Anda di halaman 1dari 10

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Kemampuan jantung dan sistem salur darah membekalkan oksigen kepada otot secara
berterusan semasa melakukan aktiviti juga dikenali sebagai
A kekuatan otot
B daya tahan otot
C komposisi badan
D daya tahan kardiovaskular

2. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang membekalkan
oksigen kepada otot secara berterusan?
A Ginjal
B Hidung
C Jantung
D Paru-paru

3. Aktiviti kekuatan otot adalah bersifat


A aerobik
B kalistenik
C anaerobik
D senamrobik

4. Aktiviti kekuatan otot adalah bersifat


A aerobik
B kalistenik
C anaerobik
D senamrobik

5. Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kemahiran
motor?
A Kelajuan
B Kelenturan
C Daya Tahan Otot
D Daya Tahan Kardiovaskular

6. Antara yang berikut manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?
A Kelajuan
B Ketangkasan
C Daya Tahan Otot
D Masa Tindak Balas

7. Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan aktiviti.
A sebelum
B semasa
C selepas
D sepanjang

8. Tekan tubi dan bangkit tubi adalah aktiviti yang dilakukan untuk membina
A kelenturan
B ketangkasan
C daya tahan otot

1
D daya tahan kardiovaskular

9. Manakah yang berikut adalah aktiviti bersifat aerobik?


I Berlari sejauh 10 km
II Lari pecut 100 meter
III Menari selama 10 minit
IV Berjalan pantas selama 1 minit

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Tujuan menyejukkan badan selepas tamat sesuatu aktiviti permainan adalah untuk
A menghilangkan rasa jemu
B mengelakkan kecederaan otot
C mengelakkan pengumpulan asid laktik
D menurunkan suhu badan dan denyutan jantung kepada normal

11. Latihan memanaskan badan bertujuan untuk


A menaikkan suhu badan
B mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
C meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan
D semua di atas

12. Apakah yang dimaksudkan dengan latihan litar?


A latihan bersistem
B latihan berstesen
C latihan aktiviti
D latihan tekan tubi

13. Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan kecederaan dalam aktiviti sukan kecuali
A mengikut peraturan
B memanaskan badan
C memakai pakaian yang sesuai
D bersenam tanpa melakukan aktiviti regangan

14. Latihan Fartlek boleh dilakukan di kawasan berikut


I hutan
II padang

2
III tepi pantai
IV taman rekreasi

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D II, III dan IV

15. Kadar nadi rehat seseorang adalah bilangan denyutan nadi yang diambil
pada bahagian
I dada
II leher
III karotid arteri
IV pergelangan tangan

A I dan III
B III dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

16. _________ ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi semasa senaman,
latihan atau kerja yang dilakukan.
A Daya tahan otot
B Kelenturan
C Daya tahan kardiovaskular
D Kekuatan otot

3
Rajah 1
17. Aktiviti ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan
A kuasa
B imbangan
C kepantasan
D kekuatan otot

18. Aktiviti bebanan dilakukan dengan menambah berat beban dari semasa ke semasa bertujuan
untuk meningkatkan
A ketangkasan
B kekuatan otot
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

Rajah 2

19. Aktiviti ini dilakukan dengan menambah jarak dan ulangan sesuai untuk meningkatkan
A ketangkasan
B kekuatan otot
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

20. Manakah merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?


A Kelajuan dan kuasa
B Kekuatan otot dan kelajuan
C Daya tahan otot dan kelenturan

4
D Daya tahan kardiovaskular dan kuasa

21. Berikut merupakan aspek keselamatan selepas melakukan aktiviti pendidikan jasmani.
I Memanaskan badan
II Menyejukkan badan
III Mengumpulkan semua bahan yang telah digunakan
IV Menyimpan semua peralatan di tempat yang selamat

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

22. Lari setempat dengan kedudukan lutut tinggi aras dada merupakan salah satu aktiviti yang
bertujuan untuk meningkatkan
A kuasa
B kelajuan
C kekuatan
D daya tahan otot
23. Nyatakan kategori bentuk badan manusia.
I actomorf
II endomorf
III mesomorf
IV undermorf

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

24. Tubuh badan manusia terdiri daripada otot


I licin
II kardiak
III rangka
IV badan

5
A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

25. Dr. M. Jegathesan (1962) dan Rabuan Pit (1982) merupakan dua nama yang telah
mengharumkan nama Malaysia. Apakah sumbangan mereka kepada negara?
A Pelari marathon kebangsaan.
B Pelari pecut 100m Sukan Olimpik.
C Raja Pecut 100m pingat emas Sukan Asia.
D Pemenang pingat emas 400m Sukan Asia.

Aktiviti X
Bicep curl Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3
Intensiti latihan 10 kg 12 kg 14 kg
Ulangan 6 5 4
Set 3 3 3

Jadual 1
26. Jadual aktiviti bicep curl mengikut intensiti latihan, ulangan dan set seperti di atas bertujuan untuk
meningkatkan ________ atlet.
A kuasa
B imbangan
C daya tahan otot
D kekuatan otot

27. Antara berikut yang manakah merupakan contoh aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan
daya tahan otot bahagian kaki?
I Joging
II Ketinting
III Turun naik bangku
IV Lompat diri menegak

6
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

28. Pelari pecut, pelontar peluru atau perejam lembing memerlukan _________ ketika melakukan
larian, balingan atau rejaman
dengan kencang dan berkesan.
A kuasa
B kelajuan
C kekuatan
D daya tahan otot

29. Apakah faedah latihan skiping yang dilakukan selama 15 minit tiga kali seminggu?
A Meningkatkan kecekapan sistem oksigen.
B Meningkatkan kecekapan sistem pernafasan.
C Meningkatkan kecekapan peredaran darah.
D Meningkatkan kecekapan sistem jantung dan membekalkan darah ke seluruh badan.

30. Komponen penting semasa membuat latihan isokinetik ialah


I tidak melibatkan pergerakan sendi
II saiz dan pemanjangan otot tidak berubah
III melibatkan pergerakan sendi secara terkawal
IV melibatkan pemanjangan dan penguncupan otot secara sekata

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

31. Apakah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi ?
A Melontar peluru

7
B Melempar cakera

C Merejam lembing

D Melontar tukul besi

32. Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. Apakah jenis gaya peganganlembing
tersebut ?
A Gaya Polish
B Gaya Finnish28
C Gaya Amerika
D Gaya Pegangan-U

33. Merokok boleh meningkatkan risiko menghidapi penyakit


I lelah atau asma
II kanser paru-paru .
III batuk kering
V kanser payu dara

A I dan II
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

34. Penagih arak atau alkohol mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit...
I gastrik
II barah hati
III penyakit buah pinggang
IV penyakit lemah jantung

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

35. Darah lambat membeku jika kita terluka disebabkan kekurangan ...
A vitamin A
B vitamin D
C vitamin E
D vitamin K

36. Antara yang berikut bukan tabiat makan yang sihat.


A Minum susu tinggi kalsium dan rendah lemak.
B Membuang lemak daripada daging sebelum dimasak .
C Mengelak daripada memakan makanan yang manis serta berlemak.
D Mengelak daripada memakan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

8
37. Antara yang berikut, apakah cara-cara untuk mengatasi masalah stres?
I mengasingkan diri
II makan ubat penenang
III berehat dengan secukupnya
IV rujuk masalah kepada kaunselor

A I dan II
B I, II dan III
C III dan IV
D I, II, III dan IV

38. Eustres sering dikaitkan dengan peristiwa seperti ...


A perceraian ibu bapa
B kematian ahli keluarga
C pergaduhan dengan rakan
D berjaya dalam peperiksaan

39. Di antara berikut, manakah bukan merupakan sejenis dadah?


I Ganja
II Kokain
III Kanabis
IV Tembakau

A I dan II .
B II dan III
C IV sahaja
D I, II dan IV

40. Kesan pengambilan dadah ke atas tubuh badan adalah seperti yang berikut kecuali
A menyebabkan ketagihan
B meningkatkan keyakinan diri
C mengganggu sistem otak dan saraf
D memudahkan tubuh mendapat penyakit

9
10

Anda mungkin juga menyukai