Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

LAWATAN KE BUKIT MERAH LAKE TOWN


ANJURAN
JAWATANKUASA LAWATAN SKBS
1. PENDAHULUAN
Jauh perjalanan, luas pandangan. Pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehi melalui lawatan sambil belajar dapat memberi pengetahuan dan
menambahkan ilmu sedia ada. Lawatan ini juga dapat memperkayakan pengalaman
murid-murid mengenai sumber alam dan keindahan Malaysia.
2. MATLAMAT
Program ini adalah salah satu usaha untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dari segi emosi dan intelek. Justeru, diharapkan melalui program
ini dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan lebih menyintai tanahair
sendiri hasil daripada tinjauan dan pengalaman yang akan dilaluinya.
3. OBJEKTIF
3.1
3.2
3.3
3.4

Memberi peluang kepada murid-murid menimba ilmu pengetahuan


mengenai keindahan alam semulajadi Malaysia.
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang lawatan sambil
belajar.
Meningkatkan motivasi diri bagi membantu murid-murid mengenali
diri melalui program-program yang akan dianjurkan.
Menjalinkan hubungan kekitaan iaitu kemesraan murid dengan murid
dan murid dengan guru.

4. SASARAN UTAMA
Murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan.
5. BUTIRAN LAWATAN
Tempat
: Bukit Merah Lake Town
Tarikh/Hari
: 9 September 2006 (Sabtu)
Waktu bertolak
: 7.00 pagi (dari sekolah)
Bayaran
: RM65 (bagi setiap orang murid)
Pengangkutan
: 2 buah bas sekolah (disewa)
Peserta
: 80 orang murid tahun 6 yang berminat
Guru pengiring
: 11 orang

6. PROGRAM/AKTIVITI SEPANJANG LAWATAN


TARIKH

MASA

09.09.2006

AKTIVITI

7.00 pagi

Bertolak dari S.K. Batu 9

10.00 pagi

Tiba di Bukit Merah Lake Town Resort

10.30 pagi

Menaiki feri ke Pulau Orang Utan

11.30 pagi

Menaiki kerusi kabel ke Ecopark

11.45 pagi

Masuk ke Ecopark dan Boardwalk

1.00 petang

Masuk ke Waterpark.

6.30 petang

Bertolak balik dari Bukit Merah Lake


Town Resort.

10.00 malam

Dijangka sampai di S.K. Batu 9

7. PENYATA KEWANGAN
Pendapatan

Perbelanjaan

Bayaran setiap murid:

Pengangkutan:

RM65.00 x 80 = RM5,200.00

Bas : RM1,200.00 x 2 = RM2,400.00


Caj masuk Bukit Merah:
Murid : RM28.00 x 80 = RM2,240.00
Makan/
Minuman: RM7 x 80

JUMLAH :

RM 5,200.00

= RM 560.00

RM 5,200.00

8. PENUTUP
Diharapkan segala aktiviti dan program yang dirancangkan dapat dilaksanakan
dengan teratur dan berjalan lancar.Segala harapan akan menjadi kenyataan sekiranya
mendapat kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.

Terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(ZAINURIN MD. NAWI)


Setiausaha Lawatan,
S.K Batu 9.

Anda mungkin juga menyukai