Pelaksanaan Pendekatan Modular dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 1
Mata : Sains Tingkatan 1
Pelajaran
Kelas : 1 Ali
Masa : 9.00 pagi 10.00 pagi
Tajuk : BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PENYIASATAN SAINTIFIK
Standard : 1.1 Sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian
Kandungan
9.4 Fenomena geobencana
Standard : 1.1.1 Menghubungkaitkan aktiviti seharian dengan sains.
Pembelajaran
1.1.2 Mengitlak maksud sains
9.4.1 Berkomunikasi mengenai geobencana
Objektif : Murid dapat :
Pembelajaran
1.1.1 Menyenaraikan 5 aktiviti seharian yang berhubungkait
dengan sains.
1.1.2 Menghuraikan maksud sains dan kepentingannya dalam
kehidupan seharian.
9.4.1 Membentangkan contoh fenomena geobencana secara
berkumpulan.
Bahan Bantu : Komputer, projektor LCD, gambar pelangi & matahari terbenam.
Belajar Bahan HEBAT Sains:
Modul 14: Struktur Bumi
Lembaran kerja murid
Langkah 1 : Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:
Pelibatan
1. Dengan menggunakan kaedah pop-corn, pengetahuan sedia
ada murid dikenalpasti tentang fenomena alam yang berkaitan
dengan sains
2. Dengan menunjukkan gambar kejadian pelangi & matahari
terbenam, kemukakan soalan seperti berikut:
Apakah persamaan kedua-dua gambar yang ditunjukkan?
Bagaimanakah setiap fenomena tersebut berlaku?
1
Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid boleh
memahami faktor dan cara fenomena itu berlaku melalui kajian
sains yang dijalankan.
Langkah 2 : 1. Menjalankan aktiviti untuk mengaitkan sains dengan aktiviti
Penerokaan
seharian.
Dalam aktiviti ini:
Pelajar melukis peta pemikiran untuk menyenaraikan aktiviti
seharian yang berhubungkait dengan sains.
2. Mencari maklumat mengenai fenomena geobencana yang
dipilih oleh kumpulan masing-masing menggunakan sumber
yang sesuai seperti internet,buku rujukan dan sebagainya.
Langkah 3 : Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan
Penerangan
menggunakan multimedia.
Persoalan kepada murid
Apakah kepentingan aktiviti seharian yang disenaraikan. Guru
menyemak dapatan murid dan memantapkan pemahaman konsep
sains dari pembentangan murid.
Apakah kesan dapatan daripada aktiviti kedua terhadap kehidupan
alam sekitar
Lembaran kerja diedarkan bagi menilai pemahaman murid tentang
sains serta kepentingannya.
Langkah 4 Mengembangkan idea dalam situasi baharu
Pengembang
Guru membimbing murid kepada pemahaman kepentingan sains
an
dalam kehidupan seharian dan keperluannya untuk menghadapi
geobencana.
Guru memantapkan pemahaman pelajar dengan mengaitkan
fenomena geobencana dengan proses endogen secara ringkas.
Langkah 5 : Minta murid merumuskan apa yang telah mereka pelajari kepada
Penilaian
rakan-rakan kelas seperti menyatakan 5 contoh aktiviti di dalam
makmal yang berkaitan dengan sains (contoh: pembakaran dan
2
pendidihan) . Bantu mereka jika perlu supaya rumusan meliputi
semua standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penutup : Guru perlu membuat rumusan tentang aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan oleh murid. Rujuk kembali kepada tujuan pembelajaran
dan guru boleh mohon murid menulis apa yang mereka peroleh
dalam sesi pembelajaran hari ini sebagai senarai semak
keberkesanan strategi PdPc yang digunakan oleh guru.
Refleksi : Guru digalakkan menggunakan soalan released item TIMSS atau
PISA atau soalan intervensi dari Modul 14: Struktur bumi