Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,

para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan
pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah
seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat,
lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih
berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam
hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu
menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah
yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain
mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi
yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia
ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa
takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu
cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu
kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama
dia tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya
buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-
sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah
engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,
kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri
buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa
berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan
menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai