Anda di halaman 1dari 217

E 3008 PENGURUSAN i

__________________________________________________________________
MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

E 3007
PENGURUSAN

RAHIMAH BINTI YUNUS, (PKB)

NIK RAHAYA BINTI NIK ISHAK, (PKB)

WAN AZHAR BIN WAN ABDUL RAHMAN, (PKKT)

download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN ii

__________________________________________________________________

GRID KURIKULUM
Grid Kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang
digunakan di politeknik Kementerian Pendidkan Malaysia.

TOPIK UNIT

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN 1 2

FUNGSI PENGURUSAN 3 4 5

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 6 7 8

PENGURUSAN PROJEK 9 10

KAWALAN PERANCANGAN PENGELUARAN 11

KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI 12 13 14 15 16

PENGURUSAN EKONOMI ERA BERDIGIT 17 18

UNIT 1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN


1.1 Definisi Pengurusan
1.2 Kepentingan Pengurusan
1.3 Perkembangan Pengurusan

UNIT 2 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN


2.1 Konsep Pengurusan Islam
2.2 Konsep Pengurusan Barat
2.3 Lain-lain Konsep Pengurusan

UNIT 3 FUNGSI PENGURUSAN


3.1 Elemen-elemen Fungsi Pengurusan

UNIT 4 FUNGSI PENGURUSAN


4.1 Keperluan Komunikasi Dalam Pengurusan
4.2 Proses Komunikasi Dalam Pengurusan
download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN iii

__________________________________________________________________

UNIT 5 FUNGSI PENGURUSAN


5.1 Keperluan Motivasi Dalam Pengurusan
5.2 Proses Motivasi Dalam Pengurusan

UNIT 6 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


6.1 Keperluan Pengurusan Sumber Manusia

UNIT 7 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


7.1 Proses Penstafan
7.2 Kesan Penstafan

UNIT 8 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


8.1 Keperluan Peningkatan Kemahiran dan Latihan

UNIT 9 PENGURUSAN PROJEK


9.1 Elemen-elemen Dalam Pengurusan Projek

UNIT 10 PENGURUSAN PROJEK


10.1 Perancangan dan Kitar Kawalan
10.2 Pembangunan Pelan Projek
10.3 Pelaksanaan Pelan Projek
10.4 Pemantauan Kemajuan Projek
10.5 Kawalan Projek
10.6 Integrasi Kos
10.7 Penjadualan Maklumat dan Nilai Dapatan
10.8 Membuat Laporan dan Taklimat

UNIT 11 KAWALAN PERANCANGAN PENGELUARAN


11.1 Definisi Kawalan Perancangan Keluaran
11.2 Proses Kawalan Perancangan Keluaran

download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN iv

__________________________________________________________________

UNIT 12 KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI


12.1 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

UNIT 13 KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI


13.1 Kumpulan Kawalan Mutu (Quality Control Circle)

UNIT 14 KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI


14.1 Management By Objective (MBO)
14.2 Just In Time (JIT)

UNIT 15 KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI


15.1 ISO 9000

UNIT 16 KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI


16.1 5 S

UNIT 17 PENGURUSAN ERA EKONOMI BERDIGIT


17.1 Proses Pencapaian Maklumat
17.2 Proses Penyaringan Maklumat

UNIT 18 PENGURUSAN ERA EKONOMI BERDIGIT


18.1 Keperluan Peralatan IT Dalam Pengurusan
18.2 Kepentingan MSC

download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN v

__________________________________________________________________

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 18 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang
sama.
2. Mukasurat dinomborkan berdasarkan kepada Kod Subek, Unit dan
Halaman.

E 3008 / UNIT 1 / 5

Subjek
Unit 1
Halaman 5

3. Pada permulaan unit, objektif am dan objektif khusus dinyatakan.


4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan seperti berikut :

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus bagi setiap
pembelajaran.

INPUT
Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif
untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti
dan melaksanakan arahan yang diberikan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN vi

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan
yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian Kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.


6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit
sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN vii

__________________________________________________________________

PERNYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar semester 6 yang mengikuti


kursus diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Malaysia. Ia bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep serta amalan pengurusan
yang dipraktikkan di sector industri/korporat dan awam. Dengan ini dapat
membolehkan pelajar-pelajar memainkan secara aktif dan produktif dalam kerjaya
mereka.

PRA-SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN


Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus semester 5.

OBJEKTIF AM
Diakhir modul ini pelajar-pelajar akan dapat :

1. Memahami definisi dan konsep-konsep pengurusan


2. Mengetahui dan memahami fungsi-fungsi pengurusan.
3. Mengetahui dan memahami keperluan serta kepentingan Pengurusan Sumber
Manusia
4. Mengenalpasti dan memahami elemen-elemen dalam Pengurusan Projek
5. Mengetahui dan memahami definisi serta proses Kawalan Perancangan
Pengeluaran.
6. Mengetahui dan memahami asas Pengurusan Kualiti.
7. Mengetahui Pengurusan Era Ekonomi Berdigit.

PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA


MODUL
TIADA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
E 3008 PENGURUSAN viii

__________________________________________________________________

RUJUKAN

1. ___________________, Pengantar Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.

2. Abu Mansor Ahmad, Fais Ahmad et. Al., Pengantar Pengurusan, Universiti
Utara Malaysia, 1999.

3. Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam(Terjemahan), Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

4. Jaafar Muhamad, Siri Pengurusan Fajar Bakti : Asas Pengurusan, Edisi


Kedua, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1992.

5. Muhammad A. Al-Bureay, Islam Landasan Adninistrasi Pembangunan,


Jakarta: CV. Rajawali, 1986.

6. Mustafa Haji Daud, Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan : Pengurusan


Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publication, 1994.

7. Rusinah Siron, Principles of Management: A Study Guide, Petaling Jaya,


Prentice Hall (M) Sdn.Bhd., 1999.

8. Syed Othman Alhabshi, Islam, Ekonomi dan Pengurusan, Petaling Jaya:


Penerbitan Hizbi, 1989.

9. Victor S.L. Tan, Revolusi Pengurusan Imperatif Perubahan Untuk Syarikat-


syarikat di Asia, Times Book International, 1995.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/1

_____________________________________________________________________

DEFINISI
UNIT DAN
2 KONSEP
PENGURUSAN

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami definisi dan


Am konsep-konsep pengurusan

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat:


Khusus
1. Menerangkan konsep pengurusan
Islam.

2. Menerangkan konsep pengurusan


Barat.

3. Menerangkan konsep pengurusan


Jepun.

4. Membuat perbandingan konsep-


konsep pengurusan Islam, Barat
dan Jepun.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/2

_____________________________________________________________________

2.0 PENGENALAN

Dalam unit ini, kita akan mempelajari beberapa konsep pengurusan yang
diamalkan oleh sesetengah organisasi. Konsep-konsep pengurusan sebenarnya
telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman
Jahiliyyah dan sebagainya. Bolehkah anda nyatakan konsep-konsep pengurusan
tersebut ?

Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada


masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :

a. Konsep Pengurusan Islam


b. Konsep Pengurusan Barat
c. Konsep Pengurusan Jepun

2.1 Konsep Pengurusan Islam

Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan
sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip
pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur,
pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas
yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata
kebendaan dan keduniaan sahaja.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/3

_____________________________________________________________________

2.1.1 Definisi Pengurusan Islam

Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah


mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :

a. Ahmad Ibrahim Abu Sin


Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan
serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.

b. Profesor Syed Othman Alhabshi


Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan
sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya
untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk
barangan atau perkhidmatan.

c. Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai
matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi
antara satu sama lain.

Kesimpulan

Pengurusan sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan


untuk mencapai sesuatu matlamat, pelaksanaan dasar pemerintahan
untuk kebajikan awam atau rakyat dan penyelarasan antara agensi
kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah diputuskan bagi
mencapai matlamat negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/4

_____________________________________________________________________

2.1.2 Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam

Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-


Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan
adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.

Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.

Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-


hukum Islam yang lain.

Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-


hal duniawi.

Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya


daripada hal-hal lain.

Kesimpulan
Melaksana syariah
Islam
Keredhaan
Allah

Matlamat &
kemakmuran Objektif Amanah
Pengurusan Islam Allah

Ketinggian Islam

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/5

_____________________________________________________________________

2.1.3 Prinsip-prinsip Pengurusan Islam

Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-


Demokrasi
Syura
Delegasi

2.1.3.1 Demokrasi

Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi


mendapat dan mempertahankan hak. Namun demikian Islam
menekankan kewajipan tentang memelihara hak masyarakat.
Islam menjamin hak individu dan masyarakat secara serentak
dengan mewajibkan setiap individu bersifat benar, jujur, ikhlas,
amanah, bertanggungjawab dan adil dalam pengurusan. Umat
Islam mesti menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti
bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.

2.1.3.2 Syura

Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi perundingan,


perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi
memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai
keputusan bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi
demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam diri individu.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/6

_____________________________________________________________________

2.1.3.3 Delegasi

Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas dilakukan mengikut


kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam
memangku tugas yang diberikan oleh pihak pengurusan atau
ketua. Orang yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk
melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan amanah
tetapi tanggungjawab sepenuhnya masih disandang oleh pihak
pengurusan.

Kesimpulan
1. Demokrasi Jaminan hak individu

PRINSIP
PENGURUSAN 2. Syura Perundingan, perbincangan dan
ISLAM mesyuarat bersama

3. Delegasi Agihan dan


serahan tugas
secara ilmu

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/7

_____________________________________________________________________

2.1.4 Ciri-ciri Pengurusan Islam

2.1.4.1 Ciri-ciri Umum

a. Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat.


Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan
masyarakat yang berasaskan akhlak.

b. Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan


kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.

c. Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat


kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan
pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.

d. Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan


menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta
carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku
pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran
pahala.

2.1.4.2 Ciri-ciri Khusus

a. Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem


masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan
masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia,
manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan
hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan
pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat
sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/8

_____________________________________________________________________

Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku


dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam.
(Surah Al-Anam : 6:162)

b. Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan


khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu
amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di
dalam Al-Quran yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu


menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila
menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil.
(Surah An-Nisa : 4:58)

Kesimpulan

Ciri-Ciri Pengurusan Islam

Umum Khusus

1. Ikatan erat 1. Hubungan antara


2. Kepuasan Tuhan - manusia
3. Kemanusian & 2. Amanah &
kerohanian tanggungjawab
4. Tugas &
Tanggungjawab

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/9

_____________________________________________________________________

2.1 Berikan definisi Pengurusan Islam.

2.2 Nyatakan lima matlamat dan objektif Pengurusan Islam.

2.3 Tiga prinsip Pengurusan Islam ialah :


a._______________
b._______________
c._______________

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/10

_____________________________________________________________________

2.1 Pengurusan Islam didefinisikan sebagai kemahiran dalam perancangan dan


pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat, pelaksanaan dasr
pemerintahan untuk kebajikan awam dan penyelarasan antara agensi
kerajaan dalam melaksanakan dasarnya bagi mencapai matlamat negara.

2.2 a. Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan
memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
b. Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.
c. Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukumIslam
yang lain.
d. Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal
duniawi.
e. Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-
hal lain.

2.3 Demokrasi , Syura , Delegasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/11

_____________________________________________________________________

2.2 Konsep Pengurusan Barat

Persoalan awal yang perlu kita timbulkan di sini ialah, bagaimana pengurusan
barat lahir ? Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional
yang mana ia bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana
penekanan ia menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan
keuntungan.

Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi,
Sistem dan ciri-ciri nya.

2.2.1 Definisi Pengurusan Barat

Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-


sarjana Barat ialah :

a. Hilgert dan Leonard


Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat
dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta
membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke
arah pencapaian objektif organisasi.

b. Boone dan Kurtz


Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi
melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang
paling efektif.

c. Gitman dan McDaniel


Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber
manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi
bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/12

_____________________________________________________________________

d. Wagner dan Hollenback


Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan,
pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.

Kesimpulan

Pengurusan
suatu organisasi
Matlamat / Objektif

Proses

Sumber

2.2.2 Sistem Pengurusan Barat

Salah satu sistem pengurusan yang berkesan di barat ialah menggunakan


konsep Management By Walking Around (MBWA) yang merangkumi :-

a. Galakan interaksi di antara peringkat atasan dengan pekerja


bawahan dalam pengurusan dengan tujuan untuk melahirkan
sikap kerjasamma dan kesungguhan pekerja serta
meningkatkan produktiviti organisasi.

b. Menyampaikan maklumat dan mewujudkan komunikasi yang


jelas antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/13

_____________________________________________________________________

c. Membuat keputusan dalam hal keusahawanan, menyelesaikan


masalah, agihan sumber manusia dan sumber alam dan sebagai
perunding.

Kesimpulan

Sistem Pengurusan Barat

Keputusan,
Interaksi
MBWA penyelesaian,
semua
agihan dan
peringkat
perunding

Maklumat dan
Komunikasi jelas

2.2.3 Ciri-ciri Pengurusan Barat

Pakar-pakar pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan


yang dinamis seperti berikut :-

a. Ramalan
Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan
datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta
jangkaan sebab dan akibatnya.

b. Pengorganisasian
Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun
struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan
kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/14

_____________________________________________________________________

c. Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan,
meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan
pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.

d. Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti,
pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan
dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke
semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan
pembaikan.

e. Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka
panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari
segi teori dan amali.

Kesimpulan
Ramalan

Pimpinan Pengawalan
Ciri-Ciri
Pengurusan Barat

Pengorganisasian Perancangan Bertindak

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/15

_____________________________________________________________________

2.3 Lain-lain Konsep Pengurusan

Di antara lain-lain konsep pengurusan yang akan dibincangkan dalam unit ini
ialah konsep pengurusan Jepun.

2.3.1 Konsep Pengurusan Jepun

Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani


yang lebih mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling
bergantung, bekerja kuat, bergantung kepada musim, bertapak di
sesuatu tempat, memerlukan perancangan rapi, suka meniru dan
membaiki ciptaan orang lain. Falsafah pengurusan Jepun di atas
adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi dan menjamin
keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.

Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-

a Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented


management ) iaitu pekerjaan adalah untuk seumur hidup
pekerja di mana ganjaran dan penghargaan diberikan kepada
mereka yang paling lama berkhidmat.

b Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana


pihak pengurusan mengutamakan keharmonian dengan
pekerja dan sentaisa meningkatkan kerjasama. Semangat
pekerja sentiasa tinggi kerana mereka terlibat dalam membuat
keputusan.

c Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti,


displin, inovatif, ketaatan dan etika.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/16

_____________________________________________________________________

Kesimpulan

Konsep Pengurusan Jepun Kerjasama , berperancangan , meniru dan


membaiki untuk mencapai kemajuan korporat,
keamanan negara dan masyarakat

Pengurusan
Sikap
berorientasi Ciri-ciri Pengurusan Jepun terhadap
manusia
pekerja

Kerharmonian , penyesuaian dan


membuat keputusan

2.4 Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun

Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat
dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya
mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam
menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.

Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan


Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan
mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan
akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.

Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti,


kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan
barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut
keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama
dianggap peribadi.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/17

_____________________________________________________________________

Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan


matlamat akhir dalam pengurusan barat.

Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana
mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak
mungkin yang hanya bersifat sementara.

Kesimpulan

Jepun
Islam Perbandingan konsep-konsep - dunia sahaja
Pengurusan - bekerja
- dunia dan
sentiasa
akhirat
- berlumba
- Al-Quran &
cari untung
Sunnah
- Keredhaan
Allah Barat
- dunia semata-mata
- kebendaan, produktiviti,
kecekapan, keberkesanan
- bersifat pemburu

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/18

_____________________________________________________________________

2.4 Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan


kawalan pelakuan organisasi
Pernyataan di atas merupakan definisi pengurusan yang diberikan oleh :-
a. Boone dan Kurtz c. Hilgert dan Leornard
b. Wagner dan Hollenback d. Eitman dan McDaniel

2.5 Ciri-ciri pengurusan Barat yang dinamis ialah


a. ______________ b. ________________
c. ______________ d. ________________
c. ______________

2.6 Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, disiplin, inovatif,
ketaatan dan etika merupakan salah satu ciri pengurusan Jepun.
Betul Salah

2.7 Padankan konsep-konsep pengurusan di bawah


1. Pengurusan berorientasikan manusia A. Islam

2. Galakan interaksi antara pengikut atasan


B. Jepun
dan bawahan dalam pengurusan

3. Pengurusan yang merangkumi perundingan,


C. Barat
perbincangan dan mesyuarat

D. China

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/19

_____________________________________________________________________

2.4 C. Wagner dan Hollenback.

2.5 a. Ramalan.
b. Pengorganisasian.
c. Pimpinan.
d. Pengawalan.
e. Perancangan bertindak.

2.6 Betul.

2.7 1-B , 2-C , 3-A.

a. Kehidupan.
b. Kerjaya.
c. Masyarakat.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN E3007/UNIT 2/20

_____________________________________________________________________

SOALAN 2-1
Bandingkan konsep pengurusan Barat, Islam dan Jepun dari segi ciri-cirinya.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/1

_____________________________________________________________________

FUNGSI
UNIT PENGURUSAN
3

OBJEKTIF

Objektif :
Am Mengetahui dan memahami fungsi- fungsi
pengurusan

Objektif : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


Khusus
1. Mengenalpasti elemen-elemen fungsi
pengurusan

2. Menerangkan setiap elemen fungsi


pengurusan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/2

_____________________________________________________________________

INPUT

3.0 PENGENALAN

Pengurusan merupakan satu proses sosial. Telah banyak percubaan untuk


menganalisis elemen-elemen proses pengurusan ini dan didapati banyak
perubahan dan perbezaan di antara pakar dengan pakar lain. Oleh itu,
kesepakatan telah diwujudkan oleh UNESCO di dalam menentukan elemen-
elemen pengurusan yang dianggap sesuai.

Dari perbincangan unit sebelum ini, apakah yang anda boleh nyatakan tentang
elemen-elemen pengurusan yang digariskan oleh UNESCO? Sudah pasti
jawapan yang anda akan nyatakan bagi elemen-elemen pengurusan ialah :
i. Perancangan
ii. Penyusunan
iii. Kepimpinan
iv. Kawalan.

Elemen-elemen pengurusan akan berlaku dengan lebih cekap dan efektif


apabila sumber-sumber di dalam pengurusan seperti tenaga manusia, kewangan,
bahan mentah dan teknologi dapat disediakan dalam melaksanakan matlamat
organisasi .

Oleh itu, setiap elemen berkait rapat diantara satu sama lain bagi menghasilkan
keluaran dalam bentuk perkhidmatan atau produk. Rajah 3.1 mengambarkan
bagaimana hubungkait di antara sumber-sumber dan elemen-elemen
pengurusan.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/3

_____________________________________________________________________

Merancang

Sumber Kawalan Pengorganisasian

Memimpin

Rajah 3.1 : Hubungkait di antara elemen-elemen Pengurusan dan Sumber

3.1 FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN

Jika kita perhatikan, pengurusan dilihat sebagai satu proses yang melibatkan
fungsi keempat-empat elemen tersebut. Fungsi-fungsi elemen inilah yang
menentukan berjaya atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat
organisasi.

Di sini, kita akan menerangkan bagaimana fungsi-fungsi setiap elemen


memainkan peranannya kearah pencapaian matlamat organisasi tersebut.

3.1.1 Merancang

Merancang ialah satu proses yang berterusan dalam menentukan apa


yang perlu dibuat pada masa hadapan iaitu matlamat organisasi dimana
ia perlu membuat persediaan in advance laluan yang perlu diikuti. Ia
melibatkan perkara-perkara kritikal seperti dasar organisasi, objektif
prosidur dan polisi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/4

_____________________________________________________________________

Perancangan yang agresif melibatkan pengumpulan data/maklumat


dan penganalisaan yang teliti bagi membuat jangkaan masa depan di
mana ia melibatkan what if.

Kepentingan merancang di dalam organisasi adalah bagi


a. Mengenalpasti bagaimana organisasi mendapatkan dan
menggunakan sumber
b. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan
c. Mengawal aktiviti-aktiviti pengurusan dengan berkesan

Rumusan

Proses berterusan yang menentukan matlamat


Merancang organisasi, strstegi, taktik dan operasi dalam
mencapai matlamat organisasi

Pentingnya 1. Dapat dan guna sumber


Merancang 2. Mengenalpasti aktiviti
3. Mengawal aktiviti

3.1.2 Pengorganisasian

Pengorganisasian ialah satu proses penyusunan dan pengagihan,


autoriti dan sumber manusia dan bukan sumber manusia dalam
menjalankan aktiviti pengurusan untuk mencapai matlamat
pengurusan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/5

_____________________________________________________________________

Di dalam pengorganisasian ini, ia akan melibatkan kepada


pembahagian kawasan, bahagian, unit atau kumpulan.

Melalui fungsi ini, seorang pengurus dapat menentukan apakah tugas


yang perlu dilakukan, bagaimana pelbagai tugas dikumpulkan sebagai
satu pekerjaan dan bagaimana mengklasifikasikan dan menentukan
unit-unit tertentu yang menjadi struktur keseluruhan organisasi.

Rumusan

Pengorganisasian Proses mengadun dan mengatur sumber


serta penyusunan organisasi

Kepentingan 1. Apakah tugas


Pengorganisasian 2. Bagaimana tugas sebagai
pekerjaan
3. Bagaimana tentukan unit-unit
sebagai struktur organisasi

3.1.3 Memimpin

Memimpin didefinisikan sebagai proses mempengaruhi, memberi


panduan dan memberi motivasi kepada pekerja untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti dalam mencapai matlamat organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/6

_____________________________________________________________________

Di dalam memimpin organisasi, penyampaian ilmu pengetahuan dan


kemahiran perlu seimbang supaya pekerja dapat melaksanakan tugas
dengan lebih efektif.

Fungsi ini adalah merupakan aspek yang lebih konkrit kerana ianya
melibatkan seorang pengurus bekerja dengan orang lain. Melalui
kepimpinan, seorang pengurus yang cekap dapat membentuk satu
persekitaran kerja yang sesuai dan kondusif untuk memastikan setiap
pekerja menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang demi kepentingan
dan pencapaian objektif organisasi.

Rumusan

Memimpin Proses membimbing, mempengaruhi dan


memberi motivasi

Kepentingan 1. Pembentukan persekitaran kerja yang


Memimpin selesa dan kondusif
2. wujud kelancaran komunikasi

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/7

_____________________________________________________________________

3.1.4 Mengawal

Mengawal ialah langkah-langkah kawalan dan menilai prestasi dan


mengambil tindakan pembetulan jika berlaku kesalahan agar matlamat
organisasi dapat dicapai.

Objektif pengawalan adalah memastikan sejauhmanakah fungsi


perancangan berjaya dilaksanakan berbanding dengan apa yang
dirancangkan dan mengambil tindakan pembetulan.

Empat elemen penting dalam proses pengawalan dalam fungsi


pengurusan iaitu :
a. Menetapkan piawai prestasi
b. Mengukur prestasi semasa
c. Membandingkan prestasi semasa dengan piawai yang
ditetapkan
d. Mengambil langkah pembetulan sekiranya berlaku kesalahan

Rumusan
Elemen
Proses pengawalan

Tetap piawai
prestasi
Ukur prestasi

Bandingan
prestasi
Penambahbaikan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/8

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 3

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

3.1 Nyatakan elemen-elemen fungsi pengurusan.


a. __________________ b. ____________________
c. __________________ d. ____________________

3.2 Fungsi pengurusan yang menentukan apa yang perlu dilakukan, bagaimana ia
dilakukan, mengapa dilakukan dan siapa yang melakukannya dikenali sebagai :
a. Pengawalan c. Penyusunan
b. Mengarah d. Merancang

3.3 Seorang pemimpin sepatutnya menunjukkan minatnya dan menyelidik


dengan aktif mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pengikut-
pengikutnya.

Betul Salah

3.4 Menyusun ialah satu proses menentukan apa yang perlu dibuat pada masa
hadapan.

Betul Salah

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/9

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 3

3.1 a. Merancang.
b. Pengorganisasian
c. Memimpin.
d.Mengawal.

3.2 d. Merancang.
3.3 Betul.
3.4 Salah.

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 3/10

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

Soalan 3

3.1 Terangkan 4 aktiviti-aktiviti atau fungsi-fungsi utama pengurusan.


3.2 Apakah perkaitan diantara perancangan dan pengawalan.
3.3 Sebagai seorang pengurus di dalam sebuah organisasi, apakah fungsi anda.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/1

_____________________________________________________________________

UNIT FUNGSI
4 PENGURUSAN

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami fungsi-


Am fungsi pengurusan

Objektif : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


Khusus
1. Mengenalpasti keperluan
Komunikasi dalam pengurusan

2. Menerangkan proses komunikasi


dalam pengurusan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/2

_____________________________________________________________________

INPUT

4.0 PENGENALAN

Kita sering mendengar perkataan komunikasi yang digunakan dalam pelbagai


keadaan dalam kehidupan kita. Begitu juga dengan pengurusan, perkataan
komunikasi juga digunakan.

Komunikasi merupakan perkara yang amat penting bagi sesebuah organisasi.


Tanpa satu sistem komunikasi yang berkesan, akan menyebabkan proses
perancangan sesebuah organisasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan
teratur bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu ia merupakan
nadi yang menghidupkan perjalanan sesebuah organisasi.

Komunikasi adalah proses pertukaran dan pemindahan maklumat dari individu


atau satu pihak kepada seseorang atau pihak lain menerusi simbol-simbol yang
bermakna.

4.1 KEPERLUAN KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN

Bolehkah anda nyatakan, mengapakah keperluan komunikasi dalam pengurusan


penting kepada sesebuah organisasi ? Kita perlu memahami bahawa
keberkesanan komunikasi akan melancarkan perjalanan perancangan ke arah
mencapai matlamat sesebuah organisasi. Kesemua fungsi-fungsi elemen proses
pengurusan akan disalingkaitkan melalui komunikasi. Dengan itu, komunikasi

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/3

_____________________________________________________________________
merupakan satu aspek penting bagi memastikan organisasi dapat berfungsi
seperti yang diharapkan.

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai


seperti berikut :

a. Pencapaian Objektif
Dalam komunikasi, pengurus dapat mempengaruhi pekerja mengubah
kelakuan, minat dan kerjasama untuk bekerja dan mencapai matlamat
organisasi melalui kaedah lisan, bertulis, mekanikal dan simbolik.

b. Pengumpulan Maklumat dan Penyebaran Maklumat


Melalui komunikasi, organisasi akan dapat memperolehi banyak
maklumat yang diperlukan seperti pengetahuan teknologi, latihan kerja,
kewangan dan sebagainya. Ini bertujuan agar usaha menyusun strategi
ke arah bagaimana hendak berfungsi secara cekap dan berkesan.

c. Alat Kawalan
Komunikasi berupaya mengawal tingkah laku ahli-ahli dalam beberapa
cara seperti memo, senarai tugas, surat pekeliling dan sebagainya.

d. Dorongan
Komunikasi juga turut berperanan dari segi perkembangan dan
pertumbuhan dorongan dengan menjelaskan kepada pekejra-pekerja
terhadap tindakan yang perlu dilakukan, prestasi yang mesti ditunjukkan
dan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi.

e. Proses Pengambilan Kerja


Proses pengambilan pekerja baru melibatkan komunikasi dari awal
hingga akhir. Misalnya, melalui komunikasi bertulis dan iklan, calon
dipilih melalui borang-borang permohonan jawatan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/4

_____________________________________________________________________

f. Latihan
Fungsi komunikasi jelas sebagai media utama yang digunakan untuk
melatih pekerja sesebuah organisasi seperti latihan sambil kerja, arahan
kerja dan syarahan. Ini akan mewujudkan keberkesanan dan kelicinan
dalam latihan.

g. Hubungan Kerja
Secara formal atau tidak, semua aktiviti kerja memerlukan interaksi
antara satu sama lain. Maka perlunya komunikasi dalam menjalankan
tugas masing-masing supaya bersama-sama menuju pencapaian satu
matlamat.

h. Membuat Keputusan
Dalam membuat keputusan, mesyuarat dan perbincangan adalah perlu.
Alternatif yang dipersetujui dari mesyuarat dan perbincangan akan
disebarkan kepada seluruh ahli organisasi. Kesemua aktiviti ini akan
melibatkan komunikasi.

i. Penilaian Prestasi
Bagi tujuan bimbingan, latihan dan pembaikan, pengurus perlu
menjalankan penilaian prestasi ke atas mutu dan gaya kerja pekerjanya.
Kedua-dua pihak perlu mengetahui maklumat ini bagi kebaikan
bersama. Ini hanya boleh dilakukan melalui kemonukasi agar sesuatu
tujuan hasrat tercapai.

j. Keselamatan Pekerja
Aspek komunikasi turut memainkan peranannya dalam menentukan
keselamatan pekerja. Kemalangan di tempat kerja boleh dikurangkan
melalui amaran-amaran bertulis, lisan dan simbol tertentu. Kesan
akhirnya ialah organisasi dapat menjimatkan kos dan memudahkan
pengurusan organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/5

_____________________________________________________________________

k. Penyelesaian Masalah
Komunikasi juga turut berperanan menyelesaikan sesuatu masalah
organisasi. Apabila timbul ketegangan dalam organisasi, pihak
pengurusan dan pekerja boleh bekerjasama untuk menyelesaikannya
samada melalui dialog, perbincangan, mesyuarat dan sebagainya. Kata
sepakat hanya dapat diperolehi setelah komunikasi yang baik
dilaksanakan.

Secara umumnya , proses komunikasi amat perlu dalam melaksanakan fungsi


elemen-elemen pengurusan. Ini bermakna pengurus memerlukan maklumat
yang tepat sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan individu
atau kumpulan. Situasi ini memerlukan komunikasi yang efektif sebelum
membuat sebarang keputusan kepada pihak lain.

Rumusan

Komunikasi proses pemindahan maklumat antara dua pihak


menerusi simbol-simbol yang bermakna.

Disiplin Membuat keputusan


Kerja Penyelesaian Masalah
Keselamatan
pekerja Penilaian
Keperluan prestasi
Pencapaian Komunikasi
Objektif Dalam Hubungan
Pengurusan Kerja
Dorongan
Proses
Pengumpulan Latihan
Alat pengambilan
dan sebaran pekerja
maklumat kawalan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/6

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 4a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

4.1 Berikan definisi komunikasi

4.2 Nyatakan kenapa komunikasi diperlukan di dalam pengurusan sesebuah


organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/7

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 4a

4.2 Komunikasi ialah proses pertukaran dan pemindahan maklumat dari individu
atau satu pihak kepada pihak yang lain menerusi simbol-simbol yang
bermakna.

4.2 Komunikasi diperlukan di dalam pengurusan organisasi untuk mendapatkan


maklumat sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan individu
atau kumpulan.

OK, KITA KE TOPIK


YANG SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/8

_____________________________________________________________________

4.2 PROSES KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN

Setelah anda fahami definisi komunikasi secara umum mengenai pengurusan,


perlulah juga anda mengetahui proses-proses yang berlaku dalam komunikasi
tersebut. Komunikasi merupakan satu proses atau aliran yang boleh
digambarkan dalam bentuk model komunikasi yang abstrak. Dalam proses
komunikasi, tiga elemen asas dalam proses komunikasi iaitu :
a. Sumber (penghantaran)
b. Maklumat (mesej)
c. Penerima

Model asas proses komunikasi ini digambarkan seperti rajah 4.1 di bawah :

Penghantar Maklumat Penerima

Rajah 4.1 : Model asas proses komunikasi

Oleh itu, jika salah satu elemen proses komunikasi tidak beroperasi dengan
baik, maka komunikasi dalam erti kata sebenar tidak akan wujud. Proses
komunikasi sebenarnya bertujuan supaya sesuatu maklumat yang kabur menjadi
lebih jelas dan berkesan apabila melalui proses komunikasi yang betul.

Model komunikasi dalam pengurusan secara ideal dalam pengurusan


mempunyai elemen-elemen yang tertentu. Elemen-elemen tersebut ialah :
a. Penyampai maklumat (Enkodan)
b. Penerima maklumat (Dekodan)
c. Mesej
d. Saluran maklumat (Channel)
e. Maklumbalas (Feedback)

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/9

_____________________________________________________________________

Model komunikasi ini dapat ditunjukkan seperti rajah 4.2 di bawah.

Menghantar Mesej Mesej Menerima

Sumber Enkoder Channel Enkoder Penerima

Menerima Menghantar

Rajah 4.2 : Proses Komunikasi yang lebih ideal dalam pengurusan

4.2.1 Penyampai Maklumat ( Enkodan)

Pengirim ialah sumber dimana punca kepada maklumat yang memulakan proses
komunikasi. Ia akan memilih mesej dan perantaraan yang hendak disampaikan
seperti tulisan, lisan dan bahasa badan. Seterusnya pengirim akan menkodkan
mesej bagi tujuan penghantaran kepada penerima.

Enkodan merupakan proses penterjemahan sesuatu illusi atau pemikiran kepada


bentuk atau media seperti bertulis atau lisan yang membawa maksud yang ingin
disampaikan. Terdapat lima prinsip yang membantu ketepatan dalam proses
enkodan iaitu relevan, mudah, organisasi atau tersusun, ulangan dan fokus.

4.2.2 Penerima Maklumat (Dekodan)

Penerima ialah individu atau pihak yang menerima maklumat. Maklumat yang
diterima akan dekodan mesej yang dihantar.

Proses dekodan ialah proses menafsirkan mesej kepada bentuk yang mudah
difahami oleh penerima.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/10

_____________________________________________________________________

4.2.3 Mesej

Mesej ialah simbol-simbol seperti secara lisan, bertulis atau bahasa badan yang
melambangkan maklumat dihantar oleh pengirim kepada penerima.

4.2.4 Saluran Maklumat

Saluran maklumat membenarkan proses komunikasi melaluinya yang


bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian persekitaran. Contohnya,
bersemuka, telefon, pesanan dan rangka kerja.

4.2.5 Maklumbalas

Maklumbalas akan berlaku apabila mesej yang diterima oleh penerima memberi
tindakbalas kepada pengirim. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam dua keadaan,
iaitu :
a. secara langsung seperti percakapan ringkas yang menyatakan mesej telah
diterima.
b. tidak secara langsung seperti kualiti kerja yang ditunjukkan.

Rumusan

Elemen Asas Sumber Maklumat Penerima


Komunikasi
a. Enkodan
b. Dekodan
Elemen Ideal
Komunikasi c. Mesej
d. Saluran maklumat
e. Maklumbalas

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/11

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 4b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

4.3 Lakarkan rajah model proses komunikasi asas dalam pengurusan komunikasi.

4.4 Elemen elemen dalam model komunikasi ideal terdiri daripada :


a. ________________________
b. ________________________
c. ________________________
d. ________________________
e. ________________________

4.5 _________________ ialah proses menterjemahkan sesuatu ilustrasi yang ingin


disampaikan manakala ________________ ialah proses mentafsir mesej kepada
bentuk yang boleh difahami oleh penerima.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/12

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 4b

4.3

Penghantar Maklumat Penerima

4.4 a. Penyampai maklumat


b. penerima maklumat
c. mesej
d. saluran maklumat
e. maklumbalas

4.5 enkodan , dekodan.

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN E3007/UNIT 4/13

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 4 -1
Terangkan keperluan komunikasi dalam pengurusan.

SOALAN 4 2
Huraikan proses komunikasi di dalam pengurusan.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/1

_____________________________________________________________________

UNIT FUNGSI
5 PENGURUSAN

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami fungsi-fungsi


Am pengurusan

Objektif : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


Khusus
1. Mengenalpasti keperluan Motivasi
dalam pengurusan

2. Menerangkan proses motivasi dalam


pengurusan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/2

_____________________________________________________________________

INPUT

5.0 PENGENALAN

Di dalam pengurusan, aktiviti motivasi memainkan peranan penting dalam


peningkatan produktiviti kerja sesebuah organisasi. Kenapa kita mengatakan
penting kepada motivasi dalam pengurusan ? Ini adalah kerana motivasi
diperlukan untuk mempengaruhi gelagat individu untuk mencapai prestasi kerja
yang cemerlang dan kepuasan bekerja.

Adalah sukar untuk mendefinisikan motivasi secara tepat kerana teori motivasi
yang berbeza membincangkan dan menjelaskan motivasi dengan cara yang
berbeza-beza tentang mengapa dan bagaimana manusia dimotivasikan.
Contohnya, mengapa dan bagaimana pekerja yang bermotivasi untuk bekerja?
Ada yang menjawab berdasarkan rasionaliti ekonomi, atau proses psikologi
secara sedar dan sebagainya.

Robbins memberikan definisi motivasi sebagai kesanggupan untuk


menghasilkan tingkat usaha yang tinggi bagi mencapai matlamat organisasi,
dengan syarat adanya keupayaan usaha untuk memuaskan sesetengah keperluan
individu.

Secara umumnya, motivasi merupakan satu proses yang kompleks yang


melibatkan perasaan dalaman dan luaran induvidu yang akan merangsangkan
dan mengarahkan tindakan secara berterusan untuk mencapai matlamat.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/3

_____________________________________________________________________
5.1 KEPERLUAN MOTIVASI DALAM PENGURUSAN

Daripada pendedahan umum definisi motivasi di atas, bolehlah kita nyatakan


bahawa teori-teori motivasi boleh dikategorikan kepada dua jenis utama :
a. Teori-teori proses
Iaitu penerangan mengenai motivasi yang menekankan kepada aspek
bagaimana individu dimotivasikan.

b. Teori-teori kandungan
Ia menerangkan mengenai motivasi yang menekankan kepada ciri-ciri
dalaman yang terdapat pada manusia. Ia memfokuskan kepada
pentingnya untuk memahami tentang keperluan manusia dan
bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi.

Teori-teori motivasi tersebut di atas, menghuraikan keperluan yang terdapat


motivasi dalam pengurusan hasil dari hipotesis dan pemerhatian terhadap
individu.

Di antaranya , Abraham Maslow dalam teorinya, Teori Motivasi Maslow ,


menghuraikan lima tingkat keperluan motivasi yang diperlukan oleh manusia
iaitu :
a. Keperluan Fisiologi
Keperluan asas manusia untuk terus hidup seperti perlindungan,
makanan dan minuman, udara kesekesaan dan lain-lain.

b. Keperluan Keselamatan
Bertujuan untuk mengelakkan induvidu daripada perkara-perkara yang
menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan dan lain-lain.

c. Keperluan Sosial
Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap
seseorang induvidu seperti persahabatan, kasih sayang dan lain-lain.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/4

_____________________________________________________________________
d. Keperluan Esteem
Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di atas dipenuhi. Ini akan
mewujudkan penghargaan diri, penghormatan dan lain-lain.

e. Keperluan Aktualisasi Diri


Keperluan terakhir sebagai pencapaian seseorang induvidu seperti
potensi diri, bebas, kreativiti dan lain-lain.

Peringkat-peringkat keperluan motivasi ini dapat ditunjukkan seperti rajah 5.1 di


bawah .

Aktualisasi
diri

Esteem
Pencapaian
Bebas
Sosial kreativiti
Tanggung
jawab
Harga diri
Keselamatan status
Persahabatan
Kasih sayang
Fisiologi Kesihatan penerimaan
Keamanan
iklim
Makanan
Pakaian
udara

Rajah 5.1 : Peringkat-peringkat keperluan Motivasi dalam Teori Maslow

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/5

_____________________________________________________________________
Rumusan

satu proses perasaan dalaman dan luaran induvidu


Motivasi yang merangsangkan dan mengarahkan tindakan
berterusan untuk mencapai matlamat.

Teori Proses
Teori-teori
Motivasi

Teori Kandungan

Tingkatan
Keperluan Aktualisasi diri
Motivasi
Esteem
Sosial
Keselamatan
Fisiologi

5.2 PROSES MOTIVASI DALAM PENGURUSAN

Dalam teori keperluan matlamat, motivasi akan berlaku apabila induvidu


merasakan adanya keperluan dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk tingkah
laku yang membantu tingkah laku matlamat berlaku bagi mengurangkan
perasaan terhadap keperluan tersebut.

Secara teorinya, proses motivasi berlaku apabila tingkah laku matlamat dapat
mengurangkan perasaan terhadap keperluan . Ini dapat di tunjukkan seperti
rajah 5.2 di bawah.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/6

_____________________________________________________________________

PERASAAN ADANYA
KEPERLUAN

Maklum Balas Tingkah laku


menyokong
matlamat

TINGKAH LAKU
MATLAMAT

Rajah 5.2 : Proses Motivasi dalam Teori Keperluan Matlamat

Teori ini menjelaskan, sekiranya pengurus ingin berjaya dalam usaha


memotivasikan pekerja, mereka mestilah memahami keperluan peribadi
pekerja. Ini bermakna jika pengurus menawarkan ganjaran yang tidak berkaitan
dengan keperluan peribadi pekerjanya, menyebabkan pekerja tersebut tidak
akan bermotivasi.

Rumusan

Perasaan

Proses
Motivasi
Tingkah
laku

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/7

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 5

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

5.1 Nyatakan definisi motivasi

5.2 Lengkapkan peringkat-peringkat keperluan motivasi dalam teori Maslow berikut.

Sosial
Tanggungjawab

status
Keselamatan
Persahabatan
Kasih sayang

Keamanan

Makanan
Pakaian

5.3 Lakarkan rajah proses motivasi dalam pengurusan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/8

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 5

5.1 Motivasi ialah satu proses yang kompleks yang melibatkan perasaan dalaman dan
luaran induvidu yang akan merangsangkan dan mengarahkan tindakan secara
berterusan untuk mencapai matlamat.

5.2 a. Fisiologi Makanan , Pakaian, udara


b. Keselamatan Kesihatan , Keamanan , Iklim
c. Sosial Persahabatan , Kasih sayang , Penerimaan
d. Esteem Tanggungjawab , Harga diri , Status

5.3

PERASAAN ADANYA
K EPERLU A N

M a k lu m B a la s T in g k a h la k u
m enyokong
m a tla m a t

T IN G K A H L A K U
M A TLA M A T

OK, Anda akan diuji


dengan soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
FUNGSI PENGURUSAN E3007/UNIT 5/9

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 5-1
Huraikan kelima-lima peringkat keperluan motivasi yang diperlukan mengikut teori
Abraham Maslow.

SOALAN 5-2
Terangkan proses-proses motivasi dalam pengurusan besertakan gambarajah yang
sesuai untuk menyokong hujah anda.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/1

_____________________________________________________________________

UNIT PENGURUSAN
6 SUMBER
MANUSIA

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami keperluan


Am pengurusan sumber manusia

Objektif : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


Khusus
1. Memberikan definisi pengurusan
sumber manusia

2. Menyenaraikan keperluan
pengurusan sumber manusia.

3. Menyatakan langkah-langkah
perancangan pengurusan sumber
manusia.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/2

_____________________________________________________________________

INPUT

6.0 PENGENALAN

Anda mungkin setuju jika ada orang mengatakan, organisasi dan manusia tidak
boleh dipisahkan. Ya, betul, malah lebih dari itu, organisasi memerlukan
manusia untuk bergerak.

Manusia merupakan aset terpenting kepada setiap organisasi tidak kira samada
ianya sebuah syarikat besar atau kecil, organisasi kerajaan atau swasta atau
pertubuhan sukarela.

Persoalannya, kriteria manusia macam manakah yang diperlukan oleh sesebuah


organisasi. Jawapannya, mestilah kita berkehendakkan manusia yang berkualiti
tinggi dan produktif supaya mereka dapat memberi sumbangan kepada
pencapaian organisasi.

6.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia

Dua perkara penting dalam unit ini yang perlu kita ketahui ialah pengurusan
sumber manusia dan sumber manusia adalah dua perkara yang berbeza.

Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merupakan semua staf yang
merangkumi pekerja dan pengurus yang terdapat di dalam organisasi tersebut.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/3

_____________________________________________________________________
Sumber manusia merupakan sumber terpenting di dalam sesebuah organisasi, di
mana mereka ini menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
kepada organisasi. Tanpa sumber manusia , organisasi tidak akan dapat bergerak
malah tidak akan wujud.

Pengurusan sumber manusia boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem yang


komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam
usaha untuk mencapai matlamat organisasi.

Pengurusan sumber manusia adalah tugas semua pengurus. Setiap pengurus


akan terlibat dalam pengurusan sumber manusia. Walaubagaimanapun, tugas
yang berhubung dengan sumber manusia dikoordinasikan oleh pengurus sumber
manusia atau dikenali sebagai pengurus personel.

Secara spesifik lagi, pengurusan sumber manusia melibatkan usaha-usaha


pemilihan , pengambilan, pengekalan, pemberhentian, pembangunan dan
penggunaan sumber manusia dengan cara yang betul dalam sesebuah organisasi.

6.2 Keperluan Pengurusan Sumber Manusia

6.2.1 Peranan Pengurus Sumber Manusia

Pengurus sumber manusia dalam sesebuah organisasi terlibat dalam


memastikan kelicinan perjalanan sumber manusia di mana mereka
berperanan dalam :

a. Memberi perkhidmatan dan membantu pengurus lini dalam


pengurusan sumber manusia. Pengurus sumber manusia terlibat
dalam proses pengrekrutan , pemilihan, orientasi dan latihan
pekerja, penyimpanan rekod pekerja dan lain-lain aktiviti
personel. Fungsi di atas akan dapata membantu pengurus lini
dalam menyedia dan mengurus sumber manusia dengan lebih
berkesan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/4

_____________________________________________________________________

b. Menyediakan khidmat nasihat kepada pengurus lini yang


berkaitan dengan sumber manusia dengan memberikan
khidmat nasihat yang berkaitan dengan masalah-masalah
displin pekerja, ganjaran, motivasi, pengrekrutan dan lain-lain
fungsi yang berkaitan dengan sumber manusia atau tenaga
buruh.

c. Mengawal aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan sumber


manusia dalam organisasi agar ia lebih seragam dengan
memastikan semua pengurus mematuhi peraturan-peraturan
organisasi ataupun kerajaan dalam proses pengambilan pekerja,
pemberian pampas an, latihan, kenaikan pangkat dan
sebagainya. Jabatan ini juga akan membentuk prosedur-
prosedur yang berhubung dengan pengurusan sumber manusia
seperti prosedur persaraan, pampasan, pembuangan pekerja dan
sebagainya yang akan dijadikan panduan pengurus-pengurus
lain dalam organisasi.

Rumusan

Sumber Merupakan semua staf dan pengurus sesebuah


Manusia organisasi

Pengurusan sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi


sumber manusia mengurus tenaga kerja secara efektif

1. Memberi perkhidmatan dan membantu


pengurus dalam HRM
Peranan HRM 2. Menyediakan khidmat nasihat kepada
pengurus
3. Mengawal aktiviti-aktiviti HR

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/5

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 6a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

6.1 Apakah i. Sumber Manusia


ii. Pengurusan Sumber Manusia

6.2 Senaraikan tiga keperluan Pengurusan Sumber Manusia di dalam sesebuah


organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/6

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 6a

6.1 i. Sumber Manusia ialah semua staf yang terdiri daripada pekerja dan
pengurus yang terdapat di dalam organisasi

ii. Pengurusan Sumber Manusia ialah pengurusan yang bertanggungjawab


untuk memastikan sumber manusia (tenaga kerja) dalam bentuk kuantiti
dan kualiti yang diperlukan bagi menjalankan kerja dalam organisasi
supaya dapat dikekalkan.

6.2 a. Memberi khidmat dan membantu pengurus lini dalam mengurus sumber
manusia

b. Menyediakan khidmat nasihat kepada pengurus lini yang berkaitan


dengan masalah-masalah pekerja.

c. Mengawal aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sumber manusia supaya


lebih seragam.

OK, KITA KE TOPIK YANG


SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/7

_____________________________________________________________________
6.2.2 Proses Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia melibatkan keseluruhan organisasi, namun


demikian jabatan sumber manusia atau personel diberi tanggungjawab
khusus dalam mendapat, mengekal dan membangunkan tenaga kerja.
Tanggungjawab asas pengurusan sumber manusia adalah perancangan,
pengrekrutan, pemilihan, orientasi, latihan, penilaian prestasi, memberi
ganjaran, kenaikan pangkat, pertukaran pekerja, turun pangkat dan
perpisahan.

Rajah 6.1 menunjukkan cartalir proses bagi pengurusan sumber manusia.

Perancangan Pengrekrutan Pemilihan Orientasi


Sumber Manusia

Latihan Penilaian Ganjaran dan Perpisahan


Prestasi Pertukaran Jawatan

Rajah 6.1 : Proses Pengurusan Sumber Manusia

6.3 Perancangan Sumber Manusia

Kenapa kita perlu kepada perancangan sumber manusia? Perancangan sumber


manusia perlu untuk menganalisis situasi pekerjaan sekarang dan masa depan
dan membentuk strategi untuk memenuhi keperluan sumber manusia dan
organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/8

_____________________________________________________________________
Perancangan sumber manusia adalah satu proses dimana pengurus akan
merancang tenaga kerja berdasarkan matlamat dan strategi organisasi. Ini
bermakna perancangan sumber manusia berkisar kepada empat persoalan pokok
iaitu :
a. Di mana kita hendak berada ?
b. Di mana kita sekarang ?
c. Bagaimana kita hendak sampai ke tempat yang kita hendak
berada ?
d. Bagaimana prestasi kita sekarang?

Daripada persoalan tersebut, dapatlah kita nyatakan beberapa peringkat proses


yang perlu diketahui di dalam perancangan sumber manusia iaitu :

a. Ramalan Sumber Manusia

Keperluan sumber manusia dari segi kuantiti (bilangan pekerja) dan


kualiti (pengetahuan dan kemahiran) yang diperlukan oleh organisasi
diramalkan. Pengurus sumber manusia juga akan membuat jangkaan
bagi pekerja-pekerja yang akan bersara, dinaikkan pangkat dan yang
akan meninggalkan organisasi.

b. Inventori Sumber Manusia

Inventori sumber manusia bertujuan untuk menentukan dan menilai


sumber manusia dari segi bilangan, pengetahuan dan kemahiran yang
sedia ada dalam organisasi. Ia tediri daripada rekod-rekod dan
maklumat yang berkaitan dengan pekerja. Bagi memudahkan kerja
pengurusan tenaga manusia, inventori ini hendaklah sentiasa
dikemaskini.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/9

_____________________________________________________________________
c. Membandingkan Ramalan dengan Inventori

Inventori sumber manusia yang sedia ada akan membolehkan pengurus


membuat perbandingan dan memadankan personel (dalam bentuk
kualiti dan kuantiti) dengan personel yang diperlukan pada masa
hadapan.

d. Membentuk Program Sumber Manusia

Setelah membandingkan ramalan dan inventori sumber manusia


pengurus akan mewujudkan program-program yang perlu bagi
memenuhi keperluan organisasi seperti pengrekrutan, pemilihan,
latihan dan lain-lain program yang bersesuaian.

Rajah 6.2 menunjukkan bagaimana proses perancangan sumber


manusia berlaku.

Ramalan keperluan
sumber manusia
pada masa depan

Membandingkan Membentuk
ramalan dengan program-program
inventori untuk sumber
manusia

Penilaian sumber
manusia yang sedia
ada (inventori
sumber manusia)

Rajah 6.2 : Proses Perancangan sumber manusia

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/10

_____________________________________________________________________

Rumusan

Pemilihan
Rekruit
Perancangan Latihan
Proses
HRM
Orientasi Prestasi

Ganjaran &
Pertukaran

Perpisahan

Ramalan

Perancangan
HR Bandingan Program

Inventori

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/11

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 6b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

6.3 Nyatakan tujuh asas pengurusan sumber manusia

6.4 Lakarkan proses pengurusan sumber manusia berdasarkan kepada soalan 6.3
di atas.

6.5 Apakah Perancangan Sumber Manusia.

6.6 Lakarkan rajah proses perancangan sumber manusia yang telah anda pelajari

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/12

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 6b

6.3 Tujuh asas pengurusan sumber manusia


Rekrut , Pemilihan, Orientasi , Latihan , Penilaian Prestasi, Ganjaran dan
Pertukaran Jawatan , Perpisahan

6.4

Perancangan Pengrekrutan Pemilihan Orientasi


Sumber Manusia

Latihan Penilaian Ganjaran dan Perpisahan


Prestasi Pertukaran Jawatan

6.4 Satu proses di mana pengurus akan merancang tenaga kerja berdasarkan
maklumat dan strategi organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/13

_____________________________________________________________________

6.5
Ramalan keperluan
sumber manusia
pada masa depan

Membandingkan Membentuk
ramalan dengan program-program
inventori untuk sumber
manusia

Penilaian sumber
manusia yang sedia
ada (inventori
sumber manusia)

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 6/14

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 6-1
Bezakan :
1. Sumber Manusia
2. Pengurusan Sumber Manusia
3. Perancangan Pengurusan Sumber Manusia

SOALAN 6-2
Terangkan keperluan pengurusan sumber manusia di dalam organisasi.

SOALAN 6-3
Anda telah dilantik sebagai pengurus sumber manusia . Apakah langkah-langkah yang
perlu diambil dalam merancang tenaga kerja di organisasi anda.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/1

_____________________________________________________________________

UNIT PENGURUSAN
7 SUMBER
MANUSIA

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami keperluan


Am pengurusan sumber manusia

Objektif : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


Khusus
1. Menerangkan proses penstafan

2. Menyatakan kesan penstafan


kepada organisasi

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/2

_____________________________________________________________________

INPUT

7.0 PENGENALAN

Penstafan merupakan salah satu proses pengurusan yang melibatkan proses


pengambilan pekerja, pemilihan, orientasi, penilaian prestasi, pertukaran
tugasan, pampasan organisasi dan penamatan.

7.1 Proses Penstafan


Rajah 7.1 menunjukkan kepada kita bagaimana proses penstafan berlaku yang
akan membantu organisasi memperkemaskan pengurusan sumber manusia.

Pengambilan
Pekerja Pemilihan
Orientasi
Penilaian
prestasi

Latihan dan
Pertukaran Pembangunan
Pampasan Tugas
Penamatan organisasi

Rajah 7.1 : Aliran Proses Penstafan


download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/3

_____________________________________________________________________

7.1.1 Pengambilan Pekerja


Pengambilan merupakan satu proses mengenalpasti dan menarik minat
calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang kosong di dalam
organisasi melalui aktiviti-aktiviti pengiklanan dan lawatan ke kampus
pengajian. Proses pengambilan pekerja dipengaruhi oleh beberapa
faktor seperti :-
a. Peraturan kerajaan
b. Polisi syarikat
c. Permintaan dan penawaran buruh
d. Kemahiran dan kelulusan

Manakala calon-calon pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan


kosong di dalam organisasi boleh diperolehi dari sumber-sumber
berikut:-
a. Sumber dalaman iaitu pekerja yang sedang bekerja dengan
organisasi sekarang.
b. Sumber luaran iaitu individu-individu di luar organisasi seperti di
sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan buruh ,
organisasi swasta dan orang perseorangan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk mengambil pekerja ialah melalui :-


a. Permohonan dan temuduga terus dari calon secara walk in atau
write in.
b. Maklumat atau pengiklanan melalui pekerja.
c. Memaklumkan kepada agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh
dan lain-lain.
d. Membuat pengiklanan menerusi media cetak dan media elektronik.

7.1.2 Pemilihan
Pemilihan merupakan proses untuk memilih calon yang terbaik
daripada sejumlah calon-calon yang memohon untuk mengisi
kekosongan jawatan pada sesuatu masa yang tertentu. Prosedur
pemilihan pekerja adalah seperti berikut:-
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/4

_____________________________________________________________________

a. Borang permohonan
Calon-calon yang berminat akan mengisi borang permohonan kerja
yang mengandungi maklumat peribadi, mengemukakan resume dan
salinan sijil-sil berkaitan yang disahkan.

b. Ujian untuk proses pemilihan


Ujian-ujian tertentu seperti ujian kecerdasan, ujian bakat dan ujian
personaliti dijalankan dalam proses pemilihan.

c. Temuduga
Calon-calon yang berjaya melepasi dua prosedur pemilihan di atas
akan dipanggil untuk ditemuduga supaya pihak pengurusan dapat
memperolehi maklumat yang terperinci mengenai kelayakan
calon. Manakala calon pula akan memperolehi maklumat berkaitan
dengan syarikat.

d. Semakan rujukan
Pengurus akan mendapatkan maklumat tambahan calon daripada
orang-orang yang tertentu yang dimaklumkan oleh calon dalam
permohonan.

e. Pemeriksaan Kesihatan
Calon-calon yang berjaya disyaratkan untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan bekerja untuk
memastikan tahap kesihatan calon memenuhi keperluan.

f. Tawaran pekerjaan
Calon-calon yang berjaya melepasi prosedur pemilihan di atas akan
menerima surat tawaran pekerjaan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/5

_____________________________________________________________________

7.1.3 Orientasi

Orientasi merupakan proses untuk memperkenalkan, menyesuaikan dan


membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi.
Orientasi bertujuan untuk :-
a. Menghasilkan pengharapan tugas yang realistik
b. Menambahbaik produktiviti melalui pelaksanaan tugas dengan
sempurna.
c. Menjimatkan masa dan usaha dalam menyelia dan melatih pekerja
baru
d. Membaiki kedudukan pekerjaan dengan peningkatan keyakinan
diri
e. Mengurangkan konflik di kalangan pekerja lama.

7.1.4 Latihan dan Pembangunan

Program latihan dan pembangunan merupakan usaha-usaha yang


berterusan yang diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan pekerja. Latihan merupakan usaha-usaha untuk
meningkatkan kemahiran pekerja atau menumpukan kepada perkara-
perkara yang berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada
kedua-dua pihak pekerja dan syarikat. Keperluan latihan kepada
pekerja dikenalpasti melalui :-
a. Penilaian prestasi.
b. Analisis keatas keperluan pekerjaan.
c. Analisis organisasi.
d. Pandangan pekerja.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/6

_____________________________________________________________________

Jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan ialah :-


a. Latihan sambil bekerja
b. Latihan di luar tempat kerja
c. Latihan intensif
d. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari
institusi khusus.

Pembangunan pula merupakan program-program yang menekankan


aspek kepimpinan , produktiviti dan isu-isu organisasi yang bertujuan
untuk memberi pengetahuan tentang konsep-konsep teoritikal, untuk
memperkayakan organisasi melalui program sumber manusia serta
menyedarkan pengurus terhadap tanggungjawab mereka. Diantara
beberapa contoh pembangunan yang biasa dilaksanakan ialah :-
a. Latihan formal yang diadakan di bilik darjah dengan waktu yang
ditetapkan mengikut kurikulum tertentu.
b. Latihan formal off job seperti seminar atau bengkel yang
dilaksanakan oleh institusi latihan.
c. Pusingan tugas iaitu bertukar dari satu penempatan/kedudukan ke
penempatan/ kedudukan lain.
d. Development Position iaitu menempatkan pengurus yang kurang
mahir bersama pengurus yang lebih mahir untuk sementara waktu.

7.1.5 Penilaian prestasi

Penilaian prestasi merupakan suatu proses yang sistematik bagi menilai


kekuatan dan kelemahan pekerja. Penilaian prestasi bertujuan untuk :-
a. Memberi maklumbalas kepada pekerja berhubung dengan prestasi
kerja mereka.
b. Menyediakan langkah tertentu untuk membantu pekerja
meningkatkan prestasi.
c. Memberi asas kepada pengurusan dalam menentukan ganjaran
kepada pekerja.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/7

_____________________________________________________________________

d. Memberi maklumat berhubung dengan keberkesanan aktiviti-


aktiviti pemilihan, latihan dan pembanguna pekerja.
e. Memberi maklumat kepada pengurus tentang kualiti sumber
manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan atau pembesaran
organisasi.

Penilaian prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori:


a. Penilaian tidak formal: proses memberi maklumbalas yang
berpanjangan kepada pekerja tentang apakah yang dicapai oleh
mereka setakat ini dan penilaian ini dilakukan setiap hari.
b. Penilaian formal: dilakukan setiap dua tahun seklai ataupun
setahun sekali.

Tugas dan tanggungjawab untuk menilai prestasi pekerja dilakukan


oleh pengurus terdekat. Walau bagaimanapun penilaian juga boleh
dilakukan oleh sekumpulan pengurus dan sekumpulan rakan sekerja
seseorang pekerja.

Kaedah penilaian yang biasa digunakan untuk menilai prestasi pekerja


adalah :-
a. Senarai semakan (checklist) cara yang termudah untuk menilai
prestasi dengan berdasarkan kepada senarai
b. Graphic rating scales alat yang paling popular diguanakan dan
boleh dikatakan sebagai senarai semakan yang lebih terperinci.
c. Behaviourally anchored rating scales (BARS) cara yang lebih
menumpukan kepada perkara yang sepatutnya dilakukan oleh
pekerja daripada menumpukan kepada ciri-ciri peribadi.
d. Essay appraisal satu esei yang mencirikan kelemahan, kekuatan,
gelagat dan prestasi pekerja.
e. Model MBO teknik penilaian yang kompleks hasil daripada
penerimaan program-program MBO.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/8

_____________________________________________________________________

7.1.6 Pertukaran Tugas

Pertukaran tugas bermaksud pekerja akan dipindahkan dari tugas asal


ke suatu tempat tertentu sama ada disebabkan kenaikan pangkat,
diturunkan pangkat atau ditukarkan ke tempat lain.

7.1.7 Pampasan organisasi

Pampasan organisasi merupakan sebarang bentuk ganjaran yang


diterima oleh pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang
mereka berikan. Ganjaran-ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji
dan upah, kenaikan gaji, bonus, insentif dan lain-lain yang berkaitan
dengan kewangan.

Objektif sistem pampasan adalah untuk memberikan ganjaran kepada


pekerja secara adil dan setimpal dengan usaha mereka dan sebagai
daya tarikan untuk mengekalkan kerja yang cekap dan efektif.

Pampasan terdiri daripada dua bentuk iaitu pampasan kewangan dan


faedah organisasi. Pampasan kewangan adalah seperti pencen, insuran
, pendidikan, percutian dan pelbagai kemudahan sampingan termasuk
rawatan pergigian dan cuti bersalin.

Pampasan dalam bentuk faedah organisasi terbahagi kepada dua iaitu


berbentuk kewangan seperti insuran keselamatan dan cuti bergaji.
Manakala faedah yang bukan berbentuk kewangan adalah untuk
meningkatkan kualiti hidup pekerja seperti cuti bersalin, cuti
melanjutkan pelajaran, pusat perkhidmatan kanak-kanak dan
perkhidmatan kaunseling.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/9

_____________________________________________________________________

7.1.8 Penamatan

Penamatan bermaksud pekerja meninggalkan organisasi yang


disebabkan oleh perletakkan jawatan, dibuang kerja, bersara atau
meninggal dunia.

7.2 Kesan Penstafan Terhadap Organisasi

a. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan ke atas calon yang layak dan
yang diperlukan.
b. Pihak pengurusan boleh membuat pilihan calon yang terbaik dari kalangan
pemohon untuk mengisi kekosongan jawatan pada masa tertentu
c. Pekerja-pekerja baru dapat bekerja dengan lebih baik dan selesa melalui
proses orientasi.
d. Kemahiran pekerja dapat ditingkatkan melalui program-program latihan
yang diadakan.
e. Ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran yang ada pada pekerja dapat
membantu dalam peningkatan produkriviti organisasi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/10

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 7

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

7.1 Nyatakan maksud proses penstafan.

7.2 Nyatakan langkah-langkah dalam proses penstafan sesebuah organisasi

7.3 Mengapakah proses temuduga perlu diadakan dalam pengambilan pekerja baru.

7.4 Bezakan di antara latihan dan pembangunan

7.5 Sebutkan kaedah penilaian yang biasa digunakan dalam menilai prestasi pekerja

7.6 En. Zunuwanas telah berjaya membangunkan satu projek perisian. Syarikat
tempat beliau bekerja telah menawarkan satu pakej pelancongan ke Jepun .
Apakah jenis pampasan organisasi yang diperolehi oleh beliau.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/11

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 7

7.1 Proses penstafan merupakan salah satu proses pengurusan yang melibatkan
proses pengambilan pekerja, pemilihan, orientasi, latihan dan pembangunan,
penilaian prestasi, pertukaran tugas, pampasan organisasi dan penamatan.

7.2 Pengambilan pekerja pemilihan orientasi latihan dan pembangunan -


penilaian prestasi pertukaran tugas pampasan organisasi - penamatan
Rekrut , Pemilihan, Orientasi , Latihan , Penilaian Prestasi, Ganjaran dan
Pertukaran Jawatan , Perpisahan

7.3 Proses temuduga perlu diadakan supaya pihak pengurusan dapat


memperolehi maklumat yang terperinci mengenai calon dan calon pula akan
memperolehi maklumat berkaitan dengan syarikat atau organisasi.

7.4 Latihan merupakan usaha untuk meningkatkan kemahiran pekerja kepada


perkara-perkara berkaitan dengan kerja yang memberi manfaat kepada
kedua-dua pihak iaitu pekerja dan syarikat. Manakala pembangunan pula
merupakan program yang menekankan aspek kepimpinan, produktiviti dan
isu-isu organisasi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang konsep-
konsep teoritikal, untuk memperkayakan organisasi melalui program sumber
manusia serta menyedarkan pengurus tentang tanggungjawab mereka.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/12

_____________________________________________________________________

7.5 Kaedah penilaian : senarai semakan, Graphic Rating Scales , Behaviorally


anchored rating scales, Essay appraisal, model MBO.

7.6 Pampasan kewangan

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 7/13

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 7-1

Latihan merupakan salah satu proses penstafan dalam sesebuah organisasi. Berikan
pendapat anda mengapakah seseorang pekerja itu memerlukan latihan.

SOALAN 7 2

Huraikan kesan daripada proses penstafan terhadap organisasi..

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/1

_____________________________________________________________________

UNIT PENGURUSAN
8 SUMBER
MANUSIA

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami keperluan


Am pengurusan sumber manusia

Objektif : Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :


Khusus

1. Menerangkan keperluan peningkatan


Kemahiran dan Latihan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/2

_____________________________________________________________________

INPUT

8.0 PENGENALAN

Sebelum kita memahami keperluan peningkatan kemahiran dan latihan dalam


pengurusan sumber manusia, kita perlulah terlebih dahulu mengetahui dan
memahami perkataan Latihan dan kemahiran itu sendiri.
Apa itu latihan ?

Latihan merupakan satu proses memberi dan menambahkan pengetahuan


untuk meningkatkan kualiti sumber manusia.

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti keperluan latihan untuk pekerja


sesebuah organisasi diantaranya :
a. penilaian prestasi
b. analisis ke atas keperluan pekerja
c. analisis organisasi
d. pandangan pekerja

Apa yang anda tahu tentang kemahiran ?


Kemahiran ialah kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang. Kemahiran
boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu:

a. Kemahiran teknik seperti kemahiran dalam bidang


kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan pemasaran yang
mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat
menjalankan pekerjaan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/3

_____________________________________________________________________

b. Kemahiran pengurusan adalah kebolehan mengurus yang


berkaitan dengan proses pengarahan, penyelarasan dan
pengawasan pekerjaan orang lain.

8.1 KEPERLUAN PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN

Kenapa kita perlukan peningkatan kemahiran dan latihan ?


Sebenarnya latihan dan kemahiran dapat mempengaruhi atau merubah gelagat
pekerja menjadi lebih produktif dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke
arah pencapaian matlamat organisasi . Disamping itu , ia juga dapat
meningkatkan kemahiran atau kebolehan seseorang pekerja.

Sebelum sesuatu latihan diadakan, pihak pengurusan mestilah menentukan


bidang kemahiran yang perlu diterapkan kepada pekerja di dalam organisasi.

Contohnya :
Nikkey merupakan pekerja baru sebagai Pembantu Teknik di sebuah syarikat
pemasangan barang-barang elektrik , perlu diberi kursus atau latihan yang
berkaitan supaya beliau dapat memahami organisasi dan perjalanan syarikat
dan tugas-tugasnya sebagai Pembantu Teknik .

Keperluan latihan bukan hanya penting untuk pekerja-pekerja baru, malah


ianya perlu berterusan agar kecekapan dan keberkesanan kerja dapat
dipertingkatkan.

Contohnya :
Shida telah berkhidmat sebagai kerani akaun dengan syarikat Oconnors
selama 5 tahun dan pada peringkat itu, beliau perlu memahirkan dirinya dalam
pengguanaan komputer untuk meningkatkan prestasi kerja selaras
perkembangan IT yang sedang meningkat.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/4

_____________________________________________________________________

Rumusan

Latihan proses memberi dan menambahkan pengetahuan

Kemahiran kebolehan yang khusus di dalam sesuatu bidang

Kemahiran teknik
Bentuk
Kemahiran
Kemahiran pengurusan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/5

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 8a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Arahan : Isikan tempat kosong

8.1 Latihan merupakan satu proses_______________________________________


________________________________________________________________

8.2 Nyatakan EMPAT cara mengenalpasti keperluan latihan dan kemahiran.


i. ____________________
ii. ____________________
iii. ____________________
iv. ____________________

8.3 Bezakan antara kemahiran teknik dan kemahiran pengurusan.


i.Kemahiran teknik :_________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________

ii.Kemahiran pengurusan :________________________________________


____________________________________________
____________________________________________

8.4 Latihan dan kemahiran dapat__________________________pekerja menjadi


lebih_______________ dan seterusnya dapat memberi sumbangan ke arah
_______________ ________________ __________________.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/6

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 8a

8.1 Memberi dan menambahkan pengetahuan untuk meningkatkan kualiti sumber


manusia
8.2
i. Penilaian prestasi
ii. Analisis ke atas keperluan pekerja
iii. Analisis organisasi
iv. Pandangan pekerja

8.4 i. Kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pengeluaran, kewangan dan


pemasaran yang mana bidang ini memerlukan latihan sebelum dapat
menjalankan pekerjaan.
ii. Kebolehan mengurus yang berkaitan dengan proses pengarahan,
penyelarasan dan pengawasab pekerjaan orang lain.

8.1 mempengaruhi gelagat


produktif
pencapaian matlamat organisasi.

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/7

_____________________________________________________________________

8.1.1 CARA-CARA MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

Setelah kita mengenalpasti keperluan-keperluan latihan dalam sumber


pengurusan manusia seperti yang dinyatakan di atas, kita akan
menghuraikannya cara-cara mengenalpasti keperluan latihan tersebut.

a. Penilaian Prestasi
Apa yang anda tahu tentang penilaian prestasi ? Ia merupakan
proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan
pekerja dalam melakukan kerjanya.
Daripada penilaian prestasi yang dijalankan, kita akan dapat
mengambil langkah-langkah yang boleh meningkatkan prestasi
kerja

b. Analisis ke atas Keperluan Pekerjaan


Kenapa kita perlu membuat analisis keperluan pekerjaan ?
Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan
kebolehan yang ada pada setiap pekerja bersesuaian dengan tugas
yang diberikan kepadanya. Jika tidak, latihan perlu diberikan
kepada pekerja tersebut bagi meningkatkan kemahiran dan dapat
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

c. Analisis Organisasi
Pihak atasan boleh menentukan keperluan latihan dengan
mengambilkira perancangan jangka panjang organisasi yang telah
dibuat.

Contohnya :-
Sebuah syarikat minuman kordial mempunyai strategi untuk
mengeluarkan produk baru iaitu makanan bijian berasaskan
kacang tanah dalam masa 3 tahun dari sekarang, pengurusan
syarikat tersebut sudah pasti akan mengkaji atau mengenalpasti
kemahiran yang diperlukan oleh pekerja yang terlibat dalam
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/8

_____________________________________________________________________

pengeluaran produk tersebut. Oleh yang demikian latihan yang


berkaitan boleh dirangka dan diberikan kepada pekerja yang
berkenaan.

d. Pandangan Pekerja
Organisasi boleh mendapat maklumbalas daripada pekerja dengan
lebih jelas tentang jenis-jenis latihan yang diperlukan untuk
menghasilkan kerja dengan lebih berkesan.

Contohnya :-
Pegawai Eksekutif A boleh memaklumkan kepada pihak atasan
tentang keperluannya terhadap kemahiran menggunakan komputer
atau kemahiran komunikasi

8.1.2 JENIS-JENIS LATIHAN

Selepas mengenal pasti siapakah yang patut menerima latihan,


pengurus kemudiannya perlu menentukan bentuk-bentuk latihan yang
sesuai dengan keperluan individu dan pekerjaan.

Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-


i. Latihan sambil bekerja (On Job Training)
ii. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian,
bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.
iii. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang
berhampiran dengan tempat kerja.
iv. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari
institusi khusus untuk program latihan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/9

_____________________________________________________________________

Rumusan
Analisis Keperluan
Pekerjaan

Penilaian Cara mengenalpasti Analisis


Prestasi perlunya latihan Organisasi

Pandangan Pekerja

On Job Training

Latihan di luar Jenis Latihan


tempat kerja Latihan intensif

Latihan
penginstitusian

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/10

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 8b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

8.5 Terangkan maksud penilaian prestasi.

8.6 Mengapa analisis ke atas keperluan pekerjaan perlu dilakukan?

8.7 Nyatakan jenis-jenis latihan yang biasa dilaksanakan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/11

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 8b

8.5 Proses yang sistematik bagi menilai kekuatan dan kelemahan pekerja dalam
melakukan kerjanya.

8.6 Analisis ini perlu dilaksanakan untuk memastikan kemahiran dan kebolehan
yang ada pada setiap pekerja yang bersesuaian dengan tugas yang diberikan
kepadanya.

8.7 Terdapat beberapa jenis latihan yang biasa dilaksanakan:-


a. Latihan sambil bekerja (On Job Training)
b. Latihan yang dibuat di luar tempat kerja seperti di pusat pengajian,
bengkel/seminar anjuran organisasi atau organisasi lain.
c. Latihan intensif yang dilaksanakan di satu tempat yang berhampiran
dengan tempat kerja.
d. Latihan penginstitusian yang dikendalikan oleh profesional dari
institusi khusus untuk program latihan.

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA E3007/UNIT 8/12

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 8-1

Mengapakah terdapat sesetengah kakitangan memberi tindakbalas yang negatif


apabila hasil tugas mereka diberi komen yang tidak baik oleh pegawai penilai dalam
penilaian prestasi. Beri pendapat anda.

SOALAN 8 2

Mengapakah seseorang pekerja baru perlu diberi kursus induksi. Huraikan.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/1

_____________________________________________________________________

UNIT PENGURUSAN
10 PROJEK

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami keperluan


Am pengurusan projek

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Menerangkan perancangan dan
kitar kawalan dalam pengurusan
projek

2. Menerangkan pembangunan pelan


projek

3. Menerangkan perlaksanaan pelan


projek

4. Menerangkan pemantauan
kemajuan projek

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/2

_____________________________________________________________________

5. Menerangkan mengenai kawalan


projek

6. Menerangkan mengenai integrasi


kos
7. Menerangkan mengenai
penjadualan maklumat dan nilai
dapatan
8. Membuat laporan dan taklimat

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/3

_____________________________________________________________________

INPUT

10.0 PENGENALAN

Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen


pengurusan projek yang berikut :-
1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek
2. Pembangunan pelan projek
3. Perlaksanaan pelan projek
4. Pemantauan kemajuan projek
5. Kawalan projek
6. Integrasi kos
7. Penjadualan maklumat dan nilai dapatan
8. Membuat laporan dan taklimat

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN


Tujuan perancangan projek adalah untuk menentukan kaedah yang akan
digunakan untuk merancang sesuatu projek. Walau bagaimanapun, kejayaan
sesuatu perancangan adalah bergantung kepada pengetahuan tentang prosedur
yang sedia ada dan kebolehan untuk memilih kaedah yang paling
menguntungkan. Untuk memastikan kejayaan sesuatu perancangan, ia
bergantung kepada keputusan yang memerlukan pengumpulan sebanyak
mungkin maklumat-maklumat tentang bahan, mesin, tenaga manusia,
kewangan dan masa.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/4

_____________________________________________________________________

10.1.1 Bahan
Di antara aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ialah :

a. Kuantiti masa
b. Penghantaran bahan
c. Jenis bahan yang digunakan dan menempatkannya

10.1.2 Tenaga manusia ( pekerja )


Dalam pengurusan dan pelaksanaan sesuatu projek, memerlukan
tenaga kerja yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu projek. Projek
mungkin tidak akan dilaksanakan tanpa tenaga kerja.

10.1.3 Mesin
Mesin atau alat jentera diperlukan dalam melaksanakan sesuatu projek.
Ia diperolehi melalui pembelian peralatan atau penyewaan.

10.1.4 Kewangan
Kewangan adalah penting dan perlu diambil kira dalam melaksankan
sesuatu projek. Biasanya syarikta yang mempunyai kedudukan
kewangan yang kukuh akan diberi mandat untuk menyiapkasan sesutu
projek. Kewangan akan melibatkan kos di mana, menilai kos dari mula
pembinaan hinggalah selesai seperti kos pembinaan, gaji pekerja,
penyewaan mesin dan sebagainya.

10.1.5 Masa
Pemilik biasanya menginginkan tarikh permulaan , tarikh penyiapan
dan tarikh penting yang lain yang terdapat di dalam dokumen tawaran.
Had masa juga telah ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu projek.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/5

_____________________________________________________________________

10.2 PEMBANGUNAN PELAN PROJEK


Proses pembangunan pelan projek bermula daripada penerimaan dokumen-
dokumen kontrak dan akan menyediakan senarai-senarai aktiviti yang terdiri
daripada aktiviti pengeluaran dan aktiviti perolehan.

10.2.1 Aktiviti Pengeluaran


Dokumen kontrak ini menyatakan butiran yang diperlukan untuk
membangunkan sesuatu projek berdasarkan sumber setiap aktiviti.
Daripada senarai aktiviti rangkaian pembangunan projek disediakan.
Rangkaian ini akan memberikan satu jadual yang dapat berfungsi
sebagai pelan asas untuk melaksanakan kerja-kerja projek.

10.2.2 Aktiviti Perolehan


Perancangan dan keseluruhan proses penjadualan mesti dikaitkan
dengan kos projek yang memerlukan analisa selanjutnya. Masa
perlaksanaan untuk sesuatu pembangunan pelan projek berkait rapat
dengan sumber yang diperlukan. Semakin pendek masa untuk
perlaksanaan, semakin banyak keperluan sumber. Dengan itu aktiviti
yang berkos tinggi mungkin dipanjangkan masa perlaksanaannya dan
mengakibatkan pengurangan dari segi kos dan sumber.

10.3 PERLAKSANAAN PELAN PROJEK


Perlaksanaan pelan projek merangkumi perkara-perkara berikut :-

a. Konsep projek
Sesuatu projek boleh dikategorikan sebagai projek besar, sederhana dan
kecil. Ia boleh jadi terhad kepada satu sektor yang khusus atau merentasi
beberapa sektor. Walau bagaimanapun, semua projek mempunyai
beberapa ciri yang sama.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/6

_____________________________________________________________________

b. Matlamat yang segera


Sesuatu projek lebih menekankan kepada matlamat yang telah ditetapkan
dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang mendesak dan yang
sudah dikenalpasti.

c. Tidak berulang-ulang
Pelaksanaan projek berbeza dengan pentadbiran biasa yang rutin dalam
sesebuah organisasi atau agensi kerajaan. Projek-projek pembangunan
biasanya diuruskan oleh badan-badan yang ditubuh khas untuk
mengendalikan aktiviti-aktiviti projek yang tertentu supaya tiada
pertindihan.

d. Ketidakpastian
Walaupun sesuatu projek kelihatan jelas dari segi objektif dan
perlaksanaannya, sebenarnya semua projek mengalami masalah
ketidakpastian. Masalah ini berkaitan dengan adanya kemungkinan
penyesuaian perlarasan yang perlu dibuat ke atas rekabentuk teknikal,
ekonomi atau pengurusannya.

10.4 PEMANTAUAN KEMAJUAN PROJEK


Pemantauan projek perlu dibuat untuk mengekalkan tempoh masa sasaran.
Pemantauan sesuatu projek dibuat dengan maklumat sasaran dan keluaran
dicatat untuk dibuat perbandingan. Selepas itu satu pembetulan rancangan
perlu dibuat ke atas kesilapan kerja yang tidak diduga seperti kelewatan akibat
bencana dan sebagainya.

10.4.1 Pemantauan kemajuan


Sebaik sahaja maklumbalas dari tapak didapati, penilaian data perlu
dibuat untuk mengekalkan tempoh masa sasaran. Kejayaan sesuatu
kerja bergantung kepada keputusan yang dibuat dan kepakaran dalam
membuat penjadualan. Penilaian dibuat berdasarkan keluaran hasil
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/7

_____________________________________________________________________

kerja berbanding dengan sasaran, seterusnya peratus pencapaian dibuat


berdasarkan perkara ini.

10.4.2 Tindakan pembetulan


Selepas tindakan penilaian dibuat ke atas sesuatu projek, suatu
rancangan pembetulan perlu dibuat bagi mencapai matlamat sasaran
sepenuhnya. Pembetulan dibuat ke atas kesilapan kerja yang tidak
diduga seperti kelewatan akibat bencana alam dan sebagainya. Satu
jadual perancangan dan sasaran kerja perlu disediakan semula
sekiranya berlakuperubahan pada penjadualan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/8

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 10a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

10.1 Perancangan dan kitar kawalan merupakan suatu proses untuk ______
_________________________________________________________

10.2 Nyatakan DUA aktiviti yang terlibat di dalam proses pembangunan pelan
projek.

10.3 Terangkan EMPAT perkara penting yang perlu diambil kira dalam
perlaksanaan pelan projek.

10.4 Bagimanakah pemantauan kemajuan projek dilaksanakan?

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/9

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 10a

10.1Perancangan dan kitar kawalan merupakan suatu proses untuk menentukan


kaedah yang akan digunakan untuk merancang sesuatu projek

10.2 Pengeluaran dan perolehan

10.3 i. Konsep projek


ii. Matlamat yang segera
iii. Tidak berulang-ulang
iv. Ketidakpastian

10.4 Pemantauan sesuatu projek membuat perbandingan di antara maklumat


sasaran dan keluaran. Selepas itu satu pembetulan rancangan perlu dibuat ke
atas kesilapan kerja yang tidak diduga seperti kelewatan akibat bencana dan
sebagainya.

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/10

_____________________________________________________________________

10.5 KAWALAN PROJEK


Sesuatu projek tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan jika tiada
pengawalan yang sistematik. Kawalan merupakan proses untuk mengawal
sesuatu perlaksanaan sesuatu projek. Pengawalan yang terancang boleh
dilaksanakan dengan cara yang ekonomi, mengenalpasti had masa penjadualan
dan mengambil kira sumber-sumber yang boleh diperolehi.

Kawalan yang baik dan terancang perlu mencerminkan kerja yang tepat dan
dapat dilaksanakan bersesuaian dengan perancangan dan spesifikasi yang
ditetapkan. Ini membolehkan sebarang perubahan kerja dari penjadualan dapat
dikesan, dinilai dan dikawal.

Di antara aspek pengawalan projek yang perlu diambilkira ialah :-


i. Tahap Kawalan
ii. Ciri-ciri tahap kawalan
iii. Menyediakan jadual sasaran
iv. Mengawasi projek
v. Penilaian dan peramalan
vi. Tempoh kawalan pengemasakinian
vii. Tempoh masa pengemaskinian

10.6 INTEGRASI KOS


Kos yang terlibat di dalam pelaksanaan projek boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori seperti bekalan tenaga fizikal, penggunaan tenaga buruh,
pembelian atau penyewaan tanah yang melibatkan pembayaran cukai dan
sebagainya. Kos-kos tersebut perlulah dinilai dengan masa yang akan
menentukan pendapatan yang sewajarnya diperolehi.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/11

_____________________________________________________________________

Penentuan kos adalah penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Kos yang
tidak mencukupi akan mempengaruhi perjalanan sesuatu projek yang mungkin
akan mengakibatkan projek terbengkalai. Perancangan kos yang teliti perlu
bagi mengelakkan kerugian kepada syarikat. Di antara perkara-perkara yang
penting semasa membuat perancangan kos ialah :-

i. Kos bahan mentah, gaji pekerja, pengangkutan barang-barang,


penyewaan mesin atau pembelian mesin, tapak pembinaan dan
sebagainya.

ii. Kesan perubahan jangkamasa di mana pengusaha-pengusaha


diperlukan.

iii. Memikirkan risiko atau keuntungan untuk mengelakkan daripada


berlakunya kerugian atau risiko-risiko lain.

iv. Membuat jadual anggaran kasar ke atas kos yang perlu dalam
melaksanakan sesuatu projek.

v. Tempoh penyiapan juga diperlukan kerana akan mempengaruhi jumlah


kos jika berlaku pertambahan tempoh yang melibatkan kos
pembayaran gaji pekerja dan sebagainya.

10.7 PENJADUALAN MAKLUMAT DAN NILAI DAPATAN


Setelah menerima maklumbalas dari tapak, pihak penjadualan akan menilai
data dan menentukan apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan tempoh
yang telah ditetapkan. Kepakaran penjadualan adalah penting kerana kejayaan
akan bergantung kepada keptusan yang akan dibuat. Kebanyakan daripada
keputusan akan dibuat oleh pihak penjadualan, tetapi kebiasannya sesetengah
maklumat tersebut perlu diberi kepada pihak pengurusan peringkat yang lebih
tinggi untuk dinilai.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/12

_____________________________________________________________________

Proses penilaian biasanya dimulai dengan penghasilan jadual-jadual daripada


maklumat yang telah diperolehi. Penjadual akan memeriksa output yang
diperolehi daripada komputer ataupun pejabat. Sebarang kelewatan output
akan dibuat perbandingan tarikh mula dan tamat yang baru dengan tarikh mula
dan tamat yang telah ditetapkan.

10.8 MEMBUAT LAPORAN DAN TAKLIMAT


Laporan terperinci tentang projek yang siap akan dibentangkan dalam bentuk
yang lebih menraik dengan mengguanakan gambarajah, carta bar atau
gambarajah skala-masa.

i. Gambarajah
Digunakan untuk menyesuaikan pengguna dengan tarikh yang
dijadualkan. Sesuai digunakan untuk kegunaan pejabat kerana
membenarkan kemasukan nilai keseluruhan projek yang dijadualkan
serta kesannya ke atas perancangan. Kelemahannya ialah ia tidak
menunjukkan julat masa yang nyata apabila aktiviti dijalankan.
Keadaan ini akan mengakibatkan kesilapan taksiran terutama sekali
apabila satu rantaian aktiviti mempunyai bilangan item yang lebih
daripada rantaian yang lain.

ii. Carta Bar


Carta bar biasa digunakan untuk asas penyediaan dan analisis sumber
manusia , peralatan dan jadual kewangan. Ia sesuai digunakan pada
tahap organisasi yang lebih rendsah tetapi tidak sesuai bagi peringkat
atasan kerana kemungkinan pertindahan carta akan berlaku.

iii. Gambarajah Skala-Masa


Gambarajah Skala-Masa biasanya berkait rapat dengan persembahan
carta bar. Ramai perancang lebih gemar menggunakan persembahan
ini kerana ia dapat menunjukkan perhubungan di antara aktiviti dan
masa pelaksanaannya.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/13

_____________________________________________________________________

Pasukan projek merupakan sekumpulan individu dari organisasi atau dari


luar organisasi yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang
berkaitan dengan sesuatu projek. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengurus
dan staf yang mahir dalam bidang tertentu seperti buruh dan jurutera yang
diperlukan dalam projek pembinaan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/14

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 10b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

10.5 Nyatakan tujuan kawalan dalam pengurusan projek dan


kepentingannya.

10.5 Bagaimana kos boleh mempengaruhi pelaksanaan sesuatu projek.


10.6 Penjadualan maklumat dan nilai dapatan penting kerana __________
____________________________

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/15

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 10b

10.5 Kawalan merupakan proses untuk mengawal pelaksanaan sesuatu projek.

10.6 Kos yang tidak mencukupi akan mepengaruhi perjalanan sesuatu projek yang
mungkin akan mengakibatkan projek terbengkalai.
Perancagan kos yang teliti perlu bagi mengelakkan kerugian kepada syarikat.

10.7 Penjadualan maklumat dan nilai dapatan penting bagi memastikan projek
dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

OK, Anda akan diuji


dengan soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PENGURUSAN PROJEK E3007/UNIT 10/16

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 10 1
Anda dikehendaki membuat tinjauan suatu projek yang sedang dijalankan. Dapatkan
maklumat-maklumat yang berkaitan seperti :

i. perancangan dan kitar kawalan


ii. pembangunan pelan projek
iii. pelaksanaan pelan projek
iv. pemantauan kemajuan projek
v. kawalan projek
vi. integrasi kos
vii. penjadualan maklumat dan nilai dapatan
viii. laporan dan taklimat

Bentangkan hasil dapatan anda.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/1

__________________________________________________________________

UNIT KONSEP ASAS


12 PENGURUSAN
KUALITI

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami konsep


Am asas pengurusan kualiti

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Menerangkan berkenaan dengan
pengurusan kualiti menyeluruh
(TQM)

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/2

__________________________________________________________________

INPUT

12.0 PENGENALAN

Apakah yang anda tahu atau faham mengenai pengurusan kualiti ?

Jika kita lihat pada hari ini, banyak sudah syarikat-syarikat di sektor awam dan
juga swasta mengamalkan konsep pengurusan kualiti. Kita semua selaku warga
politeknik juga tidak terkecuali , telah mula mengamalkan konsep kualiti ini di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk pengetahuan anda semua, konsep pengurusan kualiti telah diperkenalkan


sejak lama dulu iaitu sekitar tahun 1920an. Ianya menjadi kaedah pengawalan
kualiti di kilang-kilang di Amerika Syarikat dan mula mendapat sambutan di
kalangan pengurus korporat di Jepun sekitar tahun 1950an ketika sektor industri
sedang giat dijalankan.

Konsep ini telah mula berkembang dengan pesat pada tahun 1980an dengan
kesedaran di seluruh dunia tentang betapa pentingnya kualiti dalam kehidupan
manusia. Jelas terbukti, konsep kualiti ini telah dapat membantu ke arah
kecemerlangan prestasi organisasi melalui pengeluaran yang berkualiti dan
peningkatan kecekapan operasi.

Seterusnya , di dalam unit ini akan diterangkan dengan lebih jelas mengenai
konsep TQM.

12.1 KONSEP PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM)

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/3

__________________________________________________________________

Apa itu TQM?


TQM merupakan singkatan dari perkataan Total Quality Management atau
Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Ia merupakan proses pengurusan kualiti yang
berorientasikan pelanggan yang berjalan secara berterusan dan melibatkan
semua aspek dalam organisasi. Kualiti menyeluruh ialah keadaan dimana ciri-
ciri kualiti bukan hanya dipamerkan pada keluaran atau perkhidmatan tetapi
juga pada seluruh operasi dan urusan organisasi.
Contohnya : Kecekapan pengurusan
Sistem fail yang sistematik
Sistem telefon yang cekap
Persekitaran pejabat yang sempurna (kemas dan tersusun)

TQM bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan


budaya organisasi yang cemerlang. TQM dilihat sebagi satu proses transformasi
budaya di mana ciri-ciri budaya yang sedia ada diubahsuai dan ditukar dengan
ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri ini meliputi sikap dan nilai, sistem dan
prosedur, amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya diubah kearah
yang lebih baik yang boleh menyumbangkan kepada kecemerlangan organisasi.

TQM membawa organisasi mencapai kualiti menyeluruh dalam semua aspek


operasinya yang meliputi semua operasi dan sebarang urusan yang
dikendalikan oleh sesebuah organisasi. Kualiti dipamerkan melalui kecekapan
pentadbiran, kebolehan kakitangan dan kelancaran sistem operasi dalam
organisasi.

Konsep kualiti menyeluruh ditunjukkan dengan lebih jelas melalui rajah 10.1
pada mukasurat berikut.

KUALITI MENYELURUH ialah


download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/4

__________________________________________________________________

Keadaan dimana ciri-ciri kualiti


bukan sahaja dipamerkan pada :

ATAU
Perkhidmatan Keluaran

Tetapi juga pada seluruh


Operasi dan urusan
Sesebuah organisasi

Contohnya:

Kecekapan sistem fail


Pengurusan yang sistematik

Sistem telefon pemandu yang


yang cekap berdedikasi

Persekitaran pejabat
yang sempurna

Rajah 12.1 : Konsep Kualiti Menyeluruh

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/5

__________________________________________________________________

AKTIVITI 12a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

12.1 Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti menyeluruh?

12.2 Mengapakah pengurusan kualiti menyeluruh dilaksanakan oleh kebanyakan


organisasi?

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/6

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 12a

12.1 Kualiti menyeluruh ialah keadaan dimana ciri-ciri kualiti bukan sahaja
dipamerkan pada keluaran atau perkhidmatan tetapi juga pada seluruh
operasi dan urusan organisasi.

12.2 Pengurusan kualiti dilaksanakan bertujuan membawa perubahan yang


menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang.

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/7

__________________________________________________________________

12.1.1 CIRI-CIRI PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH

Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) mempunyai beberapa ciri penting


yang boleh dikategorikan kepada 4 ciri utama iaitu :-
i. Matlamat TQM
ii. Fokus TQM
iii. Strategi TQM dalam meningkatkan kualiti
iv. Pelaksana iaitu pihak yang bertanggungjawab
melaksanakannya.
Rajah 12.2 menunjukkan proses-proses berkaitan ciri-ciri TQM.

Kepuasan hati pelanggan


Keluaran tanpa cacat
MATLAMAT (zero deffect)
Keluaran yang sentiasa tepat
(right the first time)

Sistem dan proses


FOKUS Budaya organisasi
Pelanggan

Penambahbaikan yang
berterusan
Melibatkan seluruh
TQM
organisasi
Tindakan yang strategik
STRATEGI Berorientasikan matlamat
jangka panjang
Pengawalan kos kualiti
Tindakan pencegahan
Menekankan kepastian
kualiti

Pengurusan atasan
(pemimpin organisasi)
PELAKSANA Seluruh kakitangan
Pasukan-pasukan kerja.

Rajah 12.2 : Ciri-Ciri TQM

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/8

__________________________________________________________________

Apakah sebenarnya matlamat TQM?


TQM mempunyai matlamat untuk memberi kepuasan hati pelanggan dengan
menghasilkan keluaran yang dapat memenuhi kehendak pelanggan dan
memenuhi apa yang mereka harapkan. Setiap keluaran yang dihasilkan
mestilah tidak mempunyai kecacatan atau kesilapan yang boleh menjejaskan
kepuasan hati pelanggan.

Disamping memberi kepuasan hati pelanggan, TQM memberi fokus kepada


pembangunan sistem dan proses kerja yang berkualiti. Ini adalah kerana hanya
sistem dan proses yang berkualiti sahaja dapat menjamin penghasilan keluaran
yang berkualiti. Maklumbalas dan pandangan dari pelanggan digunakan untuk
tujuan merekabentuk sistem-sistem dan proses kerja yang akan dijalankan.

Dari segi strategi peningkatan kualiti, TQM menekankan proses


penambahbaikan yang berterusan yang mengandungi tindakan strategik yang
dirancang dengan teliti dan berorientasikan matlamat jangka panjang. Proses
ini melibatkan seluruh organisasi. Proses penambahbaikan dijelaskan melalui
Rajah 12.3.

Mengikut pendekatan TQM, setiap anggota di dalam organisasi sama-sama


bertanggungjawab sepenuhnya menjayakan usaha peningkatan kualiti kerana
penglibatan yang menyeluruh akan meninggalkan kesan yang bekekalan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/9

__________________________________________________________________

Tentukan
Kaedah

Tentukan
Matlamat Latih
Penambahbaikan Kakitangan

Laksana
Penambahbaikan
Ambil
Tindakan
Pembetulan
Nilai
Pencapaian

Penyeragaman
Proses

Rajah 12.3 : MODEL PENAMBAHBAIKAN KUALITI


YANG BERTERUSAN

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/10

__________________________________________________________________

AKTIVITI 12b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

12.3 Apakah EMPAT ciri utama dalam pengurusan kualiti menyeluruh?

12.4 Jelaskan matlamat TQM dalam memberi kepuasan kepada pelanggan.

12.5 Nyatakan peringkat-peringkat dalam proses penambahbaikan yang berterusan di


bawah sistem TQM.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/11

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 12b

12.3 Empat ciri utama :-


i. Matlamat
ii. Fokus
iii. Strategi
iv. Pelaksana

12.4 Ia dilakukan dengan cara menghasilkan keluaran yang dapat memenuhi


kehendak pelanggan serta menepati apa yang mereka harapkan. Setiap
keluaran yang dihasilkan dipastikan tidak mempunyai sebarang kecacatan
yang boleh menjejas kepuasan hati pelanggan.

12.5 Peringkat-peringkat penambahbaikan :-


1. Menentukan matlamat penambahbaikan
2. menentukan kaedah pelaksanaannya
3. melatih kakitangan yang terlibat
4. melaksanakan penambahbaikan yang dirancang
5. menilai pencapaian yang diperolehi
6. menyeragamkan proses kerja
7. meneruskan tindakan pembetulan.

OK, Anda akan diuji


dengan soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 12/12

__________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 12 1
Bincangkan faktor-faktor yang perlu diberi penekanan oleh pihak pengurusan bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).

SOALAN 12 2
Jelaskan ciri-ciri penting dalam melaksanakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(TQM).

SOALAN 12 3
Selaku seorang pengurus di sebuah organisasi yang mengamalkan konsep pengurusan
berkualiti, apakah tindakan yang anda perlu ambil sekiranya terdapat aduan
ketidakpuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/1

__________________________________________________________________

UNIT KONSEP ASAS


13 PENGURUSAN
KUALITI

OBJEKTIF

Objektif : Mempelajari dan memahami konsep asas


Am pengurusan kualiti

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Menerangkan berkenaan dengan
Kumpulan Kawalan Mutu (Quality
Control Circle)
2. Menerangkan konsep kumpulan Kawalan
Mutu
3. Menerangkan pelaksanaan Kumpulan
Kawalan Mutu.
4. Menerangkan pendekatan yang
digunakan oleh Kumpulan Kawalan Mutu
dalam meningkatkan kualiti kerja.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/2

__________________________________________________________________

INPUT

13.0 PENGENALAN

Apakah yang anda tahu atau faham mengenai kumpulan kawalan mutu atau
yang lebih dikenali sebagai QCC (Quality Control Circle)?

Kumpulan Kawalan Mutu merupakan satu kumpulan kecil pekerja-pekerja


daripada unit kerja yang sama yang berkumpul untuk mengenalpasti, memilih
dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka.
Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak
pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan.

Komponen utama dalam kumpulan kawalan mutu terbahagi kepada tiga perkara
iaitu :-
i. Mutu
ii. Kawalan
iii. Pelanggan

Mutu
Mutu bukan hanya merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan
malah ia meliputi segala aspek berikut :-
i. Perkhidmatan yang diberi
ii. Kos barangan mestilah standard antara setiap organisasi
iii. Keselamatan barangan dan pengguna apabila menggunakan
produk syarikat

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/3

__________________________________________________________________

Contohnya :-
Mutu kemahiran kakitangan yang melaksanakan tugas, mutu bekerja secara
berkumpulan, mutu alam persekitaran atau suasana kerja, mutu sikap
kakitangan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Kawalan
Kawalan pula bertujuan menyemak kerja atau proses yang dilaksanakan bagi
menentukan samada ia memenuhi kehendak atau keperluan pelanggan. Ianya
meliputi aktiviti-aktiviti merancang, melaksana, mengawal dan mengambil
tindakan. Keempat-empat aktiviti ini saling berkait antara satu sama lain. Ini
adalah proses untuk mendapatkan maklum balas sambil bertindak terhadapnya
untuk memperbaiki dengan cara yang lebih positif.

Pelanggan
Ianya untuk memastikan kepuasan hati penggan kerana ia merupakan konsep
asas QCC.

Kumpulan kawalan mutu dapat menyumbangkan beberapa faedah seperti


berikut:-
Mewujudkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat
Mengubah sikap masyarakat supaya menjadi masyarakat yang bekerja
dan berfikir.
Meningkatkan daya pengeluaran.

13.1 KONSEP KUMPULAN KAWALAN MUTU

13.1.1 Matlamat Kumpulan Kawalan Mutu


Matlamat Kumpulan Kawalan Mutu adalah untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan kualiti kerja melalui :-
a) kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja
b) Semangat bekerja secara berkumpulan
c) Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/4

__________________________________________________________________

d) Penglibatan dan minat terhadap kerja


e) Dorongan kerja yang tinggi
f) Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,
jabatan dan negara.

13.1.2 Prinsip-prinsip Asas Kumpulan Kawalan Mutu


Kumpulan Kawalan Mutu kerja adalah berdasarkan kepada prinsip-
prinsip asas seperti berikut:-
a) Pekerja-pekerja diiktiraf sebagai sumber yang paling bernilai
disamping lain-lain sumber pengurusan
b) Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/organisasi yang
berguna
c) Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat
d) Bekerja secara berkumpulan
e) Kreativiti sentiasa digalakkan
f) Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian.

13.1.3 Faedah-faedah dari Kumpulan Kawalan Mutu


Terdapat banyak faedah yang diperolehi hasil dari pelaksanaan
Kumpulan Kawalan Mutu. Di antaranya ialah :
a) Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan
b) Memupuk kerjasama di kalangan pekerja
c) Memberi kepuasan bekerja
d) Menambah dorongan untuk bekerja
e) Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri
f) Mengasah bakat kepimpinan di kalangan pekerja-pekerja
g) Menggalak daya kreativiti di kalangan pekerja
h) Memperbaiki system dan cara bekerja.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/5

__________________________________________________________________

AKTIVITI 13a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

13.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Kumpulan Kawalan Mutu?


13.2 Nyatakan TIGA komponen utama dalam Kumpulan Kawalan Mutu
13.3 Nyatakan matlamat pembentukan Kumpulan Kawalan Mutu
13.4 Nyatakan DUA faedah yang diperolehi dari pelaksanaanKumpulan Kawalan
Mutu

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/6

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 13a

13.1 Kumpulan Kawalan Mutu merupakan satu kumpulan kecil pekerja-


pekerja daripada unit kerja yang sama yang berkumpul untuk
mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang
berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan
cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk
pertimbangan dan keputusan.

13.2 Mutu , Kawalan , Pelanggan

13.3 a) Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja


b) Semangat bekerja secara berkumpulan
c) Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif
d) Penglibatan dan minat terhadap kerja
e) Dorongan kerja yang tinggi
f) Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan,
jabatan dan negara.

13.4 a) Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan


b) Memupuk kerjasama di kalangan pekerja

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/7

__________________________________________________________________

13.2 PELAKSANAAN KUMPULAN KAWALAN MUTU


Syarat-syarat yang diperlukan bagi melaksanakan Kumpulan Kawalan Mutu
ialah:-
a) Pewujudan struktur Kumpulan Kawalan Mutu
b) Latihan yang berkesan
c) Sistem pengiktirafan yang berkesan.

13.2.1 Struktur Kumpulan Kawalan Mutu


Struktur Kumpulan Kawalan Mutu yang biasa diamalkan
mengandungi komponen-komponen seperti berikut:-
a. Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Kawalan Mutu
b. Fasilitator
c. Ketua Kumpulan
d. Ahli-ahli

13.2.1.1 Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Kawalan Mutu

Jawatankuasa pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang


merangka dasar pelaksanaan Kumpulan Kawalan Mutu dan
memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-
cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan.

13.2.1.2 Fasilitator

Fasilitator adalah terdiri dari ketua-ketua bahagian atau


pekerja-pekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan.
Fasilitator ini adalah bertanggungjawab untuk satu
kumpulan kawalan mutu ataupun lebih. Fasilitator
memainkan peranan-peranan seperti berikut:-
a. Berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan
mendapat sokongan dan bantuan mereka.
b. Memberi latihan kepada ketua-ketua kumpulan dan
membantu melatih ahli kumpulan apabila diperlukan
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/8

__________________________________________________________________

c. Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong.


d. Memastikan bahawa kumpulan akan menumpukan
aktiviti mereka terhadap masalah yang berkaitan dengan
kerja mereka.
e. Sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah
f. Sebagai pakar rujuk kepada kumpulan
g. Mengesan kemajuan kumpulan
h. Menilai hasil program serta kos dan melaporkan kepada
pengurusan.

13.2.1.3 Ketua Kumpulan

Ketua kumpulan yang terdiri dari ketua-ketua Unit atau


pekerja-pekerja yang dipilih mempunyai peranan-peranan
berikut.
a. Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah
dengan bantuan fasilitator
b. Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti
kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dan
harmoni
c. Membantu kumpulan menyimpan rekod dan membuat
persediaan bagi persembahan pengurusan.
d. Mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan
e. Menunjukkan minat dan sokongan kepada kumpulan
f. Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli.
g. Membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah-masalah.
h. Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan.

13.2.1.4 Ahli-ahli Kumpulan Kawalan Mutu

Ahli Kumpulan Kawalan Mutu yang dipilih memainkan


seperti berikut:-
a. Menghadiri mesyuarat secara tetap
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/9

__________________________________________________________________

b. Menumpukan usaha menyelesaikan masalah yang


berkaitan dengan kerja
c. Mengenalpasti masalah-masalah, menyumbangkan
idea-idea, menjalankan penyelidikan dan membantu
kumpulan kearah penyelesaian masalah-masalah.
d. Menyertai persembahan pengurusan.

13.2.2 Pengurusan Kualiti


Dengan pelaksanaan program kualiti, setiap organisasi perlu
menubuhkan satu stuktur organisasi untuk menguruskan kualiti dan
produktiviti dalam organisasi masing-masing seperti rajah 13.1.
Struktur ini diwujudkan untuk pengurusan kualiti dan produktiviti
keseluruhannya.

Jawatankuasa Pemandu Kualiti


Dan Produktiviti / Mesyuarat
Pengurusan

Penyelaras dan Pasukan Petugas


Kualiti dan Produktiviti

Pasukan-pasukan kerja
(Diperingkat pengurusan
dan staf)

Rajah 13.1 : Struktur Pengurusan Kualiti Dan Produktiviti

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/10

__________________________________________________________________

13.2.3 Faktor-faktor yang menyokong kejayaan Kumpulan Kawalan


Mutu

Faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan Kumpulan


Kawalan Mutu adalah seperti berikut:-

a) Sikap yang positif, kesungguhan dan komitment dari pihak


pengurusan atasan. Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan
untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan
program ini.
b) Sistem latihan yang berkesan
c) Sokongan dari semua peringkat
d) Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli Kumpulan Kawalan
Mutu
e) Kemudahan yang disediakan oleh pengurusan seperti alat-alat
tulis, projector overhead, transparensi, bilik perancangan dan
sebagainya.
f) Perkembangan mengenai Kumpulan Kawalan Mutu harus
diketahui oleh semua pihak
g) Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana,
menyelaras dan mengambil tindakan
h) Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan
dan risalah-risalah.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/11

__________________________________________________________________

AKTIVITI 13b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

13.5 Nyatakan komponen-komponen yang ada dalam struktur kumpulan kawalan


mutu.

13.6 Tuliskan 3 peringkat dalam struktur pengurusan kualiti dan produktiviti.

13.7 Berikan 5 faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan kumpulan kawalan


mutu.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/12

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 13b

13.5 a) Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Kawalan Mutu


b) Fasilitator
c) Ketua Kumpulan
d) Ahli-ahli

13.6 a) Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti / Mesyuarat


Pengurusan.
b) Penyelaras dan Pasukan Petugas Kualiti dan Produktiviti.
c) Pasukan-pasukan kerja (peringkat pengurusan dan staf)

13.7 a) Sikap yang positif, kesungguhan dan komitment dari pihak pengurusan
atasan.
b) Sistem latihan yang berkesan.
c) Sokongan dari semua peringkat.
d) Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli Kumpulan Kawalan Mutu.
e) Kemudahan yang disediakan oleh pengurusan seperti alat-alat tulis,
projector overhead, transparensi, bilik perancangan dan sebagainya.

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/13

__________________________________________________________________

13.3 PROSES DALAM URUSAN PENAMBAHBAIKAN KERJA


Pendekatan yang digunakan oleh Kumpulan Kawalan Mutu dalam
meningkatkan kualiti kerja adalah mengikut langkah-langkah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 13.2.

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

PENYEMAKAN

TINDAKAN

Rajah 13.2: Langkah-Langkah Penambahbaikan Kerja

13.3.1 Perancangan
Di peringkat perancangan, ahli-ahli Kumpulan Kawalan Mutu
dikehendaki mengenalpasti dan memilih projek atau masalah yang
perlu diselesaikan. Bagi setiap projek atau masalah yang telah
dikenalpasti, satu jadual pelaksanaan perlu disediakan untuk
memastikan agar masalah tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Pada peringkat ini TIGA perkara perlu
dilaksanakan iaitu :-
a. Mengenalpasti Projek/masalah
b. Pemilihan Projek/masalah
c. Penyediaan Jadual Pelaksanaan Projek/masalah

13.3.2 Pelaksanaan
Aktiviti-aktiviti yang terlibat di peringkat pelaksanaan adalah:-
i. Penganalisisan masalah
ii. Cadangan penyelesaian
iii. Persembahan kepada pihak pengurusan
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/14

__________________________________________________________________

iv. Pertimbangan dan keputusan oleh pihak pengurusan


v. Pelaksanaan projek oleh ahli-ahli Kumpulan Kawalan Mutu

13.3.3 Penyemakan
Di peringkat penyemakan aktiviti yang terlibat adalah penilaian. Ahli-
ahli Kumpulan Kawalan Mutu perlu mengadakan penilaian ke atas
pelaksanaan cadangan-cadangan penyelesaian. Penilaian boleh
dilakukan melalui pungutan data dan analisis data dalam tempoh
tertentu. Setelah penilaian dibuat, ahli-ahli kumpulan kawalan mutu
boleh memutuskan samada cadangan penyelesaian boleh terus
dilaksanakan.

13.3.4 Tindakan
Hasil dari penilaian yang dijalankan, ahli-ahli kumpulan kawalan
mutu dapat mengenalpasti penambahbaikan yang diperolehi daripada
tindakan pembetulan. Sekiranya penambahbaikan diperolehi, ahli
boleh menyeragamkan tindakan-tindakan tersebut dan menjadikannya
sebagai prosidur atau operasi jabatan/organisasi. Satu taklimat
mengenai prosidur baru harus diberi kepada anggota-anggota
jabatan/organisasi.

13.4 TEKNIK-TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Pengumpulan data dan maklumat adalah merupakan langkah yang terpenting
dalam proses menyelesaikan masalah. Tanpa data dan maklumat yang
diperlukan, atau kekurangan data, keputusan atau penyelesaian masalah tidak
dapat dibuat dengan berkesan. Data dan maklumat perlu dikumpulkan bagi
tujuan berikut:-
i. Untuk memahami keadaan sebenar dan menyokong serta
memperkukuhkan sesuatu pendapat
ii. Untuk menentukan perhubungan di antara masalah dan sebab-sebabnya.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/15

__________________________________________________________________

Data-data boleh dikumpulkan melalui lima cara iaitu :-


i. Temuduga/temubual
ii. Soal selidik
iii. Pemerhatian
iv. Laporan-laporan
v. Aduan-aduan orang ramai.

Pelbagai teknik boleh digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Dalam


unit ini, kita akan membincangkan mengenai teknik Analisis Sebab dan
Akibat (cause and effect analysis) sahaja.

13.4.1 Analisis Sebab dan Akibat


Teknik analisis sebab dan akibat juga dikenali sebagai Analisis Tulang
Ikan. Teknik ini digunakan untuk mengenalpasti sebab-sebab yang
menjadi punca masalah melalui percambahan fikiran. Analisi ini
merupakan satu kaedah yang mudah untuk meringkas, mengatur dan
menerangkan dalam bentuk gambarajah semua sebab-sebab kepada
sesuatu masalah yang telah dikenalpasti. Terdapat LIMA langkah
dalam membina rajah sebab dan akibat iaitu :-
i. Mengenalpasti masalah
ii. Penentuan sebab-sebab utama
iii. Penentuan sebab-sebab kecil
iv. Mengenalpasti sebab-sebab sebenar
v. Menyusun sebab-sebab kecil.

13.4.1.1 Langkah 1: Mengenalpasti masalah


Mengenalpasti masalah dan menyatakannya secara tepat.
Sebagai contoh, masalah yang dikenalpasti ialah Laporan
Kajian Tidak dapat Dicetak Dalam Waktu Yang ditetapkan.
Rajah Sebab dan Akibat boleh dimulakan dengan membuat
anak panah kasar dari sebelah kiri ke Kanan menuju ke arah
masalah yang telah dikenalpasti seperti Rajah 13.3

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/16

__________________________________________________________________

SEBAB AKIBAT

Laporan kajian Tidak Dapat


Dicetak Dalam Tempoh
Waktu Yang ditetapkan

MASALAH

Rajah 13.3 : Mengenalpasti Masalah

13.4.1.2 Langkah 2: Penentuan Sebab-Sebab Utama


Sesuatu masalah timbul dari beberapa sebab yang boleh
dibahagikan mengikut sumber-sumber pengeluaran iaitu
tenaga kerja, mesin, peralatan, kaedah dan seumpamanya
seperti yang digambarkan dalam rajah 13.4.

Peralatan Manusia

Laporan Kajian Tidak


Dapat Dicetak Dalam
Tempoh Waktu Yang
ditetapkan

Mesin Kaedah

Rajah 13.4 : Penentuan Sebab-Sebab Utama

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/17

__________________________________________________________________

13.4.1.3 Langkah 3 : Penentuan Sebab-Sebab Kecil


Melalui proses percambahan fikiran sebab-sebab kecil
sesuatu masalah itu timbul dikenalpasti dan dimasukkan di
bawah sebab-sebab utama yang sesuai. Ini dapat
ditunjukkan oleh rajah 13.5.

Peralatan Manusia

sikap

Terlalu banyak cuti kecemasan

Laporan Kajian Tidak


Dapat Dicetak Dalam
Tempoh Waktu Yang
ditetapkan

Mesin Kaedah

Rajah 13.5 : Penentuan Sebab-Sebab Kecil

Sebab kecil kepada sebab utama manusia ialah sikap dan


terlalu banyak cuti kecemasan adalah sebab yang paling
kecil. Ini adalah kerana sikap yang negatif menyebabkan
pegawai mengambil terlalu banyak cuti kecemasan. Setelah
sebab-sebab kecil dan sebab-sebab yang lebih kecil
dikenalpasti, rajah sebab dan akibat akan kelihatan seperti
rajah 13.6 :-

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/18

__________________________________________________________________

Peralatan Manusia

Kurang bekalan kurang tenaga kerja


Percetakan
Bacaan tidak teliti

sikap

Terlalu banyak cuti kecemasan

Kekurangan
Kewangan Bacaan tidak teliti

Tiada Latihan
Laporan Kajian Tidak
Dapat Dicetak Dalam
Tempoh Waktu Yang
ditetapkan

Gangguan
elektrik kelewatan terima salinan asal

tidak cukup
mesin kelewatan bahagian setting

mesin selalu
rosak pindaan semasa kerja dijalankan

Mesin Kaedah

Rajah 13.6 : Rajah Lengkap Penentuan Sebab-Sebab Kecil

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/19

__________________________________________________________________

13.4.1.4 Langkah 4: Mengenal pasti sebab-sebab sebenar

Langkah ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu dengan


menggunakan data atau dengan membenarkan tiap-tiap ahli
dalam kumpulan mengundi tiap-tiap sebab yang dianggap
penting. Sebab-sebab yang sebenar iaitu yang menerima
undi yang terbanyak sekali dibulatkan. Diperingkat ini
Rajah Sebab dan Akibat menjadi seperti rajah 13.7.

Peralatan Manusia
Kurang tenagan kerja
Kurang
bekalan Bacaan tidak teliti
percetakan
Sikap

Kekurangan
kewangan
Terlalu banyak cuti kecemasan

Bacaan
tidak
teliti

Tiada Latihan

Laporan Kajian Tidak Dapat


Dicetak Dalam Tempoh Waktu
Gangguan Yang ditetapkan
Elektrik Kelewatan terima
Tidak cukup salinan asal
mesin
Kelewatan
Mesin dibhg.setting
selalu
rosak
Pindaan semasa kerja
dijalankan

Mesin Kaedah

Rajah 13.7 : Pengenalpastian Sebab Sebenar

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/20

__________________________________________________________________

13.4.1.5 Langkah 5 : Menyusun Sebab-Sebab Kecil

Data tambahan mengenai tiap-tiap sebab kecil dan lebih


kecil yang dibulatkan dikumpulkan untuk memilih satu atau
sebab utama. Sebab-sebab ini disusun mengikut keutamaan
melalui proses undian seperti rajah 13.8 berikut:-

Peralatan Manusia
Bacaan
Kekurangan tidak
kewangan teliti

Laporan Kajian Tidak


Dapat Dicetak Dalam
Tempoh Waktu Yang
ditetapkan
Kelewatan
Mesin bahagian
selalu setting
rosak

Mesin Kaedah

Rajah 13.8 : Susunan Sebab-Sebab Kecil Mengikut Keutamaan

Dalam menyediakan Rajah sebab dan akibat, perkara berikut perlu


dipertimbangkan :-

i. Teknik ini tidak sesuai digunakan jika masalah tersebut senang


diselesaikan ataupun jika sebab penyelesaiannya nyata.

ii. Semasa proses percambahan fikiran dijalankan mengenai sebab-sebab


mengapa sesuatu masalah itu timbul, tumpuan harus diberikan kepada
sebab-sebab sahaja dan bukan kepada penyelesaiannya.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/21

__________________________________________________________________

iii. Gunakan teknik-teknik menyoal apabila ahli-ahli kumpulan menghadapi


masalah dalam menyempurnakan rajah dengan menggunakan perkataan
seperti apakah, mengapa, dimana, bila, siapa dan bagaimana.

iv. Gunakan Rajah Sebab dan akibat yang berasingan bagi tiap-tiap masalah.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/22

__________________________________________________________________

AKTIVITI 13c

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

13.8 Berikan 4 langkah penambahbaikan kerja dalam meningkatkan kualiti kerja.


i. ___________________________
ii. ___________________________
iii. ___________________________
iv. ___________________________

13.9 Nyatakan Teknik Penyelesaian Masalah yang telah dipelajari.

13.10 Nyatakan 5 langkah dalam membina Rajah Sebab dan Akibat.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/23

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 13c

13.8 Empat langkah penambahbaikan :-


i. Perancangan
ii. Pelaksanaan
iii. Penyemakan
iv. Tindakan

13.9 Teknik Analisis Sebab dan Akibat


13.10 LIMA langkah dalam membina Rajah Sebab dan Akibat:-
1. Mengenalpasti masalah
2. Penentuan sebab-sebab utama
3. Penentuan sebab-sebab kecil
4. Mengenalpasti sebab-sebab sebenar
5. Menyusun sebab-sebab kecil

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 13/24

__________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 13 1
Terangkan fungsi setiap unit dalam struktur Kumpulan Kawalan Mutu yang terdiri
daripada :-
i. Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Kawalan Mutu.
ii. Fasilitator
iii. Ketua Kumpulan
iv. Ahli-ahli kumpulan

SOALAN 13 2
Terangkan proses urusan penambahbaikan kerja dalam meningkatkan kualiti kerja.

SOALAN 13 3
Jelaskan langkah-langkah dalam membina Rajah Sebab dan Akibat bagi satu masalah
yang dihadapi dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Anda boleh membuat andaian
sendiri mengenai masalah tersebut.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/1

__________________________________________________________________

UNIT KONSEP ASAS


14 PENGURUSAN
KUALITI

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami konsep asas


Am pengurusan kualiti

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Menerangkan berkenaan dengan
konsep Management By Objective
(MBO)

2. Menerangkan berkenaan dengan


Teknik Hanya Pada Waktu (JIT)

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/2

__________________________________________________________________

INPUT

14.0 PENGENALAN

Dalam unit ini kita akan membincangkan konsep asas pengurusan kualiti yang
berkaitan dengan MBO dan JIT.

MBO (Management by Objective) atau dalam Bahasa Malaysia Pengurusan


Melalui Objektif merupakan falsafah pengurusan yang berkesan dengan
penukaran objektif organisasi kepada penukaran objektif individu. Ia
merupakan satu proses di mana penyelia dan pekerja sama-sama menetapkan
objektif pekerja dan pihak pekerja akan menerima ganjaran berdasarkan kepada
pencapaian objektif-objektif tersebut. Sistem MBO harus melibatkan semua
peringkat bermula daripada pengurusan atasan hinggalah kepada pekerja baru.

JIT (Just in Time) atau dalam Bahasa Malaysia disebut Teknik Hanya Pada
Masa merupakan teknik pengurusan kualiti yang mula diamalkan di negara
Jepun selepas Perang Dunia Kedua yang bermatlamat untuk mewujudkan
pekerjaan penuh bagi rakyatnya ke arah mencapai pengangguran sifar.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/3

__________________________________________________________________

14.1 MANAGEMENT BY OBJECTIVE (MBO)

Dalam bahagian pengenalan telah diterangkan mengenai maksud MBO. Di


bahagian ini akan dijelaskan mengenai maksud objektif dan proses-proses yang
terlibat dalam pembentuk objektif sesuatu organisasi.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Objektif?

