Anda di halaman 1dari 13

Konsep Kursus Kelestarian Program LINUS dalam Arus Perdana

Pengenalan

Kursus Kelestarian Program LINUS dalam Arus Perdana ini diadakan bertujuan untuk
membantu murid-murid yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam Arus Perdana akibat
terlalu lambat menguasai Literasi dan serentak dengan itu tidak menguasai isi
kandungan pembelajaran dalam Arus Perdana dalam Sistem KBSR atau KSSR

Beberpa langkah telah diambil sebagai tindak susul dari laporan Deloitte
(PEMANDU, Laporan Check LINUS, 2011).

Pengurusan murid dan


Cabaran Persekitaran yang
lebih baik

Kenyataaan laporan Deloitte bahawa keperluan minimum untuk murid ke Arus


Perdana tidak menunjukkan indaktor yang boleh disandarkan untuk Literasi Sebenar.
Adakah kenyataan ini benar?
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR (Kementerian
Pelajaran Malaysia,2003)Pelajaran Kurikulum Berserpadu Sekolah Rendah
(KBSR):

Terangkum dalam Sistem Bahasa (m.s 5), Sistem Bahasa dan Morfologi (m.s 13,
14), Sintaksis m.s 15), Sistem Ejaan (m.s 16), Sebutan dan Intonasi (m. s 17)
dan kosa kata (m.s 18)

Diperkukuhkan dalam Kemahiran Membaca (m.s 9)

Dimantapkan dalam Kemahiran Menulis (m.s 11)

Semua aspek di atas disepadukan dalam KBSR keseluruhan dan tidak terpisah

Aspek yang ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah jelas


telah menjadi asas kepada isi kandungan Literasi dalam program LINUS dan
kemudiannya Lembaga Peperiksaan telah membentuk dalam bentuk konstruk yang
perlu dikuasai oleh murid tahap 1 sekolah rendah.

Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Draf (2011) pula


aspekLiterasi dalam:

Objektif (ii)mendengar , memahami bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat
dengan betul (m.s 5)

Pendekatan Modular 4.3.2 Modul Kemahiran Membaca (m.s 5)

Pendekatan 4.3.3 Modul Kemahiran Menulis (m.s 5)

Sistem Bahasa Morfologi-merujuk pola suku kata (m.s 6), Sintaksis (m.s 7)4.4.3 Sistem
ejaan 4.4.4 Sebutan dan intonasi, Kosa Kata (m.s 8 )

Namun demikian terdapat segelintir murid LINUS dalam Literasi (3%) yang tidak
dapat menguasai Literasi dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah apabila berada di
Arus Perdana (berdasarkan selisih antara saraingan khas dan saringan 6 (97-94%).
Faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini ialah:

Murid tidak melalui proses bersepadu dalam Program LINUS dan KBSR atau KSSR.

Guru tidak mengenali kelemahan sebenar murid.

Guru tidak menggerakkan garis kontimum punca kelemahan dengan sukatan (KBSR)
atau modular (KSSR) semasa.

Guru gagal menggunakan Pendekatan Pelbagai Aras


APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN MURID KUASAI LITERASI
TANPA MENINGGALKAN KBSR DAN KSSR

Kenal pasti kelamahan murid. Laksana Task Analysis (RPI).

Pastikan tajuk dan objektif dalam Sukatan Pelajaran (KBSR) Standard


Pembelajaran (KSSR)
Utamakan sukatan KBSR atau Standard Pembelajaran KSSR
Sesuaikan antara kelemahan murid LINUS (Konstuk berapa) dan sukatan KBSR
atau Standard Pembelajaran KSSR
Bina Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
Kaji berdasarkan task analysis sebelum membina Rancangan Pengajaran
Tahunan atau Rancangan Pengajaran Individu

Contoh Situasi

Situasi Kelas
Terdapat 30 orang murid Arus Perdana.
5 orang murid LINUS
Murid A: Literasi pada konstruk 3 (Suku kata Terbuka)
Murid B: Literasi pada konstruk 7 (Diftong)
Murid C: Literassi pada konstruk 9 (Imbuhan Awalan dan Akhiran)
Mudid D: Literassi pada konstruk 10 (Ayat Tunggal)
Murid E:Literassi pada konstruk 12 (Ayat Majmuk)
Berikut adalah cadangan task analysis murid LINUS dalam Arus Perdana atau
murid LINUS yang dijar dalam kelas LINUS:

HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN LINUS


(Mendengar dan Bertutur
1.0 Berbual dengan keluarga. 1.1,2.1 Membaca dan memahami
rakan sebaya dan pihak lain serta menulis perkataan yang
dalam situasi formal dan tidak mengandungi suku kata terbuka
formal KV+KV.
1.1 Berbual tentang sesuatu 1.2 Membaca dan memahami serta
perkara berkaitan kehidupan menulis perkataan yang
seharian dengan menggunakn kata, mengandungi suku kata terbuka
ungkapan , ayat, sebutan, intonasi KV+KV+KV.
dan nada yang sesuai
1.2 Bertanya dan menjawab 1.3 Membaca dan memahami serta
tentang sesuatu perkara secara menulis perkataan yang
bertatasusila mengandungi suku kata terbuka
V+KV.
1.3 Memberikan dan memahami 1.4 Membaca dan memahami serta
arahan serta pesanan tentang menulis perkataan yang
sesuatu perkara mengandungi gabungan suku kata
tertutup dan terbuka KVK+KV
1.4 Menyatakan permintaan secara 1.5 Membaca dan memahami serta
berterus terang dan meyakinkan menulis perkataan yang
dengan menggunakan intonasi dan mengandungi gabungan suku kata
unsur paralinguistik yang sesuai tertutup dan terbuka KVKK+KV.
untuk menguatkan permintaan

Begitu juga dalam pelaksanaan yang berdasarkan Dokumen Standard KSSR,


Standard Pembelajaran disesuaikan dengan kemahiran Literasi atau Numerasi dalam
program LINUS dengan menentukannya berdasarkan task analysis yang dirangka.

Beberapa pertimbangan perlu diperhatikan dalam membuat task analysis untuk


murid LINUS :
1. Pastikan keupayaan murid LINUS dalam kedua-dua aspek sama ada aspek
keupayaan murid LINUS menguasai Literasi atau Numerasi
2. Pastikan kemahiran Literasi dan Numerasi disusun supaya dapat dikuasai
sebelum saringan berikutnya.
3. Pastikan murid Perdana dan murid LINUS berupaya untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sama ada berdasarkan
Kurikulum KBSR atau KSSR
4. Pastikan pengajaran dan pembelajaran pelbagai aras berlaku.
5. Sistem KBSR yang mengelompokkan murid dalam kelompok
cemerlang,sederhana dan lemah digunakan dalam kelas gabungan.
6. Aktiviti yang menekankan pengayaan dan pemulihan dalam sistem KBSR
digunakan untuk melaksanakan pengaajran dan pembelajaran.
7. Rancangan Pengajaran Harian dirangka supaya aktiviti bagi Literasi dan
Kurikulum sedia ada dapat dilaksana dan dirancang dengan teliti,

Rancangan Pengajaran Harian

Bagi memastikan proses penyelarasan program LINUS dan Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), kita perlu merancang dan melaksana kedua-dua aspek ini dalam pengajaran
dan pembelajaran .

