Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN KES 6

1.0 SUBJEK

Nama : Lili (bukan nama sebenar)


Jantina : Perempuan
Asal : Kampung Dew, Selinsing, Perak.
Umur : 15 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : 10 orang (anak ke-4)
Pekerjaan bapa : Pemandu lori
Tinggal bersama : Ayah, ibu dan 8 orang adik beradik
Pencapaian akademik : Sederhana

2.0 KES

Nama Kes
Lari Dari Rumah

Perihal Kes
Lari dari rumah boleh membawa maksud meninggalkan tempat kediaman atau
perlindungan sama ada mengikut kawan atau pergi ke tempat yang lebih selesa pada
pemikirannya. Remaja adalah peringkat personaliti yang mudah terikut-ikut dengan
perangai dan pengaruh rakan-rakan sebaya. Menurut Juriah (1995), lari dari rumah
dikatakan sebagai individu yang meninggalkan rumah kediaman tanpa kebenaran atau
persetujuan ahli keluarga atau penjaga. Definisi yang diberikan oleh Kurtz dan rakan-
rakannya (1991) adalah lebih terperinci iaitu satu situasi di mana remaja meninggalkan
rumah kediamannya atau tempat tinggalnya yang sah dari segi undang-undang untuk
semalaman iaitu melebihi 24jam tanpa kebenaran ahli keluarga atau penjaga.
Kajian Kes
Lili (bukan nama sebenar) merupakan anak keempat dari sepuluh orang adik
beradik yang mana Lili tinggal di kawasan kampung dan mempunyai rumah yang sangat
kecil. Lili berusia 15 tahun dan ayahnya hanyalah seorang pemandu lori manakala ibunya
mengambil upah mencuci pakaian untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.
Keadaan rumah Lili yang kecil berbanding adik-beradiknya yang besar menyebabkan Lili
tidak selesa berada di dalam rumah. Oleh kerana ibunya turut bekerja bagi membantu
ayah menampung kehidupan mereka sekeluarga, keadaan rumah sering tidak terurus dan
berselerak menyebabkan Lili sukar untuk mengulangkaji pelajaran. Kehidupannya yang
agak sukar di samping kesempitan hidup menyebabkan keluarga mereka umpama kais
pagi makana pagi kais petang makan petang.

Kehidupan Lili tidak seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain di mana mereka
mendapat perhatian dan kasih sayang serta kewangan keluarga yang sempurna
menyebabkan Lili berasa rendah diri dan malu untuk pergi ke sekolah. Lantaran itu, Lili
pun mula belajar ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli belah. Semasa Lili
menjalankan kegiatannya itu,Lili telah berjumpa dengan Naim yang merupakan seorang
penganggur. Oleh kerana layanan dan apa sahahja kemahuan Lili dituruti Naim
menyebabkan Lili terus hanyut dengan kehidupan dan keseronokkan yang palsu. Lili
terus ponteng sekolah dan sering tidak balik dari rumah. Ibu bapanya langsung tidak
menghiraukan perbuatan dan kegiatan anaknya itu.

Satu hari sewaktu Lili tinggal bersama Naim, dia telah diperkosa dan keadaan ini
menginsafkan Lili. Lili menjadi sangat takut untuk berdampingan dengan lelaki dan
selepas kejadian itu Lili melarikan diri dari Naim dan pulang semula ke pangkuan
keluarga. Perkara ini langsung tidak diketahui oleh keluarganya dan kini Lili insaf akan
kejadian yang menimpa dirinya. Namun, Lili berasa amat tertekan dan berasa rendah diri,
hina dan malu dengan dirinya. Dia bimbang perkara ini akan diketahui oleh keluarganya
dan Lili juga tidak bersemangat meneruskan kehidupannya yang serba kekurangan dan
ditambah pula dengan tekanan rasa rendah diri.
3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih


Teori Pemusatan Insan

Rasional Teori Dipilih


Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada andaian
bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat
keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat manusia
adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup
bersosial. Emosi-emosi negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian
keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan.

Manusia mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi


penuh iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan
untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan
menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam
konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika
diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan
berkembang dengan yakin ke arah Nirwana kendiri – menjadi apa sahaka yang dia mahu.
Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan yang penting baginya,
kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang
lain tidak boleh dipercayai serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan
perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan
persekitarannya merupakan realiti baginya.

