Anda di halaman 1dari 11

JENIS JENIS KURIKULUM

Terdapat 10 iaitu :1. Kurikulum Ideal 2. Kurikulum Rasmi 3. Kurikulum Formal 4. Kurikulum Operasi 5. Kokurikulum 6. Kurikulum Teras 7. Kurikulum Integrasi 8. Kurikulum Aktiviti 9. Kurikulum Lingkaran 10. Kurikulum Tersirat

Kurikulum Ideal
- Berlandaskan pedagogi, psikologi dan teori kurikulum - Mengandungi unsur-unsur utama yang terdapat dalam falsafah dan matlamat pendidikan negara, kehendak dan aspirasi masyarakat. - Merangkumi komponen seperti :a. matlamat dan tujuan kurikulum b. Sukatan pelajaran dan huraiannya c. Bahan-bahan pelajaran d. Sistem pelaksanaan dan penilaian kurikulum - Kurikulum yang lengkap dan sempurna.

Kurikulum Rasmi

- Dikenali sebagai kurikulum formal atau kurikulum piawai. - Menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta panduan penilaian dalam setiap peringkat persekolahan kebangsaan. - Mengandungi dua bahagian:a. kurikulum formal b. kokurikulum

Kurikulum Formal
- Dikenali sebagai kurikulum rasmi, kurikulum terbuka, atau kurikulum nyata. - Merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui :a. Kurikulum pengajaran b. Kurikulum operasi

KURIKULUM OPERASI

- Dikenali sebagai kurikulum pengajaran atau kurikulum praktik. - Merujuk kepada:a. ringkasan mengajar yang disediakan oleh guru b. mengikut jadual waktu sekolah dan c. Sukatan pelajaran

KOKURIKULUM
a. b. c. d. Dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan untuk waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan. Prinsip-prinsip melaksanakan aktiviti kokurikulum ialah:Isi kandungan dan organisasinya hendaklah berlandaskan dasar pendidikan negara. Penyertaan pelajar hendaklah berlandaskan minat, kebolehan , bakat kegemaran dan kesukarelaan. Guru hanya memainkan peranan sebagai pemudahcara dan penasihat sahaja. Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan situasi, alam sekitar, ekonomi, kebudayaan masyarakat dan keadaan sekolah.

e.

Kurikulum Teras

- Masa kini ia dibentuk berlandaskan kurikulum roda. - Pembentukannya ialah menggabungjalinkan satu demi satu temanya agar menjadikan perhubungan baru di antara mata pelajaran mata pelajaran. - Mengutamakan perkembangan individu dan keperluan masyarakat . - Setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran teras.

Kurikulum Integrasi
- Menggabungjalinkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan untuk menjadikan sesuatu mata pelajaran yang baru. - Mata pelajaran alam manusia (KBSR) - Mata pelajaran kajian tempatan (KBSR) - Mata pelajaran sains (KBSM)

Kurikulum Aktiviti
a. b. Dikenali sebagai kurikulum pengalaman atau kurikulum berpusatan pelajar. Berlandaskan minat dan keperluan kanak-kanak. Kurikulum aktiviti ini diperkenalkan oleh John Dewey. Ciri-ciri kurikulum aktiviti ini ialah:Aktiviti kanak-kanak digunakan sebagai pusat kurikulum. Isi kandungan kurikulum adalah dipilih berdasarkan minat dan keperluan kanak-kanak serta mengikut perbezaan individu. Bentuk mata pelajaran diubah dengan menjadi bentuk sintesis sebagai tugasan, aktiviti dan kerja kursus.

c.

Kurikulum Lingkaran
- Berlandaskan perkembangan isi pelajaran yang disusun mengikut bulatan-bulatan sepusat. - Diperkenalkan oleh Johann Amos Comenius (15921670). - Diperbaiki oleh Bruner- memperkenalkan rancangan bahan pelajaran mengikut perkembangan pemikiran kognitif kanak-kanak. - Menurut Robert E.Mason kurikulum lingkaran ini merangkumi: a. fakta-fakta yang penting b. idea-idea asas c. konsep-konsep d. sistem pemikiran

Kurikulum Tersirat
- Juga dikenali kurikukum terlindung, kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersisip. - Ciri utama ialah mempunyai sifat tersembunyi dan sifat tidak dijangkakan atau diaturkan. - Merupakan kurikulum informal yang mengutamakan pembelajaran sikap,nilai dan norma. - Terdapat tiga unsur iaitu budaya yang diwakili dalam kurikulum spesifik, budaya yang diwakili di kalangan guru, dan budaya yang diwakili dalam klik pelajar. - Adalah merujuk kepada hasilan interaksi di antara ketiga-tiga unsur yang berlaku dalam proses pembentukan budaya sekolah.

Anda mungkin juga menyukai