Anda di halaman 1dari 23

1.

0 OSHA
1.1 LOGO

1.2 PENGENALAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994
dan bertujuan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua
orang di tempat kerja.Ia telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri
dengan tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan
risiko.Akta ini menyediakan proses perundingan pada peringkat dasar dengan
penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Proses
perundingan juga merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan oleh majikan dan wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan.
1.3 TUJUAN
Untuk memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan orang-orang
yang sedang bekerja.
Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang
-orang yang sedang bekerja).
Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaanyang bersesuaian
dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada
peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta.

1.4 FALSAFAH DAN KONSEP AKTA


Tangungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
terletak di atas mereka yang bekerja dengan bahaya tersebut (pekerja)
dan mereka yang mengujudkan bahaya tersebut (majikan)
Konsep setakat yang PRAKTIK atau MUNASABAH
Peraturan Kendiri atau Pengurusan
Tempat Kerja Sendiri (Self Regulation)
Kerjasama Pekerja (Cooperation) dan,
Perundingan (Consultation)

1
1.5 LOKASI (SKOP PENGGUNAAN)

Merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti
ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta
kecuali :-

Angkatan Tentera
Mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan
Pengilangan
Perlombongan dan Kuari
Pembinaan
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
Perdagangan Borong dan Runcit
Hotel dan Restoran
Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
1.6 PIHAK YANG TERLIBAT

Pihak Yang Bertanggungjawab Peranan


Majikan Bagi komitmen yg tinggi terhadap
pengamalan pengurusan
keselamatan & kesihatan pekerjaan
selaras dengan akta dan peraturan.
Membentuk polisi keselamatan dan
kesihatan
Membuat penyiasatan segera
terhadap kemalangan yang berlaku
Menyediakan peralatan
perlindungan peribadi seperti topi
keledar, sarung tangan dan
sebagainya.
Mengadakan kempen-kempen
kesedaran untuk mengurangkan
kemalangan perlu diadakan dari
semas ake semasa.
Memastikan persekitaran tempat
kerja sentiasa selamat.
Mengadakan sistem pekerjaan yang
selamat.
Membuat prosedur melapor dan
menyiasat kemalangan
Membentuk dan menyediakan
latihan keselamatan.
Memilih pekerja yang cekap
System Insentif. Pekerja atau
jabatan yang boleh mengelakkan
kemalangan di temapt kerja akan

2
diberikan ganjaran.
Bekerjasama dengan pemeriksa-
pemeriksa kerajaan.
Menyediakan pekaian dan peralatan
keselamatan.
Menetapkan kawasan bekerja dan
bukan kawsan kerja.
Mengadakan amaran-amaran yang
jelas seperti AWAS, KAWASAN
LARANGAN, dan DILARANG
MEROKOK
Memberi cuti dan rehat yang
mencukupi kepada pekerja-pekerja
yang memerlukan rehat yang lebih
berbanding orang lain.
Mendapatkan input dari pekerja
tentang masalah mereka
Mendapatkan maklumbalas dari
pekerja setiap kali berlaku
kemalangan.

Pekerja Patuhi segala peraturan dan


prosedur yang berkaitan dengan
pengurusan keselamatan &
kesihatan.
Bekerjasama dengan majikan
Membentuk sikap yang
mementingkan aspek keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja
Segera membuat laporan sekiranya
peralatan dan mesin rosak.
Tidak menggunakan sebarang
peralatan yang rosak yang boleh
membahayakan keselamatan
pekerja.

Kesatuan Sekerja Boleh menyuarakan dan


memperjuangkan hak-hak dalam
aspek pengurusan dan keselamatan
pekerjaan.
Terlibat sebagai wakil pekerja dalam
jawatankuasa keselamatan dan
kesihatan organisasi.
Kerajaan Gubal peraturan dan perundangan.

3
Lakukan penguatkuasaan terhadap
undang2 & peraturan.
Jawatankuasa Keselamatan & Akta Keselamatan dan Kesihatan
Kesihatan Pekerjaan, Seksyen 30 (a)
mewajibkan syarikat-syarikat yang
mempunyai 40 orang atau lebih
pekerja menubuhkan Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab
untuk mengkaji dan mengamalkan
semua langkah yang dapat
memastikan keselamatan dan
kesihatan orang di temapat kerja.

1.7 PROSES PELAKSANAAN

Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan


Kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika :

a. terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat


kerja; atau
b. Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa
sedemikian ditempat kerja

1.7.1 FUNGSI TERPERINCI JAWATANKUASA

1. Membantu dalam pembangunan peraturan dan sistem


2. Membantu dalam pembangunan dan penyemakan program
3. Menjalankan analisis kejadian kemalangan dan statistik
4. Menyemak dan mencadangkan pindaan ke atas Polisi Keselamatan dan
Kesihatan
5. Menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan langkah-langkah kawalan
6. Menjalankan siasatan segera keatas semua kemalangan dan mencadangkan
langkah-langkah pembaikkan
7. Menyiasat semua aduan berhubung dengan tindakan merbahaya dan
mencadangkan langkah-langkah pembaikkan
8. Membantu dalam pembangunan program galakan dan latihan
9. Membincangkan laporan dan perkara yang dikemukakan oleh Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan lain-lain pegawai penguatkuasa
10. Menasihat majikan mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan
dan kesihatan

1.7 KESAN PELAKSANAAN

1. Meningkatkan perundingan dan kerjasama diantara pihak pengurusan


dan pekerja dalam memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja
2. Menyediakan saluran perhubungan dua hala bagi sebaran maklumat
berhubung dengan isu-isu
3. keselamatan dan kesihatan

4
4. Meningkatkan minat dan motivasi semua kumpulan pengurusan dan
pekerja dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

2.0 HACCP

2.1 PENGENALAN

HACCP merupakan singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point


atau Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal. Sistem HACCP ini berperanan
untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada
keselamatan makanan. Dalam bahasa mudahnya - memastikan makanan yang

5
dihasilkan selamat untuk dimakan dan tak menyebabkan bahaya (sakit atau
keracunan)

Sistem HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makanan,


bermula dari penternak atau peladang ke pengilang ke perkidmatan makanan
untuk memastikan keselamatan makanan.

HACCP bukanlah stand alone system. Ia bergantung kepada komitmen pihak


pengurusan sesebuah syarikat dan juga sistem sokongan yang kukuh (pre
requisite program) seperti GMP (Good Manufacturing Practice), GHP (Good
Hygiene Practice) dan beberapa Code Practice yang lain.

2.2 TUJUAN & OBJEKTIF

1. Untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.


2. Untuk memenuhi kehendak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan
Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
3. Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan di negara ini,
memandangkan Sistem HACCP ini akan menjadi satu keperluan
pengeksportan makanan seluruh dunia.

2.3 LOKASI / SKOP PENGGUNAAN

Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis
pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan.
Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen HACCP
dan Pre-requisite Program (PRP) yang terkandung di dalam Malaysian Standard
1480:2007 dan Malaysian Standard MS 1514:2009. Proses pensijilan melibatkan
audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

2.4 PIHAK YANG TERLIBAT

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab melindungi orang


ramai terhadap bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan,
penjualan dan penggunaan makanan.

2.5 PROSES PELAKSANAAN

Syarat Umum:

1. Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui


website http://fosimdomestic.moh.gov.my
2. Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan
3. Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
4. Sistem HACCP dan PRP/GMP perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya
tiga (3) bulan sebelum permohonan.
5. Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang
berkaitan di Malaysia.

Syarat Khusus:

6
Sistem HACCP perlu dibangunkan berdasarkan kepada Malaysian Standard
1480:(Latest Revision).

Sistem PRP / GMP perlu dilaksanakan dan didokumenkan berdasarkan


kepada Malaysian Standard 1514:(Latest Revision).

Manual HACCP perlu didokumenkan dan mengandungi dokumen minima


seperti berikut :

1. Company profile
2. Organization chart
3. Food safety management policy
4. Plant layout
5. HACCP Team & Responsibilities
6. Scope of HACCP Plan
7. Food Safety Objective(s)
8. Product Description & Intended Consumer
9. Process Flow Chart
10. Hazard Analysis Worksheet
11. HACCP Plan Summary
12. Overall Verification Activities & Schedule
13. Summary of Pre-requisite Program

Manual tersebut perlu ditandatangani oleh pengurusan tertinggi yang


mempunyai kuasa Eksekutif.

2.6 KESAN PELAKSANAAN


Mendapat keutamaan dalam permohonan Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport
dengan memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga (3) hari
berbanding 21 hari bagi industri yang tidak mendapat pengiktirafan HACCP
KKM.
Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat
pengiktirafan.
Salah satu keperluan dalam mendapatkan No.EU bagi tujuan pengeksportan
ke EU.
Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan
Bebas, Sijil GMO, Heat Process Meat Certificate dan lain-lain.
Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti
ISO dan HALAL.
Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.

7
3.1 ISO

3.2 PENGENALAN

ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International


Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang
menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab

8
mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia, Institut
Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan
yang bertanggungjawab terhadap siri ini. ISO 9000 pula adalah satu standard
bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu
ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh
sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di
peringkat kebangsaan.

3.3 TUJUAN

Sistem Pengurusan Kualit i ISO memberi penekanan terhadap: Pencegahan


dan bukan mengatasi masalah setelah ia berlaku. Kajian semula yang
berterusan keatas proses-proses yang kritikal dan membuat tindakan
pembetulan Mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip
betul pertama kali dan setiap kali Perlaksaan tugas berdasarkan kepada
prosedur yang didokumenkan; Mementingkan penyimpanan rekod kualiti
untuk membuktikan tindakah yang telah dilaksanakan

3.4 LOKASI / SKOP PENGGUNAAN / PIHAK YANG TERLIBAT

Mana-mana organisasi tanpa mengira saiz

3.5 PROSES PELAKSANAAN

Berikut adalah proses pensijilan untuk suatu organisasi

Mendapatkan konsultansi > Pelaksanaan > Memohon pensijilan > Audit dari
badan pensijilan > Pensijilan jaya jika audit lulus.

Suatu organisasi boleh mendapatkan pensijilan dari lebih dari satu badan
pensijilan. Perkara ini berlaku jika: -

1. Organisasi sudah ada sijil dari Badan A tetapi pelanggan mendesak sijil
dari Badan B.
2. Organisasi ingin memenuhi keperluan pasaran tempatan dengan
mendapat sijil dari badan tempatan seperti SIRIM tetapi juga ingin
kelebihan di pasaran antarabangsa dengan mendapat sijil dari badan
antarabangsa.

3.6 KESAN PELAKSANAAN

QMS akan membantu anda menguruskan perniagaan anda


dengan lebih b aik bagi memenuhi keperluan pelanggan. Ia
dapat menghasilkan produk yang lebih baik, perkhidmatan
pelanggan yang lebih baik, pelanggan yang berpuas hati dan
pesanan yang berterusan
Dengan pelaksanaan sistem yang betul, perniagaan anda
akan menjadi lebih cekap dan produktif, sertaakan

9
mengurangkan kesilapan dan kerja semula, mengurangkan
kos operasi, masa dan penggunaan sumber.
Sistem ini menggalakkan penambahbaikan berterusan, yang
akan memberikan kelebihan saing kepada perniagaan anda
untuk bersaing dalam pasaran manakala bagi mereka yang
telah berjaya, menjadi lebih berjaya dan berdaya tahan.
Sistem ini juga menitikberatkan keperluan sumber manusia
yang akan turut meningkatkan moral dan komitmen
kakitangan.
Mematuhi standard memberikan anda pengiktirafan untuk
kelebihan saing.
Semua yang di atas akan meningkatkan keberuntungan.

4.1 5S

4.2 PENGENALAN

Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara


Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat
pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja
berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan

10
menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha
penambahbaikan yang berterusan.

Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan


tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama
syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan
Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah
mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC).

4.3 TUJUAN

Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang


dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah
tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan S yang
bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang
diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih,
Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan


budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai
Kaizen dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan
secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang
berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan
dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota
dalam organisasi.

Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang


berkesan kerana:

1. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;


2. Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
3. Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk
penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
4. Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan
prestasi kerja yang lebih baik;
5. Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;
6. Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
7. Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.

4.4 LOKASI / SKOP PENGGUNAAN

Syarikat swasta
Bangunan awam
Pejabat-pejabat awam
Jabatan kerajaan
Institut Pengajian
4.5 PIHAK YANG TERLIBAT

Semua warga di dalam organisasi

11
4.6 PROSES PELAKSANAAN

i. Peringkat Pertama (Persediaan)

Peringkat ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti:

a. Menubuhkan Jawatankuasa Amalan 5S yang dipengerusikan oleh


Pengarah KKKB.
b. Menyediakan Pelan Tindakan Amalan 5S meliputi aktiviti gotong royong,
ceramah kesedaran dan aktiviti 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan
sentiasa Amal).
c. Menyenaraikan bidang tugas Jawatankuasa.
d. Menetapkan pembahagian zon dengan merujuk pelan lokasi dan pelan
lantai KKKB.
e. Menetapkan hala tuju, polisi, matlamat, objektif dan slogan 5S.
f. Mendapatkan komitmen sepenuhnya Pengurusan Atasan terhadap
pelaksanaan Amalan 5S.
g. Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan.

ii. Peringkat Kedua (Pelancaran)

Peringkat ini melibatkan aktiviti-aktiviti seperti:

a. Mempromosikan Amalan 5S melalui poster, risalah, buletin, banting


dan sebagainya.
b. Menghebahkan carta pelaksanaan Amalan 5S, peta kawasan/zon dan
bidang tugas serta tanggungjawab pegawai dan kakitangan..
c. Pelancaran Amalan 5S dan mempraktiskannya.
d. Mengadakan sesi taklimat kepada semua staf.
e. Menerangkan objektif Amalan 5S kepada pegawai dan kakitangan.
f. Menyebarkan metodologi 5S melalui program-program latihan dan
kesedaran.
g. Menghasilkan garis panduan Amalan 5S.
h. Memberi penghargaan kepada pekerja yang telah menunjukkan
prestasi yang baik dari aspek
i. Amalan 5S. Ini akan memupuk sikap bertanggungjawab,
meningkatkan kebanggaan terhadap tempat kerja dan
menganggapnya sebagai keupayaan diri sendiri.
j. Mengadakan lawatan penandaarasan (benchmaking) ke agensi yang
telah mendapat pensijilan untuk tujuan pendedahan.

iii. Peringkat Ketiga (Pelaksanaan)

Peringkat ini melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:

a. Merujuk garis panduan Amalan 5S.


b. 12 Warga Komited Persekitaran Kondusif
c. Pelaksanaan Amalan 5S secara berperingkat mengikut zon-zon yang
telah ditetapkan.
d. Menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk aktiviti gotong-
royong.
e. Melaksanakan gotong-royong secara berkala (melibatkan semua
kakitangan, para pelajar serta pekerja pembekal perkhidmatan
kebersihan dan keselamatan).

12
f. Melaksanakan aktiviti SISIH seperti berikut:
g. -menyediakan kaedah membuang seperti Kad Pelupusan
h. -mengenalpasti barang/dokumen yang tidak sesuai untuk digunakan lagi.
i. Melaksanakan SISIH dan SAPU setiap hari dengan melakukan aktiviti-
aktiviti seperti berikut:
j. -Memastikan pembekal perkhidmatan kebersihan menyediakan jadual
pembersihan secara
k. sistematik.
l. Melaksanakan SERAGAM dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti
berikut:
m. -memastikan barang/dokumen yang telah melalui proses sisih dan sapu
kemudiannya disusun dengan kemas dan teratur
n. -melabelkan barang/dokumen mengikut kod nombor atau warna yang
bersesuaian
o. -menetapkan susunan barang/dokumen yang bersesuaian mengikut cara
yang menampakkan kekemasan dan keseragaman.

iv. Peringkat Keempat (Audit)

Peringkat ini melibatkan kerja-kerja auditan secara berkala yang


membabitkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

a. menubuhkan pasukan Audit Dalaman Amalan 5S.


b. menyediakan Pelan Tindakan Audit Dalaman dan Audit Luar.
c. mewujudkan kriteria pengauditan dalaman yang bersesuaian dengan
kehendak persijilan.
d. merancang dan melaksanakan aktiviti penambahbaikan Amalan 5S.
e. mengadakan lawatan audit secara berkala berdasarkan ukuran
penjagaan kebersihan tertentu.

v. Peringkat Kelima (Pengiktirafan)

Peringkat ini memberi fokus terhadap usaha mendapatkan


pengiktirafan/pensijilan daripada institusi yang berkelayakan . Aktiviti-aktiviti
yang terlibat ialah:

a. mewujudkan sistem penghargaan kepada para pekerja yang telah


menunjukkan perubahanperubahan
b. penting untuk memupuk sikap tanggungjawab yang lebih tinggi,
meningkatkan
c. kebanggaan terhadap tempat kerja dan menganggapnya sebagai
keupayaan diri sendiri.
d. pemberian pengiktirafan Amalan 5S secara berkala kepada zon terbaik.
e. mendapatkan pensijilan daripada agensi yang terlibat contohnya MPC
atau MAMPU

4.7 KESAN PELAKSANAAN

i. Penjimatan kos:

a. Penjimatan penggunaan inventori.


b. Menghalang kerosakan ke atas inventori.
c. Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan.

13
d. Mempercepatkan proses pencarian dan pengesanan dalam sesuatu urusan
kerja.

ii. Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:

a. Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja.


b. Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan
mentah/proses.
c. Mempermudahkan kawalan dan penyelenggaraan.

iii. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:

Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatan


dan kemudahankemudahan yang digunapakai.

a. Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatan


dan kemudahankemudahan.
b. Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan
kemudahankemudahan.

iv. Jaminan kualiti:

a. Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan.


b. Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas
dan selamat.
c. Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.

v. Meningkatkan tahap keselamatan di persekitaran tempat kerja

a. Menghapuskan keadaan yang merbahaya.


b. Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja.
c. Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan
kemalangan.
d. Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian.
e. Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

vi. Meningkatkan motivasi pekerja:

a. Perhubungan yang baik antara anggota.


b. Membentuk disiplin yang tinggi.
c. Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan

14
5.1 GMP

5.2 PENGENALAN

Garis panduan ini memberikan panduan mengenai prosedur permohonan


sijil Good Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka
kepada semua jenis pengusaha premis makanan samada pemprosesan,
pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran makanan. Pemohon
hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen GMP yang
terkandung di dalam buku Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang
Baik. Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan
pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan (BKKM).

15
Skim pensijilan ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas
premis makanan yang melaksanakan GMP. Pengiktirafan ini akan
meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan
membantu industri dalam meluaskan pasaran mereka.

5.3 TUJUAN

Memberi pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang telah berjaya


melaksana dan mengamalkan semua kriteria skim pensijilan GMP.

5.4 LOKASI / SKOP PENGGUNAAN

Garis panduan ini boleh digunakan oleh semua jenis pengusaha premis
makanan samada pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan
pengedaran makanan di Malaysia.

5.5 PIHAK YANG TERLIBAT

Jawatankuasa Pensijilan GMP yang dipengerusikan oleh Pengarah


BKKM, bertanggungjawab untuk menilai laporan pengauditan bagi tujuan
meluluskan setiap permohonan.

Jawatankuasa Pensijilan GMP akan mengadakan mesyuarat sekurang-


kurangnya sekali dalam sebulan atau lebih kerap (jika perlu).

Jawatankuasa berhak membatalkan kelulusan sekiranya pemohon tidak


mengemukakan BAYARAN PENSIJILAN dalam tempoh tiga (3) bulan
daripada tarikh surat pemberitahuan.

5.6 PROSES PELAKSANAAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang SGMP1 -


1/06. (rujuk Lampiran 2).

Borang ini boleh diperolehi daripada:

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,


Kementerian Kesihatan Malaysia, atau
Jabatan Kesihatan Negeri seperti di Lampiran 5.

Borang permohonan SGMP1-1/06 yang lengkap hendaklah dikemukakan


bersama- sama dua (2) salinan manual GMP dan bayaran pemprosesan
sebanyak RM130.00 (Ringgit Malaysia: Seratus dan Tiga Puluh Ringgit
Sahaja) ke alamat berikut:

Pengarah

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

16
Aras 3, Blok E7, Kompleks E, Presint 1

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya.

Bayaran

Pemohon perlu mengemukakan bayaran seperti di Lampiran 3 dalam dua


(2) peringkat iaitu bayaran pemprosesan dan bayaran pensijilan. Bayaran
pemprosesan perlu dikemukakan semasa permohonan manakala
bayaran pensijilan dikemukakan setelah makluman keperluan bayaran
untuk mendapatkan sijil pengiktirafan diberikan Bayaran pemprosesan
dan pensiijilan hendaklah dibayar atas nama Ketua Setiausaha,
Kementerian

Kesihatan Malaysia melalui bank draf, kiriman wang atau wang pos dan
bayaran tidak akan dikembalikan.

5.7 KESAN PELAKSANAAN


Meningkatkan taraf industri makanan terutama industri kecil dan sederhana supaya
mampu berdaya saing di peringkat global/antarabangsa melalui pengiktirafan yang
diberikan.
Memudahkan industri mendapat pengiktirafan dalam berurusan dengan agensi
kewangan dalam urusan insentif atau bantuan kewangan.
Memastikan industri mematuhi piawaian di peringkat domestik dan luar negara.
Meningkatkan pasaran dan keyakinan pengguna terhadap produk melalui pengguna
logo GMP pada label produk makanan.
Meningkatkan kredibiliti dan imej industri makanan.
Memberi kemudahan dalam mendapatkan Sijil Kesihatan sijil-sijil eksport yang lain.

17
6.0 HALAL

6.1 PENGENALAN

Halal berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang
bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah seperti
berikut:

a. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai


halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk
menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan

18
atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti
makanan atau barang-barang itu
i. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi
apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang
Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk
memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum
Syarak dan Fatwa;
ii. tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut
Hukum Syarak dan Fatwa;
iii. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
iv. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota
manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan
oleh Hukum Syarak dan Fatwa;
v. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;
vi. tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-
apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak
dan Fatwa; dan g. tidaklah dalam masa menyediakan,
memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur
atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal
memenuhi subsub perenggan (a) dan (b).

b. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau


barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan
dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan
itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti
perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-
barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.
nbv

6.2 TUJUAN

Pada umumnya penggunaan logo dan sistem pensijilan ini semata-


mata untuk kelompok pengguna Melayu Muslim di negara ini bagi
memudahkan mereka membuat pilihan barangan tanpa ragu-ragu di
pasaran. Sebaliknya setelah diperkenalkan hampir sepuluh tahun,
sambutan kehadirannya amat mengejutkan. Perkataan halal hari ini
bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim.

Golongan peniaga yang rata-ratanya dipegang oleh etnik China mula


sedar kepentingan halal dan menuntut supaya produk barangan
mereka diberikan pengesahan halal sedangkan mereka majoritinya
bukan penganut Islam.

Golongan pengeluar telah meletakkan nilai label halal pada barangan


mereka lebih mahal dan bernilai berbanding produk yang dikeluarkan.
Kadangkala tanpa label halal rasmi yang dikeluarkan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia atau Jabatan/Majlis Agama Islam mereka
menganggap sukar memasarkan produk, malah dalam keadaan
tertentu pengguna akan mempertikaikannya.

19
Sebenarnya, di antara kepentingan peniaga dan jaminan kepada
pengguna, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan
Agama Islam negeri mengawalnya berdasarkan tuntutan syarak. Oleh
itu tidak semua permintaan pengusaha yang memohon penggunaan
logo dan sijil halal dapat dipenuhi.

Produk asli yang tidak melalui proses produksi seperti rempah-ratus,


air mutlak, buah-buahan dan ikan adalah tidak perlu kepada pensijilan
halal. Ringkasnya kesemua bahan asli yang tidak melalui proses
pengubahsuaian, penambahan dan pemeraman adalah bahan yang
tidak tersenarai bagi permohonan halal.

Sebagai jaminan keselamatan pengguna, logo halal tidak dibenarkan


dicetak pada bahan gunaan yang berisiko seperti bahan cecair
pencuci dan sijil halal hanya dikeluarkan kepada pemohon sahaja.

Jakim sebagai badan penyelaras pensijilan halal Malaysia telah


memperkenalkan logo halal baru yang standard di seluruh negara.
Logo standard ini menjawab terhadap segala persoalan dan
kekeliruan yang seringkali timbul oleh orang ramai, memandangkan
setiap jabatan agama Islam negeri-negeri mengeluarkan logo halal
masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri.

Tujuan utama pengenalan logo ini ialah untuk penyelarasan, di


samping strategi untuk menghapuskan penggunaan logo halal palsu
seperti BAHIES dan sebarang pelabelan halal yang tidak disahkan
oleh mana-mana pihak berautoriti Islam negara ini.

Label halal yang banyak digunakan oleh pihak premis tanpa


pengesahan rasmi Jakim tidak boleh dipertanggungjawabkan
sungguhpun penggunaannya tiada sekatan dari segi perundangan.
Kesemuanya ini dimulakan di Malaysia dan tidak negara Islam lain.

6.3 LOKASI / SKOP PENGGUNAAN

1. Produk Makanan/ Minuman/ Makanan Suplemen;


2. Premis Makanan/ Hotel;
3. Barang Gunaan;
4. Kosmetik dan Dandanan Diri;
5. Rumah Sembelih;
6. Farmaseutikal; dan
7. Logistik.

6.4 PIHAK YANG TERLIBAT

Pihak Berkuasa Berwibawa Pihak Berkuasa Berwibawa bermaksud


pihak berkuasa JAKIM, JAIN/ MAIN atau mana satu yang berkenaan.

Pegawai Pemeriksa

20
Pegawai Pemeriksa bermaksud:

Pegawai Audit; dan iaitu pegawai yang kompeten dan diberi


kuasa untuk menjalankan pengauditan bagi tujuan verifikasi
maklumat Pensijilan Halal Malaysia.
Pegawai Penguatkuasa. iaitu pegawai yang diberi kuasa di
bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi penguatkuasaan
perihal dagangan Halal.

6.5 PROSES PELAKSANAAN


Semua permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia hendaklah
dibuat
secara online melalui sistem MYeHALAL di www.halal.gov.my;

Dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada JAKIM/ JAIN


setelah borang permohonan dihantar secara online;

Bagi permohonan pembaharuan, hendaklah dikemukakan selewat


lewatnyatiga bulan sebelum tamat tempoh Sijil Pengesahan Halal;

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak oleh sistem MYeHALAL


secara automatik;

Permohonan yang lengkap akan menerima surat bayaran caj


perkhidmatan pensijilan;

Permohonan bagi restoran berangkai/ francais akan diuruskan oleh


JAKIM;

Permohonan yang layak mengikut skim:

i. Produk Makanan/ Minuman/ Makanan Supplemen


a. Pengeluar/ Pengilang Produk (manufacturer/ producer);
b. Pengilangan Kontrak (Original Equipment Manufacturer);
c. Pengusaha Pembungkusan Semula (repacker); dan
d. Dapur Berpusat (Central Kitchen).
ii. Premis Makanan
a. Restoran/ Kantin/ Kafe;
b. Restoran Berangkai;
c. Restoran Francais;

21
d. Hotel (Dapur/ Restoran);
e. Kafeteria Beroperasi di Medan Selera
i. (Pengurusan Selera Berpusat)
f. Kiosk;
g. Katering/ Khidmat Penyajian Makanan/ Dapur Pusat
i. Konvensyen/ Dapur Berpusat;
h. Premis Bergerak (Yang Mempunyai Pengurusan/
Dapur Berpusat
i. Sahaja); dan
i. Kedai Bakeri/ Kek/ Pastri

iii. Barang Gunaan


a. Pengeluar/Pengilang Produk (manufacturer/ producer);
b. Pengilangan Kontrak (original equipment
manufacturer); dan
c. Pengusaha Pembungkusan Semula (repacker).
iv. Kosmetik dan Dandanan Diri
a. Pengeluar/Pengilang Produk (manufacturer/ producer);
b. Pengilangan Kontrak (original equipment
manufacturer); dan
c. Pengusaha Pembungkusan Semula (repacker).
v. Farmaseutikal
a. Pengeluar/Pengilang Produk (manufacturer/ producer);
b. Pengilangan Kontrak (original equipment
manufacturer); dan
c. Pengusaha Pembungkusan Semula (repacker).
vi. Logistik
a. Syarikat Perkhidmatan Penggudangan; dan
b. Syarikat Perkhidmatan Pengangkutan.
vii. Rumah Sembelih
a. Rumah Sembelih Unggas; dan
b. Rumah Sembelih Ruminan.

6.5 KESAN PELAKSANAAN

Menambah Keyakinan Pengguna

Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau


perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana telah mematuhi
piawaian kebersihan dan peraturan Islam melalui "Garis Panduan" yang
ditetapkan.

Satu Sumbangan Sosial Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan Logo Halal
ini dilihat sebagai satu sumbangan sosial untuk menyediakan makanan
bersih lagi suci kepada masyarakat Malaysia. Pada masa yang sama,
Pengusaha Islam telah menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah kepada
umat Islam khasnya dalam penyediaan makanan halal.

Memudahkan Pemantauan Dengan Penggunaan Sijil Pengesahan Halal dan


Logo Halal ini, syarikat dan premis makanan akan sentiasa mematuhi "Garis
Panduan" yang ditetapkan. Mereka juga akan mendapat nasihat dan

22
kepakaran dari pihak berkuasa agama berkaitan kebersihan, kesucian dan
menepati piawaian dunia dan peraturan Islam.

Peningkatan Produktiviti dan Laba Keuntungan Penggunaan Sijil


Pengesahan Halal dan Logo Halal ini akan meningkatkan produktiviti syarikat
kerana logo ini telah dikenali dan sinonim dengan masyarakat Islam yang
menjadi pengguna majoriti di Malaysia. Laba keuntungan akan bertambah
melalui tarikan jual beli pengguna yang telah yakin dengan produk /
perkhidmatan yang mempunyai Logo Halal.

23

Anda mungkin juga menyukai