Anda di halaman 1dari 2

Jenis-jenis Dialog

a) Dialog kerjasama dalam kehidupan


Dialog budaya yang baik antara kaum sudah tentu akan menjamin kerjasama dalam
kehidupan pendudukan yang bermasyarakat ini. Dengan ini, ia pasti akan menjamin
semangat kekitaan yang patut diwujudkan dengan lebih mendalam dalam kalangan
masyarakat majmuk ini.
b) Dialog tindakan bersama
Dialog budaya juga turut menggalakkan tindakan bersama antara etnik di Malaysia. Hal ini
kerana, dengan adanya tindakan bersama, sudah tentu ia akan mengalakkan dan
menjayakan sesuatu kerja yang dibuat bersamasama dengan etnik yang lain. Perkara ini
pasti akan mewujudkan perhubungan yang mesra antara setiap etnik di Malaysia.
c) Dialog melalui wacana intelektual/ dialog pengalaman beragama
Dialog budaya juga turut dapat digalakkan melalui wacana intelektual dan menerusi
pengalaman beragama. Hal ini kerana, keintelektualan yang menyeluruh akan menjamin
nilai kerjasama antara etnik sehinggakan ia mewujudkan perpaduan yang sejagat dalam
setiap individu. Tambahan pula, dengan adanya pegangan agama yang menitikberatkan
konsep yang sama dimana setiap agama menuntut penganutnya untuk menjaga
keharmonian antara kaum sehinggakan ia dapat menjamin perpaduan dan keeratan antara
kaum di Malaysia.
d) Dialog penyelesaian masalah antara kaum dan etnik
Dialog budaya juga amat berguna dalam menyelesaikan masalah yang berlaku antara kaum
dan etnik di Malaysia. Hal ini kerana, budaya dialog ini lebih merujuk kepada perinteraksian
antara kaum mengenai sesuatu masalah yang wujud. Perinteraksian yang aman sudah
tentu akan menyelesaikan masalah yang wujud. Hal ini kerana, setiap masalah yang wujud
pasti akan mempunyai jalan penyelesaiannya. Maka, sekiranya budaya dialog diamalkan
secara berterusan, maka ia sudah tentu akan membawa satu kesimpulan yang dapat
menyelesaikan masalah yang wujud.
e) Dialog teologi
Dialog teologi adalah ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan
keyakinan beragama. Teologi meliputi segala sesuatu yang berhubungan dengan Tuhan.
Para

teologi

berupaya

menggunakan

analisis

dan

kritikan-kritikan rasional untuk

membincang , menafsirkan dan mengajar dalam salah satu bidang dari topik-topik agama.
Teologi memampukan seseorang untuk lebih memahami tradisi keagamaannya sendiri
ataupun tradisi keagamaan lainnya, menolong membuat perbandingan antara berbagai
tradisi, melestarikan, memperbaharui suatu tradisi tertentu, menolong penyebaran suatu
tradisi, menerapkan sumber-sumber dari suatu tradisi dalam suatu situasi atau keutuhan
masa kini. Dengan ini ia pasti akan menjamin keharmonian antara kaum dan sentiasa
mengekalkan kesejahteraan yang unggul sesama kaum.
g) Dialog tentang nilai sejagat
Dialog budaya juga amat mengalakkan nilai sejagat antara kaum di Malaysia. Dengan
adanya nilai sejagat ini, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik yang
berbeza ini dapat meningkatkan semangat satu bangsa Malaysia. Perkara ini akan
menyebabkan wujudnya satu ikatan yang erat antara setiap kaum di Malaysia. Hubungan
mesra yang terjalin ini akan menyebabkan masyarakat di Malaysia dapat hidup bersama
secara aman buat selama-lamanya.
h) Dialog keamanan dan keganasan
Dialog budaya turut akan menjamin keamanan dan akan mengelakkan keganasan yang
mungkin boleh mencetuskan perpecahan antara kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei
1969. Maka, sangat pentinglah bagi kita untuk mengekalkan keamanan itu buat selamalamanya. Dengan adanya keamanan yang unggul dalam kalangan penduduk tempatan
maka, dapat kita menjamin perpaduan antara kaum yang merupakan satu benteng yang
sangat penting untuk dijaga dan dipelihara.
i) Dialog tolerensi antara budaya dan agama
Dialog toleransi antara budaya dan agama juga sangatlah penting untuk dipelihara supaya
ia tidak terpisah antara satu sama lain. Hal ini kerana, dengan adanya jalinan yang kukuh
antara budaya dan agama maka, ia pasti akan dapat menjadi panduan kepada penduduk
Malaysia supaya sentiasa menjaga keharmonian negara supaya ia tidak berlaku kekecohan
seperti dahulu.

Anda mungkin juga menyukai