Anda di halaman 1dari 23

Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja Kian Menular

Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini seperti kejadian rogol, sumbang
mahram atau kes-kes bersekedudukan antara ayah dengan anak-anak atau yang melibatkan adik
beradik masih lagi hangat diperbincangkan. Beberapa perkara penting mengenai aurat dalam
rumah, sama ada antara ibu bapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri yang kurang
dititikberatkan atau diberi tumpuan oleh sebahagian ibu bapa. Hal ini akhirnya mencambahkan
benih kemaksiatan sehingga berkembang biak, yang dibimbangi jika tidak ditangani akan
menjadi dahan pohon yang sukar untuk dicantas lagi.

Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana mencegah
lebih baik daripada merawat. Perkara yang buruk hendaklah dihindarkan agar ianya tidak
member kesan buruk kepada kita. Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah
manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.

Kes-kes `haruan makan anak' seperti yang berlaku hari ini sebenarnya boleh dielakkan
seandainya ibu bapa mengambil berat dan memahami beberapa adab dan syariat yang telah
disusun oleh Islam, yang melindungi aurat dan maruah anak-anak juga ibu bapa itu sendiri.

Nabi SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua- dua ibu bapalah
yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau
Majusi.

Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman
dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah
Rasulullah SAW sendiri.
Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak
dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada
kemaksiatan kepada Allah SWT.

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa.

Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah SWT. dalam al-Quran melalui firman-Nya
yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum
baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa:
iaitu :
Sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan
sesudah sembahyang isyak. Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu
padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka)
orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu
dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh,
maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu
meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan `harta' yang menjadi
benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus
dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak, sama ada yang masih kecil mahu pun yang telah
dewasa harus diatur dan dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibu bapa, terutama
waktu-waktu tertentu ibu bapa yang menyentuh masa istirahat mereka.

Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki
memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. ini kerana dapat mendidik anak-anak lebih
menghormati ibu bapa.
Allah SWT. menjelaskan bahawa kedudukan atau tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini
disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Oleh itu untuk menjaga aurat
dan kehormatan diri mereka, anak-anak sewajarnya diajar akan adab-adab meminta izin terlebih
dahulu. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas iaitu:

1. Sebelum solat Subuh Waktu ini ialah waktu ketika ibu bapa kemungkinan sedang tidur. Atau
ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibu bapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak
harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibu bapa sebelum masuk.

Hal ini kerana waktu inilah kemungkinan waktu-waktu `persendirian' bagi ibu bapa. Mungkin
ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang
mengganggu ibu bapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu `Qailulah' iaitu
antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang
berehat atau kemungkinan sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur.
Justeru itu anak-anak sewajarnya diajar adab meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibu
bapa mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak Waktu-waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur.
Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam
bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya
kehormatan ibu bapa terpelihara.

Tegasnya bahawa gerak laku yang diatur oleh Allah SWT. melalui adab meminta izin ini
menjelaskan kepada kita betapa Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang
bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka
berhadapan dengan masyarakat luar. Hal ini kerana, waktu-waktu yang disebutkan di atas tidak
terhad hanya kepada ruang dalaman rumah kita sahaja, malah ia merangkumi etika kejiranan
yang melibatkan komuniti di luar rumah kita. Waktu yang disusun oleh Allah SWT. itu juga
mengandungi hikmah yang tersendiri, yang sebenarnya mendidik ibu bapa dan anak-anak agar
tidak bertamu ke rumah jiran tetangga atau sahabat handai yang boleh mengganggu
ketenteraman dan waktu rehat mereka.

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga
wajar dipraktikkan oleh Ibu bapa sendiri melalui konsep `Kepimpinan Melalui Teladan'. Jika
anak-anak yang masih kecil pun harus diatur dan dididik dengan adab-adab yang melindungi
maruah dan aurat ibu bapa, maka ibu bapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka
melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di
hadapan anak-anak.

Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam, yang
boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada
sunah dan etika yang digariskan oleh Rasulullah SAW. untuk memelihara aurat anak-anak dan
membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna.
Pembahagian struktur ini telah disusun oleh Nabi SAW. dalam sebuah hadisnya yang
bermaksud:

Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun.
Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat
tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan) . (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala
negatif, Islam telah menutup ruang atau benih-benih yang boleh membawa gejala tersebut.

Pertama sekali, Islam telah menyusun struktur dalaman sebuah rumah. Rumah yang baik
sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik
untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak
perempuan.

Hal ini sebenarnya berhubung kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak. Biasanya
ia bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa
perubahan terutama dari segi fizikal mereka.

Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan
hormon dalam tubuh badan seseorang. Perkembangan jantina ini - dalam Islam ia disebut sebagai
peringkat umur baligh - biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga
mendorong sikap dan tindakan `ingin tahu' mereka. Sudah menjadi lumrah, remaja mudah
terpedaya dan ingin mnecuba sesuatu yang baru. Mereka juga pantang dicabar, pasti menyahut
cabaran itu walaupun mengetahui risiko dan bahaya yang bakal ditempuhi.

Maka di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah SAW. supaya ibu bapa
memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun
supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan
kesucian agama dan keturunan mereka.

Senario kegawatan akhlak remaja Islam dan yang berlaku dewasa ini boleh diatasi sekiranya ibu
bapa menjaga keluarganya dengan adab-adab berdasarkan sunah dan syariat yang telah diatur
oleh Islam.

Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT. melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka
yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat
yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-
Tahrim: 6)

Adab-adab seorang anak tehadap ibu bapa ialah :

1. hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan dan perintah ibu bapa.
2. hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya.
3. hendaklah ia menjunjung segala perintah kedua-duanya.
4. jangan ia berjalan dihadapan keduanya.
5. janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.
6. hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.
7. hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya
8. hendaklah ia bersikap tawadhuk kepada keduanya
9. jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada kedua-duanya dan jangan pula ia menyebut
sebarang perkhitmatannya bagi keduanya.
10. janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan.
11. janganlah ia memasamkan mukanya di hadapan keduanya
12. janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripada keduanya.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SOSIAL REMAJA


PERBAIKILAH DIRI KAMU DAN SURUHLAH ORANG LAIN
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam, dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang daripada segala
yang salah (buruk dan keji ) . Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya
(Surah Ali-Imran : 104 )
Dan (ingatlah wahai Muhammad) , ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil
(dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada
kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah
kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah
zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali
sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya. (surah Al-Baqarah ; Ayat 85 )

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja adalah faktor
penolakan dan penarikan. Penolakan bermaksud perihal di dalam rumah yang menolak remaja
untuk keluar dan mencari hiburan diluar. Kebanyakan remaja akan mempunyai akhlak yang baik
sekiranya suasana di dalm rumah yang hamoni. Mustahil akhlak remaja tersebut boleh runtuh
didalam rumah sendiri yang harmoni. Jadi faktor penolakan ini menolak remaja dari kekal
didalam rumah. Antara faktor ini adalah hubungan renggang antara ibu dan bapa, kehidupan
terabai dek kerana ibu bapa sibuk mencari wang ringgit, akhlak ibu bapa itu sendiri yang teruk
seterusnya mendorong anak-anak manjadikan mereka contoh dan beberapa factor-faktor lain.
Kemudian ada faktor penarikan. Elemen di luar rumah yang menarik remaja untuk keluar dan
terjerumus kedalam bencana keruntuhan akhlak. Element ini dengan mudah boleh disenaraikan,
seperti rakan sebaya, teknologi yang semakin moden, cabaran, keseronokan, dadah, motor, dan
macam-macam lagi.

Bagi mengatasi masalah sosial remaja, semua pihak perlu memainkan peranan penting. Ibu bapa
merupakan pihak yang dekat dengan anak-anak. Mereka perlu meluangkan masa untuk anank-
anak. Masa yang terluang pada hujung minggu boleh diisi dengan beriadah bersama keluarga.
Mereka lebih sibuk mencari rezeki dan nafkah sehingga melupakan tanggungjawab terhadap
anak-anak. Anak-anak perlukan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu mengetahui
pergerakan dan perkembangan anak-anak. Ini bukan bermakna ibu bapa perlu mengongkong,
anak- anak akan lebih agresif jika ibu bapa berbuat demikian. Suasana harmoni di dalam rumah
turut membantu anak-anak agar berasa selesa dan selamat. Walaupun di dalam rumah, batas-
batas aurat perlu dijaga. Hal ini kerana, bagi menghindari maksiat yang terjadi dari dalam
rumah.

Selain itu, peranan kawan-kawan amat penting kerana mereka yang paling akrab dan memahami
masalah yang dialami oleh anak-anak. Anak-anak lebih suka meluahkan masalah kepada rakan-
rakan sama ada masalah tentang keluarga, kewangan, mahupun perasaan. Rakan-rakan perlu
memberi nasihat yang positif dan membina agar tidak membuatkan anak-anak melakukan
sesuatu yang tidak elok. Oleh itu rakan yang memberi impak negetif perlu dihindari agar tidak
mudah terpengaruh.

Peranan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting. Di sekolah para pengajar
perlu peka terhadap anak murid. Kebelakangan ini masalah sosial remaja berlaku di sekolah
kerana kemaksiatan yang sering dilakukan di dalam kawasan sekolah. jika terdapat sebarang
masalah dan kemusykilan, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa. Para pelajar
perlu membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan agar mereka tidak melakukan perkara
yang tidak senonoh.
Malahan, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Pihak jabatan
agama islam bagi setiap negeri perlu mengambil tindakan tegas kepada remaja yang melakukan
kemaksiatan seperti berkhalwat, berzina, bersekududukan, minum arak, dan sebagainya.
Hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka perlu dijalankan agar
dapat memberi pengajaran kepada mereka dan orang lain. Mereka ini perlu diberikan kaunseling
bagi membina jati diri dan memberikan infomasi tentang kesan dan natijah yang dihadapi
sekiranya melakukan sedemikian. Perkara seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri
remaja itu sendiri, malah turut memberikan kesan kepada nama baik keluarga, agama, bangsa
dan negara. Kebanyakan masyarakat tidak mematuhi dan mengabaikan peraturan yang telah
ditetapkan. Kita dengan sewenangnya melanggari peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan. Dalam sebuah negara yang berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yang
ditetapkan sebagai menjaga dan menjamin kesejahteraan kita namun kita telah mengabaikan
peraturan-peraturan ini. Begitu juga dalam agama Islam sendiri terdapat peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh Allah swt namun kita telah mengabaikannya.

Nabi saw. Sabda Rasulullah saw, ”Aku tinggal kepada kamu DUA perkara yang jika kamu
mengamalkannya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Dua perkara itu ialah Al-Quran dan
Sunnahku. ”
Jika kita bersungguh-sungguh beramal dengan segala pesanan Rasulullah saw nescaya kita umat
Islam hari ini tidak akan jadi begini tercabar dan terjatuh akhlaknya.
Jaga Maruah.

Maruah ------->>> keberanian, kegagahan, kehormatan, maruah diri, harga diri.

Jaga maruah merangkumi adab berpakaian, pergaulan dan percakapan seseorang. Jika tidak,
nama sesorang akan jadi aib dan maruah seseorang menjadi sampah di hadapan masyarakat.

Dalam Islam, penjagaan maruah bermula dari RUMAH. Ibu bapa lah yang mendidik mereka.
Jika baik didikan di rumah, insya Allah akan baik diluar rumah.

Pemberian nama oleh kedua ibubapa melambangkan maruah. Sebab itu,mereka akan memilih
nama yang baik untuk anak-anak.

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah as-Syu'ara ayat 83-84 yang bermaksud

"Wahai Tuhanku, berikan daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-
orang yang soleh. Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan
orang-orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi
Syurga Jannatun Naim."
Mengapa Allah S.W.T menyuruh kita mematuhi semua yang ditetapkan untuk menjaga maruah
diri? Tujuan utama kita diwajibkan menjaga maruah diri ialah supaya kita dijauhi daripada
maksiat.

Maruah juga melambangkan harga diri seseorang dan sesuatu bangsa. Sebagai umat Islam, kita
perlu tahu apa itu maruah diri seorang Islam supaya dapat menjaga kehormatan diri dan kesucian
agama Islam itu sendiri.

Pada masa kini, banyak mata yang memandang serong kepada Islam. Mereka sedaya-upaya
mencari kelemahan dan kesalahan umat Islam. Pendek kata, maruah adalah nilai diri kita, hidup
mati kita, kita mesti memiliki dan mempertahankannya walaupun terpaksa mengobankan harta
dan nyawa.

Maruah tidak boleh digadai atau dijual beli. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa menjadi
tebusan. Begitulah tingginya harga maruah pada manusia.

Memanglah maruah itu tidak dapat dilihat dan disentuh tetapi kita boleh merasai bahawa maruah
itu wujud dalam diri kita. Sifat yang paling hampir dengan maruah adalah malu. Jika perasaan
malu itu masih tersemat dalam diri,Insya-Allah maruah diri akan sentiasa terpelihara.

Sekarang kita lihat kepada kepentingan nyawa pula. Islam amat mementingkan keselamatan
nyawa kerana nyawa adalah anugerah Allah S.W.T yang sangat berharga dan sebarang perbuatan
yang cuba mengancam anugerah tersebut amatlah dicela.

"Harga nyawa manusia bergantung kepada kewarasannya. Maruah manusia bergantung kepada
nilai kemanusiannya."
Jangan Hampiri Zina!

Kami tidak berzina!

Maaf, kami tidak menuduh kamu berzina tetapi kamu menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum...adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan kamu ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya...tetapi esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya.
(aku: jangan bermain api nanti dia akan membakar kamu).

Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis
amat berpengalaman. Tipu daya iblis amat halus. Dia telah menipu moyang pertama kita, Adam dan
Hawa.

Jangan lupa sejarah!!!

Siapa kita berbanding dengan Nabi Adam dan Hawa?

Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Dia ada lebih 1001 cara.

Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:


"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan" (Riwayat
Tabrani)

Apabila berduaan antara lelaki dan perempuan, syaitan akan menghembuskan perasaan berahi. Ketika
itu, perasaam sukar dikawal (tambhnku: imaginasi tinggi-angau-konon jantung berdenyut kencang tanda
jatuh cinta).Pintu penzinaan pun terbuka. desakan nafsu semakin kuat mengganas! Iblis riang gembira
melihat mangsa yang hampir terpedaya.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam
telefon dan hanya SMS sahaja (berfacebook je). Tidak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya
mereka tidak bersua muka, tapi perasaan mereka pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan iblis mengheret mereka kepada suatu pertemuan.

Ingat! pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ sahaja.

Percayalah ia pasti berlanjutan dan berterusan.

Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun berzina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.

Ada zina betul (seolah-olah batang celak masuk dalam bekasnya).

Ada zina tangan iaitu berpengang-pegangan.


Ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi. Begitu juga melihat auratnya adalah
dikira zina mata.

Ada satu lahi zina iaitu zina hati, ia berkhayal dengan berahi bersama kekasihnya.

Alangkah jelasnya sabda Rasululllah SAW:

"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya
adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman." ...(HR
Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan, lorong dan pintu menuju ke arah penzinaan amat banyak. Tutuplah dengan rapat
mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tidak boleh juga ke? Bincang pelajaran sahaja?

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Takkan berdiskusi berdua sahaja. Tak ada kawan lain lagi ke? Jangan
topu! Allah tahu apa yang terselit dalam hati setiap hambanya.

Kita belajar nak keberkatan. Kalau belajar untuk cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah,
kejayaan tidak akan berkat. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lebih lagi la...

Janganlah berselindung disebalik pelajaran yang mulia semata-mata untuk menghalalkan perbuatan
yang ditegah. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jaglah batasan dan ketentuan Allah supaya belajar
menjadi satu ibadat. Kalu berdiskusi begini..adakah ditulis sebagai ibadat oleh malaikat? Fikirkanlah...!

Sungguh! Kami bincang hal pelajaran sahaja. Takkan buat apa-apa pun. Ni study group!

Study group? Takkan study group berdua je? Nampak lain macam je. Senyum memanjang, bukan gaya
orang berdiskusi.

Kalau ye pun...carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang
hal pelajaran? Tak macam ada perbincangan pun. Tak ada catatan perbincangan. Buku pun tak diusik
lagi.

Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tuuu...banyak berfantasi cinta!

Taklah. Sungguh kami berbincang pelajaran!

Baik sungguh kamu berdua. Takkanlah awak berdua tiada perasaan apa-apa? Kalau awak berdua tidak
ada perasaan apa-apa, tentu kamu berdua kurang sihat...

Ingat! kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,
ada keinginan. Itulah manusia.

Kita sama-sama belajar dan saling memberi semangat dan motivasi antara kami.

Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?

Tidak ada kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?


Jangan merendahkan martabat kaum sejenis kita. Ingat!...banyak orang yang cemerlang belajar hanya
dengan kaum sejenis. Perasaan mereka lebih tenang dan tidak terganggu. Malah dapat berkat dan
rahmat Allah!...
Jangan harap nama bapa rahmat menjamin kita dapat rahmat Allah!

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan oleh Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh
terus naluri cinta daripada manusia?

Tidak!!! Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia. naluri ingin memiliki dan
suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah suci yang ada pada manusia. kalau naluri itu tidak
wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.

Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!!!

Islam tidak suruh membunuh naluri itu seperti yang dilakukan oleh paderi atau suami yang tidak mahu
berkahwin. Jangan hapuskan naluri itu. Jangan pula berbohong pada diri sendiri.

Bukanlah salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu dalah fitrah. Cuba kawal
naluri itu supaya ia patuth pada perintah Allah.

Jadilah manusia yang sempurna nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai
manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu manusia.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin.
itulah cinta qudus (cinta suci). Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan atau jalanan. Cinta adalah
maruah manusia. is terlalu mulia.

Ingatlah!
Apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau Dia
melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, Allah berikan "sesuatu" sebagai ganti yang
lebih baik iaitu perkahwinan. sabda Rasulullah:

"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling bercinta kecuali nikah" (HR Ibn Majah)

Kalau begitu cinta remaja semuanya menghampiri kepada penzinaan?

Ya.

Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik.

Kemudian perasaan dilayan.

Kemudian teringat dan rindu.

Kemudian pertemuan diatur.

Selepas itu, duduk berdua-duaan.

Kemudian mencari tempat sunyi sikit untuk privercy.

Kemudian berbual panjang dan mengasyikkan.

Usik mengusik bermula, jika merajuk ada yang memujuk.

Hubungan semakin rapat, dan berani pegang tangan, duduk makin rapat.

Kalau tadi macam kawan, sekarang macam jadi pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan
dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan. Penghujung jalan penzinaan adalah
kesengsaraan..

**muncul penyakit misteri yang susah diubati seperti aids sekarang...ingat suntikan vaksin akan elak dari
kanser serviks?guna kondom untuk elakkan ter'mengadung'?**

Sedarlah! ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan ini.
Kasihanilah diri sendiri. kasihanilah ibubapa yang melahir dan membesarkan kita. Jangan conteng arang
ke muka mereka. Mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa setitis noda sekalipun.

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia yang diciptakannya.
Manusia bersifat tidak tahan ujian.

Oleh itu, Allah memerintahkan manusia supaya menjauhi perkara yang ditegah kerana takut manusia
akan kecundang.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 19:

ُْ ‫ل ْال َجنَّ ُةَ َوزَ ْوجكَُ أَنتَُ اسْك‬


‫ن آ َدمُ َو َيا‬ َُ ‫ش َج َرُة َ َٰ َه ِذُِه ت َ ْق َر َبا َو‬
ُْ ِ‫ل ِشئْت َما َحيْثُ م‬
ُ َ ‫ن فَك‬ َّ
َّ ‫الظالِمِ ينَُ مِ نَُ فَت َكونَا ال‬

"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".

Tegahan yang sebenarnya adalah jangan makan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan
Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri pokok tersebut, takut nanti mereka akan memakannya.
Mereka tidak dapat mengawal diri.

Demikian lah juga dengan zina. Ditegah berzina, maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut
apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duannya akan kecundang.
Cukuplah kita belajar daripada nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tidak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan pasangan semasa sedang bercinta?

Percayalah! percintaan penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing
akan berlakon dengan watak yang paling baik, penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi.

Alam percintaan adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Tetapi
janga harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu
dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.

Perangai pasangan jauh berbeza selepas kahwin. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang
yang amat penyayang., penyabar, sabar tunggu pasangan walaupun terlambat sampai berjam-jam. Tapi
bila dah kahwin, lewat 5 minit, dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta amat tidak
boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepura-puraan atau hipokrit.

Adakah orang bercinta hilang maruah diri?

Mulia manusia kerana maruah dirinya terus terpelihara. Orang yang bercinta seolah-olah cuba mengadai
maruah dirinya kerana mereka menghampiri zina. Sungguh malang sekali orang yang bercinta dan
pernah berzina, mereka tidak layak berkahwin lecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka
tidak layak berkahwin dengan orang yang beriman.

Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 3:

َّ ‫ل‬
‫الزانِي‬ َُّ ‫الزانِيَةُ م ْش ِركَةُ أ َ ُْو زَ انِيَةُ ِإ‬
َُ ُ‫ل يَنكِح‬ َّ ‫ل َو‬ َُّ ‫علَى َٰذَلِكَُ َوح ِ ِّر َُم ۚ م ْش ِركُ أ َ ُْو زَ انُ ِإ‬
َُ ‫ل يَنكِح َها‬ َ َُ‫ْالمؤْ مِ نِين‬
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau
perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang yang beriman".

Jika orang pernah berzina tidak layak berkahwin dengan orang yang suci, demikianlah juga orang yang
pernah bercinta tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu
suatu ketentuan Allah?

Jadi orang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk diri mereka kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Itulah janji Allah.

Kami telah berjanji sehidup semati.

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak janji cinta yang palsu? Lelaki, jangan diharapkan pada janji
lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu
diungkap kerana ia sering berulang.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah rahsia hati lelaki?

Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi
ibu kepada anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.

Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia
suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada lelaki yang waras suka pada barang yang "second hand" sedangkan ada barang yang
baru, masih dalam kotak.

Jangan terkejut jika sesetengah lelaki menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan
di show room.

Perempuan yang tidak makan diganggu dikatakan display only .

Tetapi ada perempuan yang boleh test drive. Ada pula yang kata; belanja sepinggan mee goreng dan
segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir.

Sedihkan.

Jika kita tidak menjaga maruah diri, kita dipandang hina dan sinis oleh orang lain.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman serba maju dan canggih ini?

Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Cepat atau lambat sahaja.
firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 35:

ُ‫ت ْالم ْسلِمِ ينَُ ِإ َّن‬ ُِ ‫ت َو ْالمؤْ مِ نِينَُ َو ْالم ْس ِل َما‬


ُِ ‫ت َو ْالقَانِتِينَُ َو ْالمؤْ مِ نَا‬
ُِ ‫صا ِدقِينَُ َو ْالقَانِت َا‬َّ ‫ت َوال‬ ُِ ‫صا ِدقَا‬َّ ‫صابِ ِرينَُ َوال‬ َّ ‫ت َوال‬
ُِ ‫صابِ َرا‬َُّ ‫ت َو ْالخَا ِشعِينَُ َوال‬ ُِ ‫َو ْالخَا ِشعَا‬
َ َ ‫ت َو ْالمت‬
َُ‫ص ِ ِّدقِين‬ َ َ ‫صائِمِ ينَُ َو ْالمت‬
ُِ ‫ص ِ ِّدقَا‬ َّ ‫ت َوال‬ُِ ‫صائِ َما‬ َّ ‫ت فرو َجه ُْم َو ْال َحافِظِ ينَُ َوال‬ ُِ ‫ظا‬َ ِ‫َللا َوالذَّاك ِِرينَُ َو ْال َحاف‬
ََُّ ‫ت َكثِيرا‬ َ َ ‫َللا أ‬
ُِ ‫ع َُّد َوالذَّاك َِرا‬ َُّ ‫َّم ْغف َِرةُ لَهم‬
‫عظِ يما َوأَجْ را‬ َ

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-
orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat
serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang
perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar,
dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah
diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang
bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan
orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang
perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar. "

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan
daripadaNya. Mohon petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Allah. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Taubat nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat nasuha memenuhi 3
syarat:

Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan yang tidak diredhai Allah ini.

Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk yang menjurus diri ke lembah percintaan.

Berazam. Nekad dalam hati tidak akan bercinta lagi kecuali dengan orang yang bergelar isteri atau
suami. iaitu selepas saat ijab dan qabul.

Ya Allah. Hambanu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa hambamu ini. Sesungguhnya Engkau Maha
Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan
keremajaan ini. Anugerahkan kepdaku perasaan benci kepda maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang
mulia. Ibu dan ayah, ankmu berdosa. Engkau telah menjagaku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapa akau tidak membalas kasihmu. Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu
berdosa....

Amin , Ya Rabb..Moga Allah menerima taubatmu.

Kita berpisah kerana Allah...Kalau ada jodoh tidak ke mana!


Ya Allah. Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu mencari RedhaMu. Terimalah taubat
mereka.

Pesanan Akhir

"Jika remaja dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi zaman yang lebih
sukar daripada itu"

SUMBER: Buku JANGAN HAMPIRI ZINA. Baca, Fahami, Hayati. Terbitan SPI, JPNS.

Anda mungkin juga menyukai