P. 1
Pengurusan strategik

Pengurusan strategik

|Views: 315|Likes:
Dipublikasikan oleh Dym Ahmad

More info:

Published by: Dym Ahmad on Jun 08, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/26/2014

pdf

text

original

Jurnal Pengajian Pendidikan

Pengaruh Perancangan Strategik Dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Abdul Jawi Abnoh Sawi Mohd Yusof Abdullah Anuar Din Universiti Malaysia Sabah

Abstrak Tujuan utama kajian ialah mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Pengaruh kombinasi kedua-dua variabel ini terhadap pembentukan sekolah selamat turut dikenal pasti. Kekuatan pengaruh kedua-dua variabel juga dinyatakan untuk mengenal pasti variabel mana yang memberi pengaruh kuat terhadap pembentukan sekolah selamat. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan sampel. Pengkaji telah menggunakan keseluruhan populasi seramai 110 orang dalam kalangan pentadbir sebagai sampel kajian. Instrumen kajian melibatkan soal selidik, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-S), temu bual, rekod senarai semak dan pemerhatian. Analisis data menggunakan analisis inferens berkaitan dengan analisis regresi pelbagai untuk menguji pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Perisian komputer ’Statistical Package For Social Science’ versi 13.0 (SPSS for windows) digunakan untuk penganalisisan data. Kaedah analisis kualitatif pula menggunakan statistik kuasi dan kaedah triangulasi yang melibatkan temu bual dan pemerhatian untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Hasil kajian menunjukkan perancangan strategik (ß=.709, t=10.444, p=.000) dapat meramal secara signifikan dengan menyumbang pengaruh sebanyak 50.2% varians terhadap sekolah selamat. Manakala kepemimpinan pentadbir (ß=.698, t=10.144, p=.000) juga dapat meramal secara signifikan dengan menyumbang pengaruh sebanyak 48.8% varians terhadap sekolah selamat. Ini bermakna perancangan strategik lebih berpengaruh berbanding dengan kepemimpinan pentadbir. Hasil kajian

Jurnal Pengajian Pendidikan

juga menunjukkan perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir (ß=.759, t=12.112, p=.000) dapat meramal secara signifikan dan menyumbang pengaruh sebanyak 57.6% varians terhadap sekolah selamat. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat halanganhalangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat sehingga sekolah tidak selamat. Diharap hasil kajian ini membolehkan kepemimpinan pentadbir dapat merangka perancangan strategik berkesan dan pentadbir menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk pembentukan sekolah selamat.

Pengenalan Pengurusan strategik telah diaplikasikan dalam sektor pendidikan (Fidler,1999). Fenomena ini berlaku akibat desakan perubahan pesat pada persekitaran semasa dan ketidaktentuan persekitaran akan datang. Setiap organisasi sekolah adalah perlu mengekalkan kesesuaian dan keserasian dengan faktor persekitaran luaran yang sentiasa berubah. Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah dan strategi yang mampu mempertingkatkan keselamatan sekolah. Oleh yang demikian kepemimpinan pentadbir sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah dalam pelaksanaan program sekolah selamat. Latar Belakang Kajian Implimentasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ada mencerminkan kurikulum tersirat untuk menyerapkan elemen model sekolah selamat dalam sistem pendidikan di negara ini. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk samasama mewujudkan dan melaksanakan ‘Polisi Sekolah Selamat’ (Shamsiah, Shahrulbanum & Azizah, 2005). Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengeluarkan beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan dengan keselamatan pelajar di sekolah. Antaranya ialah Keselamatan Dalam Makmal (SPI No. 1/1974), Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah (SPI No. 8/1978), Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah (SPI No. 8/1988), Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (SPI No. 8/1995) dan Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri (SPI No. 8/2001) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar. Oleh itu setiap

turut membawa permasalahan peribadi dan sosial yang akhirnya diasimilasi dan diasosialisasi ke dalam persekitaran fizikal sekolah. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang harmoni supaya warga sekolah merasa selamat.B.Jurnal Pengajian Pendidikan pelajar seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka. Selain itu usaha telah dilaksanakan untuk menyerapkan amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian masyarakat komuniti sekolah (SPI No. Persekitaran pengurusan sekolah yang bersifat autoritatif dengan amalan komunikasi yang konfintra (Shukri. Oleh itu perkara yang amat penting dalam perancangan strategik ialah pembudayaan iaitu memastikan setiap ahli organisasi menjadikan perancangan strategik sebagai amalan dalam pengurusan organisasi. Memandangkan keselamatan sekolah semakin terancam menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan ’Program Sekolah Selamat’ untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Aspirasi sekolah selamat menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat daripada pengaruh perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Muda & Rusilawati. Menurut Shukri dan Syed Ismail (2004:96) pelajar era ledakan maklumat pada masa kini hadir ke sekolah selain untuk memenuhi matlamat pembelajaran. Sememangnya era globalisasi telah memberi kesan kepada dunia pendidikan pada masa kini sehingga perlunya pembentukan sekolah selamat. pengurusan strategik merupakan satu proses melibatkan seluruh aktiviti merancang dan melaksanakan suatu rancangan dengan harapan rancangan ini berupaya memperbaiki kedudukan sebuah sekolah (M. Bagaimanapun perancangan strategik sekolah biasanya melibatkan perancangan jangka panjang sekolah. Pada tahun 2002 sebanyak 20 peratus daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri dikehendaki melaksanakan ‘Program Sekolah Selamat’ dan akhirnya pada tahun 2003. Oleh yang demikian merancang masa depan yang berjaya untuk sesebuah sekolah memerlukan strategi (Fidler. Sehubungan itu. Justeru bagi sesetengah sekolah. strategi mula digunakan apabila berlaku . semua sekolah dikehendaki melaksanakan ‘Program Sekolah Selamat’. 4/2002). beberapa panduan perlu diberi perhatian oleh semua sekolah. Oleh yang demikian dalam pelaksanaan program sekolah selamat. 2000). 1997) akan menjadi penyebab berlakunya bibit-bibit penentangan yang kerap kali disublimasikan kemudiannya oleh pelajar melalui perubahan tingkah laku negatif sehingga berlaku pelbagai masalah disiplin di sekolah. 2004) yang berkesan dalam menangani situasi tidak selamat yang berlaku di sekolah.

amalan pengurusan kualiti menyeluruh (Muhamad Bustaman. 1999). 2002). Oleh itu melalui corak kepemimpinan pentadbir sekolah berupaya menetapkan budaya sekolah berkesan dalam aspek pembentukan sekolah selamat.Jurnal Pengajian Pendidikan masalah seperti aspek keselamatan sekolah yang semakin terancam. Pada dasarnya . Faktor yang mendorong kepada perlunya pengurusan strategik ialah menangani perubahan dalam pendidikan (Chan.. 2005). Oleh yang demikian dalam konteks menjayakan kerangka konseptual pelaksanaan program sekolah selamat. ketrampilan pentadbir sekolah amat penting. Selain itu pentadbir sekolah perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang pengurusan strategik (Marzita & Sufean. Namun begitu. 1993). sesebuah sekolah akan merangka rancangan operasi dan pembangunan bagi mencapai visi dan misi sekolah menuju sekolah selamat. Setiap perancangan perlu diimplementasikan secara sistematik dan strategik. Lantaran itu. Seterusnya pihak pengurusan sekolah adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan strategik yang rapi dan mantap untuk pembentukan sekolah selamat. Oleh itu pihak pengurusan sekolah perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang perancangan strategik bagi meningkatkan keselamatan sekolah dalam perubahan pesat persekitaran semasa dan kepelbagaian kemungkinan pada persekitaran masa depan. Seterusnya Comer (1998) membangkitkan perancangan sekolah selamat dianggap sebagai rangka kerja tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. usaha mewujudkan perancangan strategik sekolah selamat adalah satu proses yang panjang. 2000). sistematik dan komprehensif (Shamsiah et al. Situasi ini bermakna pentadbir sekolah berpengaruh dalam sesebuah sekolah yang berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah termasuklah dalam pembentukan sekolah selamat. Pembentukkan kawasan persekitaran sekolah selamat perlu difikirkan. perlindungan dan keselamatan sekolah daripada elemen-elemen negatif. Pentadbir sekolah mestilah menepati fitrah sebagai pemimpin dan bukannya pengurus (Hussien Mahmood. 1993) dan menentukan hidup atau mati sesebuah institusi sekolah (Asaruddin. 1997) pembangunan iklim sekolah (Hussein Mahmood. Oleh itu kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepemimpinan pentadbir yang berkesan (Shahril. Perkara ini menunjukkan perancangan strategik seharusnya menjurus kepada aspek pencegahan. 1995) bagi menjayakan pembentukan sekolah selamat.

Isu tempatan yang wujud di negara Malaysia pada hari ini menunjukkan institusi sekolah benar-benar tercabar oleh tuntutan masyarakat yang sentiasa mengharapkan keberkesanan kepemimpinan pentadbir sekolah. pihak pentadbir sekolah seharusnya menyediakan perancangan strategik untuk pembentukan sekolah selamat. hubungan kemanusiaan dan keberkesanan peribadi pengetua sangat diperlukan untuk mewujudkan sekolah berkesan dan selamat. Di samping itu pentadbir sekolah juga sering menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan taraf prasarana sekolah. pelbagai gejala-gejala negatif seperti vandalisme. Lantaran itu diharapkan sistem persekolahan dapat menyediakan persekitaran sekolah selamat agar para pelajar berpeluang menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran . Isu masalah kepemimpinan pentadbir sekolah telah dibincangkan oleh Shamsiah.Jurnal Pengajian Pendidikan pembentukan sekolah selamat bergantung kepada kepemimpinan pentadbir yang cekap dan mempunyai perancangan strategik yang mantap. Namun demikian usaha membina imej sekolah sepertimana yang diharapkan oleh masyarakat menjadi bebanan tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh pentadbir sekolah demi memartabatkan keunggulan profesion ini (Shukri dan Syed Ismail. Mereka dianggap sebagai wahana implimentasi Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian. Selanjutnya kajian Saripah (2004) menunjukkan kompetensi seperti kepemimpinan pentadbir. 2002). Shukri dan Syed Ismail (2004) menyuarakan fenomena ini secara tidak disedari boleh mengancam matlamat sekolah selamat. perancangan strategik. Seterusnya sejak kebelakangan ini. Oleh itu kemudahan sekolah sering menghadapi masalah kerosakan berpunca daripada sikap vandalisme pelajar. Fenomena ini dibuktikan dalam kajian Chan (2002) mendapati masalah disiplin di sekolah amat memerlukan perhatian yang berat daripada pelbagai pihak termasuklah kepemimpinan pentadbir sekolah. 2004). Namun begitu kajian Abdul Rahim (1996) mewujudkan rasa ketidakpastian terhadap isu keselamatan sekolah yang memerlukan kajian lanjut perlu dilakukan. Pernyataan Masalah Masalah sosial telah dikenal pasti sebagai ancaman utama dalam pembentukan sekolah selamat. Shahrulbanum dan Azaiah (2005) bahawa pentadbir sekolah perlu melaksanakan isu keselamatan sekolah secara terbuka dalam pembentukan sekolah selamat. kebakaran dan ancaman-ancaman lain yang di luar jangkaan umum semakin menular di sekolah (Chee et al.

Kenyataan ini memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa perancangan strategik sekolah selamat bukan hanya setakat mengandungi kaedah untuk mengurangkan kegiatan-kegiatan vandalisme (Shukri dan Syed Ismail. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Fidler dan Bowles (1989) yang meletakkan keperluan perancangan strategik sebagai keperluan terpenting dalam pengurusan sekolah. Oleh itu kajian ini cuba meninjau pengaruh perancangan strategi untuk peningkatan aspek keselamatan sekolah. Perkara ini juga dibangkitkan dalam kajian Fadzilah (1990) mengenai persepsi guru-guru terhadap tingkah laku pentadbiran dan kepemimpinan pentadbir sekolah menengah di Pahang. Namun demikian dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan di Malaysia menampakkan gelombang perubahan untuk menyesuaikan pendidikan dengan perubahan sosio-ekonomi. hak untuk menikmati persekitaran sekolah selamat seharusnya dipandang serius oleh kepemimpinan pentadbir sekolah. Lantaran itu dalam konteks pelaksanaan sekolah selamat.Jurnal Pengajian Pendidikan dengan penuh keseronokan dan kepuasan tanpa rasa terancam atau mengalami tekanan psikologi sepanjang persekolahan mereka. Berdasarkan kepada permasalahan krisis sosial dan pengurusan sekolah selamat telah menyebabkan perancangan strategik sekolah selamat dianggap sebagai suatu proses penting dan dirasakan cukup perlu untuk menangani isu-isu yang boleh mengganggugugat hal-hal berkaitan keselamatan sekolah. Keadaan ini mempunyai kaitan rapat dengan pemilihan strategik yang kurang berkesan dan kurang penguatkuasaan keselamatan untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. kemajuan sains dan teknologi (Foo & Ngang. 2000) menuntut pembentukan sekolah selamat seiring dengan perubahan yang dialami. Selanjutnya pengkaji juga mencadangkan agar pentadbir membuat reformasi terhadap pentadbiran dan corak pengurusannya untuk menjadikan sekolah lebih efektif dalam menjalani perubahan dan cabaran pendidikan masa kini dalam pembentukan sekolah selamat. 2004) tetapi merupakan kesepaduan . mendapati ada pentadbir yang dilabelkan sebagai berkesan dan tidak berkesan. Hakikatnya sesebuah sekolah telah menyediakan perancangan strategik bagi mewujudkan sekolah yang selamat dan dalam perancangan strategik tersebut aspek keselamatan sekolah telah dibentuk berdasarkan analisis persekitaran sekolah. Oleh yang demikian proses perancangan yang dirangka seharusnya mempastikan agar sumber-sumber yang sesuai diselaraskan dengan keperluan sekolah dalam pembentukan sekolah selamat. Walaupun perancangan strategik telah disediakan tetapi masih berlaku gejala-gejala yang tidak sihat di sekolah sehingga boleh mengancam keselamatan sekolah.

Sesungguhnya pentadbir sekolah dianugerahkan autoriti dan bertanggungjawab terhadap pembentukan . 2000) termasuklah pembentukan sekolah selamat. Oleh demikian peranan penting yang dimainkan oleh kepemimpinan pentadbir ialah membuat perubahan yang bermakna dalam pembentukan sekolah selamat. perkembangan terkini ke arah ‘School-based management’ meletakkan lebih banyak tanggungjawab dilaksanakan oleh pentadbir sekolah (Chan. 1988). dan (c) latihan pengurusan dan kepemimpinan pentadbir atau pengetahuan mengenai polisi.B. (b) peringkat dalam pelaksanaan tugasnya. Selain itu pentadbir sekolah hari ini menghadapi banyak tekanan dan kekangan sehingga berhadapan dengan harapan masyarakat yang menyebabkan mereka mengalami ‘powerless’ lebih daripada ‘powerful’ (Jones. Kajian selanjutnya dibuktikan oleh kajian M. Keadaan ini dibangkitkan dalam kajian Trider dan Leithwood (1988) berkaitan dengan perbezaan pada amalan pentadbir sekolah yang dipengaruhi oleh (a) proses orientasi pentadbir terhadap pelaksanaan peranannya. Dapatan kajian menjelaskan bahawa pengurus sekolah yang tidak menguasai pengetahuan mengenai polisi sekolah selamat yang dilaksanakan menyebabkan pentadbir tidak dapat membuat keputusan dengan lebih berkesan dalam pengurusan keselamatan sekolah. Namun begitu. Perkara ini diakui oleh Fullan (2000) bahawa kejayaan sistem sekolah adalah berpusat kepada kepemimpinan pentadbir sekolah. Muda dan Ruslilawati (2003) menunjukkan dengan mengenal pasti aktiviti-aktiviti strategik membolehkan sekolah dapat melaksanakan program strategik dengan berkesan dalam pembentukan keselamatan sekolah. Oleh yang demikian elemen perancangan strategik dianggap sebagai satu kriteria penting dalam mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Fenomena ini ditunjukkan dalam kajian Ahmad Masrizal & Sufean (2003) yang telah membuat tinjauan pengaplikasian pendekatan perancangan strategik melibatkan 35 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh Semenanjung Malaysia dan mendapati perancangan strategik sememangnya berpengaruh dalam pembentukan keselamatan sekolah sehingga status keadaan prasarana sekolah dan keselamatan sekolah ditahap yang baik.Jurnal Pengajian Pendidikan tanggungjawab jangka pendek dan jangka panjang ke arah usaha membenteras dan pencegahan kes-kes jenayah di sekolah bagi menjamin keselamatan sekolah sentiasa terpelihara sebagai pusat pendidikan yang selamat. Menurut Miller (1998) terdapat beberapa faktor penghalang yang membuatkan sesuatu strategi itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana keengganan pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakan perubahan.

Sesungguhnya kepemimpinan pentadbir mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Sehubungan itu banyak kajian tentang isu-isu kepemimpinan telah dikaji dalam negara dan luar negera yang menunjukkan kesan pengaruh kepemimpinan pentadbir terhadap keselamatan sekolah. pentadbir sekolah juga sering menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap keselamatan sekolah. Seterusnya satu kajian tinjauan telah dijalankan oleh Zuraidah et al. Shahrulbanum & Azaiah. pencapaian dan iklim sebagai elemen penting dalam pembentukan keselamatan sekolah. (2002) berhubung pendekatan pengetua menangani masalah disiplin pelajar berisiko tinggi di sekolah. Trider dan Leihwood (1988) dan Oustan (1993) yang menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara ketrampilan pengurusan dengan keberkesanan organisasi sekolah. Justeru pentadbir sekolah seharusnya mempamerkan kualiti-kualiti kepemimpinan yang tinggi dan mempunyai kemahuan tinggi untuk memimpin (Ahmad Sabu. 1998) bagi membentuk sekolah selamat. Di samping itu. . Dapatan kajian Azmi Zakaria (2004) membangkitkan isu keupayaan kepemimpinan pentadbir digelar sebagai pemimpin yang unggul dikaitkan dengan penghasilan outcome yang baik. Cermin-cermin tingkap dan pintu-pintu tandas sering menjadi sasaran kerosakan pelajar yang ingin mencari kepuasan untuk melepaskan geram. Tinjauan kajian Chan (2000) mendapati premis sekolah selalu menghadapi masalah kerosakan yang berpunca daripada sikap vandalisme pelajar. keberkesanan.Jurnal Pengajian Pendidikan sekolah selamat. Lantaran itu kajian Azmi Zakaria (2004) mengakui bahawa kepemimpinan pentadbir adalah satu konsep yang sangat penting dan kebanyakan kajian kepemimpinan pentadbir meletakkan persepsi tentang aspek-aspek kepemimpinan seperti stail. 1998) dan sememangnya kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh dalam tindakan keselamatan sekolah (Shamsiah. Hasil pemerhatian menunjukkan pendekatan kepemimpinan pentadbir yang melibatkan semua ibu bapa pelajar dan masyarakat sekitar telah menyebabkan kurangnya contengan di dinding-dinding bangunan sekolah. Dapatan kajian juga disokong oleh kajian Leithwood (1986). Selain itu beberapa kajian juga menunjukkan pengaruh yang signifikan antara kepemimpinan pentadbir dengan pembentukan sekolah selamat (Asmah Ahmad. 2005).

3. Najib. Manakala pengaruh kepemimpinan pentadbir dikenal pasti melalui peranan pentadbir. Mengenal pasti kekuatan pengaruh antara perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Halangan-halangan yang mempengaruhi sekolah selamat dikenal pasti melalui kelemahan dan ancaman yang dihadapi oleh sekolah-sekolah kajian. pembentukan strategi. Mengenal pasti pengaruh yang singnifikan perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan penekanan kepada 70% kuantitatif dan 30% kualitatif. kawalan. 2000). tingkah laku pentadbir dan gaya kepemimpinan pentadbir. Sampel kajian terdiri daripada pentadbir sekolah di kawasan kajian. Mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. analisis persekitaran. penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang di sekolah-sekolah kajian. Tumpuan bagi mengenal pasti pengaruh perancangan strategik adalah berdasarkan langkah-langkah strategik iaitu visi dan misi. 2. pelaksanaan strategi. Hal ini bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena (Mohd. penilaian dan maklum balas.Jurnal Pengajian Pendidikan Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. . Metodologi Kajian Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif dan tinjauan sampel. 1. Jumlah sampel kajian seramai 110 orang responden yang terdiri daripada kalangan pengetua/guru besar. Sampel Kajian Lokasi kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang melibatkan 15 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan persekitaran bandar daerah Semporna. Gay dan Peter (2003) menjelaskan kajian deskriptif adalah mencari dan mengenal pasti kejadian sesuatu perkara. sifat pentadbir.

Temubual dikendalikan menggunakan kaedah triangulasi secara bersemuka dan disediakan dalam bentuk soalan separa struktur tidak terpimpin. Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah (SKPM-S).Jurnal Pengajian Pendidikan Instrumen Kajian Instrumen kajian ini ialah soal selidik. Senarai semak disediakan dalam bentuk rekod anekdot dengan menggunakan skala gundal untuk menentukan kekerapan setiap item bagi memudahkan penganalisisan data kajian. Soal selidik yang dibina berdasarkan kepada objektif. (2005) SKPM-S (2003) 18-21 22-25 26-30 34-58 Fadzilah (1990) 34-39 Asmah Ahmad C 05-13 14-17 04 04 05 31-33 25 06 40-44 Shahril (2000) . 2003). Soal selidik yang dibentuk mengandungi empat bahagian dan keseluruhan item berjumlah 67 (Jadual 1). Asas pembinaan item dalam skala perancangan strategik. kepemimpinan pentadbir dan sekolah selamat adalah berdasarkan kepada tinjauan literatur dan dapatan kajian terdahulu. A B Skala & Sub-Skala Demografi Skala Perancangan Strategik  Sub skala visi dan misi Sufean  Sub skala Analisis SWOT 09  Sub skala Pembentukan Strategi 04  Sub skala Pelaksanaan Strategi  Sub skala Kawalan  Sub skala Penilaian dan Maklumbalas  Pengaruh Perancangan Strategik 03 Skala Kepemimpinan Pentadbir  Sub skala Peranan Pentadbir (1998)  Sub skala Sifat Pentadbir 05 Bil. Jadual 1: Kandungan Soal Selidik Bah. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah melibatkan tiga dimensi iaitu hala tuju kepemimpinan. Item 04 33 04 Item Sumber 01-04 01-33 Edaris (2005) 01-04 Marzita & (2002) Shamsiah et al. soalan kajian dan kerangka teori kajian. iklim dan pengurusan pembangunan sumber) dan pengurusan program pendidikan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. temu bual dan rekod senarai semak. pengurusan organisasi (perancangan.

pelaksanaan strategi. penilaian dan maklum balas. analisis persekitaran (SWOT).Jurnal Pengajian Pendidikan D  Tingkah Laku Pentadbir  Gaya Kepemimpinan Pentadbir  Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir Skala Pembentukan Sekolah Selamat 09  Keselamatan Sekolah Jumlah Item Keseluruhan 67 05 05 04 59-67 09 - 45-40 SKPM-S (2003) 50-54 55-58 Chee et al. (2002) 59-67 SKPM-S (2003) - Dapatan Kajian Pengaruh Perancangan Strategik Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Analisis regresi pelbagai dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh perancangan strategik yang melibatkan langkah-langkah perancangan strategik iaitu visi dan misi. . kawalan. Analisis regresi pelbagai juga digunakan untuk menentukan kekuatan pengaruh antara sub-skala perancangan strategik berdasarkan kepada kekuatan beta (ß) hasil daripada respons responden terhadap skala pengukuran yang digunakan (Jadual 2). pembentukan dan pemilihan strategi.

000].000]. pembentukan dan pemilihan strategik [F(1.001 *p < .001 5.394 R² (Pengaruh perancangan strategik) = .014 F (Pelaksanaan strategik) = 28.179 8.373 10.304 F (Kawalan) = 58.245 R² (Pelaksanaan strategik) = .001 8.108)=35.001 . p=.456 Penilaian dan maklumbalas Pengaruh Perancangan Strategik 6. p=.320 .262 R² (Analisis persekitaran) = .Jurnal Pengajian Pendidikan Jadual 2: Analisis Pengaruh Perancangan Strategik Variabel ß .014.663 .108) =72.714 F (Penilaian dan maklum balas) = 70.000 Berpandukan dalam jadual 2 menjelaskan peramal langkah-langkah strategik yang melibatkan visi dan misi [F(1. .001 .917 .000]. p=.05 R² (Visi dan misi) = .402 R² (Pembentukan dan pemilihan strategi) = . analisis persekitaran [F(1.627 .352 R² (Penilaian dan maklum balas) = .706 F (Pembentukan dan pemilihan strategi) = 35.178.077 p = .208 R² (Kawalan) = .527 .709 t p* Visi dan misi Analisis persekitaran Pembentukan dan .502 F (Visi dan misi) = 38.456 7.511 .444 .634 5.001 .108)=38.001 .495 pemilihan strategi Pelaksanaan strategi Kawalan .110 F (Pengaruh perancangan strategik) = 109.178 F (Analisis persekitaran) = 72.706.

000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. t(110) =5. Berdasarkan nilai ß.000].000] dapat meramal pembentukan sekolah selamat secara signifikan.627.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. p=.000]. p=. t(110)=10. Keputusan kajian juga menjelaskan varians peramal visi dan misi menyumbang pengaruh sebanyak 26. pembentukan dan pemilihan strategik [ß=. pembentukan dan pemilihan strategik menyumbang pengaruh sebanyak 24. p=. Secara keseluruhannya peramal perancangan strategik [F(1.2%. kawalan menyumbang pengaruh sebanyak 35. t (110)=8.456.511. p=. t(110)=6.709.108)=58. Ini bermakna varians peramal perancangan strategik menyumbang pengaruh sebanyak 50.444.000]. analisis persekitaran [ß=. pelaksanaan strategik menyumbang pengaruh sebanyak 20. penilaian dan maklum balas menyumbang pengaruh sebanyak 39. analisis persekitaran menyumbang pengaruh sebanyak 40.714.2%. p=. kawalan [ß=.456. .8%. Berdasarkan nilai ß. p=. t(110)=7.108)=28. pelaksanaan strategik [ß=.320.000]. p=. p=.320.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan.2% terhadap sekolah selamat.000]. penilaian dan maklum balas [ß=. p=.5%.4% terhadap pembentukan sekolah selamat.077.304. keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal perancangan strategik [ß=. p=.000]. kawalan [F(1.110.663.108)=109.456.Jurnal Pengajian Pendidikan pelaksanaan strategik [F(1.108)=70. penilaian dan maklum balas [F (1. p=.2%.000]. t(110)=8.527. Keputusan analisis varians juga digunakan untuk mengenal pasti pengaruh antara sub-skala kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat (Jadual 3).179. t (110)=5. keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal visi dan misi [ß =. Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Analisis regresi pelbagai juga digunakan untuk mengenal pasti pengaruh sub-skala kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat.373.634.

000 *p < .000].000 Berdasarkan kepada jadual 3 menjelaskan peramal peranan pentadbir [F(1. p=. Keputusan kajian juga menjelaskan varians peramal peranan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 41.05 R² (Peranan pentadbir) = . gaya kepemimpinan pentadbir [F(1.0%.000 .327.592 10.629. t (110) =8. Berdasarkan nilai ß.045.350 R² (Gaya kepemimpinan pentadbir) = .640. t (110)=3.000 .108)=58.577 F (Tingkah laku pentadbir) = 58.2%.000] dan gaya kepemimpinan pentadbir [ß= .663.592 F (Pengaruh kepemimpinan pentadbir) = 102.663 7.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat.698 Pentadbir: 8. tingkah laku pentadbir [ß=. keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal peranan pentadbir [ß=.107 R² (Pengaruh kepemimpinan pentadbir) = .000 . sifat pentadbir [F (1. p=.629 3. tingkah laku pentadbir .000].654.352 R² (Tingkah laku pentadbir) = . p=. sifat pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 35.000 .488 F (Peranan pentadbir) = 75. Variabel ß t p* Peranan pentadbir : .593 Tingkah laku pentadbir: .410 R² (Sifat pentadbir) = .640 Sifat pentadbir : .592. p=. p=. 592 Gaya kepemimpinan pentadbir: .592.000]. t (110)=7. t (110)=7.202. tingkah laku pentadbir [F(1.000].144 .202 F (Gaya kepemimpinan pentadbir) = 3. p=.327 Pengaruh Kepemimpina . sifat pentadbir [ß=.Jurnal Pengajian Pendidikan Jadual 3 : Analisis Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir.045 F (Sifat pentadbir) = 58.593. p=.108) =75.896 p = .654 7.108)=58.108)=3.000].592.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan.577. p=.

p=.108)=102. p=.8% terhadap sekolah selamat.6% terhadap sekolah selamat.759 12.0% dan gaya kepemimpinan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 10.112 .759. keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal kepemimpinan pentadbir [ß = .108)=146. Variabel ß t p Perancangan strategik dan dan kepimpinan pentadbir: .000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan. Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Kombinasi antara perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir dikenal pasti dengan menggunakan analisis regresi pelbagai (Jadual 4).706.706 p = .000] dapat menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat.Jurnal Pengajian Pendidikan menyumbang pengaruh sebanyak 35.112. .000 Berpandukan kepada jadual 4 menjelaskan peramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir [F(1.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. Seterusnya secara keseluruhannya peramal kepemimpinan pentadbir [F(1. Jadual 4 : Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat.698.576 F (Perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir) = 146.05 R² (Perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir) = . Ini bermakna varians peramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 57. Berdasarkan nilai ß. keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir [ß=.p=.144.896. p =.000 * p < . Berdasarkan nilai ß.7% terhadap sekolah selamat. t(110)=10. Ini bermakna varians peramal kepemimpinan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 48. t (110)=12.

Hasil temu bual menunjukkan bahawa sekolah kajian memberikan penekanan terhadap polisi sekolah selamat dan melaksanakan langkah- .Pengurusan kemudahan & keperluan 47 asas 47 . 2006). Penilaian yang digunakan ialah dengan membuat analisis Instrumen Pemastian Standard Malaysia-Sekolah pada tahun 2006 (Data sekolah. 2003) untuk mengukuhkan dapatan kajian. Datadata temu bual juga disusun secara kuantitatif supaya mudah dianalisis melalui pendekatan statistik kuasi dengan mengira bilangan kali sesuatu perkara yang dikenal pasti dalam data kajian (Jadual 6).Iklim premis sekolah 56 Pengurusan program .Jurnal Pengajian Pendidikan Pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah juga ditinjau dengan merujuk kepada Penilaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah (SKPM-S.Visi dan misi . kepemimpinan pentadbir dan pembentukan sekolah selamat (Jadual 5) yang terkandung dalam elemen-elemen SKPM-S. Jadual 5: Keputusan Penilaian SKPM-S Elemen (Aspek) Elemen 1: Hala tuju kepimpinan Item . Halangan-Halangan Pembentukan Sekolah Selamat Temu bual dilakukan melibatkan beberapa pentadbir di sekolah-sekolah kajian.Gaya Kepimpinan 55 Kepimpinan Pentadbir Elemen 3 : . Penilaian ini adalah berasaskan kepada laporan penilaian kendalian sekolah yang melibatkan variabel pengaruh perancangan strategik.Perancangan strategik Skor item (Wajaran =60) 54 44 Elemen 2: .Sistem kawalan keselamatan Secara keseluruhannya. Analisis Instrumen Pemastian Standard Malaysia-Sekolah di sekolah-sekolah kajian telah membuktikan bahawa perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh terhadap pembentukan sekolah selamat.

pendawaian elektrik yang baik dan kawalan keselamatan.Pendawaian elektrik. Jadual 6: Data Temu Bual Item . pili bomba. . Jadual 7: Rekod Senarai Semak Item Perancangan Strategik Polisi Keselamatan Persekitaran Fizikal Sekolah (Pagar. menyediakan pagar. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan sekolah kajian mempunyai perancangan strategik.Pondok & Pengawal Keselamatan.Kawalan keselamatan. Pondok & Pengawal Keselamatan disediakan) Skor Kekerapan (15 x 4 =60) 60 60 . Kawalan Keluar-Masuk. . pemadam api.Jurnal Pengajian Pendidikan langkah keselamatan dengan terdapatnya pagar. Skor Kekerapan (Wajaran =15) 8 15 15 12 10 14 Analisis pemerhatian dijalankan dalam bentuk senarai semak untuk pengesahan maklumat berhubung tanda-tanda amaran awal yang boleh mengancam keselamatan sekolah (Jadual 7). kawalan keluar-masuk. . . pondok dan pengawal keselamatan. pelan dan latihan kecemasan. pili bomba. pondok dan pengawal keselamatan.Pili Bomba. lonceng kecemasan. Polisi sekolah selamat berkaitan keselamatan sekolah disediakan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan seperti pembentukan perancangan strategik. Tanda-tanda amaran awal juga ditunjukkan melalui kerosakan dan berlaku retakan pada bangunan sekolah.Penekanan Polisi Sekolah Selamat .Pagar.

Fenomena ini berlaku akibat kesan sampingan daripada kelemahan dan ancaman yang dialami oleh sekolah. terdapat halangan-halangan dalam pembentukan sekolah selamat sehingga sekolah menjadi tidak selamat. Kombinasi antara kedua-duanya memberi pengaruh yang sederhana terhadap pembentukan sekolah selamat. Namun demikian. variabel perancangan strategik menunjukkan lebih berpengaruh berbanding dengan kepemimpinan pengetua. Oleh itu dalam hal ini. keputusan analisis kajian menunjukkan kedua-dua variabel bebas memberi pengaruh yang signifikan dengan variabel bersandar (Rajah 1). Pelan & Latihan Kecemasan disediakan) 60 Kesimpulannya. Sekolah berada dalam keadaan selamat kerana dipengaruh oleh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang berkesan dan sebaliknya sekolah tidak selamat kerana perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir sekolah memberi pengaruh yang kurang berkesan dalam pembentukan sekolah selamat. Pemadam Api. . Lonceng Kecemasan.Jurnal Pengajian Pendidikan Polisi Keselamatan Bangunan (Pili Bomba.

Kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh perancangan strategik terhadap pembentukan sekolah selamat berdasarkan langkah-langkah strategik seperti visi dan misi.Jurnal Pengajian Pendidikan Rajah 1: Model Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat PENGARUH PERANCANGAN STRATEGIK Visi dan Misi Analisis SWOT Pembentukan dan Pemilihan Strategi Pelaksanaan Strategi Kawalan Penilaian dan Maklum Balas SEKOLAH SELAMAT K E K U A T A N PEMBENTUKAN SEKOLAH SELAMAT Keselamatan Fizikal Sekolah dan Keselamatan Bangunan Sekolah P E L U A N G KEPIMPINAN PENTADBIR Peranan Sifat Tingkahlaku Gaya Kepimpinan K E L E M A H A N A N C A M A N SEKOLAH TIDAK SELAMAT Perbincangan dan Rumusan Kebanyakan kajian-kajian yang dibuat dalam perancangan strategik sebelum ini lebih berfokus kepada hubungan antara perancangan strategik dengan kualiti. analisis persekitaran. Menyedari tentang fokus kajian yang sebelumnya bersifat agak sama. maka kajian ini cuba memberi dimensi fokus kepada pengaruh perancangan strategik sebagai satu variabel kajian terhadap pembentukan sekolah selamat. Skop kajian seolah-olah terarah kepada menjawab persoalan bagaimana pendekatan ini dilaksanakan dan kesan pendekatan ini apabila dilaksanakan terhadap kejayaan sekolah. prestasi dan keberkesanan sekolah. .

Keputusan analisis kajian juga menunjukkan kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh terhadap pembentukan sekolah selamat yang ditunjukkan melalui peranan pentadbir. 1993. (1997) mendapati tindakan menambahbaik sekolah bergantung kepada kepemimpinan pentadbir kerana pentadbir berperanan menyediakan perancangan strategik sekolahnya. Asmah Ahmad. kajian merumuskan perancangan strategik memberi pengaruh sederhana dalam pembentukan sekolah selamat. setiap sekolah hendaklah mengaplikasikan pengurusan strategik bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat. Kajian yang dijalankan ini bersifat mengutamakan pengalaman dan penilaian pentadbir berhubung pembentukan sekolah selamat untuk menyahut cadangan kajian Azmi Zakaria (2004). Fadzilah. Dapatan kajian juga menunjukkan konsisten dengan dapatan kajian yang terdahulu yang berkaitan (Leithwood. Seterusnya dapatan kajian adalah selaras dengan dapatan kajian terdahulu yang ditunjukkan dalam kajian Muda dan Rusilawati (2003). penilaian dan maklum balas. Oleh yang demikian ancaman dan kelemahan ini perlu dilihat daripada pelbagai perspektif yang dijangka . tingkah laku pentadbir dan gaya kepemimpinan pentadbir dengan pengaruh yang lemah. Trider & Leihwood. Namun begitu terdapat halangan-halangan pembentukan sekolah selamat yang melibatkan bentuk-bentuk ancaman dan kelemahan yang dialami oleh sekolah-sekolah kajian sehingga mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. kombinasi antara dua variabel peramal (bebas) terhadap variabel kriterion (bersandar) iaitu pengaruh perancangan strategik (X1) dan kepemimpinan pentadbir (X2) terhadap pembentukan sekolah selamat (Y1) ditinjau melalui regresi pelbagai. 2002). Chan. Shahril. Berdasarkan keputusan ujian. kajian Marzita dan Sufean (2002) dan. Dapatan kajian disokong oleh kajian Saripah (2004) dan kajian Campbell et al. Oustan. 1998. Sesungguhnya kepemimpinan pentadbir adalah perlu mengetahui teori-teori kepemimpinan dan pengurusan organisasi untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan sekolah dalam pembentukan sekolah selamat. kajian Ahmad Masrizal dan Sufean (2003) jelas menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan perancangan strategik terhadap sekolah selamat. 1990. kawalan. Dapatan kajian menunjukkan perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh yang sederhana terhadap pembentukan sekolah selamat melalui instrumen kajian yang digunakan iaitu analisis regresi pelbagai dan Penilaian Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-S). Oleh itu.Jurnal Pengajian Pendidikan pembentukan dan pemilihan strategi. Sementara itu. 2000. 1988. 1986. sifat pentadbir. pelaksanaan strategi.

Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian. Jil. Jil. Ahmad Masrizal B. 01. Oleh yang demikian dengan mengenal pasti bentuk-bentuk ancaman dan kelemahan akan memberi peluang kepada sekolah untuk mengambil tindakan pencegahan dan penambahbaikan. Bil. Ancaman ini juga berlaku dalam bentuk tanda-tanda amaran awal kepada pihak sekolah seperti berlaku keretakan dan kerosakan pada bangunan sekolah dan kecelaruan tingkah laku pelajar sehingga menyebabkan berlakunya vandalisme di sekolah. Bil. 13. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Utusan Melayu. hlm. Muhammad dan Sufean. Penelitian terhadap fenomena ini membantu ke arah kefahaman yang lebih jelas terhadap kerangka teori kajian dan model tentang perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang memberi pengaruh dan impak terhadap pembentukan sekolah selamat. 7 Mei 1995. 53 .61. Pelajar remaja menghadapi cabaran. Oleh itu dengan mengaplikasikan perancangan strategik terhadap pembentukan sekolah selamat memberi ruang kepada kepemimpinan pentadbir sekolah untuk merangka strategi yang berkesan. 02. Justeru dapatan kajian menunjukkan ancaman pembentukan sekolah selamat berlaku apabila sekolah tidak memberi penekanan terhadap pelaksanaan polisi dan program sekolah selamat. hlm.Jurnal Pengajian Pendidikan boleh mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. . Bibliografi Abdul Rahim Sidek. Ahmad Sabu. 1998. 39 . Di samping itu kepemimpinan pentadbir juga perlu menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat. Malah gagasan ini menyumbang pengaruh terhadap isu yang dikaji. Hasil dapatan kajian boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh kepemimpinan pentadbir di sekolah untuk membuat perancangan strategik berkesan terhadap pembentukan sekolah selamat. model kerangka kajian berjaya meramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan sekolah selamat. Utusan Publication : Kuala Lumpur. 1996. 08. Tinjauan Pengaplikasian Pendekatan Perancangan Strategik Di Sekolah Berasrama Penuh. Ke Arah Penyeliaan Sekolah Yang Efektif. 2003.80.

Edaris Abbu Bakri. Asmah Ahmad. UK. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pengetua. 1999. Campbell. Doctoral Dissertation. 29. Hlm. Merancang Kemajuan Sekolah. Noor. Terj: Abd. hlm. (Terj. Tai C. 1998. Chan Yuen Fook. 2000. Effective Local Management of Schools.). Rahman. Fadzilah Hj.14. Fidler. A Strategic Approach. Apakah Aspek Penting Dalam Latihan Kepengetuaan Pada Abad Ke-21. Corbally.F. Pengurusan Strategik Di Peringkat Sekolah. Kepimpinan Pengajaran Pengetua / Guru Besar dan Kepuasan Guru. Chan Yuen Fook. Rahman. Foo. Disertasi M. Md. Model of The School Development Program Success. 1989. B. Universiti of Sheffield. Pengurusan Strategik. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. dan Nystrand. Hlm.N. dan Ngang. Pulau Pinang : Rhythm Distributor Sdn. 2000. Bhd. Fakulti Pendidikan. R.46. Dalam Jurnal Institut Pengetua. J. B. 2004. Kajian Keberkesanan Program Latihan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Satu Tinjauan. Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Pahang. Tan S. Jil. hlm. ‘Strategi Ke Arah Sekolah Selamat’.25. Harlow : Longman. Jil. . Jurnal Pendidikan PKPSM. Januari. 14(2).K. 41 . B. 2002. Selangor : Penerbitan Universiti Putera Malaysia. 2005.96. Azmi Zakaria. Comer. Mac/April. Perancangan Strategik untuk Kemajuan Sekolah. Bhd. 1999. 25 . 12(02). hlm. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Khidmat. 1990. G. Fidler.62. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Shanti. Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. 1995. Fidler. Terj: Abdul Aziz Abd. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 02. Disertasi doktor yang tidak diterbitkan.K. Universiti Malaya. 2004.E. 1996. Collaborative Management and School Effectiveness in Malaysian Primary Schools. 10. New Haven : Comer Development Program Success.Jurnal Pengajian Pendidikan Asaruddin Ashaari. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.O. Hlm. (ends. yang tidak diterbitkan.27. R. Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan.52. 10(2) : 1 .).G. Bil. 1998. Chee P. Ed. 84 . and Bowles.P. Universiti Malaya. 2002. Aziz Abd. Jil. 49 . Jilid 02. 20 . Chan Yuen Fook. S. J.F. Isu dan Trend Kepimpinan Pendidikan. K.

Seminar Pendidikan 2005. hlm. Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat. Educational Management and Administration.14. 10. 1993. K. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.Jurnal Pengajian Pendidikan Fullan. Model Rantaian Nilai Dalam Pendidikan: Prakarsa Bagi Pelaksanaan Strategi di Peringkat Institusi Pendidikan. Latib. 1993. Amin.34. Shahril @ Charil Marzuki. Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua Yang Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad ke-21. 1993. Miller. New Jersey : Upper Saddle River. 97 . 1998. Najib Gaffar.R. Mohd. 2004. Strategic Management. Pengurusan Strategik : Satu Pengenalan Kepada Peranan dan Amalan Konsepnya Dalam Pengurusan Sekolah. Bil. Edisi ke-7. Muhamad Bustaman Hj. 02. 1988. 36 . Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Ouston. Teknik Keningau. Universiti Malaysia Sabah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2000. 1986. Management Competences. Educational Leadership. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kepimpinan Pengetua dan Keberkesanan Sekolah : Satu Kajian Kes Di SM. 10(2) : 1 . Jurnal pengurusan Pendidikan. hlm.B. J. Leithwood. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.49. Toronto : The Queen’s Printer for Ontario. 2000. 7(1). Educational Research : Competencies for Analysis and Applications. . San Francisco : Jossey Bass Inc. UTM pada 15 Okt. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Skudai. 18 . Jil. Penyelidikan Pendidikan. 2003. Hussien Mahmood. Jones. No. Disertasi tidak diterbitkan. 21. A. Fakulti Pendidikan. 2005. hlm. 2002. School Effectiveness and Education Management. 2000. 1997. The Role of the Secondary School Principal in Policy Implementation and School Improvement. Abdul Manaf. dan Azaiah Ab. dalam Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan.A. A. Saripah Ghul Hassan. 2000. Prentice Hall Inc. 02. Shamsiah Mohd.125. Leadership for Tomorrow’s Schools. 1999. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. Ghani. Disertasi Pengurusan Pendidikan. Marzita Abu Bakar dan Sufean Hussin. Gay L. M. dan Peter A. Shahrulbanum A. Oxford : Basil Blackwell. Bil. Jilid 12. Muda dan Rusilawati Othman. New York : McGraw-Hill. 2005. Pengurusan Strategik di Kalangan Pengurus-pengurus Sekolah Agama JAIS. Vol.

Jurnal Institut Pengetua.112.312. 02.A. Amalan komunikasi dalam praktikum: Ke arah meningkatkan kecemerlangan pengurusan komunikasi dalam konteks interaksi di antara institute perguruan dan sekolah. Curriculum Inquiry.90. 14(02). Zuraidah A. 1988. . Influences on Principals’ Practices. hlm. pada 19 . Jil. Pendekatan Pengetua Dalam Menangani Disiplin Pelajar Berisiko Tinggi: Satu Kajian Tindakan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Universiti Malaya. Sekolah Selamat: Identifikasi Profesionalisme Guru. 2004.A. 95 .Jurnal Pengajian Pendidikan Shukri Zain. Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. hlm. 2. Shukri Haji Zain & Syed Ismail Syed Mohamad. Vol. and Leithwood. K. Razmi A. 289 . pp. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Praktikum Pendidikan Guru. Trider. dan Yusuf R.R. No. D.M. 2002. 1997.. 18. Jil.21 Jun 1997 di Century Mahkota Hotel Melaka. 81 .

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->