Anda di halaman 1dari 4

Resepi Memasak Burger 

Ramly
22 Ogos 2009 — Nasron al-Jauhari
 

Pakcik cek statistik pasal artikel berkaitan burger yang lalu, rupanya ramai yang tanya
fasal resepi membuat burger yang sedap. Rupanya ramai yang masih belum tahu cara
memasak burger Ramly dengan betul dan sedap. Oleh kerana pakcik mempunyai
pengalaman dan ilmu itu, maka tak sampai hati nak pendam buat masuk kubor.
Karang kena bantai dengan malaikat pula. Maka darihal yang demikian, kali ini
pakcik ingin buka rahsia bagaimana membuat sebiji burger Ramly yang sedap. Kalau
ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan
perniagaan kamu pun bertambah maju.

Jom kita start!

Kuali
Kuali besi hitam berlegam tu sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harga dia
lebih sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan
menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yg sama
waktu dengannya. Ni pakcik tengok ramai budak2 meniaga burger tak basuh kuali
dengan betul. Dia simbah2 jer dengan air kemudian gosok2 dengan scraper. Bangang
betul la tu. Tak menjaga kebersihan! Paling penting ialah cuci kuali lepas meniaga.
Cuci betul2. Gosok jangan tak gosok!

Api
Lepas cuci kuali, kau lap la dengan kain atau tisu bersih. Tak nak lap pun tak apa –
kau panaskan kuali. Pakai api sedang atau besar. Lepas air kat kuali dah clear, kau
cepat2 kecikkan api dia. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api
besar. Nanti burger kau cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak
best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja. Kau
pandai2lah adjust api tu. Karang lama2 kau pandai la. Lepas tu sapukan marjerin ke
serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti
time nak masak kuali tak melekat.

Marjerin
Pakcik syor 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi lebih murah harga dia. Keluaran
Felda la beb, so terjamin kehalalannya. Brand lain kadang tak ngam – bau tengik.
Tapi ini up to you la.
Daging
Daging mesti pakai brand Ramly yang 700 gram. Sebaikya daging sudah di-defrost-
kan terlebih dulu agar cepat masak. Tapi andaikata daging tu masih beku – tak apa.
Boleh juga. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – ni
ler penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut
dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk2 letak marjerin. Nanti daging tu akan
keluar minyak dia sendiri.

Teknik Menggoreng
Balik2kan daging burger time memasak. Tak payah sibuk2 tekan daging tu. Siapa
ngajor? Kalau korang rajin tekan2 daging tu, nanti semua jus daging dia hilang.
Daging jagi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi hampas.

Teknik Belah Dua vs Teknik Ketok Lobang


Dulu waktu first burger Ramly start tahun2 awal/tengah 80an, mana ada teknik belah
dua. Yang ada pada masa itu ialah ketuk2 daging tu sampai berlubang2. Teknik belah
dua tu baru muncul akhir 80an. Pada pakcik, teknik ketuk daging burger sampai
berlubang tu lebih bagus. Sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya
masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga,
agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah. Teknik belah
dua dibuat kerana alasan memastikan daging tu benar2 masak dan sebagai selera mata
sahaja. Sebenarnya kalau masak dengan betul, tak kira apa cara, ia pasti ler masak –
takkan mentah punya! Teknik belah dua pun OK juga tapi pastikan tak over cook ya,
karang daging jadi terlebih garing dan keras pula.

Cara Merempah (Bukan Merempit ya!)


Setelah diketuk2 sampai berlubang atau dibelah dua, sila pastikan daging telah masak
kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yg berlebihan. Tekan 2-3
kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step ya iaitu;

 Worchestershire Sauce – Lea & Perrins


 Kicap Perasa – Maggi
 Serbuk Lada Sulah – Apa2 brand pun boleh
 Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa2 brand pun boleh
 Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa2 brand pun boleh
 Air Bawang Putih – Korang buat sendiri ler

Pakcik lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah
sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif.

Lepas selesai semua perencah, korang balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer
and than angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Pastikan memasak daging
jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.

Air Bawang Putih


Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan
menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak
tadi. Cara buatnya sonang yo. Kau kupas bawang putih lepas tu kau ketuk bagi
hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau.
Settle dah!
Roti Burger
Lepas belah dua, korang sapu marjerin. Jangan kedekut sapu marjerin tapi jangan
pulak over. Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi
tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan
lembik pulak. Jangan gatal2 tangan tekan roti tu time membakarnya. Siapa ngajor?
Kalau tangan gatal jugak nak menekan2, baik korang bakar jer tangan korang. Gatal
betul! Sambung balik… Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, kau
angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yg rata seperti pinggan.
Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti
jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik.
Pakcik benda lembik2 ni tak gemar la.

Sayur
Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur.

 Salad
 Lettuce
 Kobis
 Tomato
 Bawang Kuning / Holland
 Timun

Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau
dihiris halus2, baru ler mantap. Antara salad, lettuce dan kobis – pakcik prefer lettuce
dan kobis sebab lebih terasa dan rangup. Salad kadang2 ada yang pahit dan liat juga.
Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong
dadu. Pakcik prefer hiris sebab lebih terasa bila digigit. Timun lebih baik kalau timun
jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa. Pakcik suka
combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun jepun.

Sos Cili
Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Bumi Hijau, Kimball etc.
Pakcik prefer Bumi Hijau. Kau janganlah pakai sos cili murah. Nanti rasa burger kau
hancus.

Sos Tomato
Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit
sahaja.

Sos Lada Hitam


Dulu2 tak ada benda ni. Tapi kalau letak ni pun sodap… tambah sodap. Syaratnya
pastikan sos lada hitam tu pedas2 manis sikit. Korang boleh adjust sendiri.

Mayonis
Zaman dulu2 mana ada letak mayonis. Emmm… zaman berubah. Mayonis yang
paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya
agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau
korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu
korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas
tu gaul rata.
Keju
Dulu pun tak ada keju. Tapi kalau nak letak keju pun boleh. Cuma mahal la sikit.

Telur
Guna telur ayam ya. Bukan telur itik atau telur kambing. Telur ni untuk Benjo  sahaja
mulanya (ntah siapa yg bagi nama Benjo ni asalnya pun pakcik tak tahu). Tapi
sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam2 fesyen
dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat
dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger. Bagi pakcik, jika nak rasa
telur tu benar2 terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam
bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul.
Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So
what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan tertarik aja.
Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak… bukan pakai mata!
Tapi selera orang lain2. Lantak dia ler.

Anda mungkin juga menyukai