Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi pada
tempoh yang telah ditetapkan oleh pensyarah dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang
masalah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak atas
bantuan mereka untuk menyiapkan tugasan-tugasan saya.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami iaitu Puan Mahani Binti Shaari kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya
kepada saya dan rakan-rakan saya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi.

Terima kasih juga, saya tujukan kepada emak dan kakak saya, Mageswary a/p
Perumal dan Manimeglay a/p Rajandran yang telah memberikan banyak dorongan dan
nasihat kepada saya bagi menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Jasa mereka tidak dapat
saya lupakan. Kakak saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan penulisan akademik.
Tanpa tunjuk ajarnya sudah pasti saya tidak dapat membuat tugasan saya dengan lengkap
dan sempurna.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas saya kerana mereka sudi menolong saya
tanpa mengira bangsa dan agama bagi melengkapkan tugasan tersebut dengan sempurna.
Antaranya ialah Deepa a/p Vanu, Thenmoze a/p Ramachandran, Kanaga a/p Achiah,
Maynaka a/p Ravichandran dan Mursyida Nazihah Binti Abdul Muttalib.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

1
1.0 Pengenalan

Menurut Quraishi (1980), dalam buku Muslim and Crime: A Comparative Study,
istilah Islamofobia, tetapi menjadi semakin popular selepas peristiwa keruntuhan Menara
Pusat Perdagangan Dunia di New York pada 11 September 2001. Sudah terang lagi
bersuluh, peristiwa ini telah pun menjadi pencetus utama kepada fenomena Islamofobia.
Peristiwa ini juga telah memberikan kesempatan yang meluas kepada musuh Islam untuk
terus memberikan gambaran negatif terhadap Islam.

Selain itu, walaupun terdapat beberapa gerakan yang mempelopori keganasan


seperti Liberation Tigers of Tamil Elam di Sri Lanka, Pemberontak Ireland Utara, gerakan
Khalistani di India, Basque separatists di Sepanyol dan Zionis di Israel, namun gerakan-
gerakan ini tidak dianggap sebagai gerakan yang mewakili agama mereka dan tidak juga
wujudnya istilah Hindufobia atau Kristianofobia atau Judaismofobia. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini bukanlah hanya
disebabkan oleh jenayah keganasan umat Islam sahaja tetapi ianya juga berkaitan dengan
faktor-faktor lain yang perlu diberikan perhatian secara mendalam oleh umat Islam.

Meskipun istilah Islamofobia ini agak baru, namun pada hakikatnya fenomena
Islamofobia itu telah lama wujud. Menurut Ali A Marzui melalui rencananya Islam and
Islamophobia: Conflicting Images In Eurocentri dalam Islam Political Economy In Capitalist-
Globalization menyatakan fenomena ini bermula selepas Perang Salib. Hal ini berikutan
dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi menjadikan Palestin di bawah milik Islam.

Kekuatan Islam ini menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan penganut Kristian.
Jadi, mereka mula meletakkan segala kekurangan dan kelemahan pada agama Islam,
sedangkan Islam ialah agama yang amat mulia dan suci. Umat Islam juga mula dianggap
hina seperti orang kulit hitam kepada mata orang kulit putih. Pandangan ini berterusan
dalam kalangan penganut Kristian di Eropah dengan bersikap berat sebelah terhadap Islam.
Keadaan ini semakin memuncak selepas peristiwa serangan pengganas 11 September
2001 di Amerika Syarikat. Diskriminasi dan ketidakadilan terhadap umat Islam, di samping
penghinaan terhadap Islam terutamanya di Eropah dan Amerika Utara sampai ke tahap
membimbangkan.

Akibatnya, umat Islam dicurigai dan dalam banyak kes mereka dituduh sebagai
pengganas, radikal dan fundamentalis. Ramai di antaranya menjadi mangsa pelbagai
bentuk diskriminasi dan tuduhan, di samping pencabulan hak asasi. Itulah yang selalu
disebut sebagai Islamofobia.

2
2.0 Konsep Islamofobia

Dalam laporan berjudul Islamofobia: Sebuah Tentangan untuk Kita Semua,


diterbitkan pada November 1997 oleh Menteri Dalam Negeri Inggeris, Jack Straw,
Islamofobia didefinisikan sebagai pandangan atau pandangan dunia yang melibatkan
ketakutan tidak berdasar dan tidak suka terhadap Muslim, yang menghasilkan praktek
pengucilan dan diskriminasi. Konsep Islamofobia juga berpendapat bahawa Islam tidak
memiliki nilai-nilai yang sama dengan budaya lain, Islam kalah dengan budaya Barat, dan
Islam merupakan ideologi politik kekerasan agama.

Selain istilah Islamofobia, istilah lain yang digunakan untuk merujuk kepada
fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam ialah Muslim radicalization, anti-Muslim
hate crime, anti-Islamic phenomena, xenophobia dan religiously based hate crimes.
Walaupun istilah-istilah tersebut sering kali digunakan namun Islamofobia masih menjadi
istilah yang lebih terkenal dan ianya kini digunakan secara meluas dalam akhbar, majalah,
media elektronik dan lain-lain saluran.

Dari segi takrifan literal, Islam merupakan sebuah agama dalam tradisi Nabi Ibrahim
dan pengikut agama Islam pula dipanggil sebagai Muslim. Muslim perlu mengikut 5 rukun
Islam iaitu percaya tiada tuhan selain Allah, solat 5 waktu, berzakat, berpuasa Ramadhan
dan mengerjakan haji di Makkah. Tonggak kepercayaan Islam berdasarkan Al-Quran dan
As- Sunnah. Manakala perkataan fobia pula merupakan ketakutan atau kebencian yang
sangat keterlaluan dan tidak rasional terhadap sesuatu.

Secara konseptualnya, Islamofobia telah diterjemahkan melalui satu bentuk


ketakutan yang tidak rasional atau amat kuat atau kebencian terhadap Islam. Dalam bahasa
yang mudah ia boleh dikatakan sebagai sifat benci terhadap penganut agama Islam,
pandangan negatif dan menganggap orang Islam ini jahat dan juga pengganas. Namun, kini
pemahaman Islamofobia lebih dari sekadar makna ini dan ianya turut menggabungkan
kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

Secara umumnya, Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan atau
kebencian terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, dan apa sahaja yang
berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia bermakna suatu
permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau
kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka. Pentakrifan yang hampir sama
diberikan oleh Laporan Commission on British Muslims and Islamofobia yang menyatakan
bahawa Islamofobia ini merujuk kepada tanggapan negatif terhadap Islam dalam bentuk
pelbagai diskriminasi.

3
3.0 Manifestasi Islamofobia

Manifestasi Islamofobia di sini merujuk kepada situasi di mana tanggapan negatif


atau kebencian terhadap Islam itu diluahkan dalam bentuk ekspresi intelektual seperti
penulisan karya ilmiah atau perbuatan yang merangkumi keganasan, protes dan gerakan
Islamofobia itu sendiri. Kebencian terhadap Islam itu ditunjukkan dalam bentuk media,
intelektual, struktur, politik dan perundangan, dan juga dalam bentuk protes dan keganasan.

3.1 Media

Terlebih dahulu, kita membincangkan peranan media dalam menyebarkan


kefahaman negatif terhadap Islam. Media barat sentiasa mengambil kesempatan untuk
memberikan gambaran yang buruk terhadap Islam. Sebagai contohnya, penerbitan filem
Fitna oleh ahli politik Belanda yang bernama Geert Wilders yang menyebabkan masyarakat
umum mempunyai pandangan yang amat negatif terhadap Islam teutamanya al-Quran.
Seterusnya, media juga menghangatkan lagi isu kontroversi seperti pembinaan Masjid di
Ground Zero, dan gerakan pengharaman Shariah yang menanamkan kebencian terhadap
muslim di Amerika. Di Malaysia pula terdapat beberapa akhbar harian yang menerbitkan
gambar yang sensitif kepada umat Islam seperti masakan babi dalam Ramadhan Delights
dalam akhbar The Star. Selain itu, manifestasi Islamofobia juga dizahirkan melalui laman
sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Contohnya, baru-baru ini didapati
seorang pemuda India yang bernama Gopinath Jayaratnam di Selangor, Malaysia menghina
Islam secara terang-terangan dalam Facebook tanpa perasaan takut kepada undang-
undang.

