Anda di halaman 1dari 27

BSS 3013: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

KUMPULAN: KUMPULAN C

TUGASAN INDIVIDU

________________________________________________________________

TAJUK: PERKEMBANGAN CITRA WANITA DI DALAM NOVEL


MELAYU

_________________________________________________________

NAMA: NUR FITRI LYIANA BINTI AMIR

NO.MATRIK: D20151070452

NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. HAJJAH SITI


KHARIAH

BINTI MOHD ZUBAIR

1
Prakarta

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat

menyiapkan tugasan ini dengan baik dan lancar. Tanpa pertolongan dan izin daripadaNya, proses

pelaksanaan kajian ini tidak akan dapat dijalankan dan kemungkinan besar, kerja kursus ini tidak

akan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah bagi subjek Sejarah

Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Prof. Madya Siti Khariah Binti

Mohd Zubir kerana dengan pertolongan beliau, segala kekurangan ketika dalam proses

menyiapkan kerja kursus ini dapat diatasi.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana sentiasa

memberikan galakan dan dorongan agar saya tidak berputus asa sepanjang proses penyiapan

kerja kursus ini. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberikan pertolongan

dan kerjasama dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus citra wanita ini. Semoga kerja

kursus ini mampu menjadi titik tolak ke arah kesedaran hebatnya penulis wanita dalam bidang

kesusasteraan Melayu.

2
Senarai Isi Kandungan Halaman

1.0 Pendahuluan 4-5

2.0 Perkembangan Citra Wanita di dalam novel Melayu 69

2.1 Citra Politik 9

2.1.1 Berwawasan 10 - 11

2.1.2 Berkarisma 11 13

2.1.3 Berwibawa 13 15

2.2 Citra Ekonomi 15

2.2.1 Empayar Perniagaan 16 17

2.2.2 Inovatif 17 19

2.2.3 Kreatif 19 21

2.2.4 Efisien 21 23

2.3 Citra Sosiobudaya 23

2.3.1 Hak Kebebasan 23 - 24

3.0 Penutup 25

Bibliografi 26

1.0 Pengenalan

3
Selepas Perang Dunia Kedua, karya-karya sastera telah diterbitkan oleh majalah Semangat

Asia, Fajar Asia disamping Berita Malai. Pada ketika itu, kebanyakan cerpen-cerpen yang

dihasilkan berkisar tentang kesopanan timur, kebajikan masyarakat, semangat gotong-royong,

kehidupan, adat resam, hal ehwal masyarakat, politik dan darurat. Tema yang dominan pada

ketika itu ialah tentang nilai-nilai dalam perhubungan lelaki dan wanita, percintaan, ikatan

kekeluargaan,semangat dan erti perjuangan orang-orang Melayu selepas perang. Apabila karya

sastera cerpen telah berkembang pada tahun 1920-an, perkembangan sastera berbentuk novel

pula mula bertapak di arena penulisan tanah air. Pada awal 1920-an, terciptalah karya pembuka

tradisi dalam penulisan novel Melayu iaitu Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi

pada tahun 1925. Novel ini telah mengorak langkah yang pertama dimana isi, perwatakan dan

latar novel ini telah tersimpang jauh dari ciri-ciri konvensional hikayat-hikayat sebelumnya.

Pada tanggal 6 Ogos 1950, Angkatan Sasterawan 50 telah ditubuhkan di Singapura.

Tertubuhnya badan ini merupakan faktor dalaman yang utama yang telah merancakkan lagi

perkembangan dan perjuangan penulis-penulis novel dan cerpen ketika itu. ASAS 50, yang

berkonsep memperjuangkan dan meninggikan perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu,

telah berjaya meniupkan kesegaran dan semangat penulis-penulis untuk terus berkarya. Novel-

novel pada era ini telah membawa tema yang lebih getir seperti penderitaan darurat, penindasan

penjajahan, kecurangan dan ketidakadilan yang dihadapi oleh masyarakat zamannya. Bermula

dengan 1960-an hinggalah 1970-an, lahirlah beberapa penulis wanita yang turut sama

menyumbangkan tenaga mereka di arena perkembangan kesusasteraan tanah air. Mereka

terdorong untuk tampil dan berkarya kerana dorongan rasa protes terhadap novelis lelaki yang

mereka anggap tidak dapat memaparkan masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum wanita

secara wajar dan saksama. Penulis-penulis wanita ini cuba memaparkan masalah-masalah yang

4
dihadapi oleh kaum wanita secara lebih wajar, teliti dan sesuai dengan pandangan, fikiran serta

pengalaman mereka dalam menghadapi persoalan keluarga dan rumahtangga. Antara penulis-

penulis wanita tersebut ialah Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Fatimah Busu, Rosmini Shaari

dan Obasiah Haji Usman. Penulis-penulis wanita ini mempunyai kelebihan mereka yang

tersendiri dalam memaparkan citra-citra tertentu di dalam hasil karya mereka.

Istilah citra dapat ditakrifkan sebagai kesan, perasaan, gambaran dari khalayak umum

terhadap perusahaan, kesan yang dengan sengaja diciptakan dari suatu objek, orang atau

organisasi menurut Bill Canton. Menurut Doktor Hassanah daripada Universiti Kebangsaan

Malaysia pula, perkataan citra bermaksud imej, gambaran, cerminan dan yang sewaktu

dengannya. Buchari Alma memberikan definisi atau pengertian citra sebagai impresi, perasaan

atau konsepsi yang ada pada umum mengenai sesuatu. Dalam erti kata lain, istilah citra ini

dapat kita simpulkan sebagai gambaran atau cerminan sesuatu sama ada ianya melibatkan

perasaan, masyarakat ataupun perkara yang lain.

Citra yang diterapkan oleh penulis wanita di dalam hasil karya mereka berbeza daripada citra

yang diterapkan oleh penulis lelaki. Citra penulis wanita bukanlah bersifat feminisme walaupun

mereka adalah kaum perempuan, tetapi sudut pandangan penulis wanita mengenai sesuatu itu

lebih halus dan subjektif berbanding dengan penulis lelaki. Tidak kiralah ianya berkisar tentang

citra ekonomi, politik mahupun sosial, mereka mampu mengolahnya dengan cukup baik dan

mudah difahami.

5
2.0 Perkembangan citra wanita dalam novel Melayu

Bidang yang dikuasai oleh golongan wanita dalam era modenisasi ini tidak terhad hanya

kepada tugas-tugas di rumah sahaja. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, lahir banyak penulis

daripada kaum wanita yang menulis karya misalnya Khadijah Hashim, Fatimah Busu, Obasiah

Haji Usman, Rosmini Shaari dan Zaharah Nawawi. Penulis-penulis wanita ini menyentuh

mengenai citra politik, citra ekonomi, dan citra sosial dengan begitu halus dan teliti. Citra-citra

tersebut yang digambarkan melalui gambaran peristiwa-peristiwa di dalam hasil karya mereka

mampu menyuntik kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu-isu dan kemelut yang

sedang berlaku di sekitar mereka. Walaupun penulis wanita seringkali dikaitkan dengan sifat

feminisme dan tidak mampu mengawal emosi ketika berkarya, namun kelima-lima penulis

wanita ini telah membuktikan bahawa wanita juga berupaya mengupas soal politik, ekonomi dan

sosial dengan sangat baik serta mempunyai sudut pandangan yang berbeza dari yang lain.

Nama Khadijah Hashim memang sudah sangat sebati dengan duniaa penulisan tanah air.

Khadijah Hashim yang lahir pada 20 April 1942 di Batu Bahat, Johor merupakan seorang penulis

yang sangat terkenal di Malaysia. Bukan sahaja seorang penulis bahkan Khadijh Hashim turut

merupakan seorang guru yang mendidik anak-anak bangsa. Walaupun lebih dikenali sebagai

seorang novelis yang hebat, Khadijah Hashim turut mengembangkan bakatnya dengan

berkecimpung di dalam penulisan skrip drama radio, buku kanak-kanak dan sajak. Kehadirannya

dalam menongkah arus kesusasteraan moden di Tanah Melayu sangat signifikan. Proses

penciptaan karya kreatifnya adalah berlandaskan pengalaman dan itulah yang membuatkan hasil

karya yang ditulis oleh Khadijah Hashim berbeza dari yang lain. Antara novel-novel yang telah

dihasilkan oleh Khadijah Hashim ialah novel Badai Semalam, Merpati Putih Terbang Lagi,

Jalan Ke Kubur, dan Di Tengah Kabus. Bagi Khadijah Hashim, sesebuah karya itu biarlah

6
bercorak sederhana, bersahaja, disampaikan dengan cara yang mudah tetapi mampu menarik

perhatian dan dapat memberi pengajaran.

Selain Khadijah Hashim, eorang lagi penulis wanita kelahiran Johor yang cukup hebat

bernama Zaharah Nawawi. Zaharah Nawawi dilahirkan di Kampung Parit Jawa, Mukim Empat,

Batu Pahat Johor pada tanggal 5 Mei 1940. Wanita hebat ini membesar dan memungut

pengalaman di luar kampung halaman. Zaharah mula mengasah bakat dalam arena penulisan

sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu, dia tidak pernah berhenti menulis sehingga kini. Antara

karya-karya hebat yang telah dihasilkannya ialah novel Pesisir Hitam, Panglima Salleh

Selempang Merah, Menuju ke Puncak dan Anugerah. Pencapaian tertinggi yang diraih oleh

Zaharah Nawawi disebabkan oleh kehebatan dan sumbangannya dalam bidang penulisan ialah

Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada bulan September 1996 di Bangkok,

Thailand. Bukan itu sahaja, tiga tahun selepas itu, Zaharah Nawawi menerima pula Hadiah

Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Tazim pada tahun 1999.

Jika Khadijah Hashim dan Zaharah Nawawi merupakan anak kelahiran Johor Darul Takzim,

seorang lagi penulis wanita yang sangat kreatif dalam menyusun jalan cerita karyanya iaitu

Fatimah Busu pula dilahirkan pada Januari 1943 di Kampung Pekan, Kota Bharu, Kelantan.

Fatimah Busu mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam mengolah cerita. Fatimah

mempunyai struktur penciptaannya yang tersendiri dan cukup santai tetapi mempunyai mesej

yang amat mengesankan. Bukan sahaja pandai mengolah cerita dengan gaya bersahaja, tetapi

Fatimah Busu juga berani mengulas isu-isu berat seperti masalah kahwin campur dan isu

keagamaan di dalam karya-karyanya. Antara karya-karyanya yang mahsyur ialah novel

Kepulangan dan novel Ombak Bukan Biru. Karya-karyanya ini telah mendapat perhatian yang

begitu luas sehingga Fatimah banyak memenangi Anugerah Hadiah Karya Sastera dan Hadiah

7
Karya Malaysia selama beberapa tahun berturut-turut. Hadiah-hadiah tersebut memang layak

diterima oleh Fatimah Busu memandangkan beliau banyak memberi sumbangan dalam

perkembangan kesusasteraan Melayu moden di Malaysia.

Seterusnya, seorang lagi penulis wanita yang amat disegani iaitu Rosmini Shaari juga terlibat

aktif dalam bidang penulisan. Anak kelahiran Kedah Darul Aman ini berhasil menyorot dan

mengadaptasikan pengalaman yang dialami oleh dirinya ke dalam bentuk tulisan. Rosmini Shaari

berpendapat untuk menulis sesuatu karya, bahan iaitu ilham mesti ada terlebih dahulu. Rosmini

Shaari juga di dalam karyanya banyak menggambarkan latar belakang masyarakat golongan elit.

Hal ini disebabkan oleh latar belakang beliau sendiri yang datangnya daripada keluarga elit.

Antara karya-karya Rosmini Shaari yang cukup tersohor ialah novel Janji, Jaringan dan Isteri.

Walaupun mempunyai latar belakang kehidupan keluarga yang mewah, Rosmini Shaari tetap

berjaya mengupas kehidupan masyarakat dengan cukup baik di dalam karyanya. Hal ini

membuktikan bahawa Rosmini Shaari memang menulis bukan sekadar daripada pengalaman

tetapi turut mengungkapkan apa yang dilihat olehnya di dalam karya.

Penulis wanita terakhir yang juga cukup hebat ialah Obasiah Haji Usman. Obasiah Haji

Usman dilahirkan pada tanggal 30 Disember 1959 di Kudat Sabah. Obasiah turut dikenali

dengan nama Arnida H.O. Latar belakang Obasiah Haji Usman yang lahir di Sabah

menyebabkan novel yang dihasilkan oleh beliau kebanyakannya menggambarkan latar tempat di

Sabah. Obasiah Haji Usman dengan kreatif mengetengahkan unsur kepelbagaian budaya dan

adat masyarakat peribumi di dalam hasil karyanya. Antara novelnya yang mashyur ialah yang

berjudul Bertaut. Beliau juga banyak menyentuh mengenai citra wanita yang variasi serta cuba

menjalurkan setiap watak dengan nilai murninya yang tersendiri walaupun sesuatu watak

tersebut pada awalnya bersifat negatif.

8
Kelima-lima penulis wanita ini cukup hebat dalam arena penulisan tanah air kita. Bukan sahaja

sekadar mengetengahkan isu-isu berkenaan dengan wanita, penulis-penulis wanita ini juga

berupaya mengupas dan menyorot pelbagai masalah serta persoalan yang timbul dalam kalangan

masyarakat tempatan dengan sangat baik dan teratur. Dalam karya-karya mereka, citra politik,

ekonomi dan sosiobudaya jelas terpapar walaupun mereka adalah golongan wanita. Hal ini

membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu mendalami variasi bidang dan mampu bersaing

secara sihat dengan kaum lelaki.

2.1 Citra Politik

Istilah politik didefinisikan oleh Teuku Iskandar yang dipetik daripada Mustafa Haji

Mahmud sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pemerintah dan sebagainya

meliputi ilmu sahsiah, kenegaraan, parti politik, ahli politik dan tipu muslihat. Arena

politik sinonimnya dikuasai oleh kaum lelaki dan jarang sekali ada kaum wanita yang

berupaya mengupas tentang politik dengan baik dan teliti. Biasanya, setiap kali kaum

wanita bersuara mengenai politik, mereka akan dipandang serong dan pandangan mereka

langsung tidak dipedulikan sama sekali. Namun, dengan munculnya penulis wanita dalam

arena penulisan tanah air kita, ternyata wanita juga mampu menerapkan, menggambarkan

dan mengupas mengenai unsur politik yang berkait rapat mengenai sifat kepimpinan di

dalam karya mereka. Misalnya watak Indah di dalam novel Bertaut, karya Obasiah Haji

Usman dicitrakan sebagai watak pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib

kaum wanita. Indah digambarkan sebagai seorang wanita yang bertanggungjawab,

berwawasan dan lantang bersuara menyeru golongan wanita agar tidak mudah ditindas.

Obasiah Haji Usmah berjaya mencorakkan watak Indah dengan begitu baik sebagai

seorang pemimpin walaupun Indah merupakan seorang wanita.

9
2.1.1 Berwawasan

Seseorang pemimpin sepatutnya mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi dan

berwawasan. Wawasan dapat didefinisikan dalam konteks politik sebagai

pendapat yang terbentuk dalam fikiran seseorang mengenai sesuatu buah fikiran

bagi mencapai kemajuan. Nik Safiah Karim mentafsirkan bahawa seorang

pemimpin yang berwawasan ialah seorang pemimpin yang mempunyai kebolehan

dan mempunyai sikap profesionalisme. Beliau turut menyarankan beberapa aspek

lain yang berkaitan dengan cirri-ciri kepimpinan yang baik seperti memahami

aspek-aspek kepimpinan, motivasi dan dedikasi, memahami aspek-aspek

perhubungan, memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek pengurusan,

menyediakan projek, pengurusan projek serta mahir mengendalikan seminar dan

memahami serta menghayati falsafah perkhidmatan kepada masyarakat dan

negara.

Terdapat beberapa contoh watak yang menggambarkan citra wanita yang

berwawasan di dalam beberapa buah novel. Antaranya ialah watak Indah di dalam

novel yang berjudul Bertaut hasil karya Obasiah Haji Usman. Indah dicitrakan

sebagai watak seorang pemimpin wanita yang berwawasan tinggi serta

mempunyai pandangan yang luas. Indah ingin membela nasib wanita yang

ditindas oleh pihak-pihak yang tertentu. Kisah mengharukan mengenai Mak cik

Zee yang tinggal bersendirian di kawasan setinggan amat menggugah hati Indah.

Tambahan pula, ada pihak pemaju yang ingin mengambil kawasan setinggan itu

bagi membangunkan projek syarikat dan itulah yang menyebabkan Indah menjadi

lebih kasihan serta menyuarakan bantahannya kepada syarikat yang ingin

10
mengambil kawasan setinggan tersebut sehinggakan Indah rela berhenti kerja

memandangkan syarikat tersebut merupakan syarikat majikannya sendiri.

Di dalam novel Kepulangan yang dihasilkan oleh Fatimah Busu pada tahun

1980, Fatimah Busu mencitrakan watak Timah sebagai watak seorang wanita

yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Aura kepimpinan Timah terserlah

sejak kecil lagi dan apabila menjejakkan kaki ke universiti, Timah aktif dalam

persatuan mahasiswa dan lantang bersuara untuk membela kebajikan ahli-ahlinya

yang menghadapi kesusahan, Timah juga mampu mempengaruhi orang lain dan

disebabkan oleh faktor tersebut, wanita ini memiliki ramai pengikut sehingga

ramai yang sanggup mengadakan demonstrasi atau tunjuk perasaan bersama-sama

dengannya. Berkenaan dengan isu Baling, Timah juga bangkit menegakkan

kebenaran bagi membela nasib penduduk di Baling memandangkan dia sendiri

telah menyaksikan keperitan yang dilalui oleh penduduk Baling. Perjuangan

Timah bukanlah berlandaskan kepentingan dirinya semata-mata tetapi

perjuangannya adalah untuk mempertahankan nasib bangsa yang tertindas dan

teraniaya.

2.1.2 Berkarisma

Menurut Mustafa Haji Daud, kepimpinan yang berkarisma terdapat pada

seorang pemimpin yang mempunyai nilai keperibadian yang baik, iaitu suka

membantu dan menolong rakyat, banyak membuat kerja kebajikan serta

mencegah segala kemungkaran. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berkarisma

11
mestilah seorang pemimpin yang berupaya menunaikan amanah dalam

melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Dalam novel Senator Adila yang dihasilkan oleh Khadijah Hashim pada tahun

1992, watak Senator Dr. Adila digambarkan sebagai contoh pemimpin wanita

yang mempunyai karismanya yang tersendiri. Seorang pemimpin yang berkarisma

pasti akan sentiasa cakna dan prihatin soal kehidupan dan kemelut yang dihadapi

oleh rakyatnya. Begitu jugalah citra yang digambarkan pada watak Adila. Sebagai

seorang pemimpin, Adila banyak meluangkan waktunya untuk mendalami

kehidupan rakyat. Hal ini demikian kerana hanya dengan cara tersebutlah Adila

dapat mengetahui keadaan hidup rakyat yang sebenarnya. Melalui cara tersebut,

Adila menyimpulkan bahawa kebanyakan penduduk luar Bandar terdiri daripada

golongan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Untuk mengekang dan

mengatasi kemelut tersebut, Adila merangka beberapa strategi untuk membasmi

kemiskinan dalam kalangan penduduk luar Bandar. Misalnya, Adila mengadakan

kempen untuk menyedarkan rakyat mengenai cara-cara untuk meningkatkan taraf

ekonomi penduduk luar Bandar. Adila turut melancarkan kempen mengutip derma

untuk membantu penduduk kampung yang miskin dan hidup susah.

Selain Khadijah Hashim, seorang lagi penulis wanita yang cukup hebat iaitu

Rosmini Shaari turut memaparkan citra wanita yang berkarisma di dalam

novelnya yang bertajuk Janji pada tahun 1989. Di dalam novel Janji, Rosmini

Shaari menggambarkan watak Puan Sri Zaitun sebagai seorang wanita yang

mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dan berkarisma. Puan Sri Zaitun

digambarkan sebagai seorang wanita yang berdedikasi tinggi dan lahir di dalam

12
keluarga yang elit. Walaupun dia lahir dalam keluarga yang berada, Puan Sri

Zaitun dapat menyesuaikan diri dengan khalayak umum. Bukan sahaja berkaliber,

Puan Sri Zaitun turut petah berucap di hadapan orang ramai dan dari aspek

tersebut, jelas terbukti bahawa Puan Sri Zaitun sememangnya merupakan seorang

wanita yang berkarisma tinggi. Puan Sri Zaitun memperjuangkan emansipasi

wanita dan perjuangannya itu berpunca daripada sikap suaminya sendiri yang

selalu mengatakan bahawa tempat seorang wanita itu hanyalah di rumah sahaja.

2.1.3 Berwibawa

Istilah berwibawa dapat ditakrifkan sebagai sifat atau keistimewaan yang

terdapat pada seseorang yang bergelar pemimpin seperti cekap berfikir, petah

berpidato, berkarisma, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta sentiasa

membicarakan mengenai hal-hal yang positif. G. Mosca mengatakan bahawa

seorang pemimpin yang berwibawa biasanya mampu mengatasi individu lain

dengan kecemerlangan buah fikirannya dan ideanya itu dapat digunakan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Nik Safiah Karim pula berpendapat bahawa

pemimpin yang berwibawa adalah seorang pemimpin yang mempunyai maruah

yang tinggi agar senantiasa disegani dan dihomati. Dalam masa yang sama,

personaliti turut memainkan peranan yang dominan dalam memperlihatkan

kewibawaan seseorang pemimpin. Sifat adil, tegas, berbudi tinggi, berilmu dan

yakin pada diri sendiri akan membuatkan pemimpin dihormati disebabkan

personaliti pemimpin itu sendiri yang berhemah.

13
Dalam novel Pesisir Hitam yang ditulis oleh Zaharah Nawawi pada tahun

1985, watak Lipah digambarkan sebagai watak pemimpin wanita yang

berwibawa. Lipah telah terpilih sebagai ketua wanita cawangan Kampung Sungai

Udang memandangkan dia telah mendapat undian yang terbanyak iaitu sebanyak

24 undi. Apabila dipilih memegang jawatan tersebut, Lipah mulai sibuk dengan

karier politiknya dan menghadiri mesyuarat ke sana dan ke sini. Walaupun sibuk

dengan karier politik, Lipah tidak pernah mengabaikan kebajikan keluarganya

sendiri. Bahkan Lipah merupakan seorang wanita yang tabah dan cekal kerana

mengambil alih tugas mencari rezeki bagi menggantikan suaminya yang sakit.

Hal ini menyebabkan Lipah menjadi seorang wanita yang serba boleh dan

mempunyai kewibawaan yang tinggi serta amat disegani dalam kalangan ahli

masyarakatnya.

Selain itu, Zaharah Nawawi turut memaparkan seorang lagi watak wanita yang

berwibawa iaitu watak Esah di dalam novel Panglima Salleh pada tahun 1988.

Walaupun novel Panglima Salleh berkisar mengenai perjuangan kaum lelaki

namun kewujudan watak Esah tidak kurang pentingnya. Esah digambarkan

sebagai seorang wanita yang bersemangat tinggi dan berwibawa. Esah sentiasa

berjuang bersama dengan suaminya iaitu Panglima Salleh yang berjuang untuk

menentang pengganas komunis. Esah mempunyai kebolehan yang luar biasa iaitu

mendapat ilham bagi mencari jalan untuk menentang pengganas komunis melalui

mimpinya. Melalui mimpi tersebut, Esah akan mengatur strategi yang akan

dirangka di atas kertas dengan teliti bagi memudahkan proses memerangi

komunis. Walaupun situasi orang-orang kampung ketika itu serba kekurangan

14
dari segenap aspek, semangat yang ditiupkan oleh Esah tetap membuatkan orang-

orang kampung sentiasa berkobar-kobar untuk mengembalikan kedaulatan bangsa

dan agama.

Zaharah selaku pengarang novel Panglima Salleh ini telah berjaya mencitrakan

watak Esah sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dengan cukup baik dan

luar biasa. Esah yang merangka segala strategi peperangan daripada ilham yang

diperolehinya melalui mimpi. Begitu juga dengan watak Lipah di dalam novel

Pesisir Hitam, Zaharah telah berjaya menampilkan watak Lipah sebagai seorang

pemimpin wanita yang berwibawa serta mempunyai nilai-nilai positif yang dapat

dicontohi oleh masyarakat.

2.2 Citra Ekonomi

Alex Inkeles berpendapat bahawa istilah ekonomi membawa makna kepada satu

bidang kajian mengenai pengeluaran, pembahagian barang-barang dan perkhidmatan.

Jakob Sumardjo pula mendefinisikan istilah ekonomi sebagai kaedah manusia untuk

mendapatkan rezeki sama ada melalui bertani, berdagang, menjadi pegawai dan

sebagainya. Apabila soal ekonomi dibangkitkan menjadi suatu isu yang hangat pada era

modenisasi ini, kaum lelaki dan juga kaum wanita sama-sama bersaing untuk tidak

ketinggalan merebut apa-apa peluang yang ada di hadapan mata. Wanita pada abad ini

bukan lagi hanya duduk di ceruk dapur bahkan mereka jauh lebih berjaya dan dapat

mengatasi kaum lelaki dalam sesetengah bidang.

2.2.1 Empayar perniagaan

15
Empayar perniagaan dapat ditakrifkan sebagai sebuah organisasi perusahaan

atau perniagaan yang besar dan biasanya mempunyai banyak cawangan di serata

tempat. Menurut Mahmud Muhammad Babili, frasa empayar perniagaan

membawa makna sebagai suatu aktiviti perniagaan yang diusahakan oleh individu

mahupun berkumpulan yang diusahakan secara besar-besaran. Untuk membina

sebuah empayar perniagaan itu bukanlah suatu proses yang mudah. Usahawan

yang ingin membina empayar perniagaan sendiri seharusnya bijak merebut

peluang-peluang perniagaan yang wujud dan mempunyai keyakinan diri yang

tinggi untuk berjaya. Sikap rasional, berhemah, berpandangan jauh dan sentiasa

berwaspada perlu ada dalam diri seorang usahawan agar perniagaan yang

dijalankan mampu mencapai kejayaan. Walaupun bidang perniagaan majoritinya

dikuasai oleh golongan lelaki namun pada masa kini, kaum wanita juga sudah

berani menceburkan diri ke dalam bidang ini. Misalnya contoh terdekat yang kita

boleh lihat pada masa ini ialah Dato Sri Vida yang telah berjaya mengasaskan

produk kecantikan Qu Puteh sehingga produk tersebut dikenali oleh seluruh

rakyat Malaysia.

Di dalam novel Jaringan karya Rosmini Shaari pada tahun 1990, watak Titik

Hamidah digambarkan sebagai watak seorang wanita korporat yang sangat

berjaya sehingga boleh digelar sebagai seorang jutawan. Titik Hamidah sangat

komited dan bersemangat waja dalam memajukan empayar perniagaannya

sehingga dia mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya

sendiri. Pendiriannya yang teguh dan tegas serta susah hendak diganggu gugat

oleh sesiapa menyebabkan suaminya sendiri, Profesor Sufian yang bekerja

16
sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaya lari ke Singapura Titik Hamidah

juga bersikap sombong dan suka bermegah diri serta lancing dalam pertuturannya.

Demi perniagaannya, Titik Hamidah sanggup tinggal berjauhan dengan suami dan

sanggup berkorban apa sahaja demi membina sebuah empayar perniagaan yang

hebat.

Zaharah Nawawi di dalam novel Menuju ke Puncak pada tahun 1987 pula

mencitrakan watak Kak Yam sebagai watak seorang wanita korporat yang bercita-

cita hendak membina sebuah empayar perniagaan. Kak Yam memiliki sebuah

restoran dan merupakan seorang peniaga yang jujur serta sangat dihormati oleh

pekerja-pekerjanya. Kak Yam sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya dan bijak

menyusun strategi perniagaan dengan mempelbagaikan menu makanan untuk

menarik pelanggan datang ke Restoran Selera miliknya. Namun di dalam setiap

usaha menuju kejayaan pasti akan ada dugaan yang mendatang. Restoran milik

Kak Yam maju tetapi akhirnya jatuh bankrap gara-gara sikap suaminya yang suka

berjudi. Namun Kak Yam tidak pernah berputus asa, dia cuba lagi untuk

menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Ketika kali ketiga Kak Yam

mencuba di dalam bidang perniagaan iaitu di dalam perniagaan perabot antik, dia

berjaya untuk konsisten sehingga berjaya memperoleh untung bersih sebanyak

lima sehingga enam ribu sehari. Hal ini membuktikan bahawa untuk berjaya

sebagai seorang peniaga, seseorang itu perlu berjiwa besar, berfikiran positif dan

bersemangat waja.

2.2.2 Inovatif

17
Sikap inovatif menggalakkan manusia mengaplikasikan kebolehan dan

kreativiti yang mereka ada untuk mencipta sesuatu. Seseorang yang inovatif akan

selalu berupaya melakukan proses pembaikan, menyajikan sesuatu yang baru dan

unik serta berbeza dengan produk yang sudah ada. Stephen Robbins

mendefinisikan istilah inovatif sebagai suatu gagasan baru yang diterapkan untuk

memprakarsai atau memperbaiki suatu produk atau proses dan jasa. Stephen

Robbins pula menyebutkann inovatif sebagai suatu gagasan baru yang diterapkan

untuk memprakarsai atau memperbaiki suatu produk atau proses dan

perkhidmatan. Dengan adanya sifat inovatif, kita akan mampu untuk bersaing

secara sihat dengan orang lain terutamanya di dalam bidang pekerjaan tidak

kiralah sama ada ianya perniagaan atau tidak.

Bagi citra inovatif, Zaharah Nawawi sekali lagi telah berjaya menggambarkan

watak Lipah di dalam novel Pesisir Hitam sebagai seorang wanita yang inovatif

dan berpandangan jauh. Semasa suaminya sakit, Lipahlah yang telah

menggantikan tugas suaminya untuk mencari rezeki buat keluarga mereka.

Dengan sifat inovatif yang wujud di dalam diri Lipah, Lipah telah berniaga kecil-

kecilan menjual variasi jenis kuih-muih untuk mencari rezeki. Sifat inovatif yang

terdapat pada diri Lipah terserlah apabila dia menggunakan strategi

mempelbagaikan jenis kuih-muih yang dijual bagi menarik perhatian pelanggan.

Walaupun hanya sekadar berniaga secara kecil-kecilan, setidak-tidaknya Lipah

dapat meraih pendapatan melalui perniagaan kuih-muih tersebut . Menurut Aslina

Ahmad, seseorang yang inovatif akan berupaya membuat perubahan dan

meningkatkan kebolehpasaran sesuatu idea yang telah ada kepada idea yang lebih

18
baik dan bermutu. Citra ini dapat dilihat pada watak Lipah yang mempunyai

kepakaran membuat kuih-muih dan kemudian menjual kuih-muih tersebut

mengikut strategi secara inovatif. Walaupun dia memikul tanggungjawab yang

amat berat sebagai ketua keluarga, Lipah tetap ingin maju dalam bidang

perniagaan yang diceburinya dan jelas memperlihatkan citranya sebagai seorang

wanita yang inovatif.

Dalam masa yang sama, seorang lagi watak isteri yang bertindak sebagai ketua

keluarga setelah ditinggalkan oleh suaminya ialah watak Kak Piah yang

digambarkan oleh Rosmini Shaari sebagai seorang wanita yang tabah dan gigih di

dalam novel Janji pada tahun 1989. Kak Piah menjadi seorang usahawan kecil

untuk menyara hidup mereka tiga beranak. Dengan dibantu oleh anaknya, Salmi,

Kak Piah menggunakan kepakarannya membuat variasi jenis kuih-muih untuk

dijual. Citra inovatif jelas terpapar pada diri Kak Piah tatkala dia tidak mudah

berputus asa untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun telah

ditinggalkan oleh suami. Kak Piah memberanikan diri untuk terjun ke dalam

bidang perniagaan, sama juga seperti watak Lipah yang digambarkan oleh

Zaharah Nawawi di dalam novel Pesisir Hitam. Kedua-duanya menjual pelbagai

jenis kuih-muih dan inovatif dalam menyusun strategi perniagaan.

2.2.3 Kreatif

Menurut buku Pembangunan Sahsiah hasil karya Aslina Ahmad, perkataan

kreatif membawa makna kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan

sesuatu idea baru daripada sumber yang asli, serta berkebolehan untuk mencipta,

19
serta menghasilkan sesuatu dalam suatu kaedah, sistem dan adat. Seseorang itu

perlu bersifat kreatif dengan sentiasa mengakses ilmu yang baru. Misalnya dalam

kerjaya sebagai seorang guru, nilai kreativiti yang tinggi amat diperlukan.

Seorang guru perlu sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka ilmu-ilmu baru bagi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah

menarik. Senario ini akan menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran tidak

hambar dan membosankan seperti biasanya. Murid-murid juga tidak akan

mengantuk dan bercakap semasa guru mengajar jika teknik mengajar yang

dipraktikkan oleh seseorang guru itu menarik perhatian mereka.

Citra wanita kreatif dapat dilihat pada watak Hana di dalam novel Rosmini

Shaari yang bertajuk Selendang Sutera pada tahun 1994. Hana digambarkan

memegang watak sebagai seorang guru di dalam novel tersebut dan mempunyai

perwatakan yang lemah lembut, ramah serta mudah mesra dengan orang lain.

Sikap Hana bertepatan dengan sahsiah seorang guru dan dalam masa yang sama,

watak Hana turut digambarkan sebagai seorang guru yang kreatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak didiknya di dalam kelas. Variasi

teknik diaplikasikan oleh Hana untuk menarik minat pelajar. Hana juga lebih

selesa mengadakan perbincangan dengan pelajarnya kerana situasi tersebut

membolehkan setiap pelajar mampu mengutarakan pandangan masing-masing

serta saling bertukar idea. Pada sebelah malam pula, Hana sanggup turun untuk

mengajar pelajar-pelajar Melayu yang mundur dalam pelajaran. Sifat Hana yang

mesra dan mudah didampingi menyebabkan dia disukai oleh pelajar serta

20
menjadikan Hana sebagai seorang guru yang berjaya mendidik anak-anak

muridnya.

Di dalam novel Ke Mana Kasih Hendak Dibawa karya Khadijah Hashim juga

ada menampilkan citra wanita kreatif. Citra wanita kreatif tersebut dipaparkan

pada watak Cikgu Wan Rohana selaku guru kaunseling di Sekolah Menengah

Puteri Malaysia. Cikgu Wan Rohana merupakan seorang wanita yang penyayang,

sabar, pandai menyimpan rahsia dan sentiasa cakna soal pelajar. Sebagai guru

kaunseling, Cikgu Rohana tidak tertumpu kepada satu kaedah penyelidikan

semata-mata bagi menyelesaikan kemelut. Pelbagai kaedah dijalankan untuk

menyelesaikan masalah yang timbul misalnya masalah yang berlaku kepada salah

seorang pelajar di sekolah tersebut yang bernama Zuriah. Cikgu Rohana

menggunakan pendekatan psikologi secara kreatif dalam usahanya untuk cuba

menyelesaikan kemelut yang membelenggu Zuriah. Akibat dari keikhlasan dan

kebijaksanaan Cikgu Rohana, masalah Zuriah berjaya diselesaikan dan keadaan

kembali seperti sediakala.

2.2.4 Efisien

Hailiah Mohd Yusof mengatakan bahawa pengurusan masa yang sistematik

berperanan penting dalam menghasilkan seorang pekerja yang efisien. Istilah

efisien dapat didefinisikan sebagai cekap, serba boleh, berketerampilan ataupun

cukup bagus dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Menurut Zuraini Husain,

ciri-ciri orang yang efisien ialah tabah, sabar, tekun, rajin, setia, sedia berkorban

dan mahu menerima bimbingan serta nasihat.

21
Citra wanita efisien ini dapat dilihat melalui watak Malisiah di dalam novel

Malisiah hasil karya Obasiah Haji Usman pada tahun 1997. Malisiah terpaksa

berhenti sekolah disebabkan kemiskinan keluarganya. Dia kemudiannya

memohon pekerjaan di Lembaga Bandaran Sandakan dan diterima untuk bekerja

sebagai jurutaip di situ. Citra efisien pada watak Malisiah jelas dilihat melalui

bagaimana Malisiah dapat menguruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar

dan seorang pekerja. Di samping bekerja pada siang harinya, Malisiah memasuki

sekolah lanjutan pada sebelah malam. Dia merupakan wanita yang sangat

dahagakan ilmu sehingga sanggup pergi menuntut ilmu pada sebelah malamnya.

Jadual disediakan agar Malisiah dapat menjalankan kedua-dua aktivitinya secara

terurus dan sistematik.

Bukan sahaja watak Malisiah, Obasiah juga menggambarkan watak Indah di

dalam novel Bertaut pada tahun 1986 sebagai seorang wanita yang efisien. Indah

bekerja di sebuah syarikat swasta setelah tamat peperiksaan SPM memandangkan

dia ingin membantu keluarganya yang hidup susah. Kerjanya sebagai seorang

kerani di syarikat swasta tersebut menyebabkan Indah berhadapan dengan kerja

yang banyak . Pelbagai masalah datang menduga alam pekerjaannya namun Indah

tetap tenang menghadapi kehidupan sehariannya sehingga Indah mendapat

gelaran pekerja paling efisien. Majikan Indah merupakan seorang yang sangat

cerewet dan majikannya itu pernah mempelawa Indah untuk meneguk minuman

keras. Majikannya yang bernama Peter itu juga ingin memperalatkan Indah untuk

menguruskan projek rumah setinggan. Hal ini akhirnya menyebabkan Indah

22
berhenti kerja kerana gadis itu tidak sangup memusnahkan bangsanya sendiri

hanya gara-gara kerakusan Peter.

2.3 Citra Sosiobudaya

Istilah sosial berkait rapatdengan masyarakat dan kemasyarakatan manakala istilah

budaya didefinisikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.

Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddhayah. Maka, istilah

sosiobudayasecara literalnya diertikan sebagai hubungan masyarakat dengan budaya

seperti cara hidup, adat istiadat sesuatu masyarakat dan sebagainya. Secara konseptualnya

pula, menurut Andreas Eppink, sosiobudaya bermaksud segala sesuatu atau tatanilai yang

berlaku di dalam sesebuah masyarakat yang menjadi cirri khas daripada masyarakat

tersebut. Burnett pula berpendapat bahawa sosiobudaya bermaksud segala kesenian,

kebudayaan, kepercayaan, pengetahuan, adat, hukum dan kemampuan olah fikir

masyarakat yang didapatkan daripada seseorang yang kompleks. Dalam erti kata lain,

sosiobudaya merupakan suatu istilah yang berkait rapat dengan cara hidup manusia.

Ianya merupakan komponen yang amat dominan dalam sesebuah masyarakat kerana

andai ia pincang, akan rosaklah masyarakatnya. Andai ia bagus dan cemerlang,

cemerlang jugalah masyarakatnya.

2.3.2 Hak Kebebasan

Setiap individu mempunyai hak kebebasan sejak dilahirkan sebagai seorang

manusia di muka bumi ini. Aristottle mendefinisikan kebebasan sebagai

kemampuan manusia untuk menentukan dirinya sendiri. Kebebasan lebih

membawa makna kepada sesuatu yang positif dan bukannya sesuatu yang

23
negatif. Di dalam agama Islam juga ada memberikan kebebasan kepada setiap

indvidu terutamanya kepada golongan wanita yang dahulunya ditindas dan

dipandang rendah oleh golongan lelaki. Islam telah mengangkat martabat kaum

wanita dan menggariskan peraturan-peraturan tertentu yang mesti dipatuhi tetapi

tidak pernah melarang kemajuan dalam kalangan wanita.

Dalam novel Merpati Putih Terbang Lagi karya Khadijah Hashim yang

dihasilkan pada tahun 1972, citra menuntut hak kebebasan ini digambarkan

dengan cukup berkesan pada watak Khiryati. Wanita bernama Khiryati ini

mempunyai cita-cita yang sangat tinggi dan masih lagi terus belajar walaupun

sudah mempunyai pekerjaan tetap. Apabila sudah mempunyai ijazah, Khiryati

ingin membela nasib kaumnya yang sering ditindas dan tidak diberikan peluang

untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan watak Puan Sri Zaitun yang digambarkan oleh Khadijah

Hashim di dalam novelnya yang berjudul Janji pada tahun 1980. Puan Sri Zaitun

merupakan orang yang memperjuangkan hak kebebasan wanita dan sanggup

memerah keringat serta menghabiskan masa untuk menyumbang kepada

masyarakat. Bagi Puan Sri Zaitun, dia tidak mahu kaum wanita dijadikan tebusan

untuk membuat sesuatu yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki terutamanya di

dalam situasi suami isteri di mana si suami selalu mengarahkan isteri mereka

melakukan pekerjaan yang tidak sepatutnya. Hal ini jelas memperlihatkan citra

budaya menuntut hak kebebasan yang digambarkan oleh penulis di dalam karya

mereka.

24
3.0 Penutup

Generalisasinya, kajian yang telah dijalankan terhadap perkembangan citra wanita di

dalam novel Melayu ini berupaya memupuk rasa cinta dalam kalangan generasi muda

terhadap karya-karya kesusasteraan Melayu. Bukan sahaja itu, bahkan kajian ini juga

mampu membuatkan anak-anak bangsa yang berdarah muda mampu untuk menghargai

dan memaknai nilai kesusasteraan itu sendiri. Anak-anak muda yang mudah terpengaruh

dengan anasir-anasir negatif dari negara luar akan menyedari bahawa martabat bidang

kesusasteraan itu sangat tinggi dan bernilai sehinggakan suatu ketika dahulu, Raffles

sendiri telah banyak membawa karya-karya kesusasteraan Melayu ke negara barat untuk

dikaji dan diselidik pemikiran di dalamnya. Dalam masa yang sama, kajian ini juga

membuktikan bahawa golongan wanita juga mampu menceburi variasi bidang asalkan

mereka mempunyai kemahuan. Wanita di zaman globalisasi mesti berdaya saing dan

bukannya hanya tunduk mengalah dengn keadaan. Itulah yang banyak ditekankan oleh

kelima-lima penulis yang cukup hebat iaitu Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Fatimah

Busu, Rosmini Shaari dan Obasiah Haji Usman.

25
4.0 Rujukan

Buku

Abdullah Tahir, (1989). Proses Penciptaan Novel: Ishak Haji Muhammad, A. Samad
Said, Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aslina Ahmad. (2014). Pembangunan Sahsiah. Tanjong Malim, Perak: Penerbit


Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Faisal Othman, (1989). Peranan Wanita Islam dalam Pembangunan Malaysia. Kuala
Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Hashim Musa. (2006) Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Bin Dahaman. (2007) Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Khariah Mohd Zubir. (2009). Citra Wanita dalam Novel Melayu. Tanjong Malim,
Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Internet

https://en.wikipedia.org/wiki/Salmi_Manja

http://alaf21.karangkraf.com/penulis/?idWriter=76

http://www.ujanailmu.com.my/cat_fatimah.cfm

26
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usman&d=8

27

Anda mungkin juga menyukai