Anda di halaman 1dari 3

PENGERTIAN, KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN SOLAT

PENGERTIAN SOLAT

Solat lebih dikenali sebagai sembahyang di dalam bahasa Malaysia. Jika diterjemahkan sembahyang itu sendiri, ia mencantumkan dua suku kata iaitu sembah dan yang. Di Dalam bahasa Sanskrit, yang itu bererti tuhan. Oleh itu bolehlah kita maknakan sembahyang itu menurut Islam adalah sembah Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah s.w.t. dan bukanlah menyembah selain dari itu.

Manakala perkataan solat datang dari bahasa Arab yang dari segi bahasanya, solat bermakna doa, manakala di dalam makna syaranya adalah peribadatan kepada Allah s.w.t. yang dilakukan melalui beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat dan cara-cara yang tertentu.

KEDUDUKAN SOLAT

Kedudukan ibadah solat ini di dalam Islam adalah amat tinggi dan mulia sekali. Perkara ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud; Solat itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya, kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya. (Hadith Riwayat Al-Baihaqi).

Juga sabda Baginda s.a.w. lagi yang bermaksud; Dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam agama Islam, diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan. (Hadith Riwayat At-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.)

Solat adalah rukun Islam yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah syahadah. Malah di dalam ibadah solat, telah terkumpul kelima-lima hakikat rukun Islam itu sendiri. Solat itu di dalamnya terdapat ucapan 2 kalimah syahada. Ia juga ada zakat.

Zakat di dalam solat. Memberi salam merupakan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada orang lain. Salam ini menempati pemberian zakat untuk menolong orang-orang yang susah supaya mereka juga dapat 1

hidup dengan selamat dan bahagia, aman juga sejahtera. Solat itu sendiri juga merupakan zakat harian. Ini kerana, bagi orang yang mendirikan solat, mereka sanggup mengorbankan masa yang amat berharga buat mereka untuk mengumpul kekayaan dan rezeki Allah s.w.t. di dunia tetapi memilih untuk menghadap Allah s.w.t. dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang Muslim. Ini membawa maksud, dia telah membelanjakan masanya pada jalan Allah s.w.t. yang mana masa itu adalah sumbernya untuk mencari kekayaan dan penghasilannya. Inilah yang membawa makna zakat di dalam solat apabila seseorang yang telah menzakatkan masanya untuk bersolat. Selain itu, dengan solatnya juga telah memberi pengertian bahawa dia telah membersihkan waktunya dari perlakuanperlakuan dosa sebagaimana zakatnya telah membersihkan hartanya.

Puasa dan haji di dalam solat. Apabila solat, kita akan menghadapkan tubuh badan kita ke arah Kaabah ia adalah seolah-olah menepati mengerjakan haji di Mekah. Manakala, di dalam solat kita juga dilarang dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa. Ibaratnya kita berpuasa dalam tempoh selama kita menunaikan solat serta memelihara solat kita.

Malahan juga, solat merupakan satu kemuliaan kepaa seorang hamba Nya, di mana seorang hamba diizinkan menghadap ke hadrat Allah s.w.t. dengan rasminya sebanyak 5 kali sehari, sedangkan di dalam kehidupan harian si hamba kepada tuannya, ia adalah sesuatu yang boleh dikatakan mustahil. Di manalah agaknya terdapat tuan si hamba yang sanggup membenarkan hambanya bersemuka dengannya sebanyak 5 kali sehari dan pada masa yang sama, mereka juga dibenarkan untuk mengemukakan apa sahaja permintaan dan permohonan.

Solat juga merupakan satu kemuncak mahabbah menziarahi Rasulullah s.a.w. di mana seorang hamba memberi salam dan mempersembahkan selawat dan doa restu kepada Baginda s.a.w. semasa membaca tahiyyat.

Selain itu, dengan menunaikan solat berjemaah dan fardhu Jumaat pula, solat adalah satu lambang yang mempunyai hubungan 2 hala iaitu hubungan dengan Allah s.w.t. (hablumminallah) dan hubungan dengan manusia (hablumminannas). Dek kerana tingginya serta mulianya kedudukan solat itu, maka perintah kewajipan solat disampaikan sendiri oleh Allah s.w.t. di dalam malam istimewa buat Ar-Rasul s.a.w. iaitu malam Isra dan Mikraj. Bahkan, Allah s.w.t. juga memperkukuhkan lagi perintah itu dengan mengulang-ulangkannya di dalam Al-Quran, mukjizat Rasulullah s.a.w.

Atas dasar kepentingan itu, Rasulullah s.a.w. telah berpesan disaat-saat Baginda s.a.w. hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan sabdanya yang bermaksud; Peliharakanlah solat! Peliharakanlah solat! Dan Peliharakanlah hamba-hamba sahaya kamu! (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Justeru itu ingatlah, khususnya buat para saudara lelaki, anak lelaki, serta suami, Ar-Rasul s.a.w. dan Allah s.w.t. telah mempertanggungjawabkan ke atas bahu ketua-ketua keluarga ini untuk melaksanakan kewajipan menyuruh keluarganya bersolat. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Thaha ayat 132;

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Thaha 20: 132)

Kemudian perintah tanggungjawab ibu bapa disuruh untuk mengajarkan solat kepada anak-anak adalah bermula seawal umut tujuh tahun sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat semasa mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika mereka meninggalkan solat) semasa mereka berumur sepuluh tahun, dan juga (dalam peringkat umur tersebut) hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka (jauh) antara satu dengan yang lain. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Anda mungkin juga menyukai