Anda di halaman 1dari 7

JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KARYA MELAYU KLASIK: HIKAYAT AWANG


DONAN

NAMA: NORAINI BINTI ISMAIL

NO.MATRIK:JEA080082

PROF.DR AMRAN AHMAD

1
Dari sudut epistemologi perkataan falsafah berasal dari perkataan Yunani
atau Greek purba iaitu Pilosophia. Philos bermakna cinta dan Sophia bererti
hikmah atau kebijaksanaan. Jadi philosophia bermakna cinta akan kebijaksanaan
atau hikmah. Dari perkataan philosophia muncullah perkataan philosophy dalam
bahasa Inggeris, falsafah dalam bahasa Arab, Philosophy dalam bahasa Jerman dan
Perancis, filosofia dalam bahasa Sepanyol dan falsafah atau falasifat dalam bahasa
Melayu yang bermakna cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan.(lihat
missal ABD Jalil Hassan 1964:41, Sidi Gazalba 1974:17, Al Syaibani 1991:25,
Hassan Langgulung 1991;41 Wollf 1992:17). Perkataan philosophia mula digunakan
oleh ahli falsafah Yunani pada abad ke 7 S.M. namun ada pendapat mengatakan
perkataan ini mula diguna oleh Socrates yang hidup pada abad ke 5 S.M.(Abd.
Jalil Hassan(1989:4) Pendapat pertama yang mengatakan perkataan philosophia
mula digunakan pada abad ke S.M. dipertahankan dengan berasaskan fakta bahawa
sejak 600 tahun S.M. sekumpulan pemikir Miletus (kini dikenali sebagai Pantai
Turki)telah menyelidik kandungan, susunan dan asal usul dunia. Tokoh pertama
yang dianggap sebagai ahli falsafah daripada yang dikenal Melibians ialah Thales.
Erti cinta akan hikmah atau kebijaksanaan untuk kata falsafah dapat dipertalikan
dengan usaha menyelidik hakikat kandungan, sususnan dan asal usul alam semesta
yang dimulakan oleh Thales. Erti kata falsafah dapat dibahagikan kepada tiga
sudut pandangan iaitu sudut bahasa, sudut praktis dan sudut perbezaannya dengan
ilmu yang lain. Plato(428-347S.M) telah memberi takrif faksafah dengan lebih
terperinci iaitu falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau
perkara disebalik sifat luarannya iaitu apa yang menjadi asas dan inti pati
pembentukan sesuatu benda atau perkara itu; apa zatnya, apa ensesinya dan apa
asasnya. Namun kini takrif falsafah berbagai-bagai bergantung kepada sudut
pandangan dan pegangan pentakrifnya. Menurut .A.G Fuller falsafah ialah satu
penyelidikan atau kajian dan ilmu yang berasaskan pentaakulan dan renungan
untuk merumuska sifat, hakikat dan kandungan alam wujud dilihat secara
keseluruhan sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap
data dan fakta yang diambil dari semua aspek alam wujud. Sejak abad ke-7 S.M.,
semua sains fizik dan metafizik disebut falsafah. Asalnya falsafah bersinonim
dengan ilmu iaitu kajian mencari ilmu yang meliputi semua bidang kajian teoritis.
Aspek asas yang dikaji dalam falsafah sebagai ilmu ialah penentuan bahan atau
komponen terbentuknya segala benda di dunia. Empat katogeri di dunia ialah
tanah, air, udara dan api. Menurut golongan Stoik falsafah sebagai ilmu dan
golongan ini telah menkaji dua aspek utama iaitu manusia dan hal ehwal manusia
dan kosmos atau alam semesta. Manakala Socrates membataskan kajian falsafah
pada manusia.

2
Maka ternampaklah oleh Raja Mambang Nan Bongsu akan dia dan
berkatalah Raja Mambang Nan Bongsu, “Oh, Awang Donan ada di Gunung Mandi
Angin, takkan aku belayar ke sini membnuh Raja Madong Bongsu.”
“Baiklah Awang, anak ayahanda:
Dua tidak,
Tiga tidak,
Melainkan Awang Donan seorang”.

