Anda di halaman 1dari 17

D20161073258

TAJUK TUGASAN
BERIKAN KOMEN ANDA TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN BUKU CITRA
WANITA DALAM NOVEL MELAYU DAN KAITANNYA DENGAN PERISTIWA DAN
SEJARAH PENULIS WANITA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TERSEBUT.
PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU
(ATO1)
SEMESTER 1
NAMA PENSYARAH
PROF.MADYA DR.SITI KHARIAH BINTI MOHD ZUBIR

NAMA : NURUL HIDAYU ASMIDAH BINTI AB RAHMAN


NOMBOR IC: 960417-01-5434
NOMBOR MATRIK: D20161073258

Nurul Hidayu Asmidah binti Ab Rahman


(ayurahman25@gmail.com)
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI

D20161073258
ISI KANDUNGAN

Penghargaan
I

II

Pengenalan

Kekuatan buku Citra Wanita

III

Kelemahan buku Citra Wanita

IV

Perkaitannya dengan peristiwa dan sejarah penulis


wanita

V
VI

3
4-5

6-9

10-12

13-16

Kesimpulan
Rujukan

17

18

PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya ingin merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat
ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan bagi kursus Sejarah
2

D20161073258
Kesusasteraan Melayu ini. Tanpa keredhaanNya tidak mungkin saya mampu dan tugasan ini
tidak dapat diselesaikan
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada Prof. Madya Dr. Hajah Siti
Khariah binti Mohd Zubir selaku pensyarah bagi kursus BSS3013 Sejarah Kesusasteraan
Melayu yang tidak jemu untuk membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk
menyelesaikan tugasan ini serta memberikan semangat untuk tetap terus berjuang menuntut
ilmu di sini sehingga menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menitipkan doa untuk
keberkatan saya di sini, memberi dorongan serta suntikan semangat dan bantuan dari segi
kewangan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga ditujukan buat rakan-rakan yang tidak pernah jemu untuk saling
mengingatkan dan peka tentang tugasan ini agar dapat disiapkan pada tempoh yang telah
ditetapkan dan saling memberikan semangat untuk menyelesaikan tugasan yang telah
diberikan. Terima kasih atas budi anda semua.
Sekian terima kasih.

1. PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu Moden merupakan satu pendekatan moden dalam penghasilan
sesebuah karya yang mengumpul segala pengalaman, perasaan dan pemikiran yang secara
3

