permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator memainkan
peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah :
Malam Hari
- Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki menundukkan kepala dan
menutup mata. Narrator akan memainkan peranan.
- Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan buka mata. Mafia akan
secara senyap bangun dan berbincang diantara mereka tentang mangsa yang hendak
disingkirkan. Setelah keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.
- Kemudian Mafia disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan menutup mata).
- Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta berperanan polis untuk
bangun dan buka mata. Polis akan berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki
memainkan peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh polis untuk
kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.
- Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun dan muka mata. Doktor
dikehendaki memilih salah satu peserta untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada
hari tersebut. Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali tidur dan
peserta yang ingin diselamatkan dicatat.
- Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua peserta dibenarkan bangun.
Pagi
- Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh mafia, melainkan peserta
yang dikhendaki mafia utk disingkirkan pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.
- Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan masing-masing.
- Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa sepanjang permainan
berlangsung. Mereka hanya dibenarkan memerhati.
siang hari
- Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk bandar (termasuk mafia,
polis dan doktor) dikehendaki berbincang antara satu sama lain tentang siapakah mafia
diantara mereka. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan masing-masing
sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai bilangan undi yang terbanyak (50% atau
lebih) disingkirkan dari permainan.
- Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran boleh tidak dilakukan jika
semua ahli kumpulan yang lain bersetuju. Hari tamat dan corak permainan diulang semula
(malam, pagi, siang hari)
5) Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang memegang
watak mafia, Polis dan Doktor. Jika Mafia telah menyingkirkan Polis dan Doktor
kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada Mafia. Jika Polis Berjaya menyingkirkan
Mafia, kemenangan berpihak pada polis.
6) Program tamat dan peserta diberikan tema bagi malam kebudayaan.
-----------------------------------------------------------------------------Modul 3 : Great Egg Drop
Great egg drop juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu
aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat
utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama
daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara
kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.
Objektif :
Cara permainan Pulse Game - Peserta diminta berdiri didalam satu barisan dengan
mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan dihujung barisan. Peserta lain tidak
dibenarkan membuka mata mereka kecuali peserta yang berada di permulaan dan peserta
yang berada dihujung. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan secara senyap
akan menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika kepala peserta pertama akan
mengengam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi perkara yang sama hingga
sampai kepada peserta terakhir. Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah
berlari sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan. Markah akan ditolak
jika sekirannya peserta tersalah melihat kepala dan ekor duit syiling.
Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke mana checkpoint
peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua yang perlu dicari.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
10) Bagi checkpoint keempat :
Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti Trust walk.
Cara Permainan Trust Walk Peserta kumpulan akan diberi sehelai kertas yang
mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta disembunyikan. Peserta kumpulan
hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan pencari harta. Ahli yang telah dipilih
hendaklah menutup mata mereka dengan sehelai kain. Ahli-ahli didalam kumpulan akan
membimbing pencari harta tersebut bagi mencari petunjuk serpihan harta kedua.
Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi petunjuk ke mana
checkpoint peserta seterusnya.
Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga untuk mengetahui
dimana harta disembunyikan.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
11) Bagi checkpoint kelima :
Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit Jejak bertapak akan dijalankan.
Cara permainan Jejak Bertapak Sebelum permainan peserta akan dijelaskan jarak yang
perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini. Peserta akan dibekalkan dgn 3 keping
Tapak. Peserta diminta untuk berfikir bagaimana hendak membawa kesemua ahli didalam
kumpulan ke tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba di tempat tujuan dgn
serentak. Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang diberikan sahaja. Peserta yang
memijak tempat lain selain Tapak yang diberikan akan dikira gagal dan diminta untuk
mengulanginya semula dari permulaan.
Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint
peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
12) Bagi checkpoint keenam :
Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti Photo scarvenger hunt.
Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan kamera. Contoh
kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu, kereta berwarna kuning,orang yang
bermain bola sepak dan sebagainya. Sebelum permainan bermula, penjaga checkpoint
hendaklah menetapkan had bagi sesebuah kawasan permainan.
Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan mencatatkan masa akan
memberi petunjuk dimana kertas soalan di sembunyikan.
Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk kemana checkpoint
peserta seterusnya.
Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13) Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang ada
padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta mencari kunci harta
karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan
harta tersebut.
14) Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator meminta
peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai,
fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
15) Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi sebuah baju.
16) Diakhir aktiviti Treasure Hunt, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas jawapan
bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga harta yang telah
dijumpai.
17) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
18) Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.
-----------------------------------------------------------------------------Modul 5 : surat cinta
Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat.
Didalam aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati
masing-masing kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk
bersikap positif menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.
Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.
Masa:
Tiada peruntukan masa.
Arahan:
1) Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat. Peserta
dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.
2) Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3) Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4) Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta
menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran kepada
sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5) Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti treasure hunt dan
malam talentime.
6) Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli kumpulan.
Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.
7) Pada akhir malam talentime peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang
tertera nama mereka.