Anda di halaman 1dari 10

?

Hadith ke-20

Abu ‘Umar
Ibn_zain@yahoo.com
Brotherhood-arts.blogspot.com
• Malu
- Sifat malu atau (haya') itu adalah
benteng iman.
- Kerana kita malu kepada Allah, malu
kepada manusia dan kepada diri sendiri,
maka kita terhalang dari menjatuhkan
maruah diri dengan perlakuan maksiat.
Terbuka atau tersembunyi.
- Sifat malu itulah yang menjadi self
defence kita daripada suasana
persekitaran yang merosakkan iman.
• Segan
- Segan itu adalah (khajal) yang
dibahasakan kita sebagai 'malu tak
bertempat'.
- Segan nak bertanya, segan nak cakap
depan orang ramai, segan nak berusaha
gigih, segan, segan dan segan hingga
akhirnya jadi segan Kedah, iaitu
penyegan (pemalas)!
- Sifat ini mesti dibuang dari lelaki dan
perempuan agar kita semua tidak
terkandas di dalam melaksanakan tugas
masing-masing.
Matan dan Maksud Hadith

Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a. katanya:


Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya antara
ajaran para nabi sebelum ini yang didapati
oleh manusia ialah: Jika kamu tidak malu,
buatlah apa yang kamu suka”
Hadith riwayat Bukhari
Pendapat Pertama
Bukan membawa maksud perintah manusia
melakukan apa yang dia suka, akan tetapi
membawa maksud celaan dan larangan dari
melakukannya. 2 pengertian:
1. Perintah melakuan apa yg disukai
membawa makna ancaman. Iaitu: jika
kamu tidak berasa malu, buatlah apa yang
kamu suka kerana Allah akan membalas
perbuatan kamu itu. (Contoh dlm surah
Fussilat:40)
Samb… Pendapat Pertama
2. Perintah dengan maksud pemberitahuan.
Iaitu: Sesiapa yang tidak malu, dia akan buat
apa yang dia suka.
Ini sama seperti hadith: “Barangsiapa yang
berdusta terhadap aku, maka dia hendaklah
menyediakan tempatnya di dalam Neraka”
Kategori Malu – 2 Jenis
1. Sifat fitrah, tak perlu diusahakan utk
memilikinya. Semulia2 akhlaq. Hadith:
“Sifat malu hanya mendatangkan
kebaikan”
2. Sifat malu yang diperolehi dgn usaha.
Iaitu dgn ma’rifah kpd keAgungan dan
kehebatan Allah. Iaitu ciri iman yang
paling terpuji - Ihsan
…Kadangkala timbul
perasaan malu kepada
Allah dengan sebab
memikirkan berbagai-
bagai nikmat yang telah
dikurniakan-nya kpd
kita…
Pendapat Kedua
Zahir lafaz hadith ini menggambarkan suruhan
melakukan apa shj yg dikehendaki.
Sekiranya apa yang kamu hendak lakukan
merupakan perbuatan yg tidak sewajarnya merasa
malu, samada kepada Allah atau kepada manusia,
kerana ia berbentuk ketaatan atau akhlaq dan
adab yg terpuji maka lakukanlah apa yg
kehendaki itu.
Hadith: “Dosa itu ialah apa yg bergetar dalam diri
engkau dan engkau berasa benci manusia
melihatnya”
Nilai dan Saranan Tarbawi
1. Jauhi perkara maksiat kpd Allah
2. Iltizam dgn sifat malu kpd Allah dan
malu kpd manusia.
Hadith: “Sesuatu yg Allah benci
engkau lakukan, jgnlah engkau
lakukanketika bersendirian”
3. Jauhi drpd sifat penyegan dan lemah di
hadapan manusia

Anda mungkin juga menyukai