Anda di halaman 1dari 49

NYATAKAN JENIS KEGAGALAN

TANAH DENGAN TERPERINCI


DAN KAEDAH MEMPERBAIKI
SIFAT-SIFAT TANAH SERTA
NYATAKAN PENGUNAAN
GEOSINTETIK DALAM
KEJURUTERAAN AWAM

1.0 PENGENALAN
Projek pembinaan seperti pembinaan bangunan, jalan raya, jambatan dan kesemua beban struktur
akan ditanggung oleh tanah. Oleh sebab itu tanah mestilah mempunyai keupayaan galas yang baik
untuk menanggung beban-beban tersebut. Selain itu juga, sifat-sifat fizikal tanah yang baik juga
menjaminkan kekuatan keupayaan galas tanah tersebut.

Selain itu, sifat-sifat tanah ini juga membolehkan seseorang jurutera untuk menentukan
seperti keupayaan galas tanah, enapan tanah, tekanan tanah sama ada tekanan ufuk atau tekanan
pugak, kuantiti tekanan air liang dan juga air dari tanah.

Penggunaan Geosintetik juga membantu sebagai bahan sokongan untuk memperbaiki sifat-
sifat tanah seperti pada cerun-cerun potongan atau cerun-cerun tambakan, subgred jalan raya, pelapik
tapak pelupusan sanitari dan sebagainya.

2.0 JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH


Walau bagaimanapun, bencana tanah runtuh sering kali disiarkan dalam akhbar-akhbar.
Punca kegagalan tanah sehingga terjadinya tanah runtuh, cerun runtuh dan bangunan mendap adalah
disebabkan oleh keupayaan galas tanah tidak lagi mampu menanggung beban sama ada beban tanah
sendiri atau beban luar yang dikenakan ke atas tanah. Terdapat beberapa jenis kegagalan tanah,
antaranya adalah seperti berikut :-

(a) Kegagalan cerun


(b) Kegagalan tanah semasa kerja pengorekan
(c) Kegagalan tanah asas cetak dan asas dalam.

2.1 JENIS-JENIS KEGAGALAN CERUN (SLOPE FAILURE)


Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan cerun yang berlaku.Antara kriteria utamanya adalah
mengetahui punca dan bentuk runtuhan pergerakan dalam tanah. Sesebuah cerun berpotensi untuk
gagal apabila tegasan kenaan meningkat atau kekuatan ricih tanah menurun. Tegasan kenaan
akan meningkat dengan meningkatnya beban atau wujudnya getaran dan kejutan.

Selain itu, peningkatan tekanan air liang juga berpotensi mengurangkan kekuatan
ricih tanah di samping meningkatkan tegasan. Kegagalan cerun berlaku apabila tegasan ricih
kenaan melampaui kekuatan ricih yang dimiliki oleh tanah. Pergerakan tersebut mungkin
berbentuk runtuhan ,gelinciran dan aliran.

Terdapat lima (5) jenis kegagalan cerun, iaitu ;

i. Jatuh
ii. Gelincir putaran
iii. Gelincir majmuk
iv. Gelincir translasi
v. Aliran.

2.1.1 Jatuh (Fall type landslide)


Pergerakan jenis ini biasa berlaku pada cerun yang sangat curam. Kejatuhan merupakan

keadaan apabila tanah tertanggal terus dari cerun dan lalu jatuh.

Kegagalan runtuhan melibatkan pusingan lapisan batu.

Dalam kes lain ,runtuhan ini bermula dengan pemisahan lapisan disebabkan oleh

pergerakan mengikut arah galian.

Pemisahan lapisan mungkin berlaku dengan cepat atau dalam jangka masa yang panjang.

Pemisahan yang cepat disebabkan oleh berat blok dan daya tekanan perbezaan ketinggian

antara bukit dan lembah.

Pemisahan yang lambat pula kebiasaannya mempunyai hubungan dengan proses alam

sekitar seperti pembekuan.


Rajah 2.1 : Mod Kegagalan Jatuh

Mod kegagalan jenis jatuh tidak begitu serius. Ia dikaitkan dengan kegagalan jangka pendek

cerun tanah terkukuh lebih. Dua fasa kegagalan dapat dikenal pasti.

Apabila sokongan sisi terhapus, tanah di sekitar kaki cerun membonjol keluar dan retak

tegangan muncul pada bahagian atas cerun.

