Anda di halaman 1dari 2

Langkah-Langkah Mengatasi Gejala

Sosial Dalam Kalangan Remaja


Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu
membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan
dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja marcapada in. Malah, gejala
sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas
bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan.
Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan
tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera perlu
diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.

Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi
mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah
berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu
melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh,
sesetengah kajian menyatakan apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri.
Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa.
Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan seterusnya
dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala
sosial ini. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai
kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman
terhadap jiwa remaja adalah sedikit. Sebaliknya, ibu bapa perlu memahirkan diri
menjadi rakan anak-anak. Sebagai contoh, kemahiran mendengar dan berbincang
dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping itu, ibu bapa juga harus peka dan
membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka.
Sebagai contoh, mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan intelektual. Dengan
ini perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan
ibu bapa dan sebaliknya mereka mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan
dengan itu, institusi kelurga penting. Paling penting perlu dititik beratkan ialah soal
agama. Ibu bapa perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama
yang kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menyemai
benih-benih salah laku dalam kalangan remaja. Saluran media massa seperti
televisyen, filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat dengan
kemelut kebejatan moral. Sebagai contoh, siaran yang memaparkan remaja yang
berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagi motivasi untuk diteladani.
Hal-hal mengenai kreativiti remaja juga sering diperbanyak berbanding liputan
mengenai aksi dan perangai negatif mereka. Sebaliknya dasawarsa ini, remaja
mudah terikut-ikut dengan watak pelakon yang membawa aksi negatif ini, malah,
mereka juga berasa bangga. Hal ini tidak wajar. Sebaliknya, aksi yang baik perlulah
dipamerkan di media massa untuk diikut oleh mereka. Tuntasnya, media massa
memang berperanan untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbinya.

Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak
boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan
remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah
mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut kebejatan
moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja ini.
Jika sekiranya teguran ini tidak dapat diterima, laporkan sahaja kepada pihak
berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. Tanggapan bahawa usaha untuk
memerangi masalah moral ini hanyalah terletak kepada pihak kerajaan semata-
mata tidk sewajarnya berlaku. Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu
bagai aur dengan tebing. Sikap mementingkan diri bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usah
membanteras kemelut kebejatan akhlak ini berjaya.

Walhasil, pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang daripada


melibatkan diri dala kegiatan sosial yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana
mereka merupakan orang yang bakal mengambil alih bagi menerajui pucuk
kepimpinan negara. Hal ini persis peribahasa peribahasa pemuda tiang negara,
pemudi harapan bangsa. Segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga
demi membanteras kegiatan sosial yang negatif ke akar umbi. Kemelut ini nescaya
dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga daripada semua pihak
kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, marilah kita bersama-
sama bekerjasama seperti kata perumpamaan ini bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini daripada terus menular.

Anda mungkin juga menyukai