Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SEMPENA HARI ORIENTASI

PELAJAR TINGKATAN SATU

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wrt. Dan selamat sejahtera.
Terima kasih kepada saudara pengacara majlis,
Yang berusaha
Pn. Nor Haizon Bt Mohd Nor
Guru Penolong Kanan
SMK SEKSYEN 16, SHAH ALAM,
Yang dihormati
Pn. Kamariah Bt Md Zin
Penolong Kanan HEM,
Pn. Zaiton Bt Ghani
Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat kita bersama-sama dalam majlis yang begitu bermakna dan bermanfaat
pada pagi ini. Dan bersyukur juga kita kepadaNya kerana pada hari ini kita
semua diberikan kesihatan dan kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan
Program Orientasi Pelajar-Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 16.
Hadirin yang dihormati,
Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tingkatan 1 seramai 340
orang yang telah diterima masuk ke SMK Seksyen 16 ini berdasarkan keputusan
UPSR tahun 2011. Selamat datang ke SMK Seksyen 16 dan sekali gus menjadi
warga sekolah ini untuk tempoh 3 atau 5 tahun yang akan datang. Diharapkan
anak-anak pelajar yang diterima masuk ke sini akan meneruskan kecemerlangan
mereka di peringkat menengah rendah dan menengah tinggi di sini.

Beberapa hari yang lepas keputusan PMR 2011 telah diumumkan dimana pelajar
tingkatan 3 sekolah ini telah menyumbang pencapaian yang cemerlang di mana
kita memperoleh kelulusan PMR dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.92
berbanding 3.12 pada tahun 2010. Peratus lulus samua matapelajaran pada
tahun 2011 ialah 64.19% berbanding 59.77% pada tahun 2010 dengan
peningkatan sebanyak 4.42%. Seramai 2 orang pelajar memperoleh pencapaian
8A, 7 orang mendapat 7A yang meletakkan sekolah ini di kedudukan yang baik
di Negeri Selangor ini. Anak-anak kita inilah yang kita harapkan untuk
meneruskan kecemerlangan ini apabila mereka mengambil PMR pada tahun
2014 nanti. InsyaAllah.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari suaikenal
anak tuan/puan pada hari ini.Hari orientasi atau hari suaikenal ini adalah amat
penting untuk para pelajar menyesuaikan diri bagi menghadapi kehidupan baru
mereka di sekolah menengah. Hari ini anak-anak kita akan mendaftar untuk
masuk ke kelas yang ditetapkan dan diberi kelengkapan buku teks. 4 Januari
2012 pula anak-anak kita ini akan memulakan sesi persekolahan dan
pembelajaran rasmi dengan minggu pertama mereka akan terlibat dengan
program minggu orientasi peringkat sekolah untuk memberikan pendedahan
kepada semua aspek pendidikan di peringkat menengah di sekolah ini.
Anak tuan/puan semua adalah dari kalangan yang beruntung kerana diberi
peluang meneruskan persekolahan di sekolah ini. Ramai lagi rakan-rakan anda
yang memperoleh keputusan UPSR yang sama tetapi tidakberpeluang
bersekolah di sini. Oleh itu saya ingin menyeru kepada tuan/puan semua supaya
dapat mengambil peluang terbaik ini untuk memastikan anak-anak kita mampu
menggenggam kecemerlangan di sekolah ini bukan sahaja dari segi pencapaian
akademik, tetapi juga dari segi kokurikulum dan sahsiah diri kita.
Hadirin sekalian,

Motto sekolah ini ialah Ilmu Panduan Hidup yang membawa pengertian ilmu
yang dicurahkan oleh guru-guru sekolah ini akan menjadi panduan hidup anakanak tuan/puan dlm hidup masing-masing. Visi sekolah ini pula ialah melahirkan
individu berilmu dan bersahsiah cemerlang menjelang tahun 2013, manakala
misi sekolah pula ialah Membangunkan Modal Insan melalui pengurusan yang
efisyen.Sekolah ini juga mempunyai matlamat iaitu menjelang tahun 2013
Sekolah Menengah Seksyen 16 akan muncul sebagai salah sebuah sekolah
yang cemerlang dan terbaik di Shah Alam. Untuk makluman pihak tuan/puan
semua, bilangan guru-guru di sekolah ini ialah seramai 98 orang di mana 70
orang guru yang mengajar pada sesi pagi dan 28 orang guru pada sesi petang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Untuk berjaya dan untuk cemerlang , kita tidak boleh setakat bercakap dan
bermimpi. Ia perlu disertai dan diterjemahkan melalui gerak kerja dan tindakantindakan kita. Untuk cemerlang juga tidak boleh dibebankan kepada pelajar atau
guru sahaja. Kita semua iaitu sekolah, guru, murid, ibu bapa dan masyarakat
perlu bersama secara kolaboratif memastikan anak-anak kita terus cemerlang.
Anak-anak pelajar perlu menyiapkan diri untuk sentiasa bersedia belajar, guruguru di sekolah sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan pendidikan yang
terbaik dan ibu bapa hendaklah memberikan sokongan dan dokongan
sepenuhnya (optimum) untuk memudahkan anak-anak kita belajar dengan
sempurna.Pastikan anak-anak kita hadir ke sekolah bukan sahaja untuk belajar
tetapi juga aktiviti kokurikulum.
Untuk tahun 2012 sesi persekolahan dan pembelajaran rasmi bermula pada jam
1.10 petang hingga 6.50 petang manakala waktu rasmi aktiviti kokurikulum ialah
pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00
pagi. Jadi tuan/puan dipohon untuk mengaturkan kemudahan pengangkutan
pergi dan balik anak-anak tuan/puan dengan selesa dan sebaik-baiknya. Semua
peraturan sekolah boleh dirujuk dalam Buku Peraturan Sekolah yang akan
dibekalkan kepada anak-anak tuan/puan dan setiap pelajar dan ibu bapa akan

diminta menandatangani boring akujanji disiplin mematuhi semua peraturan


sekolah seperti yang terkandung dalam buku berkenaan.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Sekolah ini akan berusaha untuk memastikan perkhidmatan pendidikan dapat
diberikan kepada anak-anak kita adalah terbaik. Sekolah ini mempunyai
kemudahan yang cukup untuk anak-anak kita belajar bilik darjah, makmal
sains,maklmal

computer,

bengkel,

kantin,

dewan,

padang

permainan,

perpustakaan, guru yang cukup, surau,kemudahan bantuan oleh kerajaan


seperti SPBT, biasiswa bagi yang layak, dan lain-lain. Bagaimanapun saya
mengalu-alukan komitmen tuan/puan untuk membantu sekolah ini mencapai
tahap prestasi yang lebih unggul melalui peranan-peranan yang boleh kita
mainkan. Pendidikan adalah meliputi segala-galanya, malah keindahan taman,
keceriaan sekolah,dan apa sahaja adalah elemen pendidikan. Justeru saya
mengalu-alukan sumbangan tuan/puan baik dalam bentuk buah fikiran atau
material untuk memajukan sekolah ini.Hampir 26 tahun sekolah ini ditubuhkan
dan hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan dan sediakan
khususnya dari segi kemudahan pembelajaran anak-anak contohnya
menambahkan

koleksi

buku

di

pusat

sumber,

menambahkan

pondok

bacaan/istirahat, mempertingkatkan keceriaan sekolah dan lain-lain. InsyaAllah


marilah kita bersama untuk memajukan sekolah ini melalui apa juga platform
yang ada.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Untuk makluman tuan/puan semua, bagi anak-anak kita di tingkatan 1 ini
terdapat beberapa perkara yang perlu tuan/puan maklumi iaitu:
1. Pakej mata pelajaran.
Terdapat beberapa subjek yang ditawarkan buat pelajar-pelajar Menengah
Rendah iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Sejarah, Pendidikan Islam,

Matematik, Sains,Kemahiran Hidup, Geografi,

Pendidikan Seni Visual, ICT,

Pendidikan Moral dan Bahasa Tamil.

2. Aktiviti kokurikulum
Bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah ini menjadi pelajar yang cemerlang
bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam pembentukan peribadi, semua
pelajar akan terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum dengan memasuki satu(1) unit
beruniform, satu(1) persatuan kelab dan satu(1) sukan permainan. Hari Rabu
pula adalah hari yang digazetkan untuk pemakaian uniform unit beruniform KRS,PBSM, Pengakap, Pandu Puteri dan sebagainya.
Tuan/puan sekalian,
Seperkara lagi yang saya ingin maklumkan, berkaitan bayaran persekolahan
bagi tahun 2012 yang sering ibu bapa inginkan penjelasan lanjut.Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita sewaktu pembentangan Bajet 2012
tempoh hari tiada bayaran yuran persekolahan akan dikenakan kepada pelajarpelajar. Walaubagaimanapun setiap pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran
PIBG di mana Jumlah yuran tersebut akan diputuskan pada Mesyuarat agung
PIBG yang akan datang.
Akhir kata, tuan/puan sekalian saya mengharapkan kita dapat bersama-sama
memastikan kemajuan sekolah kita ini demi kecemerlangan anak-anak kita.
Sekian.

Wabillahitaufik

Walhidayah

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

WassalamualaikumWarahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai