Anda di halaman 1dari 18

Bahasa

Perbanding
an

Menerangkan sesuatu perkara secara berkias


dan secara tidak langsung.
Tujuannya adalah untuk menjaga perasaan
terhadap sesuatu yang ingin disampaikan .
Gaya bahasa ini menyamakan sesuatu benda
dengan keadaan atau peristiwa lain.

f
a
t
Me
o ra

Personaf
kasi

Pleo
na
sme

Gaya Penyampaian
Bahasa Perbandingan

a
j
e
Im
n

Sim
il
e

Imejan
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz( 2009), imejan merujuk
makna sesuatu perkataan yang berkaitan dengan
imej yang terbayang dalam minda penutur atau
pendengar .
Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual
kerana ia tidak dapat menepati gambaran sebenar

Imej yang dirujuk tentang sesuatu perkara yang

diujarkan

bergantung

pada

pengetahuan

dan

pengalaman individu yang berbeza .


Contoh : Perkataan kopek
Bagi masyarakat Johor bermaksud memisahkan isi
daripada tulang ikan bilis, tetapi bagi masyarakat
Kelantan kopek bemaksud p.

Namun demikian ,
yang

tidak

perkataan
sebagainya

dapat
dan

kerana

terdapat segolongan perkataan


dikaitkan
atau

dengan
tetapi,

perkataan

imej

seperti

manakala
sebegini

dan

secara

konsepnya tidak mempunyai makna.

Tetapi

dari segi penggunaan dan konteks yang

tertentu, perkataan ini mampu memberikan makna

Metafor
a

Kamus Dewan memberi erti metafora sebagai Pemakaian


kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud
yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar
perkataan yang berkenaan. Mengikut Owen Thomas (1969)
metafora ialah A means of expressing one thing in term of
another atau yang diterjemahkan oleh Rahman Shaari
sebagai pernyataan sesuatu dengan menyebut yang lain
(Rahman Shaari: 1993:1).

Menurut Asmah Haji Omar ( 1996 ), defnisi metafora tidak hanya


terbatas sekadar bunga bunga bahasa / bahasa indah tetapi
lebih dalam daripada pengertian itu di mana metafora juga
menggambarkan

sistem

konseptual

sesuatu

bahasa

dan

kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa


tersebut .

Metafora ialah penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna


yang lain dari makna yang tersurat.

Sering hadir dalam karya sastera

Metafora wujud dalam kehidupan seharian manusia melalui bahasa,


pemikiran dan tindakan manusia

Contoh perkataan api maknanya nyalaan panas yang membakar,


dan mata adalah alat untuk melihat. Kedua-dua perkataan api dan
mata boleh menjadi metafora seperti di matanya ada api.

ranjang kenangan
tasik ingatan,
roda kehidupan
gunung matlamat
kemarau ilmu
titian kasih

Kotak ingatan
Bibir nasihat
Gerabak kenangan
Gelora kenangan
Kolam kenangan
Bukit hasrat

Personafkasi
Merupakan gambaran yang menganggap benda benda
dan idea seperti sifat manusia .
Unsur Bahasa personafkasi yang diberikan kepada bulan ,
angin , masa , pohon nyiur dan awan .
Contoh unsur Bahasa personafkasi adalah seperti berikut :-

Bulan tersenyum manis padaku


Angin yang membisikkan nada rindu
Masa berlari deras
Pohon nyiur melambai lambai
Awan berarak

Pleonasme
Keterangan berulang untuk sesuatu pekara yang
diperkatakan dalam sesuatu ayat .
Keterangan berulang yang dilakukan agar sifat atau
hal yang dimaksudkan itu lebih jelas untuk pembaca
atau pendengar .
Contoh : Alun bergulung naik meninggi ,
Turun melembah jauh ke bawah,

Simile
Bahasa kiasan yang menyamakan satu hal

dengan hal yang

lain dengan menggunakan kata kata pembandingan . Contoh


kata pembandingan : bagai , sebagai , bak , misal , laksana ,
seumpama

Perumpamaan atau perbandingan ini merupakan Bahasa kiasan


yang paling sederhana dan banyak digunakan dalam sajak
misalnya dalam sajak berikut:

Akan kupintal buih-buih


menjadi tali
Mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung


menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari


menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
Kekasih
( Usman Awang )

Anda mungkin juga menyukai