“Ayahanda anakanda pun, ayahandalah:


Dua tidak,
Tiga tidak,
Melainkan ayahanda seorang. Marilah naik ayahanda”.

Maka naiklah Raja Mambang Nan Bongsu dan Raja Donan pun
mengeluarkan bekas srih sebuah dan tikar sebidang.
Maka duduklah Raja Donan dan Raja Mambang Nan Bongsu di atas tikar
sebidang itu bercakap-cakap sambil memakan sirih.
Kita Raja Donan,”Ayahanda, ajarlah anakanda memencak.”
“Baiklah Awang. Segala pencak yang ayahanda tahu akan ayahanda ajarkan
kepada Awang kerana anak ayahanda:
Dua tidak,
Tiga tidak,
Melainkan Awang seorang.”
“Baiklah ayahanda,” Kemudian pergilah Awang Donan menghadap bondanya
Puteri Permaisuri lalu berkata, “wahai bonda! Hendakkah bonda mengikut kita
anakanda?” Maka jawab bondanya,”Hai anakanda! Kite siapakah lagi bonda
hendak ikutkan kite ayahanda, ayahanda sudah meninggal.’ Maka berkata lagi
Awang Donan,” Kalau begitu bonda, memasaklah bonda dahulu kerana ayahanda
Mambang Nan Bongsu letih sangat belayar. Ia hendak makan nasi masakan bonda
sendiri. Sesudah memasak hendaklah bonda bersikat, berminyak dan bersanggul.”
“Baiklah anakanda,” jawab Puteri Permaisuri.
Maka memasaklah Puteri Permaisuri. Sejurus sejenang panjang kemudian,
maka masaklah sayur, nasi dan siaplah sambal sepiring. Maka diangkatlah
hidangan ke hadapan Raja Mambang Nan Bongsu lalu santaplah bersama Awang
Donan. Setelah itu maka Puteri Permaisuri pun berlimau bersanggul dan duduk
memakai di pintu gerbang. Melihatkan kecantikannya itu, sesuap nasi pun tak
habis dimakan oleh Raja Mambang Nan Bongsu kerana lenuk(asyik) matanya
memandang Puteri Permaisuri yang cantik manis tak ada tolok bandingnya di
seluruh Gunung Mandi Angin itu.
Maka Raja Donan pun sangatlah geram memandang mata Raja Mambang
Nan Bongsu itu. Maka berkatalah Raja Donan, “Marilah kita santap ayahanda.”
Maka santaplah Raja Mambang Nan Bongsu bersama-sama Raja Donan”
Sesuap kedua berundur air,
Ketiga makan sirih dua kapur.

3
Hikayat Raja Donan mengisahkan tentang seorang anak raja yang
dilahirkan dalam keadaan yang penuh keajaiban seperti apabila dilahirkan terus
jatuh ke tanah san di tangan kanan terdapat sebilah pedang, telur disebelah tangan
kiri serta beduk di atas bahu kanan. Keadaan ini telah memaksa Raja Madong
Bongsu ingin mengetahui nasib Raja Donan dan baginda telah memanggil Bidan
Nan Tujuh untuk menilik nasib anakandanya. Maka Bidan Nan Enam tiliklah
nasib Raja Donan dan mengatakan bahawa Raja Donan akan membawa musibah
pada baginda serta negeri. Namun tilikan Bidan Nan Enam merbeza dengan tilikan
Bidan Nan Tujuh yang mengatakan bahawa Raja Donan akan membawa tuah
kepada baginda namun tilikan Bidan Nan Tujuh tidak dippercayai oleh baginda.
Baginda telah membuat keputusan untuk membuang bayi tersebut ke laut namun
dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang dan mereka telah membawa
Raja Donan ke Pulau Sembilan dan mereka berkampung di sana.Maka
membesarlah Raja Donan dalam peliharaan Temenggung Bendahara. Pada suatu
malam Raja Donan telah mendengar bedil ayahandanya dan baginda berasa Raja
Mambang Nan Bongsu datang untuk mengambil Puteri Permaisuri. Raja Donan
telah mengambil keputusan untuk ke sana. Ketika Raja Donan sampai ke sana
Raja Madong Bongsu telah dibunuh oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja
Donan telah memanggil Raja Mambang Nan Bongsu sebagai ayahanda kerana
ingin memasang perangkap bagi membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja
Donan telah berpakat dengan Puteri Permaisuri dan menyyuruh permaisuri
menanak nasi untuk santapan Raja Mambang Nan Bongsu. Selesai makan Raja
Donan mengajak Raja Mambang Nan Bongsu untuk mengajar baginda silat dan
peluang ini telah diambil untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Selepas
membunuh Raja Mambang Nan Bongsu baginda telah menghidupkan kembali
ayahandanya dan kembali semula ke Pualu Sembilan. Raja Madong Bongsu telah
mengambil keputusan untuk mencari Raja Donan namun tidak Berjaya. Hal ini
kerana baginda masih berkecil hati dengan peerbuatan ayahandanya yang terlalu
mengikut tilikan sehingga sanggup membuangnya.

Menurut R.O. Winstedt cerita panglipur lara juga dikenali sebagai folk
romance. Cerita panglipur lara merupakan cerita –cerita roman yang mengandungi
unsur pengembaraan . Biasanya cerita berlegar-legar dikawasan istana atau golongan
putera-puteri, cerita raja dengan segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian
serta kejadian luar biasa. Menurut Dr,Ismaildalam bukunya mengatakan panglipur
laramembawa makna penghibur sementara lara bermakna duka. Jadi panglipur lara
bermakna cerita yang menghiburkan orang yang sedang berduka. Ciri-ciri
panglipurlara ialah percintaan wira dan wirawati dengan pelbagai unsur
pengembaraan, peperangan dan sebagainya. Stuktur cerita ini terdiri dari tiga
bahagian iaitu sebelum pengembaraan,semasa pengembaraan dan selepas
pengembaraan. Cerita panglipur lara biasanya diselangselikan dengan menggunakan
bahasa puisi yang indah dan berirama tertentu yang dikenali puisi berirama. Antara
fungsi cerita panglipur lara ialah sebagai alat hiburan bagi masyarakat melayu
terutama dikalangan rakyat jelata, sebagai alat didaktik iaitu alat pengajaran dan
pendidikan moral serta etika yang dapat dicontoh.

4
Cerita panglipur lara Hikayat Raja Donan menampilkan banyak falsafah
disebalik cerita ini. Antaranya ialah memartabatkan status pemerintah. Ciri ini
mempunyai persamaan dengan falsafah zaman pertengahan ataupun falsafah paderi.
Namun zaman paderi menjadikan paderi sebagai penguasa dan berkuasa terhadap
pemerintahan berbeza dengan dalam cerita Falsafah gereja dikuasai oleh Saint
Augustin dan Saint Thomas Aquinqs. Hikayat Raja Donan yang digambarkan
mempunyai pelbagai keistimewaan seperti lahir bersama dengan beduk, parang dan
sebiji telur ditangan. Selain itu, bagi meningkatkan lagi martabat Raja Donan,
baginda digambarkan seorang yang bijak. Hal ini dapat dilihat apabila Raja Donan
berjaya memperdayakan Raja Mambang Nan Bongsu dan berjaya membunuh raja
tersebut. Hanya menggunakan kebijaksanaan Raja Donan berjaya membuat helah
dengan menyatakan baginda ingin belajar pencak silat dengan Raja Mambang Nan
Bongsu dan memanggil raja itu dengan gelaran ayahanda. Semasa kedua-dua raja
itu sedang belajar silat Raja Donan mengambil kesempatan menikam Raja
Mambang Nan Bongsu. Dalam falsafah ilmu pengetahuan amat penting dan
dengan adanya ilmu pengetahuan seseorang itu dianggap sempurna. Bagi Plato
untuk mewujudkan sebuah negara ideal semua rakyat harus mempunyai
pengetahuan agar dapat mewujudkan negara yang sempurna.

Dalam hikayat ini juga diceritakan mengenai kepercayaan dan amalan


masyarakat zaman dahulu. Ini dapat dilihat melalui watak Raja Madong Bongsu
iaitu ayahanda kepada Raja Donan. Raja Madong Bongsu ingin melihat masa
hadapan anakandanya dan baginda telah memanggil Bidan Nan Tujuh untuk
menilik nasib anakandanya Raja Donan. Baginda bertanya kepada Bidan Nan
Enam dan bidan itu mengatakan Raja Donan akan membawa malang kepada
baginda dan negara namun berbeza pula dengan tilikan Bidan Nan Tujuh
menatakan Raja Donan akan membawa tuah kepada baginda. Akibat percaya pada
tilikan, baginda ingin membunuh Raja Donan namun dihalang oleh Temenggung
Bendahara dan Inang Pengasuh lalu mereka membawa Raja Donan ke Pulau
Sembilan. Kepercayaan dan amalan masyarakat dahulu hampir sama dengan
amalan dalam sejarah falsafah barat iaitu pada zaman falsafah zaman silam atau
kuno atau dikenali juga zaman aristocrat. Pada zaman ini masyarakat mengamalkan
anamisme atau kepercayaan terhadap alam sekeliling. Contohnya jika seseorang itu
melihat pokok yang besar mereka akan menganggap itu sebagai tuhan. Ini hampir
sama dengan Raja Madong Bongsu yang amat percaya pada tilikan tanpa mengira
takdir dari tuhan. Kepercayaan anamisme bergantung pada pancaindera semata-mata
tanpa mengira logic akal. Ilmu panancaindera tidak akan kekal dan akan sentiasa
berubah-ubah.

5
Hikayat Raja Donan turut memaparkan persoalan kasih saying dan simpati
sesame manusia. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Temenggung Bendahara
dan Inang Pemgasuh. Apabila mengetahui Raja Madong Bongsu ingin membuang
Raja Donan ke laut, Temenggung Bendahara telah mengambil inisiatif agar
memberi Raja Donan kepada beliau dan Inang Pengasuh untuk dipelihara. Mereka
telah membawa Raja Donan ke Pulau Sembilan dan membesarkan baginda disana
dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan ilmu bela diri. Hikayat ini juga
memaparkan kasih saying seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Peristiwa ini
digambarkan melalui watak Raja Donan yang sanggup membantu bonda dan
ayahandanya dari serangan Raja Maambang Nan Bongsu. Walaupun Raja Madong
Bongsu ingin membunuhnya dahulu namun Raja Donan tidak berdendam kerana
baginda mengatakan bahawa tanpa ayahandanya siapalah dia. Baginda elah
membunuh Raja Mambang Nan Bongsu dan menghidupkan kembali ayahandanya
yang telah mati dibunuh oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Sifat mulia seperti ini
juga diterapkan dalam ilmu falsafah.

Dalam hikayat ini juga terdapat juga jenis ilmu penetahuan manusia iaitu
ilmu mistik. Ilmu mistik ialah ilmu tentang objek yang abstrak atau transedental
yang berdasarkan paradigma pemikiran yang supralogikal, melalui kaedah latihan
yang bersifat jasmani dan rohani dan juga melalui ilham, kasyaf, dan wahyu
berasaskan pengukuran rasa kalbu atau hati. Ilmu mistik yang dipaparkan dalam
hikayat ini ialah Raja Madong Nan Bongsu telah memanggil Bidan Nan Tujuh
untuk menilik nasib Raja Donan. Ilmu menilik ini merupakan perbuatan yang
melangkaui pemikiran logical manusia dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar
manusia.

BIBLIOGRAFI

1. PROF.AWANG SARIYAN, JABATAN PENGAJIAN


MELAYU,AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA
2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL, DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA, KUALA LUMPUR,2006

6
7

Anda mungkin juga menyukai