Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, masyarakat menjadi semakin ghairah mengejar kemajuan dalam
kehidupan selaras dengan hasrat negara melalui transformasi pendidikan negara dalam
Transformasi Nasional 2050 (TN50). Bidang pendidikan awal kanak-kanak juga termasuk
dalam proses transformasi negara dan disebut dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) yang telah dijalankan semenjak 2013-2025. Pelan ini ditubuhkan untuk
melahirkan insan minda kelas pertama bagi memastikan masa depan negara setanding
dengan negara maju.

Apa itu minda kelas pertama? Insan yang berminda kelas pertama ialah mereka yang
sentiasa menjana mindanya melalui empat ciri utama, iaitu kesedaran kendiri, ingin tahu
(curiosity), fokus dan inisiatif (Jim Canterucci, 2005). Sememangnya rasa ingin tahu sudah
ada dalam diri seseorang murid prasekolah. Jadi, apa yang dikatakan oleh tokoh itu selari
dengan apa yang ada dalam diri murid-murid itu. Maka, mudahlah bagi pihak guru dan murid
untuk menjayakan objektif penubuhan pelan ini. Di sini, guru hendaklah melaksanakan
peranannya dalam menerapkan empat ciri utama yang dinyatakan .

Perkembangan seorang murid yang cemerlang bukan sahaja pada pengetahuannya


iaitu intelligence quotient (IQ) namun juga melibatkan pengurusan emosi juga dikenali
dengan emotional intelligence (EQ) dalam Welsh, Nix, Blair, Bierman & Nelson (2010).
Pengetahuan murid dapat ditingkatkan melalui proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) namun tidak kepada pengurusan emosi. Pengurusan emosi boleh diterapkan dalam
diri murid pada sepanjang waktu di sekolah bukan hanya tertumpu kepada sesi pdpc.
Sebagai contoh, semasa melaksanakan aktiviti permainan pagi. Mereka dikehendaki
melakukan aktiviti dalam kumpulan. Dalam situasi ini, murid belajar untuk bersabar dalam
menunggu giliran.

Menurut Piaget (1833) dalam Norsaadah @ Mohamad, Yusni (2016), menyatakan


bahawa permainan adalah suatu perkara yang sebati dalam diri seorang kanak-kanak dan
dapat membantu perkembangan sosial mereka. Permainan ini dikatakan sedemikian kerana
mereka akan mula bersosial dan berkongsi maklumat serta idea semasa proses bermain itu.
Oleh itu, pengkaji menggunakan medium ini sebagai satu intervensi yang digunakan untuk
pengkaji meningkatkan penglibatan aktif murid-murid pasif dalam pendidikan awal kanak-
kanak.

Permainan 5 Minit ini dilaksanakan dalam tempoh masa 5 minit sebelum berlangsung
setiap slot pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Jadi, peluang untuk setiap murid menjadi
ketua dalam sesuatu permainan adalah tinggi. Hal ini akan memperbanyakan peluang
mereka untuk melibatkan diri secara aktiviti dalam permainan yang disediakan. Dengan
adanya penglibatan aktif secara berterusan dari semasa ke semasa dapat membantu dalam
proses membiasakan diri murid untuk menyatakan idea dan pendapatnya dalam kehidupan
seharian.

Guru juga mempunyai peranan yang besar dalam memastikan perjalanan Permainan
5 Minit ini ditahap maksimum. Pada peringkat awal, kebanyakan murid akan kelihatan segan
dan kurang memberi respon dalam melakukan aktiviti ini. Jadi, guru memainkan peranan
dalam memujuk dan memberikan kata-kata semangat dan motivasi bagi meningkatkan
keyakinan diri murid. Kesabaran perlu ada dalam perlaksanaan proses ini. Pada mulanya
kelihatan agak susah, namun lama-kelamaan, apabila murid-murid semakin selesa dengan
kawan-kawan mereka akan memulakan aktiviti tanpa bimbingan guru lagi.

Keadaan ini yang ingin dilihat oleh pengkaji dan tiada lagi murid-murid pasif yang
akan ketinggalan dalam sesebuah aktiviti. Nursuhaila Baharuddin (2010), murid-murid yang
cergas akan membawa kepada perkembangan yang menyeluruh dalam diri setiap individu
itu meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Maka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia akan tercapai seperti yang dirancang iaitu dalam tempoh 2013 hingga
2025. Guru sebagai agen perubahan perlu mahir dalam memastikan pelan-pelan yang
dihasilkan kerajaan tercapai dengan jayanya.
Rujukan

Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun.
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA).Jabatan Perdana Menteri.

Nor Fauzian Kassim. (2015). Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Modul
Pendidikan Akhlak: Isu Dan Cabaran Masa Kini. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norsaadah binti Din @ Mohamad Nasirudin, Yusni bin Mohamad Yusak. (2016).
Perbandingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dahulu Dan Kini Dalam Pembinaan Generasi
Ulul Albab. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Rosadah Abd majid (2013) . Perkembangan Kecerdasan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah


Bermasalah Pendengaran: Implikasinya Terhadap Peranan Ibubapa.

Welsh J A, Nix R L, Blair C, Bierman K L & Nelson K E (2010). The Development of


Cognitive Skills and Gains in Academic School Readiness for Children from Low-Income
Families. Journal of educational psychology.

Nursuhaila Baharuddin (2010). Hubungan Antara Kemahiran Sosial Dengan Tingkahlaku


Sosial Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Tesis Sarjana . Universiti Malaysia
Sabah.

Chua Bee Seok, Ferlis Bullare @ Hj. Bahari dan Jasmine Adela Mutang (2013) SPSS Prinsip
dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku.UMS

Anda mungkin juga menyukai