Anda di halaman 1dari 1

Mekanisme Pergerakan Katak

1. Katak beradaptasi untuk berenang, melompat dan merangkak.


2. Berenang
(a) Katak mempunyai kaki yang berkulit selaput untuk berenang.
(b) Kulit di antara jari kaki bertindak sebagai pengayuh untuk menolak katak ke hadapan semasa
di dalam air.
3. Melompat
(a) Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dengan otot yang kuat dan boleh dilipat dalam
bentuk Z semasa rehat.
(b) Untuk melompat, otot ekstensor di kaki belakang mengecut. Kaki belakang diluruskan dan
satu daya yang bertindak ke bawah dan ke belakang dihasilkan. Daya bertentangan yang
bertindak ke atas dan ke hadapan dihasilkan untuk menolak katak ke atas dan jauh dari tanah
(Rajah 11.21).
(c) Katak mendarat dengan menggunakan kaki hadapannya yang lebih pendek bagi menyerap
hentakan semasa pendaratan.

4 Merangkak
Untuk merangkak, katak memanjangkan dan menarik kembali kaki depan dan kaki belakangnya
secara bergilir-gilir (Rajah 11.22).

Anda mungkin juga menyukai