Anda di halaman 1dari 13

Topik X Budaya dan

Masyarakat

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mendefinisikan budaya;

2.

Menjelaskan bidang antropologi;

3.

Menghuraikan ciri-ciri budaya; dan

4.

Menjelaskan konsep manusia sebagai insan sosial.

X PENGENALAN
John seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang baru sahaja sampai ke
Malaysia untuk mengunjungi rakannya Ahmad. Beberapa tahun yang lalu mereka
pernah belajar bersama di Universiti Yale di Amerika Syarikat. Pada masa itu
Ahmad banyak menceritakan tentang negara Malaysia. Ini telah menanam minat
pada John untuk melawat negara rakannya itu serta menziarahi keluarganya.
Setelah John dibawa bersiar-siar oleh
Ahmad ke beberapa tempat pelancongan
yang menarik di sekitar Malaysia, Ahmad
akhirnya membawa John ke kampungnya
di Jemapoh, Negeri Sembilan. Apabila tiba
di rumah orang tua Ahmad, John dengan
selambanya melangkah masuk ke dalam
rumah tanpa menanggalkan kasutnya
(sila rujuk Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Kurang ajar?

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Pada tanggapan anda adakah John seorang yang kurang ajar? Sebenarnya John
tidak bermaksud untuk bersikap biadap. Dia hanya berkelakuan seperti yang
lazim dilakukannya di Amerika Syarikat, iaitu melangkah masuk rumah tanpa
membuka kasut. Ini menunjukkan bahawa kelakuan manusia itu berbeza
mengikut masyarakat masing-masing, bak kata pepatah Lain padang lain
belalang. Sebagai pelajar antropologi anda seharusnya mengetahui sedikit
sebanyak tentang apa itu budaya dan komponen-komponen yang mencirikan
budaya. Inilah yang akan anda pelajari dalam Topik 1.

AKTIVITI 1.1

1.1

1.

Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya Ahmad lakukan


untuk mengelakkan situasi sebegini daripada berlaku?

2.

Cuba anda fikirkan contoh-contoh lain yang memperlihatkan


pertembungan budaya.

DEFINISI BUDAYA

Apakah yang anda bayangkan apabila anda bertemu dengan perkataan


budaya? Mungkin anda terbayang perkara-perkara seperti tarian, muzik, adat
resam dan sebagainya. Anda tidak tersasar jauh, tetapi konsep budaya dalam
antropologi merangkumi lebih daripada perkara-perkara di atas.
Mari kita mempertimbangkan salah satu definisi budaya yang dianggap klasik
dan diguna pakai secara sejagat oleh sarjana-sarjana antropologi. Antropologis
E. B. Tylor (sila lihat Rajah 1.2) berpendapat bahawa:

Rajah 1.2: E. B. Tylor

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Culture  is that complex whole which includes knowledge, belief, arts,


morals, law, custom and any other capabilities and habits acquired by man
as a member of society.
(Budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang merangkumi
pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, serta sebarang kemahiran dan
tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah
masyarakat.)

Definisi Tylor tertumpu kepada sifat-sifat yang diperolehi oleh manusia hasil
daripada membesar di dalam masyarakat di mana mereka telah didedahkan
kepada tradisi budaya tertentu. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari
tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan
(enculturation). Adalah penting untuk pelajar memahami bahawa proses ini
bukanlah proses biologi di mana budaya itu diturunkan dari generasi ke generasi
secara genetik. Hakikatnya, budaya itu dipelajari melalui interaksi sosial antara
ahli-ahli masyarakat.
Untuk tujuan perbincangan kita, definisi budaya yang paling sesuai digunakan
adalah seperti berikut:
Budaya itu suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi
nilai-nilai, kepercayaan dan pantang-larang yang diperturunkan dalam
sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses
pembudayaan.