3.2 Intelektual

Seterusnya, kita dapat lihat bahawa kebencian terhadap Islam juga diluahkan dalam
bentuk ekspresi intelektual. Hal ini jelas menunjukkan sejumlah buku yang diterbitkan oleh
beberapa penulis dengan tujuan untuk memanfaatkan peluang dalam meningkatkan gejala
Islamofobia dan mengubah imej Islam kepada yang lebih negatif. Antara karya yang
menyebarkan tanggapan yang negatif terhadap Islam dan menyuburkan Islamofobia ialah
Legacy of Jihad, Muslim Mafia: Inside the Secret Underworld Thats Conspiring to Islamize
America dan sebagainya. Selain itu, ucapan kontroversi Pope Benedict XVI yang menghina
Nabi Muhammad dan mengritikkan al-Quran juga merupakan salah satu manifestasi
intelektual dalam konteks Islamofobia.

3.3 Struktur

Seterusnya, manifestasi struktur pula merujuk kepada diskriminasi dalam pelbagai


sektor atas sebab Islamofobia seperti masalah dalam memperolehi keperluan asas, tempat

4
tinggal, peluang pekerjaan, peluang pendidikan dan penjagaan kesihatan. Beberapa kes
yang berlaku jelas menunjukkan situasi Islamofobia berstruktur ini semakin meningkat
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Misalnya, wanita Muslim yang bekerja sebagai
pencuci dianggap sebagai satu ancaman keselamatan di Itali. Selain itu, di Jerman pula
ada seorang doktor yang tidak mahu memberi rawatan kepada seorang remaja Muslim yang
bernama Jihad. Lebih teruk lagi di Kanada iaitu seorang pelajar perempuan dibuang sekolah
hanya kerana enggan menanggalkan tudung. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Islamofobia
telah memberi impak yang mendalam kepada umat Islam dalam kehidupan seharian
mereka.

3.4 Politik dan Perundangan

Sehubungan dengan itu, dalam bidang politik dan perundangan juga wujudnya
tanggapan negatif terhadap Islam. Misalnya di Switzerland, undang-undang telah dipinda
bagi mengharamkan pembinaan menara-menara masjid akibat daripada kempen anti Islam
yang diadakan oleh Daniel Streich. Walaupun undang-undang ini melanggar hak asai umat
Islam di switzerland, tetapi ianya tetap diteruskan atas faktor kemahuan politik dalam isu ini.
Hal ini ditambah lagi dengan gerakan anti Islam yang diketuai oleh Geert Wilders iaitu ahli
politik Belanda yang memusuhi Islam atas dasar populariti dan politik. Selain itu, di Malaysia
pula parti DAP bekerjasama dengan parti PAS dalam penentangan pelaksanaan hukum
hudud. Hal ini ditambah dengan kenyataan keras Dato Seri Chua Soi Lek, Presiden Parti
MCA yang terang-terangan telah menghina undang-undang Islam di khayalak ramai.

3.5 Protes dan Keganasan

Kebencian terhadap Islam juga ditunjukkan melalui protes dan lebih teruk lagi keganasan
atau jenayah. Berikutan itu, Islamofobia juga dizahirkan melalui kartun. Hal ini dibuktikan
dengan penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad yang dihasilkan oleh Kurt
Westergaard di Denmark. Selain itu, kempen yang diadakan oleh Pastor Terry Jones untuk
membakar al-Quran dan peristiwa membakar al-Quran sepanjang 9 bulan dari September
2010 hingga April 2011 di Amerika Syarikat juga merupakan manifestasi protes. Keganasan
terhadap umat Islam juga berlaku di mana-mana sahaja. Contohnya, seorang umat Islam
ditembak di Amerika Syarikat setelah menunaikan solat Jumaatnya. Di samping itu,
peristiwa pembunuhan kejam Marwa El Sharbini di dalam Mahkamah di Dresden, Jerman
juga merupakan kesan Islamofobia.

4.0 Implikasi Islamofobia

5
Islamofobia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada Islam dan umat Islam di
seluruh dunia. Antara kesannya ialah kehidupan umat Islam dan keharmonian
masyarakatnya terjejas, berlakunya diskriminasi dan perasaan prejudis terhadap umat
Islam, pembangunan sosio-ekonomi terjejas dan wujudnya kesan mental dan fizikal.

Menurut Quraishi (1980), dalam bukunya Muslim & Crime: A Comparative Study,
kesan utama Islamofobia ialah hak asasi masyarakat atau kaum Islam itu terjejas ataupun
berlakunya diskriminasi secara senjaga. Apabila ideologi Islamofobia itu diperluas dengan
pelbagai cara oleh musuh-musuh Islam, maka masyarakat yang tidak mengetahui Islam
secara mendalam juga akan terus mempercayainya. Hal ini secara langsung menyebabkan
suatu fahaman negatif tentang Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama. Natijahnya, hak asasi umat wanita Islam untuk
memakai tudung ditindas dan dihalang secara terbuka di khalayak ramai di negara yang
majoritinya bukan Islam. Hal ini demikian kerana golongan yang mempercayai dan
mengamalkan Islamofobia mula rasa hilang hormat terhadap umat Islam dan mula
memandang rendah terhadap mereka. Pendek kata, sudah pastinya keamanan dan
kesejahteraan kehidupan umat Islam di dunia terjejas akibat Islamofobia.

Selain itu, Islamofobia juga memberikan impak kepada pembangunan sosio-ekonomi


sesebuah negara. Diskriminasi yang berlaku terhadap umat Islam dalam bidang pendidikan,
peluang pekerjaan, peluang perniagaan, tempat kerja dan sebagainya juga mendatangkan
kesan yang amat signifikan kepada kehidupan umat Islam khususnya di negara majoriti
bukan Islam. Apabila hak-hak asas kehidupan manusia diketepikan secara tidak langsung ia
akan mengakibatkan pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara terganggu. Misalnya,
negara-negara miskin seperti Afghanistan, Somalia dan lain-lain akan kurang mendapat
bantuan antarabangsa akibat daripada faktor Islamofobia.

Seterusnya, Islamofobia juga mendatangkan impak kepada mental dan fizikal dalam
kalangan masyarakat. Dalam suatu kajian, USA Today Gallup Poll melaporkan bahawa 22%
daripada responden yang ditemubual mengakui bahawa mereka tidak suka berjiran dengan
Muslim dan 18% berasa takut jika ada wanita Muslim berada di dalam kapal terbang dan
31% berasa bimbang jika penumpang adalah lelaki muslim. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa mereka mengalami gangguan mental pada tahap yang membimbangkan iaitu
mereka mempunyai tanggapan yang sangat negatif dan ketakutan yang keterlaluan
terhadap Islam dalam pemikiran mereka. Kegiatan penganiayaan individu dan kerosakan
fizikal juga berlaku akibat Islamofobia. Menurut OIC Observatory Report, insiden berkaitan
mencemar kesucian Masjid meningkat sebanyak 100%, insiden keganasan dan gangguan
terhadap Muslimah juga meningkat sebanyak 500% serta sikap tidak bertoleransi terhadap

6
simbol-simbol kesucian Islam meningkat lebih daripada 100%. Hal ini membuktikan bahawa
Islamofobia mendatangkan kesan yang amat teruk kepada Islam dan kehidupan umat Islam.

5.0 Faktor-faktor Islamofobia

Seperti yang kita maklum, Islamofobia ialah ketakutan yang berlebihan terhadap
Islam dan penganutnya. Betul kata peribahasa melayu iaitu kalau tak ada angin, masakan
pokok bergoyang. Setiap kejadian yang berlaku pastinya ada punca disebaliknya. Jadi,
sudah tentulah terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah golongan
mempunyai kebencian atau kebimbangan terhadap Islam dan umat Islam.

Faktor dominan Islamofobia ialah kurang ilmu pengetahuan dan pendekatan tentang
Islam dalam kalangan orang bukan Islam. Dengan kurangnya ilmu pengetahuan dan
tiadanya pendedahan terhadap ajaran Islam, jadi akhirnya sesetengah golongan melihat
Islam sebagai sesuatu yang menggugat gaya hidup mereka. Selain itu, kekurangan
informasi dan maklumat yang sebenar dalam penyebaran Islam juga mencetuskan
Islamofobia. Sesetengah golongan masyarakat hanya mendengar perkara buruk sahaja
tentang Islam dan tidak mengetahui Islam secara mendalam juga menyebabkan wujudnya
rasa benci terhadap Islam. Contohnya, salah faham tentang Islam dan Syariah seperti
hudud dan isu murtad juga menyebabkan Islamofobia.

Di samping itu, prejudis dan kesan serangan menara Pusat Perdagangan Dunia
pada 11 September 2001 juga boleh dikatakan antara punca dominan kepada Islamofobia.
Jika kita dilihat dengan teliti, mulai serangan tersebut Islam dianggap sebagai keganasan
dan masyarakat dunia mula mempunyai tanggapan yang salah terhadap Islam. Keadaan ini
menjadi lebih teruk dengan siri pengeboman yang berlaku di Madrid dan London.
Malangnya, jenayah sebegini sering kali dikaitkan dengan Islam sahaja. Contohnya, akhbar-
akhbar utama dunia seperti Washington Post, New York Times dan lain-lain mengesyaki
bahawa penjenayah yang terlibat dalam pengeboman di Oslo pada 22 Julai 2011 dan
pembunuhan beramai-ramai di Utoya Island, Norway adalah Muslim sedangkan
penjenayahnya ialah penganut Kristian Konservatif yang bernama Aders Breivik. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa betapa prejudisnya masyarakat barat terhadap Islam sehinggakan
sebarang keganasan akan dikaitkan dengan Islam.

Tambahan pula, media massa juga menjadi pencetus utama kepada Islamofobia.
Media barat sering kali menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyebarkan fahaman
negatif dalam kalangan rakyat. Selain itu, ada juga media barat yang sering mengriktikkan
umat Islam dan sengaja menimbulkan perasaan benci terhadap Islam atau umat Islam
dalam kalangan rakyat. Malahan itu, media juga kerap memaparkan insiden-insiden
keganasan yang dilakukan oleh orang Islam tanpa mengimbangkannya dengan jenayah

7
bukan Islam. Contohnya, isu bantahan bukan Islam membaca ayat al-Quran di dalam
perucapan umum dan kes memijak kepala lembu yang berlaku di negara kita sendiri sering
kali diuar-uarkan dalam media elektronik mahupun media cetak. Hal ini secara langsung
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat dan mula rasa benci
terhadap Islam dan akhirnya wujud perasaan Islamofobia.

Seterusnya, penghijrahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam merupakan


antara faktor terjadinya Islamofobia. Faktor kemelesatan ekonomi menyebabkan
kebanyakan umat Islam berhijrah ke negara maju. Hal ini menyebabkan persaingan peluang
pekerjaan kepada rakyat negara itu dan juga menjejaskan taraf ekonomi mereka.
Sebaliknya, terdapat juga segelintir umat Islam yang berpindah ke negara asing tidak
menghormati budaya negara itu dan kurang mengamalkan cara hidup mereka sekali gus
ada yang terlibat dalam jenayah. Situasi seperti ini menyebabkan masyarakat negara itu
berasa tidak selesa dengan mereka dan mula memandang rendah terhadap mereka sekali
gus menganggap Islam adalah sesuatu fahaman yang negatif.

Secara umumnya, salah faham tentang prinsip Syariah juga merupakan salah satu
faktor Islamofobia. Antara aspek yang sering dikriktikan dalam ajaran Islam ialah berkenaan
dengan undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hak wanita. Sesetengah golongan
masyarakat mempertikaikan ajaran Islam atas alasan salah anggapan terhadap beberapa
prinsip Syariah. Selain itu, sesetengah golongan masyarakat bukan Islam juga mempunyai
persepsi negatif terhadap kepercayaan dan amalan fiqh dalam ajaran Islam yang diamalkan
oleh semua umat Islam. Malahan itu, orang bukan Islam menganggap status kedudukan
wanita dalam Islam sebagai menindas juga menjadi punca Islamofobia di seluruh negara.

6.0 Langkah-langkah untuk menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap Islam

Isu Islamofobia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana semakin hari semakin ia
mengancam Islam dan umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai inisiatif perlu diambil oleh
beberapa pihak supaya isu ini boleh diatasi dengan segera. Malah, pandangan atau
persepsi negatif masyarakat terhadap Islam juga perlu dibetulkan secepat mungkin sebelum
ia menjadi serius. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah boleh diusahakan oleh pihak-
pihak tertentu dalam menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap Islam.

Pertamanya, umat Islam sendiri perlulah bersuara dan memberi penjelasan yang
teliti tentang agama Islam kepada seluruh dunia. Selain itu, para cendekiawan Islam juga
perlulah giat melibatkan diri dalam penulisan agama mereka. Di samping itu, orang Islam
sendiri perlu lebih pro-aktif dalam membuat penjelasan tentang Islam supaya pihak yang

8
menyebarkan Islamofobia ini membuka mata bahawa Islam itu tidaklah seperti apa yang
disangkakan. Umat Islam juga haruslah menerangkan bahawa al-Quran bukanlah kitab
yang mengandungi ayat-ayat tentang peperangan semata-mata tetapi ada berbagai-bagai
ayat lain yang terkandung di dalamnya. Selain itu, golongan Islam juga harus memberi
penerangan yang baik tentang maksud ayat-ayat yang menyentuh jihad dalam al-Quran
supaya golongan bukan Islam tidaklah terus membenci Islam.

Seterusnya, peranan media massa dalam membetulkan persepsi masyarakat


terhadap Islam adalah amat penting. Media perlulah sentiasa berwaspada dengan berita
yang disebarkan oleh mereka. Hal ini demikian kerana media mampu meninggalkan impak
yang amat besar dalam kalangan rakyat. Media barat juga haruslah mengelakkan
menyebarkan isu-isu mengenai Islam malah mereka perulah menyebarkan fahaman yang
benar tentang al-Quran dan Islam. Selain itu, penerbitan filem yang menimbulkan
Islamofobia juga wajib dielakkan supaya isu Islamofobia ini dapat dibanteras dengan segera.
Pihak media dan iklan haruslah menyebarkan keunikan dan keistimewaan Islam secara
berterusan kepada seluruh dunia supaya tanggapan salah terhadap Islam dapat dibetulkan
dan dapat menimbulkan kepercayaan terhadap Islam. Dengan ini, kita dapat mengurangkan
ancaman dan diskriminasi yang berlaku terhadap umat Islam dan dapat mewujudkan satu
keadaan yang aman dan damai di mana seluruh rakyat dunia dapat hidup di bawah satu
payung negara.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan program perlu diadakan untuk mengatasi isu
Islamofobia ini. Contoh program yang boleh diadakan oleh pihak-pihak tertentu ialah
kempen, dialog, forum, penerbitan risalah ilmiah dan sebagainya. Organisasi dan institusi
seperti Forum Against Islamophobia dan Racism, Human Rights Commission di UK, the
National Association of Muslim Police, Pertubuhan Negara Islam dan Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu perlulah menjayakan pelbagai aktiviti dalam usaha menyebarkan fahaman
yang sebenar tentang Islam dan menerangkan kesan buruk Islamofobia kepada semua
lapisan masyarakat. Dengan ini, kita dapat mengatasi isu Islamofobia ini sebelum ia menjadi
lebih serius lagi. Maka jelaslah bahawa pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program dapat
menyemai persepsi yang positif terhadap Islam dalam kalangan rakyat.

Langkah seterusnya yang boleh diusahakan oleh pihak berkuasa ialah


menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Baru-baru ini beberapa negara telah
mengambil inisiatif untuk menangani fenomena Islamofobia ini. Antaranya ialah mahkamah
di Denmark telah mengenakan denda kepada seorang pemuda yang menggantung poster
anti Islam di tempat awam dan di Ireland pula telah meluluskan undang-undang jika sesiapa
mengkritikkan mana-mana agama akan dikenakan hukuman denda sehingga 25,000 Euro.

9
Dengan penguatkuasaan undang-undang seperti ini masyarakat akan berasa takut untuk
menindas agama lain. Jadi secara langsung kita dapat mengurangkan fenomena
Islamofobia ini dan lama-kelamaan istilah ini juga dapat dihapuskan. Dengan melaksanakan
langkah-langkah tersebut kita dapat menghapuskan isu Islamofobia ini dengan segera.

Kesimpulan

Islamofobia bukannya isu yang baru wujud di dunia ini. Malah, ia telah lama berlaku
di mana-mana negara sahaja. Fahaman negatif seperti ini perlulah dilenyapkan secepat
mungkin sebelum ia mendatangkan impak yang besar kepada dunia. Jika kita tidak
berusaha untuk menghapuskan isu ini maka ia boleh mencetuskan peperangan dalam
kalangan rakyat pada abad ke-21 ini. Seperti yang kita tahu, Islamofobia merupakan satu
propaganda yang sengaja dicipta oleh kumpulan tertentu untuk melihat kemunduran dan
kejatuhan Islam. Fahaman ini sebenarnya boleh dilenyapkan sekiranya umat Islam sendiri
tidak menjadi ejen untuk mempromosikannya. Selain itu, pihak-pihak tertentu seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara Islam, media massa dan
sebagainya perlulah berganding bahu untuk membetulkan persepsi negatif masyarakat
terhadap Islam. Hal ini kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, maka semua
pihak haruslah bersama-sama berusaha untuk mengubah pemikiran negatif masyarakat
sekarang. Dengan ini, kita dapat mewujudkan sesuatu keadaan yang selamat dan selesa
untuk rakyat meneruskan kehidupan mereka terutamanya umat Islam. Pendek kata, dengan
ini kita dapatlah mempertahankan hak-hak mereka supaya tidak berlakunya penindasan dan
diskriminasi terhadap mereka.

10
Bibliografi

Ali A. Mazrui. Islam and Islamophobia: Conflicting Images in a Eurocentric World. Published
in Islamic Political Economy in Capitalist Globalization: An Agenda for Change,
edited by M.A. Choudhury, M.Z. Abdad, and M.S. Salleh. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publications and Penang, Malaysia: International Project on Islamic Political
Economy (IPIPE), Universiti Sains Malaysia, 1997, pp. 91-108.

Allen, C. (2001). Islamophobia in the Media Since September 11th. Working Paper for a
Conference on Exploring Islamophobia, Deepening Our Understanding of Islam and
Muslims. 29th May 2009, University of Westminster, London.

Allen, C. (2007). Islamophobia. London: Ashgate.

Esposito, L. John. and Mogahed, Dalia. (2010). Who Speaks for Islam? What a Billion
Muslims Think. New York: Gallup Press.

Esposito, L. John and Ibrahim Kalin. (2010). Islamophobia: The Challenge of Pluralism in
the 21st Century. Oxford: Oxford University Press.

Hafiz Rahman. (2013). Islamophobia. Diakses pada 10 Februari 2016 daripada


http://mhafizrahman91.blogspot.my/2013/07/islamophobia.html.

Ingrid Ramberg. (2014). Islamophobia and Its Consequences on Yound People. Seminar
Report, Hungary: Council of Europe.

Instead. (2004). Commission on British Muslims and Islamophobia. London: Instead.

Liputan Islam.com. (2015). Islamophobia dan Pesan dari Iran untuk Pemuda Eropa. Diakses
pada 13 Februari 2016 daripada http://liputanislam.com/opini/islamophobia-dan-
pesan-dari-iran-untuk-pemuda-eropa/

Mohd Shukri Hanapi. (2015). Islamofobia Bayangan Kebangkitan Islam. Diakses pada 13
Februari 2016 daripada
https://www.academia.edu/1593863/Islamofobia_Bayangan_Kebangkitan_Islam

Muzammil Quraishi. (1980). Muslims and Crime: A Comparative Study. London: Ashgate.

The First Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2007 to May 2008.

11
The Fourth Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2010 to April 2011.

12

Anda mungkin juga menyukai