Anda di halaman 1dari 7

PENJANA ARUS TERUS ( AT )

Penjana ialah satu mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga
elektrik. Penjana terdiri daripada dua jenis iaitu penaja DC dan penjana AC.
Kegunaan asas penjana DC adalah untuk membekalkan tenaga elektik kepada
peralatan elektrik mudah alih, sistem LRT / keretapi dan sistem komunikasi rajah
1 menunjukkan binaan asas penjana DC.

Rajah 1
Prinsip penjana DC adalah berasaskan HUKUM FARADAY. Rajah 2 hingga 6
menunjukkan satu kendalian penjana DC mudah. Semasa gelung pengalir
berputar, pemotongan medan magnet akan berlaku.

Hukum Faraday
Apabila pengalir memotong medan magnet atau sebaliknya, d.g.e akan
terjana dalam pengalir tersebut. Nilai d.g.e yang terhasil bergantung pada :

Kekuatan medan magnet


Panjang pengalir
Kelajuan pemotongan
Sudut pemotongan

Tiada d.g.e terjana


Ruas penukartertib x dan y
berlitar pintas

Rajah 2
Voltan

0
90

D.g.e sebelah positif terjana


sepenuhnya.

Rajah 3

Voltan

0
90
90
-Rajah 4

180
Tiada d.g.e terjana
Ruas penukartertib x dan
y berlitar pintas.

Rajah 5

Rajah 6

HUKUM TANGAN KANAN FLEMING


Arah daya gerak elektrik ( d.g.e ) yang dihasilkan dapat ditunjukkan melalui
Hukum Tangan Kanan Fleming, dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah
bersudut tepat diantara satu sama lain. Ini dapat digambarkan seperti rajah 7.

Rajah 7
Binaan penjana DC terdiri daripada beberapa bahagian utama seperti :
-

Penutup hujung.

Kutub Utama.

Angker.

Penukartertib.

Berus karbon.

Rajah 8 menunjukkan bahagian-bahagian tersebut.

Rajah 8
Fungsi bahagian utama penjana DC diterangkan didalam jadual 1.
Jadual 1
BIL

BAHAGIAN

KUTUB UTAMA Teras besi


berlapis yang bertebat dililit
menjadi elektromagnet.

KUTUB ANTARA Kutub


tambahan yang dipasang di
antara kutub utama

ANGKER Lapisan besi


berlapis yang bertebat
berbentuk selinder yang
mempunyai lubang alur untuk
menempatkan belitan angker.

PENUKARTERTIB
Tembereng-tembereng kuprum
yang diletakkan di atas aci
angker.

BERUS KARBON

FUNGSI
-

Menghasilkan medan magnet


utama

Mengurangkan kesan tindakbalas


angker.

Memotong medan magnet untuk


mengahasilkan d.g.e.

Punca tamatan bagi belitan


pengalir angker.
Menukarkan voltan AC yang
terjana kepada voltan keluaran
DC.

Menyambung litar angker ke


punca keluaran penjana

JENIS-JENIS PENJANA
Penjana DC boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penjana ujaan asing dan
penjana ujaan diri.
1. PENJANA UJAAN ASING
Penjana ujaan asing ialah sejenis penjana yang memerlukan arus ujaan DC luar
untuk menghasilkan medan magnet kutub seperti rajah dibawah.

Penjana ujaan asing


2. PENJANA UJAAN DIRI
Penjana ujaan diri ialah penajan yang menghasilkan medan utama dari kesan
kemagnetan baki yang terdapat di dalam teras medan. Pejana ujaan diri boleh
dibahagikan kapeda tiga jenis, iaitu penjana siri, penjana pirau dan penjana
majmuk.

Penjana Ujaan Diri

a)

Penjana Siri

Belitan medan penjana siri disambungkan secara siri dengan belitan angker yang
menerima arus ujaan dari angker penjana itu sendiri seperti rajah.

Penjana Siri
b)

Penjana Pirau

Belitan medan dan angker disambungkan secara selari seperti yang ditunjukkan
dalam rajah.

c)

Penjana Majmuk

Penjana jenis ini mempunyai belitan medan siri dan medan pirau. Terdapat dua
jenis sambungan penjana majmuk iaitu pirau panjang dan pirau pendek.
Kedua-dua jenis penjana majmuk ini menghasilkan voltan keluaran yang sama,
sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.

Majmuk pirau panjang

Majmuk pirau pendek

Anda mungkin juga menyukai