1.2

BIDANG ANTROPOLOGI

Apakah perisian antropologi secara ringkas? Antropologi terdiri daripada dua


patah perkataan Greek, anthropos (manusia) dan logos (huraian). Justeru,
antropologi bermakna huraian atau pengetahuan tentang manusia.
Antropologi sosial pula bermakna pengetahuan tentang manusia dalam
masyarakat. Kita juga boleh menyebut bahawa antropologi adalah ilmu
tentang manusia, masyarakat dan budayanya.
Antropologi berminat untuk mengetahui serba serbi tentang manusia, tentang
wujudnya mereka sebagai insan sosial (bukan sebagai insan biologi), tentang
bagaimana mereka hidup dalam berbagai-bagai jenis masyarakat di serata
pelosok dunia yang mempunyai iklim, ekologi dan suasana alam semulajadi

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

yang berbeza-beza. Manusia sebagai insan sosial (sila lihat Rajah 1.3) tidak
mampu hidup bersendirian dan perlu bekerjasama dengan manusia-manusia
lain untuk mencapai matlamatnya, bak pepatah Inggeris No man is an island.

Rajah 1.3: Manusia sebagai insan sosial

Bidang kajian antropologi agak luas, kerana kalau kita mengkaji manusia sebagai
insan sosial, maka kita harus juga mengkaji dengan terperinci berbagai-bagai
aspek kemanusiaan dan aspek kemasyarakatan yang lain, yang merangkumi
disiplin-disiplin serumpun seperti sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi,
sejarah, biologi manusia, dan juga falsafah dan kesusasteraan. Oleh itu,
antropologi bersifat holistik atau mempunyai pendekatan yang menyeluruh.
Istilah budaya (culture) pula berasal daripada perkataan Latin colere, iaitu kata
kerja yang bermakna mencambah (cultivate). Dalam hal ini apa yang
dicambah itu ialah budaya yang mesti diterapkan pada diri seseorang secara
sedar atau tidak sedar untuk menjadikan ia seorang insan sosial. Antropologi
budaya pula bermakna pengetahuan berkenaan dengan manusia yang telah
dicambah atau diterapkan dengan budaya.
Apakah hubungan antara budaya dan masyarakat? Budaya merujuk kepada
aspek kehidupan yang dipelajari oleh seseorang atau yang dicambah pada diri
seseorang, yang bersifat kognitif dan simbolik, manakala masyarakat merujuk
kepada organisasi sosial yang merangkumi kehidupan manusia, dari segi pola
pergaulan (atau interaksi), iaitu bagaimana kita harus bertindak apabila
berdepan dengan orang lain. Adakah kita bertegur sapa, mengelak atau
melakukan sesuatu yang boleh menunjukkan bentuk hubungan status antara
kita dan orang berkenaan. Soalnya ialah bagaimanakah kita memberikan
pengiktirafan sosial kepada seseorang yang terserempak dengan kita?

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Jelaskan definisi budaya menurut Taylor.
2. Apakah itu proses pembudayaan (enculturation)?

1.3

CIRI-CIRI BUDAYA

Setelah mendefinisikan maksud budaya, sudah tentu anda ingin mengetahui


lebih lanjut tentang ciri-ciri budaya. Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri
budaya:
(a)

Budaya dikongsi

(b)

Budaya dipelajari

(c)

Budaya tidak kelihatan

(d)

Budaya mempengaruhi proses-proses biologi

(e)

Budaya saling berubah

(f)

Kesejagatan budaya

(g)

Budaya adaptif dan maladaptif

(h)

Budaya bersifat integratif

1.3.1

Budaya Dikongsi

Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli
masyarakat. Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu
budaya masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau
kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Sebagai insan sosial, kita akan berasa
selamat jika kita mampu menjangka tindakan anggota-anggota masyarakat yang
lain.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu di sini mengamalkan adab bersopan-santun
ketika menziarahi rumah orang lain. Secara lazimnya, kita akan memberi salam
ketika sampai ke rumah jiran dan menghulurkan tangan untuk bersalaman (sila
lihat Rajah 1.4). Perkara ini difahami antara orang Melayu sebagai adab sopan
ketika menziarahi rumah orang. Sudah tentu kita tidak akan menganggap
bahawa tangan yang dihulurkan itu bermaksud agresif!

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Rajah 1.4: Bersalaman

Jika kita tidak berkongsi sesuatu budaya, pelbagai perkara yang canggung dan
melucukan boleh berlaku. Renung kembali situasi yang digambarkan dalam
pengenalan topik ini. John menjadi mangsa pertembungan budaya dan secara
tidak sengaja melakukan sesuatu yang menyinggung orang tua Ahmad (tidak
menanggalkan kasutnya ketika memasuki rumah). Inilah yang dipanggil kejutan
budaya (culture shock), iaitu ketidakpastian dan kekaburan yang dialami
seseorang apabila dia cuba bertindak dalam suatu budaya yang asing.

1.3.2

Budaya Dipelajari

Kita sudah maklum bahawa budaya itu tidak diwarisi secara genetik. Budaya itu
dipelajari ketika kita berinteraksi dengan persekitaran sosial kita melalui proses
enkulturasi. Kita memperolehi budaya ketika kita sedang membesar dalam
masyarakat di mana kita dilahirkan. Budaya itu penting kerana ia membantu kita
menangani cabaran-cabaran kehidupan yang bakal kita lalui. Sebenarnya, apa-apa
masalah yang kita hadapi telah pun dihadapi dan ditangani oleh orang-orang
terdahulu yang lebih berpengalaman. Kanak-kanak cuma perlu mempelajari caracara menangani masalah tersebut daripada senior-senior mereka.

Rajah 1.5: Pengantin Melayu


Sumber: kedahlanie.blogspot.com/2008_11_24_archive.html

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Katakan anda berminat untuk berpasangan dengan kekasih anda. Sudah tentu
anda telah mempelajari daripada budaya anda cara-cara bagaimana untuk
mencapai hasrat anda. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu, sepasang
kekasih lazimnya akan bertunang dan seterusnya berkahwin untuk mendirikan
rumahtangga (sila lihat Rajah 1.5). Adat-adat seperti ini dikekalkan dari generasi
ke generasi melalui proses enkulturasi

1.3.3

Budaya Tidak Kelihatan

Budaya tidak kelihatan? Apakah yang dimaksudkan di sini? Jika kita fikirkan
dengan lebih mendalam, budaya itu sebenarnya sudahpun sebati dengan jiwa
kita sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan. Kita tidak menyedari
bahawa budaya sentiasa mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita
kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Contohnya,
semua orang pasti memberus gigi pada pagi hari. Ini sudah menjadi kelakuan
biasa dalam rutin harian anda sehinggakan anda tidak perlu berfikir tentangnya
dan mengarah diri anda: Saya perlu gosok gigi pada pagi ini.

AKTIVITI 1.2
Cuba anda senaraikan perkara-perkara seharian yang telah anda
pelajari daripada budaya anda tetapi diamalkan oleh anda secara
tidak sedar.
Malangnya, kerana budaya yang kita amalkan tidak kelihatan, secara tidak
langsung kita akan menganggap bahawa amalan budaya kita sama sahaja
dengan amalan budaya lain. Ini boleh membawa kepada konflik kerana salah
faham yang tidak disengajakan. Sama seperti apa yang telah berlaku dalam cerita
tentang John di atas tadi. Dengan tidak sengaja, John telah melanggar salah satu
daripada etika budaya masyarakat Malaysia.

1.3.4

Budaya Mempengaruhi Proses-proses Biologi

Sebagai insan biologi, kita semua mempunyai kehendak-kehendak biologi yang


sama. Kita semua perlu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh, dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, cara kita memenuhi kehendak-kehendak
tersebut bergantung kepada adat resam budaya kita tersendiri.

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Sebagai insan sosial, kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan
proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakai oleh
masyarakat kita. Sebagai contoh, masyarakat Melayu di sini mementingkan sama
ada makanan mereka halal atau tidak (sila lihat Rajah 1.6). Oleh itu, jika kita
mengadakan rumah terbuka dan kita ingin menjemput rakan-rakan berbangsa
Melayu, kita seharusnya memastikan bahawa makanan yang dihidang untuk
mereka sesuai menurut kepercayaan agama mereka.

Rajah 1.6: Logo halal


Sumber: usrahkeluarga.blogspot.com

SEMAK KENDIRI 1.2


Bezakan antara insan biologi dan insan sosial.

1.3.5

Budaya Saling Berubah

Dalam perbincangan setakat ini, budaya telah dipersembahkan kepada anda


seolah-olah ianya sesuatu yang kekal dan statik. Ia tidak semudah itu.
Hakikatnya, budaya saling melalui proses perubahan dari masa ke semasa.
Perubahan ini boleh berlaku melalui dua cara:
(a)

Inovasi
Ini merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan
sesebuah masyarakat. Jika sesuatu inovasi itu diterima pakai oleh
masyarakat secara meluas, ia akan mencetus perubahan budaya. Contohnya,
penciptaan kereta sebagai kenderaan utama yang digunakan untuk
pengangkutan telah mengubah cara hidup dan budaya masyarakat moden.

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

(b)

Difusi Budaya
Ini berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak
kepada budaya-budaya yang lain. Sebagai contoh, budaya MTV, yang
berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat, telah banyak
mempengaruhi tingkah laku remaja secara global (sila lihat Rajah 1.7).

Rajah 1.7: MTV

Sumber: ms.wikipedia.org
Difusi budaya lebih kerap mempengaruhi perubahan budaya berbanding inovasi
kerana ianya lebih mudah untuk meniru corak hidup budaya lain daripada
mencipta sesuatu yang baru.

1.3.6

Kesejagatan Budaya

Walaupun di mana anda berada, anda akan dapati bahawa banyak perkaraperkara asas yang dikongsi bersama. Lihatlah di sekeliling anda, di negara
Malaysia yang muhibah ini: orang Melayu beragama Islam, manakala orangorang bukan Melayu (Cina, India, dan lain-lain) beragama Kristian, Hindu,
Buddha dan sebagainya. Tetapi mereka semua mempunyai sistem kepercayaan
yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama
mungkin berbeza, tetapi yang penting mereka mempunyai panduan tentang
moraliti dan perlakuan baik, iaitu mereka mempunyai agama. Inilah yang
dimaksudkan dengan konsep kesejagatan budaya: ekspresi luaran mungkin
berbeza-beza, tetapi konsep teras yang ingin disampaikan adalah sama, iaitu
keteraturan hidup mengikut apa yang yang telah ditentukan oleh sistem
moraliti, nilai dan norma dalam setiap budaya. Peraturan inilah yang menjadi
garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai
individu sesama insan sosial yang lain.
George Murdock, seorang ahli antropologi yang menjurus kepada analisa silang
budaya, telah mendokumentasikan unsur-unsur budaya sejagat seperti dalam
Jadual 1.1.

10 X

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.1: Unsur-unsur Budaya Sejagat Menurut Murdock


Bahasa

Keluarga

Metos

Seni Hiasan

Berkabung

Kenduri kendara

Muzik

Sumbang muhrim

Bertukar-tukar
hadiah

Keperkasaan

Nama peribadi

Tarian

Cerita dongeng

Keraian

Nombor

Tata susila

Dalam pantang

Konsep semangat

Pantang larang
makan

Tegur sapa

Dandanan rambut

Kosmologi

Pembahagian kerja

Tertib pakaian

Dasar penduduk

Kumpulan kerabat

Pemujaan makhluk
halus

Ubat-ubatan

Etika

Kumpulan umur

Pendidikan

Upacara keagamaan

Gotong royong

Larangan seksual

Peraturan tempat
tinggal

Upacara
pengebumian

Gurau senda

Magis

Perbezaan darjat

Waktu makan

Hak milik

Masak memasak

Perbomohan

Hiasan badan

Membuat peralatan

Perkahwinan

Ilmu tumbuhtumbuhan

Mencari jodoh

Permainan

Istilah kekerabatan

Mengawal cuaca

Perniagaan

Kalendar

Menggores api

Pertubuhan sosial

Kebersihan

Mentafsir mimpi

Pewarisan harta

Kehamilan

Menziarah

Rumah kediaman

Sumber: Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004). Anthropology: A global


perspective (5th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.

AKTIVITI 1.3
Selain daripada unsur-unsur budaya universal yang dipaparkan
dalam Jadual 1.1, bolehkah anda fikirkan lagi unsur-unsur yang lain?

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

1.3.7

11

Budaya Adaptif dan Maladaptif

Salah satu sifat budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia


ialah sifat adaptifnya. Pada zaman dahulu, manusia primitif perlu mendapatkan
sumber-sumber daripada alam semula jadi seperti makanan, air, kayu api, kulit
binatang dan sebagainya untuk terus hidup. Budaya memungkinkan manusia
mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri
sendiri. Sebagai contoh, manusia telah mencipta peralatan untuk memburu
binatang, menebang pokok, menghidupkan api dan sebagainya (sila lihat
Rajah 1.8). Sifat adaptif budaya memastikan manusia terus kekal dan dominant
di muka bumi.

Rajah 1.8: Masyarakat primitif

Pada masa yang sama, budaya juga boleh bersifat maladaptif, iaitu tidak
menyumbang kepada kelangsungan masyarakat manusia. Aspek negatif boleh
membawa kepada kehancuran masyarakat manusia dalam jangka masa panjang.
Misalnya, tabiat merokok adalah suatu budaya yang agak meluas dan diterima
secara global. Tetapi jika kita merenung sejenak tentang fenomena sosial ini,
sudah tentu kita akan bersetuju bahawa merokok merupakan budaya yang
maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan mencemarkan udara.

1.3.8

Budaya Bersifat Integratif

Budaya sebenarnya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara
satu sama lain. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi,
pendidikan, keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan, teknologi, keluarga, sistem
perubatan, seni hiburan dan keupacaraan. Aspek-aspek ini tidak berdiri sendiri
tetapi saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesuatu perubahan kepada
mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang
lain. Inilah yang dimaksudkan dengan budaya bersifat integratif. Justeru
pendekatan antropologi cuba melihat masyarakat secara menyeluruh atau
holistic.

12 X

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

Misalnya, apabila sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi, ini akan


turut menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. Institusi keluarga mungkin
goyah kerana ramai orang akan berasa tertekan akibat dibuang kerja. Sistem
pendidikan pula mungkin berkembang kerana mereka yang dibuang kerja
mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Pada masa yang sama,
teknologi akan berkembang dengan munculnya inovasi-inovasi yang mampu
menjimatkan kos kehidupan, contohnya penggunaan gas cecair asli (liquefied
natural gas) atau LNG dalam kenderaan NGV sebagai alternatif kepada bahan
bakar petrol.

SEMAK KENDIRI 1.3


1.

Bezakan budaya adaptif dan budaya maladaptif.

2.

Budaya bersifat integratif. Huraikan dengan contoh-contoh


yang sesuai.

Terdapat pelbagai definisi yang boleh digunakan untuk menggambarkan


budaya. Namun untuk tujuan modul ini, budaya didefinisikan sebagai suatu
cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan
dan pantang-larang yang dipancarkan dalam sesebuah masyarakat daripada
satu generasi ke generasi yang lain.

Antropologi berminat untuk mengetahui serba serbi tentang manusia,


tentang wujudnya mereka sebagai insan sosial (bukan sebagai insan biologi),
tentang bagaimana mereka hidup dalam berbagai-bagai jenis masyarakat di
serata pelusuk dunia yang mempunyai iklim, ekologi dan suasana alam
semulajadi yang berbeza-beza.

Dalam membincangkan budaya, kita seharusnya prihatin terhadap ciri-ciri


yang mencorakkan budaya. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
(a)

Budaya dikongsi

(b)

Budaya dipelajari

(c)

Budaya tidak kelihatan

(d)

Budaya mempengaruhi proses-proses biologi

(e)

Budaya saling berubah

(f)

Kesejagatan budaya

TOPIK 1 BUDAYA DAN MASYARAKAT

(g)

Budaya adaptif dan maladaptive

(h)

Budaya bersifat integratif

13

Sebagai insan sosial, kita tidak mampu lari daripada pengaruh budaya.
Dalam interaksi sosial seharian, banyak yang kita pelajari dan amalkan
tentang budaya kita sendiri. Budaya itu merupakan lumrah kehidupan kita
sebagai manusia.

Antropologi

Inovasi

Antropologi budaya

Kejutan budaya

Antropologi sosial

Pembudayaan

Budaya

Unsur-unsur budaya universal

Difusi budaya

Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).


Belmont: Thomson Wadsworth.
Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of human
diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education.
Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004). Anthropology: A global
perspective (5th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.

Anda mungkin juga menyukai