Anda di halaman 1dari 4

Khalifah Umar sabar, diam apabila dileteri isteri

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat


getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang
kita kerap menyebut 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami
isteri'.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai
kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan
bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri


kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada
mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah
hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang


bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala
seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang
menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan
perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan
kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi
Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di
luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar


diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah
keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka
bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar.
Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu


mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku.

"Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada
diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka
bagaimana dengan aku?"

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar


mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku,


membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak
diwajibkan ke atasnya.

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram


(zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku.


Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."
Mempekenalkan ebook "Aku Bahagia", dengan membaca ebook ini, insyallah,
anda akan memperoleh :-

• Kekuatan Jiwa Dalam Menentukan Hidup Anda. Kita yang


menentukan arah hidup kita. Kita yang membuat pilihan dan
keputusan. Semuanya atas kehendak kita.
• Nampak & Sedar Akan Realiti Kehidupan. Segalanya adalah
sekarang bukan semalam. Semalam adalah sejarah yang hilang. Ia
hanyalah pengalaman dan teladan.
• Membina Fikiran Yang Sihat. Fikiran yang sihat memajukan jiwa.
Jiwa yang sihat menggerakkan kebahagiaan.
• Mencipta Masa Untuk Diri. Kadang-kala kita terlalu sibuk sehingga
pengurusan diri terabai. Kita lupa bahawa diri kita itulah yang
terpenting dalam kehidupan.
• Memahami Ertikata Perhubungan. Apakah syarat dalam
perhubungan. Apakah akibat suatu pehubungan. Apakah perhubungan
yang membahagiakan.
• Redha Kepada Musibah Yang Menimpa. Semua yang berlaku ada
pengajaran dan hikmah yang ditentukan.
• Tips Melayani Keluarga. Bagaimana keluarga sentiasa akan
merindui dan mengenagkan kita. Bagaimana anak- anak akan sentiasa
ingin di pangkuan kita walaupun mereka sendiri telah berkeluarga.
• Tips Mengikat Hati Untuk Suami dan Isteri. Petua bagaimana
mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.
• Tahu dan Menjauhi Pemikiran Yang Membunuh Jiwa. Tips yang
terpenting untuk mendapat jiwa yang tenang menuju kebahagiaan.
• Tips Membina Jiwa Yang Tenang. Panduan untuk membentuk jiwa
agar sentiasa sihat dan tenang.

Semua perkara tersebut ada di perjelaskan dengan terperinci di dalam ebook


ini. Jangan lepaskan peluang mendapatkan ebook yang amat bermakna ini.
Amat sesuai untuk bacaan setiap peringkat umur.

DAPATKAN DI SINI

Anda mungkin juga menyukai