Objektif merupakan hasil atau keputusan yang dijangkakan dapat dicapai oleh
sesebuah organisasi yang berhubung dengan masa hadapan. Ini bermakna
pencapaiannya akan berlaku dalam satu jangkamasa, dengan itu, perancangan
yang teliti dalam membentuk satu-satu objektif amat diperlukan. Objektif
merangkumi apa yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi seperti
kepuasan ahli-ahli dalam organisasi, pengeluaran barangan dan perkhidmatan,
kecekapan, mobalisasi sumber-sumber, rasionaliti dan perhatian tentang disiplin
dan peraturan-peraturan.

Melalui MBO, proses pembentukan objektif memerlukan penyertaan dan


kerjasama daripada ahli-ahli pelbagai peringkat dalam sesebuah organisasi.
Proses ini dijangka dapat menghasilkan beberapa kebaikan seperti berikut:-
i. Setiap individu di dalam organisasi tersebut akan lebih menyedari dan
memahami tentang keseluruhan objektif organisasi.
ii. Setiap individu akan lebih memahami peranan dan tanggungjawab
mereka dalam organisasi
iii. Semangat tolak ansur yang wujud dalam proses pembentukan objektif
akan memperbaiki lagi dorongan ke atas individu serta meninggikan
lagi prestasi kerja dalam organisasi

Walau bagaimanapun beberapa masalah mungkin timbul dalam pembentukan


objektif seperti menentukan keputusan untuk memilih bidang pengkhususan
dalam pembentukan objektif tersebut.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/4

__________________________________________________________________

Rajah 14.1 di bawah menerangkan proses pembentukan objektif berdasarkan


pendekatan MBO.

Unsur-unsur penting Langkah-langkah

1. Membuat rumusan matlamat jangka


Pembentukan matlamat panjang dan rancangan strategik.
2. Perwujudan objektif tertentu untuk
organisasi keseluruhan.
3. Pembentukan objektif jabatan.
4. Pembentukan objektif kerja bagi tiap-
tiap individu.
Tindakan perancangan 5. Membuat rumusan tentang rancangan
tindakan.

Pengawalan 6. Melaksana dan mengambil tindakan


pembetulan.

Ulangkaji dari masa ke 7. Mengulangkaji pencapaian objektif.


semasa 8. Penilaian prestasi keseluruhan
melalui:
a) Latihan pengurus
b) Pampasan
c) Perancangan tenaga manusia
dan kerjaya

Rajah 14.1 : Proses MBO

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/5

__________________________________________________________________

AKTIVITI 14a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

14.1 Apakah yang dimaksudkan dengan objektif dan apakah kebaikan yang
diperolehi daripadanya?

14.2 Nyatakan unsur-unsur penting yang perlu ada dalam pembentukan objektif
berdasarkan pembentukan MBO.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/6

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 14a

14.1 Objektif merupakan hasil atau keputusan yang dijangkakan dapat dicapai oleh
sesebuah organisasi yang berhubung dengan masa hadapan.

Kebaikan yang diperolehi daripada pembentukan objektif ialah : -


i. Setiap individu di dalam organisasi tersebut akan lebih menyedari dan
memahami tentang keseluruhan objektif organisasi.
ii. Setiap individu akan lebih memahami peranan dan tanggungjawab
mereka dalam organisasi
iv. Semangat tolak ansur yang wujud dalam proses pembentukan objektif
akan memperbaiki lagi dorongan ke atas individu serta meninggikan
lagi prestasi kerja dalam organisasi

14.2 4 unsur penting iaitu :


i. Pembentukan matlamat
ii. Tindakan perancangan
iii. Pengawalan
iv. Ulangkaji dari masa ke semasa

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/7

__________________________________________________________________

14.2 JUST IN TIME (JIT)

Apakah yang anda tahu mengenai Teknik Hanya Pada Waktu atau Just
Time(JIT) ?

Teknik JIT mula diamalkan di negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua yang
bermatlamat untuk mewujudkan pekerjaan penuh bagi rakyatnya ke arah
mencapai pengangguran sifar. Setelah membuat kajian, kerajaan Jepun telah
mendapati bahawa salah satu cara untuk mencapai daya saing ialah melalui
pelupusan sampah. Ini bermakna, sekiranya sesuatu barang tidak diperlukan
pada masa ini dan tidak ada keperluan untuk menyimpannya dalam kilang,maka
ia digolongkan sebagai sampah. Oleh sebab itu, barangan yang diperlukan
hanya akan dihantar pada masa yang diperlukan untuk mengelakkan kewujudan
sampah. Di sini istilah sampah adalah merujuk kepada inventori yang tidak
diperlukan pada masa ia tidak diperlukan lagi.

Terdapat beberapa senarai definisi yang pernah disarankan untuk menjelaskan


konsep ini iaitu :

a. cara kerja
b. konsep
c. matlamat
d. kepercayaan
e. falsafah

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/8

__________________________________________________________________

14.2.1 CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN JIT

14.2.1.1 Ciri-ciri JIT


Ciri-ciri utama JIT boleh diringkaskan seperti berikut :
a. pembekal dan pembeli sebagai rakan
b. prinsip menang-menang (win-win) untuk kedua-dua
pihak
c. fokus utama dalam mewujudkan keuntungan dimana
kerjasama dan kesetaraan untuk kedua-dua pihak dititik
beratkan.

14.2.1.2 Keperluan JIT


Keperluan JIT pula merangkumi :-
a. pembekal : penghantaran berkualiti dan tepat pada masa.
b. Susunatur unit kerja pada setiap langkah
c. Teknologi digunakan di tempat kerja untuk
meningkatkan pengeluaran
d. Inventori dalam saiz yang kecil dan disimpan di tempat
khas.
e. Penjadualan proses secara berperingkat
f. Pemeliharaan proses seperti yang dijadualkan.
g. Pengeluaran yang berkualiti
h. Pemberian kuasa dan latihan kepada pekerja
i. Komitmen daripada pihak pengurusan, pekerja dan
pembekal

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/9

__________________________________________________________________

14.2.2 SUSUN ATUR JIT


Sekarang kita akan lihat pula susun atur JIT yang akan menentukan
kecekapan sesuatu operasi. Susun atur ini amat berguna dalam operasi
pengurusan kerana ia akan mengurangkan pemindahan bahan yang
hanya akan membuang masa. Pengurangan pemindahan bahan
seterusnya akan mengurangkan penggunaan tenaga kerja kerana susun
atur JIT akan memindahkan barang terus ke tempat yang diperlukan
tanpa perlu berada di bahagian penerimaan terlebih dahulu.

Rajah 14.2 di bawah menunjukkan langkah-langkah ataupun taktik


susunatur yang biasa dipraktikkan dikebanyakan organisasi.

Melatih silang

Kelengkapan yang mudah


dipindah dan fleksibel

Mengguna cara poka-yoke

Memperbaiki komunikasi
antara pekerja

Mereka ruang inventori


yang kecil

Meminimumkan jarak

Membina work cells

Rajah 14.2 : Langkah Susunatur JIT

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/10

__________________________________________________________________

14.2.3 JIT DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN


Kebanyakan individu menganggap JIT merupakan suatu sistem untuk
mengurangkan inventori dan bukan penggunaan dalam sektor
perkhidmatan.Tetapi pada hakikatnya ia digunakan secara meluas
dalam sektor ini. Ini kerana ia bukan sahaja merangkumi peringkat
inventori yang rendah tetapi ia juga meliputi penghapusan
pembaziran, operasi yang lancar, penyesuaian keadaan pasaran,
merapatkan hubungan dengan pembekal dan sebagainya. Hasilnya,
barangan atau perkhidmatan boleh disediakan dengan cepat
menggunakan kos yang rendah. Dengan ini, kita dapat mengkaji
konsep JIT yang digunakan dalam sektor perkhidmatan dari aspek
pembekal, susun atur, inventori dan penjadualan.

14.2.3.1 Pembekal
Kebanyakan pihak pengurusan restoran mengekalkan
hubungan yang rapat dengan pembekal. Ini disebabkan
kualiti barang bekalan yang tidak memuaskan akan
mempengaruhi bekalan perkhidmatan. Mereka juga akan
mengekalkan pembekal yang sama untuk mengelakkan
salah faham yang mungkin akan berlaku. Selain itu, mereka
juga akan membuat perjanjian jangka panjang untuk
memberi jaminan kepada kedua-dua pihak pada masa akan
datang.

14.2.3.2 Susun atur


Tanpa kita sedari, sebenarnya susun atur JIT digunakan
secara meluas di dapur-dapur restoran. Semua makanan
akan disusun atur mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Makanan yang telah siap disediakan juga akan disusun atur
supaya boleh memberikan makanan yang cepat kepada
pembeli. Satu lagi aplikasi JIT ialah susun atur beg-beg di
lapangan terbang. Konsep susun atur JIT yang baik
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/11

__________________________________________________________________

meminimumkan pergerakan orang dan barangan yang akan


menjimatkan masa.

14.2.3.3 Inventori
Jangkamasa inventori sektor perkhidmatan adalah lebih
rendah berbanding sektor pengeluaran. Sektor perkhidmatan
penyediaan makanan segera seperti McDonalds dan KFC
misalnya telah menghadkan masa-masa yang tertentu bagi
mengekalkan inventori makanan yang siap. Sebagai contoh,
jika masa mengekalkan inventori bagi roti ialah 15 minit
dan kentang goreng pula 7 minit, maka ia iidak akan
dihantar kepada pelanggan jika melebihi tempoh yang telah
ditetapkan tersebut.

14.2.3.4 Penjadualan
Penjadualan juga memainkan peranan penting dalam
menawarkan perkihdmatan yang akan memuaskan hati
pelanggan tanpa membazirkan masa. Sebagai contoh,
pelayan McDonalds telah dihadkan amsa tidak lebih
daripada 15 minit untuk menyediakan suatu perkhidmatan
yang lengkap kepada pelanggan bermula daripada pesanan
sehingalah ia sedia dinikmati oleh pelanggan. Kuantiti
makanan juga disediakan ddalm slot ataupun jumlah yang
kecil untuk memastikan kesegaran kualiti makanan sentiasa
terjamin.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/12

__________________________________________________________________

AKTIVITI 14b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

14.3 Senaraikan ciri-ciri dan keperluan JIT.

14.4 Mengapakah susun atur penting dalam sektor pembuatan mahupun


perkhidmatan?

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/13

__________________________________________________________________

MAKLUMBALAS 14b

14.3 Ciri-ciri JIT :


a) pembekal dan pembeli sebagai rakan
b) prinsip menang-menang (win-win) untuk kedua-dua pihak
c) fokus utama dalam mewujudkan keuntungan dimana kerjasama
dan kesetaraan untuk kedua-dua pihak dititik beratkan.

Keperluan JIT :
a) pembekal : penghantaran berkualiti dan tepat pada masa.
b) Susunatur unit kerja pada setiap langkah
c) Teknologi digunakan di tempat kerja untuk meningkatkan
pengeluaran
d) Inventori dalam saiz yang kecil dan disimpan di tempat khas.
e) Penjadualan proses secara berperingkat
f) Pemeliharaan proses seperti yang dijadualkan.
g) Pengeluaran yang berkualiti
h) Pemberian kuasa dan latihan kepada pekerja
i) Komitmen daripada pihak pengurusan, pekerja dan pembekal

14.4 Menjimatkan kos dan masa.

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 14/14

__________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 14 1
Sebagai pengarah syarikat yang baru di syarikat kepunyaan keluarga anda, anda ingin
mengaplikasikan pendekatan MBO di syarikat anda. Terangkan langkah-langkah yang
perlu anda ambil untuk menyempurnakan hasrat anda bermula dengan pembentukan
objektif.

SOALAN 14 2
Dapatkan beberapa buah organisasi di sekitar tempat anda (pembuatan atau
perkhidmatan) yang mengamalkan konsep JIT di dalam pengurusan pembekal, susun
atur, inventori dan penjadualannya. Wujudkah perbezaan di antaranya?

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/1

_____________________________________________________________________

UNIT KONSEP ASAS


15 PENGURUSAN
KUALITI

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami konsep asas


Am pengurusan kualiti.

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Memberikan definisi MS ISO 9000
2. Menerangkan konsep MS ISO 9000.
3. Menyenaraikan prisip-prinsip MS ISO
9000.
4. Menyenaraikan faedah-faedah MS
ISO 9000.
5. Menyenaraikan ciri-ciri dokumentasi
sistem kualiti yang berkesan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/2

_____________________________________________________________________

INPUT

15.0 PENGENALAN

Apakah yang anda tahu berkenaan MS ISO 9000 ? MS ISO 9000 merupakan
satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas
yang perlu ada di dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang
diberikan oleh sesebuah organisasi memenuhi kehendak pelanggan. Standard
kualiti MS ISO memerlukan organisasi mengenalpasti kehendak pelanggan
mereka, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi
memenuhi kehendak tersebut, menyediakan latihan yang sesuai dan
secukupnya bagi personel yang terlibat dalam sistem kualiti dan menjalankan
pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam sistem kualiti
mencapai matlamatnya.

Perlaksanaan MS ISO 9000 telah diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam di


negara kita sejak pertengahan tahun 1996. Tujuan utama perlaksanaannya
adalah untuk membantu agensi awam untuk mewujudkan sistem kualiti yang
cekap dan berkesan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang dihasilkan
adalah konsisten dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak pelanggan.

Bagi membantu agensi awam melaksanakan MS ISO 9000, Perkhidmatan


Awam telah mengeluarkan satu garis panduan yang terkandung dalam
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 1996 yang
bertajuk Garis Panduan Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan
Awam dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1997
yang bertajuk Panduan Tambahan Mengenai Pelaksanaan MS ISO 9000 dan
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/3

_____________________________________________________________________

Skim Persijilan Sistem Kualiti Oleh Agensi Kerajaan. Surat Pekeliling ini
menggariskan secara terperinci langkah-langkah dan tempoh masa yang perlu
diikuti oleh setiap agensi dalam melaksanakan MS ISO 9000 serta prosedur
bagi mendapatkan pengiktirafan dan persijilan MS ISO 9000.

Terminologi Dalam MS ISO 9000

Sebelum kita mempelajari tentang MS ISO 9000 dengan lebih mendalam,


adalah penting untuk kita mengetahui dan memehami terminology atau
maksud istilah-istilah yang diguna pakai dalam MS ISO 9000. Antara
terminologi-terminologi yang penting termasuklah:

a. Kualiti : Keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau


perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau yang
tersirat.
b. Dasar Kualiti : Pernyataan mengenai hasrat kualiti pihak pengurusan
atasan yang akan memberikan tuju arah kepada organisasi mengenai nilai
dan amalan kualiti yang hendak diterapkan.
c. Pengurusan Kualiti : Fungsi pengurusan bagi menentu dan melaksanakan
dasar kualiti.
d. Sistem Kualiti : Struktur organisasi, tanggungjawab, prosedur-prosedur,
proses-proses dan sumber-sumber bagi melaksanakan pengurusan kualiti.
e. Kawalan Kualiti : Teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk
memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan kualiti.
f. Quality Assurance : Tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun yang
perlu dilaksanakan bagi memberi keyakinan yang mengcukupi bahawa
produk atau perkhidmatan akan memenuhi keperluan kualiti yang
dinyatakan.
g. Pembekal : Organisasi yang menyediakan produk atau perkhidmatan untuk
pelanggan. Biasanya merujuk kepada agensi-agensi kerajaan.
h. Produk : output yang dihasilkan oleh sesuatu aktiviti atau proses.
i. Subkontraktor : Pembekal produk atau perkhidmatan kepada organisasi.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/4

_____________________________________________________________________

j. Pelanggan : Pihak yang menerima produk atau perkhidmatan.


k. Perkhidmatan : Hasil daripada aktiviti-aktiviti antara pembekal dengan
pelanggan dan aktiviti dalaman pembekal untuk memenuhi kehendak
pelanggan.
l. Pemberian Perkhidmatan : Aktiviti yang perlu dijalankan oleh pembekal
untuk memberi perkhidmatan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/5

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 15a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

15.1 Berikan definisi MS ISO 9000.

15.2 Berikan maksud istilah-istilah berikut :


i. Kualiti
ii. Dasar Kualiti
iii. Pengurusan Kualiti
iv. Sistem Kualiti
v. Kawalan Kualiti
15.3 Bezakan
i. Pembekal dan pelanggan
ii. Perkhidmatan dan pemberian perkhidmatan
iii. Produk dan perkhidmatan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/6

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 15a

15.1 MS ISO 9000 merupakan satu standard bertulis yang menetap dan
menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada di dalam sistem kualiti bagi
memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi memenuhi
kehendak pelanggan.

15.2 i. Kualiti : Keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk atau


perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang dinyatakan atau
yang tersirat.
ii. Dasar Kualiti : Pernyataan mengenai hasrat kualiti pihak pengurusan
atasan yang akan memberikan tuju arah kepada organisasi mengenai
nilai dan amalan kualiti yang hendak diterapkan.
i. Pengurusan Kualiti : Fungsi pengurusan bagi menentu dan
melaksanakan dasar kualiti.
iii. Sistem Kualiti : Struktru organisasi, tanggungjawab, prosedur-
prosedur, proses-proses dan sumber-sumber bagi melaksanakan
pengurusan kualiti.
iv. Kawalan Kualiti : Teknik-teknik dan aktiviti operasi yang digunakan
untuk memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan kualiti.

15.3 i. Pembekal dan pelanggan


Pembekal : Organisasi yang menyediakan produk atau perkhidmatan
untuk pelanggan. Biasanya merujuk kepada agensi-agensi kerajaan.
Pelanggan : Pihak yang menerima produk atau perkhidmatan.
ii. Perkhidmatan dan pemberian perkhidmatan
Perkhidmatan : Hasil daripada aktiviti-aktiviti antara pembekal
dengan pelanggan dan aktiviti dalaman pembekal untuk memenuhi
kehendak pelanggan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/7

_____________________________________________________________________

Pemberian Perkhidmatan : Aktiviti yang perlu dijalankan oleh


pembekal untuk memberi perkhidmatan.
ii. Produk dan perkhidmatan
Produk : output yang dihasilkan oleh sesuatu aktiviti atau proses.
Perkhidmatan : Hasil daripada aktiviti-aktiviti antara pembekal
dengan pelanggan dan aktiviti dalaman pembekal untuk memenuhi
kehendak pelanggan

OK, KITA KE
TOPIK YANG
SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/8

_____________________________________________________________________

15.1 KONSEP MS ISO 9000


Rajah 15.1 akan dapat membantu anda untuk memahami Konsep ISO 9000.
Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, matlamat kepastian kualiti akan
dicapai apabila kehendak-kehendak pelanggan difahami dan proses bagi
memenuhi kehendak-kehendak pelanggan ini dirancang dan dikawal. Kawalan
proses hendaklah dilakukan pada peringkat input dan proses. Output yang
dihasilkan akan melalui proses verifikasi bagi memenuhi spesifikasi yang telah
ditetapkan. Pelaksanaan proses pula akan diasaskan kepada dasar dan
prosedur-prosedur yang telah didokumenkan.

PELANGGAN KEPASTIAN KUALITI

Organisasi

DOKUMENTASI SISTEM KUALITI


Manual kualiti Berasaskan MS ISO 9000
Prosedur
Arahan kerja
Dokumen sokongan
Kawalan Kawalan Verifikasi
Tanggungjawab pihak
berkuasa
INPUT PROSES OUTPUT

Rajah 15.1 : Konsep MS ISO 9000

15.2 PRINSIP-PRINSIP MS ISO 9000

Pelaksanaan MS ISO 9000 adalah berdasarkan kepada beberapa prinsip yang


utama iaitu :

a. ISO 9000 merupakan standard bagi sistem kualiti. Ia bukan standard untuk
produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Standard bagi produk akan
menetapkan cirri-ciri bagi produk berkenaan. Contohnya ialah SMR
download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/9

_____________________________________________________________________

merupakan standard bagi sejenis getah yang dihasilkan di Malaysia.


Standard ini menetapkan cirri-ciri bagi getah tersebut seperti warna,
elastisiti dan kandungan bahan-bahan kimia. Manakala standard ISO 9000
merupakan standard bagi sistem kualiti yang menghasilkan getah tersebut.

b. ISO 9000 adalah berasaskan kepada dokumentasi yang menekankan apa


yang dibuat, apa yang didokumenkan dan buktikannya.

c. ISO 9000 menekankan kepada pencegahan iaitu mencegah berlakunya


masalah dan bukannya mengatasi masalah selepas ia berlaku.

d. ISO merupakan suatu standard universal. Ia hanya menggariskan


keperluan-keperluan asas secara umum tetapi tidak memprincikan
tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi memenuhi keperluan tersebut.
Dengan kata lain, ia hanya menghuraikan apa yang perlu diadakan dan
tidak bagaimana membuatnya. Contohnya jika berlaku sesuatu kesilapan,
ia hanya menetapkan tindakan pembetulan yang perlu dijalankan tetapi
tdak menghuraikan bagaimana cara dan bentuk tindakan yang harus
diambil.

15.3 FAEDAH MS ISO 9000


Pelaksanaan ISO 9000 akan memberikan beberapa faedah termasuklah :

a. Mengurangkan tindakan pembetulan selepas berlaku sesuatu masalah.


Keadaan ini akan mengelakkan pihak pengurusan daripada terpaksa
melibatkan diri dalam aktiviti harian operasi kerana para pekerja telah
dibekalkan dengan panduan dan cara kerja yang lengkap.
b. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut
dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil.
Ini dicapai melalui perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas
dilaksanakan dan menyediakan prosedur, standard serta garis panduan

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/10

_____________________________________________________________________

untuk membantu pekerja mengetahui tugas sebenar yang perlu


dilakukan.
c. Memberikan kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan-
amalan pengurusan dan cara-cara bekerja. Dokumen ini boleh
dijadikan asas untuk program latihan pekerja dan juga asas bagi
penambahbaikan prestasi. Dokumen dokumen yang disediakan
mengandungi amalan-amalan dan cara bekerja yang kemaskini.
d. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah-
masalah serta mengelakkannya daripada berulang. Ini dapat dilakukan
dengan mewujud langkah-langkah bagi mengesan tindakan-tindakan
yang tidak memenuhi amalan dan spesifikasi, mengenalpasti puncanya
dan merancang serta melaksanakan tindakan pembetulan.
e. Membolehkan pekerja menjalankan tugas-tugas mereka dengan betul
pada kali pertama dan pada setiap kali. Faedah ini boleh dicapai
dengan mengadakan arahan kerja, kawalan yang berkesan, sumber
yang sesuai dan mencukupi, latihan, motivasi dan persekitaran yang
memberangsangkan.
f. Membolehkan organisasi membuktikan kepada mana-mana pihak yang
membuat penilaian ke atas organisasi tersebut mengenai kualiti
perkhidmatan yang diberikan dan sistem bagi menghasilkan
perkhidmatan ini adalah terkawal. Ini dilakukan dengan cara
mengenalpasti, mewujud dan menyelenggara rekod-rekod aktiviti yang
mempunyai kesan ke atas kualiti.
g. Pihak pengurusan boleh membuat keputusan dengan lebih baik melalui
maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan
dan kawalan dokumen.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/11

_____________________________________________________________________

15.4 ELEMEN MS ISO 9000


Terdapat 20 elemen yang terkandung dalam ISO 9000. Elemen-elemen
tersebut ialah :

a. Tanggungjawab pengurusan.
b. Sistem kualiti.
c. Semakan kontrak.
d. Kawalan rekabentuk.
e. Kawalan dokumen dan data.
f. Perolehan.
g. Kawalan produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
h. Identifikasi dan kemudahkesanan produk.
i. Kawalan proses.
j. Pemeriksaan dan ujian.
k. Kawalan ke atas peralatan pemeriksaan.
l. Status pemeriksaan dan pengujian.
m. Kawalan produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
n. Tindakan pembetulan dan pencegahan.
o. Pengendalian, penyimpanan, pembungkusan, pemeliharaan dan
penghantaran.
p. Kawalan rekod-rekod kualiti.
q. Audit kualiti dalaman.
r. Latihan.
s. Khidmat susulan.
t. Statistik.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/12

_____________________________________________________________________

15.5 DOKUMENTASI SISTEM KUALITI

Melalui dokumentasi sistem kualiti, setiap orang akan memahami mengapa, apa, di
mana, bila, oleh siapa dan bagaimana sesuatu proses aktiviti dilaksanakan. Oleh sebab
itu suatu dokumentasi yang berkesan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut :

a. Menjelaskan bagaimana sesebuah organisasi beroperasi dalam skop


sistem kualiti.
b. Menunjukkan kepada pelanggan dan kakitangan bahawa organisasi
adalah komited terhadap pencapaian kualiti dan mempunyai sistem
kualiti bagi menjayakannya.
c. Menggalakkan keseragaman tindakan dan pemahaman dalam
organisasi.
d. Menyatakan arahan-arahan, maklumat dan perubahan-perubahan yang
dicadangkan dan dipersetujui terhadap sistem kualiti.
e. Membolehkan kakitangan baru dalam organisasi menjadi produktif
lebih cepat dan dapat menjalankan kerja dengan lebih cepat dan
berkesan.
f. Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti boleh berfungsi dengan berkesan
ketika ketiadaan pegawai-pegawai yang berkenaan.
g. Membolehkan pengauditan sistem kualiti bagi mengesahkan
keberkesannya.
h. Sebagai alat bagi menguruskan kualiti, dokumentasi ini mestilah
dirancang sebaik mungkin, mudah, jelas dan tepat. Ia juga mestilah
dikawal sebaiknya.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/13

_____________________________________________________________________

Rajah 15.2 menunjukkan bagaimana dokumentasi sistem kualiti diwujudkan


mengikut keutamaannya.

Menerangkan bagaimana perpustakaan


diuruskan
- menerangkan polisi, objektif, struktur
organisasi dan ringkasan amalan kualiti
perpustakaan secara umum

MANUAL
KUALITI

Menerangkan segala prosedur yang


mempunyai kesan terhadap kualiti melalui
PROSEDUR manual kualiti
KUALITI - menerangkan apa yang perlu dilakukan,
oleh siapa dan bagaimana, bila, di mana
dan mengapa aktiviti tersebut perlu
dijalankan

Segala tugas didokumenkan dengan jelas


ARAHAN KERJA
dan boleh dikesan dalam Prosedur Kualiti
- memberi arahan kepada suatu aktiviti
yang khusus dan merupakan dokumen
subordinate kepada prosedur

DOKUMEN SOKONGAN Terdiri daripada borang dan rekod-rekod


yang merangkumi :
-fail-fail, dokumen teknikal,
perlembagaan, perundangan, spesifikasi
dan lain-lain dokumen yang
menunjukkan pencapaian terhadap
keperluan Sistem Kualiti

Rajah 15.2 : Dokumentasi Sistem Kualiti

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/14

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 15b

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

15.4 Terangkan konsep MS ISO 9000 berbantukan gambarajah yang sesuai.

15.5 Prisip-prinsip MS ISO 9000 terdiri daripada

i.__________________________________________________
ii.__________________________________________________
iii.__________________________________________________
iv.__________________________________________________

15.6 Terangkan faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh sesebuah organisasi


akibat pelaksanaan MS ISO.

15.7 Nyatakan ciri-ciri suatu dokumentasi sistem kualiti yang berkesan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/15

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 15b

15.4 Konsep MS ISO 9000

PELANGGAN KEPASTIAN KUALITI

Organisasi

DOKUMENTASI SISTEM KUALITI


Manual kualiti Berasaskan MS ISO 9000
Prosedur
Arahan kerja
Dokumen sokongan
Kawalan Kawalan Verifikasi
Tanggungjawab pihak
berkuasa
INPUT PROSES OUTPUT

Rajah 18.1 : Konsep MS ISO 9000

Rajah di atas dapat membantu anda untuk memahami Konsep ISO 9000.
Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, matlamat kepastian kualiti akan
dicapai apabila kehendak-kehendak pelanggan difahami dan proses bagi memenuhi
kehendak-kehendak pelanggan ini dirancang dan dikawal. Kawalan proses hendaklah
dilakukan pada peringkat input dan proses. Output yang dihasilkan akan melalui
proses verifikasi bagi memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Pelaksanaan
proses pula akan diasaskan kepada dasar dan prosedur-prosedur yang telah
didokumenkan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/16

_____________________________________________________________________

15.5 Prinsip MS ISO 9000

i. merupakan standard bagi sistem kualiti.


ii. berasaskan kepada dokumentasi yang menekankan apa yang dibuat, apa
yang didokumenkan dan buktikannya.
iii. menekankan kepada pencegahan iaitu mencegah berlakunya masalah dan
bukannya mengatasi masalah selepas ia berlaku.
iv. merupakan suatu standard universal.

15.6 Faedah MS ISO 9000

i. Mengurangkan tindakan pembetulan selepas berlaku sesuatu masalah.


Keadaan ini akan mengelakkan pihak pengurusan daripada terpaksa
melibatkan diri dalam aktiviti harian operasi kerana para pekerja
telah dibekalkan dengan panduan dan cara kerja yang lengkap.
ii. Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas-tugas yang patut
dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu diambil.
Ini dicapai melalui perancangan yang dibuat sebelum sesuatu tugas
dilaksanakan dan menyediakan prosedur, standard serta garis
panduan untuk membantu pekerja mengetahui tugas sebenar yang
perlu dilakukan.
iii. Memberikan kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan-
amalan pengurusan dan cara-cara bekerja. Dokumen ini boleh
dijadikan asas untuk program latihan pekerja dan juga asas bagi
penambahbaikan prestasi. Dokumen dokumen yang disediakan
mengandungi amalan-amalan dan cara bekerja yang kemaskini.
iii. Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah-
masalah serta mengelakkannya daripada berulang. Ini dapat dilakukan
dengan mewujud langkah-langkah bagi mengesan tindakan-tindakan
yang tidak memenuhi amalan dan spesifikasi, mengenalpasti puncanya
dan merancang serta melaksanakan tindakan pembetulan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/17

_____________________________________________________________________

iv. Membolehkan pekerja menjalankan tugas-tugas mereka dengan betul


pada kali pertama dan pada setiap kali. Faedah ini boleh dicapai
dengan mengadakan arahan kerja, kawalan yang berkesan, sumber
yang sesuai dan mencukupi, latihan, motivasi dan persekitaran yang
memberangsangkan.
v. Membolehkan organisasi membuktikan kepada mana-mana pihak yang
membuat penilaian ke atas organisasi tersebut mengenai kualiti
perkhidmatan yang diberikan dan sistem bagi menghasilkan
perkhidmatan ini adalah terkawal. Ini dilakukan dengan cara
mengenalpasti, mewujud dan menyelenggara rekod-rekod aktiviti yang
mempunyai kesan ke atas kualiti.
vi. Pihak pengurusan boleh membuat keputusan dengan lebih baik melalui
maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan
dan kawalan dokumen.

15.7 Ciri-ciri dokumentasi sistem kualiti yang berkesan

i. Menjelaskan bagaimana sesebuah organisasi beroperasi dalam skop


sistem kualiti.
ii. Menunjukkan kepada pelanggan dan kakitangan bahawa organisasi
adalah komited terhadap pencapaian kualiti dan mempunyai sistem
kualiti bagi menjayakannya.
iii. Menggalakkan keseragaman tindakan dan pemahaman dalam
organisasi.
iv. Menyatakan arahan-arahan, maklumat dan perubahan-perubahan
yang dicadangkan dan dipersetujui terhadap sistem kualiti.
v. Membolehkan kakitangan baru dalam organisasi menjadi produktif
lebih cepat dan dapat menjalankan kerja dengan lebih cepat dan
berkesan.
vi. Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti boleh berfungsi dengan berkesan
ketika ketiadaan pegawai-pegawai yang berkenaan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/18

_____________________________________________________________________

vii. Membolehkan pengauditan sistem kualiti bagi mengesahkan


keberkesannya.
viii. Sebagai alat bagi menguruskan kualiti, dokumentasi ini mestilah
dirancang sebaik mungkin, mudah, jelas dan tepat. Ia juga mestilah
dikawal sebaiknya.

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
KONSEP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 15/19

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 15-1

Nyatakan elemen-elemen yang terkandung di dalam MS ISO 9000.

SOALAN 15-2

Sebagai tugasan, dapatkan satu contoh Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 di
dalam perkhidmatan awam.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/1

_____________________________________________________________________

UNIT KONSEP ASAS


16 PENGURUSAN
KUALITI

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui dan memahami prinsip asas


Am pengurusan kualiti.

Objektif : Diakhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Memberikan definisi 5S.

2. Menerangkan prinsip-prinsip 5S.

3. Menyenaraikan langkah-langkah
pelaksanaan 5S.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/2

_____________________________________________________________________

INPUT

16.0 PENGENALAN

Pernahkah para pelajar mendengar istilah 5S ? Sememangnya istilah ini agak asing
kepada pelajar semua. Namun 5S merupakan satu prinsip yang sangat penting dalam
pengurusan. Dalam unit ini, pelajar akan didedahkan dengan kelima-lima elemen 5S
berserta maksudnya. 5S. Prinsip 5S adalah merupakan suatu teknik untuk mengekal
dan meneguhkan persekitaran kualiti di dalam sesebuah organisasi. 5S ini merujuk
kepada perkataan-perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke..
Kelima-lima teknik ini sudah lama diamalkan di negara Jepun. Ia bukan sahaja
diamalkan untuk meningkatkan mutu di persekitaran mereka, malah juga untuk
meningkatkan proses pemikiran mereka.

Cuba anda bayangkan, dapatkah anda melakukan sesuatu kerja mahupun belajar di
dalam persekiran yang tidak terurus. Prinsip 5S telah diperkenalkan dikebanyakan
kilang-kilang di negara kita khasnya milik pengusaha-pengusaha Jepun untuk
mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti kerja mereka. Setiap pekerja telah
dilatih untuk mengamalkan prinsip ini sama ada sebelum, semasa atau selepas
melakukan sesuatu kerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sebelum mempelajari prinsip ini dengan lebih lanjut, cuba anda fahami dahulu
kelima-lima istilah bahasa Jepun tersebut :

a. Seiri(Memilih)
b. Seiton(Mengatur)
c. Seiso(Membersihkan)
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/3

_____________________________________________________________________

d. Seiketsu(Piawaian)
e. Shitsuki(Latihan dan Disiplin)

16.1 PRINSIP 5S
Sekarang kita akan melihat kelima-lima istilah tersebut dengan lebih terperinci
lagi.

16.1.1 Seiri (Memilih)


i. Memilih keluar benda-benda yang tidak diperlukan dan
membuangnya.
ii. Menentukan benda-benda yang hendak disimpan, dibaiki atau
dilupuskan.
iii. Pelupusan barang mestilah dilampiri dengan borang pelupusan
yang telah diluluskan oleh pihak atasan.
iv. Mengasingkan perkakasan dan peralatan yang kerap
kegunaannya.

16.1.2 Seiton (Mengatur)


i. Menyusun segala benda yang diperlukan agar mudah dicapai
untuk kegunaan.
ii. Mengetahui dan menganalisis keadaan masalah yang dihadapi
apabila mengatur tempat kerja.
iii. Menetapkan tempat simpan dan kaedah penyimpanan.
iv. Mengekalkan peraturan penyimpanan dan menyemak semula dari
masa ke semasa.

16.1.3 Seiso (Membersihkan)


i. Membersihkan tempat kerja dan peralatan.
ii. Menyediakan jadual yang tetap untuk meneliti dan memeriksa
serta membersihkan ruang tempat kerja.
iii. Membersih dan mengemas peralatan semasa atau setelah
menjalankan sebarang kerja.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/4

_____________________________________________________________________

16.1.4 Seiketsu (Piawaian)


i. Sentiasa mengekalkan suatu pencapaian yang tinggi dalam
kekemasan dan organisasi tempat kerja.
ii. Mengutamakan keseragaman dan mempraktikkan apa yang
telah dipersetujui dalam Seiri, Seiton dan Seiso.
iii. Mengekalkan pencapaian Seiri, Seiton dan Seiso.
iv. Mengekalkan kawalan perdagangan dan menggunakan arahan-
arahan bergambar.

16.1.5 Shitsuki (Latihan dan Disiplin)


i. Menggalakkan etika kerja dan disiplin yang tinggi melalui
pendidikan dan latihan.
ii. Melatih pekerja mempraktikkan house-keeping (kekemasan)
yang baik.
iii. Mendidik pekerja untuk menunjukkan tauladan yang baik
dalam melaksanakan sesuatu tugas.
iv. Menjaga kebersihan tempat kerja dari masa ke semasa.

16.2 BAGAIMANA MELAKSANAKAN PRINSIP 5S?

Tahukah anda cara yang terbaik untuk melaksanakan Prinsip 5S dalam


persekitaran kerja anda kelak? Sebenarnya perlaksanaan Prinsip 5S ini
memerlukan komitmen kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan atasan dan
kesemua individu yang terlibat di dalam organisasi. Kempen-kempen
mengenai prinsip ini juga perlu diadakan untuk memberikan penerangan dan
pendedahan awal kepada semua yang terlibat mengikut langkah-langkah yang
telah ditetapkan. Langkah-langkah di bawah boleh diambil jika anda ingin
melaksanakan kempen 5S di syarikat anda :

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/5

_____________________________________________________________________

16.2.1 Langkah 1 : Dapatkan Komitmen Pihak Pengurusan Atasan dan


Melakukan Persediaan

Bincangkan idea kempen 5S yang bakal anda adakan di syarikat


anda dengan pihak pengurusan. Cuba dapatkan komitmen yang
sepenuhnya sama ada sokongan moral mahupun penyediaan sumber
untuk latihan yang diperlukan sepanjang kempen tersebut. Setelah
semuanya diperolehi, bolehlah anda melakukan persedian-persediaan
berikut :

i. Membuat keputusan dan melaksanakannya (seperti membuang


kesemua benda yang sudah tidak diperlukan lagi dan
peruntukan masa tertentu untuk membersihkan persekitaran
tempat kerja)
ii. Menyediakan peralatan dan menggunakannya (seperti
mendapatkan rak-rak yang bersesuaian dengan barang-barang
yang perlu diletakkan dan penyediaan label-label arahan)
iii. Membuat perkara yang memerlukan peningkatan (seperti
pemasangan alas untuk melindungi sesuatu benda daripada
dihinggapi abuk)
iv. Membuat perkara yang memerlukan bantuan daripada
unit/bahagian lain (seperti memasang peralatan mesin, menukar
susun atur dan mencegah kebocoran minyak)

16.2.2 Langkah 2 : Membuat Persediaan Promosi Kempen

Langkah yang seterusnya ialah menyediakan jadual-jadual


perancangan yang merangkumi 10 aktiviti asas semasa kempen ini
dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah :

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/6

_____________________________________________________________________

i. Dapatkan komitmen daripada pihak pengurusan atasan, capaian


status-quo dan dapatkan pengesahan pelan pelaksanaan.
ii. Bengkel 5S diasaskan kepada 5S Audit Worksheet in Annex
4.1 telah mengenalpasti aktiviti-aktiviti 5S di mana salah satu
daripada prinsip 5S itu merupakan kitaran pertama dalam
pelaksanaannya.
iii. Hari pertama kempen 5S iaitu memilih (Seiri) memilih
keluar benda yang tidak diperlukan dan membuangnya.
iv. Aktiviti harian 5S oleh setiap orang.
v. Hari kedua kempen 5S iaitu mengatur (Seiton) menyusun
segala benda yang diperlukan agar mudah dicapai untuk
kegunaan.
vi. Hari ketiga kempen 5S iaitu membersihkan (Seiso)
membersihkan tempat kerja dan peralatan.
vii. Hari keempat kempen 5S iaitu piawaian (Seiketsu) sentiasa
mengekalkan sesuatu pencapaian tinggi dalam kekemasan dan
organisasi tempat kerja.
viii. Hari kelima kempen 5S iaitu disiplin (Shitsuki)
menggalakkkan etika kerja dan disiplin yang tinggi melalui
pendidikan dan latihan.
ix. Jabatan atau bahagian yang terbaik mengamalkan prinsip 5S
akan menerima anugerah.
x. Penilaian Dan perancangan 5S yang akan datang.

16.2.3 Langkah 3 : Merekod

Dalam langkah ini, adalah penting untuk melakukan proses perekodan.


Proses ini bukan sahaja untuk pembuatan keputusan, tetapi juga
penyelesaian masalah, tindakan yang telah diambil serta keputusan
yang telah dicapai. Antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk
merekod ialah:

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/7

_____________________________________________________________________

i. Fotografi.
ii. Video.
iii. Problem mark..
iv. Kuantifikasi.
v. Bilik pameran.

16.2.4 Langkah 4 : Latihan 5S

Langkah yang seterusnya ialah untuk memberikan latihan kepada para


pekerja supaya dapat device dan melaksanakan penyelesaian masing-
masing. Mereka juga perlu diberikan pendedahan tentang penggunaan
komputer walaupun di luar bidang tugas mereka. Selain daripada itu,
mereka perlu belajar teknik-teknik penyelenggaraan dan menghadiri
mesyuarat di antara jabatan ataupun syarikat supaya mereka dapat
menjanakan idea dan pendapat di dalam persidangan yang sebenarnya.

16.2.5 Langkah 5 : Penilaian

Langkah yang terakhir ialah melakukan penilaian terhadap aktiviti-


aktiviti 5S yang telah dijalankan. Penilaian ini penting supaya setiap
pekerja peka dengan kejadian yang berlaku di tempat kerja mereka dan
memastikan tiada masalah yang akan dihadapi. Penilaian ini boleh
dilaksanakan melalui kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Di antara
objektif utama penilaian ialah untuk memastikan pelaksanaan 5S
mengarah kepada persekitaran kualiti secara menyeluruh.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/8

_____________________________________________________________________

16.2.6 Patrols and Cross-evaluations

Lain-lain teknik yang boleh diubahsuai untuk mempromosikan aktiviti


5S ialah melalui Patrols and Cross-evaluations. Patrols akan
melakukan lawatan ke mana-mana bahagian atau jabatan dan cuba
untuk mencari masalah yang wujud di sana. Ia adalah seakan-akan
managing by walking around. Biasanya ahli-ahli patrol bukannya
terdiri daripada ahli pengurusan personel tetapi mereka mesti tahu apa
yang perlu dilihat dan dapat mencari masalah yang tersembunyi
melalui soalan-soalan yang akan mereka kemukakan.

Manakala Cross-evaluations pula ialah kerjasama di antara kumpulan


kerja untuk memberikan idea penyelesaian sesuatu masalah yang
dihadapi oleh sesuatu kumpulan. Kelebihan teknik ini ialah wujudnya
pertukaran idea dan pembelajaran mutual.

16.2 KESAN-KESAN PELAKSANAAN 5S


Setelah kita mempelajari kelima-lima prinsip 5S dan langkah-langkah untuk
melaksanakannya, sekarang kita akan melihat pula kesan-kesan
pelaksanaannya terhadap masalah-masalah yang sering dihadapi oleh syarikat-
syarikat di negara kita. Pelaksanaan 5S ini memberi kesan di antaranya
kepada :

i. Keselamatan
- iaitu sesuatu perbuatan atau sikap yang dilaksanakan dengan baik
dan tanpa melakukan kerosakan.

ii. Kecekapan
- Tempatkan untuk semua dan semua berada di tempatnya. Pada
asasnya kemalangan biasanya kurang berlaku apabila tempat kerja
diuruskan dengan baik.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/9

_____________________________________________________________________

iii. Kualiti
- Kekotoran dan daki boleh mengganggu ukuran yang tepat akan
menyebabkan kecacatatan dan menambahkan bilangan barang yang
rosak da berkualiti rendah.

iv. Menghapuskan kerosakan


- Memasangkan label yang berkaitan dengan perkara yang boleh
mencegah kerosakan mesin.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/10

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 16a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

16.1 Berikan makna istilah-istilah berikut :

i. Seiri
ii. Seiton
iii. Seiso
iv. Seiketsu
v. Shitsuki

16.2 Terangkan dengan terperinci kelima-lima prinsip 5S.

16.3 Senaraikan 3 kaedah yang boleh digunakan dalam proses merekod maklumat.

16.4 Pelaksanaan prinsip 5S telah memberikan kesan yang positif terhadap


beberapa masalah. Nyatakan masalah-masalah tersebut.

16.5 Siapakah patrols? Apakah peranannya?

16.6 Nyatakan 2 kebaikan teknik Cross-evaluation.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/11

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 16a

16.1 i. Seiri - Memilih


ii .Seiton -Mengatur
iii.Seiso - Membersihkan
iv. Seiketsu - Piawaian
v. Shitsuki - Latihan dan Disiplin

16.2 a. Seiri(Memilih)
i. Memilih keluar benda-benda yang tidak diperlukan dan
membuangnya.
ii. Menentukan benda-benda yang hendak disimpan, dibaiki
atau dilupuskan.
iii. Pelupusan barang mestilah dilampiri dengan borang
pelupusan yang telah diluluskan oleh pihak atasan.
iv. Mengasingkan perkakasan dan peralatan yang kerap
kegunaannya.

b. Seiton(Mengatur)
i. Menyusun segala benda yang diperlukan agar mudah dicapai
untuk kegunaan.
ii. Mengetahui dan menganalisis keadaan masalah yang
dihadapi apabila mengatur tempat kerja.
iii. Menetapkan tempat simpan dan kaedah penyimpanan.
iv. Mengekalkan peraturan penyimpanan dan menyemak semula
dari masa ke semasa.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/12

_____________________________________________________________________

c. Seiso(Membersihkan)
i. Membersihkan tempat kerja dan peralatan.
ii. Menyediakan jadual yang tetap untuk meneliti dan
memeriksa serta membersihkan ruang tempat kerja.
iii. Membersih dan mengemas peralatan semasa atau setelah
menjalankan sebarang kerja.

d. Seiketsu(Piawaian)
i. Sentiasa mengekalkan suatu pencapaian yang tinggi dalam
kekemasan dan organisasi tempat kerja.
ii. Mengutamakan keseragaman dan mempraktikkan apa yang
telah dipersetujui dalam Seiri, Seiton dan Seiso.
iii. Mengekalkan pencapaian Seiri, Seiton dan Seiso.
iv. Mengekalkan kawalan perdagangan dan menggunakan
arahan-arahan bergambar.

e. Shitsuki(Latihan dan Disiplin)


i. Menggalakkan etika kerja dan disiplin yang tinggi
melalui pendidikan dan latihan.
ii. Melatih pekerja mempraktikkan house-keeping
(kekemasan) yang baik.
iii. Mendidik pekerja untuk menunjukkan tauladan yang baik
dalam melaksanakan sesuatu tugas.
iv. Menjaga kebersihan tempat kerja dari masa ke semasa.

16.3 i. Fotografi.
ii. Video.
iii. Problem mark.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/13

_____________________________________________________________________

16.4 i. Keselamatan
ii. Kecekapan
iii. Kualiti
iv. Menghapuskan kekotoran

16.5Patrols ialah sekumpulan individu yang bukan semestinya ahli pengurusan


personel yang akan melakukan lawatan ke mana-mana bahagian bagi mencari
masalah-masalah yang wujud tetapi bersembunyi melalui pertanyaan.

16.6 i. Wujudnya pertukaran idea


ii. Pembelajaran mutual.

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 16/14

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 16-1

Anda telah dilantik sebagai pengerusi kempen 5S yang akan diadakan di organisasi
anda. Sebagai pengerusi, anda telah menubuhkan suatu jawatankuasa untuk
membantu anda. Terangkan dengan terperici tindakan yang akan anda ambil untuk
melaksanakan kempen tersebut.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/1

_____________________________________________________________________

UNIT PENGURUSAN ERA


17 EKONOMI BERDIGIT

OBJEKTIF

Objektif : Mengetahui Dan Memahami Pengurusan


Am Era Ekonomi Berdigit

Objektif : Di akhir unit ini anda seharusnya dapat :


Khusus
1. Menerangkan bagaimana proses
pencapaian maklumat.

