Anda di halaman 1dari 1

Zaman Mesolitik Dan Ciri-cirinya :

Pengenalan

Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini
berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini
mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman
Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman
Haobinhian.

Ciri-ciri :

Tempat Kediaman

Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan
lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai
dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air
dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka. Air ini diperlukan untuk minum,
mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam
hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman
mereka.

Kegiatan Seharian

Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang


Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut
hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan
bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk
tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan.
Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah
sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka
akan kelaparan.

Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada


kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih
halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh
manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata dan alat yang lebih kecil.
Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu
menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan
jaring dan perangkap untuk menangkap ikan.

<< Kembali Ke Menu Nota Tamadun Dunia

Anda mungkin juga menyukai