Rancangan Pengajaran Harian ini perlu dirancang setelah dikaji Task Analysis
murid LINUS dan setelah disusun Rancangan Pengajaran Tahunan. Peringatan :

Rancangan Pengajaran Tahunan Program LINUS mestilah disesuaiakan


dalam tempoh sehingga saringan berikutnya. Sementara KBSR atau KSSR
dalam tempoh satu tahun.Lakukan task analysis terlebih dahulu

Berikut adalah contoh RPH untuk KSSR. Perhatikan bagaimana kedua-dua


aspek diberi penekanan dalam kelas berkenaan.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan


Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari
Kelas
Tema/Tajuk Kebudayaan - Makanan Kita
Masa 7.30 8.30 pagi
Standard
1.4.4 / Literasi: 3.2
Pembelajaran
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
Pembelajaran i Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul.
ii Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasi
yang betul secara bertatasusila.
Aktiviti 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar
daripada dialog.
2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli.
3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayat
permintaan berdasarkan situasi.
4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid
powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau
lembaran kerja.
Akitiviti Literasi
1. Menyebut dan memahami frasa yang mengandungi suku
kata terbuka dan tertutup yang terdapat dalam ayat
permintaan berdasarkan dialog.
EMK Nilai Murni berbudi bahasa, jujur
Keusahawanan sikap dan pemikiran keusahawanan
TMK belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar Radio/komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad
gambar, lembaran kerja
Penilaian Pengajaran Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar
dan Pembelajaran situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan.
Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.
5 dari 6 orang murid menguasai Literasi
Seorang murid Literasi akan diberi bimbingan

NUMERASI
Nemerasi pula memeri penekanan kepada Bahasa Murid dalam Numerasi

OBJEKTIF :

1) MENGATASI MASALAH TEKANAN GURU YANG MENGAJAR LINUS DENGAN


MEMBERI MOTIVASI KEPADA GURU TAHUN 3 YANG MENGAJAR
MATAPELAJARAN MATEMATIK

2) MENJADIKAN CONTOH PELAKSANAAN LINUS TAHUN 3 YANG BERKESAN

3) PERKONGSIAN DAN PERCAMBAHAN IDEA UNTUK MELESTARIKAN P&P


LINUS

4) PERKAITAN ANTARA KEMAHIRAN KONTRUK 10,11,12 LINUS DENGAN


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TEKANKAN GURU SUPAYA MURID
MENAAKUL DAN PENGGUNAAN BAHASA HARIAN DALAM P&P MATEMATIK

5) MEMBERI PENDEDAHAN APLIKASI ICT DI DALAM P&P , FOKUS KEPADA


KONSTRUK 10,11 DAN 12. (PENGENALAN KEPADA EDUWEB TV)

6) MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG PENGURUSAN MURID YANG BARU


MELEPASI SARINGAN LINUS

7) MEMBUAT KAJIAN LAPANGAN DISEKOLAH UNTUK MENCUBA


PENDEKATAN YANG TELAH DIPELAJARI.

8) MERUMUS HASIL DAPATAN KURSUS DAN DAPATAN DARIPADA KAJIAN


LAPANGAN DI SEKOLAH TERPILIH.

JUSTIFIKASI KEPADA PENDEKATAN BAHASA MURID:

1. SELARAS DENGAN HASRAT UNTUK MENGATASI KELEMAHAN MURID


MENGUASAI KONSTRUK 10, 11 DAN KONSTRUK 12.

2. PENYEDIAAN BAHAN YANG MUDAH DAPAT DAN SENANG DISEDIAKAN.

3. AKTIVITI P&P YANG MELIBATKAN MURID SECARA AKTIF DAN BOLEH


LAKSANA.

4. BERPUSATKAN MURID SECARA AKTIF DAN MENGGUNAKAN BAHAN


MURID DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN.
5. MURID MUDAH MENGAMBIL BAHAGIAN KERANA BAHAN RANGSANGAN
TERDIRI DARIPADA SITUASI YANG RAPAT ATAU HAMPIR DENGAN
MEREKA.

PENDEKATAN BAHASA MURID:

ADA 4 FASA PERBINCANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN YANG


DIKENALPASTI BERKAITAN DENGAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN PADA HARI
BERKENAAN.

a. FASA BAHASA MURID MURID AMBIL BAHAGIAN DALAM


PERBINCANGAN MENGGUNAKAN ISTILAH ATAU BAHASA YANG
BIASA DALAM KEHIDUPAN MEREKA.

b. FASA BAHASA BAHAN MURID BERCAKAP TENTANG RUPA BAHAN


ATAU MENCERITAKAN PERIHAL BAHAN YANG MEREKA LIHAT.

c. FASA BAHASA MATEMATIK MURID AKAN DIPANDU OLEH GURU


UNTUK BERCERITA TENTANG BILANGAN OBJEK DAN OPERASI
YANG TERLIBAT DALAM BAHAN RANGSANGAN ITU

d. FASA PENULISAN (SIMBOL)

SETIAP FASA MURID AKAN BERBINCANG MELALUI LANGKAH LANGKAH


BERIKUT:

1. MODELING PERBINCANGAN MENGENAI BAHAN RANGSANGAN YANG


BIASA DENGAN MURID

2. SHARING PERBINCANGAN ITU DITERUSKAN DENGAN PENGALAMAN


MASING MASING.

3. CREATING MURID AKAN TERUS MEREKACIPTA, MEMBINA CERITA,


GAMBAR, JADUAL ATAU RAJAH SAMBIL MEMASUKKAN UNSUR
KEMAHIRAN MATEMATIK.

BAHAN RANGSANGAN

BAHAN RANGSANGAN UNTUK ASAS PERBINCANGAN ADAAH TERDIRI DARIPADA


GAMBAR,
RAJAH,
JADUAL, GRAF
CERITA.

CONTOH GAMBAR UNTUK BAHAN PERBINCANGAN ADALAH SEPERTI DI BAWAH:

o MURID AKAN BERBINCANG DENGAN RAKAN TENTANG GAMBAR YANG


DIPAPARKAN. MEREKA AKAN BERCAKAP TENTANG APA YANG MEREKA
SUKA DAN BIASA DENGAN MEREKA.

o GURU MEMBIMBING MURID DENGAN MENGIKUTI FASA PERBINCANGAN


YANG DICADANGKAN, FASA FASA INI HANYA CADANGAN. SEMUA
BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI GURU, MASA, KEBOLEHAN MURID
DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN.
1. Bahasa Murid

2. Bahasa bahan

3. Bahasa matematik

4. penulisan (symbol)

o PERBINCANGAN DISARANKAN JUGA DENGAN ASPEK BERIKUT:

1. SHOW, (Dengan pelbagai cara perwakilan)

2. SAY (dengan variasi ayat yang membawa makna yang sama)

3. WRITE. (dengan variasi ayat tetapi membawa makna yang sama)

o SETIAP MURID / KUMPULAN MESTI ADA BAHAN RANGSANGAN,


MANIPULATIF DAN ALAT TULIS untuk aktiviti pembelajaran.

Langkah 1: Bahasa Murid

1.1 Bahasa murid adalah bahasa dan istilah tempatan yang difahami oleh murid.
Umpamanya belon bagi pesawat di Sarawak, Walai bagi rumah di Sabah, buah
seta bagi manggis di Kelantan.

1.2 Guru akan membimbing murid untuk bercerita atau memperihalkan objek yang
dipilih melalui soalan soalan yang dikemukakan oleh guru yang berkaitan dengan
gambar tersebut.

1.3 Merujuk kepada gambar di atas mungkin murid akan bercakap tentang harimau,
rumah, unta, burung, dan pokok kelapa.

1.4 Contoh:

1.4.1 Murid bercakap tentang pokok kelapa. Guru boleh meluaskan


perbincangan dengan bertanya di mana boleh didapati pokok kelapa,
apakah kegunaan hasil kelapa,

1.4.2 Tujuan utama adalah untuk memberi mereka peluang memperihalkan


sesuatu (menaakul) berasaskan apa yang mereka tahu.

1.4.3 Guru boleh melanjutkan perbincangan dengan soalan tentang hasil


daripada pokok kelapa seperti lidi, santan, tempurung, sabut air nira dll.
Langkah 2: Bahasa Bahan

2.1 Guru melanjutkan perbincangan dengan membimbing murid bercakap tentang


rupa, keadaan, kedudukan, saiz warna objek yang dipilih oleh murid.

2.2 Dalam langkah ini bahan rangsangan yang dihasilkan mestilah menunjukan
perbezaan yang nyata dari segi rupa, keadaan, saiz, warna dan bilangan objek.

2.3 Kemukakan soalan ke arah perbincangan yang memperihalkan keadaan sesuatu


objek yang sama tetapi berbeza keadaannya.

2.4 Contoh:

2.2.1 Murid bercakap tentang unta. Tanya soalan tentang ada yang besar, ada
yang kecil. Lanjutkan perbincangan siapakah agaknya unta yang besar
dan siapakah AGAKNYA unta yang kecil . Kemungkinan ada murid yang
menjawab bapa unta, anak unta dan sebagainya.

Langkah 3: Bahasa Matematik

3.1 Soalan guru dan perbincangan murid hendaklah melibatkan bilangan objek yang
terdapat dalam bahan rangsangan tersebut.

3.2 Dalam langkah ini guru menumpukan kepada bilangan objek serta perbezaan
rupa, kedudukan, saiz dan warna objek tersebut.

3.3 Libatkan istilah istilah yang membawa maksud tambah, tolak. Jumlah, sama
dengan, darab dan juga bahagi. Ini bergantung kepada objektif pembelajaran
pada hari berkenaan.

3.4 Contoh

3.4.1 Dua unta kecil dan satu unta besar jadi tiga semuanya.

3.4.2 Minta murid wakilkan bilangan objek dengan manipulative yang


disediakan guru.

3.4.3 Gunakan pelbagai istilah yang membawa maksud yang sama seperti
jumlah, kesemuanya, sama dengan bagi menunjukkan jumlah selepas
tambah atau baki dan perbezaan jika menunjukkan operasi tolak.

Langkah 4: Penulisan Simbol


4.1 Setelah melalui variasi cara sebutan bagi sesuatu situasi, guru membimbing
murid menulis dalam bentuk symbol dan perkataan ayat matematik yang mereka
sebutkan.

4.2 Variasi penulisan mestilah sama seperti sebutan yang telah dibetulkan oleh guru
dalam perbincangan sebelum ini.

4.3 Dua bentuk penulisan diutamakan. Satu dalam bentuk symbol seperti 2 + 3 = 5
atau dalam perkataan seperti dua tambah tiga sama dengan lima.

4.4 Guru harus membimbing murid menulis ayat matematik dalam pelbagai variasi.
Contoh, tulis juga 5 = 2 + 3,

4.5 Penulisan dalam bentuk symbol hendaklah sama dengan sebutan dan susunan
manipulative yang digunakan.

Contoh:

Dua unta kecil dengan satu unta besar jadi tiga semuanya.

Manipulatif

Simbol 2+1=3

Bahan Rangsangan Berupa Jadual.

Lima orang sahabat telah pergi memancing. Jumlah ikan yang mereka dapat adalah
seperti berikut.

Bilangan
Bil Nama
Ikan
1 Husna 5
2 Fauzi 8
3 Roslin 4
4 Azman 10
5 Raju 2

Untuk bahan rangsangan seperti ini guru boleh mempersembahkannya dengan cara
bercerita yang menarik.

Bagi menyesuaikan dengan Nilai nombor yang makin besar guru boleh membuat
pengubahsuaian cerita dengan menukar situasi. Umpamanya jumlah murid si sekolah
sekolah yang boleh memberikan jumlah dari tiga digit hingga 4 digit.

Semua bergantung kepada kreativiti guru untuk membuat penyesuaian yang relevan.

Anda mungkin juga menyukai