Anda di halaman 1dari 4

Eksperimen 1:

Penyataan masalah:
Bagaimanakah kation dan anion dalam suatu garam anu dapat dikenal pasti?
Hipotesis:
Garam anu itu mengandungi ion aluminium dan ion nitrat.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: jenis reagen
(b) bergerak balas: pembentukan mendakan / larutan dengan warna tertentu
(c) dimalarkan: kation dan anion dalam garam anu
Bahan:
pepejal garam K1, asid cair, alkali cair, air kapur, larutan argentum nitrat, larutan barium
klorida, larutan ferum (II) sulfat 0.5 mol dm-3, dan larutan kalium iodide 0.5 mol dm-3.
Radas:
tabung uji, rak tabung uji, pemegang tabung uji, bikar kertas turas, corong turas, spatula,
penitis, dan salur penghantar.
Prosedur:
1. K1 ialah pepejal garam anu yang mengandungi satu kation dan satu anion sahaja.
2. dengan hanya menggunakan bahan dan radas yang dibekalkan, satu eksperimen telah
dirancangkan untuk mengenal pasti kation dan anion dalam garam anu K1.
3. Perkara-perkara berikut diberi perhatian semasa merangkan eksperimen.
kaedah eksperimen
langkah-langkah berjaga-jaga
kauntiti pepejal / isi padu larutan yang digunakan.
keputusan:
kaedah eksperimen yang dirancang, pemerhatian yang diperoleh dan inferens yang dibuat
direkodkan ke dalam jadual berikut:

Kaedah eksperimen
Kepada satu spatula pepejal anu K1
dalam sebuah bikar kecil, 10 cm3 air
suling ditambahkan. campuran itu
dikacau dan dituraskan. ujian-ujian
berikut dijalankan ke atas hasil turasan
itu.
(a) kepada 1 cm3 larutan K1, larutan
natrium hidroksida ditambahkan.
(b) kepada 1 cm3 larutan K1, larutan
ammonia akueus ditambahkan.
(c) kepada 1 cm3 larutan K1, larutan
kalium iodide ditambahkan.
(d) kepada 1 cm3 larutan K1, asid nitric
cair ditambahkan.
(e) kepada 1 cm3 larutan K1, Asid
hidroklorik cair diikuti dengan larutan
barium klorida ditambahkan.
(f) kepada 1 cm3 larutan K1, asid nitric
cair diikuti dengan larutan argentum
nitrat ditambahkan.
(g) kepada 1 cm3 larutan K1, asid sulfuric
cair dan larutan ferum (II) sulfat
ditambahkan. kemudian, beberapa
titik asid sulfuric pekat dimasukkan.
jangan goncang.

Pemerhatian

Inferens

Kesimpulan:
Garam K1 mengandungi ion _______________________ dan ion ____________________

Eksperimen 2:
Penyataan masalah:
Bagaimanakah ion magnesium dan ion karbonat disahkan hadir dalam garam magnesium
karbonat?
Hipotesis:
ion magnesium dan ion karbonat memberikan pemerhatian yang spesifik dengan reagen
tertentu.
pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: jenis reagen
(b) bergerak balas: pembentukan mendakan dan pembebasan gas.
(c) dimalarkan: ion magnesium dan ion karbonat
bahan:
pepejal magnesium karbonat, asid nitric 2 mol dm-3, larutan natriu hidroksida 2 mol dm-3,
larutan ammonia akueus 2 mol dm-3 dan air kapur.
radas:
rak tabung uji, tabung uji, pemegangn tabung uji, spatula, penitis, penunu Bunsen, salur
penghantar dan tabung didih.
prosedur:
1. dengan hanya menggunakan bahan dan radas yang dibekalkan, satu eksperimen telah
dirancangkan berdasarkan hipotesis yang dinyatakan untuk mengesahkan kehadiran
ion magnesium dan ion karbonat dalam garam magnesium karbonat.
2. perkara-perkara berikut diberi perhatian semasa merancang eksperimen.
kaedah eksperimen
langkah berjaga-jaga
kuantiti pepejal / isi padu larutan yang digunakan.
Keputusan:
kaedah eksperimen, pemerhatian yang diperoleh dan inferens yang dibuat direkodkan ke
dalam jadual berikut:
Kaedah eksperimen
Pemerhatian
Inferens
1. pepejal garam dipanaskan
dengan kuat. gas yang erbebas
diuji dengan air kapur
2. pepejal garam ditambahkan ke
dalam 5cm3 asid nitric cair
secara berlebihan. gas yang
terbebas diujikan dengan air
kapur.
Kandungan yang terhasil
dituraskan. hasil turasan
digunakan untuk melakukan
ujian-ujian berikut:
(a) kepada 1 cm3 hasil turasan,
larutan natrium hidroksida
ditambahkan.
(b) kepada 1 cm3 hasil turasan,
larutan ammonia akueus
ditambahakan.

kesimpulan:
pepejal garam itu mengandungi ion __________________ dan ion ___________________.

Anda mungkin juga menyukai