Anda di halaman 1dari 51

PERKHEMAHAN / PENDIDIKAN LUAR

11.1 PENGENALAN
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti
mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah
dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.

Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti


perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti
perkhemahan.

Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan,
kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang
sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau
berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti
sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di
antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling,
orienteering dan sebagainya.

11.2 OBJEKTIF PERKHEMAHAN

11.2.1 Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam
menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di
tempat yang jauh dari bandar.
11.2.2 Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh
tanggungjawab.
11.2.3 Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan
berkhemah kepada para pelajar.

11.2.4 Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan


kecekapan yang ada pada mereka.
11.2.5 Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan
lagi perpaduan.
11.2.6 Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab.
11.2.7 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah
yang lebih mencabar dan menarik.
11.2.8 Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan
tuhan.
11.2.9 Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
11.2.10 Memupuk sikap berani di kalangan peserta.
11.2.11 Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan
peserta.
11.2.12 Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi
cabaran.
11.3 FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN

11.3.1 Berdikari dan ikhtiar hidup.


11.3.2 Mengamalkan kebersihan.
11.3.3 Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan.
11.3.4 Merancang segala aktiviti dan keperluan.
11.3.5 Cergas dan yakin pada diri sendiri.
11.3.6 Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.
11.3.7 Menghilangkan tekanan.
11.3.8 Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang
berfaedah.
11.3.9 Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat.
11.3.10 Bekerjasama.

11.4 KOMPONEN-KOMPONEN PERKHEMAHAN


11.4.1 JENIS-JENIS KHEMAH

Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti
berkhemah:
Khemah bentuk A tanpa helaian terbang
Khemah A berhelaian
Khemah pengembaraan
Khemah satu tiang
Khemah bentuk dinding
Khemah Ridge dua tiang
Khemah wagon
Khemah dome
Khemah igloo
Khemah berangka

Khemah berbentuk Ridge

Khemah berbentuk Dome

Khemah berbentuk hoop

11.5 PEMILIHAN KHEMAH

Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk


memilih atau membeli khemah:

11.5.1 Perlindungan

Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan
kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya.
Di samping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada
serangga-serangga.

11.5.2 Keselesaan

Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam
aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang
untuk menyimpan barang-barang.

11.5.3 Kalis air

Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan
bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya
tidak menjadi masalah apabila hujan.

11.5.4 Tahan lasak

Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil


kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan
lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan
di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya
digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk
satu jangka masa yang panjang dan munasabah.

11.5.5 Ukuran

Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita

mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau
dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukarkan kita
membawanya.

11.6 PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN

Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang


membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada
peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak
mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:

11.6.1 Tanah atau tapak yang rata

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan


khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun
tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu
yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan
daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika
hujan turun.

11.6.2 Corak tapak perkhemahan

Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah
rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan
permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan
daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat
yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya
berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

11.6.3 Berhampiran punca air

Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air
yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan
punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak,

membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan


air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya.
Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya
supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang
penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga
haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

11.6.4 Tapak yang lebih tinggi dari punca air

Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan
daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi
sungai dan air pasang dan sebagainya.

11.6.5 Mudah untuk mendapat bantuan

Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang
mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak
perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain
itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah
melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan,
pihak yang bertanggungjawab yang lain.

11.6.6 Mudah untuk mendapat bahan bakar

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor


yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak,
membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau
gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah
seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput
kering dan sebagainya.

11.6.7 Keselamatan kawasan perkhemahan

Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut


perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi
dan sebagainya.

11.6.8 Jangkamasa perkhemahan

Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa


perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka
perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak,
minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

11.6.9 Bilangan peserta perkhemahan


Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti.
Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini
akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya
ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan
itu saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.

11.6.10 Alam Persekitaran


Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti
perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah.
Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak
perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan
tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan
pernah ke kawasan tersebut.

11.7 PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH

Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali


setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di
samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara
tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan:

Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )

Terlindung dari angina


Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan
terhibur apabila melihatnya ).
Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita
bergerak semula bagi tujuan kecemasan.
11.8 DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN

Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturanperaturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan:

Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.


Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,
Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut
perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan
atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera.
Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden).
Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau
atau binatang merayap daripada memasuki khemah.
Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.
Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.
Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur
di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar
dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.
Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik,

ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.


Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari
masa ke semasa dan segala pantang larang.
Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta
menghargai kawasan sekitar.
Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam
menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang.
Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.
Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau
kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang
kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.
Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga
rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan
berhampiran sungai, laut atau tasik.
Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang
dan menyalahi undang-undang.
Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan
yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat
supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg.
Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku
sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.

11.9 PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN

11.9.1 Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta


arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

11.9.2 Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan
bersemangat tinggi.
11.9.3 Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.
11.9.4 Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
11.9.5 Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap
aktiviti.
11.9.6 Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah atau penunjuk cara. Undangan.
11.9.7 Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang
dijalankan.
11.9.8 Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.

11.10 PENJAGAAN KHEMAH


Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang
mengandungi bahan kimia.
Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada
ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering.
Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap
sebelum disimpan.

11.11 SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN

Khemah tempat masak.


Khemah tempat solat.
Khemah peserta.
Kanvas alat duduk.

Generator.
Wire dua pin.
Mentol lampu/soket.
camp bed
Skop atau penyauk tanah.
Tong minyak petrol dan minyak tanah.
Tukul cangkul pencakar.
Tiang Khemah memasak.
Helar.
Parang.
Tali nylon/raffia.
Belerang/suffer.
Gerjaji.
Lampu picit.
Wisel.
Mancis api.

11.12 RUMUSAN

Perkhemahan adalah merupakan aktiviti rekreasi yang digunakan untuk


memenuhi masa lapang bagi merehatkan fikiran. Di samping berkhemah,
pelbagai aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa perkhemahan.

Program-program perkhemahan yang terancang dapat memberi kesan yang


positif kepada mereka yang terlibat seperti berkeyakinan, berdikari, dan
bertanggungjawab.

Perkhemahan kini bukan lagi merupakan satu aktiviti yang hanya dilakukan oleh
golongan kanak-kanak sekolah sahaja malah ianya juga dilakukan oleh pelbagai
lapisan masyarakat sebagai suatu riadah dan rekreasi dan juga sukan.

Aktiviti perkhemahan mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri yang


menggemari aktiviti tersebut. Namun walaubagaimanapun peraturan dan
langkah keselamatan bagi menyertai aktiviti perkhemahan ini adalah sama
walaupun ia disertai oleh berbagai lapisan dan bila-bila masa, dan ttempat
sekalipun.

Aktiviti sebegini bukan sahaja dilakukan di negara kita, namun ianya telah
diminati secara serius oleh kebanyakan negara lain selain Malaysia.
Perkhemahan juga masih lagi dijadikan sebagai aktiviti rekreasi hujung minggu
bagi individu yang berminat. Pengendaliannya pula adalah bergantung kepada
sejauh mana peserta tersebut menerima pengajaran daripada ketua pembimbing
aktiviti untuk mengadakan perkhemahan.

Mungkin ada terdapat peraturan yang berbeza dari semasa ke semasa, namun
ianya tetap akan mengikuti sekurang-kurangnya peraturan asas perkhemahan
seperti yang ditulis di atas. Jika sekiranya ada kumpulan individu yang cuba tidak
mengendahkan semua peraturan tersebut maka sudah pasti akan menimbulkan
beberapa reaksi yang kurang menyenangkan atau memuaskan di antara jurulatih
dan juga peserta aktiviti.

Selain daripada itu perlulah juga setiap guru pelatih atau peserta menyiapkan diri
mereka dengan ketahanan fizikal dan mental yang kuat agar dapat menjalani
segala aktiviti sepanjang perkhemahan dijalankan.

12.0 IKHTIAR HIDUP (SURVIVOR)

12.1 SOLO DROP /SOLO CAMP

Ikhtiar hidup melibatkan aktiviti pekhemahan perseorangan dan juga solo drop
iaitu sesi burung hantu. Ia biasa dijalankan pada waktu malam dan masa yang
dicadangkan ialah dari pukul 11 malam hingga 5 pagi. Peserta akan ditempatkan
secara berasingan dalam jarak lebih kurang 15 meter antara setiap peserta di
dalam hutan yang berhampiran kawasan perkhemahan. Peserta hanya akan
dibekalkan dengan poncho, lilin, 3 batang mancis, sedikit makanan dan garam
atau blerang. Peserta akan diberi password oleh pensyarah yang akan datang
memeriksa peserta setiap 1 jam sebagai langkah keselamatan.

12.2 RASIONAL

Aktiviti ini dipilih kerana kawasan hutan di tapak perkhemahan adalah sesuai
kerana ia tidak terlalu tebal dan mempunyai struktur yang menarik untuk
membolehkan aktiviti ini dijalankan. Para peserta pula akan terasa lebih berani
dan bersikap positif apabila melakukan aktiviti ini. Apabila diletakkan secara
berseorangan dalam keadaan gelap gelita. Kita akan lebih mengetahui siapa diri
kita yang sebenarnya dan dapat membentuk sikap yang lebih tabah, berani,
yakin dan bersemangat untuk menempuh segala cabaran yang mendatang.

13.0 ORIENTEERING

13.1 PROSEDUR AKTIVITI

13.2 Aktiviti

memperkenalkan kompas
memperkenalkan cara penggunaan kompas

memperkenalkan peta
menunjukkan cara mencari sesuatu point, klu, dengan bantuan kompas dan
peta.

13.3 Peralatan

kompas orienteering/primastik
parang
peralatan pertolongan cemas
botol air
kasut yang sesuai
wisel ( setiap peserta )
alat tulis dan buku nota kecil
pakaian yang sesuai
lain-lain alatan yang difikirkan perlu.

13.4 . Jenis-jenis orienteering

Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)


Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-Ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event

13.5 Variasi Orienteering

Sukan orienteering biasanya dilakukan secara berlari atau berjalan. Walau


bagaimanapun, orienteering turut dilakukan didalam beberapa variasi mengikut
kesesuian keadaan. Antara lain-lain cara orienteering dilakukan adalah seperti
berikut:
Ski Orienteering
Mountain Bike Orienteering
Canoe Orienteering

13.5 Peta orienteering

Peta merupakan elemen yang terpenting dalam orienteering di mana tanpa peta,
orienteering tidak dapat di jalankan. Oleh itu, orienteering memerlukan satu peta
yang khas yang dibuat memgikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh IOF.

Peta orienteering di buat oleh mereka yang mempunyai pegetahuan dan minat
yang mendalam dalam orienteering. Hanya mereka yang memmahami apakah
yang perlu dimasukkan ke dalam peta orienteering bagi membantu para peserta
menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan
navigasi.

13.5.1 Suatu peta yang lengkap perlu mengandungi butiran-butiran berikut:


nama tempat
skala
petunjuk
arah utara peta
sela kontur
garisan-garisan utara
kredit ( juruukur dan juru kartografi )

13.5.2 Warna turut memainkan peranan penting dalam menentukan


kategori/spesifikasi setiap symbol di mana warna-warna ini telah di tetapkan
mengikut piawaian IOF. Peta orienteering dilukis di dalam 6 warna untuk symbolsimbol seperti:

a. hitam ~ ciri buatan manusia dan batu


b. biru ~ ciri-ciri air
c. perang ~ ciri-ciri kontur dan jalanraya
d. putih ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : hutan-berlari
e. hijau ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : hutan-berjalan/redah
f. kuning ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : terbuka

13.5.3 Kontur

garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk


mengambarkan keadaan rupa bumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini
termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi-bukit, gunung dan
sebagainya.
Cara terbaik untuk memahami kontur adalah secara praktikal iaitu dengan
membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan
kontur di atas peta
Mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di mana ciri-ciri ini
digunakan sebagai titik kawalan
Membantu peserta untuk merncang laluan yang lebih baik dan mengelakkan
dari pendakian cerun curam yang tidak perlu
Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan sesuatu cerun
tanah tinggi. Garisan yang rapat menggambarkan suatu cerun yang curam dan
yang renggang menggambarkan suatu cerun yang landai
Berikut adalah contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan
tanah dan beberapa ciri yang terdapat padanya

a) Susuh bukit (Spur)


susuh bukit merupakan sebhagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu
kawasan tanah tinggi
b) Ceruk (Re-entrant)

ceruk adalah berlawanan dengan susuh bukit di mana ia adalah tanah yang
melengkung ke dalam dari sesuatu kawasan tanah tinggi. Biasanya aliran sungai
dari tanah tinggi melalui kawasan ini

c) permatang
permatang adalah puncak antara dua tebing yang panjang yang
menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi

d) Knol
knol adalah suatu bukit kecil yang boleh di lihat dengan jelas di mana-mana
dataran sama ada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi

e) pelana
pelana adalah lekukan di antara dua knol

14.0 TERMINOLOGI DAN PERALATAN

14.1 Titik kawalan (Control point)


titik kawalan adalah suatu kedudukan yang telah ditentukan dan perlu dilawati
oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri tersebut mestilah wujud
atau telah dipandu mengikut arahan di dalam aktiviti ini
Kedudukan ini boleh dikatakan sebagai Titik Pemeriksaaan (Check point) tetapi
apa yang menarik ialah kedudukan ia tidak terkawal dan dijaga oleh sesiapa.

14.2 ` Kad kawalan (Control card)


ia mengandungi maklumat penting iaitu jarak dan arah bearing check point
seterusnya. Para peserta perlu mencari kad ini yang di sembunyikan di setiap
check point yang telah ditetapkan
peserta perlu menghabiskan kesemua check point dalam masa yang
terpantas. Kumpulan yang mencatatkan masa terpantas akan di kira sebagai
pemenang.

14.3 Tanda-tanda di sesuatu point


Bendera akan dijadikan sebagai tanda panduan lokasi check point. Ia di perbuat
daripada fabrik dan di gantung di atas triangular boxkite yang berbentuk
seperti rangka wayar.
Tiga perempat daripada permukaan kain akan di lukis dengan segitiga
berwarna putih di bahagian atas dan segitiga berwarna jingga pula di bahagian
bawah.
Satu atau lebih alat penebuk lubang akan di letakkkan sebelah menyebelah
dengan bendera dan kod kawalan. Kod kawalan merupakan salah satu fakta
untuk mendapatkan lokasi check point seterusnya.
Kebanyakkan peserta akan mencatatkan kod kawalan di atas kad kawalan yang
di simpan dalam satu kotak. Tujuannya untuk memastikan penebukan lubang di
bahagian kad kawalan yang salah tidak akan berlaku semasa berada di sesuatu
check point.

15.0 KOMPAS

15.1 PENGENALAN

Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah seseuatu
tempat. Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan
jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan
magnet. Kompas adalah alat terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan
kompas orienteering digalakkan dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai
jenis kompas yang boleh digunakan antaranya ialah kompas prismatik, kompas
lensatik dan kompas orienteering atau dikenali dengan kompas silva.

15.2 KOMPAS PRISMATIK

Kompas ini diperbuat daripada tembaga. Badan kompas mempunyai dua lapis
penutup kaca dan di bawah sekali adalah compass card. Tanda panduan utara
ditandakan dengan bentuk tiga segi yang dicat dengan cat putih yang berkilau.
Arah timur, selatan dan barat ditanda dengan huruf. Ukuran bagi kompas ini
adalah dalam unit mil.

15.3 KOMPAS SILVA

Kompas ini adalah kompas yang paling sesuai untuk aktiviti orienteering,
disebabkan kompas ini memiliki tanda panah penyesuaian yang terdapat pada
dasar piring kompas.
Kelebihan kompas silva ialah:-

Memiliki cermin untuk memudahkan pembacaan dan bidikan


Dilengkapi dengan garisan (dalam cm dan inci)
Digunakan untuk mengukur besar sudut peta

Kompas Silva

Thump Compass

15.4 KEGUNAAN KOMPAS


Kompas digunakan untuk: Melaras peta
Membantu dalam pelayaran
Menentukan arah
Membuat peta
Mengukur jarak di atas peta

15.5 MELARAS KOMPAS DENGAN PETA


Pemadanan masa meupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh
kecekapan anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk
mengetahui dan memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

15.5.1 LANGKAH PERTAMA

Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara
yang perlu diberikan perhatian ialah arah anak panah petunjuk arah sama
dengan arah pergerakkan seseorang.

15.5.2 LANGKAH DUA

Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga


garisan melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah
kompas turut selari dengan arah utara peta.

15.5.3 LANGKAH TIGA

Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras
dan juga utara peta.

15.6 BEARING

15.6.1 CARA MENENTUKAN BEARING


Arah utara perlu ditentukan terlebih dahulu
Berdasarkan kad kawalan, dimana terdapat panduan bearing sesuatu check
point penentuan bearing check point dapat dilakukan peserta akan menuju ke
check point berpandukan arah bearing yang telah ditetapkan.

15.6.2 BACK BEARING


Jika bearing satu kedudukan itu kurang daripada 180 maka perlu ditambah
dengan 180
Contoh:- bearing bagi satu kedudukan ialah 100 maka back bearing
ialah

Back bearing =100 + 180


=280
Jika bearing satu kedudukan itu lebih daripada 180 maka perlu ditolak dengan
180
Contoh :- bearing bagi satu kedudukan yang mempunyai bearing 280
Back bearing =280-180
=100

15.7 PERKARA-PERKARA YANG PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS


Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh
bergerak dengan baik.
Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
Tentukan benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk
memudahkan seseorang mencari sesuatu tempat
Sentiasa memeriksa bearing kompas
Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan
untuk perjalanan pulang.
Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan
baik.

15.8 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN


Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang
bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain
mencukupi.
Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan
keselamatan dan memudahkan perjalanan.
Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.

Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas
segera meninggalkan tempat tersebut.
Dilarang tidur di dalam hutan
Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang
terdekat.
Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian,
kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus
meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat
berfungsi dengan baik.

16.0 ABSELING

16.1 PENGENALAN

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang
rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat
untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan
yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu
untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi
terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik
penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan
khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun
curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali
tersebut.

Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta,
terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun
aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan
yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan

takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah
diri para peserta dengan lebih baik.

16.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING

16.2.1 TALI
Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua
jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali
dinamik.

1. Tali Dinamik
Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama seta
pengeluarannya
Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan
Saiz 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm
Tali dinamik standard-tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh digunakan
pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi
Tali dinamik double dry-lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasi
serta keadaan cuaca yang lembap

2. Tali Statik
Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi
Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat
Saiz- 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm
Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan

16.3 SAIZ TALI DAN KEGUNAANNYA

Saiz Sheath Jenis Berat /meter Kekuatan Kegunaan


7.5 mm Menyelamat. 39 gm 15.6 kN Tali kecemasan

9 mm Biasa Rekreasi 53 gm 19.3 kN Untuk safety lines.


10 mm Flex Rekreasi 74 gm 23.1 kN Pendidikan outdoor abseiling, top roping
10 mm Biasa Rekreasi 74 gm 23.1 kN Caving
11 mm Flex Menyelamat 82 gm 26.9 kN Keselamatan
11mm biasa Rekreasi 82 gm 26.9 kN Aktiviti lasak - caving (fixed ropes)
11mm Flex Aktiviti lasak 82 gm 26.7 kN Outdoor, climbing gyms (top-roping)
12.5mm Flex Menyelamat 104 gm 40.5 kN Fire Service, rescue teams, height
safety

16.4 BAHAN DALAMAN TALI

16.4.1 FIBRE ASLI (Tali Manila)


Hemp (kuat, lembut, senag dibentuk)
Sisal (kembang dan licin bila basah)
Sabut (ringan dan kurang kukuh)
Cotton (lembut dan mudah rosak)

16.4.2 BUATAN MANUSIA (dua kali lebih kuat)


Nylon
Polyester

16.5 BINAAN TALI

Lilitan dari kiri = S


Lilitan dari kanan = Z

16.6 PUNCA-PUNCA KEROSAKAN TALI

16.6.1 Geseran
mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang
tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar
tali
16.6.2 Terluka
belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan
pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi
putus.
Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar

16.6.3 Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena air

16.6.4 Tali tidak terusus dengan baik dan menyebabkan nya bengkok

16.6.5 Tidak sengaja menarik tali di atas tanah

16.6.6 Cuaca terlalu panas


Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat
Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang lama

