Anda di halaman 1dari 22

KONSERVASI

REKREASI
DARAT
PERANAN PEMIMPIN REKREASI
DARAT DALAM
PEMELIHARAAN &
PEMULIHARAAN ALAM
SEMULAJADI

DEFINISI KONSERVASI

Konservasi berasal dari perkataan


Conservation yang terdiri dari gabungan kata
con (together) dan servare (keep/save) yang
memberi pengertian mengenai keupayaan
memelihara apa yang kita miliki (keep/save
what you have), namun secara bijaksana
(wise use). Idea ini dikemukakan oleh
Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan
orang Amerika pertama yang
mengemukakan tentang konsep konservasi.
Menurut Kamus Dewan, Konservasi
didefinisikan sebagai menjaga dan
memelihara sesuatu secara tersusun bagi
mengatasi kerosakan.

Konservasi

boleh dibahagikan kepada 2


konsep iaitu :

Konsep Pemeliharaan Memelihara dan


mengekalkan keadaan alam semulajadi /
ekosistem pada tahap yang baik.
Konsep Pemuliharaan Memulihkan
keadaan alam semulajadi / ekosistem yang
telah terjejas, dan setelah mencapai pada
tahap baik diterapkan konsep
pemeliharaan.

KEPENTINGAN KONSERVASI
REKREASI DARAT

Kesedaran

Pengetahuan

Pendekatan konservasi akan membentuk


kesedaran kepada individu dan masyarakat
terhadap alam semula jadi.
Pendekatan konservasi akan memberi
pengetahuan asas tentang kepentingan serta
masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua
ini diharap akan melahirkan masyarakat yang
bertanggungjawab.

Kemahiran

Pendekatan konservasi akan melahirkan


masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk
memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat
perlu dalam menyelesaikan masalah alam
sekitar.

Kebolehan menilai

Bekerjasama

Pendekatan konservasi akan membantu


individu dan masyarakat supaya dapat menilai
dan mengambil kira faktor persekitaran dalam
semua tindakan.

Pendekatan konservasi akan melahirkan


masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam menghadapi isu
dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar.

Pemeliharaan Hutan sumber rekreasi darat

Pendekatan konservasi akan memastikan


sumber rekreasi darat yang utama iaitu hutan
dan ekologinya dapat dikekalkan dan jika
terdapat kemusnahan, ia boleh dihentikan dan
dipulihkan.

PERANAN-PERANAN AGENSI
LUAR TERHADAP KONSERVASI
PERSATUAN
REKREASI

PERSATUAN
JURULATIH
REKREASI

JABATAN
PERHUTANAN

PERHILITAN

PERSATUAN
PEMANDU
PELANCONG

PERANAN PERSATUAN
REKREASI

Memastikan aktiviti-aktiviti rekreasi yang dijalankan


dibawah pengawasan persatuan tersebut yang
mempunyai direct contact dengan alam
semulajadi tidak menyebabkan berlakunya
kemerosotan kpd alam.
Menerapkan konsep konservasi di dalam pesertapeserta rekreasi.
Mematuhi peraturan-peraturan konservasi yang
ditetapkan oleh PERHILITAN & Jabatan
Perhutanan.
Memastikan jurulatih-jurulatih rekreasi yang
bertugas telahpun menghadiri kursus yang
berkaitan konservasi.
Menggunakan peralatan atau bahan-bahan
rekreasi yang mesra alam.

Membuat

laporan kepada jabatan


perhutanan atau perhilitan jika terdapat
kemusnahan alam sekitar di lokasi aktiviti
rekreasi darat.
Sentiasa mengadakan perbincangan
sesama persatuan-persatuan rekreasi
yang lain di dalam memperkasakan
konsep konservasi
Menjalankan konsep had daya tampung
(carrying capacity)

PERSATUAN JURULATIH
REKREASI

Memastikan semua jurulatih-jurulatih rekreasi


darat diberi kursus khas berkaitan konservasi
terhadap alam sekitar.
Memastikan kursus yang dijalankan terhadap
jurulatih rekreasi menggunakan modul
konservasi yang terkini.
Membuat pemantauan agar jurulatih-jurulatih
rekreasi luar mengaplikasikan konsep
konservasi ketika bertugas.
Memastikan persatuan-persatuan rekreasi
menggunakan jurulatih-jurulatih yang telah
dilatih oleh persatuan jurulatih rekreasi.

PERANAN PERHILITAN (JABATAN


PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR &
TAMAN NEGARA)

Menjalankan program pemantauan dan


pengurusan spesies hidupan liar serta habitatnya
Mengumpul semua maklumat spesies hidupan liar
dan lain-lain yang berkaitan serta gambargambar yang ada bagi menyediakan pangkalan
data dan Geographic Information System (GIS)
yang lengkap.
Menyediakan perkhidmatan dalam menangani
aduan gangguan hidupan liar diseluruh
Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Labuan. Sebarang aduan boleh dibuat melalui:
e-Aduan atau kepada Pengarah-pegarah
PERHILITAN Negeri

Menjalankan program pengkayaan habitat


dibeberapa buah lokasi di Kawasan
Perlindungan serta di luar Kawasan
Perlindungan Jabatan. Program pengkayaan
habitat ini bertujuan:

Membaik pulih kualiti habitat bagi


menyediakan persekitaran ekologi yang sesuai
dalam mempertingkatkan lagi populasi spesies
hidupan liar.
Menambahkan sumber makanan bagi spesies
hidupan liar dengan adanya pembinaan
padang ragut, jenut tiruan dan penanaman
pokok buahan hutan.
Menggalakkan hidupan liar berada di dalam
lingkungan kawasan perlindungan bagi
menggelakkan berlakunya pertembungan
konflik hidupan liar-manusia.

Mengendali konflik manusia-hidupan liar


boleh dirujuk sebagai lakuan atau tindakan
spesies hidupan liar yang boleh
menyebabkan kematian, kecederaan,
kerosakan harta benda, kemusnahan
tanaman pertanian, kematian haiwan
ternakan dan menimbulkan rasa ketakutan
ke atas keselamatan orang ramai. Sementara
itu, hidupan liar yang dimaksudkan ialah
spesies yang tersenarai di dalam Akta
Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Punca utama konflik manusia-hidupan liar ini
berlaku ialah disebabkan persaingan bagi
mendapatkan makanan dan ruang untuk
hidupan antara manusia dan hidupan liar.

PERANAN JABATAN HUTAN


Menggubal

dasar-dasar perhutanan,
memberi nasihat dan khidmat teknikal
kepada Jabatan-jabatan Perhutanan
Negeri dalam aspek perancangan,
pengurusan dan pembangunan hutan,
pengusahasilan hutan dan industri
berasas kayu, kajian operasi hutan.
Melaksana dan menyelaraskan aktivitiaktiviti pengurusan, pembangunan dan
pemeliharaan kepelbagaian biologi
hutan; dan memberi nasihat teknikal
pembangunan hutan kepada Jabatan
Perhutanan Negeri.

Melaksana

dan menyelaraskan
pembangunan dan pengurusan ladang
hutan; pembangunan hutan tani, tapak
semaian, gen bank dan kawasan
pengeluaran biji benih; pemuliharaan
kawasan pesisiran pantai; dan
pencegahan serta pengawalan
kebakaran hutan, penyakit dan agen
perosak.
Merancang, menyelaras dan
melaksanakan kursus-kursus latihan dalam
perkhidmatan dan kursus-kursus teknikal;
serta kursus-kursus Sijil Perhutanan Renjer
Hutan dan Sijil Perhutanan Pengawas
Hutan.

Pelaksanaan

dan pemantauan aktivitiaktiviti penguatkuasaan hutan serta


memberi khidmat nasihat dan bantuan
teknikal kepada Jabatan Perhutanan
Negeri bagi perkara-perkara berkaitan
dengan aduan, pengumpulan maklumat
dan siasatan mengenai kes-kes kesalahan
hutan.
Menyelaras, memantau dan menilai
pelaksanaan pembangunan forest ecopark dan hutan taman negeri, serta
memberi khidmat nasihat teknikal
berkaitan ekopelancongan hutan
kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

PERANAN PERSATUAN
PEMANDU PELANCONG
Memastikan

pemandu-pemandu
pelancong alam semulajadi (nature
guide) menjalani kursus berkaitan
konservasi alam sekitar.
Memastikan pemandu pelancong
menerapkan konsep konservasi kepada
pelancong dengan menerangkan
kepentingan alam semulajadi kepada
manusia.

KONSEP LEAVE NO TRACE


Konsep Leave No Trace telah
diperkenal oleh sebuah pertubuhan
bukan keuntungan di Australia yang
berdedikasi untuk mempromosi dan
memberi inspirasi kepada penggiat
aktiviti rekreasi luar melalui
pendidikan, penyelidikan dan
perkongsian. Leave No Trace
merupakan kesedaran dalam
membina, menghargai dan
menghormati warisan alam semula
jadi dan budaya kita.

7 PRINCIPLES OF LEAVE NO
TRACE

ASAS EKOSISTEM ALAM


SEMULAJADI
Ekosistem

merupakan interaksi dan


hubung kait antara benda hidup (biotik )
dengan benda bukan hidup ( abiotik)
dalam alam semula jadi.
Komponen biotik termasuklah semua jenis
makhluk yang hidup seperti manusia,
haiwan, tumbuhan, dan micro organisma.
Manakala komponen abiotik meliputi
komponen tidak hidup seperti tanah, air,
angin, udara, cahaya matahari dan
sebagainya.

Ekosistem

hutan pula adalah


hubungan antara kumpulan beberapa
populasi sama ada flora dan fauna yang
hidup dalam lapisan dan di
permukaan tanah dan terletak pada
suatu kawasan serta membentuk suatu
kesatuan ekosistem.
Ekosistem hutan terganggu apabila
terdapatnya aktiviti manusia yang
sewenang-wenangnya meneroka
kawasan hutan semula jadi untuk tujuan
pembangunan.

Anda mungkin juga menyukai