Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah

Kecemerlangan Akademik

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pengumuman :
Program Hari Anugerah kecemerlangan akan berlangsung sehingga pukul 11.00 pa
Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
Para pengawas dan semua guru diminta memberi kerjasama dengan mengawasi p
pelajar.
Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan menunjukkan reaksi tidak b
ketika berada dalam majlis.
Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga nama baik sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis m
dengan kebenaran guru.
Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa, teratur dan tersusun.
Pelajar tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis berlangsung. Berikan tepukan
kepada kawan yang Berjaya memperoleh kecemerlangan
Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang menganggu perjalanan majlis ata
melakukan perkara yang tidak dibenarkan.
9. Pelajar diminta menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Haji Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG, d
oleh PK Pentadiran, Barisan Pentadbir dan tetamu-tetamu jemputan.
Semua hadirin diminta berdiri.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untu
menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri d
bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai..
Buku Pelawat serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi

Biar padu seteguh jati


Budaya kita junjungan budi
KATA ALU-ALUAN
Yang Berusaha,
Pn Ramlah bt Hj Hashim,
PK Pentadbiran yang memangku tugas
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Berusaha
Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
En. Kowangid bt Taufik
- PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat
- PK Kokurikulum
Pn Sharipah bt Shaari
- PK Pendidikan Khas
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Rakanrakan guru, Para Ibu Bapa , Para Penerima Hadiah Kecemerlangan serta pelajarpelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sijangkang Jay


Marilah kita bersama-sama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan majl
sambutan hari Anugerah ini. Setiggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilah
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh
kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepadapelajar-pelajar, bekas
pelajar dan individu-individu yang menunjukkan kecemerlangan di bidang
pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kejeliki
pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi
seluruh warga pendidik dan pentadbiran SMK Sijangkang Jaya untuk membangu
kegemilangan pendidikan di sekolah ini.
2. DOA

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin M
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.
3. BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN.

Sebagai santapan jiwa dan makanan rohani kita, saya dengan penuh takzimnya me
saudara Muhammad Akmal bin Zulkifli (2 KRK) untuk memperdengarkan alunan ba
ayat-ayat suci al quraan, ManakalaTafsir al quraan akan diperdengar oleh saudara
al-Ashan binShamsul Kamar (2 Bestari)
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas alunan bacaan ayat-ayat suci itu tadi
3. UCAPAN PENGETUA
Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan PK 1 amat dialu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusah
Ramlah b Hj Hashim, PK Kanan Pentadbiran yang memangku tugas Pengetua SMK
Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

4. UCAPAN YDP PIBG

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,

Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji Zulkepli bin M
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seteru
merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Akademik sesi 2012. Dengan segala
hormatnya dipersilakan
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
5. UCAPAN PERASMI
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Sungguh terkenal serata negeri,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Hadirin dan Hadirat yang dikasih.


Proses diajar, belajar dan mengajar
Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan

Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu
persembahan yang akan disampaikan oleh
Perssembahan Sajak
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sajak sebentar tadi.

7. PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA TING 1,2


Terbang tinggi si burung helang

Berkicau kenari sambil berterbangan


Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian hadiah ke


pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan PAT b
Tahun 2012.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn Suzana bt Mohamad
untuk menjemput dan dan mengiringi Yang dihormati En Kowangid bin Taufek un
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En Kowangid bi Taufek dan Pua
Suzana Mohamad atas penyempurnaan majlis itu..
8. PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK TING 1,2,DAN 4

Majlis diteruskan dengan penyampaian Angerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik


pelajar-pelajar Ting 1 dan Ting 2 dan Ting 4. Untuk itu, majlis mempersilakan Pn Far
Dasir bagi menjemput dan mengiringi Pn Ramlah bt Hj Hashim, Pengetua SMK Sija
Jaya untuk menyampaikan anugerah kepada penerima. Dipersilakan.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARA


TERBAIK TINGJATAN 1,2 DAN 4
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Ramlah bt Hj Hashim dan P Faridah
Dasir
10. PENYAMPAIAN ANUGERAH PMR

Majlis seterusnya ialah Penyampaian ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2


Untuk itu majlis mempersilakan En. Kowangid bn Taufek untuk mengiringi Tuan H
Zulkapli bin Mat Taib, ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan
hormatnya dipersilakan.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI pelajar terbaik PMR


PELAJAR TERAKHIR ( muzik Gamelan berhen

11. PENYAMPAIAN ANUGERAH SPM ( Muzik Gamelan Bersedia)


MUZIK GAMELAN BERMULA

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2008 DIMULAKAN DENGA


Baca Senarai Nama Pelajar Cemerlang SPM 2010
Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah ;
Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran PMR 2012 (Mengikut Subjek)
Seterusnya, Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah
Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran SPM 2010 (Mengikut Subjek)
MUZIK GAMELAN BERHENTI
Hadirin yang dirahmati pihak sekolah turut mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi
menzahirkan kecermerlangan para pelajar ini.

Seterusnya Anugerah 100% lulus matapelajaran dan peningkatan ketara pencapaian


matapelajaran dalam Peperiksaan Awam 2010
MUZIK GAMELAN BERMULA

Dipersilakan penerima Anugerah Mata Pelajaran 100 % dalam peperiksaan SPM

Seterusnya Anugerah Peningkatan Lima Peratus Ke atas Matapelajaran Peperiksaa


Awam 2010
Dipersilakan Ketua Panitia .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik

dan____________________________ atas kesudian menyampaikan Anugerah


Kecemerlangan itu tadi.

Anak Ibarat kain putih


Diasuh diajar dididik dilatih
Kalau anak tidak dilatih
Jika besar ibu bapa letih
Hati orang tua perlu dijaga
Emak ayah berasa bangga
Jika anak berbudi bahasa
Itu tandanya membalas jasa

Hadirin yang dihormati,


Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikansebagai tand
dan tanda penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn Ram
Hj Hashim, PK 1 SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan tanda hati kepada teta
jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib
menerima tanda hati daripada pihak sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan Yang Berbahagia
______________________.
14. PENUTUP

Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada
semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu.

Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa untuk had
majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak yang terli
secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksan
dengan sempurna.
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Tenang-tenang air di kali

Tempat mandian putra puteri


Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Hinggap tempua di hujung dahan
Kenari berbalah berebut taman
Sajian tersedia jemputlah makan
Awal bismillah menjamah hidangan
Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.
Dijemput para tetamu untuk ke bilik gerakan untuk jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai