Pengacara Majlis
Pengacara Majlis
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, Puan Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang untuk membacakan
teks Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang Berhormat, Tan Sri Dato
Alimuddin Bin Mohammad Dom, Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C )
Tenang diatas penyampaian Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang
Berhormat, Tan Sri Dato Haji Alimudin Bin Haji Mohammad Dom, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia.
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Beusaha, En Mohammad
Din Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pekan Air Panas untuk
membacakan teks Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dititahkan oleh Yang
Mulia, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal
Abidin,Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah Shah. Dengan ini majlis
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Mohammad Din Abdullah, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Sk Pekan Air Panas diatas penyampaian Titah Perutusan Sambutan
Bulan Kemerdekaan oleh Yang Mulia,, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu
Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah
Shah.
.
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 53, peringkat sekolah, disambut melalui
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan iaitu RIMUP, diantara SK Pekan
Air Panas dan SRJK ( C ) Tenang. Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk
menerapkan seterusnya memupuk semangat patriotik atau semangat cintakan Negara
dikalangan warga kedua-dua buah sekolah.
Untuk pengetahuan semua, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini akan
dilaksanakan selama sebulan dari 16 Ogos 2010 sehingga 17 September 2010. Terdapat 3
majlis besar di sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan ini iaitu, Majlis Pelancaran yang
telah berlangsung pada 16 Ogos yang lalu. Seterusnya Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan iaitu majlis yang sedang berlangsung pada ketika ini dan yang terakhir
adalah Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Bulan Kemerdekaan yang dijadualkan
berlangsung pada 17 September nanti.
Adalah menjadi harapan pihak penganjur, agar seluruh warga kedua-dua buah
sekolah dapat memberikan kerjasama serta komitmen yang jitu bagi menjayakan program
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Majlis ingin membacakan petikan mutiara kata dari
Perdana Menteri Malaysia Keenam, Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun
Razak yang berbunyi :
Penutup :
Alhamdulillah, majlis kita pada hari ini hampir kepada penghujungnya. Selepas
ini kita akan sama-sama menyanyikan lagu tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53
iaitu 1 Malaysia diikuti dengan laugan Kemerdekaan yang diketuai oleh Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melalui rakaman audio. Para hadirin diminta berdiri
tegak.
Dengan berakhirnya Laungan merdeka sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53, peringkat sekolah. Saya mewakili seluruh warga
kerja Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih terutama kepada kedua-dua pihak pentadbir SK Pekan Air Panas
dan SRJK ( C ) Tenang, diatas sokongan penganjuran Majlis ini. Akhir kata, semoga
segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur dapat membangkitkan rasa cinta
pada Negara dan menambah rasa syukur kita terhadap nilai kemerdekaan.
Dengan Ini Majlis Bersurai.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu.
Kita Akhiri majlis ini dengan bacaan surah Wal- Ask