16.6.7 Asid / alkali

Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid
atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali
Tali manila akan mengalami kerosakan yang teruk apabila terkena bahan kimia
terutama asid dan alkali
Sebagai langkah keselamatan,semua tali yang tercemar hendaklah
diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan sama sekali)

16.6.8 Terkena serangan Cendawan @ kulat


Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena
cendawan atau kulat
Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa
menggunakan haba jika tidak digunakan

16.7 PENJAGAAN TALI

Elakkan dari memotong tali


Elakkan dari simpulan tetap
Elakkan dari melalui bucu tajam
Elakkan dari tersentap semasa menggunakan nya
Simpan di tempat yang kering dan tinggi
Jika basah jemur di tempat yang redup/teduh
Periksa tali selalu
Di simpan di dalam bekas atau beg kanvas / plastik bagi mengelakan kekotoran
serta mudah dibawa.
Di simpan di tempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak
atau bahan kimia
Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat
Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarahnya
Apabila membuat ikatan di pokok, tali harus dilapik dengan guni untuk
mengelakan daripada tergeser dengan benda tajam.

16.8 CARA MEMBERSIH TALI

Bersihkan tali dengan air suam / normal


Jemur tali di bawah bangunan beratap dan mempunyai pengaliran udara yang
baik

16.9 CARA MENYIMPAN TALI

Tali tali perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai dan paling
penting ia dapat melerai dengan bebas dan tanpa kekusutan ketika dilontarkan
Beberapa teknik menggulung tali ialah : Mountaineers Coil
: Butterfly Coil

Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh penyimpanan tali:

16.9.1 Ikatan dan simpulan

SIMPUL ANGKA LAPAN/FIGURE OF EIGHT

BUNGA GETI/SHEET BAND

SIMPUL PENGAIL/FISHERMAN KNOT

DOUBLE FISHERMAN KNOT

BUNGA GETI BERGANDA/DOUBLE SHEET BAND

TINDIH KASIH/BOWLINE

IKATAN MANUK/CLOVE HICTH

SIMPUL RAMA-RAMA/BUTTERFLY KNOT

SIMPUL BALAK/TIMBER HICTH

16.10 CARABINAR
Diperbuat daripada aloi / besi yang tahan lasak. Kekuatan carabinar hendaklah
sekurang-kurangnya mampu menampung kekuatan empat orang (di uji). Ia
biasanya mampu bertahan sehingga 10 tahun. Namun begitu, ia bergantung
pada tugas yang akan dilakukan oleh carabinar

JENIS CARABINAR

SCREW GATE

BEND GATE

AUTO LOCK

16.10.1 BENTUK-BENTUK CARABINAR


Bentuk D penyambung antara peralatan berpermukaan bulat dan
peralatan berpermukaan petak

BentukO penyambung antara bermukaan bulat dan peralatan


berpermukaan bulat dan peralatan berpermukaan bulat

16.11 CARA PENGGUNAAN CARABINAR

JENIS FIGURE OF 8

HUIT / HUIT ANTIBRULURE


o Untuk penurunan abseiling
o Sesuai untuk penurunan jarak jauh

FIGURE OF 8 CLASSIC
o Untuk penurunan rappelling
o Sesuai untuk penurunan jarak dekat

RESCUE 8
o Untuk tugas-tugas menyelamat

16.11.1 HARNESS

Harness diperbuat daripada webbing yang kuat dan kukuh. Jangka hayat sesuatu
harness ialah antara 5 tahun atau bergantung pada tugas yang dilakukan oleh
harness tersebut.

JENIS-JENIS HARNESS

FULL BODY HARNESS

SEAT HARNESS

CHEST HARNESS
16.11.1 SARUNG TANGAN

Digunakan sebagai pelindung tangan daripada melecet akibat geseran tali

Sarung tangan luar


Sarung tangan dalam

16.11.2 HELMET
Helmet yang kukuh, ringan dan tahan lasak adalah baik untuk aktiviti abseiling.
Helmet dapat mengelakan peserta dari mengalami kecederaan yang serius
semasa kemalangan berlaku. Cara pemakaian helmet mestilah betul dan tidak
longgor apabila memakainya.

16.11.3 SEBELUM TURUN DENGAN TALI

Pastikan semua peralatan yangkan digunakan berada dalam keadaaan siap


Pastikan semua peralatan telah dipakai dan dipasang dengan sempurna
Pastikan anda melapor kepada pengawas diatas sebelum keluar ke platfom

16.11.4 SEMASA TURUN DENGAN TALI

Pastikan Belaying berada dalam keadaan sedia


Keluar ke platform dengan pelahan-lahan dan tangan berada dalam kedudukan
brek
Apabila mendapat arahan dri pengawas barulah anda mula bergerak ke bawah
Apabila anda selamat sampai di bawah laporkan kepada pengawas bertugas
sekiranya anda mempunyai rasa pening, sengal, terseliuh dan sebagainya.

16.12 SISTEM BELAY

Bertugas menjaga keselamatan penurun ketika turun


Tali akan ditarik untuk memberhentikan penurun dan mengendur tali untuk
penirun bergerak semula.
Tangan atas bertugas sebagai penegang
Tangan bawah bertugas sebagai pengimbang
Petugas harus menumpukan perhatian kepada penurun sehingga ia selamat
sampai ke bawah.
Petugas juga hendaklah memerhatikan peralatan selepas dibuka oleh penurun.

Arahan arahan abseiling

PESERTA BELAYER MAKSUD


On belay Belay on adakah belay sudah bersedia?
Up rope Menegangkan tali Menegangkan tali serta merta jika terdapat kenduran
Slack Mengendurkan sedikit tali Kendurkan sedikit tali untuk turun
Tension Kkukuhkan sedikit tali dan tegangkan tali Tegangkan tali untuk
mengelakan pelatih jatuh
Falling Kedudukan kukuh dan bersedia untuk jatuh Tali di tegangkan
Off belay Belay out Selamat mendarat

17.0 PERTOLONGAN CEMAS

17.1 PENGENALAN
Aspek keselamatan dan kecemasan adalah antara perkara yang amat penting
dalam sesuatu program atau aktiviti luar seperti perkhemhan dan aktivit-aktiviti
lasak. Oleh itu, tidak boleh dipandang remeh apatah lagi apabila melibatkan
peserta yang ramai.

Bagi tujuan ini, Jawatankuasa Keselamatan dan Kecemasan telah diwujudkan


yang bertanggungjawab terhadap keselamatan keseluruhan program ini.

17.2 SENARAI UBAT-UBATAN UNTUK KEPERLUAN PENDIDIKAN LUAR


1. Panadol
2. Tablet untuk mual
3. Minyak angin
4. Handyplast

5. Pembalut segitiga (kain anduh)


6. Kapas
7. Losen calamin
8. Penyepit Kecil
9. Gunting
10. Larutan iodine
11. Krim pembasmi kuman

17.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN


Antara asas-asas pertolongan cemas yang perlu diketahui adalah:
Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas)
Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer)
Hentikan pendarahan
Merawat renjatan
Merawat kecederaan mata
Merawat luka terbakar
17.4 TINDAKAN SEGERA SEMASA KECEMASAN
1. Bertenang dan jangan paniK.
2. Buat penilaian tentang keadaan kseseluruhan dan mangsa yang terlibat.
3. Beri bantuan kepada mangsa yang paling serius dahulu.
4. Minta bantuan pihak professional
5. Sebaik-baiknya, alihkan keadaan bahaya daripada mangsa. Jika tidak dapat
lakukan, alihkan mangsa daripada keadaan berbahaya
6. Mententeramkan mangsa dengan menggunakan kata-kata yang lembut tetapi
yakin.
7. Jangan lupa tentang pernafasan dan denyutan jantung. Jika ada orang lain di
sekeliling anda, minta bantuan mereka teruatamanya jika terdapat lebih daripada
seorang mangsa.
8. Lakukan langkah-langkah menyelamat nyawa dan cuba kekalkan ketenangan
diri.

9. Apabila bantuan professional tiba, laporkan apa yang telah anda lakukan dan
serahkan tanggungjawab merawat mangsa kepada mereka.
10. Ingatlah matlamat pertolongan kecemasan adalah untuk mengekalkan
pernafasan dan denyutan jantung.

17.5 JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG BIASA BERLAKU DAN CARA RAWATAN SERTA
CARA PENCEGAHAN

SENGATAN LEBAH DAN TEBUAN


a) Jika disengat lebah, cabut sengat berhati-hati dengan menggunakan penyepit
kecil, pin atau jarum yang telah dibasmi kuman.
b) Berhati-hati supaya sengat itu tidak pecah atau terpicit lalu menyebabkan bias
lebah tersebar ke dalam badan.
c) Gunakan spirit pembedahan atau larutan soda ammonia bikarbonat bagi
mengurangkan rasa sakit dan pembenfgkakkan.
d) Jika rasa sakit atau pembengkakkan berterusan sehingga hari berikutnya,
berjumpalah doktor.
e) Adalah sebaiknya memerhatikan terlebih dahulu kawasan sekeliling dan
pastikan tiada sarang lebah dan tebuan berdekatan kawasan perkhemahan.
Pemeriksaan ini amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

SENGATAN OBOR-OBOR
a) Bawa mangsa ke pantai.
b) Tanggalkan kesan-kesan obor-obor dengan pasir dan air.
c) Sapu calamine atau losan lain yang dapat melegakan sakit.
d) Jika mangsa pitam dan sukar bernafas, dapatkan bantuan perubatan
e) Sebelum menjalankan aktiviti di air, pastikan kawasan yang digunakan tidak
menjadi kawasan obor-obor berkumpul. Perkara ini bolehlah dirujuk kepada
pengawal pantai yang bertugas.

