Anda di halaman 1dari 8

2.

KEMAHIRAN GIMNASTIK
Kemahiran yang dipilih dalam tugasan ini ialah kemahiran hamburan yang

terbahagi kepada lima iaitu kemahiran Hambur Arab, Hambur Belakang, Hambur
Tangan, Hambur Kepala dan Hambur Tengkuk.
Secara umumnya, menghambur membawa erti melompat. Dalam bidang
gimnastik, menghambur adalah suatu keadaan apabila seseorang peserta itu
menggerakkan badannya ke paras yang lebih tinggi dan ke ruang yang lain.
Pergerakan yang kencang ini adalah hasil tolakan daripada bahagian badan yang
tertentu. Misalnya, dalam aktiviti hambur tangan, bahagian tanganlah yang memberi
tolakan

untuk

membolehkan

peserta

itu

menghambur.

Peserta

hendaklah

mempunyai kekuatan dan tenaga untuk melakukan hambur yang berkesan. Dalam
gimnastik artistik, menghambur merupakan salah satu daripada Corak Pergerakan
Utama (DMP-Dominant Movement Patterns) yang dilakukan oleh peserta baik di atas
lantai mahupun di atas alatan gimnastik.
Kemahiran yang pertama ialah kemahiran Hambur Arab. Latihan ini
mempunyai banyak persamaan dengan latihan roda kereta berdiri, tetapi peserta
memusingkan badannya sebelum sampai ke peringkat dirian tangan. Cara ini
membolehkan kedua-dua belah tapak tangan peserta diarah ke tempat mulaan.
Secara ringkas, latihan hambur Arab ini adalah seperti latihan roda kereta yang
pesertanya hanya diperlukan membuat satu perempat pusingan sahaja sebelum
mengakhiri pergerakan dan menghadap ke tempat permulaan.
Untuk melakukan aktiviti ini, ada beberapa teknik yang boleh dilakukan iaitu,
berdiri tegak dan hayun tangan ke atas serta naikkan sebelah kaki lurus ke hadapan.
Sambil menurunkan kaki yang dinaikkan ke atas hayunkan tangan ke bawah. Secara
pantas bongkokkan badan dan sokong dengan tangan di atas lantai. Hayunkan
kedua belah kaki secara lurus ke atas. Pusingkan badan sebanyak 180 darjah.
Mendarat secara dwikaki dan menghadap ke tempat permulaan.

Kemahiran yang kedua ialah kemahiran Hambur Belakang. Hambur belakang


memerlukan pergerakan kaki yang pantas kerana prgerakan kaki adalah aspek yang
terpenting dalam aktiviti ini. Kedua-dua belah kaki hendaklah sentiasa lurus dan
rapat sepanjang masa hambur ini dilakukan.
Untuk melakukan lakuan ini, kita memulakan pergerakan dari posisi duduk.
Dari lakuan duduk, berlunjur dengan tangan peserta di atas peha. Hayun kaki lurus
ke belakang kepala sehingga bahagian belakang kepala, tengkuk dan belakang bahu
menyentuh atas tilam. Terus hayun kaki ke atas, ke hadapan dan ke bawah.
Bahagian bahu juga menolak ke atas dan tangan menekan peha untuk membantu
pergerakan kaki. Berdiri tegak dengan tangan di sisi.

Untuk melakukan latihan ansur maju ini, pertama sekali pastikan aktiviti ini
dilakukan bersama rakan dan dengan pantauan guru gimnastik. Jangan lakukan
aktiviti ini dalam kawasan yang kotor dan mempunyai benda yang tajam, ini akan
menjadikan aktiviti terdedah kepada risiko kecederaan. Pastikan tilam yang
digunakan adalah sesuai dengan aktiviti. Dengan bantuan dua orang rakan, baring
dan tangan peserta memegang pergelangan tangan rakan. Hayun kaki ke belakang,
berulang-ulang. Ulang latihan 1. Apabila rakan memberi isyarat, hayun.kaki ke
hadapan sambil tangan ditarik kuat oleh dua orang rakan itu. Terus berdiri dengan
kaki berjarak/rapat.

Seterusnya, kemahiran Hambur Tangan. Murid-murid perlu menguasai


kemahiran dirian tangan untuk memudahkan pembelajaran pergerakan hambur
tangan.
Sebelum memulakan lakuan, ambil posisi berdiri dengan kaki dibuka seluas
bahu untuk mengimbangi badan. Berlari beberapa langkah ke hadapan. Sambil
melakukan langkah skip dengan kaki kiri, kedua-dua belah di atas belah tangan
diangkat lurus ke atas. Rendahkan badan ke hadapan dan apabila tangan menahan
lantai hayunkan kaki belakang ke aras dengan kencang. Kaki kiri menyusuli
pergerakan kaki kanan dan kedua-dua tangan menolak dengan kuat untuk
membantu putaran badan. Kedua-dua belah kaki digerakkan ke bawah secara
serentak dan peserta berdiri semula dengan tangan lurus ke atas.

Hayun kaki belakang dengan kuat sebaik sahaja tangan peserta mencecah
lantai. Luruskan tangan dan tolak dengan kuat semasa bahagian kaki mula menurun.
Bengkokkan lutut apabila hujung kaki peserta mencecah lantai sewaktu mendarat.
Teruskan hayunan tangan menghala ke hadapan untuk menstabilkan pendaratan.
Untuk memulakan aktiviti, berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu untuk
mengimbangi badan. Daripada lakuan berdiri tegak, hayun tangan ke bawah untuk
melakukan pergerakan lejang kuda dengan bantuan seorang rakan. Lakukan
pergerakan lejang kuda dan tukar kepada dirian tangan. Buat secara berulang-ulang.
Ulang Latihan 2 dan terus menghambur tangan dengan lebih pantas. Pastikan
peserta disokong oleh seorang rakan yang berada di sebelatr sisi kiri atau kanannya.
Penyokong akan membantu putaran badan peserta dengan menyokong bahagian
belakang badan. Lakukan latihan ini dengan menggunakan tilam ketangkasan untuk
membantu pergerakan (lihat rajah). Hambur tangan tanpa bantuan penyokong.
Selepas itu, murid lakukan hambur tangan beberapa kali dan akhiri dengan
guling depan. Lakukan pergerakan roda kereta dan ikuti dengan hambur tangan.

Kemahiran yang keempat ialah kemahiran Hambur Kepala. Murid-murid


seharusnya telah mempelajari dan boleh melakukan pergerakan dirian kepala sudut
sebelum mencuba pergerakan hambur kepala ini. Bagi memulakan lakuan, berdiri
tegak dan mencangkung separuh jadi. Dari lakuan separuh cangkung gerakkan
badan ke hadapan dan melonjak dengan kedua-dua belah kaki. Sebaik sahaja
kedua-dua belah tangan mencecah tilam, letakkan bahagian dahi di hadapan tapak
tangan. Angkat kedua-dua belah kaki serentak secara lurus sehingga berada dalam
lakuan dirian kepala sudut. Bahagian punggung terus bergerak sehingga melepasi
kepala .

Kedudukan badan adalah tidak seimbang dan disebabkan itu, peserta


hendaklah menghayun kedua-dua belah kakinya dengan kuat ke belakang untuk
melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan menolak sekuat-kuatnya untuk
membantu pergerakan badan dan mendarat dalam kedudukan berdiri dengan
tangan lurus ke atas.

Kedudukan tangan dan kepala adalah berbentuk segitiga semasa berada di


dalam keadaan dirian kepala sudut. Pergerakan menghayun kaki bermula dari
bahagian punggung. Tangan menolak lantai dengan kuat semasa menghambur. Kaki
dibuka sedikit dan lutut dibengkokkan semasa mendarat.
Sebelum dapat menguasai lakuan ini, latihan ansur maju adalah penting dan
perlu dilakukan secara berulang-ulang agar murid dapat kuasai asas dan mampu
mengguasai lakuan ini sepenuhnya. Untuk aktiviti ansur maju yang boleh dilakukan
ialah melakukan dirian kepala sudut secara berulang-ulang. Semasa dalam
kedudukan dirian kepala sudut, apabila bahagian punggung melepasi kepala, hayun
kaki dengan kuat ke hadapan dengan disokong oleh pasangan. Kemudian balik
kepada gaya berdiri. Lakukan separuh cangkung, tukar kepada dirian kepala sudut
dan terus menghambur. Latihan hambur kepala ini bermula dari gaya berdiri dan
kemudian diikuti dengan berlari perlahan-lahan.

Untuk aktiviti ini, guru boleh membuat aktiviti guling depan dan tukar kepada
hambur kepala, imbangan dekam dan tukar kepada hambur kepala serta melakukan
pergerakan hambur kepala di atas peti lombol yang tingginya cuma setingkat.
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran Hambur Tengkuk. Pergerakan
hambur tengkuk seakan-akan sama dengan pergerakan hambur kepala yang
diterangkan sebelum ini. Aspek yang membezakan kedua-dua jenis hambur ini
adalah kedudukan kepala peserta semasa dia menolak dengan tangannya untuk
menghasilkan tindakan menghambur. Dalam melakukan hambur tengkuk, bahagian
tengkuk dan belakang bahu peserta berehat di atas lantai semasa tangannya
memulakan tolakan seperti yang berlaku dalam pergerakan guling depan. Untuk
memulakankan lakuan, lakuan hendaklah bermula dari lakuan separuh dekam atau
cangkung, melonjak ke hadapan dengan mslunr5kan kedua-dua belah kaki.
Sebaik sahaja kedua-dua belah tangan mencecah tilam, letakkan tengkuk
dan belakang bahu di atas tilam seperti pergerakan guling depan. Hujung kaki
menunjuk ke belakang kepala. Tegakkan punggung dan apabila ia melepasi bahu,
hayun kedua-dua belah kaki dengan kuat ke belakang dan tolak tilam dengan tangan
untuk membantu pergerakan menghambur. Lentikkan badan pada ketika ini. Akhiri
pergerakan secara berdiri.

Dalam pengajaran, pertama sekali, dagu hendaklah dirapatkan ke dada


ketika di atas tilam. Kedua-dua belah kaki dalam keadaan lurus sepanjang masa
menghambur. Tinggikan punggung sebelum dan semasa bersedia untuk menghayun
kaki ke belakang. Dongakkan kepala sehingga mendarat dan berdiri semula.

Latihan ansur maju yang boleh dilakukan ialah duduk berlunjur dan buaikan
badan berulang-ulang ke belakang. Semasa mernbuai badan kaki hendaklah lurus
ke belakang kepala. Ulang latihan 1 dan apabila punggung melepasi bahu, hayunkan
kedua-dua belah kaki ke belakang dan tolak tilam dengan tangan lantai sambil badan
dilentikkan (dengan bantuan seorang rakan). Akhiri latihan secara berdiri.
Dari lakuan dekam atau separuh cangkung, di atas peti lombol (dua tingkat),
melonjak ke hadapan dan berguling di atas bahagian tengkuk belakang bahu. Tolak
kuat keseluruhan badan dengan tangan dan hayun kaki ke belakang. Penyokong
memberi bantuan dengan menyokong bahagian belakang pinggang semasa peserta
menghambur dan melentikkan badannya. Ulang latihan 3 di atas tilam. Rakan
memberi sokongan.

Anda mungkin juga menyukai