Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH (SM)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

EDUP 2023
Penulisan Akademik
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN PELAJAR BERDASARKAN TEORI
KOGNITIF DAN MORAL

MOHAMED ZULFAKAR JAFNEY BIN


NAMA PELAJAR :
ZULKFLI
ANGKA GILIRAN : 2017162150217
NO K.P : 920711-03-5229
KUMPULAN/UNIT : 3/TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
KOD & MATA
: EDUP 2033 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PELAJARAN
NAMA PENSYARAH
: PN.NORMALA BINTI MOHD
PEMBIMBING
TARIKH SERAHAN : 26.8.2017

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLIK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuatkuasa mulai November 2015


Kemas kini Mei 2017
Perkembangan kognitif seseorang adalah merupakan satu perkara yang perlu
diteliti. Ini kerana perkembangan kognitif yang dilalui oleh seseorang akan mempengaruhi
tahap pemikiran serta intelek seseorang individu. Perkembangan kognitif yang baik dan
aktif akan dapat membentuk tahap pemikiran yang kritis dan kreatif pada minda mereka.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tahap perkembangan kognitif sebenarnya
dipengaruhi oleh berbagai-bgai aspek. Hal ini tidak berlaku secara semula jadi namun
apabila ianya terbentuk dengan baik maka tahap perkembanagn kognitif juga akan
berkembang dengan baik. Guru serta ibu bapa harus mengambil cakna akan hal ini
terutama apabila melibatkan kanak-kanak atau remaja yang sedikit lemah dalam
akademik.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif memiliki peranan yang besar


bagi kanak-kanak ataupun remaja terutama kepada ibu bapa mahupun guru untuk
mengetahui apakah faktor yang menyebabkan seorang kanak-kanak atau remaja
mengalami perkembangan kognitif yang sesuai dengan harapan, perkembangan kognitif
yang berjalan sangat cepat, mahupun perkembangan kognitif yang yang berjalan
lambat pada kanak-kanak.

Menurut Piaget dalam Yanuarita (2014) pertumbuhan mental mengandungi dua


proses iaitu perkembangan dan belajar. Perkembangan adalah perubahan
struktur sedangkan belajar adalah perubahan isi. Proses perkembangan
kognitif dipengaruhi oleh empat faktor iaitu hereditas atau keturunan yang tidak hanya
menyediakan fasiliti kepada kanak-kanak yang baru lahir untuk menyesuaikan diri
dengan dunianya, malah ianya lebih dari itu, hereditas akan mengatur waktu perjalanan
perkembangan pada tahun demi tahun yang mendatang. Teori lingkungan atau
empirisme dipelopori oleh Jonh Locke. Dia berpendapat bahwa manusia dilahirkan
sebenarnya suci. Menurut pendapatnya, perkembangan manusia sangatlah ditentukan
oleh lingkungannya. Berdasarkan pendapat John Locke tersebut perkembangan taraf
inteligensi sangatlah ditentukan oleh pengalaman dan pengetahuan yang diperolehnya
dari lingkungan hidupnya.
Keturunan yang dimaksudkan disini adalah bagai mana ibu bapa mengatur dan
menguruskan anak-anak mereka dalam menyelusuri alam kehidupan. Ibu bapa adalah
seperti tangan yang melakar corak serta tangan yang melenturkan rebung kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak. Ibu bapalah yang membentuk kepada keturunan
mereka yang akan datang jika guru yang diinginkan maka cara pemdidikan seperti
seorang guru akan dibekalkan. Begitulah juga sebaliknya.

Selain itu, faktor lingkungan juga merupakan salah satu faktor tahap
perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Para ahli psikologi Loehlin, Lindzey dan
Spuhler berpendapat bahawa taraf inteligensi 75-80% merupakan warisan atau faktor
keturunan. Pembawaan ditentukan oleh ciri-ciri yang dibawa sejak lahir (batasan
kesanggupan). Meskipun kanak-kanak menerima latihan dan pelajaran yang sama,
perbezaan-perbezaan itu masih tetap ada (Monk, Knoers dan Haditono, 1999).

Faktor lingkungan ini ialah dimana tempat ia berada atau tahap sosial kanak-kanak
itu dibesarkan. Faktor sosial adalah turut menjadi penyumbang kerana kanak-kanak
merupakan golongan yang sangat cepat dalam meniru serta mengingat apa yang mereka
lihat serta dengar. Perkembangan sosial yang sihat akan menjadikan perkembangan
kognitif kanak-kanak akan berlaku secara baik dan lancar. Sosial yang tidak terdedah
dengan benda-benda negative akan dapat menjadikan tahap perkembangan kognitif
kanak-kanak akan lebih baik malah ianya akan menjadikan kanak-kanak akan lebih
berinovasi dan berintelek.

Di samping itu, setiap orang (fizikal mahupun mental) dapat dikatakan telah
matang jika ia telah mencapai kesanggupan menjalankan fungsinya masing-masing.
Kematangan berhubungan erat dengan usia kronologi. Kematangan juga merupakan
penyumbang kepada tahap perkambangan kognitif kanak-kanak. Ini adalah kerana
setiap organ fizikal dan mental memainkan peranan serta fungsi masing-masing. Setiap
organ dan mental ini berhubung kait antara satu sama lain. Jika adalah salah satu organ
atau mental seseorang kurang sihat ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan
perkembangan kognitif seorang kanak-kanak.
Minat juga merupakan salah satu punca atau penyumbang kepada tahap
perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Minat mampu memandu perbuatan
kepada suatu tujuan dan merupakan dorongan bagi perbuatan itu. Apa yang menarik
minat seseorang mendorongnya untuk berbuat lebih giat dan lebih baik lagi. Sedangkan
bakat diertikan sebagai kemampuan bawaan, sebagai potensi yang masih perlu
dikembangkan dan dilatih agar dapat terwujud. Bakat seseorang akan mempengaruhi
tahap kecerdasan. Ertinya, seseorang yang memiliki bakat tertentu, akan semakin mudah
dan cepat mempelajari sesuatu perkara.

Kebebasan dapat dimaksudkan sebagai kebebasan manusia dalam


berfikir. Perkembangan kognitif yang terjadi pada manusia sepanjang
hidupnya dipengaruhi oleh beberapa faktor yang mendorong antara satu sama lain iaitu
faktor keturunan, faktor lingkungan, kematangan, minat dan bakat, serta faktor
kebebasan. Setiap orang berhak memiliki faktor tersendiri yang mempengaruhi
perkembangan kognitifnya yang dapat berjalan dengan cepat ataupun lambat.
Kebebasan, iaitu kebebasan manusia berfikir divergen (menyebar) yang bererti bahawa
manusia itu dapat memilih metode-metode tertentu dalam menyelesaikan masalah-
masalah dan juga bebas dalam memilih masalah sesuai keperluannya.

Kesimpulannya, perkembangan kognitif yang baik adalah perlu bermula dari usia
kanak-kanak lagi. Ini adalah penting bagi menjadikan perkembangan kognitif mereka
berlaku secara sihat dan baik. Setiap orang perlu untuk menjalani kehidupan masing-
masing namun perkembangan kognitif yang sihat sebenarnya yang mendorong
kehidupan masa depan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai