Anda di halaman 1dari 24

PPPL 1992

LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI/INDUSTRI

AGENSI:
RUMAH FIKIR/AISY ASYRAF BUTIK

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. TENGKU INTAN ZARINA BINTI TENGKU PUJI
(PENYELIA UKM)
DISEDIAKAN OLEH:
NUR NABIHAH BINTI HASSAN
A144791

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 2 SESI 2014/2015

Senarai Kandungan

Halaman
1.1 PENGHARGAAN

3-5

1.2 PENGENALAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

5-6

1.3 OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI


1.4LATAR BELAKANG AGENSI

6
7-12

1.4.1 Sejarah Penubuhan


1.4.2 Objektif Penubuhan Rumah Fikir
1.4.3 Visi Rumah Fikir
1.4.4 Misi Rumah Fikir
1.4.5 Tema Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir
1.4.6 Modul Utama Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir
1.4.7 Metod Penyampaian Modul Pengajian
1.4.8 Carta Organisasi Rumah Fikir

1.5TUGASAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

13-14

1.5.1 Tugasan Hakiki


1.5.2 Tugasan Harian
1.5.3 Tugasan Luar Bidang

1.6 SUMBANGAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

15

1.7 MASALAH DAN CABARAN

16-18

1.8 CADANGAN

18-19

1.9 PENUTUP

20

RUJUKAN

21

LAMPIRAN

21-24

LAPORAN
LATIHAN AMALI INDUSTRI SESI 2014/2015

Disediakan oleh:
Nur Nabihah Binti Hassan A144791
Jabatan Usuluddin Dan Falsafah

1.1 PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Pertama dan selamanya saya dengan rasa rendah diri mengucapkan
syukur ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam atas rahmat serta nikmat masa dan
tenaga yang dianugerahkan pada diri yang kerdil ini, selawat serta salam keatas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Berkat segala ruang dan
peluang yang ada, akhirnya dapat juga saya dapat menjalani dan menamatkan Latihan
Amali/Industri ini dengan jayanya. Pertamanya, saya dedikasikan kalungan
penghargaan ini kepada pihak institusi Rumah Fikir/Ais Asyraf Butik kerana telah
membuka ruang dan peluang kepada saya bagi menjalani Latihan Amali/Industri saya
selama tiga bulan. Saya amat berterima kasih atas kesudian Rumah Fikir/Aisy Asyraf
Butik untuk menerima saya

yang serba kekurangan ini sebagai pelajar Latihan

Amali/Industri. Sesungguhnya layanan baik dan kemesraan yang terjalin dalam


tempoh ini teramat saya hargai sebagai suatu ukhuwwah yang tidak ternilai harnya.
Semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal berterusan ke penghujung waktu.

Di kesempatan ini juga, saya mengambil peluang untuk berterima kasih kepada
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan barisan pentadbiran yang begitu
komited kerana telah menjadikan Latihan Amali Industri ini sebagai salah satu kursus
wajib universiti yang perlu diambil sebagai syarat untuk bergraduasi. Hal ini secara
tidak langsung dapat mendedahkan kepada pelajar akan realiti sebenar alam pekerjaan

yang bakal ditempuh setelah bergraduasi kelak. Ruang ini juga sebenarnya dapat
membantu para pelajar untuk membuat persiapan diri bagi menyumbang bakti kepada
masyarakat dan Negara pada masa hadapan. Hal ini adalah seiiring dengan matlamat
kerajaan iaitu bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang, bahkan
produktif dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan.

Di samping itu, ucapan jutaan terima kasih turut saya rakamkan kepada pihak
pentadbiran Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik serta pihak pentadbiran Hal Ehwal
Jaringan Industi dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM, terutamanya kepada
Puan Haziyah Binti Hussin selaku ketua bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri yang juga telah banyak membantu
saya bagi mencari penempatan yang sesuai untuk menjalani Latihan Amali/Industri
saya.

Tidak lupa juga buat Penyelia Latihan Amali/Industri dari UKM, iaitu Dr. Tengku
Intan Zarina Binti Tengku Puji yang merupakan pensyarah daripada Jabatan
Pengajian Al-Quran dan Sunnah Fakulti Pengajian Islam, yang telah banyak
membantu dalam menyiapkan laporan lengkap latihan industri ini dengan mengikut
prosedur yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada penyelia Latihan Amali/Industri
saya iaitu Encik Mohd Hafizuddin Bin Mohd Shukri yang sentiasa memantau dan
memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh tiga bulan ini. Sepanjang berada
di bawah seliaan beliau, tidak pernah sekali pun saya berasa kekok dengan tugasan
yang diberikan kerana beliau sentiasa memberi nasihat dan panduan terutamanya
dalam menguruskan pentadbiran organisasi dan kelas-kelas pengajian Rumah Fikir
sekaligus dengan pengurusan perniagaan di Butik Ais Asyraf yang belum tentu dapat
saya perolehi di tempat-tempat yang lain. Untaian terima kasih ini juga saya titipkan
kepada ibubapa dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong dan membantu saya
sama ada sari segi kewangan, material mahupun dorongan mental dan fizikal. Begitu

juga dengan mereka yang terlibat sepanjang saya menjalani Latihan Amali/Industri ini
tidak kira sama ada sama ada secara langsung atau tidak langsung.

1.2 PENGENALAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Latihan Amali Industri (LAI) merupakan salah satu kursu praktikum yang melibatkan
proses pembelajaran di luar kuliah secara praktikal yang perlu diambil oleh semua
mahasiswa Fakulti Pengajian Islam secara keseluruhan. Oleh yang demikian, bagi
memenuhi jam kredit pembelajaran, kami telah diberi panduan dan peluang untuk
memilih agensi atau tempat tertentu bagi melaksanakan praktikum yang bertepatan,
bersesuaian dan mempunyai hubungkait dengan bidang yang dipelajari dalam tempoh
selama lebih kurang dua tahun di Jabatan Usuluddin dan Falsafah di Fakulti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi memenuhi kriteria tersebut, saya telah memilih Rumah Fikir bagi menjalani
Latihan Amali/Industri. Rumah Fikir merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan
dengan misi yang begitu fleksibel iaitu untuk menjadi suatu platform neutral bagi
anak muda untuk mereka berkumpul dan mendalami ilmu agama tanpa mengambil
kira pada tahap mana sekalipun pengetahuan asas mereka. Apa yang menjadi
keutamaan adalah minat mereka untuk mendalami ilmu agama.

Sehubungan itu, rasionalnya saya memilih Rumah Fikir ini sebagai tempat untuk
saya menjalani Latihan Amali Industri saya adalah kerana saya ingin mengetahui
dengan lebih jelas dan tepat tentang pemikiran anak muda dewasa ini dalam usaha
untuk mendekati mereka pada masa yang akan datang. Sesungguhnya kita tidak akan
mengetahui tentang sesuatu sehingga kita mengenalinya. Hal ini bertepatan dengan
ungkapan Imam Al-Ghazali bahawa seseorang itu tidak akan mampu mendedahkan
tentang sesuatu pengetahuan melainkan ianya difahami sedalam-dalamnya.

Pada hemah saya, Rumah Fikir juga merupakan sebuah institusi yang
mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara talaqqi secara berterusan dan

menjalankan kelas-kelas pengajian dengan cara yang tidak membebankan para


pelajar. Pada saya, aspek inilah yang menjadikan Rumah Fikir sebagai sebuah
institusi pembelajaran ilmu agama yang unik dan menarik kerana institusi ini secara
tidak langsung cuba menjulang kembali tradisi ilmu yang termasyur pada zaman
kegemilangan ulamak silam suatu masa dahulu.

Dalam tempoh Latihan Amali/Industri yang berlangsung selama tempoh tiga


bulan di Rumah Fikir ini, saya ditemani oleh seorang sahabat saya iaitu Nur Salwati
Binti Ibrahim yang juga bertindak sebagai rakan sekerja dan sepasukan dengan saya.
Hal ini memudahkan kami untuk menjalani Latihan Amali/Industri dengan baik dan
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih mudah dan cepat.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI


Tujuan utama Latihan Amali/Industri ini dilaksanakan adalah untuk:
I.

Melatih para pelajar bagi mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang


diperolehi selaras dengan matlamat bidang pengajian. Secara tidak langsung,
pelajar bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu secara teori bahkan turut
berpeluang mempraktikkannya secara amali.

II.

Mendorong dan melatih pelajar bagi memberi sumbangan khidmat dan bakti
kepada masyarakat. Objektif ini secara tidak langsung dapat membantu bagi
memupuk semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan para pelajar tanpa
mengira latar belakang bangsa dan agama.

III.

Melatih semangat dedikasi dan tanggunggjawab dalam kalangan para pelajar.


Sikap bertanggungjawab termasuklah juga tangunggjawab terhadap diri,
persekitaran, masyarakat dan Negara.

IV.

Persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Tempoh


Latihan Amali/industri ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk
menimba pengalaman dan menyesuaiakan diri dengan suasana alam pekerjaan
yang sebenar yang bakal ditempuhi suatu masa nanti.

V.

1.4 LATAR BELAKANG AGENSI/INSTITUSI

Lokasi:
Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik
Lot 3-27-03A, (Atas Zawara Coffee),
Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral Business Park,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Hubungi:
Tel: 019- 359 8210/019-358 8210
Email: benrezuan@yahoo.com
Website: http://rumahfikir.com/
Facebook: https://www.facebook.com/rumahfikir
Instagram: https://i.instagram.com/rumahfikir/

Motto:
SEGALANYA BERMULA DISINI

1.4.1

Sejarah Penubuhan Rumah Fikir


Rumah Fikir adalah merupakan sebuah pusat pengajian ilmu islam yang
berusaha untuk menyumbangkan sebanyak mungkin manfaat kepada semua
lapisan masyarakat, khususnya bagi mayarakat di sekitar Lembah Klang dan
seluruh Malaysia amnya. Gagasan Rumah Fikir ini adalah ditubuhkan secara
rasmi pada tahun 2010 dengan dinaungi oleh Yang Berbahagia Ustaz Imam
Muda Asyraf Bin Muhammad Ridzuan selaku pengasasnya.
Konsep pengajian yang dibawa oleh Rumah Fikir adalah sebagaimana
sistem pengajian pondok iaitu dengan mengaplikasikan kaedah talaqqi atau
menadah kitab dengan guru sebagai pendekatan utama dalam penyampaian
modul pengajian yang ada. Dalam kaedah ini, penuntut berpeluang untuk
mempelajari dan khatam sesebuah kitab dari kulit hingga ke kulit. Inilah yang
merupakan suatu tradisi menuntut ilmu yang termasyur pada zaman
kegemilangan ulamak silam yang ingin diketengahkan kembali oleh Rumah
Fikir.
Program yang dilaksanakan oleh Rumah Fikir merupakan suatu program
yang bermatlamatkan untuk mendidik masyarakat kearah budaya cintakan
ilmu dengan cara yang santai dan mudah untuk diterima oleh mereka
terutamanya ilmu pengetahuan agama. Selain itu, program-program Rumah
Fikir juga adalah berkonsepkan Segalanya bermula disini dengan maksud
sedia untuk menerima dan mendidik segenap lapisan masyarakat tanpa
membezakan tahap pemahaman mereka.
Pada peringkat awal, Rumah Fikir hanya bergerak sebagai sebuah pusat
pengajian awam sahaja. Namun, baru-baru ini Rumah Fikir telah diberi nafas
baharu dengan digabungkan dengan Butik pakaian muslim. Matlamatnya
adalah untuk memperlihatkan bahawa proses mendapatkan ilmu bukan hanya
didapati secara formal di institusi tertentu, tetapi juga boleh didapati secara
santai sambil berbelanja dan membeli belah.

1.4.2

Objektif Penubuhan Rumah Fikir


Tujuan utama penubuhan Rumah Fikir adalah dengan tujuan:
I.

Untuk menjadikan Rumah Fikir sebagai satu pusat keilmuan alternatif


bagi masyarakat setempat terutamanya mereka yang berada di kawasan
Bangi, Kajang dan sekitarnya.

II.

Untuk memudahkan urusan masyarakat setempat dalam usaha untuk


mempelajari ilmu-ilmu islam

III.

Untuk member peluang dan mendorong semua lapisan masyarakat


terutamanya golongan muda supaya lebih dekat dan serasi dengan
tradisi keilmuan islam yang sebenar.

1.4.3

Visi Rumah Fikir


Rumah Fikir menjadi suatu pusat pengajian ilmu agama yang pertama berjaya
melahirkan legasi ummah yang mengutamakan dan mengamalkan nilai-nilai
agama seiring dengan perkembangan revolusi pemikiran semasa.

1.4.4

Misi Rumah Fikir


Rumah Fikir menjadi suatu platform yang neutral bagi anak muda untuk
berkumpul dan mendalami ilmu agama.

1.4.5 Tema Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir


I.
II.
III.

Mengangkat dan menyuburkan majlis-majlis ilmu


Sistem pengajian yang berbentuk talaqqi secara berterusan
Sistem pengajian secara percuma dan tidak membebankan para pelajar.

1.4.6 Modul Utama Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir


I.

Asmaul Husna

II.

Akidah dan Fiqh

III.

Al-Quran dan Tajwid

IV.

Tafsir dan Intisari Al-Quran

V.

Hadith

10

VI.

Sirah Nabawiyyah

VII.

Fardhu Ain dan Kifayah

VIII.

Tarbiyyah/Qolbun Salim

IX.

Wacana Isu Semasa

1.4.7 Metod penyampaian Modul Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir


I.

Intelektual.
Pendekatan secara intelektual ini secara tidak langsungnya adalah
bertujuan untuk membentuk pemahaman dan pemikiran masyarakat
khususnya generasi muda terhadap isu-isu semasa agar mereka lebih
peka serta berani untuk meluahkan pendapat dan pemikiran mereka
sesuai dengan peranan mereka sebagai generasi pembentuk legasi masa
hadapan. Modus operandi bagi pendekatan ini adalah melalui
perlaksanaan program bedah buku, wacana atau perbincangan ilmiah
yang berkaitan isu semasa. Sebagai contoh, Rumah Fikir pada bulan
November 2014 telah menganjurkan Program Bedah Buku Fiqh
Kerahsiaan Wanita yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia
dengan dihadiri oleh Yang Berbahgia Ustaz Fauwaz Fadzil sebagai
panel jemputan utama. Program ini sedikit sebanyak telah mengupas
isu-isu yang berkaitan dengan Fiqh Kewanitaan yang sering menjadi
persoalan sperti masalah haid wanita dan sebagainya. Selain itu,
Rumah Fikir juga turut mengadakan kelas-kelas mingguan yang
berfokuskan pengetahuan agama dalam bentuk teori.

II.

Dakwah Secara Lapangan.


Umumnya, dakwah merupakan suatu usaha bagi menyampaikan dan
menerangkan tentang islam sebagai cara hidup.

Dalam konteks

pendekatan ini, kami mengambil inisiatif turun padang untuk


mendekati golongan tertentu bagi menyampaikan risalah islam secara
terus dan langsung tanpa perlu mengajak atau memaksa mereka untuk
menghadiri kuliah-kuliah agama. Antara aktiviti yang berkaitan

11

termasuklah Program Dakwah Street kepada golongan mat rempit dan


gelandangan. Tidak ketinggalan juga bagi golongan non-muslim.
Pendekatan dengan cara ini secara tidak membuka ruang kepada
Rumah Fikir untuk menyahut seruan untuk berdakwah dengan cara
Tabligh. Dakwah secara lapangan ini juga turut melibatkan mereka
yang bukan islam kerana golongan sasaran bagi pendekatan cara ini
kebiasaannya adalah dipilih secara rawak.

III.

Penerapan Nilai-Nilai Islam.


Dalam aspek ini, matlamat utama modul pengajian Rumah Fikir adalah
untuk mewujudkan generasi masyarakat yang membudayakan nilanilai agama dalam kehidupan mereka dengan menjadikan nasihatnasihat Al-Quran dan juga sirah para nabi dan sahabat sebagai ikutan.
Pendekatan ini juga dilaksanakan bagi menyemai semangat perpaduan
dan sikap saling menghormati serta bertolak ansur tanpa mengira
bangsa dan agama. Rentetan itu, Rumah Fikir dengan modus operandi
yang tersendiri menganjurkan kelas-kelas pengajian yang berunsurkan
nasihat-nasihat agama dengan cara yang santai dan mudah untuk
diterima oleh masyarakat awam. Penerapan nilai murni ini juga
dilaksanakan dengan penganjuran program seperti ceramah, forum dan
lain-lain.

IV.

Pendekatan Secara Berhikmah.


Dalam pendekatan ini, penyampaian modul yang ada berupaya untuk
menampilkan Rumah Fikir sebagai suatu institusi atau pusat pengajian
yang unggul dan bukan sahaja mesra kepada masyarakat islam
setempat, bahkan turut menerima golongan non-muslim dan juga
mereka yang free thinkers dengan hati yang terbuka tanpa mengira
siapa dan bagaimana latar belakang mereka. Metod penyampaian
modul kepada mereka ini adalah berbentuk aktiviti dialog seperti
dialog perbandingan agama dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk

12

mengenal mereka dengan lebih dekat seterusnya membina hubungan


yang baik bagi menjamin keberkesanan interaksi yang berlaku.

1.4.8

Carta Organisasi Rumah Fikir

YANG BERBAHAGIA
UST. IMAM MUDA ASYRAF B. MOHD RIDZUAN
(PENGARAH URUSAN)

PN. NUR HUSNA BT YUSOFF


(TIMBALAN PENGARAH)

MOHD HAFIZUDDIN B.
MOHD SHUKRI
(PENGURUS OPERASI)

MOHD FAIZ B. HAMDAN


(PENGURUS KEWANGAN)

NOOR HASHIMAH BT. RAZALI


(PENGURUS PENTADBIRAN)

AHLI JAWATANKUASA
RUMAH FIKIR

TENAGA PENGAJAR
RUMAH FIKIR

13

1.5 TUGASAN

Pada 29 Jun 2015 saya telah melapor diri di pejabat pengarah urusan Rumah
Fikir/Aisy Asyraf Butik bagi menjalani Latihan Amali/Industri saya selama dua
bulan. Hari pertama saya disitu, saya telah diberi beberapa taklimat mengenai agensi,
tatacara sebagai seorang pekerja, dan saya turut diberi sedikit pendedahan mengenai
bidang tugas di institusi tersebut. Saya juga turut dimaklumkan bahawa saya akan
berada di bawah seliaan Encik Mohd Hafizuddin Bin Mohd Shukri sepanjang
tempoh Latihan Amali/Industri ini berlangsung. Semua tugasan yang saya lakukan
adalah daripada arahan dan dibawah seliaan beliau. Tugasan-tugasan saya lakukan
sepanjang tempoh Latihan Amali/Industri berlangsung adalah dibahagikan seperti
berikut:

1.5.1

TUGASAN HAKIKI
Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri di Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik,
tugasan berterusan yang saya lakukan pada setiap hari ialah menyemak kalendar
perancangan program dan kelas pengajian Rumah Fikir bagi mengemaskini setiap
perubahan jadual pengajian. Saya juga turut ditugaskan bagi menyelia pengurusan
dan kebersihan pejabat dan butik. Pada waktu yang sama, saya juga turut diberi
tanggungjawab untuk menguruskan bahagian khidmat pelanggan bagi pengurusan
butik.

1.5.2

TUGASAN HARIAN
Latihan Amali/Industri (LAI) ini telah dijalankan lebih kurang selama dua bulan
atau Sembilan minggu bermula daripada 29 Jun sehingga 28 Ogos 2015.
Aktiviti/tugasan ini adalah tertumpu di dalam persekitaran pejabat sahaja dengan
hanya menggunakan peralatan pejabat yang telah sedia ada seperti komputer,
printer, mesin fotostat dan lain-lain. Antara tugasan harian yang saya lakukan
sepanjang tempoh tersebut ialah:
i.

Menyediakan draf modul pengajian dan perancangan aktiviti bagi Rumah


Fikir.

14

ii.

Merangka kertas kerja bagi setiap aktiviti/program Rumah Fikir.

iii.

Mereka bentuk poster bagi setiap aktiviti /program yang dilaksanakan oleh
Rumah Fikir.

iv.

Memuatnaik dan mengemaskini maklumat, hebahan program dan info


yang berkaitan Rumah Fikir di media sosial.

v.

Membuat hebahan dan mengedarkan flyers aktiviti/program Rumah Fikir.

vi.

Mengurus dan menyelia kelas-kelas pengajian harian dan mingguan.

vii.

Menyediakan kertas kerja bagi Tajaan Program/Aktiviti dan Majlis Rumah


Terbuka Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik.

viii.

Menguruskan meeting harian gerak kerja tugasan harian pekerja.

ix.

Menyemak log kehadiran pekerja

x.

Sentiasa bersedia untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap


perkhidmatan yang diberikan.

1.5.3

TUGASAN LUAR BIDANG


Sepanjang menjalani Latihan Amali/Idustri di Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik,
saya juga turut diberi tanggngjawab untuk melaksanakan tugasan yang bukan
dalam bidang saya. Antara tugasan tersebut ialah:
i.

Menjadi pengerusi majlis bagi kuliah muslimat Rumah Fikir.

ii.

Merangka log kehadiran pekerja Butik Aisy Asyraf

iii.

Membantu bagi menguruskan bahagian promosi dan jualan online Butik


Aisy Asyraf

iv.

Merangka draft rekod keluar dan masuk stok bagi Butik Aisy Asyraf

v.

Menguruskan peralatan dan aksesori bagi sesi photoshoot Butik Aisy


Asyraf.

vi.

Menyediakan draf dan kertas kerja rasmi bagi terma, syarat dan manual
sistem vendor Butik Aisy Asyraf.

vii.

Melakar reka bentuk dan susun atur vendor bagi Butik Aisy Asyraf.

15

1.6 SUMBANGAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri, saya mengakui bahawa kursus ini


sedikit sebanyak telah menyumbangkan sesuatu yang cukup berharga buat diri saya
sebagai seorang mahasiswa. Dalam tempoh tersebut, Latihan Amali/Industri telah
berjaya membawa para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berada di alam
pekerjaan yang sememangnya akan ditempuhi oleh mereka setelah bergraduasi
kelak. Oleh itu, pada ruang inilah satu-satunya peluang untuk para pelajar
mengaplikasikan dan mempraktikkan segala ilmu yang selama ini hanya dipelajari
secara teori sahaja. Dalam tempoh ini juga, saya dapat menimba pelbagai ilmu
pengetahuan yang baharu seperti tatacara pengurusan organisasi dan juga pelbagai
ilmu-ilmu lain lagi. Hal ini membuatkan saya berasa terdorong untuk lebih fokus dan
tekun dalam setiap tindakan yang saya lakukan demi mencapai kerjaya yang
diidamkan pada masa hadapan.
Selain itu, Latihan Amali ini juga turut melatih para pelajar untuk sentiasa
bersikap positif, bertanggungjawab dan peka terhadap persekitaran dan mampu
untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat serta melahirkan modal
insan yang benar-benar memahami akan tanggungjawab sosialnya sebagai
mahasiswa yang juga anggota masyarakat. Hal ini secara tidak langsung dapat
membuka minda para pelajar akan realiti sebenar sebuah tangunggjawab itu
bukanlah hanya sekadar terhadap diri mereka sendiri, bahkan turut terikat dengan
masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

Latihan ini juga banyak membantu saya untuk berinteraksi serta bercampur
dengan masyarakat tanpa mengira batas umur dan tahap pemikiran mereka.
Pengalaman berpraktikal di Rumah Fikir/Ais Ayraf Butik benar-benar memerlukan
kami untuk sentiasa berinteraksi dengan masyarakat sama ada secara langsung atau
tidak langsung terutamanya ketika menyelia dan mengendalikan kela-kelas
pengajian Rumah Fikir. Hal yang sama turut berlaku ketika mana saya diajukan
dengan pelbagai persoalan yang kurang difahami oleh mereka ketika kelas pengajian
dijalankan. Keadaan telah memberikan kesedaran kepada saya untuk berusaha

16

dengan lebih gigih dalam menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan bagi
melangkah ke alam pekerjaan dengan pengetahuan yang benar-benar mantap.

Oleh kerana Rumah Fikir telah dikembarkan dengan Butik Aisy Asyraf, saya juga
secara tidak langsung turut didedahkan dengan selok-belok bidang pengurusan
pemasaran dan perniagaan. Meskipun bidang ini tampak jauh bebeza daripada
bidang pengajian saya yang asal, saya berasa amat bersyukur kerana setidaktidaknya kami berpeluang untuk merasai pengalaman menceburi bidang perniagaan
walaupun dalam tempoh yang tidak begitu lama. Dalam tempoh ini, saya telah
berpeluang untuk mempraktikkan sedikit-sebanyak ilmu tentang perniagaan yang
pernah kami pelajari dalam kursus Keusahawanan dan Inovasi (CESMED) semasa
berada dalam semester dua tahun pertama pengajian saya. Pengalaman ini kami
rasakan sangat-sangat berharga kerana kami mungkin tidak akan mendapatnya di
tempat lain, apatah lagi bila difikirkan bahawa perniagaan itu sendiri merupakan
salah satu daripada pekerjaan Nabi s.a.w dalam lembaran sirah yang terdahulu.

Bagi pihak Rumah Fikir/Aisy Asyraf sendiri, kehadiran kami sebagai pelajar
Latihan Amali/Industri di institusi mereka sedikit sebanyak telah membantu
meringankan beban dan melancarkan proses pentadbiran mereka. Hal ini kerana
dengan kapasiti kakitangan yang tidak begitu ramai, mereka perlu menguruskan
beberapa perkara yang berlainan dan kadangkala diluar bidang tugas mereka pada
satu-satu masa. Justeru, kehadiran kami telah membantu mereka bagi melaksanakan
tugasan tersebut dengan lebih cepat dan sempurna.

1.7 MASALAH DAN CABARAN

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri ini saya mendapati bahawa terdapat


beberapa masalah dan cabaran yang terpaksa saya hadapi sama ada sebelum atau
semasa berpraktikal. Antaranya ialah:
i.

Masalah penentuan penempatan Latihan Amali/Industri Pelajar.

17

Dalam aspek ini, antara permasalahan yang timbul adalah berkenaan dengan
penolakan agensi terhadap permohonan-permohonan yang telah dibuat oleh
pelajar dengan sebab tertentu. Antaranya ialah faktor kelewatan pihak
pentadbiran untuk mengeluarkan surat permohonan pelajar. Malah, ada juga
surat permohonan pelajar yang hilang dalam simpanan pentadbiran dan
terpaksa membuat permohonan untuk surat yang sama untuk kali yang
kedua. Hal ini membuatkan pihak agensi terlebih dahulu memilih
permohonan pelajar yang sedia ada. Masalah penolakan dan permohonan
agensi baru juga dilihat membebankan pelajar kerana setiap pelajar hanya
boleh membuat satu permohonan sahaja pada satu masa. Hal ini
menyebabkan pelajar terpaksa mencari agensi yang baharu sekiranya
permohonan yang pertama gagal. Sekiranya pelajar boleh memghantar lebih
daripada satu permohonan, pelajar tersebut sekurang-kurangnya mempunyai
agensi yang kedua sebagai sokongan sekiranya permohonan yang dibuat
tidak diterima.

ii.

Tidak diberikan tanggungjawab.


Sewaktu melaporkan diri untuk berpraktikal, saya tidak diberikan tugasan
yang sepatutnya. Hal ini berkemungkinan kerana ketika itu penyelia saya
berada di Vietnam pada minggu yang pertama. Saya hanya menunggu selama
1 hingga 2 minggu, tetapi memandangkan saya masih tetap belum diberi
sebarang tugasan. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif
sendiri dengan meminta tugasan daripada kakitangan yang sedia ada bagi
menimba pengetahuan dan pengalaman.

iii.

Kekangan kewangan.
Seperti yang sedia maklum, Latihan Amali/Industri kami ini adalah
berlangsung semasa cuti semester. Oleh yang demikian, para pelajar tidak
mendapat sebarang peruntukan kewangan daripada mana-mana penaja
mahupun PTPTN sendiri. Hal ini dilihat membebankan kami kerana kami
terpaksa menanggung sendiri kos perbelanjaan harian kami. Meskipun Pusat

18

Zakat dan Baitulmal ada menyediakan dana, namun tidak semua pelajar
mendapatnya disebabkan oleh prosedur permohonan yang berperingkat dan
memerlukan kepada criteria yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa terdapat
sesetengah agensi yang memberikan elaun kepada pelajar, namun elaun
tersebut kebanyakannya adalah diperolehi setelah tamatnya tempoh
berpraktikal.

iv.

Tempoh masa.
Pada pandangan saya, tempoh masa yang diperuntukkan untuk kami
menjalani Latihan Amali/Industri adalah singkat iaitu lebih kurang dua bulan
setengah. Alangkah baiknya jika tempoh ini dipanjangkan lagi kerana
tempoh ini merupakan ruang dan peluang yang terbaik untuk kami menimba
pengalaman dan pengetahuan demi untuk melangkah ke alam realiti
pekerjaan yang sebenar.

1.8 CADANGAN

Kursus Latihan Amali/Industri ini memberi banyak manfaat dan peluang kepada para
pelajar untuk merasai realiti suasana alam pekerjaan yang sebenar dan menimba ilmu
serta pengalaman daripada agensi tententu. Namun begitu, kursus ini masih
memerlukan sedikit penambahbaikan bagi memastikan ianya berjaya untuk meraih
hasil dan kualiti pada tahap yang maksima dan lebih baik.

Setelah menamatkan latihan ini dengan jayanya, saya sebagai orang yang melalui
detik ini mencadangkan agar tempoh Latihan Amali/Industri ini dilanjutkan lagi. hal
ini kerana saya berpendapat bahawa tempoh yang sedia ada adalah terlalu singkat dan
menjadikan kami para pelajar terburu-buru untuk mengejar masa bagi menyiapkan
tugasan dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama menimba pengalaman
serta pengetahuan baharu. Tempoh masa yang singkat ini juga sebenarnya
menyebabkan pihak agensi tidak berani untuk memberikan tugasan yang sedikit berat
dan mencabar untuk menguji kemampuan pelajar kerana bimbang akan tempoh yang

19

terlalu singkat akan mempengaruhi kualiti gerak kerja dan hasil kerja yang bakal
diperolehi.

Selain itu, saya juga menyarankan agar pihak Pentadbiran Hal Ehwal Jaringan
Industri dan Masyarakat UKM agar menimbang semula waktu Latihan Amali ini
dijalankan. Saya amat berbesar hati sekiranya Latihan Amali ini dijalankan pada
semester 2 tahun ke 3 pengajian atau bersamaan dengan semester 6 pengajian semasa.
Rasionalnya saya memberi cadangan ini adalah kerana tempoh jarak Latihan Amali
dengan Graduasi pelajar adalah sangat hampir. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan para pelajar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam Latihan
Amali mereka kerana mereka tahu tidak lama lagi mereka akan menjejakkan kaki ke
alam pekerjaan yang sebenar. Tambahan pula, pengalaman dan pengetahuan mereka
mengenai alam pekerjaan juga adalah masih baharu.

Akhir sekali, besarlah harapan saya agar pihak Pentadbiran Hal Ehwal Jaringan
Industri dan Masyarakat UKM menyediakan sedikit peruntukkan khas bagi tujuan
perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh latihan ini dijalankan. Saya tidak menafikan
bahawa banyak agensi lain seperti Pusat Zakat UKM, Baitulmal, dan pejabat
Setiausaha Negeri ada memperuntukan dana untuk pelajar Latihan Amali ini, namun
ianya memerlukan kepada permohonan dan mengambil masa yang agak lama. Selain
itu, besar juga harapan saya agar pihak fakulti dan agensi dapat menyediakan satu
senarai tugasan atau justifikasi tugasan sama ada secara umum mahupun berfokus.
Pada hemah saya, tindakan ini akan memudahkan para pelajar dan agensi itu sendiri
untuk bersiap sedia untuk tugasan tersebut disamping dapat melatih para pelajar untuk
lebih bersistematik dalam pengurusan kerjaya mereka kelak.

20

1.9 PENUTUP

Setelah bertungkus lumus selama hampir dua bulan, akhirnya berjaya juga saya tamatkan
Latihan Amali/Industri ini . Walaupun dengan tempoh masa yang agak pendek, namun
ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi amatlah banyak serta berguna bagi
bagi diri saya sebagai sebuah manual persediaan awal untuk melangkah kea lam
pekerjaan kelak. Terdapat juga pelbagai input positif yang dapat saya diperolehi dalam
usaha untuk meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi alam pekerjaan kelak.
Sekali lagi, jutaan terima kasih saya titipkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam membantu serta memudahkan proses latihan amali industri ini berjalan dengan
lancar. Ucapan ini juga saya tujukan kepada pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan
Malaysia di Fakulti Pengajian Islam, barisan pentadbiran Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik,
Penyelia UKM serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Akhir kata dari saya, pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Amali/Insutri
ini adalah merupakan suatu ilmu yang amat bermakna bagi diri saya serta individu lain.
Setiap perkara yang dipelajari sepanjang Tempoh latihan ini adalah merupakan proses
persediaan yang penting bagi para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Saya juga
amat berharap agar pelajar yang akan menjalani kursus ini pada masa hadapan akan
berusaha sebaik yang mungkin untuk menggunakan peluang yang diberikan.

21

RUJUKAN

Buku

Log

Latihan

Amali/Industri,2015,Fakulti

Pengajian

Islam,Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Prof.Madya Dr. Jaffary Awang, Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Email: benrezuan@yahoo.com

Website: http://rumahfikir.com/

Facebook: https://www.facebook.com/rumahfikir

Instagram: https://i.instagram.com/rumahfikir/

LAMPIRAN

1) Gambar-Gambar Sekitar Latihan Amali.

22

2) Contoh Poster Program/Aktiviti.

23

3) Gambar Aktiviti/Program

Anda mungkin juga menyukai