Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan Moral Di Malaysia

Perbezaan Pendidikan Moral di Malaysia dan


Pendidikan Pancasila di Indonesia

Nama Ahli Kumpulan


Nurul Nazirah Binti Ali
Nadhirah Binti Hamzah

Isi Kandungan

No Matrik
D20131063342
D20131063333

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN DI INDONESIA


Pendidikan kewarganegaraan ataupun dikenali sebagai Pancasila mempunyai dua era transformasi,
iaitu sebelum dan selepas mencapai kemerdekaan. Banyak perubahan yang dilakukan terhadap
pendidikan kewarganegaraan di mana sebelum mencapai kemerdekaan, terdapat banyak pengaruh dari
Hindia Belanda dan selepas Indonesia mencapai kemerdekaan, banyak peraturan dan prinsip yang

baru telah dicipta supaya tidak

lagi terdapat pengaruh Hindia Belanda yang menjajah negara

Indonesia.
Sebelum mencapai kemerdekaan
Sebelum negara Indonesia mencapai kemerdekaan, pendidikan kewarganegaraan telahpun wujud
dengan nama Burgerkunde. Istilah ini berasal dari Hindia Belanda yang merupakan negara Barat
yang menjajah Indonesia pada waktu itu. Terdapat 2 buku rasmi yang digunakan,iaittu Indische
Burerschapkunde dan Rech en Plich.
a. Indische Burerschapkunde membicarakan masalah-masalah masyarakat warganegara seperti
pengaruh barat,bidang sosial,ekonomi, hukum, tatanegara dan kebudayaan, masalah pertanian dan
perburuhan,dan industri

dan perdagangan.

Buku ini juga mengandungi tatacara dewan

rakyat,masalah pendidikan, kesihatan masyarakat, pajak tentera dan angkatan laut.


b. Rech en Plich mengandungi pertubuhan yang membicangkan hak-hak setempat masyarakat,
hak-hak ke atas tanah, eigondom Eropah iaitu hak atas sesuatu benda untuk menggunakan kenikmatan
tanpa batasan dan penggunaannya tidak bertentangan dengan undang-undang atau peraturan-peraturan
umum yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan tidak mengganggu orang lain. Selain itu, masalah
kedaulatan raja terhadap kewajipan negara semasa pemerintahan Hindia Belanda, masalah undangundang, sejarah alat pembayaran dan kesejahteraan negara.

Kedua-dua buku ini ditulis supaya masyarakat Indonesia memahami hak dan kewajipan mereka
terhadap pemerintah Hindia Belanda, tidak menentang pemerintahan Hindia Belanda dan harus
memberikan sokongan dan patuh terhadap pemerintahan Hindia Belanda dalam jangka waktu masa
yang lama.

Pada tahun 1932, pemerintah Hindia Belanda telah mengeluarkan peraturan yang dipersetujui oleh
Volksraad yang bermaksud Dewan Rakyat di negara Belanda. Peraturan itu mengutarakan bahawa
setiap guru harus memiliki lulusan. Guru sekolah persendirian atau swasta tidak boleh mengajar di
sekolah dan guru yang berhak mengajar adalah lulusan dari sekolah atau maktab perguruan sahaja.

Selepas mencapai kemerdekaan


Pada tahun 1957, pendidikan sivik ini diberi nama Kewarganegaraan . Kandungan mata pelajaran ini
hanyalah membahaskan cara memperoleh dan kehilangan sebagai seorang warganegara Indonesia.
Tahun 1961 pula, istilah civics dan pendidkan kewarganegaraan digunakan secara bertukar-pakai
(interchangeably). Civics banyak membahas tentang sejarah kebangkitan nasional (nasionalisme),
undang-undang dasar ; uud, pidato-pidato berkaitan politik kenegaraan yang bertemakan nation and
character building( negara dan pembentukan peribadi).
Pada tahun 1968, istilah Civics ditukar kepada Pendidikan Kewarganegaraan Negara. Kurikulum yang
terkandung

dalam Pendidkan Kewarganegaraan Negara ini mempunyai unsur dan berdasarkan

prinsip Pendidikan Moral Pancasila. Tahun 1989, termaktub Undang-undang No. 2 mengenai Sistem
Pendidikan Nasional (SPN)yang menentukan bahawa Pendidikan Kewarganegaraan Negara ,
pendidikan Pancasila dan Pendidikan Agama harus digabung dan dimuatkan ke dalam kurikulum
pelajaran. Pendidikan Kewarganegaraan Negara terus mengalami perkembangan. Menurut Ali Emran
(1976: 4) isu-isu Pendidikan Kewarganegaraan Negara terbahagi secara berperingkat :
1. Sekolah dasar (sekolah rendah ): Pengetahuan mengenai kewarganegaraan negara, sejarah
Indonesia dan ilmu Bumi (Geografi)
2. Sekolah Menengah Pertama (Sekolah menengah rendah) : Sejarah kebangsaan, zaman pasca
kemerdekaan,

Undang-undang

Permusyarawatan Rakyat

Negara

tahun1945,

Pancasila,dan

ketetapan

oleh

Majelis

3. Sekolah Menengah Atas : Huraian-huraian pasal Undang-undang 1945 yang digabungkan dengan
tatanegara, sejarah, ilmu bumi dan ekonomi.
Pada tahun1970, Pendidikan Kewarganegaraan Negara dimasukkan ke dalam mata pelajaran Ilmu
Pengetahuan Sosial (IPS) . Pada tahun 1972, dalam seminar di Tawagmangu Surakarta, telah
menetapkan Istilah Kewargaan Negara (IKN) sebagai pengganti
Kewarganegaraan

Negara

kepada

istilah

Civic

Education

Civics,
(Pendidikan

dan Pendidikan
Sivik).

Istilah

Kewarganegaraan Negara lebih bersifat teoritis, manakala Pendidikan Kewarganegaraan Negara


lebih bersifat praktis. Oleh itu, kedua-duanya saling memerlukan dan berkait rapat. Perkembangan
matapelajaran Pendidikan Kewarganegaraan Negara sangat bergantung kepada perkembangan Ilmu
Kewargaan Negara.
Pada tahun 1994, Kurikulum 1994 mengintegrasikan pengajaran Pendidikan Pancasila dan
Kewargaan kepada istilah Pendidkan Pancasila dan Kewargangeraan (PPKN).

Perkembangan Pendidikan Kewargaan Negara semasa transisi Demokrasi


Perkembangan Pendidikan Kewargaan Negara pada sistem pemerintahan baru ini lebih diutamakan
kepada faktor kepentingan kepada negara membangun (state building), pembangunan bangsa (nation
building). Hal ini demikian,kerana kemerosotan nilai estetika dan moral yang berlaku dalam negara
yang sudah hilang semangat kesetiaan, pengorbanan,kejujuran dan keihklasan. Hukum dalam negara
lebih kepada sebagai alat kekuasaan berbanding kepada untuk keadilan dan kebenaran, vandalisme,
paternalisme) pilih kasih dan absolutisme (realiti politik) yang semakin berleluasa. Selain itu, posisi
dan peranan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) yang dijadikan alat kekuasaan negara
berbanding untuk melindungi dan mempertahankan negara.
Situasi-situasi ini telah menyebabkan perubahan kepada kurikulum Pendidikan Pancasila dan
Kewargaan Negara (PPKN) dan pelaksanaan pelajarannya lebih menekankan kepada statuq quo atau
legitimasi

dan justifikasi

(pembenaran).

Hal

ini

supaya

dapat

meningkatkan semangat

kewarganegaraan dalam setiap rakyat kepada negara mereka. Semasa era reformasi, tentangan
terhadap mata pelajaran PPKN semakin hebat. Pedoman Penghayatan dan Pengamalan Pancasila (P4)
atau dikenali sebagai Eka Prasetya Pancakarsa, iaitu sebuah panduan tentang pengamalan Pancasila
dalam kehidupan bernegara semasa sistem pemerintahan yang baharu mempunyai masalah dalam
kandungannya kerana tidak memberikan gambaran yang jelas mengenai nilai-nilai Pancasila.
Perubahan Undang-undnag No. 2 pada tahun 1989 yang diubah kepada No. 2 pada tahun 2003 tidak
lagi dinyatakan Pendidikan Pancasila dan ditukar kepada hanya Pendidikan Kewarganegaraan.
Pada tahun 2004 pula, kurikulum 2004 memperkenalkan istilah baru untuk menggantikan PPKN
kepada Kewarganegaraan atau Pendidikan Kewarganegaraan. Perubahan nama ini juga diikuti dengan
penambahan isi yang lebih jelas mengenai politik, hukum dan moral.
Berikut adalah kronologi sejarah perkembangan nama pendidikan kewarganegaraan di Indonesia :
1. 1954 - Pendidikan kemasyarakatan integrasi negara, ilmu bumi dan kewarganegaraan
2. 1957/1962 - Civics
3. 1960 an - Pancasila dan Undang-undang Dasar 1945
4. 1970 - Filsafat Pancasila
5. 1973 - Pendidikan Kewarganegaraan civics dan Hukum
6. 1975/1984 - Pendidikan Moral atau PMP
7. 1989-1990 an - Pendidikan Kewiraan
8. 2000-sekarang - Pendidikan Kewarganegaraan

Sumber-sumber lain yang melibatkan perkembangan ilmu Pendidikan Kewarganegaraan

1. Tahun1962 - Pendidikan Kewarganengaraan diperkenalkan sebagai program kurikulum dalam mata


pelajaran Civics dalam kurikulum Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini mempunyai material seperti
pemerintahan Indonesia berdasarkan Undang-undang Dasar 1945 (Dept.P&K: 1962).
2. Tahun 1968 dan 1969 - Istilah Civics dan Pendidikan Kewarganegaraan digunakan secara bertukarpakai (interchangeably).
- Kurikulum Sekolah Dasar pada tahun 1968 pula menggunakan istilah Pendidikan Kewargaan
Negara. Kandungan mata pelajaran tersebut mengandungi sejarah negara Indonesia, kawasan geografi
Indonesia, dan civics (diterjemahkan sebagai pengetahuan kewargaan negara).
- Kurikulum Sekolah Menengah Pertama 1968 menggunakan istilah Pendidikan Kewarganegaraan
Negara Berisikan Sejarah Indonesia dan Konstitusi Undang-undang Dasar 1945
- .Tahun 1968, Kurikulum Sekolah Menengah Atas 1968 mengandungi topik utama berkaitan
Undang-undang Dasar 1945 dalam mata pelajaran Kewargaan Negara.
- Kurikulum SPG pada tahun 1969 mata pelajaran Pendidikan Kewargaan Negara mengandungi
sillabus berkenaan sejarah Indonesia, konstitusi, pengetahuan kemasyarakatan dan hak asasi manusia.
3. Tahun 1975, kurikulum 1975 menggunakan istilah daripada Pendidikan Kewargaan Negara
diubah menjadi Pendidikan Moral Pancasila (PMP) yang mengandungi material Pancasila
sebagaimana yang terkandung di dalam Pedoman Penghayatan dan Pengalaman Pancasila atau P4.
4. Pada tahun 1989, Undang-Undang Nombor 2 mengenai sistem Pendidikan Nasional kemudian
diperkenalkan pula mata pelajaran Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan atau PPKn.
5. Tahun 1975/1976 muncul mata pelajaran Pendidikan Moral Pancasila (PMP) di mana visi dan
misinya berorientasikan pada value inculcation (penerapan nilai) dengan kandungan nilai-nilai
Pancasila dan UUD 1945. Pendidikan Kewargaan Negara (PKN) ditukar kepada Pendidikan Moral
Pancasila (PMP) menurut Kurikulum tahun 1975/1976 dan Kurikulum tahun 1984 kerana paradigma

civic education (pendidikan sivik)

belum berkembang sepenuhnya mengikut perkembangan

kurikulum semasa.
6. Kurikulum PMP 1984 diubah menjadi Kurikulum Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan
(PPKn) tahun 1994, akan tetapi paradigmatik civic education semasa zaman tersebut juga belum
disebarkan ideologi dengan berkembang. Pendidkan moral Pancasila yang disampaikan melalui PPKn
di sekolah dan penataran P-4 di berbagai lapisan masyarakat diwujudkan namun tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan dan tidak bermakna.
7. Perubahan Undag-undang No. 2 tahun 1989 yang diubah kepada Undang-undang No. 2 tahun 2003
tidak dinyatakan lagi sebagai pendidikan Pancasila dan hanya disebut sebagai Pendidikan
Kewarganegaraan sahaja. Kurikulum 2004 memperkenalkan istilah Pengganti PPKn dengan
kewarganegaraan atau Pendidikan Kewarganegaraan. Perubahan nama ini juga diikuti dengan
perubahan isi Pendidikan Kewarganegaraan yang lebih jelas mengenai politik, hukum dan nilai-nilai
moral.

Anda mungkin juga menyukai