KELEMASAN

a) Pulihkan mangsa dan buang benda-benda asing seperti lumut laut dari
mulutnya.
b) Jangan berhenti melakukan pemulihan sehinggalah mangsa bernafas semula
seperti biasa atau sehingga bantuan perubatan tiba.
c) Sebaik sahaja mangsa bernafas seperti biasa letakkannya dalam kedudukan
pemulihan dan pastikan dia berada dalam keadaan panas sepanjang masa.
d) Tanggalkan pakaian yang basah dan baringkan badannya. Jika perlu,
sarungkan pakaian yang lain atau tutup badannya dengan tuala.
e) Semua mangsa yantg kelemasan di dalam air hendaklah di hantar ke hospital.
f) Sekiranya peserta yang kurang mahir berenang berhati-hati dan memaklumkan
kepada pensyarah, supaya pensyarah dapat membantu dan memantau pergerak
peserta ketika di dalam air

17.6 PENGSAN
a) Baringkan mangsa dengan kakinya dinaikkan dan buka saluran udaranya
sepanjang masa.
b) Longgarakan pakaian ketat yang terdapat pada leher, dada dan pinggangnya
untuk memudahkan peredaran pernafasan.
c) Pastikan mangsa mendapat udara segar dengan mengipas ke arah mukanya.
Letakkan mangsa di tempat yang redup.

d) Jika mangsa bernafas seperti biasa letakkannya dalam kedudukan pemulihan.


Pastikan pernafasan dan denyutan nadinya sehingga dia pulih
e) Periksa mangsa sama ada dia mengalami kecederaan semasa jatuh. Jika ada,
rawat kecederaan tersebut.
f) Tenteramkan mangsa apabila dia mula sedar, dan kedudukannya supaya dapat
berehat dengan selesa, sehinggalah pulih sepenuhnya. Berikan sedikit air sejuk,
jika dia mahu.
g) Pastikan peserta betul-betul mampu melakukan aktiviti yangdijalankan dan
tidak memaksa diri sekiranya tidak mampu melakukan aktiviti tersebut.

17.7 PENDARAHAN
Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan
Tekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang
sesuai. Ini akan meminimakan sebarang jangkitan.
Pegang tangan ataupun kaki pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga
pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba.
Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah.
Anda perlu tambahkan lagi lapisan kain dan kenakan tekanan yang mampan.
Gunakan juga tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di
bahagian-bahagian lain.
Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika
saluran darah utama terpotong. Jangan tunggu. Hentikan pendarahan dengan
serta-merta.
Peserta perlulah berhati-hati dan tidak leka ketika menjalankan sesuatu aktiviti,
bagi mengelakkan kecederaan pada diri peserta.

17.8 KECEDERAAN MATA


Cara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan
membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk
membasuhnya keluar
Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mata

Jika bendasing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba
keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan
ataupun dengan menggunakan putik kapas.
Jika bendasing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya.
Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril atau menggunakan
kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera
Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan
kecederaan mata yang serius.
Peserta perlu lebih berhati-hati, berwaspada dan peka dengan keadaan
sekeliling yang mungkin mengundang bahaya tanpa disedari.

17.9 ALAT PERTOLONGAN CEMAS


Pembalut luka yang telah dibasmi kuman
Kain kasa yang tidak melekat, kering dan dilapisi paraffin.
Plaster yang kalis air
Pembalut kain anduh
Kapas
Losen calamine untuk selaran matahari, sengatan dan lain-lain
Tablet analgesia (aspirin atau parasetamol yang dapat larut)
Penyepit kecil (hujung tumpul), gunting dan pin penyelamat
Thermometer
Cermin kecil
Larutan iodine pembasmi kuman bagi membersih luka
Kain kasa berbentuk tiub dengan pelengkap (applicator)
Krim pembasmi kuman
Bekas pencuci mata
Tablet untuk mual semasa berjalan jauh
Gulungan pengikat berpelekat
Lampu picit
Tablek untuk sakit perut
Tisu putih.

SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA


SEMASA PROGRAM PL

INDIVIDU KUMPULAN
PAKAIAN AKTIVITI :
- T-Shirt IPSAH (Merah)
- T-Shirt biasa
- Track Bottom
- Tight
- Stoking
- Kasut Sukan
- Topi
- TALI RAFIA
- PLASTIK SAMPAH
- SURAT KHABAR
PAKAIAN SOLAT
- Kain pelekat
- Telekong
- Songkok/kopiah
- Sejadah
PAKAIAN TIDUR
SWEATER
UBAT PERSENDIRIAN
PERALATAN MANDI
- Berus gigi
- Ubat gigi
- Tuala

- Sabun
- Selipar
PERALATAN LAIN
- Lampu suluh
- Bateri
- Wisel
- Pisau
- Pen
- Buku catatan

PERALATAN
PERALATAN MEMASAK

BIL. PERALATAN KUANTITI JUMLAH


1. PERIUK NASI 1 X 2 2
2. PERIUK LAUK 1 X 2 2
3. KUALI 1 X 2 2
4. PINGGAN NASI 1 X 21 21
5. SUDIP 1 X 2 2
6. SENDUK NASI 2 X 2 4
7. SENDUK LAUK 1 X 2 2
8. GELAS 1 X 21 21
9. PISAU BESAR 1 X 2 2
10. PISAU KECIL 2 X 2 4
11. PAPAN PEMOTONG 2 X 2 4
12. BESEN BESAR 2 X 2 4
13. BESEN KECIL 2 X 2 4

14. BAKUL PENAPIS PLASTIK 2 X 2 4


15. SUDU 1 X 25 25
16. LESUNG BATU 1 X 1 1
17. MANGKUK KECIL 2 X 3 6
18. MANGKUK NASI 1 X 2 2
19. DULANG 1 X 2 2
20. PENAPIS THE 1 X 2 2
21. PEMBUKA TIN 1 X 2 2
22. TONG AIR BERTUTUP (BESAR) 1 X 2 2
23. TONG AIR (BEKAS PUTIH) 1 X 2 2
24. PENCEBOK AIR 1 X 2 2
25. JAG AIR 2 X 2 4
26. TUPPERWARE BERTUTUP 2 X 2 4
27. KOTAK POLISTERIN 1 X 1 1
28. PETI KEDAP UDARA (COOLMAN) 1 X 1 1
29. TUPPERWARE BESAR 1 X 2 2
30. PENAPIS SANTAN 1 X 2 2
31. CEREK BESAR 1 X 2 2

PERALATAN UNTUK ABSEILING

BIL. PERALATAN
1. TALI
2. CARABINAR
3. FIGURE OF 8
4. HARNESS
5. SARUNG TANGAN

6. HELMET

PERALATAN UNTUK KAYAK

BIL. PERALATAN
1. KAYAK
2. PENDAYUNG
3. JAKET KESELAMATAN

PERALATAN UNTUK PERKHEMAHAN

BIL. PERALATAN
1. KHEMAH TEMPAT MASAK.
2. KHEMAH TEMPAT SOLAT.
3. KHEMAH PESERTA.
4. KANVAS ALAT DUDUK.
5. GENERATOR
6. WIRE DUA PIN
7. MENTOL LAMPU/SOKET.
8. CAMP BED
9. SKOP ATAU PENYAUK TANAH
10. TONG MINYAK PETROL DAN MINYAK TANAH
11. TUKUL CANGKUL PENCAKAR
12. TIANG KHEMAH MEMASAK
13 HELAR
14. PARANG.
15. TALI NYLON/RAFFIA.

16. BELERANG/SUFFER
17. GERJAJI.
18. LAMPU PICIT.
19. WISEL.
20. MANCIS API

PERALATAN UNTUK ORIENTERING

BIL. PERALATAN
1. KOMPAS ORIENTEERING/PRIMASTIK
2. PARANG
3. PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS
4. BOTOL AIR
5. KASUT YANG SESUAI
6. WISEL ( SETIAP PESERTA )
7. ALAT TULIS DAN BUKU NOTA KECIL
8. PAKAIAN YANG SESUAI
9. PETA
10. KAD STESEN
11. TAG TUGASAN
12. TALI KARAMENTAL
13. SOALAN
14. PAKU TEKAN

8. PERALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP (SURVIVOR)

BIL. PERALATAN

1. MESTIN
2. PONCO
3. MANCIS

7. PERALATAN UNTUK PERTOLONGAN CEMAS

BIL. PERALATAN
1. PEMBALUT LUKA YANG TELAH DIBASMI KUMAN
2. KAIN KASA YANG TIDAK MELEKAT, KERING DAN DILAPISI PARAFFIN.
3. PLASTER YANG KALIS AIR
4. PEMBALUT KAIN ANDUH
5. KAPAS
6. LOSEN CALAMINE UNTUK SELARAN MATAHARI, SENGATAN DAN LAIN-LAIN
7. TABLET ANALGESIA (ASPIRIN ATAU PARASETAMOL YANG DAPAT LARUT)
8. PENYEPIT KECIL (HUJUNG TUMPUL), GUNTING DAN PIN PENYELAMAT
9. THERMOMETER
10. CERMIN KECIL
11. LARUTAN IODINE PEMBASMI KUMAN BAGI MEMBERSIH LUKA
12. KAIN KASA BERBENTUK TIUB DENGAN PELENGKAP (APPLICATOR)
13. KRIM PEMBASMI KUMAN
14. BEKAS PENCUCI MATA

14. TABLET UNTUK MUAL SEMASA BERJALAN JAUH


15. GULUNGAN PENGIKAT BERPELEKAT
16. LAMPU PICIT
17. TABLEK UNTUK SAKIT PERUT
18 TISU PUTIH.

18.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, daripada program Pendidikan Luar ini dapat melahirkan


individu yang mempunyai pelbagai pengetahuan, kesedaran dan amalan serta
menghayati hubungannya dengan persekitaran dan alam semulajadi. Sikap dan
tingkahlaku yang terpuji bahawa alam semulajadi dan persekitaran adalah
ciptaan dan anugerahNya kepada manusia.

Sehubungan dengan itu juga, individu itu juga dapat menggunakan pengetahuan
yang diperolehi untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi
dan persekitan. Mengamalkan sikap dan bertingkahlaku yang terpuji setiap kali
menggunakan sumber alam semulajadi dan persekitaran. Sentiasa menghayati
dan mengamalkan tanggungjawab kepada alam semulajadi di mana merupakan
tanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Selain dapat memberi pengalaman kepada para pelajar, Pendidikan Luar juga
dapat menerapkan strategi pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan
pelajar dalam menghadapi masalah pembelajaran yang semakin mencabar dan
canggih. Dengan penggabungjalinan antara pembelajaran primitif dan alternatif
seperti ini dapat memupuk minat pelajar terhadap pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai