Anda di halaman 1dari 8

Abad ke 21

2.1 Pendidikan Abad ke-21


Pendidikan merupakan asas penting kepada setiap individu kerana ia dapat membentuk keperibadian
individu yang berakhlak tinggi, berpengetahuan, bijak dan tegas dalam membuat keputusan agar dapat
memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara. Menurut Mohd Najib (1997), pendidikan
merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, YAB Datuk Seri Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad (1991), Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di
Dunia Ketiga. Namun sebagai bekal, kita harungi perjalanan pada generasi yang kedua ini, piawaian
yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baru hendaklah dicapai. Pendidikan mempunyai tafsiran
yang berbeza dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan fungsinya.
Pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi ke arah gaya pendidikan abad ke21 yang
lebih menekankan kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Menurut pandangan Mumtaz Begam dan
rakan-rakan (2002), abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma
kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat
berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa
kepada pengagihan kuasa, konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi
antarabangsa, dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang. Razali Ismail (2002)
juga mengatakan abad ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan
kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Kemajuan teknologi maklumat pada masa kini
telah memberikan pengaruh yang besar kepada ekonomi, politik, sosial dan tidak terkecuali bidang
pendidikan yang menjadi teras kepada perubahan dunia abad ke-21 ini. Kesan globalisasi terhadap

sektor pendidikan di Malaysia dapat dilihat dengan jelas apabila kemasukan pelajar dari luar negara ke
universiti-universiti tempatan dan swasta semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Seiring dengan perkembangan teknologi pada abad ini, kewujudan Sekolah Bestari turut
memberi sumbangan ke arah pencapaian pendidikan bertaraf dunia apabila perkembangan ICT di
seluruh dunia turut mempengaruhi Malaysia. Sekolah Bestari merupakan satu agenda dalam program
pendidikan sebagai persediaan abad ke-21 di mana pelaksanaannya adalah untuk mewujudkan
transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pengurusan
pembelajaran dan pentadbiran. Pembestarian sekolah adalah proses yang berterusan dalam
meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dan memfokuskan kepada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.
Penggunaan ICT dikalangan pelajar dan guru amat digalakkan bagi meningkatkan produktiviti,
kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah. Oleh itu, pembestarian sekolah ini perlu
dilaksanakan bagi membentuk modal insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT,
mengimbangi jurang digital antara bandar, luar bandar dan pedalaman, membentuk masyarakat yang
kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran berasaskan ICT serta membangunkan
pendidikan bertaraf dunia. Kewujudan Sekolah Bestari pada abad ke-21 ini amat tepat bagi melahirkan
pelajar-pelajar yang bijak, berpengetahuan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran-cabaran
Wawasan Negara. Selain itu, kemudahan infrastruktur ICT di Sekolah Bestari perlu disediakan dan
dirancang dengan baik untuk membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Penggunaan
teknologi ICT perlu di eksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran
pelajar.
Peranan pendidikan pada abad ini juga amat mencabar kerana bidang ini mempunyai
tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan teknologi maklumat dalam

pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Dalam konteks ini, globalisasi
menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep
pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abdul Rahim, 2005). Revolusi
maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan,
di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion
keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke -21. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan
merupakan perkara yang agak baru pada abad ini dan memberikan cabaran yang besar terhadap
profesion perguruan. Untuk menerajui bidang pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu
memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada
kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai alat bantu mengajar membolehkan guru untuk menyampaikan pengajaran dengan
lebih berkesan, menguruskan pelajar dengan cekap dan menarik minat pelajar terhadap pengajaran yang
disampaikan pada hari berkenaan. Peranan ICT dalam pendidikan amat penting dan bermanfaat kepada
semua pihak kerana ia berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap
pelajaran, membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi, memberi peluang kepada
pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum, meningkatkan motivasi guru dan
pelajar serta meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.
Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi khasnya seharusnya
menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan abad ke-21 untuk memenuhi keperluan tenaga manusia
yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, semangat patriotisme dan memelihara perpaduan rakyat
sebagai rakyat Malaysia. Setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu dalam merealisasikan
wawasan negara untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, inovatif, kritis dan kreatif serta
berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan yang berpandukan

teknologi juga akan menjadikan sistem pembelajaran pada hari ini semakin maju dan menggalakkan
penguasaan dan kegunaan teknologi.
2.2 Guru Abad Ke 21
Secara amnya, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang
dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan
dalam keperluan guru abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Guru
memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan formal kerana guru menjadi teras yang
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Guru merupakan salah satu komponen
utama yang menentukan pelaksanaan kurikulum dan perkembangan generasi akan datang. Antara
cabaran guru abad ke 21 adalah melahirkan murid yang berkualiti dan modal insan yang seimbag dan
holistik bagi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan. Oleh itu, guru abad ke-21 amat
penting dalam melahirkan guru yang professional dan komprehensif.
Guru pada abad ke-21 hendaklah menggunakan teknologi terkini dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Salah satu kajian yang dijalankan menunjukkan
penggunaan teknologi dapat meningkatkan pencapaian pelajar malah pengetahuan guru tersebut. Guru
dapat menyediakan bahan bantu mengajar melalui penggunaan komputer seperti slide show, tayangan
video dan online kuiz bagi menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Habibah Lateh dan Arumugam
Raman (2005) yang mengkaji mengenai koswer iaitu Web Based Map Reading in Geography
menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dari segi membaca peta, mentafsir peta dan memahami
konsep geografi jika dibandingkan dengan penggunaan peta statik. Ini menunjukkan penggunaan peta
iaitu peta interaktif yang berbentuk animasi dapat memfokuskan kawasan yang dikehendaki dan
mengubah hamparan peta secara topografi, tumbuh-tumbuhan, sempadan dan dapat mencetak peta
tersebut.

Ciri-ciri seorang guru abad ke-21 menguasai subjek kurikulum di sekolah iaitu berpengetahuan,
berkemahiran, berpengalaman dan bersahsiah. Guru yang mempunyai ciri-ciri ini dapat menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Seorang guru yang berkualiti hendaklah fokus terhadap
pencapaian akademik, standard kualiti yang tinggi, persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, suasana pembelajaran yang mencabar dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Selain
itu, rancangan pengajaran harian yang disediakan oleh guru hendaklah terancang. Bahan bantu mengajar
juga perlulah sesuai dan berkesan dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar. Oleh itu, guru pada abad ke 21 hendaklah berkemahiran dan
berketerampilan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan
kreatif, bijak mencari maklumat, berkemahiran, memiliki kemahiran interpersonal dan intrapersonal,
celik teknologi serta mempunyai nilai moral yang tinggi. Selain itu, guru abad ke 21 hendaklah
memahami psikologi pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana
teknologi mempengaruhi pembelajaran seperti teori tingkah laku, teori kongnitif dan teori
konstruktivisme. Menurut Schuman (1996), teori pembelajaran behaviorisme bermaksud perubahan
tingkah laku yang telah dilatih berkali-kali supaya tingkah laku tersebut boleh berlaku secara refleksi.
Teori pembelajaran kognitivisme pula menganggap pencapaian berlaku apabila penambahan ilmu
pengetahuan dapat mengubah minda seseorang yang juga akan mengubah tingkah lakunya. Manakala
teori pembelajaran konstruktivisme pula ialah perubahan yang berlaku melalui pengalaman individu dan
memfokuskan kemahiran menyelesaikan pelbagai masalah. Oleh itu, teori pembelajaran mempengaruhi
penggunaan teknologi dalam kelas. 2.3 Murid Abad Ke-21
Ciri-ciri murid abad ke 21 adalah seperti berupaya membuat hubung kait, bijak menyoal, yakin
berkomunikasi, berani mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak
berputus asa, mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi,

berani mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain, membuat
perubahan, berintegriti, berkeperibadian tinggi
(Sumber:http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan)
2.4 Kemahiran Abad Ke-21
Murid memerlukan kemahiran abad ke 21 bagi menghadapi cabaran hari ini. Kemahiran abad ke21 menuntut pembentukan pelajar yang mahir mengaplikasikan literasi digital serta berfikiran kreatif
dan kritis serta mempunyai kecemerlangan interpersonal dan kemahiran sosial. Ini amat penting bagi
membantu Malaysia mencapai matlamat untuk membangunkan modal insan yang boleh bersaing secara
global seperti yang terdapat dalam NKRA. Kemahiran abad ke-21 dilihat amat penting untuk persaingan
dan kerjasama global, pembangunan maklumat dan keperluan dalam pasaran pekerjaan.
Komponen kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam abad ke-21 masih lagi diperdebatkan
di seluruh dunia. Menurut kerangka kemahiran abad ke-21 daripada perspektif kemahiran enGauge,
terdapat empat komponen kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh pelajar dan juga guru
(NCREL &Metiri Group 2003). Komponen pertama ialah kemahiran literasi era digital. Komponen
kedua pula pemikiran inventif, ketiga ialah komunikasi atau interaksi berkesan dan komponen keempat
ialah penghasilan produktiviti tinggi. Menurut The Partnerships 21st Century Skills,kemahiran abad ke21 terdiri daripada kemahiran mengubahsuai dan bertanggungjawab, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu, kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal, kemahiran
literasi media dan informasi, kemahiran bekerjasama dan interpersonal, kemahiran mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan kendiri dan kemahiran tanggungjawab sosial.
Kemahiran abad ke-21 ini diharap dapat membentuk satu menangkap perubahan dalam transformasi
struktur, kemajuan teknologi, dan persaingan dalam pasaran kerja. Evolusi tersebut telah didorong

perubahan dalam kemahiran yang diperlukan untuk bersaing secara berkesan dalam ekonomi global hari
ini.
Menurut Khir (2006), kebanyakan graduan Malaysia kekurangan kemahiran teknikal dan juga
kemahiran generik. Pelajar yang tidak memiliki kemahiran tersebut pastinya ketinggalan terutamanya
apabila mereka mula meniti alam pekerjaan di mana kesemua kemahiran tersebut perlu ada seiring
dengan pembangunan ekonomi dan perkembangan teknologi dalam pasaran global. Oleh itu, guna
tenaga kerja yang perlu dihasilkan bagi keperluan masa hadapan perlu dilengkapkan dengan kemahiran
teknikal dan juga kemahiran generik seperti pemikiran kreatif, kemahiran analitikal dan mampu
menyelesaikan masalah bagi memenuhi keperluan industri yang bakal menempuh pelbagai cabaran.
Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu dirombak dan berubah seiring dengan keperluan global ini
dengan menggabungjalinkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan kemahiran abad ke-21.
Sistem pendidikan hari ini perlu mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 bagi memastikan
pelajar dapat menghubungkan ilmu yang mereka peroleh dengan kehidupan mereka seharian.Strategi
pengajaran

berpusatkan

murid

yang

digabungkan

dengan

teknologi

masa

kini

boleh

memperkembangkan kemahiran abad ke-21 yang dituntut bagi menghadapi cabaran pasaran global yang
kompetitif. Perkembangan teknologi boleh membantu pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi juga di luar.
Kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam kemahiran abad ke-21 terdiri
daripada kemahiran pembelajaran dan inovasi ,kemahiran maklumat, media dan teknologi dan juga
kemahiran hidup dan kerjaya. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 terdiri
daripada kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah komunikasi dan kolaborasi,
literasi maklumat, literasi media, literasi teknologi, maklumat dan komunikasi, fleksibiliti dan
mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, berinisiatif dan mempunyai haluan diri, kemahiran sosial dan

antara-budaya, produktiviti dan akauntabiliti, kepimpinan dan tanggungjawab. Enam prinsip kemahiran
abad ke 21 ialah keberhasilan, kurikulum, pentaksiran, hubungan emosi dan sosial, budaya kreativiti dan
inovasi dan akses kepada maklumat dan sumber.
Literasi maklumat dan teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian
kandungan pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada ciri-ciri
pembelajaran abad ke-19, di mana guru merupakan pemberi maklumat sepenuhnya sementara pelajar
hanya berperanan menerima maklumat sahaja dan menggunakan maklumat tersebut bagi menjawab
soalan-soalan dalam peperiksaan. Gaya pembelajaran terkini menggalakkan penggunaan pelbagai
pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri, inkuiri dan
penemuan dan juga berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang
tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya
pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif,
kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.
Tuntutan kehidupan abad ke-21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut
keadaan dan situasi agar tidak ditenggelami oleh perkembangan teknologi. Arends (2001) menyatakan
bahawa guru-guru di zaman teknologi maklumat ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar
dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka terima. Gaya pengajaran
guru juga harus seiring dengan gaya pembelajaran murid agar proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu bersikap terbuka serta berupaya menggunakan teknologi
pendidikan untuk dikaitkan teori pembelajaran bagi menjadikan pengajaran menjadi lebih bermakna
dalam mengembangkan potensi individu yang lebih berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai