Anda di halaman 1dari 33

Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai

peranan yang penting untuk membangunkan negara ini.


Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Remaja
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan
peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai
golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Masalah
sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang
membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku
Syurgaku yang menekankan kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk
memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besar-besaran. Oleh itu, ibu bapa
perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam
gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu
menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak
dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk
mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu
sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Contohnya, pada
hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktivitiaktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja
makan angin di destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan
bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.
Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya
mereka kerana anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama
kepada anak-anak. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka
menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya
keimanan yang cukup akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu,
ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kerohanian. Menurut
pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah
mencurahkan ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng
untuk mereka menempuh arus modenisasi kini. Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka
fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata
ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada
masa kini.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak
mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa
kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai contohnya,

ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru.
Dengan ini, pihak sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama
untuk membantu remaja yang bermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak
mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada
penawarnya. Masalah remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih
baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anakanak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan
wang ringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa
sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala
perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu
bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat
buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka
berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah
mengatasi apa-apa kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak
akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa
tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan
remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak
akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam
mendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik
anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang
bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang
berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita
berubah, sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang,
ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.
Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak
Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya.
Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan
siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan
mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap
orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi
memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan
masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan
ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang
penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat
menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal
balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu mancis
tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat
menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar
diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan
dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang
bermaksud; suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh
tahun. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat

mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar.
Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua
dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa
akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi
apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang
pasti menjadi nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat
anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain tarik tali dengan anakanak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan
kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu
memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam
keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka
harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan
anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan
kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa
menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama
rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal
tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik
demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di
situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik
akan menjadi milik kita.
Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya
terlebih dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa
untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika
ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa
perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anakanak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anakanak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama
jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila
minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan
itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi
memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap
manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang
untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah. Oleh yang demikian langkah drastik
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu sebaik-baiknya
mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada
berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa
dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau
menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan
anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar
anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu
bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata
pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu
memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan
memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup

mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut usah direnung ke langit hingga
terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak
kaki.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk
melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah
kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa
tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anakanak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya
dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara
anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan,
mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang
menyirami tanah yang tandus. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak.
Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak
umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa.
Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan
azali anak-anak.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya
menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, anak-anak
ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan. Justeru, ibu bapa
perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang
cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh
dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan
dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala
tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk
melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.
Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu
bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah
menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usahausaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres.
Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. Remaja
akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka. Dalam tempoh
pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji
ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada
juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih
serius. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi
dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada masalah
dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga
kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil jalan mudah dengan
keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk melakukan
perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung
dengan punca masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik
adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang
keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai benang yang kusut adalah lebih baik
daripada terus menambah masalah.

Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. Mereka
akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka
akan menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa.
Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk
meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang sepatutnya dijadikan
sandaran namun remaja perlu bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang
yang mendengar tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat
meringankan kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di jiwa
merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.
Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada
Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat bahawa masalah yang
datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang.
Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja menerima segala masalah
sebagai ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan
dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk menghilangkan keresahan hati
dan remaja boleh memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada
masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang
tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil
aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan
remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut
mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi
ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang
tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan masalah
emosi yang ditanggung.
Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar.
Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri
sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres, berusahalah untuk mengatasinya secepat
mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk
membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik
sebelum nasi menjadi bubur.
Anda akan menyertai pertandingan pidato 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato yang
anda pilih ialah Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan
Remaja. Sediakan teks pidato anda selengkapnya.
Rangka jawapan
Kata alu-aluan :
Sediakan kata alu-aluan yang sesuai dengan konteks pidato.
Pendahuluan :
Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya
memulakan kalam pidato ini dengan versi pendefinisian. Peranan Masyarakat untuk
Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja boleh saya definisikan sebagai
gemblengan atau usaha bersepadu masyarakat dalam setiap peringkat untuk mendepani

masalah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda belia yang semakin
kronik. Apabila disimpulkan kembali, jelaslah bahawa masyarakat merupakan lokomotif
utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang
ditimbulkan oleh golongan remaja.
Isi-isi
1 Masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada setiap gerak geri
remaja
- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang

2. Menjadi masyarakat yang saling bersatu padu, bekerjasama, aman dan


harmoni
- meletakkan kepentingan komuniti sama penting dengan kepentingan
peribadi

3. Menjadi masyarakat yang bijak dan berpandangan jauh


- mengutamakan masa depan remaja
- memandu remaja ke jalan yang benar
- remaja sebagai pewaris generasi

4. Mengembalikan suasana kehidupan yang sentiasa menjaga tepi kain orang


- sentiasa peka akan masalah jiran dan masyarakat umum (peribahasa: cubit
paha kanan paha kiri pun sakit juga)

5. Menubuhkan badan-badan sukarela dan NGO


- sebagai organisasi yang menyelaraskan semua kegiatan masyarakat
- menjalankan aktiviti seperti pertemuan ramah mesra, gotong-royong dan
aktiviti ziarah

Kesimpulan :
Meminjamkan kata-kata terdidik remaja sejahteralah negara justeru masyarakat tidak
boleh berpeluk tubuh dan bersikap sinis terhadap sebarang kepincangan yang berlaku
dalam masyarakat. Masyarakat yang beku, jumud dan tidak prihatin sebenarnya telah
menyediakan suatu jurang untuk menjerumuskan remaja. Masyarakat yang dinamik
sentiasa berpegang kepada kata-kata, Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA BERPUNCA DARIPADA KERUNTUHAN INSTITUSI


KELUARGA
Menuju tahun 2020,masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat
membimbangkan dan seperti tiada penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini,
ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti meragut, mencuri
dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan
institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak
sepatutnya bekerjasama dalam mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan
masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik anak supaya mereka tidak
tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.

Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup


berkeluarga dan pelbagai ilmu dalam perkahwinan. Masyarakat kini ramai yang berkahwin
dalam usia muda kerana terlalu mengikutkan perasaan dan hawa nafsu. Mereka sepatutnya
mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu supaya setiap perkara yang terjadi dalam
rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan berdiplomasi. Jika mereka tiada
ilmu atau kurang ilmu, setiap perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi
kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak
mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri, seperti kata pepatah,
kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah
penceraian tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara
tersendiri seperti melarikan diri mengikut teman lelaki atau sesiapa sahaja yang boleh
memberikan kebahagiaan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa
kekurangan ilmu dalam institusi kekeluargaan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan
akhlak.

Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa
yang asyik mengejar kemewahan duniawi tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini
sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika
mereka menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah memberikan
kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan
insan yang perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa
terlalu mengikut permintaan anak-anak mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini
akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas kekurangan perhatian
dan kasih sayang yang diberikan. Anak anak ini juga akan menggunakan segala
kemewahan yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan
diri seperti menghisap dadah. Anak anak ini ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka
bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak mereka. Ibu bapa harus sedar
bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu
sedar bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih banyak masalah keruntuhan
akhlak dalam diri remaja.

Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan dan
penghayatan agama. Hal ini demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah
keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang berpegang kepada ajaran agama tidak
akan goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan yang
tidak berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda.

Anak anak yang kurang penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan
perkara-perkara negatif seperti merempit dan sebagainya. Anak anak ini perlu dididik
menghayati agama sejak kecil lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Jika sudah menginjak ke usia remaja, mereka sukar menerima nasihat dan
melakukan perubahan. Mereka lebih rela membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan
tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada itu, mereka mungkin akan terjebak
dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Oleh itu,kekurangan
didikan agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi


yang sempit. Hal ini demikian kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi
memudahkan kelansungan hidup. Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang
tetap atau pekerja kolar biru , mereka sukar untuk menyediakan segala kemudahan untuk
keluarga mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan anak anak mencari jalan pintas untuk
mendapatkan segala keinginan mereka dengan mencuri, meragut dan sebagainya. Pada
usia remaja, mereka sering berasa iri hati apabila melihat rakan-rakan yang mampu untuk
mendapatkan apa yang mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya.
Namun demikian, seorang anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya
dengan meminta lebih daripada apa yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlu menyimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan atau untuk menyediakan
kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu sedar bahawa keadaan sosioekonomi yang
sempit boleh menyebabkan anak anak remaja bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan
apa yang mereka mahu.

Tuntasnya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh


membawa kepada keruntuhan akhlak remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan
koreksi diri. Hal ini demikian kerana, segala kelemahan dalam mendidik dan mendisiplinkan
anak anak terutamanya remaja akan menyebabkan mereka menyimpang terlalu jauh dan
terjebak dengan masalah sosial yang lebih berat. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu
bahawa kegagalan mereka dalam menguruskan institusi keluarga akan terkesan dalam diri
anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara dan mereka perlu
didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna. Mereka ialah insan yang akan membawa
negara kita ke persada antarabangsa yang terkenal dengan kebudayaan dan budi pekerti
yang tinggi dan bukannya negara yang tidak berbudi pekerti. Maruah negara kita pada masa
hadapan berada di tangan anak anak remaja kini. Jadi, mereka perlu bangkit daripada dunia
angan-angan untuk menempuh dunia realiti.
Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar
setelah merekameninggalkan institusi pendidikan formal.

Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar
sebagai pelengkap dirimemasuki alam pekerjaan

Rangka jawapan

PENDAHULUAN
1. Alam pekerjaan destinasi akhir pelajar
2. Persaingan memasuki pasaran pekerjaan
3. Kelulusan akademik belum menjanjikan jawatan yang dicita
4. Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

Isi-isi

1. memiliki kemahiran dalam komunikasi


- petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat dan berani berhadapan
dengan pelbagai peringkat pelanggan
- berinteraksi dalam gaya yang sopan

2. kemahiran menguasai pelbagai bahasa


- mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat
- menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan
-

bahasa utama di Malaysia: Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun dan
lain-lain

- berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di


seberang laut

3. kemahiran teknologi
- penting selaras dengan kemajuan teknologi global
- hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian
- teknologi pembuatan, kejuruteraan dan penciptaan-memiliki aset utama untuk
mencari peluang dalam pelbagai sektor (pembuatan, pemesinan, perkakasan dan
operasi)

4. kemahiran dalam ICT (tidak seperti katak di bawah tempurung)

- selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka


- mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian
Internet dan laman web
- boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden
KESIMPULAN

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada sesiapa pun yang tahu mengajari kita
agar berusaha mencipta tuah

Penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta utk
kejayaan
bu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai
balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.

Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada keduadua ibu bapa.
Contoh 1
Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka
kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong
kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada
ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab untuk
menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti
di situ sahaja. Berbakti kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan anak yang tidak boleh
diabaikan walau dengan apa alasan sekali pun. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita
perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya,
terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
Contoh 2
Ibu bapa adalah permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari
ini. Dengan izin Allah, ibu bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa kita. Hanya
mereka, tidak yang lain. Ingatkah kita betapa besar pengorbanan ayah dan ibu dalam
memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita dilahirkan? Bermula dengan susah payah
ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi
memenuhi keperluan kita, lahirnya kita di muka bumi pula disambut dengan kalimah suci
yakni azan ke telinga kita oleh ayah. Itupun setelah ibu berhempas pulas melahirkan kita.
Kemudian masa berlalu dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh.
Kitalah buah hati ibu bapa. Diberikan mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat
dengan penuh kasih sayang. Diberikan tempat tinggal yang terbaik mengikut
kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang segar sehingga kita

membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa
kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita
membalas jasa mereka.

Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan


diri daripada sikap bagai kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali menderhaka
atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana syurga terletak di bawah telapak
kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah
dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita.
Segala jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang
berjuta sekalipun. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka masih
hidup,selagi nyawa dikandung badan.

Cara-cara menunjukkan kasih sayang anda kepada ibu bapa

Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa
mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah
mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila tiba masanya, kita
dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula
bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu
bapa kita juga tidak terhenti di situ sahaja. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita
haruslah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya,
terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
Salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa ialah kita
hendaklah menyayangi mereka. Ibu bapa kita mengandung, melahir, menyusu, mendidik,
mengasuh serta membesarkan kita dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Pada
asalnya, kita merupakan insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa mengenai erti
kehidupan. Sebagai tanda kita menghargai usaha dan penat lelah mereka, kita haruslah
menyayangi ibu bapa kita sebagaimana mereka sentiasa menghadapi ujian kesabaran
ketika mendidik kita. Sebagai contohnya, ibu bapa menjaga dan membesarkan kita dalam
keluarga yang bahagia dan sebagai anak pula, kita perlu mencurahkan kasih sayang kita
kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah tua dan uzur. Menurut pakar psikologi,
mereka yang sudah tua akan berfikir dan berkelakuan seperti kanak-kanak dan memerlukan
kasih sayang daripada anak-anak. Oleh hal yang demikian, kita harus menyayangi ibu bapa
kita supaya kita tidak dituduh sebagai anak yang derhaka.
Selain itu, kita boleh menunjukkan sayang kepada ibu bapa kita dengan cara
menghormati dan mentaati mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setelah kita boleh
berfikir, ibu bapa kita menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita. Mereka telah mendidik
kita sejak kecil bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila kita
sudah dewasa, kita telah menajdi modal insan yang berkualiti dengan nilai-nilai murni hasil
daripada didikan mereka. Secara tidak langsung, kita bertanggungjawab untuk
mengamalkan nilai-nilai murni yang telah kita peroleh. Sebagai contohnya, kita bercakap

dengan nada yang rendah apabila berkomunikasi dengan orang tua terutamanya ibu bapa
dan menundukkan badan apabila melalui hadapan mereka. Kita juga akan menjadi teladan
kepada anak-anak kita apabila kita menghormati orang tua kita. Oleh hal yang demikian,
kita hendaklah membalas jasa mereka dengan menghormati dan mentaati mereka
sebagaimana mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita.
Seterusnya, kita boleh membalas jasa ibu bapa dengan menjaga mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana ibu bapa telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.
Sebelum kita diwajibkan sekolah, ibu bapa telah mengajar kita tentang asas kehidupan
seperti berjalan, berlari dan pelbagai perkara dalam kehidupan. Ibu bapa juga sering kali
menasihati kita agar pandai membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sebagai
anak pula, kita yang merupakan tempat bergantung hidup mereka apabila mereka sudah
tua dan uzur. Sebagai contohnya, kitalah yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk
menjaga dan memelihara mereka dengan penuh kasih sayang. Tindakan anak-anak pada
masa ini yang menghantar ibu bapa ke rumah warga tua pula tidak harus dicontohi kerana
ibu bapa yang sudah tua dan uzur akan berasa terisisih dan sakit hati. Oleh hal yang
demikian, sebagai anak kita hendaklah membalas jasa ibu bapa kita dengan menjaga
mereka dengan sebaik-baiknya apabila kita dewasa kelak.
Di samping itu, cara lain ialah kita belajar dengan bersungguh-sungguh. Hal ini
dikatakan demikian kerana ibu bapa sanggup bekerja membanting tulang dan bersengkang
mata untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan kita. Hasil yang diperoleh
kemudiannya digunakan untuk membayar yuran sekolah, asrama dan kelas tuisyen tanpa
mengharapkan pulangan dari segi mata wang daripada kita. Sebagai contohnya, ibu bapa
tidak pernah mengharapkan harta berjuta ataupun sagu dan emas untuk membalas jasa
mereka tetapi pencapaian anak-anak menggenggam segulung ijazah merupakan
kegembiraan sebenar mereka. Dalam aspek ini, kita boleh menunaikan harapan mereka
dengan menjadi insan yang berguna, berjaya dan bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Tegasnya, untuk membalas jasa ibu bapa kita, kita hendaklah belajar dengan bersungguhsungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
Bukan itu sahaja, kita perlu memberikan layanan yang baik kepada rakan-rakan
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana budi bahasa dan sopan santun yang kita
pamerkan melambangkan kasih sayang kepada kedua-dua ibu bapa kita. Segala teladan dan
tunjuk ajar yang diterapkan oleh ibu bapa kepada kita dianggap seperti bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, etika kita yang bermoral membolehkan rakan-rakan
ibu bapa kita akan berpandangan positif kepada kedua-dua ibu bapa kita. Oleh hal yang
demikian, sebagai anak, kita mestilah menghormati rakan-rakan ibu bapa dan melayan
mereka dengan baik.
Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang anak kita hendaklah sentiasa
menjauhkan diri daripada sikap bagai kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali
menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana syurga terletak di bawah
telapak kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah
dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala
jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta
sekalipun. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka masih hidup,selagi
nyawa dikandung badan.
SoalanJasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak.
Jelaskan cara-cara menghargai jasa ibu bapa.Rangka Karangan1.0 Pendahuluan

-ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan setiap anak-tanpa ibu
bapa tiadalah anak-ibu bapa telah banyak berkorban untuk memastikan anak-anak
membesar dengan sempurna-ibu bapa terpaksa bekerja keras semata-mata untuk
membolehkan anak-anak mendapat pendidikan yangsempurna-sebagai anak kita mestilah
menghargai jasa ibu bapa
2.0Isi/FaktaCara-cara Menghargai Jasa Ibu BapaIsi 1 : Membantu ibu bapa
membuat kerja rumah
- Apakah cara-cara menghargai jasa ibu bapa?- Mengapakah anak-anak perlu membantu
ibu bapa membuat kerja rumah?- Bagaimanakah cara anak-anak membantu ibu bapa
membuat kerja rumah?- Contoh/Bukti: Menolong ibu memasak, menjaga adik-adik,
membantu bapamencuci kereta, membersihkan persekitaran rumah- Rumusan isi : Justeru
ibu bapa akan berasa senang hati kerana beban tugasmereka di rumah bertambah ringan
Isi 2 : Menjaga ibu bapa selepas mereka tua
- Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa ibu bapa?- Mengapakah
anak-anak perlu menjaga ibu bapa setelah mereka tua?- Bagaimanakah anak-anak menjaga
ibu bapa setelah mereka tua?- Contoh/Bukti : Membawa ibu bapa tinggal bersama, melayan
mereka dengansabar, menjaga makan minum mereka dengan sempurna- Rumusan isi : Oleh
hal yang demikian, anak-anak hendaklah menjaga ibubapa baik dari segi jasmani mahupun
rohani
Isi 3 : Mengunjungi ibu bapa jika tinggal berasingan
- Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa?- Mengapakah kita perlu mengunjungi ibu
bapa?- Bagaimanakah caranya mengunjungi ibu bapa?- Contoh / bukti : pulang ke kampung
sebulan sekali, bertanya khabar,membawa makanan dan barang kesukaan merekaRumusan isi : Dengan cara ini ibu bapa tidak akan berasa sunyi dan tersisihwalaupun anakanak tinggal berjauhan
Isi 4 : Berjaya dalam pelajaran
-Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa?-Mengapa kita perlu berjaya dalam pelajaran?Bagaimanakah kejayaan anak-anak dapat membalas jasa ibu bapa?-Contoh/Bukti : anak
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, berjaya melanjutkan pelajaran
kemenara gading dan mendapat pekerjaan yang baik-Rumusan isi : Kejayaan anak-anak
melambangkan kejayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
3.0 Penutup/Kesimpulan
Kesimpulannya, jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak ternilai. Ibu bapa tidak
mengharapkan anak-anakmembalas jasa dengan menghamburkan wang atau kemewahan
tetapi cukuplah sekadar anak-anak mengambilberat terhadap diri mereka dan prihatin
terhadap masalah mereka pada saat mereka menghadapi hari-hari tua.Jika kita menghargai
jasa ibu bapa kita, setelah kita tua, anak-anak kita pasti akan menghargai jasa kita. Usahlah
kita menjadi anak-anak yang tidak mengenang jasa seperti Si Tenggang yang melupakan
ibunya setelah menjadi kaya.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu
memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak
dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya
terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam
pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anakanak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman
dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami,
berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga
menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang
bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa
atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan
pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha
bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira
tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar
dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar
dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip,
nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu
bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk.
Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk
menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan
mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah
bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak
dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.
Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral
yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa
mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara
yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan
memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa.
Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang
secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar
supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan
galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang
baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak
dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan
yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga
perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa
perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu,
ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan.
Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka
membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku
tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya
pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta
bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan
pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah
terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah
dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah
tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya
yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi
oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang
baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anakanak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu
tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu,
jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran
dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan
tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting

untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah
bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa
kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai
kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan.
Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak
khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam
membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bincangkan.
Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi
kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak
yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif
dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai
menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang
yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya,
masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat
pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak. Jika
dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini,
kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen
antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada
perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat
memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun,
saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak
kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang
kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum
melakukan kesalahan.
Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu
bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal
dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini
dikatakan demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah.
Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya
anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara
yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat
menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar
tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh
keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar
tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam
masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni
mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa

haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni
demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak
dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan
berkewibawaan.
Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan
menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat
kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih
berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak
perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan
ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat
dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas
perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi
sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.
Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anakanak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa
berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak.
Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga
kelakuan diri di khalayak ramai agar 74 kcloo/buku-6/2009 dicontohi oleh anak-anak
mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan
membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri
sendiri berjalan senget.
Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada
komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa
masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada
mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan
akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi
tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal
selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap
anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat
kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian
Wawasan 2020. *
Peranan keluarga dalam pembangunan modal insan. Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini,
negara Malaysia kini sedang pesat membangun dari sehari ke sehari. Persoalannya, apakah
faktor yang mendorong pembangunan ini? Sebenarnya, pembangunan negara adalah sejajar
dengan pembangunan modal insan kelas pertama yang berilmu pengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Modal insan ini lahir daripada generasi muda kita yang berwawasan
tinggi. Generasi yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti dinamik, proaktif,
beriltizam dan berdaya saing. Tetapi apakah pula rahsia pembentukan generasi berwawasan
yang mendukung pembangunan modal insan di negara ini?
Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk
dipikul demi merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang
cemerlang dalam pelbagai aspek.Generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan.

Mereka mesti menyediakan diri dengan ciri-ciri kepimpinan dan memantapkan ilmu serta
kemahiran. Di sini jugalah keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk
memimpin tangan dan membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara
yang paling efektif sekali. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling
dekat dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap
anak-anak kerana segala perbuatan dan tingkah laku ibu bapa pasti akan diikut oleh anakanak mereka. Di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi merupakan peribahasa yang
relevan dengan isu ini. Sudah menjadi lumrah hidup manusia, anak-anak sememangnya
akan akan memperhatikan dan meniru gerak tari ibu bapanya. Jika sumbang gerak tari ibu
bapanya maka sumbanglah juga gerak tari mereka.
Justeru, ibu bapa perlu bersikap optimistik tidak kira dalam apa-apa keadaan demi
memastikan anakanak sentiasa berada di landasan yang betul dan seterusnya melahirkan
anak yang sentiasa bersikap positif.Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan untuk
mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga. Hal ini demikian kerana suasana yang
harmoni dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan gejala negatif. Apabila
suasana ini dapat diwujudkan ikatan silaturahim antara keluarga akan lebih utuh. Hal ini
seterusnya dapat mengelakkan gangguan emosi dalam kalangan anak-anak dan seterusnya
membendung anak-anak daripada tergelincir dari landasan yang benar. Setiap hari di dada
akhbar kita dapat melihat bahawasanya remaja kini kebanyakannya terlibat dengan
masalah sosial yang menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Justeru, ibu bapa dan keluarga harus membimbing dan memantau anak-anak supaya tidak
terjebak ke dalam sesawang negatif dan menghancurkan usaha untuk membina modal
insan.Peribahasa Melayu ada mengatakan, kepapaan menajamkan akal manusia, kekayaan
menumpulkan akal manusia. Peribahasa ini memberi maksud yang sangat jelas bahawa ibu
bapa tidak harus melimpahkan kemewahan terhadap anak-anak kerana kemewahan dan
kekayaan akan menyebabkan anak-anak lalai dalam menjalani kehidupan. Sebaliknya anakanak lebih suka berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawab utama mereka iaitu
menuntut dan menimba ilmu. Sememangnya, ibu bapa harus bijak menguruskan kewangan
anak-anak mereka dan mendidik mereka bagi mengelakkan mereka tergolong dalam
golongan yang lalai dan rugi.
Di samping itu, ibu bapa harus mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak dan
sentiasa memberi sokongan kepada mereka. Dalam hidup ini, setiap manusia yang
memperoleh kejayaan pasti pernah menemui kegagalan pada suatu ketika dahulu. Dalam
hal ini, jika anak-anak gagal dalam sesuatu perkara misalnya peperiksaan, ibu bapa tidak
seharusnya menghukum mereka sebaliknya memberi dorongan dan menasihati mereka.
Pengalaman ialah ibu segala kejayaan merupakan peribahasa Jepun yang sangat sesuai
dengan isu ini. Sebaik-baiknya kegagalan yang pernah dihadapi itu dijadikan pengalaman
dan sejarah yang tidak boleh diulang kembali. Jelaslah di sini bahawa, dorongan dan
sokongan ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk mengawal emosi mereka dan
seterusnya membentuk modal insan yang cemerlang dari aspek emosinya.Seterusnya,
didikan agama merupakan aspek yang paling penting bagi membentuk generasi yang bersih
dari segi rohani dan jasmani. Dalam hal ini juga ibu bapa ialah pihak yang
bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana dengan pengetahuan agama yang 30 kcloo/buku-6/2009 menebal dalam
diri, anak-anak dapat membezakan perkara yang benar dan batil. Anak-anak juga lebih
terdorong untuk melakukan kebaikan dan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat
mereka untuk berusaha dengan gigih demi mencapai matlamat. Perkara ini juga dapat
membina disiplin diri anak-anak dan melicinkan usaha untuk menambah bilangan modal

insan dalam negara kita.Natijahnya, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang begitu
penting dalam pembentukan modal insan dalam kalangan anak-anak mereka.
Bahawasanya, gabungan nilai-nilai murni, ilmu pengetahuan dan kemahiran serta disiplin
diri yang tinggi boleh melahirkan generasi berwawasan yang menjadi akar kepada
pembangunan modal insan kelas pertama yang cemerlang dari aspek fizikal, mental dan
emosi. Dalam hal ini, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. Oleh itu, ibu
bapa tidak boleh berputus asa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna dalam masyarakat, bangsa dan agama serta membatu merealisasikan satu agenda
penting negara iaitu melahirkan generasi berwawasan yang menjadi penggerak kemajuan
negara.

Anda mungkin juga menyukai