2. Menerangkan bagaimana proses


penyaringan maklumat

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/2

_____________________________________________________________________

INPUT

17.0 PENGENALAN
Pengurusan era ekonomi adalah merupakan pengurusan berasaskan sistem
digital. Pengurusan ini melibatkan keupayaan sesuatu di dalam pencapaian
maklumat dan jaringan maklumat. Pencapaia\n maklumat boleh diperolehi di
dalam pengkongsian perniagaan e-commerce, perbankkan di dalam internet
dan sebagainya. Manakal penjaringan maklumat pula melibatkan penggunan
rangkaian perhubungan data (RPD) yang dapat dihubungkan terus dengan
pengguna melalui komputer dengan pangkalan data walaupun di mana berada.
Dengan adanya kemudahann ini ia akan dapat membuka ruang niaga
berasaskan era ekonomi berdigital bagi merealisasikan Teknologi Maklumat
(IT).

Maklumat boleh didefinasikan sebagai pengetahuan baru yang berguna kepada


sesiapa ( manusia dan mesin) yang menerima dan memahaminya. Maklumat-
maklumat ini diwakili oleh data bagi tujuan untuk disimpan, dihantar dan
diproses. Pemprosesan data ialah satu operasi yang dilakukan untuk
memperolehi maklumat melalui data-data yang diterima untuk menjalankan
dan menguruskan keputusan. Pemprosesan maklumat pula ditakrifkan sebagai
cara dan kaedah bagaimana data-data diterima, disusun atur dan
dipersembahkan oleh komputer.

17.1 PENCAPAIAN MAKLUMAT


download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/3

_____________________________________________________________________

Pencapaian maklumat adalah sesuatu bentuk mekanisma yang berfungsi bagi


menyediakan berbagai maklumat yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu
tugas. Maklumat biasanya dapat dicapai melalui beberapa kaedah yang
tertentu seperti melalui halaman-halaman Web yang telah sedia ada dalam
rangkaian elektronik. Selain dari itu dengan perubahan teknologi dari masa ke
semasa menyebabkan kerajaan turut melaksanakan perubahan ke arahnya
seperti kerajaan elektronik, MSC dan sebagainya.

17.1.1 Era Digital


Dalam era digital, penampilan maklumat adalah dalam bentuk bit-bit
komputer, dan bentuk fizikal bila pengguna membawa maklumat ke
alam nyata. Contohnya perjalanan kapal terbang kini telah diterbitkan
dalam bentuk bit data yang boleh disalurkan menerusi internet dan
pengguna boleh mendapatkannya dalam talian. Kaedah ini akan
menjimatkan masa serta boleh dikemaskini dan dapat dicetak sendiri
oleh pengguna.

Penggunaan rangkaian antara komputer digunakan untuk memudahkan


penyebaran dokumen dalam bentuk digital dengan kos yang lebih
murah. Contoh mudah ialah sebuah syarikat boleh menghsasilkan dan
menerbitkan dokumen mereka menerusi internet. Sesetengah dokumen
mungkin ditunjukkan kepada khalayak tertentu yang sanggup
membayar atau secara percuma.

Komunikasi yang dilaksanakan menerusi talian digital dapat


memudahkan urusan seharian seperti pertukaran barang secara maya.
Dalam dunia ini, matawang adalah dalam bentuk digital yang sekali
gus menghapuskan matawang fizikal. Begitu juga dengan proses
pengenalan diri akan digunakan melalui tandatangan digital dan
pengecaman kad pintar. Ini akan memberikan gambaran bahawa proses
komunikasi seharian manusia di alam digital akan melibatkan
sepenuhnya perhubungan secara digital dan mengubah gaya hidup
masyarakat dunia.
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/4

_____________________________________________________________________

17.1.2 Kerjaaan Elektronik


Perkhidmatan kerajaan elektronik adalah bertujuan memudahkan
rakyat menangani kehidupan seharian disamping mendapat pilihan
perkhidmatan dan maklumat yang luas dari kerajaan dengan hanya
menerusi sebuah tetingkap maya. Ini menyebabkn kerajaan berusaha
menterjemahkan semula konsep birokrasi dan penyaluran sumber-
sumber bagi membantu rakyat berurusan dengan masalah isu tertentu
dengan kehadiran serentak kemajuan di bidang komunikasi ,
pengkomputeran dan teknologi maklumat.

Pembangunan aplikasi internet, kios elektronik, kad pintar dan pusat


panggilan automasi membolehkan kerajaan memfokuskan kepada
keperluan rakyat dan urusan perniagaan. Kebaikan penggunaan
kemudahan elektronik diantaranya ialah mengurangkan karenah
pentadbiran dan penggunaan kertas, memfokuskan tumpuan
kakitangan terhadap keperluan orang ramai, mengelakkan penduaan
rekod, mengurangkan urusan tidak perlu dan memelihara kerahsiaan
serta keselamatan. Impak yang diterima dari pihak kerajaan ialah akan
meningkatkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan intensif.

17.1.3 Pencapaian maklumat melalaui rangkaian elektronik


Keupayaan mengakses maklumat adalah faktor penting dalam dunia
rangkaian elektronik pada masa kini. Rangkaian, terutamanya internet
merupakamn peralatan utama untuk melaksanakan tugas-tugas
penyebaran maklumat. Internet pada hari ini bukan sekadar
mengandungi prasarana maklumat sesebuah negara seperti rangkaian
jaring yang dibangunkan oleh Mimos, tetapi turut mengandungi sistem
telefon dan penyiaran serta prasarana maklumat global. Prasarana
inilah yang memastikan sesebuah negara membangun seperti Malaysia
untuk bersedia menerima kehadiran era maklumat.
Contohnya sesebuah syarikat yang sudah mempunyai sambungan ke
internet akan mendapat kelebihan dari sudut penggunaan kemudahan
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/5

_____________________________________________________________________

telekomunikasi berkelajuan tinggi dan berpeluang untuk belajar secara


langsung bagaimana untuk mengurus sesebuah organisasi yang
terangkai. Seterusnya organisasi dapat memanfaatkan teknologi
multimedia untuk mempercepatkan pengagihan maklumat.

Rangkaian tidak menjadi satu isu penting kepada para pengguna kerana
ianya digunakan dalam pejabat, syarikat besar dan IPT. Rangkaian
memudahkan komputer disambung antara satu sama lain untuk
perkongsian maklumat dan data. Rangkaian bukan sahaja melibatkan
komputer tetapi perkakasan lain seperti kad rangkaian dan talian serta
perisian.

Teknologi aliran data semakin maju kerana data-data dihantar dengan


cepat dan selamat melalui penggunaan ISDN, Ethernet, ATM, WAN
tanpa wayar dan bingkai penyampai. Gabungan kedua-dua teknologi
dipanggil Intranet dimana pengguna rangkaian akan menggunakan
antaramuka internet untuk mencapai data.

17.1.3.1 Perkongsian Perniagaan


Perkembangan penyediaan komersial dan meningkatnya
penggunaan akademik ke atas rangkaian akan menjadi
pemangkin kepada sistem maklumat. Dasar persaingan
terbuka di kalangan entiti komersial akan menggerakkan
perkembangan teknologi dan perkhidmatan maklumat
merentasi internet. Faktor galakan yang turut memberi
kesan ialah penggabungan rangkaian telekomunikasi dan
rangkaian elektronik yang merangkumi kepakaran teknikal
dan penggunaan sektor korporat. Pakar dalam bidang
teknologi akan terus mencari penemuan terbaru dan sektor
korporat menggunakan kaedah yang memudahkan urusan
antara pengguna dan peniaga. Dengan ini mewujudkan
perkongsian perniagaan baru dan menghasilkan pelaburan
bagi membentuk lebuhraya maklumat. Selaras dengan itu
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/6

_____________________________________________________________________

perkhidmatan pengeluaran produk menjadi semakin


meningkat.

17.1.3.2 E-Comerce
E-comerce atau perdagangan elektronik bermaksud
melakukan urusniaga dalam talian menerusi kemudahan
internet. Ia termasuklah membeli barangan menerusi
perkhidmatan dalam talian (online) atau internet.

Contohnya pertukaran data secara elektronik membolehkan


komputer sebuah syarikat membuat tempahan dan
pembelian barangan melalui syarikat pembekal. Manakala
urusniaga di peringkat rendah hanya melibatkan pertukaran
wang dalam jumlah yang kecil dalam perdagangan
elektronik disebut sebagai microcommerce (perdagangan
mikro. Contohnya urusniaga yang berkenaan termasuklah
pembelian artikel daripada akhbar dan pencarian perkataan
atau individu menerusi laman web.

17.1.3.3 Perbankan Dalam Internet


Kebanyakan bank-bank sekarang sudah menjalankan
urusniaga melalui Internet. Pihak bank telah menyediakan
laman web untuk dilayari oleh pelanggan jika ingin
melakukann urusniaga. Pelanggan akan memasukkan
nombor pengenalan peribadi (PIN) seperti yang biasa
dilakukan jika ingin mengambil wang di mesin ATM.
Walau bagaimanapun, sesebuah laman web yang disediakan
oleh pihak bank memerlukan tahap keselamatan yang tinggi
bagi menjamin urusniaga yang dijalankan.

Selain daripada laman web, terdapat juga perisian


pengendalian peribadi seperti Microsoft Money, Managing
Money, Simply Money dan lain-lain yang berupaya
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/7

_____________________________________________________________________

membuat penyambungan terus kepada Internet yang


membenarkan pengguna berhubung dengan pihak bank.

Kebaikan perbankan dalam Internet ialah memberikan


keselesaan, keselamatan dan kepantasan kepada pengguna
untuk berurusniaga. Di antara kemudahan perbankan yang
diperolehi ialah kepelbagaian akaun, pembayaran secara
elektronik, pemindahan dana, pednyata saham,
pexngemaskinian pelaburan dan permintaan buku cek.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/8

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 17a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

17.1 Pengurusan era ekonomi berdigit berasaskan kepada sistem


_____________________.

17.2 Pemprosesan data ialah ____________________________________________


_______________________________________________________________

17.3 Pemprosesan maklumat ditakrifkan sebagai ___________________________


_______________________________________________________________

17.4 Nyatakan kebaikan dalam sistem perbankan melalui internet.

17.5 Apakah faktor yang menggalakkan perkongsian perniagaan melalaui Internet?

17.6 Apakah yang dimaksudkan dengan e-commerce?

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/9

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 17a

17.1 Digital
17.2 Satu operasi yang dilakukan untuk memperolehi maklumat melalui data-data
yang diterima
17.3 Cara dan kaedah bagaimana data-data diterima, disusun atau dan di
persembahkan oleh komputer
17.4 Memberikan keselesaan, keselamatan dan kepantasan kepada pengguna untuk
berurusniaga
17.5 Pengganbungan rangkaian telekomunikasi dan rangkaian elektronik yang
merangkumi kepakaran teknikal dan penggunaan sektor korporat.
17.6 E-commerce atau perdangangan elektronik bermaksud melakukan urusniaga
dalam talian menerusi kemudahan internet. Ia termasuklah membeli barangan
menerusi perkhidmatan dalam talian (on-line) atau internet.

OK, KITA KE TOPIK


YANG SETERUSNYA

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/10

_____________________________________________________________________

17.2 PENYARINGAN MAKLUMAT

Proses penyaringan maklumat merupakan bagaimana maklumat disaringkan


sedia ada sekarang telah membolehkan proses penyaringan maklumat
dilakukan dengan mudah, tepat, selamat dan ekonomik kepada semua
pengguna.

Dengan penyaringan maklumat, kita dapat mengetahui tentang kepentingan


keselamatan undang-undang maklumat berdigital, komunikasi melalui
internet, E-Dagang, Enskripsi e-mel dan sebagainya. Oleh itu pengguna perlu
menerima revolusi penyaringan maklumat seiringan dengan kemajuan
teknologi maklumat.

17.2.1 Teknologi Rangkaian Maklumat


Rangkaian komputer adalah antara teknologi utama dalam teknologi
maklumat pada masa kini. Teknologi tersebut pada awalnya hanya
digunakan dikalangan masyarakat yang berminat kepada teknologi
baru, tetapi hari ini ia-nya menjadi antara teknologi yang mendapat
tempat di kalangan lapisan masyarakat. Malah masyarakat perniagaan
dan industri juga menggunakan dan menfaatkan teknologi tersebut
secara meluas.

Sebelum rangkaian teknologi maklumat diperkenalkan serta digunakan


secara meluas, kebanyakan komputer peribadi berfungsi sebagai
sebuah komputer tunggal. Bagi pengguna yang hanya menggunakan
komputer tunggal akan mengalami kesukaran untuk berkongsi perisian
dan fail. Perkongsian tersebut hanya dapat dilakukan dengan
menggunakan media storan yang dapat dialihkan seperti disket. Tetapi
kini, dengan adanya teknologi rangkaian maklumat segala perkongsian
dapat dpat dilakukan dengan cepat dan mudah. Perkongsian,
penyalinan dan penghantaran perisian dan fail dapat dilakukan secara
talian tau rangkaian.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/11

_____________________________________________________________________

Dalam teknologi rangkaian maklumat terdapat dua jenis rangkaian


yang digunakan iaitu Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan
Rangkaian Kawasan Luas (WAN). LAN biasanya terhad kepada
batasan geografi yang kecil. Misalnya rangkaian yang meliputi
sesebuah pejabat, bangunan atau kampus. Manakala WAN biasanya
membabitkan rangkaian dalam linkungan geografi yang luas.
Contohnya di antara dua bandar atau negeri atau negara.

17.2.2 Teknologi Penghantaran Maklumat


Kini dunia internet telah mengalami beberapa perkembangan dari segi
pembangunan aplikasi, peningkatan pengguna dan teknologi
penghantaran maklumat. Dengan jumlah bilangan pengguna yang kain
bertambah maka keperluan kepada lebar jalur yang pantas dan besar
adalah diperlukan untuk mengatasinya. Dua perkembanga penting
dalam proses penghantaran maklumat ialah :

17.2.2.1 Teknologi Pengedaran Dalam Pelbagai Saluran


(MMDS)
Dengan kebolehan membawa maklumat diantara 35 100
kali lebih pantas berbanding dengan menggunakan sistem
wayar, teknologi pengedaran pelbagai saluran atau sistem
Multi-Point Multi Distribution (MMDS) merupakan saluran
penghantaran data berkelajuan tinggi yang memberikan
banyak kemudahan dan kebaikan. Sistem MMDS
mempunyai kebolehan menghantar sebanyak 15 klip video
secara langsung pada kelajauan yang pantas secara
serentak.

MMDS adalah merupakan teknologi tanpoa wayar yang


lebih murah berbanding dengan talian telefon. Penggunaan
yang paling ketara ialah bagi pendidikan di sekolah-sekolah
di Malaysia . Menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk
Seri Najib Tun Abdul Razak, semasa menghadiri satu sesi
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/12

_____________________________________________________________________

pertunjukan sistem MMDS di Kuala Lumpur, beliau


menyatakan Teknologi tanpa wayar adalah sesuai untuk
sekolah Bestari kerana ia membenarkan sidang video secara
langsung di antara pelajar dan pensyarah pada banyak
tempat yang berbeza termasuk kawasan pendalaman.

Kebanyakkan sistem ini menggunakan kaedah pancaran


digital. MMDS beroperasi pada spektrum frekuensi antara
2.5 GHz 2.68 GHz dengan kuasa antara 2 100 watt.
Kelebihannya ialah ia mempunyai frekuensi yang tinggi
dari frekuensi penghantaran isyarat televisyen. Disamping
itu MMDS menawarkan beberapa kelebihan lain seperti
penyelarasan pantas, capaian yang lebih baik, kos prasarana
yang murrah dan penghantaran data yang pantas.

Teknoloogi ini juga membenarkan perkhidmatan


perkhidmatan seperti CATV, Rangkaian Kawasan
Metropolitan (MAN) tanpa wayar, penyiaran data, sidang
video dan audio, Rangkaian Maya Persendirian (VPN) dan
pembelajaran jarak jauh. Teknologi berinovasi ini
dipelopori oleh Mega TV, TV3 dan Mimos Berhad.

17.2.2.2 Prasarana Tulang Belakang Internet Terpantas


Perkembangan yang mendapat perhatian dalam komuniti
internet, terutamanya kepada sesebuah organisasi ialah
perletakan dan siapnya prasarana tulang belakang yang
terpantas di dunia. Di Malaysia, SuperJaring yang
mempunyai kepantasan membawa beban pada kadar 2.5
Gbps yang dapat menjadikan Malaysia bersedia menerima
ekonomi digital di alaf baru.

SuperJaring merupakan rangkaian gentian menerusi IP


(Internet Protocol) yang merentasi Semenanjung Malaysia,
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/13

_____________________________________________________________________

bermula dari Pulau Pinang , Kuala Lumpur dan berakhir di


Johor Bharu sepanjang 700 km. Antara yang penting
SuperJaring ialah berupaya menyediakan perkhidmatan
bagi generasi akan datang seperti telefon internet, rangkaian
persendirian maya IP, pembelajaran jarak jauh dan
teleperubatan. Dengan ini masyarakat dunia dapat
menggunakan kemudahan ini secara terbaik dan
memperolehi manfaat dengan sebaik mungkin.

17.2.3 Keselamatan Maklumat Digital


Maklumat merupakan satu aset yang terpenting bagi setiap individu
seperti ahli perniagaan, broker saham, ahli politik dan penulis.
Maklumat juga dianggap kritikal ketika membuat keputusan atau
penyelesaian masalah agar keputusan yang dibuat lebih baik dan sesuai
dengan keadaan. Malahan di zaman moden ini maklumat diibaratkan
sebagai kuasa yang dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah
kerajaan. Manakala internet adalah teknologi yang dapat menyalurkan
maklumat dengan pantas dan terkini kepada seluruh pelusuk dunia.
Secara umumnya maklumat digital boleh dikategorikan sebagai
maklumat ilmiah, maklumat umum, maklumat peribadi dan maklumat
perdagangan. Antar kempat-emapt maklumat tersebut, maklumat
perdaganganlah yang dianggap maklumat sulit dan penting seperti
maklumat urusniaga dan nombor kad kredit. Maklumat-maklumat
seperti ini sewajarnya dijaga dengan teliti dengan menggunakan sistem
kawalan yang boleh dipercayai.

17.2.3.1 Keselamatan E-Dagang


Suatu ketika dahulu, seorang penggondam komputer
(Hacker) telah berjaya memecah masuk ke dalam sebuah
sistem jualan internet yang dikawal rapi dan mengambil
ratusan nombor kad kredit milik pengguna. Secara langsung
pihak media telah memperbesarkan isu ini dan orang ramai

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/14

_____________________________________________________________________

yang tertanya-tanya adakah selamat untuk memberikan


nombor kad kredit mereka menerusi talian internet.

Sebenarnya tiada perbezaan antara pemberian nombor


telefon kepada seseorang dan memasukkan nombor kad
kredit menerusi sebuah laman web. Setiap urusniaga
melaluyi internet memerlukan nombor kad kredit ahli yang
kemudiannya disimpan dalam sebuah pangkalan data di
mana jumlahnya meningkat dari masa ke semasa.

Konsep e-kredit dan e-tunai boleh dikatakan serupa dan ia


memerlukan pengguna memiliki sebuah akaun dengan
syarikat penyedia e-tunai tersebut dan membeli barangan
melalui peniaga yang berdaftar dengan mereka. Jika
pengguna membuat pembelian menerusi talian, bayaran
akan dikenakan menerusi kad kredit mereka dan pihak
penyedia akan menyediakan kawalan khusus untuk
keselamatan maklumat kad kredit tersebut. Ciri keselamatan
itu dibekalkan dalam pelbagai bentuk dan ia boleh
mengenkripsikan maklumat kad kredit pengguna apabila ia
dialirkan daripada komputer menerusi Web dengan
perlindungan kod-kod keselamatan. Apabila pengguna
mendaftarkan diri, maka sebuah kata laluan akan diberikan
dan pengguna akan memiliki sebuah dompet maya yang
dipenuhi dengan kad kredit. Jika pengguna berurusniaga
menerusi talian, pengesahan identiti mereka akan akan
dilakukan menerusi kata laluan tersebut sebelum mendapat
kelulusan dan keizinan pihak bank terbabit untuk
meneruskan proses urusniaga.

Satu lagi kaedah ialah penggunaan kunci keselamatan yang


lebih ketat lagi bagi makulmat-maklumat pengguna selain
bertindak sebagai orang tengah ketika para pengguna
download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/15

_____________________________________________________________________

membeli-belah. Melalui kaedah ini nombor kad kredit


pengguna tidak akan mengalir dalam dunia siber dan
terhindar dari ancaman para penggondam. Kaedah ini
dilakukan dengan mendaftarkan nombor kad kredit kepada
First Virtual melalui telefon dan anda akan menerima
nombor Virtual Pin.

Apabila pengguna membeli-belah, mereka hanya perlu


memasukkan nombor PIN tersebut sahaja. Pihak peniaga
pula akan mengesahkannya dengan pihak First Virtual
sebelum proses urusniaga dijalankan. Sistem ini dikatakan
baik kerana ia tidak perlu memasukkan nombor kad kredit
pengguna menerusi talian dan ini dapat mengelakkan
maklumat tersebut daripada dicuri.

Walaupun perdagangan elektronik (e-dagang) masih belum


dilaksanakan secara meluas, namun ianya mempunyai
potensi dan prospek yang baik di masa hadapan. Manakala
penggunsaan kad kredit elektronik akan mendapat perhatian
dengan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti
penggunaan kod mesej, nombor rahsia dan pengenalan
pembeli secara elektronik. Verisign dan Secure Electronic
Transaction (SET), asing-masing merupakan sebuah
perisian penyelesaian dan sebuah piawaian keselamatan
bagi urusniaga yang menggunakan kad menerusi rangkaian
terbuka seperti internet. Piwaian SET telah dibangunkan
oleh Visa dan MasterCard melalui kerjasama pihak
Microsoft dan IBM. Melalui kaedah ini nombor kad kredit
pengguna tidak lagi dialirkan melalui Internet sebaliknya ia
akan diwakili oleh kod-kod tertentu sahaja.

17.2.3.2 Enskripsi e-mel

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/16

_____________________________________________________________________

Anda tentu tidak suka jika e-mail anda dibaca oleh orang
lain, lebih-lebih lagi jika ia bersifat privacy. Bagi pengguna
yang mementingkan privacy dan keselamatan yang
menyeluruh bagi e-mail mereka, kini terdapat
penyelesaiannya di mana Pretty Good Privacy (PGP) boleh
digunakan. PGP ini akan membenarkan pengguna untuk
mengubah kandungan e-mail mereka agar ia tidak boleh
dibaca secara langsung kerana telah dienkripsikan.

17.2.3.3 Keselamatan Rangkaian


Keselamatan rangkaian juga merupakan isu yang penting di
dalam teknologi penghantaran maklumat. Kebanyakan
sistem komputer sekarang menggunakan penyelesaian
popular seperti Windows NT, Novell Netware dan Lotus
Notes. Bagi sesebuah rangkaian yang melibatkan capaian
internet, penyelesaian linux selalunya digunakan bagi
memudahkan komputer-komputer memiliki IP yang sama.
Bagaimanapun sebuah sistem Firewall perlu dipasangkan
untuk menghalang penggondam memasuki sistem
rangkaian. Di samping itu terdapat pelbagai jenis perisian
pelayan internet seperti Apache yang boleh digunakan
untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/17

_____________________________________________________________________

AKTIVITI 17a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA ! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

17.7 Penyaringan maklumat madalah melibatkan rangkaian __________________


yang dihubungkan terus dengan pengguna melalui komputer

17.8 Bezakan di antara LAN dan WAN

17.9 Nyatakan ciri-ciri keselamatan yang boleh digunakan untuk melindungi data-
data pada masa sekarang

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/18

_____________________________________________________________________

MAKLUM BALAS 17a

17.7 pangkalan data


17.8 LAN digunakan di bilik, bangunan atau kawasan sekolah, universiti ata
jarak geografi yang dekat.
WAN meliputu kawasan bandar-bandar atau jarak geografi yang jauh
17.9 kunci keselamtan, enskripsi dan firewall

OK, Anda akan


diuji dengan
soalan kendiri

download@
http://modul2poli.blogspot.com
PRINSIP ASAS PENGURUSAN KUALITI E3007/UNIT 17/19

_____________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan.


Sila jawab semua soalan dalam penilaian kendiri ini .

SOALAN 17-1

Bincangkan secara lebih terperinci bagaiamana proses pencapaian maklumat dan


penyaringan maklumat dilaksanakan.

Untuk Maklumbalas , Sila


berbincang dengan
Pensyarah anda.

download@
http://modul2poli.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai