Pen Yak It Mental
Pen Yak It Mental
Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan
menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi. Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab. Contoh psikosis yang sering dialami adalah: Schizophrenia : Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi kerja mereka juga merosot dengan ketara. Kecelaruan manik-depresif (dwikutub): Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa kemurungan). 3. Kecelaruan Personaliti: o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.
Ya Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat secara konsisten amat digalakkan. Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.
Di manakah bantuan boleh diperolehi? Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.
Ya.. Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kajiselidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ). (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut) GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Ia bagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih. Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ Jika skor anda < 4 = : Anda tidak mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Anda masih boleh mengekalkan atau meningkatkan lagi tahap kesihatan mental anda dengan mengikut petua-petua dan garis panduan yang disyorkan Jika skor anda > 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk menjalani penilaian selanjutnya.
Rujukan