Anda di halaman 1dari 2

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti.

2. Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya, kata
pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

3. Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya, jerit
Fatimah.

4. Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu, kata
seorang tua di kedai kopi.

5. Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan
menghubungi ibu bapa kalian, kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

6. Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau berani,
biarlah kita berlawan lelaki sama lelak, kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

7. Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan, kata gadis itu.

8. Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur yang
disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok, kata emak

9. Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon, kata jurujual itu kepada Tauke Lim

10. Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Adakah dia ada di rumah? kata pemuda
itu.
Jawapan

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan bertanyakan khabar
kepadanya

2. Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah
terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan bahawa adiknya
tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.

4 Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut berlaku satu demi
satu

5 Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak membuat
latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

6 Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah
tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika
Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.

7 Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk menghadapi segala
kesusahan.

8. Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Abu. Emak memesan
Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di
sekolah keesokan hari.

9. Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh
menghubunginya dengan telefon.

10. Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan menyatakan bahawa dia
hendak mencari Kassim sama ada Kassim ada di rumah.

Share this:

Anda mungkin juga menyukai