa mencetuskan keadaan
anarki atau huru-hara antara rakyat yang berada
dalam dua peradaban yang berbeza tersebut.
Kedua, dalam dialog peradaban, segala
perbezaan fahaman atau perselisihan dilakukan
melalui wadah keilmuan, perbincangan atau
dialog positif, manakala dalam pertembungan
peradaban ia diselesaikan melalui kuasa
peperangan, ketenteraan atau persenjataan.
Ketiga, dialog peradaban menggalakkan
hubungan harmoni antara pelbagai bangsa
di dunia tanpa mengorbankan identiti suatu
agama atau kepercayaan kerana setiap agama
dan kepercayaan mempunyai matlamat yang
satu iaitu kebahagiaan hidup. Pertembungan
peradaban menyemai kesangsian atau kebencian
antara pelbagai bangsa serta mencetuskan
peperangan.
Soalan 4
Dialog peradaban lebih sesuai mengganti istilah
pertembungan peradaban di persada dunia.
Dunia yang lebih maju pada masa kini dan
diasaskan pada pertukaran maklumat yang
pantas dan nilai kemanusiaan sejagat tidak
memerlukan pertembungan peradaban.
Nilai kemanusiaan sejagat boleh dilihat dalam
konteks kebebasan melakukan aktiviti harian
seperti sosioekonomi dan pendidikan dalam
ruang lingkup perundangan yang dibenarkan.

40

Pengajian Islam 2E

Ia juga boleh dilihat dalam bentuk kebebasan


memilih agama, mengamalkan kebudayaan dan
seumpamanya. Ini tidak bercanggah dengan
mana-mana agama di dunia.
Seterusnya, semua sistem pemerintahan
ekonomi sama ada berbentuk kapitalis, sosialis
atau seimbang seperti dalam ekonomi Islam
dan sistem pemerintahan sama ada berbentuk
teokrasi, demokrasi atau komunis menyaksikan
satu persamaan nilai.
Pertukaran atau perpindahan maklumat pantas
pada peringkat tempatan dan global tidak
mendorong ke arah pertembungan peradaban.
Kebarangkalian berlaku pertembungan
peradaban di era ICT ini adalah tipis tetapi
peperangan ekonomi dan politik boleh berlaku
seperti apa yang dapat disaksikan di Iraq
semenjak ia diserang oleh Tentera Bersekutu
pada bulan Mac 2003.
Pertembungan peradaban atau peperangan
yang diasaskan pada perbezaan kebudayaan,
keagamaan dan kefahaman sukar diterima
disebabkan dunia semakin kecil.
Soalan 5
Islam bukan sahaja boleh dilihat sebagai men
dukung dialog peradaban tetapi wajar dilihat
sebagai pemimpin dan pembimbing dialog
peradaban. Hal ini kerana:
Islam agama universal dan syamil atau lengkap
dari sudut falsafah, teori dan amalan dari
pelbagai sudut termasuk dialog peradaban.
Islam merupakan agama trah (3:83), ia
mendukung trah dan keperluan manusia
dalam konteks hubungan dengan dirinya dan
orang atau masyarakat selainnya.
Mesej utama semenjak kemunculan Islam ialah
kebebasan dan keamanan dalam semua arena
kehidupan.
Islam terlebih dahulu memperkenalkan sistem
demokrasi kepada masyarakat dunia yang
dikuasai oleh fuedalisme dengan mewujudkan
sistem pemerintahan syura atau parlimen.
Soalan 6
Untuk menjayakan dialog yang global, wahana
atau modnya perlu diberikan perhatian. Islam
menyarankan wahana atau modelnya tersendiri.
Antaranya adalah:

Pena dan penulisan merupakan wahana penting


penyampaian mesej dialog peradaban. Umat
Islam khususnya cendekiawan perlu merebut
peluang dalam arena penulisan atau penghasilan
karya pada peringkat dunia supaya memberikan
gambaran seimbang tentang dialog peradaban.
Dialog atau interaksi secara langsung. Dialog
merupakan senjata umat Islam pada zaman
dahulu kala dan ia boleh dijadikan sebagai
wahana penting bagi penyampaian mesej dialog
peradaban mengikut perspektif Islam kepada
masyarakat tempatan dan dunia.
Perubahan dalaman juga mempengaruhi minda
dan tanggapan masyarakat dunia terhadap umat
Islam. Oleh itu, Islam menekankan umatnya
supaya melakukan perubahan dalaman, minda
dan perilaku supaya memberi kesan positif
dalam dialog peradaban.
Soalan 7
Antara standard yang boleh diguna pakai dan telah
sedia ada adalah:
Hak asasi manusia antara pelbagai peradaban
perlu diselaraskan dalam aspek-aspek tertentu.
Ia mungkin telah ditetapkan oleh badan dunia
tetapi mungkin kurang berkesan di peringkat
amalan negara dan pemantauan terhadap dunia
disebabkan kekangan pemerintahan sesebuah
negara.
Hak wanita, mereka tidak boleh dianiaya,
dijadikan hamba atau dipaksa menjadi pelacur.
Hak asasi kanak-kanak, mereka perlu dibela dari
sudut kesihatan dan pendidikan seperti yang
dititik beratkan oleh UNICEF.
Standard buruh dan pekerjaan perlu diwujudkan
dalam sesebuah negara, manakala sistem
penggajian atau buruhnya perlu mengikut
piawaian yang tertentu supaya wujud keadilan
kepada pekerja, buruh dan juga majikan.
Standard tahanan dalam penjara dan tawanan
perang perlu mengikut standard keadilan dunia
seperti yang wujud dalam Perjanjian Geneva.
Standard kenegaraan Setiap negara mempunyai
kebebasan dalam penentuan dan perlaksanaan
ideologi atau sistem pemerintahan, kedua dalam
pembangunan pertahanan dan pembangunan
ekonomi dan infrastruktur.
Soalan 8
Jawapan memerlukan pandangan dan kritikan
pelajar berdasarkan pengetahuan mereka.

Jawapan

Soalan 9
Terdapat tiga prasyarat penting untuk menjayakan
dialog peradaban dan ia bertujuan supaya
tidak wujud mana-mana kuasa yang boleh
mengeksploitasikan dan menindas ekonomi dan
politik negara-negara yang lemah. Antara tiga
prasyarat tersebut adalah:
Keadilan representasi sosial, agama, kebudayaan
atau agama. Setiap individu atau masyarakat
mempunyai amalan tertentu dari sudut pakaian
dan seumpamanya sebagai lambang kepatuhan,
kesetiaan atau ketaatannya terhadap agama dan
kebudayaan yang dianutinya.
Keadilan representasi politik global tidak wajar
dirampas di pentas global. Sungguhpun terdapat

41

pelbagai sistem pemerintahan dunia pada


asasnya ia dibina pada semangat demokrasi yang
ditentukan oleh rakyat.
Keadilan penyertaan ekonomi dan keadilan
pengagihan kekayaan ekonomi global. Peluang
penyertaan ekonomi sesebuah negara di
peringkat rantau atau global tidak wajar
dihalang dengan sekatan-sekatan tertentu
oleh pertubuhan-pertubuhan dunia lantaran
perbezaan amalan politik.
Soalan 10
Jawapan boleh dipetik daripada keseluruhan teks
dan bacaan tambahan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai