Anda di halaman 1dari 19

DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM

PERKEMBNGAN BAHASA MELAYU DI SINGAPURA


(Suratman Markasan)

Mukaddimah

Bahasa Melayu Singapura dan Bahasa Melayu Malaysia adalah pecahan dari Bahasa
Melayu. Istilah Bahasa Melayu Singapura (BMS) baru muncul apabila Singapura keluar
dari Persekutuan Malaysia pada bulan Ogos tahun 1965. Sebelum itu bahasa Melayu di
kedua-dua daerah tersebut dikenal sebagai Bahasa Melayu. Dalam proses
perkembangannya, kedua-dua bahasa tersebut sudah dan sedang mengalami tiga tahap
perkembangan bahasa: 1) graphization (penulisan); 2) standardization (pembakuan) dan
3) modernaization (pemodanan).
Bagaimanapun dalam perkemagannya, kedua-dua bahasa tersebut mengharungi
keadaan dan suasana yang berbeda. Dari segi penggunaan dan penyebaran BMS, jauh
berbeda dengan bahasa Melayu di Malaysia. Bertolak dari situ nanti, akan kami jelaskan
sedapat mungkin, dalam tulisan yang terbatas ini.

Perkemangan dari segi sejarahnya


a) Bahasa Melayu Singapura di sekolah:
Seelum tahun 1961, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar cukup
sampai sekolah rendah sahaja (sekolah dasar). Sedang pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah menengah Inggeris (SMP) diajar sebagai satu matapelajaran sahaja. Belum ada
matapelajaran bahasa Melayu di tingkat Pra-Universiti (SMA), Akan tetapi mulai tahun
1961, bahasa Melayu sudah mendapat tempat di sekolah menengah (SMP), apabila 16
kelas menengah satu Melayu diwujudkan di empat buah sekolah menengah Inggeris;
yaitu Sekolah Menengah Crescent, Sekolah Menengah Pasir Panjang, Sekolah Menengah
Monks Hill dan Sekolah Menengah Siglap. Dua tahun kemudian Sekolah Menengah

1
Aliran Melayu pertama, yaitu sekolah Menengah Sang Nila Utama didirikan dan setahun
selepas itu, Sekolah Menengah Tun Seri Lanang pula didirikian. Dan mulai bulan
November 1964, untuk pertama kali; Peperiksaan Sijil Am Pelajaran, Peringkat Biasa
(setaraf dengan General Certificate of Education , Ordinary Level) telah diadakan bagi
pelajr-pelajar Aliran Melayu di Singapura. Dua tahun kemudan (1966), Peperiksaan Sijil
Am Pelajaran, Peringkat Tinggi (setaraf dengan General Certificate of Eduacation,
Higher Level) telah diadakan pula bagi pelajar-pelajar Aliran Melayu Singapura.
Pada tahun 1966, merupakan pucak pelajaran Aliran Melayu di Singapura; bukan
saja pertama kali peperiksaan sijil paling tinggi bagi Bahasa Melayu diadakan, akan
tetapi pada tahun tersebut juga kemasukan pelajar Aliran Melau bagi darjah satu (SD1)
mencapai puncak paling tinggi, yaitu sebesar 5,249 pelajar. Akan tetapi pada tahun
berikutnya menurun menjadi 3,249 pelajar. Terjadi demikian, akibat keluarnya Singapura
dari Persekutuan Malaysia pada bulan Ogos 1965. Kemungkinan besar ibubapa Melayu
berfikir, apabila dasar sisgtem pelejaran Singapura tidak berorentiasi Malaysia yang
menumpukan Bahasa Melayu sebagai pilihan utama, akan tidak akan berfaedah mereka
meneruskan anak-anak mereka ke Akiran Melayu, kerana dasar pelajar Singapura yang
berorentiasi menguatamakan bahasa Inggeris. Maka pada tahaun 1970, kemasukan anak-
anak didik bagi darjah satu Aliran Melayu turun menjadi 1,427 pelajar sahaja. Ini bererti
kira-kira sebesar 70%, ibubapa Melayu telahmenghantar anak-anak mereka masuk ke
Aliran Inggeris.
Akibat kemerosotan kemasukan pelajar-pelajar Aliran Melayu, satu demi satu
sekolah rendah (sekolah dasar) Aliran Melayu terpaksa ditutup. Dan sejak tahun 1982,
tidak adala lagi kemasukan darjah satu Aliran Melayu. Sedang kemasukan darjah satu
bagi aliran Tamil telah tidak ada sejak tahun 1976. Dan pada tahun 1985, kemasukan
darjah satu aliran China tinggal 6% sahaja.
Pada akhir tahun 1983, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa
apada awal tahun 1987, semua sekolah di Singapura akan menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar ilmu dan bahasa Inggeris juga akan diajar sebagai bahasa
pertama dan dengan demikian akan wujudlah sekolah aliran national sahaja, sedang
bahasa-bahasa ibunda China, Melayu dan Tamil yang dahulu berperang sebagai bahasa

2
pengantar bagi sekolah aliran masing-masing, akan diajarkan sebagai bahasa kedua
sahaja di sekolah Aliran National tersebut.
Mulai dari tahun tersebut, malah lebih awal dari itu anak-anak Melayu yang
belajar dalam Aliran Inggeris telah mempelajari bahasa Melayu sebagai satu matapelajara
sahaja; baik di peringakat rendah, emenengah mahupun di peringkat para-universiti.
Bahasa Melayu yang dipelajari itu dikenali dengan nama Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Kedua (BM2), dan sama seperti bahasa-bahasa Mandarin dan Tamil juga.]
Mulai awal tahun 1985, telah diadakana pula pembelajaran Bahasa Melayu
Pertama (BM1) di peringkat menengah untuk anakk-anak Melayu yang keputusan
Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah-nya dalam alengkongan 10% terbaik, sedang anak-
anak bukan yang dalam lengkongan 10% terbaik, yang tidak mengambi Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Keduanya, diberi kesempatan untuk mempelajari BM3. (Jika taraf BM1,
satu tingkat di atas BM2, maka BM3 tiga tingkat di bawah BM1)
Mulai awal tahun 1993, nama-nama BM1 diganti menjadi Bahasa Mellayu
Lanjutan;BM2 diganti menjadi Bahasa Melayu dan BM3 menjadi Bahasa Melayu
Pilihan.
Dalam proses perkembangan politik dan ekonomi di Singapura yang menekankan
bahawa bahasa Inggeris, merupakan bahasa perdagangan dan bahasa perantaraan utama,
maka dengan sendirinya pilihan ibubapa Melayu dan bukan Melayu terhadap bahasa
Inggeris itu mengatasi bahasa-bahasa yang lain. Mereka tidak lagi memasukkan anak-
anak mereka belajar di sekolah-sekolah aliran Melayu, Tamil dan China.
Kami percaya bahawa dengan memasukkan anak-anak mereka belajar di aliran
Inggeris, mereka tidak mempunyai niat untuk mengabaikan bahasa Melayu, akan tetapi
barangkali mereka lupa bahawa tanpa ibubapa mendaftarkan anak-anak mereka di Aliran
Melayu, amak dengan sendirinya bahawa sekolah-sekolah Melayu tidak diperlukan lagi
wujud. Dan dalam proses begini sebenarnya vanicular school (istilah yang dipakai oleh
penjajah Inggeris). Sekolah-sekolah aliran Tamil terhapus lebih awal, lalu sekolah-
sekolah Aliran Melayu (baki dari murid-murid Aliran Melayu dimasukkan (converted) ke
Aliran Inggeris, paling akhir pada tahun 1986. Sekolah Menengah Sang Nila Utama dan
Sekolah Menengah Tun Seri Lanang yang telah menjadi sekolah Aliran Inggeris,

3
akhirnya ditutup juga pada tahun 1985 dan 1987 kerana kurang sekali ibubapa yang
memilih untuk anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah tersebut.
Anak-anak didik Melayu yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan, ditempatkan
di sebuah sekolah dikenali dengan nama Language School (LS) mulai tahun 11985.
Rata-rata setahun ada kira-kira 100 pelajar yang mengikuti kelas bahasa ini. Dengan lain
perkataan ada kira-kira 400 pelajar untuk menengah 1-4.
Pelajar bukan Melayu yang mengambi Bahasa Melayu Pilihan, setahun kira-kira
50 pelajar. Pelajar-pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa Melayu Pilihan ini,
harus juga mengambil Bahasa Inggeris Lanjutan dan Bahasa Mandarin sebagai
matapelajar wajibnya.
Bahasa Melayu yang dipelajari oleh anak-anak didik di sekolah rendah (SR) =
(SD), sekolah menengah (SM) = (SMP) dan maktab rendah (MR) = SMA merupakan
satu daripada matapelajaran wajib yang setiap pelajar harus lulus; misalnya dalam
peringkat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PTSR) yang diujia adalah empat
matapelajaran: Bahasa Inggeris, Saians, Matamatik dan Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar
yan gagal salah satu daripada matapelajarana ini tidak akan dapat meneruskan
pelajarannya ke sekolah menengah (SM). Demikian pula di SM, matapelajar Bahasa
Melayu merupakan salah satu daripada tujuh matapelajaran wajib yang harus diuji bagai
Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (SAP O). Jika mereka gagaldalam BM,
walaupun pelajar tersebut mendapat keputusan cemerlang dalam enam matapelajar yang
lain, pelajar tersebut tidak akan dapat melanjutkan pelajarannya ke Maktab Rendah
(MR). Demikiabn pula halnya untuk pelajar itu meneruskan pelajarannya ke universiti,
mereka harus lulus Bahasa Mmelayunya dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Tinggi
(SAP A).
b) Bahasa Melayu Singapura di Pengajian Tinggi:
Biar bagaimanapun keadaannya, seorang mahasiswa yang mengambil Pengajian Melayu
di National University of Singapore (NUS) setelah tammat dan ingin menjadi guru
untuk mengambil subjek BM, mereka begitu kurang sekali ilmu bahasa Melayunya,
apatah lagi tenang sasteranya. Kerana kurikulum Pengajian Melayu di NUS itu, terlalu
terbatas sekali yang dipelajarinya mengenai bahasa dan sastera Melayu. Oleh yang
demikian ketika mereka menjalani kursus setahun di Institut Pendidikan, mereka terpaksa

4
mempelajari isi dan metode pengajaran BM dalam waktu yang sangat terbatas itu. Mulai
dari tahun lalu, oleh kerana Institut Pendidikan (sekarang dikenal sebagai Institut
Pendidikan Nasional) sudah dipertingkat tarafnya menjadi sebahagian daripada Nayang
Universiti, maka setiap mahasiswa yang mengambil jurusan untuk menjadi guru, harus
belajar selama empat tahun. Dengan itu, kurikulum isi pembelajaran bahasa dan sastera
Melayu dan methode pengajaran bahasa dan sastera sudah tentu akan lebih konfrehensif
lagi. Akan tetapi kerana proses pembelajaran kurikulumnya belum jelas terlaksana, maka
belum dapat kita mengetahui tentang keberkesanannya jika akan dibandingkan dengan
pembelajaran bahasa dan sastera di NUS.
c) Bahasa Melayu Singapura di kalangan masyarakat
Penutur BM di Singapura diwasa ini terdiri daripada empat golongan penutur.
Pertama, terdiri dari golongan Penutur Buta Huruf (PBH). Mereka adalah golongan
penutur yang tidak menerima pendidikan formal dan pertuturan sehari-hari merka
hanyalah BM bercampur sedikit bahasa Jawa atau bahasa Bawean. Kedua, terdiri dari
golongan Penutur Aliran Melayu (PAM). Rata-rata pendidikan paling tinggi yang mereka
terima yalah Sekolah Rendah Aliran Melayu. Sebahagian kecil daripada merek ayang
menjadi guru BM di sekolah rendah atau di sekolah menengah, berusaha sendiri hingga
menjapai SAP Peringat Biasa dan sebahagian kecil daripada mereka itu pula, mencapai
SAP Peringkat Tinggi. Dan sedikit daripada jumlah tersebut sempat belajar di universiti.
Mereka adalah golongan penutur BM yang kian pupus. Rata-rata mereka berumur antara
50 hingga 60 tahun lebih. Ketiga, terdiri dari daripada Penutur Aliran Agama (PAA).
Golongan ini yalah mereka yang menerima pendidikan Aliran Agama. Mereka fasih
erbahasa Melayu seperti PAM, akan tetapi di samping itu sebilangan kecil daripada
mereka yang melanjutkan pelajaran agamanya di Cairo, Makah, Madinah atau di tempat-
tempat yang seumpama dengannya, fasih bertutur bahasa Araab dan idoem Arab. Untuk
mengekalkan Bahaa Arabnya, di kalangan mereka, mereka menggunakan BA campur
BM. Dan keempat, terdiri daripada Penutur Aliran Inggeris (PAI). Mereka yalah
golongan majoriti dan mereka berada di dalam berbagai bidang pekerjaan dan profesi.
Oleh kerana pendidikan mereka yalah Inggeris dan BM dipelajari sebagai BM2 (Bahasa
Melayu, istilah baru) saja, meka rata-rata BM mereka akacau sekali dan kebanyakan
mereka suka berbahasa Inggeris baik di tempat pekerjaan mahupun di rumah mereka atau

5
di mana-mana pun juga, sedikit sekali daripada kumpulan mereka ini yang mampu
berbahasa Melayu dengan baik.
Meneurut taksiran kasar kami, bahawa golongan (PBH) ini terdiri daripada
penutur yang berumur sekitar antara 60 tahun ke atas. Golongan ini, kira-kira antara 6
hingga 7 persen (26,600); Golongan PAM pula sekitar 20% (76,000); Golongan PAA
sekitar 5% (19,000) dan golongant erbesdar PAI barangkali dalam lengkongan 55%
(209,000)..Berdasarkan jumlah penduduk Melayu, sensor 1990).
Pada umumnya tiga golongan; yaitu PBH; PAM dan PAA yang berjumlah sekitara
32% (112,000) yang masih kuat menekalkan BM sebagai bahasa berkomunikasi mereka,
terutama apabila mereka berinterkasi semasa golongan mereka.
T8iga golongan ini menggunakan BM, selain di rumah, di tempat kerja, dalam
pertemuan sosial, masih ada satu lagi tempat yang paling utama mereka menggunakannya
yalah di masjid ketika menungguwaktu solat, di kelas-kelas dan di majlis-majlis syarahan
agama.
Di majlis-majlis mesyuarat pertubuhan, di Lembaga Pentadbir Masjid, di Haiah
Dakwah, BM masih digunakan sebagai bahasa berkomunikasi, kerana kebanyakan
anggotanya dari golongan PAM bercampur sedikit PAA dan PAI. Akan tetapi di majlais-
majlis mesyuarat yang dianggotai akalangan PAI, seperti Lembaga Tertinggi MUIS,
MENDAKI, AMP dan pertubuhan-pertubuhan yang seumpama dengannya tetaplah
bahasa Inggeris sebagai ahasa apeeengantarnya.
Dalam seminar atau kongres yang dianjurkan oleh golngan PAI, misalnya
Kongres MENDAKI atau seminar AMP, bahasa Inggerislah pilihan utamanya, kecuali
ada peserta dari PAM atau PAA yang ingin mengekalkan BM sebagai pilihannya atau
mereka yang tidak berasa malu untuk berbicara dalam BM. Jika tidak keseluruhan
pertemuan itu akan tetap menggunakan BI. Pada satu ketika kami menghadiri jamuan
makan malam di sebuah hotel besar, anjuran badan serupa ini. Barangkali masyarkat
bukan Melayu yang hadir kira-kaira 10%, BI menjadi bahasa pengantar juru acaranya.
Dan ketika ketua dari badan tersebut berucap, ada dua hal sangat menyinggung hati kecil
kami: Pertama apabila beliau menyampaikan teks ucapannya di dalam bahasa Inggeris,
dengan tidak meminta izin dari khalayak Melayunya yang 90% itu. Akan tetapi sebelum
menyampaikan secara singkat teks ucapannya di dalam BM, beliau meyatakan pula,

6
golongannya sering menghadapi constrain (menyebabkan seseorang terpaksa
melakukan sesuatu) apabila menghadapi situasi majlis serupa itu untuk berucap di dalam
BM. Kedua, beliau meminta izin (tentunya kepada 10% tetamu bukan Melayu) supaya
beliau dizinkan berucap di dalam BM.
Bagi golongan PAI, fungsi bahasa, adalah untuk mempercepat proses pertemuan
mereka. Apabila PAI ini ingin memaksakan diri mereka menggunakan BM, mereka
berpendapat bahawa mereka terpaksa berfikir di dalam BI dahulu, baharu dapat
memindahkannya ke dalam BM dan dengan cara demikian banyak waktu telah terbuang.

Penggunaan Bahasa Melayu di Kalangan Masyarakat


BM Singapura hari ini dan Bahasa Tamil serta Bahasa Mandarin mengalami satu proses
ditolak oleh penutur kaum-kaum mereka sendiri. Orang Melayu Singapura yang
berjumlah kira-kira 380,000 (14.1%) dari jumlah seluruh penduduk Singapura yang
berjumlah 2.690 juta (menurut sensor penduduk 1990), sudah berkurangan penuurnya,
kira-kira 5.7% (21,660) kerana mereka bertutur dalam BI di rumah mereka.
Pada tahun 1980, keluarga Melayu yang bertutur dalam BI di rumah mereka
berjumlah 2.3%, akan tetapi pada tahun 1990 meningkat 5.7%, pada tahun 2000
kemungkinan besar jumlah tersebut akan meningkat menjadi antara 7 hingga 8 persen
pula. Bentuk ini jelas dapat dilihat dalam dapatan sensor tahun 1990 yang baru lalu.
Perhatikan daftar A:

Daftar A: Bahasa Utama dalam Keluarga

Kaum China Melayu Indiaa Lain-lain


Tahun
1980 1990 1980 1990 1980 1990 1980 1990
B.Inggeris 10.2 21.4 2.3 5.7 24.3 34.3 69.8 71.0
B.Mandarin 13.1 30.0 0 0 0 0 0.3 1.4
Dialek China 76.2 48.2 0 0.1 0 0.2 0.7 2.1
B.Melayu 0 0.3 96.7 94.1 8.6 14,1 3.7 17.4
B.Tamil 0 0 0 0 52.2 43.5 0 0
Bahasa Lain 0.5 0.1 1.0 0.1 14.9 7.9 25.5 8.1

Timbul keadaan keadaan demikian, kemungkinannya ada beberapa sebab.


Pertama, oleh kerana sistem pelajaran di sekolah Nasional sekarang yang mengutamakan

7
BI, maka dengan demikian pilihan ibubapa tidak lagi ada, melainkan menurut arus
nasional. Kedua, oleh kerana di dalam setiap peperiksaan PTSR, GCE Biasa dan CCE
Tinggi, matapelajara BI, merupakan matapelajaran yang seharusnya setiap pelajar lulus
dengan baik, maka ibubapa memberikan keutamaan kepada anak-anak mereka supaya
sentiasa berbahasa Inggeris. Ketiga, untuk mendapat pekerjaan di setiap sektor
perusahaan, Bahasa Inggerislah yang diutamakan, dan keempat, sikap somong diri dan
memandang rendah terhadap BM sendiri terutamanya dari golongan terpelajar Melayu.
Akibat dari keadaan demikian, penggunaan BM di kalangan masyarakat penutur
BM, dari golongan PAI, terutamanya sangat kacau sekali Bahasa Melayunya. Di bawah
ini kami turunkan beberapa contoh percakapan yang digunakan oleh PAI.

a) Percakapan Antara Mahasiswa:


Di kalangan mahasiswa oleh kerana mereka sentiasa menggunakan BI dan kurang
sekali menggunakan BM, baik di rumah mahupun di bilik kuliah. Jadi percakapan seperti
di bawah ini, merupakan contoh dari BM yang digunakan oleh mereka.

A: You know minggu lepas I with my whole family went to kampung,


For my xouain marriage,

B: You pergi naik apa?

A: We all went by bus sebab my family besar, (ketawa)

B: Apa nama kampungnnya?

A: I tak tau sangat, but to be sure I knew tempat itu tak jauh dari Serdang,

B: Apa macam, enjoylah you?

A: Enjou tu enjoy, sekali-sekali melihat kampung, melihat keluarga,


not like here all concrete jungle. There... ahh! ... You fill so relax,
so sedap, so different, especially in the morning... when you get up,
you can see every where so green, so senyap, so nyamanlah kata orang.
rumah kampung you know, talking about their rumah... dia punya
kolong so tinggi you know and yet if you going inside the rumah
pula so rendah, funny ya!... (ketawa)

b) Percakapan antara mahasiswa dengan pensyarah:

8
Percakapan antara mahaasiswa dengan pensyarah (dosen) yang keupayaan Bahasa
Melayunya kurang dan sikapnya terhadap BM tidak tinggi, maka terjadilah percakpan
seperti controh ini:

M: Sir, saya ingin tahu mark yang sir berikan kepada teaching practice
saya,

P: Kan saya sudah beri gradnya,

M: I know sir, apa yang saya mahu, maksud saya hendak tahu kelemahan
Saya secara obvious, secara menonjol,

P: Yang penting objektif awak apa?... Kemudian followed up by materials.


Macam kelmarin awak menggunakan cartoon strip dari Amerika, awak
Tak terangkan how many slank they have in America is, which you
cant finds it in English here... Murid-murid yang awak ajar darjah lima,
tentu mereka tidak tahu. We as a teacher should provoke them, so as to
make the class alive... We are the infuluencing agent, so do it... Jangan
terangkan, nanti bukan mengajar tetapi awak menerangkan, lebih baik
pakai tape suruh murid awak dengar...

Contoh-contoh seperti ini menunjukkan betapa kacaunya BM yang digunakan


oleh mahasiswa yang mengambil mata kuliah BM. Dan mereka ini akan mengajar BM di
SR, SM mahupun di MR. Anda tentu dapat membayangkan, bagaimana pula mahasiswa
yang tidak mengambil pengajian Melayu di NUS dan dengan sikapnya begitu rendah
terhadap BM, sudah tentu mereka akan menggunakan BI sebagai bahawa pertuturan
mereka sehari-hari. Perhatikan bagaimana pula penggunaan BM bagi pensyarah pula?

c) Percakapan antara juruacara radio dengan massa:


Penggunaan BM bagi kebanyakan PAI bagi mereka yang sempat menerima
pendidikan SR dan SM, pada akhir-akhir ini, terdapat imbuhan kan dan partikal lah di
sana sini yang jelas tidak berfungsi apa-apa. Di bawah ini kami turunkan satu contoh.
JH: Kakak suka makan durian?
X: Sukaaa (ketawa Em.. agak-agak kalau kepala pening makan durian
Boleh jadi baik tua!...

JH: Ya ke?... Selalunya ada orang yang bau durian saja dia dah pening kepala.
Kakak ini terbalik... wah in kira raja segala durian... ni!...

9
X Agak-agak kalau nampak bila jalan tu kan... tengok ya, kalau agak-agak
Naik motor dengan suami tu kan... Wah tengok durian aja... Alamak
Bestnya durian ini... dia bilang.
JH: Kakak ada merasa durian Seberang Tambak, dari Johor ke... dari
kampung ke... mana-mana?...

X: Ehhh biasaaa....

JH: Ada bezanya durian yang diimport dengan durian dari dusun?

X: Kalau daripada Thailand tu, Cuma nampak agak-agak kuning-kuning,


besar-besar sikit kan, tapi rasanya kurang menyedapkanlah kurang
enak orang kata....

JH: Ohh!

X: Kalau agak-agak daripada Melaka, Johor kan... itu best sikitlah....

Selain penggunaan katanya tersendiri, trdapat pula frasa Inggeris yang sering
digunakan, seperti best. Perhatikan pula di bawah ini, kami turunkan sebuah contoh lagi
percakapan antara belia, lepasa SM. Perhatikan bagaimana code switching sentiasa
berlaku antara BM ke BI.

d) Percakapan antara belialepasa Sekolah Menengah:


A: Hei brother why you tak datang hari tu?... Bestlah...
B: Sorrylah brother, I have lot of worklah... Apa yang best brother?...
Ceritalah....

A: Tulah you, lot of makan, Minah-Minah semua datang tau... You mist
lot of wonderful time, brother... What are you doing brother?...
Hariraya pun you banyak kerja!...

B: You know... I am busy with army life... nantilah two months more
Brother... ROD brother...

Percakapan antara belia semacam itu, sudah menjadi kebiasaan bagi golongan
mereka. Bagaimana kacaunya bahasa mereka. Bukan sahaja Bahasa Melayunya, bahkan
Bahasa Inggerisnya juga.
Ada tiga golongan masayarakat PAI, tidak mahu menggunakan BM. Golongan
Pertama; meeka yang memang tidak mau menggunakan BM. Mereka sering menyatakan

10
bahawa jika amereka terpaksa bebahasa Melayu, tentu lambat untuknya menyampaikan
pandapatnya. Paa hal mereka ini dengan isteri dan dengan pekerja-pekerja Melayu
bawahannya mereka mampumenggunakan BM, tetapi mereka tetap dalam suasana yang
formal, mereka akan berkata dalam satu mesyuarat: Tuan Pengerusi dan hadirin sekalian,
saya mohon maaf tidak dapat berbahasa Melayu...
Golongan kedua, mereka kurang kosa kata BM, akibat daripada sentiasa bertutur
dalam BI dan jarang sekali membaca bahan bacaan Melayu, apabila bertutur dalam BM
sentiasa menggunakan beberapa perkataan dalam BI. Perhatikan contohnya di bawah ini:
Saya fikir BM tidak akan... apa perkataan bagi vanish? (Dan apabila
bantuan diberikan, dia meneruskan, Saya fikir BM tidak akan hapus
di sini, kerana Singapura di kelilingi oleh negara-negra berbahasa Melayu,
seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei.... Bagaimanapun dalam proses
yang berlaku di kelilingnya hari-hari, orang Melayu akan merasa apa?...
stress dalam BM apa?... (sekali lagi dibantu kosa katanya) Orang Melayu
akan merasa tertekan dan mungkin mereka akan menggunakan BI...

Golongan ketiga, mereka yang sombong dan memandang arendah terhadap BM


dan kononnya BM tidak berupaya menerangkan maksud atau pati percakapan, sehingga
apabila mereka terpaksa berbahasa Melayu, ketika ingin menerangkan maksud
percakapannya, mereka akan menukar kode bahasanya ke dalam BI. Perhatikan contoh
peercakapan mereka dalam mesyuarat ini.

B: Tuan Pengerusi, saya fikir kita mesti berfikir bahawa apa yang kita
lakukan bila kita mengajar, dalam apapun juga pelajaran, kita mesti
recordkan.... We must hav it black and white. We must record it in our
record book, on no account should not forget to write in your record
book. By doing so... the Principal cannot find fault with you... Maaf
Tuan Pengerusi, saya tak fikir, bahawa dengan tak ada bokti Principal
Boleh buat sesuka hatinya...

Y: Tuan Pengerusi... the question is, I think, what our friend is trying to
explain is that there are principals who tend to pick on certain
teachers. Even though they have tried to improve their method of
teaching.... Bukan pasal tidak menulis record book, seperti yang
diterangkan saudara B...

Golonmgan keempat, mereka yang memandang rendah terhadapBM dan mereka


menganggap bahaw BM itu hanyalah untuk orang tidak terpelajar.

11
Dalam situasi begini, kami pernah berkata: ... Adanya sikap semacam itu,
menurut hemat kami dalam waktu kira-kira 30 tahun dari sekarang (1987), BM yang baik
dan betul tidak akan digunakan oleh orang-orang Melayu Singapura. Dalam tashap
pertama selepas 10 tahun dari sekarang yaitu pada tahun 1997, guru-guru bahasa yang
berkelulusan Sultan Idris Training College (SITC), Malay Women Training College
(MWTC) dan guru-guru Melayu yang menerima latihan seumpama aitu di Singapura,
sudah bersara (pension). Dengan itu pula, mereka tidak lagi akan aktif memainkan peran
untuk menegakkan sikap berbahasa Melaayu dengan baik, di tengah-tengah
masyarakat...
Dalam tahap kedua pula, kira-kira 20 tahun selepas itu, yaitu pada tahun 2007,
generasi yang menerima pendidikan dalam Aliran Melayu paling akhir tahun 1983
(peringkat Menengah 4), tinggal hanya kira-kira 0.1% (380), bercampur dengan
masyarakat guru BM kira-kira 500, akan tenggelam di bawah arus masyarakat Melayu
PAI, yang menerima pengetahuan BM (Bahasa Kedua) dan terdedah pula dengan dua
penyakit: Pertama penyakit sentiasa menukar kode bahasa dan kedua yang mempunyai
penyakit sikap memandang rendah terhadap BM. Dan dalam tahap ketiga, pula yaitu
pada tahun 2017, gejala penyakit dalam tahap kedua, akan kian bertambah berat lagi,
kerana tahap kehidupan masyarakat Melayu akan bertambah tinggi, maka dengan
ssendirinya pilihan untuk bertutur dalam BI sebagai orang terpelajar akan kian bertambah
pula... (Suratman Markasan:1987)

Penyebaran Bahasa Melayu di kalangan masyrakat:


Penggunaan dan penyebaran BM, selain dar yang kami jelaskan di atas, ada satu lagi
bidang penyebarannya, yaitu melalui media massa.
a) Melalui bidang hiburan radio dan tv:
Dari dua media massa ini, penyiaran aradio dalam BM yang melalui dua saluran;
WARNA dan RIA, masing-masing di udara setiap hari selama 19 jam dan 17 jam.
Melalui Radio WARNA, yang merupakan penyiaran untuk masyrakat umum: Lagu-lagu
hiburan mengambil waktu sebesar kira-kira 11 jam satu hari; Berita mengambil tempat
kedua dengan penyiaran selama kira-kira 1 jam 45 minit satu hari; Ruang Agama
mengambil tempat ketiga dengan masa kira-kira 1 jam 15 minit satu hari; Drama tempat

12
keempat dengan masa kira-kira 45 minit satu hari; kelima nasyid dan lagu berunsur
agama 40 minit satu hari dan akhir sekali Bahasa dan Sastera dengan waktu 30 minit
satu hari.
Station Radio RIA yang khusus untuk anak muda, dipenuhi dengan lagu-lagu
hiburan sebesar 16 jam 30 minit satu dan berita 30 minit satu hari.
Dalam keadaan yang demikian itu, penyebaran BM yang khusus mengenai bahasa
itu sendiri, akan kian bertambah kurang apabila masa mendatang dengan bentuk pola
penutur BM kian berkurangan dan penutur BI kian bertambah dari satu waktu ke satu
waktu yang lain.
Berdasarkan survei yang kami lakukan pada awal Januari 1992 yang baru lalu
(Survei:1999), mengenai apakah tiga program utama yang menarik minta mereka,
terhadap 77 informan; yang terdiri dari 18 guru BM, 11 guru agama, 11 mahasiswa, 7
pelajar polyteknik (PP), 8 belia dalam perkhidmatan negara (BPN), 6 belia penuggang
motorsikal (BPM), dan 16 gadis pekerja di kilang elektronik (GPK), dapatan kami adalah
seperti berikut:
Daftar B: Tiga Progeram WARNA yang diminati

Jumlah Pekerjaan Program 1 Program 2 Program 3


Informan
18 Guru BM Berita Syarahan agama Lagu Permintaan
11 Guru Agama Berita Firman & Sabda Lagu Permintaan
11 Mahasiswa Lagu Permintaan Berita Firman dan Sabda
07 PP Berita Lagu Permintaan Balada & Sahdu
08 BPN Lagu Permintaan Berita Berita Sukan
06 BPM Lagu Permintaan Berita Sukan Berita
16 GPK Lagu Permintaan Berita Syarahan Agama

Dari dapadatan tersebut jelas menunjukkan bahawa lagu-lagu permintaan


menjadi pilihan program nomor 1; sedang berita menjadi pilhan program nomor dua
dan pilihan nomor tiga tampaknya jatuh kepada lagu-lagu permintaan juga. Ada dua
program khas mengenai bahawa; yaitu sari bahasa dan program sastera balada dan
sahdu tidak menjadi pilihan umum, melainkan hanya satu golongan sahaja (pelajar
polyteknik) yang memilih bladad dan sahdu sebagai pilihan progaram nomor tiga
mereka.
Dari (survei:1992) tersebut juga, mengenai pertanyaan Apakah dua majalah
yang dilanggan dan dibaca oleh keluarga?. Dapatan kami menunjukkan bahawa

13
daripada 26 majalah yang dibeli dan dibaca terdapat 18 majalah berbahasa Melayu dan 8
majalah berbahasa Inggeris dan kesan yang diberikan oleh mereka, bahawa pilihan utama
jatuh kepada Jelita (BM); kedua Wanita (BM); ketiga Reader;s Digest (BI); keempat
Female (BI); dan kelima Fmili (BM). Sedang majalah bersifat benar-benar dengan isi
sastera, yaitu Dewan Sastera jatuh nomor 12 dan majalah dengan isi bahasa, yaitu
Dewan Bahasa jatuh nomor 19. Dengan itu jelas pulalah, bahawa pilihan mereka adalah
majalah yang bersifat hiburan.

b) Melalui bidang suratkhabar dan buku-buku:


Berita Harian, merupakan satu-satunya suratkhababar berbahasa Melayu di
Singapura. Dalam (survei:1992) tersebut juga, tampaknya pilihan terhadap tiga
suratkhabar yang dibeli dan dibaca oleh keluarga adalah: Pertama, Berita Harian; kedua
The Straits Times; dan ketiga New Paper. Walaupun Berita Harian menjadi pilihan
utama mereka, akan tetapi yang mereka beli satu suratkhabar berbahasa Melayu,
sebaliknya dua suratkhabar berbahasa Inggeris. Dan berdasarkan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Berita Harian pada tanggal 11 Mei 1993; Sekarang ini keluaran Berita
Harian mencapai sebesar 55,000 dan Berita Minggu 66,000 naskah, berbanding pada
tahun 1986: Berita Harian 42,000 naskah dan Berita Minggu 55,000 naskah.
Ini satu jumlah yang besar dan menggalakkan, akan tetapi kita tidak ada informasi
mengenai berapa ramaikah masyarkat Melayu yang membeli dan membaca The Straits
Times. Bagaimanapun jika kita melihat dari sensor 1990, bahawa ada seramai kira-kira
55% (209,000) PAI di kalangan masyarakat Melayu hari ini di Singapura, dengan itu
kami yakin bahawa jika 50% (104,500) sahaja dari PAI membeli dan membaca The
Straits Times maka ertinya lebih sekali ganda daripada masyarakat Melayu yang
membeli dan membaca Berita Harian/ Dan jangan lupa bahawa menurut sensor 1990
yang baru lalu sebesar 5.7% (21,660) masyarakat Melayu berpindah menggunakan BI
sebagai abahasa perantaraan mereka di rumah daripada BM.
Berdasarkan surbei yang kami lakukan pada tahun 1987, mengenai minat
membaca, dengan menggunakan 150 orang pembaca Melayu yang terdiri daripada: Guru
25, mahasiswa 25, pelajar pra-universiti 25, pelajar menengah 25 dan masyarakat umum
25, dapatan kami adalah seperti berikut (Suratman Markasan:1987).

14
Daftar C: Minat Membaca Tulisan Kreatif
Pembaca Jumlah Sastera % Sastera Inggeri %
Melayu
Guru 25 5 20% 6 24%
Siswazah 25 4 16% 8 32%
Siswa 25 5 20% 8 32%
Pra-U 25 6 24% 10 40%
Menengah 25 8 32% 15 60%
Umum 25 1 04% 2 08%
150 29 19.3% 49 32.6%

Dari dapatan di atas jelas menunjukkan betaopa minat penutur BM, memaca
sastera Inggeris lebih besar daripada membaca sastera Melayu. Kami pasti jika satu
survei dilakukan hari ini akan lebih banyak masyarkat Melayu membaca sastera Inggeris.
Kenyataan kami ini disokong kuat, mengenai trend pilihan majalah dan suratkhabar yang
dibaca sebagaimana yang kami terangkan tadi.

Kesimpulan:
Satu daripada sebab BM Singapura hari ini terdesak adalah kerana sikap bangsa Melayu
sendiri, sebagaimana terdesaknya bahasa-bahasa Tamil dan Mandarin di Singapura.
Kebanyakan orang Melayu dalam golongan generasi muda, terutama yang
berpentetahuan tinggi, tidak ada sikap: (1) ksetiaan terhadap bahasa, yang bererti
mempertahankan bahasanya, (2) bangga terhadap bahasanya, yang bermaksud
menggunakan dan mengembangkan sebagai lambang identiti, dan (3) kesedaran terhadap
bentuk bahasa, yang bermaksud menggunakan bahasa dengan betul dan cermat. Berbeda
sekali misalnya denan sikap bahasa yang dimiliki oleh orang-orang Prancis dan Jepun...
(Suratman Markasan:1987)
Menurut hemat kami yang penting yalah sikap, jika misalnya sikap kita tinggi dan
suka terhadap sesuatu, maka kita akan bersikap positif. Sebaliknya jika sikap kita rendah
dan tidak suka terhadap sesuatu, maka sikap kita menjadi negatif. Dalam masalah
kebahasaan di Singapura sekarang, kerana banyak PAI yang bersikap negatif terhadap
bahasanya sendiri. Dalam hal ini kami dapat mengenal pasti, ada empat golongan mereka
sebagaimana yang kami jelaskan lebih awal dalam rencna ini.

15
... Menurut hemat kami juga bahawa selain empat golongan PAI yang
mempunyai sikapnegatif terhadap BM itu, kebanyakannya datang dari golongan
terpelajar masyarkat Melayu, sebaliknya sikap berpura-pura terhadap bahasa, banyak
datang dari golongan masyarakat PAI yang berlatarbelakangkan lulusan SR, SM dan MR.
Dalam satu situasi, mereka berasa marah apabila papan-papan tanda di Bus Interchange
ditulis dalam BI dan bahasa Mandarin, akan tetapi di rumaha, secara sedar
atau mungkin tidak sedar mereka bertutur dengan keluarga mereka dalam BI...
(Suratman Markasan:1992).
Mungkin sama halnya, pada masa depan ketika hasil penulisan sasgtera Melayu
Singapura kian berkurangan, atau mungkin hapus sama sekali, mereka akan tidak senang,
akan tetapi sekarang ini mereka tidak membeli hasil tulisan sastera Melayu Singapura.
Juga besar kemungkinannya, jika satu ketika pengumuman keberangkatan dan
ketibaan pesawat-pesawat dari Malaysia, Indonesaia dan pesawat SIA dan Silkair di
Lapangan Terbang Changi digunakan hanya dalam BI dan Bahasa Mandarin, mereka juga
akan marah dan tersinggung, akant etapi apakah dalam kehidupan hari-hari mereka di
tempat kerja apabila bertutur sesama bangsa dan di rumah bersama keluarga, mereka
menggunakan BM?

Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?


Untuk mengtasi persoalan tersebut, kami pernah menyebut bahawa perlunya BM di
Singapura dirancang. ... Dan perancangan ang perlu ditekankan dalam tahap ini, yalah
perancangan tarap bahasa. Kami menyebut, bahawa jika BM masih dianggap sebagai
Bahasa Kebangsaan, maka fungsinya harus dilihat kembali...
... Misalnya selepas 1975, Bahasa Kebangsaan (BK) tidak lagi diajar di semua
sekolah di Singapura,mengapatidak sekarang ini ditinjau kembali; jika dasar ini tidak
dapat diperaktikkan seluruhanya; dari SR hingga SM. Mengapa tidak dimulakan
pengajaran BK, bermula di SM. Dalam SM ini, masih boleh dipilih. Aliran express sahaja
yang seharusnya mengikuti sistem ini, bukan aliran normal...
... Pun dalam dasar pengajaran bahasa dalam kontek Perancangan Tarap
Bahasa; (1) Pelajar-pelajar yang termasuk 10% terbaik dari keputusan PTSR, diberi
pilihan untuk mempelajari salah satu bahasa asing (bahasa-bahasa Jepun, Jerman dan

16
Francis) di samping bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing. (2) Pelajar-
pelajar yang sama itu, diberi pilihan pula memepelajari bahasa ibunda bukan di peringkat
sebagai bahasa kedua (istilah sekarang Bahasa Melayu Tinggi)...
... Jika dasar pengajar bahasa ini dapat dilakukan, maka tidak mustahil bahawa
dasar BK itu juga bisa dilaksanakan. Dan hal ini tentu sekali sesuai dengan dasar BK
yang disetujui di dalama parlimen, ketika ketetapan gtersebut dicapai. Dan hal ini, sesuai
sekali denan ucapan B.G.Lee Hsieng Loong, Menteri Perusahaan dan Perdagangan,
ketika kembali dari kunjungannya ke Indonesia, bahawa penting bagi rakyat Singapura
mengetahui bahasa Indonesia/Malayisa demi untuk mengakaarbkan hubungan antara
negara tetangga... (Suratman Markasan:1987)
Hal lain yang harus dilakukan, adalah oleh masayarkat penuturnya sendiri:
1) Empat golongan PAI yang kami sebut-sebut pada awal rencnaa ini sebagai
golongan yang mempunyai sikap memandang rendah terhadap bahasanya sendiri itu,
harus menukar sikap negatifnya itu kepada satu sikap yang positif.
2) Menurut census penduduk 1990 yang baru lalu, bahawa penutur BM yang
menggunakan BI di kalangan keluarganya sudah meningkat menjadi 5.7%, (berbanding
2.3% menurut census penduduk 1980). Sikap ini harus disedarkan, bahawa untuk
meningkat performas BI, jangan sampai BM menjadi korban. Bahawa ada banyak jalan
boleh diatur; misalnya tiga hari tertentu dalam seminggu, semua anggota keluarga harus
bertutur dalam BM, atau mungkin tugas ibubapa dibagi,. Jika ibu bertutur dengan anak-
anaknya dalam BM, maka bapa pula harus bertutur dengan anak-anaknya dalam BI.
3) Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), mulai tahun 1992, telah
menyatakan akan mengadakan sambutan Bulan Bahasa (BB) setahun sekali.
Pengumuman ini tentu diterima oleh masyarakat umum dengan baik. Akan tetapi jika
dalam masa bulan-bulan tertentu dalam BB itu sahaja, masayrakat penutur BM cukup
berhati-hati dalam waktu menggunakan BM dan selesai BB, mereka kembali seperti
biasa, ertinya sikap ini kurang meniggalkan kesan yang baik. Atau mungkin sebilangan
kecil saja, masyarakat penutur BM yang sedar akan adanya BB, sedang golongan terbesar
masyarakat Melayu dari PAI, khususnya golongan terpelajar tidak berkewajiban menukar
sikap, maka Jawatankuasa BB harus mencari alaternatif lain untuk mencapai matlamat
memasyarakatkan BM di kalangan PAI itu.

17
4) MBMS seharusnya tidak lagi menjadi pemerhati dalam MABBIM, melainkan
menjadi anggota [penuh, kerana dengan itu akan dapat menukar sikap setengah-setengah
orang terhadap perkembangan bahasa dan sastera Melayu di Singapura sekedar
melepaskan batuk di tangga sahaja.

Penutup
Jika perancangan tarap bahasa dapat dilakukan, jika tidak 100 persen barangkali 50
persen sahaja dulu, maka satu gejala yang boleh menjadikan BM terdesak kedudukannya
dari sisi penuturnya sendiri, telah akan dapat kita hindari. Maka tahap selanjut pula,
sebagai pendorong; tahap perancangan untuk perancangan bahasa dan perancangan
korpus bahasa dilanjutkan.
... Untuk menjadi perancangan bahas aini dapat bergerak dengan aik dan
sempurna, amak peranan MBMS amat penting sekali diperlukan dan akan lebih
bermakna lagi, jika MBMS segera menambil sikap menjadi anggota penuh MABBIM,
sehingga dengan demikian akan banyak faedah bersama yang akan diraeh oleh semua
pihak, insya-Allah... (Suratman Markasan:1992)
Demikianlah yang dapat kami sampaikan, jika apendapat ini dapat membeikan
kebaikan, maka kepada Allah kami pulangkan pujiannya. Sebaliknya, jika tidak ada apa-
apa pun kebaikan daripadanya, maka itu tandanyamemang saya yang daif. Sekian,
wallahualam bissawap.

Singapura,
23 Zulkaidah 1413
15 Mei 1993

Rujukan:
1) Suratman Markasan, 1980, Penggunaan dan Perkembangan Bahasa Melayu dan Sastera
Melayu di Singapura (Cermah di Kemah Kepimpinan dan Organisasi Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Singapura, pada 18-22 Jun 1980),
2) Ibid , 1985, Perlukah Kita Mempunyai Bahasa Melayu Baku dan Bilakah
Bahasa Melayu Harus Menjadi Bahasa Baku? (Kertas saran kepada Jawatankuasa
Bahasa Melayu Singapura, 1985),
3) Ibid , 1987, Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Singapura: Di Persimpangan
Kertas-kerja yang disampaikan di Hari Sastera di Kuantan, Pahang, pada 15-18 Oktober
1987,
4) Ibid , 1992, Kedudukan dan Fungsi Bahasa Melayu di Singapura (Kertas-
Kerja yang disampaikan di Seminar Bahasa Sebagai Bahasa Pergaulan Bangsa ASEAN
Dan Bahasa Serumpun, di Tanjung Pinang, Riau, Indonesia, pada 8-10 September 1992.

18
19

Anda mungkin juga menyukai