Anda di halaman 1dari 3

DOA AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN : SPI JPN PERLIS 2017

DOA AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2017


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Ya Allah Tuhan yang maha pengasih,


Kami panjatkan kesyukuran kepada-Mu, dengan izin , taufik dan inayah dari-Mu, kami dapat
bersama-sama dalam perhimpunan pembukaan tahun baru persekolahan 2017 ini. Mudahmudahan sesi persekolahan 2017 tahun ini akan memberikan sinaran yang bermakna dalam
hidup kami.

Kami panjatkan kehadrat-Mu Ya Allah, agar dikurniakan kepada anak-anak kami kekuatan
jiwa dan akal, minda yang cerdas, fizikal yang cergas, tingkahlaku yang baik dan terpuji serta
kurniakanlah kepada mereka jalan anak-anak yang soleh dan solehah.

Berilah kejayaan kepada mereka dalam apa jua bidang yang bakal mereka lalui. Peliharalah
mereka dari sebarang kekurangan dan kelemahan, agar mereka dapat lalui perjalanan hidup
dengan pimpinan dan hidayah-Mu. Bukakanlah hijab-Mu seluas-luasnya agar mereka dapat
menempuhi segala cabaran dengan semangat yang kental dan jitu.

DOA AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN : SPI JPN PERLIS 2017

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim


Berikanlah juga kepada guru-guru kami kekuatan usaha dan daya, cekal dan tabah serta
sabar dalam membimbing generasi anak bangsa menjadi hamba yang berguna. Suluhi hatihati mereka dengan nur dan basirah dari-Mu, permudahkanlah urusan mereka dan
berkatilah segala pengorbanan yang mereka lakukan.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah jadikan pada
diri kami ini, dan mereka yang bersama kami kebinasaan serta jauhkan kami dari murka dan
kesengsaraan.

Ya Allah, Tuhan yang mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati
ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya
Allah ikatannya.

DOA AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN : SPI JPN PERLIS 2017

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini, limpahan iman
dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan
sebenar tentang-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan
sebaik-baik penolong.

Anda mungkin juga menyukai