Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17 SK TAMAN ALAM MEGAH 25 MAC 2012

(Paluan kompang) ( insenior )

Mengumumkan ketibaan Ir Nor Hasbi b Yusof selaku Yang Dipertua PIBG, diiringi oleh En Ab Rasid B Mahmudin, Guru Besar bersama barisan guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. (Kompang berhenti) Untuk makluman hadirin, pasukan kompang itu tadi adalah dibawah bimbingan Pn Ruhayu Bt Che Omar. Hadirin dipersilakan duduk. Bismillahirahmanirrahim Segala puji-pujian bagi Allah Subhanawtaala.selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. ,keluarga serta para sahabat dan juga pengikutpengikut Baginda yang jujur lagi setia sepanjang zaman. Yang Berusaha, En Ab Rasid b Mahmudin, Guru Besar SKTAM Yang Berbahagia, Ir. Nor Hasbi B Yusof, Yang Dipertua PIBG SKTAM Yang Dihormati barisan guru-guru Penolong Kanan, AJK-AJK PIBG Rakan-rakan guru yang disayangi dan seterusnya Ibu bapa dan anak-anak yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wtwb. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Melaut budi, kasih secangkir Rindu menggunung, cinta bersemi, Salam dihulur, senyuman diukir, Selamat datang ke AGM PIBG kali ini. Justeru itu, bagi memberkati lagi malis kita pada kali ini, dengan segala hormatnya saya mempersilakan Al-Fadil Ustaz Mohd Zaharuddin B Mohd Nor untuk meminpin bacaan doa. Dipersilakan. (Bacaan doa ) Amin-amin ya rabbal alamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan yang Berusaha, En Ab Rasid b Mahmudin, Guru Besar SKTAM, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Ad Rasid B Mahmudin, Guru Besar, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.. Untuk meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Ir Nor Hasbi b Yusof selaku Yang Dipertua PIBG SKTAM untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKTAM kali ke-17. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ir Nor Hasbi B Yusof diatas ucapan dan perasmian sebentar tadi. Kalau dilipat, sebesar kuku, kalau dibentang, seluas alam Yang jauh diimbau, yang dekat digamit Seuntai salam, sejambak kata, degub bicara, merisik rasa.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, lebih elok kiranya majlis diserikan dengan sebuah persembahan ICT yang menampilkan aktiviti-aktiviti anak-anak dan PIBG di sekolah. Marilah kita sama-sama saksikan.. Untuk makluman hadirin, persembahan ICT tadi telah disediakan dan disunting oleh En Mohd Rohaimi b Abdul Razak dan En Mohd Faizal B Yahya. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 akan bermula. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Guru Besar bersamasama AJK PIBG 2011-2012 untuk tampil ke meja hadapan. Manakala para hadirin, jangan ke mana-mana kerana kita ada cabutan bertuah selepas ini. Tunggu. Nampaknya AJK PIBG sudah berada di atas pentas. Ya, kita teruskan dengan cabutan bertuah. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan YDP PIBG, untuk membuat 1 undian. Terima kasih. Pemenangnya ialah : Tahniah kepada yang berjaya. Cabutan seterusnya akan dibuat sebentar lagi.. Terima kasih. Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya menyerahkan pembesar suara ini kepada yang Berbahagia Ir Nor Hasbi B Yusof, YDP PIBG SKTAM untuk mengendalikam mesyuarat. Jika ada terkasar bicara, saya mohon seribu kemaafan. Semoga mesyuarat pada kali ini akan berlangsung dengan penuh muhibbah.

Anda mungkin juga menyukai