Bersesuaian dengan kes di atas, saya telah memilih teori pemusatan insan kerana
Lili lebih mahukan perkongsian perasaan dengannya. Lili juga telah insaf dan mahu
membina hidup yang baru. Namun di sini Lili hanya mahukan seseorang
mendengar,memahami dan menyelami perasaannya agar tekanan dan bebanan ini dapat
dikongsi dengan orang lain yang boleh dipercayainya. Saya percaya Lili mempunyai
keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ianya wujud
dari diri Lili sendiri apabila Lili berkata dia mahu membina hidup barunya selepas
menduduki SPM. Saya melihat Lili mampu memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan
persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori


Berdasarkan kepada kajian kes, masalah ini timbul apabila Lili merasakan
tekanan yang amat hebat setelah kejadian diperkosa oleh lelaki yang disayanginya. Lili
amat tertekan dengan kehidupannya yang serba kekurangan dan dalam masa yang sama
Lili juga merasa rendah diri dengan kawan-kawan. Dalam teori ini juga ada menyatakan
andaiannya terhadap manusia iaitu konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu
berdasarkan interaksi kita dengan orang lain. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang
boleh meningkatkan konsep kendirinya. Masalah-masalah berlaku kerana timbul yang
wujud antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. Hanya dengan
pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia berkongsi masalahnya.

Matlamat Terapi
Matlamat Teori Pemusatan Insan ini ialah setiap individu mempunyai keinginan
untuk berkembang, matang dan mencapai kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan
satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan
dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh
memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk
mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Ianya adalah bertujuan untuk
membina individu agar dapat berkembang dengan sihat.

Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai
ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi
difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Beberapa kajian telah dapat
menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Roger adalah sesuai
untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. melalui
kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut
Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan
empati,penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri utama yang
membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatkan
tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor
(Brammer dan Shostrom, 1982).

Teknik Yang Digunakan


Di dalam teori ini saya telah mengaplikasikan semua teknik yang terkandung iaitu
penerimaan tanpa syarat, empati, ketulenan, aktif mendengar dan berfikir, parafrasa,
penjelasan, maklum balas, kongruen, mendengar dengan empati, menghormati,
penerimaan yang mesra dan konfratasi. Ke semua teknik ini saya aplikasikan sebaik yang
mungkin bagi melancarkan lagi perjalanan sesi.

4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Lili sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar
Lili. Masalah Lili ini berpunca daripada faktor keluarga iaitu akibat kemiskinan hidup
dan kesempitan yang dialami oleh keluarganya. Kekurangan perhatian dan kasih sayang
serta keperluan lain menyebabkan Lili cuba mencari haluannya sendiri sehingga dia
sendiri terjerat dengan tindakannya itu.

Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk


melancarkan lagi perjalanan sesi seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup,
dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,
kongruen dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin
bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, cita-
cita serta matlamat hidupnya dan menjadikan Lili individu yang berfungsi dengan
sepenuhnya.
Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.
komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang
bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih
banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan
adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti
tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Lili meluahkan perasaan
kecewanya apabila nafasnya pendek, menunduk dan menggosok belakang leher. Oleh
kerana itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi non verbal Lili. Saya akan
bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras
dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai
sejauh mana luahan itu telus dari Lili sendiri.

5.0 IMPLIKASI

Melalui sesi kaunseling ini, Lili kelihatan lebih lega dan dapat berkongsikan
masalahnya dengan orang yang dipercayainya. Ini kerana Lili telah memutuskan sendiri
untuk berjumpa dengan kaunselor secara sukarela. Pada permulaan, Lili kelihatan
menghadapi sedikit kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran namun semuanya
dapat diatasi dengan baik. Lili juga bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima
dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien. Lili lebih terbuka dan bebas
meluahkan perasaannya dan membuat penjelajahan diri dengan telus. Lili telah
menentukan sendiri jalan penyelesaiannya dengan dibantu oleh kaunselor. Lili juga
bersedia untuk berubah dan bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari
matlamat baru.
6.0 REFLEKSI

Kekuatan
Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah
mambina individu agar dapat berkembang sihat. Oleh itu ada di antara kekuatan teori ini
menurut mereka ialah teori ini menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara
kaunselor dengan klien, menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta
kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan
perhubungan dan memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam
hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri.

Kelemahan
Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat
mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara
kelemahan yang terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah teori ini tidak terdapat
satu set/teknik/tatacara yang khusus. Teori ini juga kurang panduan tentang cara
mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien. selian itu kebanyakkan konsep tidak
dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah atau secara abstrak.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia
di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki
kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga
mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan
lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai
asas dalam menjalani kehidupan seharian.
Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang
ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah.
Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara
bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum


dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak
tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru
dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah
umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di
sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata
kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga
sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah
cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan
memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing
sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0 PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui
tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan
mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi
kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan,

.............................................................
(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)
(D20021010330)

Anda mungkin juga menyukai