Anda di halaman 1dari 4

Keberkesanan Kempen Eco-friendly UUM ke atas KAP warga Kampus UUM

Pengenalan

Isu tentang penjagaan dan kelestarian alam sekitar adalah di antara isu yang utama yang banyak
mendapat perhatian dari banyak organisasi sama ada organisasi awam, korporat maupun sukarela.
Ini kerana ia merupakan satu isu yang menyentuh setiap aspek kehidupan manusia. Sekira alam
sekitar tidak diberi perhatian yang serius dan tanpa penjadaan yang wajar, maka kelansungan
kehidupan manusia yang stabil dan teratur akan berkemungkinan besar terjejas.

Masakini, banyak organisasi samada secara individu maupun berkumpulan telah mengambil
berbagai inisiatif dalam menyedarkan, mendidik dan mengubah tingkahlaku masyarakat dalam
penjagaan alam sekitar sama ada melalui penglibatan secara langsung maupun penajaan program-
program penjagaan alam sekitar.

Dalam hal ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak ketinggalan dalam membantu mengekalkan
persekitaran yang lebih harmonis. Tanggal 6 Julai 2008, UUM telah melancarkan satu kempen
alam sekitar yang bertemakan Nature Campus. Kempen ini antara lain bertujuan mendidik
warga kampus mengenai penjagaan alam sekitar (knowledge), memberi kesedaran kepada
warga kampus tentang kepentingan memelihara alam sekitar (attitude) dan mengubah
sikap dan gaya hidup ke arah gaya hidup yang harmonis dengan alam sekitar (practice).

Kempen ini yang melibatkan semua warga kampus telah menekankan pengharaman
penggunaan bekas makanan polisterina dan penggunaan beg palstik dalam kampus. Ia
merupakan sebagai satu komitmen UUM dalam usaha-usaha memperbaiki alam sekitar.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dan temubual-temubual secara tidak rasmi yang


dijalankan bersama operator premis perniagaan makanan dan pelajar-pelajar terutamanya
mendapati bahawa adalah sukar untuk menjayakan kempen ini kerana:

1. bekalan bekas-bekas makanan “biodegradable” tidak tetap dan harganya mahal


dari biasa
2. Tambahan bayaran 20 sen ke atas pembeli yang menggunakan bekas tersebut
menjadi bebanan kepada pembeli

Latarbelakang kempen

Objektif Kempen Eco-Friendly ini adalah:


a. Memberi kesedaran di kalangan warga kampus UUM tentang kepentingan memelihara
alam sekitar.
b. Memupuk kecintaan terhadap alam sekitar melalui projek-projek eco-friendly yang akan
diadakan.
c. Menyebar maklumat dan pengetahuan tentang bagaimana warga kampus UUM dapat
membantu membuat perubahan menyelamatkan alam sekitar.
d. Mengubah sikap dan gaya hidup warga kampus UUM seiringan dan harmonis dengan
alam sekitar.

Sebagai permulaan, beberapa langkah telah dikuatkuasakan. Ini termasuk:


1. Penggunaan bekas polisterina untuk mengisi makanan tidak dibenarkan di kampus.
Sebagai alternatif pelajar dan staf digalakkan:
• makan di kafeteria
• membawa bekas makanan sendiri di mana rebat 20sen akan diberi
• menggunakan eko-pak (bekas makanan yang boleh dikitar semula)

2. Pengharaman beg plastik di kampus.


Sebagai alternatif kepada beg plastik, pelajar dan staf hendaklah menggunakan:
• beg mesra alam dan dibuat daripada bahan yang boleh di kitar semula
• beg kain/kanvas
• beg kertas
• pembalut kertas

Selain dari itu, satu pasukan pemantau akan ditubuhkan yang terdiri daripada sukarelawan
dan aktivis alam sekitar yang akan memantau ketetapan ini dipatuhi oleh warga kampus.

Permasalahan Kajian

Seperti yang dinyatakan di atas, kempen ‘eco-friendly’ UUM telah berjalan Kempen alam
sekitar yang telah dilancarkan lebih dua tahun. Namun tiada sebarang perubahan ketara
yang dapat dilihat sama ada dari segi pengetahuan, sikap dan amalan.

Kajian ini ingin melihat sejauh mana perubahan-perubahan yang dicadangkan dalam
objektif kempen ini tercapai terutama perubahan dari segi sikap dan amalan. Ia juga akan
melihat kepada respon warga kampus terhadap kempen ini terutama dari segi amalan
mereka dalam membantu mewujudkan persekitaran yang harmonis.

Disamping itu, kajian ini juga akan mengkaji keberkesanan komunikasi yang digunakan
dalam penyampaian mesej-mesej mengenai kempen ini kepada khalayak sasaran.

Objektif Kajian

Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada kempen ini telah
berjaya mengubah pengetahuan, sikap dan amalan warga kampus terhadap isu penjagaan
alam sekitar atau sebaliknya. Secara khususnya objektif-objektif kajian adalah seperti
berikut.

1. Untuk mengetahui sejauh mana warga kampus terutama pelajar-pelajar sedar akan
kewujudan kempen ini.
2. Untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan warga kampus terhadap isu alam
sekitar dan penjagaannya.
3. Mengenalpasti factor-faktor yang boleh mengubah sikap dan amalan mereka bagi
menjayakan kempen ini.
4. Mengenalpasti keberkesanan proses komunikasi yang dijalankan dalam
menyampaikan mesej-mesej mengenai kempen ini kepada khalayak sasaran.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini dibentuk dari objektif-objektif kempen ‘eco-friendly’ yang


disenaraikan di atas di mana persoalan-persoalan ini berasaskan pengetahuan, sikap dan
amalan sampel kajian:

1. Apakah warga kampus sedar tentang kewujudan kempen ini?


2. Apakah mereka faham tentang mesej yang hendak disampaikan kepada mereka
melalui kempen ini?
3. Apakah kempen ini mampu mengubah sikap mereka mengenai alam sekitar dari
negative ke positif?
4. Apakah mereka amalkan apa yang dicadangkan oleh kempen ini?

Ulasan karya

 “Pembangunan sebagai proses yg terjadi pada tahap atau tingkatan sistem sosial”.
(Rogers, 1969)

 “Melibatkan proses menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan


sosial.” (Todaro, 1977)

 “Proses perubahan sosial yg bersifat penyertaan secara luas utk memajukan


keadaan sosial dan kebendaan.” (Rogers, 1978)

Methodologi

Kajian ini adalah merupakan kajian ‘baseline’ kerana ia bertujuan mengumpul data awal
sebagai panduan untuk kajian.

Kajian baseline adalah satu kaedah kajian yang selalunya akan memberikan maklumat
kuantitatif mengenai sesuatu keadaan. Ia bertujuan memberikan jawapan dalam bentuk
kuantitatif sesuatu angkubah bagi satu masa tertentu. Selalunya maklumat yang dikumpul
adalah bagi menjawab soalan-soalan apa? Siapa? Di mana? Kenapa? Bila? Dan Bagaimana?

Untuk kajian ini, kaedah baseline digunakan untuk mengukur pengetahuan, sikap dan
amalan sampel mengenai isu yang dikaji. Ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai
keberkesanan kempen “eco-friendly” yang dijalankan oleh UUM.

Terdapat beberapa sebab mengapa kaedah kajian baseline digunakan untuk penyelidikan
ini:

 Hasil kajian yang dalam bentul kuantitatif selalunya mudah meyakinkan pembuat
polisi dan memberikan justifikasi untuk mengatasi masalah dan mengadakan
penambahbaikan kepada sesuatu masalah.

 Hasil kajian yang dikongsi dengan masyarakat, mampu menggerakkan masyarakat


untuk bertindak. Sekiranya hasil kajian adalah positif maka masyarakat boleh
meliha bahawa mereka telah melakukan sesuatu yangbaik. Tetapi sekiranya hail
kajiannya negative, ia boleh menjadi satu topic perbincangan untuk
penambahbaikan.

 Kajian baseline juga boleh digunakan untuk membentuk strategi komuniksi melalui
penentuan keutamaan kumpulan yang dikenalpasti dalam permasalahan ini. Ini
kemudian membolehkan penentuan objektif komunikasi dan memfous kepada
kandungan bahan meida yang hendak disampaikan kepada masyarakat.

 Kajian baseline juga menunjukkan taburan dan penggunaan media dalam


masyarakat. Ia jgua membei maklumat tentang kencederungan penggunaan media.
Ini boleh membenatu dalam penentuan media mana yang paling ssuai dan berkesan
untuk digunakan dalam program komunikasi.

 Kajian baseline boleh dijadikan sebagai rujukan atau tanda aras bagi perbandingan
atau kajian impak dalam menilai sejauh mana objektif terdahulu telah dicapai.

 Jika dijalankan dengan betul, hasil kajian boleh digunakan untuk andaian bagi
situasi-situasi lain yang mempunyai karakteristik yang sama.

Anda mungkin juga menyukai