Anda di halaman 1dari 2

Isu kenaikan harga barang

Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita.


Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah.
Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban
kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai
pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena
jimat sebelum habis.
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini
ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat.
Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat
perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja
sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50
atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini,
kita dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat
mengurangkan kenaikan harga barang.
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan
keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan
keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah
diketepikan. Sebagai contoh, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan
pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya.
Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti
beras, gula, tepung, dan sebagainya.
Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di
pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat
hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu
teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam
di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila
pembeli memboikot pembelian terhadap ayam tersebut dalam tempoh tertentu,
harga ayam tersebut akan turun kembali.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan
dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan
harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai
yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan mengejut dari semasa
ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan dan tidak bersikap sperti lintah darat. Sebagai contohnya, manamana penjual yang menaikkan harga barangan sesuka hati hendaklah didakwa
di mahkamah. Tindakan tegas seperti ini akan menyebabkan mereka tiak berani
untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut
kenaikan harga barang.
Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak
terutamanya pengguna. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur
dengan tebig untuk menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula,
janganlah bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing tetapi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin hendaklah bersama-sama
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga barang. Sebagai

pengguna yang bijak, berhemahlah ketika berbelanja, beli mana yang perlu
sahaja. Jimat cermat amalan mulia, sedangkan membazir itu amalan syaitan.

Anda mungkin juga menyukai