Anda di halaman 1dari 5

HARI SEBUTAN KES

Saksi-saksi Pendakwaraya

(Timbalan pendakwaraya dan saksi-saksi pendakwa telah berada di tempat masing-masing. Begitu
juga dengan peguambela berada di depan hakim sementara OKT, Encik Leman Bin Lemau berada di
kandang OKT)

Hakim masuk (loceng dibunyikan)

Polis Mahkamah: (Arahan hormat) Bangun.

Jurubahasa: (Bangun dan memaklumkan kepada hakim tentang perbicaraan) Puan, pada

pagi ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar perbicaraan untuk kes

NO: 7117/09, Pendakwaraya lawan Leman Bin Lemau dan mahkamah telah

bersedia untuk bersidang.

Pendakwaraya: Yang Arif, saya Sarah Binti Adnan yang akan menjalankan pendakwaan untuk

kes ini.

Peguambela: Yang Arif, saya Salmah, peguambela OKT bagi kes ini.

Hakim: Baiklah, boleh mulakan.

(Jurubahasa bangun dan pendakwaraya memberi borang pertuduhan kepadanya)

Jurubahasa: Bahawasanya kamu, pada 1 Mac 2015 di antara jam lebih kurang 11.30 pagi

hingga 12.00 malam di Jalan Kolej Kediaman Melati Harum, Universiti Berjaya

Bethool dalam Daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan,

dengan niat telah merogol dan membunuh seorang pelajar universiti terbabit

bernama Natasya Adriana Ellina Binti Kamaruddin, KPT 940921-03-5208,

berumur 21 tahun. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di

bawah Seksyen 376/ 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah

Seksyen yang sama. Adakah kamu faham dengan pertuduhan ini?

Leman Bin Lemau: (Sambil menganggukkan kepala) Faham.

Jurubahasa: Adakah kamu mengaku bersalah?

Leman Bin Lemau: (Sambil menggelengkan kepala) Saya tidak mengaku bersalah dan mohon

dibicarakan.

Jurubahasa: Yang Arif, OKT tidak mengaku bersalah dan mohon untuk dibicarakan.

Hakim: Saya tetapkan tarikh pada 12 Mei 2015.

Jurubahasa: Tarikh ditetapkan pada 12 Mei 2015.


Hakim: Sesuai tak?

Pendakwaraya: Sesuai.

Peguambela: Sesuai.

Hakim: Baiklah, tarikh perbicaraan kes adalah pada 12 Mei 2015.

Polis Mahkamah: Bangun

(Hakim keluar-semua bangun untuk memberi hormat)


HARI PERBICARAAN

HUJAH PEMBUKAAN

Yang Arif, tertuduh telah dituduh dengan tuduhan membunuh iaitu seperti yang telah dinyatakan di
dalam kertas pertuduhan. Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh pada 1 Mac 2015
di antara jam lebih kurang 11.30 malam hingga 12.00 malam di Jalan Kolej Kediaman Melati Harum,
Universiti Berjaya Bethool dalam Daerah Petaling Jaya, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, dengan
niat telah merogol dan membunuh seorang pelajar university terbabit bernama Natasya Adriana
Ellina Binti Kamaruddin.

Pihak pendakwaan akan mengemukakan bukti- bukti untuk menunjukkan bahawa pada waktu
kejadian, tertuduh bersama mangsa di mana mangsa telah dirogol sebelum dibunuh. Keterangan ini
akan dibuktikan melalui keterangan pegawai perubatan patalogi dan ahli kimia.

Pihak pendakwaan melalui keterangan hal keadaan akan menunjukkan bahawa tertuduh adalah
orang terakhir bersama mangsa dan daripada keterangan kelakuan tertuduh menunjukkan bahawa
adalah orang yang bersalah.

Pihak pendakwaan akan memnggil tiga orang saksi dan akan mengemukakan bahan-bahan bukti bagi
menyokong pertuduhan terhadap tertuduh.

Pihak pendakwaan memohon untuk memulakan kes.


IKRAR SUMPAH

Bahawasanya saya

nombor kad pengenalan



mengaku dan berikrar segala
keterangan yang akan saya
berikan dalam perbicaraan ini
adalah benar, tiadalah apa-
apa yang tidak benar,
melainkan benar-benar
belaka.
Saksi Pendakwaan 1 Inspektor

*Pemeriksaan utama

*Pemeriksaan balas

*Pemeriksaan semula

Saksi Pendakwaan 2- Mak cik daya bersih

*Pemeriksaan utama

*Pemeriksaan balas

*Pemeriksaan semula

Saksi Pendakwaan 3 Dr

*Pemeriksaan utama

*Pemeriksaan balas

*Pemeriksaan semula

Hujah Penggulungan (Pihak Pendakwaan)

Yang Arif, saya selaku pendakwaray dalam kes ini, ini menegakkan bahawa tertuduh telah
melakukan persetubuhan dengan mangsa tanpa kerelaan mangsa dan membunuh mangsa. Dari
keterangan saksi-saksi jelas menunhjukkan bahawa tertuduh merohol mangsa dan membunuh
mangsa. Pihak pendakwa juga telah dapar membuktikan bahawa mangsa telah di lihat bersama
tertuduh semasa mangsa dijumpai mati. Dengan ini, memang terdapat kes prima facie terhadap
tertuduh. Bagi menegakkan keadilan, saya memohon kepada mahkamah mengenakan hukuman
yang setimpal dan maksimum sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 302 dan Seksyen
376 Kanun Keseksaan (KK) agar menjadi peringatan kepada pihak lain. Sekian,terima kasih.

Hujah Penggulungan (Pihak Pembelaan)

Alasan Penghakiman

Setelah melihat bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, dan mendengar
keterangan saksi daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah kini telah bersedia untuk untuk
memberikan alasan penghakiman bagi kes yang melibatkan Pendakwaraya melawan Leman Bin
Lemau.

Anda mungkin juga menyukai