D20161073258
intelektual menggabungkan nilai estetik, imaginasi dan ilusi seseorang pengarang atau
penulis. Perkembangan Kesusasteraan Melayu moden pada dekad 1970-an banyak
menyediakan latar belakang terhadap perkembangan Kesusasteraan Melayu bagi dekad 1980an. Kesusasteraan Melayu Moden terdiri dalam pelbagai genre dan salah satunya ialah dalam
berbentuk novel. Dalam novel ini telah mengetengahkan satu aliran yang dinamakan sebagai
aliran feminisme. Defnisi bagi fenimisme menurut kamus dewan edisi keempat ialah gerakan
atau fahaman yang menuntut persamaan hak wanita seperti yang dinikmati oleh kaum lelaki.
Melalui novel Citra Wanita ini terdapat tiga aspek yang telah diketengahkan dalam penulisan
novel yang telah dikarang oleh penulis-penulis wanita iaitu citra politik, citra ekonomi dan
citra sosiobudaya.
Sejarah penulisan wanita Melayu dimulai oleh seorang wanita yang bernama Rosnah
Baharuddin (2003.24) yang menyatakan penglibatan awal wanita secara aktif dalam bidang
penulisan bermula daripada Penerbitan Majalah Bulan Melayu. Majalah ini diterbitkan pada
bulan Jun 1930 di Johor Bahru dan merupakan lidah rasmi bagi Persekutuan Guru-Guru
Perempuan Melayu Johor yang diasakan oleh Hajah Zainun Sulaiman atau Ibu Zain. Majalah
ini menjadi satu medan untuk kaum wanita bagi meguji bakat sebagai seorang penulis.
Kemunculan penulis wanita telah dikenalpasti pada tahun 1940-an yang menceburkan diri
dalam bidang penulisan iaitu Rafiah Yusuf dan A. Kamariah. Antara penulis wanita mulai
aktif berkarya selepas berlakunya Perang Dunia Kedua iaitu Jahlelawati, Kamariah Saadon,
Adibah Amin dan Kalsom Saadon.
Pada sekitar tahun 50-an, kemunculan penulis wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam
bidang novel yang didorong oleh rasa mereka perlu menulis tentang perkara-perkara yang
berkaitan dengan kaum wanita. Antaranya termasuklah, Adibah Amin, Anis Sabirin, Salmi
Manja, Hamidah Hassan dan Hamsiah Abdul Hamid. Salah seorang penulis wanita muda
yang agak popular dan terkenal namanya ialah Khalidah Adibah Amin atau nama penanya
Adibah Amin. Dia merupakan anak sulung Ibu Zain dan ketua siding pengarang majalah
Melayu. Siti Mariam Nordin serang pegarang wanita yang wujud pada akhir dekad 50-an
menerbitkan novel yang diterbitkan oleh syarikat penerbitannya yang tersendiri. Salmi Manja
menghasilkan novel yang menggambarkan citra wanita progresif, sedar akan diri dan cuba
memperjuangkan kaumnya. Hamidah Hassan pula menghasilkan kisah kegiatan wanita dalam
persatuan. Perkembangan novel Melayu pada tahun 1970-an mendapat sambutan yang
menggalakkan kerana lahirnya beberapa orang penulis novel yang baru iaitu Zaharah
Nawawi, Khadijah Hashim dan Fatimah Busu.
4

D20161073258

Gerakan feminisme dalam sastera telah diwujudkan di Malaysia bermula pada tahun
1960-an. Gerakan ini di dokong oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan
tinggi. Mereka tertarik dengan gerakan feminisme yang membangkitkan keadilan social,
kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita dan pelbagai
pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang berpihak kepada wanita.
Antara sebab berlakunya gerakan feminisme ini ialah sebagai orientasi bahan terhadap
pendekatan sastera daripada kaca mata wanita dan kajian kesusasteraan tentang wanita dan
dihasilkan oleh golongan wanita. Gerakan feminisme di Malaysia tidak sehebat seperti di
Negara Barat memandangkan gerakan feminisme di negara ini mestilah mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Di Malaysia belum ada lagi gerakan wanita
yang menyuarakan penentangan secara terbuka tentang kekuasaan kaum lelaki. Mereka
lebih memperjuangkan tentang keadilan social dari segi gaji dan kedudukan dalam sektor
pekerjaan.

2. KEKUATAN DALAM NOVEL


Setiap novel yang telah dihasilkan sudah tentu ada kelebihan dan kekurangannya.
Terdapat beberapa kekuatan yang didapati dalam novel Citra Wanita ini. Berikut
merupakan antara contoh kekuatan yang terdapat dalam novel Citra Wanita ini iaitu:

2.1.

Pemilihan Tajuk /Judul

D20161073258
Pemilihan tajuk dan judul buku atau novel yang dipilih iaitu Citra Wanita
bersesuaian dengan isi kandungan yang ditulis di dalam buku ini. Maklumat
dan isi-isi kandungan yang diketengahkan iaitu berkaitan dengan penglibatan
awal golongan wanita secara aktif dalam bidang penulisan dan beberapa
contoh karya penghasilan oleh golongan kaum wanita ini. Hal ini dikatakan
penggunaan perkataan citra itu sendiri sudah memberikan definisi yang jelas
iaitu gambaran atau imej peribadi seseorang menurut kamus dewan edisi
keempat. Judul yang dipilih ini sedikit sebanyak dapat mempengaruhi
golongan pembaca khususnya kaum hawa agar tertarik untuk membaca novel
ini. Untuk menarik perhatian seseorang pembaca semestinya hendaklah
menarik mereka dengan menggunakan tajuk yang bersesuaian dan mampu
menmikat hati mereka agar terpanggil untuk membaca, bak kata pepatah dari
mata turun ke hati. Pemilihan Citra Wanita yang dipilih untuk menjadi judul
novel ini menjadi satu kekuatan kerana sangat menepati isi kandungan yang
kebanyakkanya mengetengahkan kisah dan sejarah tentang penulis-penulis
yang terdiri daripada golongan wanita.
2.2.

Isi Kandungan Novel


-

Isi kandungan novel yang ditulis oleh penulis sangat menarik kerana
dimulakan dengan pengenalan mengenai maklumat tentang sejarah penulisan
wanita melayu serta perkembangan penulisan wanita melalui aliran feminisme
dalam diri seseorang wanita yang ditulis secara jelas dan terperinci. Sebagai
contoh, terdapat tiga bidang citra yang telah dikupas secara terperinci iaitu,
politik, ekonomi dan sosiobudaya yang ditulis bagi memartabatkan kedudukan
wanita dalam bidang tersebut dan untuk memastikan bahawa wanita juga
berkebolehan dalam pelbagai bidang yang kebiasaanya dipelopori oleh
golongan lelaki. Isi kandungan novel Citra Wanita ini turut mengutarakan
penulis wanita yang berbakat besar serta karya penulisan yang telah dihasilkan
oleh mereka. Di samping golongan pembaca membaca novel ini, mereka turut
dapat menaikkan semangat mereka untuk menghasilkan karya-karya yang
bernas dan akan mengambil contoh daripada penulis-penulis ini untuk menjadi
role model kepada mereka yang berkeinginan untuk menjadi seorang penulis
yang berbakat khususnya bagi golongan wanita. Selanjutnya, penulis mengajak
pembaca untuk membaca buku ini kerana isi kandungannya menarik kerana
6

D20161073258
mengetengahkan

tentang

penulis-penulis

wanita

yang

berani

untuk

menghasilkan karya yang mampu memberikan kesedaran dan membuka minda


para pembaca terutama tentang kebolehan seorang wanita yang mampu
mengubah persepsi dan menepis pandangan serong masyarakat. Buku ini dapat
mendorong golongan wanita agar lebih berani untuk menampilkan diri dan
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki. Isi
kandungan buku ini menarik kerana dapat memberikan inspirasi terutama
terhadap golongan wanita yang baru atau mula menceburkan diri dalam bidang
penulisan kerana membuktikan terdapat banyak karya karya yang bermutu
tinggi yang dihasilkan oleh penulis wanita.
2.3.
-

Gaya Penulisan, bahasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang


Dalam penulisan novel ini, penulis telah menggunakan bahasa yang dikatakan
mudah untuk difahami oleh golongan pembaca terutamanya golongan belia
yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti misalnya. Struktur ayat yang
disusun juga sangat teratur dan kemas serta tidak berbelit-belit. Sebagai
seorang pembaca, gaya penulisan dan cara seseorang penulis itu menulis
merupakan antara salah satu faktor yang penting dalam sesebuah penulisan
supaya golongan pembaca dapat memahami isi-isi kandungan yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam penulisan buku ini. Nilai keindahan bahasa
yang diterapkan dalam penggunaan ayat akan membuatkan seseorang pembaca
itu tidak mudah jemu untuk membaca sekaligus dapat membantu pembaca
untuk mengenalpasti penggunaan perkataan yang baharu atau jarang digunakan
dalam perbualan harian. Sebagai contoh, penggunaan perkataan mahsul,
feminisme, laba, tematik, kontradiksi, kancah, dan prolifik. Sekirannya
penggunaan perkataan-perkataan ini diselitkan dalam struktur ayat sudah
pastinya akan membuatkan para pembaca tertanya-tanya apakah makna
disebalik perkataan tersebut dan akan mencari apakah maksud bagi perkataan
itu. Hal ini sudah pastinya akan membuatkan para pembaca terutamanya
golongan pelajar mendapat sesuatu ilmu yang baharu biarpun hanyalah
daripada sesuatu perkataan sahaja.

2.4.
-

Memasukkan hadis-hadis
Kekuatan yang seterusnya dapat dilihat menerusi buku Citra Wanita ini ialah
terdapat penggunaan hadis-hadis yang diketengahkan dalam bahagian citra
sosiobudaya iaitu moral negatif. Penggunaan hadis dalam penulisan buku ini
7

D20161073258
sememangnya menarik perhatian pembaca untuk mengambil contoh hadis
yang telah diketengahkan untuk dijadikan pengetahuan dan panduan dalam
kehidupan tentang ilmu agama islam. Sebagai contoh, penggunaan hadis oleh
Abu Hurairah pada halaman 105 yang bermaksud:
Tidak akan berzina seseorang penzina saat akan melakukan zina itu ianya
beriman. Dan tidak akan meminumnya sekirannya ia beriman dan tidak akan
mencuri seseorang itu saat ia mencuri yang ia beriman.
Penggunaan hadis yang telah dinyatakan dalam novel ini menarik perhatian
para pembaca kerana terdapat mesej penting yang ingin disampaikan oleh
penulis wanita melalui karya mereka. Dengan memasukkan beberapa hadis
sudah pastinya dapat memberikan penjelasan yang lebih teliti untuk
menerangkan maksud yang lebih mendalam tentang mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis.
2.5.
-

Penggunaan pepatah dalam penulisan


Selanjutnya, kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah melalui penggunaan
pepatah melayu. Seperti yang diketahui oleh umum, pepatah merupakan satu
susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkait rapat dengan peristiwa
kehidupan seharian masyarakat. Penggunaan pepatah dalam penulisan novel
ini sedikit sebanyak dapat mencantikkan struktur ayat dalam novel dan
menambahkan keindahan bahasa dalam novel tersebut. Hal ini dapat
membuatkan para pembaca berasa tidak jemu dengan penggunaan struktur ayat
biasa kerana telah diselitkan beberapa pepatah di dalamnya. Sebagai contoh,
penggunaan pepatah harapkan pagar, pagar makan padi pada halaman 103.
Penggunaan pepatah ini dapat memberikan kesan estetik atau keindahan dalam
penulisan novel ini sekaligus menyempurnakan setiap perincian ayat yang
telah disusun oleh penulis.

D20161073258

3. KELEMAHAN DALAM NOVEL


Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dalam novel Citra Wanita ini.
Antaranya ialah seperti yang berikut:
3.1.
-

Penggunaan saiz tulisan


Sebagai seorang pembaca, penggunaan saiz tulisan sangat mempengaruhi
perasaan dan mood seseorang. Kelemahan dari segi penggunaan saiz yang
agak kecil dalam penulisan ini menyebabkan golongan pembaca kurang
berminat untuk membaca. Hal ini kerana, sekiranya saiz tulisan kecil atau
kurang besar akan menyukarkan pembaca terutama yang rabun untuk
mengenalpasti di mana isi-isi penting yang boleh diambil di dalam novel ini.
Hal ini juga dapat menyebabkan kekeliruan terhadap pembaca kerana saiznya
terlalu padat dalam sehelai muka surat. Berbeza sekiranya penggunaan tulisan
yang sederhana besar dalam sesebuah penulisan akan lebih menarik perhatian
golongan pembaca untuk membacanya.

3.2.

Jangkau pada setiap baris dan perenggan

D20161073258
-

Selanjutnya, kelemahan dalam novel ini ialah jangkau atau jarak antara satu
perenggan dengan perenggan yang lain. Pada pendapat saya, jarak atau
jangkau pada setiap baris dan perenggan perlu diatur semula kerana terlihat
agak kurang kemas perenggan dalam novel tersebut. Perenggan dalam novel
tersebut menyebabkan kekeliruan pada para pembaca kerana tidak mampu
untuk membezakan di mana permulaan ayat dalam perenggan dan ayat dalam
pengakhiran perenggan. Hal ini akan mengakibatkan pembaca berasa kurang
berminat untuk membaca kerana ayat dalam setiap perenggan tidak disusun
dalam keadaan yang teratur dan kemas oleh kerana jangkau atau jarak pada
setiap baris terlalu dekat dan padat.

3.3.
-

Gambar pada kulit buku mempunyai ilustrasi yang kurang menarik


Seterusnya, sebagai seorang pembaca saya merasakan gambar yang dicetak
pada kulit buku terlalu ringkas dan kurang menarik kerana hanya memaparkan
sekuntum bunga sahaja. Berdasarkan pandangan saya sekuntum bunga ini
hanya mewakili satu atau seorang bahkan jika sekiranya novel ini meletakkan
gambar yang mempunyai banyak kuntum bunga sudah tentu menepati betapa
ramainya penulis-penulis dari golongan wanita. Penggunaan gambar yang
warnanya agak kabur juga menyebabkan luaran muka hadapan kulit novel ini
dilihat kurang memberikan impak terhadap seseorang golongan pembeli atau
pembaca agar tertarik untuk membeli atau membacanya. Sekiranya ilustrasi
gambar menggunakan warna yang terang atau lebih harmoni ini akan
menunjukkan kesan penegasan pada kulit muka hadapan novel tersebut dan
ianya sudah pasti lebih mengindahkan paparan hadapan kulit muka novel ini.

3.4.
-

Tiada menggunakan maklumat berbentuk gambar atau grafik


Novel Citra Wanita ini jika dilihat secara mata kasar, tidak ada memasukkan
unsur maklumat yang berbentuk grafik atau gambaran tentang sesuatu. Sebagai
contoh, novel ini tidak menunjukkan gambar-gambar penulis-penulis wanita
ini serta contoh-contoh novel yang telah dihasilkan oleh mereka. Pada
pandangan saya, jika dimasukkan atau diselitkan gambar-gambar penulis
wanita ini sudah pastinya golongan pembaca akan boleh mengenal wajah
mereka biarpun tidak pernah berjumpa dengan penulis-penulis wanita ini.
Karya-karya penulis wanita ini selain disenaraikan tiada salahnya meletakkan
grafik tentang bagaimana rupa sesebuah novel itu. Sekiranya penggunaan
10

D20161073258
maklumat yang berbentuk grafik atau gambar ini dimuatkan dalam novel ini,
bukan sahaja dapat memberikan pendedahan kepada para pembaca untuk
mengenal wajah penulis-penulis ini malahan dapat memudahkan mereka untuk
mencari novel-novel yang telah dihasilkan melalui gambar yang diletakkan
dalam novel Citra Wanita ini.
3.5.
-

Tiada glosari
Kelemahan selanjutnya yang telah dikenalpasti dalam novel Citra Wanita ini
ialah tiada glosari iaitu senarai istilah berserta takrifnya. Pada pandangan saya,
terdapat beberapa perkataan yang didapati jarang digunakan dalam novel ini.
Sebagai contoh, perkataan prolifik yang bermaksud banyak menghasilkan
karya, banyak hasil tulisannya menurut kamus dewan edisi keempat. Seperti
yang kita tahu tidak semua orang menggunakan perkataan yang kurang
difahami ini dan sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan bagi golongan
pembaca yang tidak mengetahui apakah maksud disebalik sesebuah perkataan
ini. Pertambahan bahagian bagi glosari dirasakan perlu kerana bagi
memudahkan golongan para pembaca untuk mengetahui apakah maksud bagi
perkataan-perkataan tersebut.

11

D20161073258

4. PERKAITANNYA DENGAN PERISTIWA DAN SEJARAH PENULIS WANITA


KHADIJAH HASHIM
Kepentingan Khadijah Hashim dalam arena Kesusasteraan Melayu sangat diakui
kerana dikatakan sebagai seorang pengarang wanita yang prolifik dalam
perkembangan Kesusasteraan Melayu. Khadijah Hashim memperlihatkan kekuatan
daya kreatifnya yang dicetuskan melalui pelbagai pengalaman yang diperolehi secara
tidak langsung melalui hubungan kekeluargaan, pendidikan, pembacaan, pergaulan
dan kerjayanya.
Dorongan utamanya yang mempengaruhi minatnya untuk menulis dipupuk dan
didapati melalui pembacaan buku-buku yang ditulis oleh Danise Robin dan melalui
pembacaan novel yang banyak. Khadijah Hashim melalui novelnya Badai Semalam
menperkenalkan watak yang bernama Mazni kerana pada waktu itu orang-orang
Melayu ramai yang tidak berpelajaran terutamanya kaum wanita. Watak Mazni yang
dikatakan seorang pelajar yang rajin dan boleh dijadikan contoh oleh pelajar lain. Oleh
sebab itu, Novel Badai Semalam dijadikan sebagai satu teks sastera. Sepanjang
penglibatannya dalam bidang penulisan, Khadijah Hashim banyak memenangi hadiah
sayembara penulisan. Karya Khadijah Hashim mendapat sambutan yang meluas dalam
kalangan pembaca dewasa, remaja dan kanak-kanak. Penglibatannya mewajarkannya
menerima S.E.A, Write Awards (1999).
12

D20161073258

ZAHARAH NAWAWI
Zaharah Nawawi turut terkenal sebagai seorang penulis yang prolifik serta banyak
membabitkan diri dalam genre tulisan termasuklah cerpen, cerita kanak-kanak dan
juga novel. Dalam genre novel sehingga kini pengarang telah menghasilkan enam
buah novel, iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah
Daun (1981), Pesisir Hitam (1985), Panglima Salleh Selempang Merah (1988),
Menuju ke Punca (1987) dan Anugerah (1995).Dalam penulisan Zaharah Nawawi
mengungkap pelbagai persoalan, khususnya keterlibatan wanita dalam soal keluarga,
adik beradik atau saudara mara yang terdekat. Umpamanya watak Sheirin dalam
Sebelum Berakhirnya Musim Bunga bergelut dengan soal meningkatkan prestasi
sendiri melalui pelajaran yang dituntutnya di luar negara.
Beliau seorang yang suka bermenung panjang semata-mata untuk mendapatkan
perkataan pertama bagi memulakan penulisan. Bagi Zaharah Nawawi, beliau masih
berbangga kerana beliau berjaya membuka minda, membuka mata, memberi peluang
orang memperkatakan, membicarakan tentang novel Anugerah berbanding novel yang
lainnya. Beliau harus melengkapkan diri meneruskan perjuangan, terus menulis,
menambah pengetahuan dan memperbaiki mutu penulisan.
Kelemahan Zaharah Nawawi ialah tidak tahu apakah cerita selanjutnya walaupun
beliau tahu pengakhiran cerita tersebut. Jika cerpen, novel atau puisi banyak tertumpu
kepada fakta, beliau akan melonggokan banyak buku untuk dijadikan rujukan beliau
semasa mengarang. Zaharah Nawawi dikatakan sebagai seorang yang prolifik dan
pandai untuk membahagikan masa untuk berkarya dan juga beliau merupakan seorang
penulis wanita yang gigih menghadapi cabaran.
FATIMAH BUSU
Fatimah Busu merupakan seorang penulis novel dan cerpen yang giat berkarya
semenjak tahun 1950-an hingga kini. Fatimah Busu mula berkarya semenjak tahun
1957. Bentuk penulisan yang diceburi olehnya ialah sajak, drama pentas atau radio,
cerpen dan novel. Fatimah Busu telah menggunakan beberapa nama samaran seperti
Fatimah Bibi (1957), Raya Rani (1959) dan Bibi Fatimah (1960). Beliau gemar
menjadikan keindahan alam dan persekitaran sebagai sumber ilhamnya.

13

D20161073258
Dalam Novel Ombak Bukan Biru, Fatimah Busu menggunakan bahasa yang
sederhana dan terkawal dengan gaya bahasa yag bersahaja tetapi amat menyentuh
perasaan. Keberanian Fatimah Busu dalam mempertemukan dua kutub kebudayaan
dan anutan nilai-nilai tradisi yang berbeza antara watak penting yang menggerakkan
persoalan dalam Ombak Bukan Biru tidak dapat dinafikan. Ini melihatkan banyak
persoalan iaitu persoalan keagamaan, kepercayaan, kebiasaan, tatasusila, pandangan
dan juga minda masyarakat Melayu yang perlu diambil kira. Kejayaan Fatimah Busu
dilihat dari segi kekuatan pelukisan cerita dan watak melalui kepintarannya
mengulang-ulang nama dan frasa.
Fatimah Busu berpegang pada prinsip tertentu, novel dan cerpen bukanlah alat
untuk menghentam orang lain, merendahkan maruah orang lain, membalas dendam
dan sebagainya. Fatimah Busu berupaya untuk membuka minda pembaca untuk
melihat reality sebenar yang berlaku dalam kalangan masyarakat khususnya yang
bersangkutan dengan permasalahan wanita

dan masyarakat desa. Karya-karya

Fatimah Busu juga menjadi alat penyedar bagi semua golongan masyarakat sama ada
di desa mahupun di kota, dalam kalangan rakyat mahupun pemimpin.
Melihat kepada anugerah dan penghormatan dunia sastera tanah air, membuktikan
Fatimah Busu penting dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden di
Malaysia. Bukan sahaja menyamai, malahan dalam karya tertentu, pengarang
menandingi beberapa penulis wanita lain. Sifat kesabaran, kesungguhan, minat yang
mendalam, kecekalan yang dimiliki oleh Fatimah Busu harus dicontohi oleh golongan
penulis.
ROSMINI SHAARI
Rosmini Shaari merupakan seorang penulis wanita yang berani dalam membawa
nada yang lebih tegas terhadap nasib wanita. Kemampuan pengarang yang cukup
prolifik dan bertenaga dari segi dimensi penghasilan karya dan struktur karya itu
sendiri. Penulis ini sering menulis tentang dirinya dan pengalaman kaumnya yang
berlegar di alam rumah tangga. Pengarang menyorot pengalaman sebagai anak
perempuan, isteri ibu dan nenek menerusi karyanya.
Rosmini menulis novel Isteri kerana timbulnya rasa kesedara hati terhadap apa
yang dialami oleh kaumnya. Karya seseorang penulis wanita tidak semestinya
digolongkan sebagai feminis terutama jika karyanya tidak mengandungi unsur protes
14

D20161073258
terhadap penganiayaan dan sikap memandang rendah terhadap wanita. Dalam novel
Isteri,

watak Sofia yang merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak dan

mempunyai seorang suami yang menyeleweng.


Karya yang dihasilkan oleh Rosmini Shaari banyak yang berlatarbelakangkan
masyarakat golongan elit. Rosmini dilahirkan dalam keluarga orang berada dan
berpelajaran. Beliau juga berkahwin dengan orang ternama dan berpangkat. Pengarang
banyak mengupas masalah wanita dari golongan elit yang mahu melepaskan diri dari
konkongan kaum lelaki yang tidak mahu melihat kaum wanita berjaya.
OBASIAH HAJI USMAN
Obasiah Haji Usman merupakan seorang lagi penulis wanita yang gemar
menghasilkan karyanya yang berlatarbelakangkan negeri Sabah. Usaha Obasiah Haji
Usman yang ingin mengetengahkan budaya kaum pedalaman negeri Sabah sangat
dihargai. Minat untuk mendekati budaya peribumi itu didasari perasaan ingin tahu.
Walaupun pengarang berasal dari Sabah, namun beliau kurang arif mengenai budaya
setiap kaum. Pengarang mengakui bahawa penduduk Malaysia akan rugi jika
persoalan berkaitan suku kaum diabadikan dalam bentuk tulisan kreatif. Oleh sebab
itu, beliau beranikan diri untuk bergiat dalam dunia penulisan.
Kesedaran untuk menghasilkan karya berlandaskan pendidikan dan mengutarakan
watak wanita yang teraniaya disebabkan oleh belenggu adat resam yang mengatasi
kepercayaan agama. Novel Bertaut yang memaparkan tentang kealpaan dan kekolotan
masyarakat Kampung Sungai-Sungai yang terletak di Sandakan. Bertaut membawa
permasalahan adat dan pantang larang yang masih wujud dalam masyarakat Kampung
Sungai-Sungai telah menimbulkan banyak pertentangan. Ketegangan juga terjadi
dalam sesebuah keluarga akibat perbezaan pendirian. Watak Indah adalah seseorang
yang menentang adat ini.
Dalam menghasilkan karya, Obasiah Haji Usman cuba menerapkan nilai-nilai
murni dalam setiap watak utamanya biarpun pada mulanya watak tersebut mempunyai
sedikit negatif sikapnya. Beliau tidak bergantung sepenuhnya kepada pengalaman,
sebaliknya menggunakan kaedah penyelidikan, diadun dengan imaginasi dan
menggunakan bahasa yang gramatis.

15

D20161073258
5. KESIMPULAN

Buku ini sememangya mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana isi


kandungannya yang mengandungi pelbagai maklumat dan informasi yang sangat penting
untuk disampaikan kepada golongan pembaca khususnya golongan wanita bagi menaikkan
semangat. Buku ini dapat memberikan penggambaran yang jelas dimana tingginya martabat
seorang wanita dalam menjadi pendamping yang terbaik bagi kaum adam.
Keseluruhan novel ini kebanyakkannya cuba memaparkan citra wanita Melayu yang
terdapat dalam 15 buah novel yang ditulis oleh lima orang penulis wanita. Novel yang
kebanyakkannya memaparkan tentang realiti kehidupan manusia tetapi telah diubah secara
kreatif dan diimaginasikan oleh penulis. Tarikan utama dalam novel ini adalah citra atau imej
wanitayang dipaparkam sebagai suatu keindahan karya. Hal ini kerana watak wanita yang
dipaparkan mempunyai keistimewaanya yang tersendiri.
Citra atau imej wanita perlu dipaparkan dalam novel untuk melihat kekuatan sebenar
sesuatu karya yang mahu menonjolkan nilai yang tersendiri. Penulis mendapati penulisan ini
mencapai sasaran tentang memberikan gambaran citra wanita melalui aspek politik, ekonomi
dan sosiobudaya. Penulis melakukan pendekatan dari segi feminisme, sosiologi, psikologi dan
moral bagi memberi kesedaran terhadap wanita supaya tidak lekadengan hak dan kebebasan
yang telah diberikan. Kehadiran wanita dalam bidang penulisan telah memberi banyak impak
yang positif terutamanya ialah dapat mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat yang
meanggap golongan wanita ini sebagai kaum yang lemah.

6. SUMBER RUJUKAN
16

D20161073258

BUKU
Siti Khariah Mohd Zubir. (2009). Citra Wanita Dalam Novel Melayu. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris


Fatimah Busu. (2009). Aduhai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatimah Busu. (2005). Bunga-Bunga Pulau.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd.Saman.(1985). Kritikan:Situasi Mutakhir dan Arah Masa Depan.Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Lutfi Abas.(1995). Kritikan Karya Sastera:Keindahan Ragam-Ragam Bahasa.Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.


Mana Sikana.(1988). Kritikan Sastera Masalah dan Peningkatan.Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka


Hashim Ismail.(2010). Kesusasteraan Melayu Moden 1980-1989.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka

LAMAN INTERNET
http://documents.tips/documents/teori-moden-kesusasteraan-melayu-moden.html
http://teorisastera.blogspot.my/
http://teorisasteramelayu.blogspot.my/2012/04/abdul-halim-ali.html

17

Anda mungkin juga menyukai