Kemunculan retak ini menyebabkan peningkatan tegasan pada zon akar yang memisahkan

kedua-dua jisim.

Kewujudan air di dalam retakan akan memjejaskan lagi kestabilan.

Akhirnya, jisim tanah tumbang dan jatuh secara mendedak.


2.1.2 Pergerakan Gelincir (Slide type landslide)

Rajah 2.2.2 Pergerakan Gelincir

Ia melibatkan pergerakan tanah pada satah kegagalan yang mengalami ricih yang tinggi.

Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku kerana terdapatnya keretakan pada permukaan

asal.

Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebihi kaki cerun dan terkumpul

pada kaki cerun.

2.1.3 JENIS GELINCIR PUTARAN


Rajah 2.3 : Mod Kegagalan Gelincir Putaran

Gelincir dalam bentuk putaran ini secara keratin boleh membentuk lengkuk atau sebaliknya.
Gelinciran putaran yang membentuk keratin bulat selalunya berlaku pada tanah cerun yang
homogeny dan keratin yang tidak membentuk bulat berlaku pada tanah yang tidak homogeny
(Craig, 1986)
Dalam keadaan gagal, tanah akan meretak dan pecah secara bersiri kepada beberapa bahagian
yang lebih kecil.

Rajah 2.3.1 Jenis-Jenis Gelincir Putaran

Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadi pada tanah butiran halus .
Kegagalan jenis ini mempunyai garis lengkung kegagalan yang melengkung ke atas member
kesan condong kepada jisim yang bakal gelincir.
Ini menyebabkan tanah di bahagian atas cerun menggelangsar menuruni permukaan
gelinciran.
Kegelinciran puritan mempunyai permukaan gelinciran berbentuk bulat (circular, tidak bulat
(non-circular) dan cetek.
2.1.4 JENIS GELINCIR MAJMUK

Rajah 2.4 : Mod Kegagalan Gelincir Majmuk

Gelincir ini adalah gabungan antara gelincir putaran dan peralihan.

Ia dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai perbezaan kekuatan

yang tinggi seperti gelincir peralihan.

Namun gelincir majmuk ini berbeza memandangkan stratum yang terlibat mempunyai

kedalaman yang besar sehingga menyebabkan kegagalan membentuk permukaan lengkuk

dan bersatah.

2.1.5 GELINCIR TRANSLASI


Rajah 2.5 : Mod Kegagalan Gelincir Translasi

a) Gelincir translasi berlaku kerana kewujudan keheterogenan seperti lapisan tanah

lemah dan sempadan di antara dua bahan berlainan.

b) Gelincir ini berlaku biasanya keheterogenan terletak agak cetek daripada permukaan

cerun.

c) Permukaan kegagalan hampir sesatah dan selari dengan cerun muka bumi.

d) Pada cerun tanah tak jelekit, gelincir translasi berlaku apabila keadaan berubah,

contohnya berlaku risipan. Jisim yang tergelincir dapat bergerak jauh sebelum

berhenti.

2.1.6 ALIRAN (Flow type landslide )

Rajah 2.6 : Mod kegagalan aliran


Kegagalan secara aliran lazimnya berlaku di Malaysia dalam bentuk aliran lumpur yang mana
dikaitkan dengan kandungan air dalam sesuatu tanah(earthflow)
Ia akan berlaku apabila sesuatu bahan terpecah dan bergerak tanpa tumpuan perpindahan pada
sempadan ricih.
Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi
had cecair.
Bagi tanah yang berjelekit , pergerakan aliran boleh berlaku walaupun kandungan lembapan
tidak melebihi had cecair.

2.2 KEGAGALAN TANAH SEMASA KERJA PENGOREKAN

Kerja-kerja pengorekan biasanya dilakukan dalam kerja-kerja penyediaan tapak projek


seperti asas, ‘basement’, dan lain-lain kerja pengorekan.

Apabila kerja-kerja pengosekan dilakukan, sekiranya tanah tersebut tidak ditopang pada
tebing korekan, maka kegagalan tanah akan berlaku.

Antara kegagalan tanah semasa korekan adalah seperti berikut :-


a) Enapan permukaan tanah yang bersebelahan dengan korekan
b) Pergerakan sisi tanah
c) Lambung oleh dasar korekan
Rajah 2.7 : Kegagalan Tanah Semasa Kerja Pengorekan

2.3 KEGAGALAN ASAS CETEK DAN ASAS DALAM (Foundation Failure)


Kegagalan asas cetek dan asas dalam adalah lebih ke arah keupayaan galas tanah bagi menanggung
beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih tanah yang menyokong asas.

2.3.1 Kegagalan Asas Cetek

Ada tiga mod kegagalan tanah yang berlaku pada asas cetek, iaitu
a) kegagalan ricih am
b) kegagalan ricih tempatan
c) kegagalan ricih menebuk.

(a) Kegagalan Ricih Am


Rajah 2.8 : Kegagalan Ricih Am

Permukaan kegagalan berterusan terhasil di antara hujung-hujung asas dan permukaan tanah
seperti ditunjukkan dalam rajah 2 8. Apabila tekanan dinaikan, keadaan keseimbangan plastik
tercapai, tanah disekeliling asas beransur-ansur merebak ke arah bawah dan keluar. Pada keadaan
keseimbangan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh tanah di atas permukaan gagal. Perlambungan
permukaan tanah berlaku di atas kedua-dua belah asas.

(b) Kegagalan Ricih Tempatan

Rajah 2.9 menunjukkan mod kegagalan ricih tempatan.

Mampatan yang besar berlaku pada tanah di bawah asas dan hanya berlaku sebahagian
keadaan keseimbangan plastik. Terdapat sedikit perlambungan berlaku di bahagian permukaan
tanah dan pemadatan di bahagian bawah asas. Kejadian ini menyebabkan berlakunya mendapan
pada asas.

(c) Kegagalan Ricih Menebuk


Rajah 2.10 : Kegagalan Ricih Menebuk

Kegagalan ricih menebuk berlaku apabila terdapatnya mampatan tanah di bahagian bawah
asas dan perlambungan tanah tidak berlaku di bahagian permukaan tanah. Kejadian ini menyebabkan
berlakunya mendapan yang besar pada asas. Rajah 2.10 menunjukkan mod kegagalan ricih menebuk.

2.3.1 Kegagalan Asas Dalam


Asas dalam juga dikenali dengan cerucuk(pile).

Keupayaan galas cerucuk adalah bergantung kepada dua faktor utama, iaitu ;

(a) Geseran antara tanah dengan cerucuk


(b) Sokongan dasar cerucuk di dalam tanah

Sekiranya beban pada cerucuk melebihi keupayaan galas tanah dan kekuatan ricih tanah gagal
menanggung beban, maka terjadinya kegagalan cerucuk di mana berlaku enapan pada batang cerucuk.

3.0 KAEDAH MEMPERBAIKI SIFAT-SIFAT TANAH


Terdapat beberapa alternatif dibuat bagi memperbaiki sifat-sifat tanah supaya tanah stabil dan
mampu menanggung beban binaan di atasnya. Antara kaedah-kaedah memperbaiki sifat-sifat tanah
tersebut adalah kaedah pemadatan, pengukuhan dan penggunaan geosintetik.

3 Jenis kaedah memperbaiki sifat-sifat tanah :

a) Pemadatan

b) Pengukuhan

c) Geosintetik

3.1 Pemadatan

Pemadatan ditakrifkan sebagai satu proses meningkatkan ketumpatan tanah dengan


merapatkan atau menyendatkan zarah-zarah tanah. Proses pemadatan ini akan mengurangkan
isipadu udara tetapi tiada perubahan ketara terhadap isipadu air di dalam tanah tersebut.
Proses pemadatan tanah boleh dilakukan dengan menggunakan jentera penggelek, jentera
penggetar atau alat pelantak yang piawai.

Pemadatan dilaksanakan untuk meningkatkan beban unit bahan melalui kaedah


mekanik seperti menggelek, menguli atau menghentam. Udara dalam rongga disingkir dan
zarah tanah dipaksa menyusun dengan lebih rapat. Pemadatan juga dapat mempertingkatkan
lagi kekuatan benteng dan subgred jalan raya.

Objektif pemadatan ialah untuk menyingkirkan udara dari jisim tanah dan seterusnya
menurunkan nisbah rongga.

3.1.1 Tujuan Pemadatan.


Kerja-kerja pemadatan amat penting untuk membuat asas jalan (subgred), benteng
daripada tambakan tanah, asas bangunan dan sebagainya. Pemadatan selalunya dilakukan
lapis demi lapis (biasanya ketebalan setiap lapisan adalah antara 200 – 300 mm) dengan
menggunakan penggelek, penggetar atau pelantak.

Antara kebaikan proses pemadatan dalam konteks pembaikan sifat kejuruteraan jisim tanah
adalah :

Pengenapan yang membahayakan boleh dikurangkan atau dielakkan.


Kekuatan tanah bertambah dan kestabilan cerun boleh diperbaiki.
Keupayaan galas bagi subgred boleh diperbaiki.

3.1.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemadatan

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi darjah pemadatan tanah adalah :

Kandungan air
Tenaga pemadatan yang dikenakan pada tanah.
Sifat-sifat tanah.

a) Kandungan Air.

Kandungan air merupakan satu sifat yang penting dalam pemadatan tanah. Ini kerana
pada kandungan air yang rendah, tanah menjadi kukuh dan sukar untuk dipadatkan. Dengan
ini, tanah yang dipadatkan mempunyai ketumpatan kering yang rendah dan nisbah lompang
yang tinggi. Peningkatan kandungan air menghasilkan pelinciran kepada tanah dan
menambahkan kebolehkerjaan ( lebih mudah dipadatkan ), seterusnya meningkatkan
ketumpatan kering tanah tersebut sehingga ke tahap kandungan air yang optima. Tetapi
sekiranya kandungan air terlalu tinggi (iaitu melebihi nilai optima), air akan memisahkan
zarah-zarah tanah. Ini menyebabkan ketumpatan kering tanah menjadi kurang.

b) Tenaga Pemadatan.
Meningkatkan tenaga pemadatan bermaksud meningkatkan keperluan tenaga keatas
setiap berat unit tanah. Peningkatan tenaga pemadatan menyebabkan nilai ketumpatan kering
meningkat tetapi kandungan air optima menurun. Walaubagaimanapun, garisan ketepuan
tidak bergantung semata-mata terhadaptenaga pemadatan.

Bagi tanah yang tertentu, beberapa lengkung ketumpatan kering melawan kandungan
air boleh diperolehi bagi usaha padatan yang berlainan. Lengkung yang mewakili keputusan
ujikaji yang menggunakan pelantak 2.5 kg dan 4.5 kg ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.
Lengkung bagi ujian yang menggunakan pelantak 4.5 kg terletak di kiri atas lengkung bagi
ujian 2.5 kg. Oleh itu , padatan yang lebih tinggi akan menghasilkan nilai ketumpatan kering
maksima yang lebih tinggi dan nilai kandungan air optima yang lebih rendah.

Rajah 3.1 : Graf Ketumpatan Kering melawan Kandungan Air

c) Sifat-Sifat Tanah.
Lengkung-lengkung ketumpatan kering melawan kandungan air untuk satu julat jenis
tanah dengan usaha padatan yang sama ( menggunakan pelantak 2.5 kg ) ditunjukkan di
dalam Rajah 3.2. Pada amnya, tanah berbutir kasar seperti tanah berkelikir dan tanah berpasir
boleh dipadatkan kepada nilai ketumpatan kering yang lebih tinggi dibandingkan dengan
tanah berbutir halus seperti tanah berkelodak atau tanah liat.

Rajah 3.2 : Graf Ketumpatan Kering melawan Kandungan Lembapan

3.1.3 JENIS-JENIS JENTERA PEMADAT DI TAPAK.


a) Penggelek Roda Licin

Rajah 3.3 : Penggelek Roda Licin

Merupakan jentera penggelek yang paling lazim digunakan. Ia terdiri daripada


penggelek 3 roda tandem 8 000 – 10 000 kg. Ia bergerak sendiri dengan enjin diesel dan
mudah dipandu kerana mempunyai stereng untuk mengawalnya. Di samping itu ia juga
mempunyai taburan berat yang dapat diubah dengan menambahkan pemberat kepada
penggelek. Penggelek ini sesuai untuk semua jenis tanah apabila tindakan penghancuran
diperlukan, tetapi ia tidak sesuai untuk tanah pasir berkelodak dan pasir yang seragam.
b) Penggelek Bertayar Pneumatik.

Rajah 3.4 : Penggelek Bertayar Pneumatik

Penggelek ini pada asalnya merupakan satu pelantar yang dipasang antara dua
gandar. Gandar belakang biasanya mempunyai tiga tayar dan gandar hadapan dua tayar.
Walaupun demikian setengah model mempunyai lima tayar di belakang dan empat tayar di
hadapan. Penggelek ini sesuai untuk kebanyakan tanah yang berzarah halus dan kasar tetapi
tidak sesuai untuk tanah yang bergred seragam.
c) Penggelek Kaki Kambing.

Rajah 3.5 : Penggelek Kaki Kambing

Penggelek ini terdiri daripada tong keluli geronggang berkaki banyak yang berbentuk
belantan yang tertonjol keluar daripada permukaannya. Kaki ini menghasilkan tekanan yang
tinggi di atas satu kawasan yang kecil. Penggelek kaki kambing ini lebih sesuai digunakan
untuk tanah berzarah halus, terutamanya pada tanah yang mempunyai kandungan air yang
kurang daripada kandungan air yang optima.
d) Penggelek Grid

Rajah 3.6 : Penggelek Grid

Ia merupakan unit tertarik yang terdiri daripada pengguling yang diperbuat daripada
batang keluli yang bergarispusat 38 mm pada jarak 130 mm dari pusat ke pusat dan
memberikan ruang segiempat sama 90 mm. Jisim penggelek biasanya dalam lingkungan 5
500 kg tetapi boleh dinaikkan sehingga 11 000 kg dengan menambahkan beban mati.
Biasanya terdapat dua pengguling, tetapi pengguling ketiga boleh ditambah untuk
memberikan liputan yang lebih luas. Penggelek grid sesuai untuk semua jenis tanah, termasuk
tanah liat basah dan kelodak.
3.2.1 PENGUKUHAN

Pengukuhan merupakan satu proses pengaliran air keluar dari tanah tepu dan mengurangkan
isipadu dalam masa tertentu.

Bagi tanah pasir yang mempunyai kebolehtelap yang tinggi, pengaliran dikatakan bermula
dan berakhir dengan seta merta. Sementara bagi tanah liat yang mempunyai kebolehtelapan yang
rendah, proses pengalirannya memakan masa yang agak lama. Sebab itu, proses pengukuhan
biasanya dikaitkan dengan tanah liat.

Secara amnya, pengukuhan ialah proses penyingkiran air dari rongga-rongga tanah.

3.2.1.1 Analogi Omboh dan Pegas

Konsep pengukuhan akan lebih mudah difahami dengan menggunakan analogii omboh dan
pegas sebagaimana yang diterangkan oleh Terzaghi dan Peck (1948).

Rajah 3.2 : Analogi Omboh dan Pegas


Rajah 3.7 : Analogi Omboh dan Pegas

Dalam analogi di atas, pegas dianggapkan sebagai bahan pepejal tanah dan air di mana air
dalam tanah yang memenuhi rongga-rongga tanah. Injap pula mengawal kadar aliran air di dalam
tanah sebenar.
Secara ringkasnya pengukuhan adalah proses pemindahan beban secara beransur-ansur
daripada air kepada bahan pepejal tanah, dan pada masa yang sama tekanan air liang berkurangan dan
tegasan berkesan bertambah.

3.2.2 Jenis-Jenis Enapan


Terdapat dua jenis enapan utama iaitu enapan elastik dan enapan pengukuhan. Maka jumlah enapan
adalah hasil tambah enapan elastik dan enapan pengukuhan.

= i + c

ρ ρ ρ

Di mana, = Jumlah enapan


ρ

i = Enapan elastik/anjal
ρ

c = Enapan pengukuhan
ρ

a) Enapan Elastik

Enapan elastik merupakan enapan peringkat permulaan yang berlaku selepas sahaja beban
struktur bertindak. Enapan elastik boleh dikira dengan mengandaikan bahawa tanah adalah
homogen, isotrop dan mempunyai hubungan tegasan-terikan yang lelurus. Persamaan enapan
elastik adalah seperti berikut :-

qB
ρi = (1 − v 2 ) I s
E

Di mana, q = Tekanan di atas asas


B = Lebar atau diameter asas
E = Modulus Young
b) Enapan Pengukuhan

Terdapat dua jenis enapan pengukuhan, iaitu :-

i. Enapan primer
Enapan primer merupakan enapan yang berlaku selepas lebihan tekanan
air liang masih berada di dalam tanah. Pengukuhan tanah berlaku di
mana kandungan air disingkirkan dari rongga tanah.

i. Enapan sekunder
Enapan peringkat sekunder merupakan anapan yang berlaku selepas
semua lebih tekanan air liang sudah lesap. Pengukuhan peringkat
sekunder seperti ditunukkan dalam rajah 3.8.
Rajah 3.8 : Graf Ketebalan Sampel Melawan Punca Kuasa Dua Masa

4.0 PENGGUNAAN GEOSINTETIK DALAM KEJURUTERAAN AWAM

Rajah 4.1 – Kumpulan Geosintetik

Sebenarnya bahan-bahan di atas merupakan kumpulan geosintetik. Dalam industri


pembinaan geosintetik, ia biasanya digunakan sebagai bahan sokongan untuk memperbaiki sifat-sifat
tanah seperti pada cerun-cerun potongan atau cerun-cerun tambakan, subgred jalan raya, pelapik tapak
pelupusan sanitari dan sebagainya.

Geosintetik juga mempunyai satu atau lebih fungsi untuk membantu memperbaiki sifat-sifat
tanah. Di antaranya adalah seperti berikut :-

i. Pemisahan
ii. Tetulang
iii. Penurasan
iv. Penyaliran
v. Halangan lembapan
Geosintetik adalah bahan gentian yang diperbuat daripada polimer. Polimer pula terdiri daripada
berbagai jenis, di antaranya adalah poliester (PET), politilena (PE), poliamida (PA), polipropilena
(PP), polivinil klorid (PVC), nilon dan lain-lain. Jenis-jenis geosintetik adalah seperti berikut :-

i. Geotekstil
ii. Geomambren
iii. Geogrid
iv. Geonet

Rajah 4.2 : Perbandingan antara jenis-jenis Geosintetik di pasaran


4.1 GEOTEKSTIL

Rajah 4.3 : Geotekstil

Geotekstil juga dikenali sebagai fabrik. Ia diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti
poliester, politilena dan polipropilena dan juga diperbuat daripada kaca gentian. Geotekstil boleh
wujud dalam tiga bentuk iaitu tenunan, sulaman dan bukan tenunan.

Geotekstil tenunan terdiri daripada dua set filamen yang selari berselang-seli secara
sistematik untuk membentuk satah struktur. Geotekstil sulaman pula dibentuk oleh satu gelung yang
terdiri daripada satu atau lebih filamen yang saling mengunci untuk membentuk satah struktur.
Manakala geotekstil bukan tenunan dibentuk daripada filamen atau gentian pendek yang disusun
atau diannyam secara jarang untuk membentuk satah struktur.

Filamen atau gentian pendek dilekatkan di antara satu sama lain dengan menggunakan salah
satu kaedah atau gabungan kaedah berikut :-

i. Ikatan kimia
ii. Ikatan termal
iii. Ikatan mekanikal
Ikatan kimia adalah kaedah di mana ia menggunakan glue, getah, latek dan selulos untuk
melekatkannya. Ikatan termal pula merupakan proses pemanasan separa lebur filaman bagi tujuan
untuk melekatkannya. Manakan ikatan mekanikal adalah kaedah tebukan jarum.

Terdapat empat kegunaan utama geotekstil :-

i. Penyaliran : Geotekstil bertindak sebagai bahan penyaliran bagi membolehkan air


disalur keluar dengan cepat dari tanah ke kawasan buangan.
ii. Penurasan : Geotekstil diletak di antara dua lapisan tanah iaitu tanah berbutiran
halus dan tanah berbutiran halus, ia membenarkan resipan air dari satu lapisan ke
lapisan yang lain. Pada masa yang sama ia menghalang tanah berbutiran halus
bercampur dengan tanah berbutiran kasar.
iii. Pemisahan : Geotekstil membantu memisihkan beberapa lapisan tanah selepas
pembinaan.
iv. Tetulang : Kekuatan tegangan geotektik akan meningkatkan kapasiti beban galas
tanah.

Secara komersial geotekstil mempunyai ketebalan di antara 0.25 mm hingga 7.6 mm. Jisim per
unit luas di antara 150 g/cm2 hingga 700 g/cm2.
4.1.1 CARA- CARA MEMASANG GEOTEKSTIL

1
2

4
5

7
8

4.2 GEOMEMBREN
Rajah 4.4 : Penggunaan Geomambren dalam Pembinaan

Geomembren adalah bahan kalis cecair atau halangan wap. Ia diperbuat daripada kepingan
selanjar polimer yang boleh lentur. Jenis bahan polimer yang digunakan untuk membuat
geomambren adalah dari jenis termoplastik atau termoset. Jenis termoplastik termasuklah polivinil
klorid (PVC), politilena, politilena terklorin dan polimid.

Walaupun geomambren dikatakan kalis air, tetapi sebenarnya air masih boleh meresap
menerusinya. Satu ujian dilakukan ke atas geomembren, didapati bahawa pekali kebolehtelapannya
adalah di antara 10-10 hingga 10-3 cm/s.

Secara komersial geomambren wujud dalam bentuk lapisan tunggal yang mempunyai
ketebalan di antara 0.25 mm hingga 0.4 mm. Bagi geomembren dari jenis PVC dan politelena
mempunyai ketebalan di antara 4.5 mm hingga 5.0 mm.
Rajah 4.5 : Semasa memasang geomembren untuk ‘Biofilter Cell’

4.3 GEOGRID
Rajah 4.6 : Geogrid

Geogrid diperbuat daripada hasil produk petroleum seperti polipropilena dan polietilena.
Bentuk geogrid adalah seperti rajah 4.6. Ia berfungsi sebagai tetulang. Terdapat dua jenis
geogrid, iaitu :-

i. Geogrid Dwipaksi
ii. Geogrid ekapaksi
Rajah 4.7 : Sebelah kiri adalah Geogrid Ekapaksi dan Sebelah Kanan adalah Geogrid Dwipaksi

4.3.1 CARA-CARA MEMASANG GEOGRID


4.4 GEONET
Rajah 4.8 : Geonet

Geonet diperbuat daripada polimer berbentuk jaring seperti rajah 4.8. Fungsi utama
geonet adalah sebagai saliran. Geonet yang terdapat dalam pasaran adalah jenis polietilena
ketumpatan sederhana dan polietilena ketumpatan tinggi. Ia mempunyai lebar di antara 1.8 m
hingga 2.1 m dan panjang di antara 30 m hingga 90 m, dan tebalnya di antara 3.8 mm hingga
7.6 mm.

4.5 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setelah mengetahui jenis-jenis kegagalan tanah , kaedah memperbaiki sifat-
sifat tanah serta kegunaan geosintetik dalam kejuruteraan awam , kita juga dapat mengetahui cara-
cara mengatasinya bagi membolehkan ia stabil .Selain itu juga kegagalan cerun dan asas juga diambil
kira.Malah, sifat-sifat tanah juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang
jurutera bagi menggelak perkara seperti di Bukit Antarabangsa atau di kawasan sekitar Gunung Pulai
berlaku lagi.Di samping, penggunaan Geosintetik yang amat penting dalam memperbaiki sifat-sifat
tanah selain daripada kaedah yang telah diceritakan di dalam tugasan ini. Sekian ,terima kasih.
4.6 LAMPIRAN

Rajah 4.5.1 : Flow type landslide


Rajah 4.5.2: Kawasan –kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh
Rajah 4.5.3 : Satah‘relict joint’(bahagian kiri) merupakan salah satu struktur pengawal kegagalan cerun disini
Rajah 4.5.4 : Cara – cara memasang geotekstil
Rajah 4.5.5 : Semasa dalam proses memasang geogrid
4.7 RUJUKAN

1. http://www.w3.org/1999

2. http://www.graymont.com/pdf/redirock/Retaining_Wall_Installation.pdf

3. http://www.ezinearticles.com/?Foundation-Failure&id=774139

4. http://en.wikipedia.org/wiki/File:Geosynthetics2.jpg

5. http://www.army.mil/usapa/eng/DR_pubs/dr_a/pdf/tm5_818_8.pdf

6. http://www.geomembranes.com/index_resources.cfm?copyID=33&ID=geo&type=tech

7. http://rakan.jkr.gov.my/cawangan/cjalan/documentation/seminarCourseNotes/USJ/mesyuarat

pd/Presentation_EngGeo.pdf